Rabu, 23 Mac 2016 | By: iKhwan89

SAJAK: SAKIT PENGHAPUS SOMBONG

Langkah kaki ini
Semakin bantut dek sakit
Semakin perlahan rentak irama
Kerana terbatas fizikal

Anugerah ini sedang diuji
Oleh Tuhan yang memberi Anugerah
Tuhan sedang sakit-sakitkan
Tuhan sedang denyut-denyutkan
Agar aku sedar dari lena
Agar aku sedar siapa aku

Langkah kaki ini
Walau penuh payah
Jiwa ku tak pernah goyah
Hati ini masih cuba kuat dengan Mu
Cuba untuk cekalkan jiwa
Ini ujian dari Mu

Aku penuh dosa
Tuhan sedarkan aku
Aku sering lupa
Tuhan yang ingatkan aku
Aku sombong
Tuhan beri amaran pada ku

Sakit...
Amat penuh hikmahnya
Amat mendalam ertinya
Benar kata ASZ,
Sakit itu meningkatkan rasa HAMBA...

RT89
Dhuha
23 MAC 2016

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE 2

"selamat ulang tahun perkahwinan kita yang ke 2 buat isteri ku Nurhatiyal Huda..."

Isteri adalah penghubung
Antara suami dengan Allah
Dijadikan untuk dilindungi
Dijadikan untuk disayangi

Maha Baiknya Allah
Anugerahkan pinjaman istimewa ini
Tanpa meminta sebarang bayaran

Tuhan..ampunkan segala dosa isteriku
Redhakanlah seluruh umurnya
Jadikanlah dia pembantu perjuangan ku
Dalam menegakkan Allah dan Rasul
Jadikanlah dia bidadari ku andai ku sampai ke syurga Mu

Ya Allah...aku berterima kasih dengan Mu
Engkau beri nikmat walaupun aku sering berdosa dan melupakan Mu

Ampunkan aku Ya Allah
Terima kasih Ya Allah..

Selamat sejahterakanlah perhubungan kami
Redhakanlah perhubungan kami
Moga keluarga kami kekal bersama
hingga bertemu dengan Mu

Selamat Ulang Tahun perkahwinan kita buah hati ku

RT89
Sebelum zohor
22 mac 2016


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com