Memaparkan catatan dengan label MinDa ASZ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MinDa ASZ. Papar semua catatan
Khamis, 15 Disember 2016 | By: iKhwan89

USAHLAH BERWALANG LAGI SEANDAINYA...

Usah bersedih ;

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yang mempunyai talian kekeluargaan dengan kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yang dikhianati oleh saudara-saudaranya.

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yang kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yang dihumban ke dalam api oleh ayahandanya.

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yang terperangkap di dalam perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yang ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yang tidak dapat bertutur dengan sempurna.

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yang sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yang membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yang diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yang perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yang tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yang besar tanpa soal.

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yang dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yang terdekat

Allah mewujudkan personaliti yang hebat-hebat ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dengan pelbagai ujian dan cabaran, dengan tujuan agar satu hari nanti, manusia seperti hamba dan kamu, bilamana berhadapan dengan sebarang musibah tidak terus melenting. Allah belaka!

Kredit to fb : Abu Raziq Al-Ansorullah

Isnin, 27 April 2015 | By: iKhwan89

SAJAK : MELUPAKAN DOSA ADALAH SATU DOSA


Melupakan dosa adalah satu dosa
Kemudian tidak takut dengan dosa yang telah dibuat adalah satu dosa pula
Kalau berbangga dengan dosa itu lebih-lebih lagi
Kesalahan itu bertambah besar
Dosa itu bertambah besar dan bertimbun-timbun pula
Jika tidak takut dengan dosa sekalipun belum berbuat
Pun satu dosa satu kesalahan
Yang belum melakukannya satu kesalahan juga
Dosa itu bukan kerana sudah membuat kesalahan atau dosa
Tapi kerana tidak takut atau tidak bimbang terbuat dosa
Adalah satu kesalahan pula
Sebagai seorang hamba sepatutnya sentiasa takut dengan dosa
Sekalipun belum terbuat dosa
Begitulah sifat seorang hamba yang sepatutnya
Apatah lagi setelah membuat dosa
Lebih-lebih lagi takutnya membara dan jiwanya keluh-kesah dan hatinya dukacita
Melupakan dosa,tidak takut dengan dosa yang dibuat
Dan tidak takut dengan dosa yang dibuat adalah seorang hamba yang sombong dan angkuh
Kerana dia telah membuang sifat kehambaannya
Membuat sifat kehambaan adalah satu kesombongan
Sombong bererti membesarkan diri
Membesarkan diri adalah satu kesalahan atau satu dosa
Kerana dia mengambil sifat Tuhan yang tidak sepatutnya dia memakai sifat itu
Itu adalah pantang larang Tuhan yang tidak patut dipakai oleh seorang hamba..

Satria Peningit
01/07/2000

Selasa, 19 April 2011 | By: iKhwan89

KULIAH ASZ : PROSES MENCARI KEBENARAN

(Abuya buat kuliah secara soal jawab. Abuya menyoal, peserta menjawab, kemudian Abuya pula beri jawapan)

Bismillah.

Alhamdulillah Tuhan telah mengizinkan kita menghabiskan kursus ini. Pagi ini merupakan majelis kemuncak. Selepas ini kita akan bersurai, kita akan berhadapan dengan perjuangan yang lebih besar lagi, sebab di sini mengambil ilmu. Selepas bersurai nak mengamalkan ilmu, ia lebih susah, sangat tercabar dan mencabar. Sedangkan yang nak kita perjuangkan itu sesuatu yang mahal. Mahal dunia akhirat, yaitu Kebenaran dan Tuhan. Kebenaran bukan semua orang boleh dapat kerana dia terlalu mahal. Kadang2 kita sudah rasa berada dalam kebenaran tapi kalau kita kaji, bahas, ternyata kita belum berada dalam kebenaran, walaupun berada dalam jemaah kebenaran. Menunjukkan kebenaran itu sangat mahal.

Tuhan ingatkan kita :

Alhaqu min rabbika fala taku nanna minal mumtarin

“Yang haq itu hanya datang dari Tuhan (tak datang dari sesiapa). Oleh itu kamu janganlah jadi orang yang menentang.”

Oleh kerana kebenaran itu mahal sekali, sedangkan semua orang ingin mencari kebenaran, maka masing2 menganggap dirinya benar. Kita sangka kita dalam kebenaran. Kalau begitu bagaimana mengukur, menilai apakah seseorang itu dalam Kebenaran.

