Jumaat, 24 Jun 2022 | By: iKhwan89

SAJAK ASZ : *Glamor Tanpa Tuhan Dilupakan Orang*

Sajak Mursyid untuk dibacakan pada hari *Jumaat, 24hb Jun 2022.* 

Ramai orang yang masyhur, ternama, ada glamor di seluruh dunia.
Ada yang masyhur kerana kuasanya, ada terkenal kerana ilmunya, ada yang terkenal oleh suara dan lakonannya.
Akhirnya kebanyakannya disudahi dengan kehilangan nama.
Sebelum mati pun sudah dilupakan orang, terlalu jarang orang menyebutnya.
Kerana apa terjadi begitu? Sebelumnya namanya, beritanya, gambarnya di dada media massa?
Masyhurnya mereka tidak ada kaitannya dengan Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa.
Terkenalnya bukan kerana cintakan Tuhan dan kasih sayang sesama manusia.
Terkenalnya mereka, kebanyakannya kerana derhaka atau kerana dunia semata-mata.
Di dunia lagi mereka sudah terhukum oleh Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa.
Jasa-jasa mereka dilupakan begitu sahaja.
Sepatutnya orang yang terkenal di belakangnya, ambillah pengajaran dan keinsafan.
Mungkin mereka juga kan menempa sejarah yang sama.
Tidak seperti terkenalnya para Rasul dan Sahabat-Sahabat yang terkenal dan berjasa.
Sering sahaja disebut orang, nama-nama mereka sentiasa jadi bualan manusia.
Nama mereka menyerikan majlis-majlis keramaian setiap masa.
Mengapa sejarah mereka berbeza? Dengan sejarah yang telah disebut sebelum ini?
Kerana masyhurnya mereka ada hubungkait dengan Tuhan yang Maha Esa.
Mereka adalah manusia yang cintakan Tuhan dan kasih sesama.
Tuhan rahmati mereka, Tuhan beri mereka berkat.
Maka nama mereka sering sahaja disebut dan dikenang setiap masa.
Mereka manusia yang menjadi suri teladan dan membawa peri kemanusiaan yang luar biasa.
Mereka itu adalah kekasih-kekasih Tuhan, orang-orang Tuhan yang membawa rahmat kepada manusia dan dunia.
Jasa-jasa mereka dikenang, sejarah hidup mereka dijadikan bahan cerita.
Padahal di waktu mereka hidup sering sahaja derita dan sengsara.
Diburu, dikejar oleh musuh-musuhnya.
Tidak seperti mereka yang terkenal dengan kemewahan dan serba selesa dan serba ada.
Mereka dilupa bahkan semakin lama semakin dilupa.
Begitulah perbezaan di antara orang Tuhan dengan orang dunia. 

Menjelang Zuhur 
28.06.2003
Selasa, 14 Jun 2022 | By: iKhwan89

SAJAK : PESAN BUAT RINDU

Ke hadapan rindu..
Moga ia tenang dengan Tuhan...
Sedalam mana rindu
Ia tidak dapat menyesakkan jiwa
Jika ia bersama Tuhan..

Seandainya rindu melepasi hati,
Pasti tersiksa jika tiada Tuhan..

Kenali dan cintailah Tuhan..
Kelak,rindu akan terarah dan tenang...

SYAFIE
DHUHA
8.02am
14 JUN 2022
Ahad, 16 Mei 2021 | By: iKhwan89

SAJAK : DIA

DIA

Kadang,dia perlu untuk marah demi sayangnya pada anak didiknya...

Kadang,dia perlu juga untuk jadi seorang McGyver untuk menunjukkan kepada anak didiknya semua masalah ada penyelesaiannya...

Kadang,dia perlu untuk sentiasa ceria supaya anak didiknya bersemangat bila melihat dirinya..

Kadang,dia perlu...dia perlu...dan dia perlu untuk semuanya demi anak didiknya...

Anak didik adalah aspirasi dia dalam menyampaikan ilmu...