Proses mencari kebenaran melalui beberapa tahap iaitu :

1.bertemu / jumpa kebenaran

2.Menghayati kebenaran itu

3.Merasakan kebenaran itu

Bagaimana kita mengukur / menilai bahawa kita sudah jumpa kebenaran, menghayati kebenaran, dan merasakan kebenaran itu?


Soalan 1 :

Kebenaran itu satu yang sangat mahal. Mencarinya adalah suatu hal yang sangat susah. Sepertilah kita mencari intan, untuk nampak/lihat/jumpa pun susah. Itu belum memiliki. Padahal benda yang wujud berjuta2, sedangkan yang hendak dicari satu saja. Jadi sangat susah. Banyak orang mengatakan mereka ada dalam kebenaran. Bagaimana kita nak menilai bahwa kita dah berjumpa / berada dalam satu kumpulan yang nampaknya kumpulan kebenaran. Bagaimana menilai bahawa yang kita lihat adalah intan.

Jawapan Abuya:

Jumpa / lihat ilmunya dulu. (terima kebenaran mesti dengan ilmu). Kalau melihat / menilai kebenaran hanya dari tengok bagaimana mereka beramal itu tidak cukup. Amal itu belum tentu ilmunya benar.


Soalan kedua :

Ilmu itu adalah untuk diamalkan. Ilmu apa yang kita jumpa dalam Kebenaran itu?

Jawapan :

Kebenaran satu, tapi ilmunya tentu banyak. Tak mungkin ilmunya satu. Kebenaran hanya satu yaitu dari Tuhan. Ilmunya banyak. Oleh itu kenal ilmunya dulu. Ilmu yang ditemui itu mestilah banyak bukannya satu, misal ilmu mengenal Tuhan itu yang utama, ilmu untuk cinta dan takut Tuhan, ilmu tentang mazmumah, bagaimana baiki diri, halal-haram, wajib, sunat, makruh, ilmunya jelas. Yang kita jumpa 1 pakej ilmu yg sangat benar. Kalau kita sudah jumpa ilmunya, sudah mudah untuk diamalkan kerana jelas. Tinggal saja kita mahu beramal atau tidak.

Soalan ke3 :

Setelah jumpa kebenaran dan ilmu pun sudah diambil / dapat, bagaimana kita tahu bahawa kita dapat hidayah atau tidak. Hidayah terhadap kebenaran atau terhadap ilmu yang kita jumpa / dapat?

Jawapan :

Setelah kita jumpa kebenaran kerana jumpa ilmunya, tanda kita dapat hidayah adalah bila kita rasa menyesal : “Aku menyesal, aku cuai, aku lalai selama ini.” Dengan kata lain, datang insyaf, datang kesedaran. Lantas merangsang untuk melaksanakan. Orang yang tak dapat hidayah walau dia mendengar ilmunya tapi tak datang rasa insyaf. Banyak bahas. Setelah bahas2 lalu dia kata :”Dah haram, haramlah.”Hanya bersyarah saja.


Soalan 4 :

3 soalan di atas adalah berkait dengan hidayah. Dapat hidayah saja tak cukup. Sekarang apa tanda seseorang dapat taufik?

Jawapan :

Seorang yang dapat taufik iaitu dia mendapati ilmu yang sama dengan amalannya. Yang batinnya, apa yang jadi keyakinan selaras dengan pelaksanaannya.


Soalan 5 :

Untuk sampai ke tahap taufik inilah yg susah. Sudah dapat ilmunya, ada hidayahnya tapi untuk bertindak tak kena saja. Mengapa begitu? Sepertilah seseorang sudah belajar kereta, tapi bawa kereta terlanggar saja, masuk longkang,dll


Jawapan :

Bila akan sampai ke tahap taufik, iaitu ilmu yang kita tahu sama dengan tindakan kita, ada 2 halangan besar yakni nafsu dan syaitan. Inilah yang selalu menggagalkan. Kalau begitu mujahadah kena kuat. Kalau tak mujahadah walau pun tahu ilmunya takkan boleh beramal. Misal secara ilmu kita sudah tahu bila orang salah kena memberi maaf. Tapi bila orang buat salah kita tak boleh memberi maaf. Begitu juga bila kita bersalah, untuk minta maaf malu kerana ego besar. Sekali lagi, bila kita masuk ke era taufik akan dihalang nafsu syaitan jadi kena mujahadah yang kuat.

Soalan 6 :

Kalau begitu kita ingin sangat taufik, ingin sangat ilmu yang ada kita boleh buat tapi kenyataannya kita tak mampu. Boleh buat sebahagian tak boleh buat yg lain. Kadang boleh buat kadang tak boleh buat. Apa panduan agar kita boleh buat sentiasa?

Jawapan :

Perlu ada jemaah, perlukan pimpinan Mursyid, perlukan tawasul. Tawasul ini akan sangat membantu


Soalan 7 :

Katalah seseorang sudah jumpa jemaah kebenaran, sudah jumpa kelompok kebenaran, jumpa gurunya, dah bergaul sama, tiba2 orang itu tak puas hati. Dia kata : “Kata jemaah kebenaran tapi nampaknya tak ada ukhuwah, tak ada kasih sayang, nampaknya ada orang tak boleh terima lagi, tak mesra lagi. Kadang2 tegur sapa pun tak nak. Kebenaran apa ini?”. Hal ini dia sampaikan boleh dalam keadaan mengkritik atau pun dalam nada sedih. Misal ia jumpa Abuya dan kata, saya dah jumpa kebenaran, jemaah Ustadlah. Tapi saya tengok dalam jemaah banyak masalah, ada yang belum berkasih sayang, belum mesra lagi. Apa penilaian kita tentang orang tersebut?

Jawapan :

Pada saya orang itu escapist dia inginkan ketenangan, kasih sayang, tengok2 tak dapat. Dia kata inginkan kebenaran tapi escapist, ada kepentingan peribadi.


Soalan 8 :

Kalau kitalah yang kena penyakit itu, apa jawapan bagi diri / hati kita?

Jawapan :

Kita cari kebenaran ini sepertilah mencari duit. Adakah kita mencari untuk orang? Tidak begitu, tapi kita cari duit untuk diri kita. Begitulah juga dengan Kebenaran, kita mencari kebenaran bukan untuk orang lain tapi untuk kita. ( Maksudnya untuk kita amalkan bukan supaya orang lain amalkan). Patutnya kita kata pada diri kita : “Aku tak kasih sayang lagi pada orang lain padahal ilmu sudah ada. Aku belum tawadhu lagi padahal ilmu sudah ada. Aku tahu maafkan orang itu mesti, tapi aku tak buat lagi.” Bagi orang yang betul2 dalam kebenaran begitulah dia berfikir. Dia cari kebenaran bukan untuk orang lain tapi untuk diri sendiri.

Rabu, 10 November 2010 | By: iKhwan89

ROH MENGAJAR AKAL



Abuya menyifatkan akal orang Badwi sama dengan akal orang asli / sakai di Malaysia. Rendahnya pemikiran orang Badwi itu adalah kerana dicorakan oleh kehidupan mereka iaitu tidak bersekolah. Selain itu turut juga dipengaruhi kehidupan mereka yang hanya disekitar unta, kambing, tamar dan padang pasir. Manakala orang asli pula sama juga iaitu tidak bersekolah, dan sekitar hutan, sungai, ibu kayu, haiwan hutan. Pemikiran Badwi dan Sakai ini boleh juga ditingkatkan sedikit melalui sekolah. Sedikit saja tahap yang boleh ditingkatkan kerana sekolah hanya mengisi akal semata-mata. Selain itu melalui sekolah juga terpaksa menempuh masa yang lama. Jarang Sakai yang mampu bertahan lama, dan terpaksa pula menempuh tahap-tahap peperiksaan.

Kalau proses menjadi pandai itu hanya semata-mata melelui sekolah, orang bukan Badwi dan bukan Sakai pun kalau tidak bersekolah hasilnya bodoh macam Badwi dan Sakai juga. Cuba lihat kepada anak-anak kampung dan miskin yang tiada peluang sekolah, akalnya bodoh juga. Inilah yang membezakan antara sekolah dengan didikan roh. Didikan roh tanpa sekolah formal pun boleh mengatasi pemikiran orang sekolah. Terdapat empat contoh:

1. Para Sahabat yang kebanyakannya Badwi, dididik oleh Rasulullah saw tanpa sekolah formal, mereka hanya diberi didikan roh. Akal mereka jadi cerdik hingga boleh mentadbir empayar/dunia.