Dia....buat semuanya demi anak didiknya....

Terima kasih si Dia yang telah berbakti kepada kita....

Dan kita gunakan ilmunya untuk masa kini dan masa depan kita....

Dia....guruku tersayang...

.
.
.
.
.
.
.
SYAFIE
selepas subuh
16 Mei 2021
4 syawal 1442H

"SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU YANG BERBAKTI KEPADA KU"
Khamis, 1 April 2021 | By: iKhwan89

AYUH DERMAWAN : TABUNG PEMBINAAN PRA TAHFIZ IRSYADI


Al-Irsyad, Kuantan merupakan satu entiti pendidikan agama swasta Negeri Pahang yang tidak asing lagi. 

Sistem pendidikan yang dicetuskan ini, sangat memberi impak tinggi dalam membina akhlak dan akademik insan.


Sistem Pendidikan Al- Irsyad Berhad (SPAIB)   memiliki 4 buah institusi iaitu Sekolah Menengah, Maahad Tahfiz, Sekolah Rendah Kg Kurnia, Kuantan dan Sekolah Rendah Cawangan Tanjung Lumpur.Jumlah bilangan murid yang terkini adalah 1,515 orang. 

 Kini, Al-Irsyad selangkah lagi ke hadapan dalam memastikan Sistem Pendidikan Islam berkembang seawal 4 tahun dengan menubuhkan Pra Tahfiz Irsyadi di Kg. Kurnia Batu 3, Kuantan.

Pra Tahfiz Irsyadi merupakan sebuah bangunan 2 tingkat yang mengandungi 8 buah kelas dan berupaya menempatkan 200 orang murid.

Seramai 16 orang guru akan diamanahkan untuk mendidik dan mentarbiah anak anak tersebut. 


Bantuan dan sokongan masyarakat sangat diperlukan untuk mencukupkan dana kos projek sebanyak RM1.4 Juta sebagai saham akhirat anda dalam membina pendidikan anak-anak. 

Ayuh bersama kami secara langsung dan tidak langsung dalam membina generasi rabbani.


Jom menyumbang.

Sabtu, 16 Mei 2020 | By: iKhwan89

KERJA GURU : SEKADAR TANGKAP MUAT ATAU BETUL-BETUL MINAT?

Nak jadi guru..perlu ada tekad...kene ada niat..mesti ada semangat...

Kerja guru bukan sekadar tangkap muat.."asal ada kerja" atau sekadar jambatan menuju kerja lain yang kekal..

Sebab jika sekadar itu,nanti kita akan jemu..letih dan lesu..jarang dijumpai,manusia yang seronok melayan karenah pelbagai manusia..kelak nanti,kita banyak komplen dari buat kerja..

Nak jadi guru,bermaksud nak jadi orang yang mendidik sumber...bukan memprogramkan robot..mereka adalah sumber kekuatan negara,sumber kekuatan agama..

Kalau guru jemu,rosaklah sumber tu..rosaklah anak-anak..rosaklah agama,rosaklah negara...bagaimana kita nak jawab dihadapan Tuhan nanti?

Kerja guru mengambil masa yang panjang untuk melihat hasil..bukan kita perolehinya hanya semalaman...ia penat,letih dan memakan banyak masa kita...

Sebab itu,kerja guru bukan kerja kaleng-kaleng..nampak remeh seperti jaga barisan kekantin..hanya mengajar darjah 1 sahaja,jaga perhimpunan balik..namun,kalau orang berjiwa guru yang berjiwa besar dia pasti akan nampak kerja-kerja itu sangat penting bagi membina sumber..

Oleh itu,sempena HARI GURU 2020 ini,jom semua guru kita betulkan niat..tetapkan BIG WHY kenapa aku jadi guru..

Jangan sekadar hanya kerja sebagai "tangkap muat" sahaja.

Moga-moga kita dalam redha Allah..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SYAFIE
MOTIVATOR

#kataberiRT
#hariguru

Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com