2. Empayar Othmaniyah yang menaungi 39 buah negara. Othman itu sendiri adalah orang kampung. Anak murid dalam bani Othman yang dididik rohnya oleh Shamsuddin Al Wali iaitu Muhammmad Al Fatih berjaya membina taqwa yang luar biasa, bantuan Tuhan pun laju luar biasa. Tuhan beri ilham dan kepintaran hingga mampu membuat berbagai strategi, akhirnya Constantinople jatuh dalam satu malam sahaja.

3.Tholut juga orang kampung dan seorang petani. Dia memimpin 83 ribu pengikut. Tentulah sangat berwibawa. Berwibawa itu bererti rohnya hebat serta cerdiknya yang luar biasa.

4. Abuya tidak berkelulusan tinggi dari pengajian formal. Bukan saja rohnya luar biasa, cerdiknya pun luar biasa. Majoriti orang yang Abuya pimpin juga bukan dari kalangan cerdik pandai atau kelulusan tinggi. Hasilnya ramai yang rohnya meningkat serta akalnya juga turut menjadi cerdik.Bekas pelajar Arqam ramai yang jadi pemimpin dalam jemaah Abuya. Sedangkan sekolah Arqam amatlah dhaif dinisbahkan kepada sekolah-sekolah yang ada zaman ini.. Seluruh anak didik Abuya itulah yang bakal mentadbir dunia, bukan lulusan Oxford , Cambridge atau Havard atau mana-mana universiti. Kalau pun ada yang lulusan universiti, sekiranya atas nama kelulusan mereka itu, tidak akan sampai mampu mentadbir dunia. Makan gaji bolehlah. Mereka juga kalau mahu turut berjuang, perlu melalui proses didikan roh dari Abuya yang tidak ada kelulusan.

Berbalik kepada persoalan bagaimana roh mengajar akal jadi cerdik. Jarang ada orang tanya untuk memahaminya lebih mendalam. Orang tidak tanya samada mereka faham atau mereka terima dengan yakin saja. Orang yang terima dengan yakin saja tanpa faham ada bahayanya. Kalau untuk sendiri okaylah. Tapi kalau kita orang masyarakat serta pejuang, kita hendak bawa orang. Sekiranya ada orang tanya ditakuti kita tidak boleh jawab.

Abuya sebut bahawa roh yang tajam akan mengajar akal jadi tajam. Bagi Abuya ikhwan itu adalah orang yang tajam roh dan akalnya. Cuma prosesnya ialah roh yang tajam mengajar akal jadi tajam. Abuya gunakan istilah roh ‘mengajar’ akal. Sedangkan dalam tajuk lain berkaitan peranan roh, nafsu,akal dan fizikal bahawa akal yang memberi tunjuk ajar dengan ilmu bagaimana roh hendak merasai dengan tepat. Manakala fungsi roh hanyalah merasai atau perasaan sahaja. Nampak seolah-olah macam bercanggah.

Abuya biasanya tidak silap dalam memilih perkataan atau istilah. Hanya kita saja yang kadang-kadang keliru. . ‘Mengajar’ yang Abuya gunakan itu perlu difahami menurut peringkat roh seseorang. Terdapat 4 peringkat roh:

1. Roh bercahaya yang Tuhan beri kepada Rasul dan Nabi. Rasul dan Nabi juga Tuhan beri mereka sifat Fathanah. Ini anugerah Tuhan. Kepada Rasul dan Nabi segala ilmu Tuhan beri dalam bentuk Wahyu yang terus ke dalam hati atau ke dalam roh. Wahyu itu adalah ilmu. Ilmu itu melekat dihati para Rasul dan Nabi hingga mereka tidak lupa. Ilmu mereka itu apabila hendak disampaikan kepada manusia ianya akan melalui akal. Akal juga turut mendapat ilmu itu. Maka akal mereka yang sudah sedia Fathanah itu turut mendapat ilmu Wahyu. Maka begitu hebat dan sempurna ilmu yang mereka miliki kerana Tuhan yang beri.

2. Roh bersih yang dimiliki oleh orang Tuhan/Mujaddid/ Sohibuzzaman/ wali/. Juga ulama-ulama besar termasuk tokoh-tokoh sufi yang hati mereka itu sangat bersih. Kepada para Mujaddid, oleh kerana mereka adalah wakil Tuhan dizaman tiada Rasul maka Tuhan anugerahkan hati yang bersih dan akal yang tajam sebagai modal asas. Mereka tidak perlu terlalu mujahaddah seperti orang biasa kerana mereka mendapat anugerah Tuhan. Hati yang bersih ini tempat turunnya ilham. Ilham itu difahamkan ke hati atau rasa hatinya tepat yang dipanggil firasat . Kalau Wahyu turun dengan bahasa dan ayat sepenuhnya. Ilham turun secara diberi faham atau firasat tetapi bahasa dan ayat disusun sendiri.




Lokmanul Hakim Tuhan muliakan hingga disebut dalam Al Quran sebagai mengingatkan manusia bahawa mereka yang bukan Rasul dan Nabi pun mendapat ilham yang tarafnya dibawah sadikit dari Wahyu(Al Quran dan Hadis). Sebab itu kita kena pandang besar terhadap perkataan Abuya kerana ianya adalah ilham yang datang dari Tuhan. Kalau kita bersihkan hati atau roh ditambah pula dengan berkat maka roh kita dapat tempias Abuya iaitu diilhamkan hingga mudah faham minda Abuya. Dari hati atau roh yang begini mudah menangkap maksud kata-kata Abuya. Roh yang dapat tempias ilham akan memahamkan kepada akal. Ini yang dikatakan roh yang tajam mengajar akal jadi tajam. Inilah yang dimiliki oleh Badwi, mereka dapat tempias mukjizat dan roh bercahaya maka hati mereka mudah faham wahyu yang mereka terima. Imam Shafie pernah mengadu kepada gurunya tentang sukar melekat ilmu. Waki’ suruh Imam shafie bersihkan hati dengan bertaubat dari dosa. Mimar Sinan juga dapat ilham tentang
cara membangunkan Masjid Biru yang sangat dikagumi dunia. Dia hanya seorang tukang kebun dan tidak bersekolah. Bila Mimar Sinan hendak membangunkan Masjid tersebut, ketika itu barulah dia menggunakan akalnya yang sudah diajarkan oleh roh.

‘Mengajar’ akal dalam kontek ini juga ialah bermaksud merangsang, mendorong, berkehendak, berkemahuan, menjadikan serious, menggalakan, melajukan, menyintai, menambah minat, membuatkan suka atau tertarik. Semua istilah ini adalah ganti kepada intilah ‘mengajar’ yang mana semua ini adalah jenis perasaan terletak dihati.. Contohnya kalau seorang remaja tengok wanita cantik, hatinya akan merangsang, mendorong, meminati, menyukai, tertarik. Semua rasa-rasa ini terus keakal untuk berfikir bagaimana tindakan selanjutnya hasil dari rasa tersebut. Mungkin akal akan buat keputusan untuk ikut, ngorat, siul, kenyit mata dsb. Fizikal ikut saja apa yang akal ajar caranya.


Contoh lain yang sama maksud dengan ‘mengajar’ tetapi bukan memberi tunjuk ajar dengan ilmu. Misalnya anak nakal, degil dan suka main kotoran. Kita akan katakan kepada anak itu ‘Balik nanti ayah akan ajar kamu cukup-cukup.’ Ajar disini bukan bermaksud balik nanti nak ajar anak itu bagaimana cara berhenti main kotoran. Ajar disini bermaksud mungkin nak rotan, cubit, sekeh kepala, tak beri makan, kurungkan dalam bilik atau marah. Semua bentuk ajar itu bermaksud untuk memberi ransangan, dorongan, bertambah benci, meluat kepada main kotoran.

Bagaimana caranya roh ini akan mengajar (mendorong, merangsang, menggalak, berkemahuan, berkendak dll perasaan seperti diatas) akal jadi cerdik iaitu Abuya pernah menerangkan bagaimana Sahabat menjadi cerdik. Bagitulah kaedah yang sama bagaimana Abuya menjadi cerdik. Menurut Abuya orang yang terdidik rohnya bercita-cita Tuhan, perjuangkan Tuhan, darah daging hidup matinya Tuhan dan matlamatnya Tuhan, maka kemahuannya kuat, dorongan untuk mencapai cita-citanya kuat, sabar dan tabahnya amat luar biasa, rangsangan dan dorongan dalam hatinya amat kuat, dan berbagai rasa lagi. Roh begini akan mendorong, merangsang akal untuk sentiasa berfikir. Akal yang sentiasa dipakai untuk berfikir dengan serious tanpa henti akal menjadi cerdik dan pintar. (Berfikir tidak serious contohnya angan-angan) . Bagitulah hasilnya para Sahabat yang asalnya Badwi yang sudah dididik rohnya. Akal mereka ligat berfikir dengan serious. Natijahnya mereka menjadi cerdik. Kata Abuya
lagi bahawa Abuya setiap apa yang dilihatnya, setiap peristiwa yang berlaku, setiap perkara, setiap benda, setiap hal, semuamya Abuya fikirkan. Mengapa orang lebih suka makan satay dikedai satay berbanding bungkus bawa balik pun Abuya fikirkan. Jawapan kepada apa yang difikirkan itu tidak mestinya tepat. Yang penting ialah berfikir.

Orang yang roh bersih ini bukan menafikan ilmu belajar. Sedangkan hendak membersihkan hati itu pun mesti berdasarkan ilmu belajar. Bukan menafikan keperluan belajar. Bahkan Imam Shafie dan Imam Al Ghazali itu asalnya belajar formal. Namun kalau sekadar ilmu formal maka sebanyak mana dan selama mana belajar maka sebanyak itulah ilmu yang di perolehi. Jadilah macam ulama sekarang. Ilmunya amat terbatas dari segi banyak dan bidangnya. Akal pun setakat apa yang ada. Kalau cerdik setakat itu saja dan tidak bertambah cerdik sampai bila-bila.

Sedangkan ulama yang hatinya bersih lautan ilmunya bukan pada banyak dan lama belajar, tetapi ditambah dengan ilham. Sayangnya Umat Islam tidak mahu membaca dan mengkali sejarah Ulama Mujaddid serta Ulama Mujtahid.

Bagi Abuya menambah berbagai ilmu, pengetahuan, membaca, melancong atau musafir adalah diantara yang membuatkan akal lebih laju berfikir. Melalui masaalah yang dihadapi pun turut menguntungkan Abuya kerana disitu peluang Abuya berfikir dan menjadi cerdik. Perkembangan semasa diseluruh dunia dalam aspek apa pun membuatkan Abuya berfikir dan akal bertambah tajam. Tetapi berbalik kepada asal perbahasan diatas tadi. Bagi Abuya semua yang menjadi bahan berfikir itu hanya kerana adanya dorongan, cita-cita, rangsangan, galakan, kemahuan, kehendak dan minat dari roh supaya akal menjadi cerdik demi untuk perjuangkan Tuhan. Demi untuk tawan hati manusia supaya jinak dengan Tuhan. Demi untuk kenalkan Tuhan kepada manusia. Demi untuk mentadbir dubia. Kalau kemahuan, cita-cita, dorongan dan rangsangan sekadar cari makan, jadi ketua kampung, imam masjid, pimpin pondok, tidak akan merangsang untuk jadi lebih cerdik. Sebabnya tiada cabaran dan biasanya berpuas hati
dengan kedudukan yang ada. Hendak tadbir sebuah empayar ertinya nak uruskan ratusan juta manusia mana boleh dengan tahap roh dan akal imam masjid atau Tok Guru pondok.

3.Roh kelabu. Inilah tahap orang awam yang mesti memiliki banyak ilmu. Agar dengan ilmu itu dapat mengajar hati bagaimana hendak berperasaan terhadap sesuatu perkara. Kalau kurang ilmu maka akan bertambah rosak. Golongan ini kalau banyak ilmu maka lebih cerdik dan lebih pandai. Kadang-kadang ada yang menjadi baik kerana akalnya saja yang memikirkan kalau buat jahat banyak kerosakan atau jatuh wibawa, atau memalukan atau boleh merosakan kesihatan.Ini yang dikatakan mengajar hati untuk merasai. Rohnya yang kelabu itu dapat menerima tunjuk ajar akal. Hati mereka jenis ini tidak menjadi tempat jatuhnya ilham.

4. Roh gelap. Ini adalah golonga akal semata-mata. Golongan yang hanya menerima ideology sahaja sebagai panduan hidup. Hatinya bukan sahaja menolak Tuhan bahkan ajaran Tuhan pun mereka tolak. Semua perkara hendak dilojikan. Bahkan kalau ilmu Wahyu sekalipun kalau bercanggah dengan lojik maka ditolaknya wahyu dan mengambil lojik sahaja. Ini termasuk umat Islam sendiri yang terjebak dengan fahaman anti Hadis. Mereka kata Hadis itu banyak sangat yang diluar lojik.

Kesimpulannya kejayaan Rasulullah dalam perjuangan Baginda adalah kerana Tuhan amat membantu. Ini kerana Para Sahabat yang Baginda didik roh mereka itu hingga bersih, diisi pula dengan ilmu yang juga bersih iaitu ilmu Wahyu. Inilah diantara Rahsia kejayaan umat Islam dulu dan kejayaan para Mujaddid. Ini semua memang sukar hendak dicapai kecuali beserta dengan keyakinan yang kental. Kalau kurang yakin, kita akan berbolak balik. Bermain dihati kita persoalan ‘betul ke atau tidak’. Kalau bermain dihati yakin campur ragu maka kita akan menjadi acuh tak acuh dalam tindakan dan pelaksanaan.
Ahad, 7 November 2010 | By: iKhwan89

RAHSIA YANG MANUSIA TIDAK TAHU

Apabila seseorang itu jiwanya tidak tergugat oleh harta, tidak tergugat oleh derita, tidak tergugat oleh orang kata, dia termasuk manusia luar biasa, kerana jiwanya dengan Tuhan saja

Banyak perkara yang manusia ketahui tapi tidak tahu rahsianya di sebaliknya. Antara perkara-perkara yang manusia tahu tetapi mereka tidak tahu rahsianya ialah…

1. Di antara cara mendidik manusia menjadi baik ialah dengan usaha menyakitkan nafsunya.

2. Jika seorang muslim mati bersama sakit zahirnya, maka itu adalah penghapusan dosanya atau dia mendapat darjat di dalam Syurga. Sebaliknya kalau dia mati bersama penyakit batinnya, dia akan ke Neraka.

3. Manusia yang berpenyakit lahir (fizikalnya), sakitnya boleh merosakkan anggotanya sahaja tetapi manusia yang berpenyakit batin boleh merosakkan semua yang ada di dunia. Banyak perkara yang akan dirosakkannya.

4. Sesuatu perkara atau benda yang kita suka, sangat sukar untuk kita tadbir dan mengurusnya. Biasanya selalu sahaja kita melakukan kesalahan di dalam mengurusnya.

5. Banyak orang boleh memperkatakan penyakit batin tetapi gagal mengesannya. Lantaran itulah ada orang waktu menceritakan penyakit sombong, pada masa yang sama dia sedang memakai sifat itu.

6. Mendidik manusia secara tidak formal dan dari sikap diri kita lebih berkesan daripada sekadar memberi ilmu dan teorinya.

7. Ramai manusia dirosakkan oleh makhluk yang paling bodoh, yang tiada akal dan tidak bersekolah iaitu duit dan harta. Bahkan orang yang paling pandai seperti profesor pun dirosakkannya.

8. Bangsa yang mempunyai sifat taqwa dan ilmu akan menguasai manusia lain. Begitu pun banyak bangsa tidak boleh menempuh jalan ini. Maka mereka menguasai bangsa lain dengan kekuatan lahirnya tetapi kerosakannya terlalu banyak.

9. Orang yang memiliki dunia selalunya jiwanya tidak tenang. Orang yang memiliki Allah, jiwanya tenang. Justeru itu orang yang memiliki dunia ada yang membunuh diri sendiri. Ini tidak berlaku kepada orang yang memiliki Tuhan.

10. Orang yang membunuh dirinya sendiri lebih besar dosanya daripada orang yang membunuh orang lain.

11. Kehidupan manusia di dunia ini sebenarnya mudah diselesaikan jika tahu rahsianya. Iaitu dengan iman dan taqwa. Nanti akan berlakulah, pemimpin menaungi dan menegakkan keadilan, orang kaya akan pemurah, orang miskin sabar, orang berilmu memberi ilmu, ulama-ulama memberi nasihat dan mendidik dan pemuda-pemudi memberi tenaga. Semua manusia bermaruah dan bersifat malu. Setiap orang akan mengutamakan orang lain. Anak yang kecil ditunjukkan kasih sayang, anak yang masih bersekolah jangan tunjuk sayang atau benci manakala terhadap anak yang sudah dewasa, tunjukkan kemesraan dan selalu dijadikan kawan berbincang.

12. Seseorang manusia itu akan dikasihi atau diberi simpati kalau dia kenal dirinya dan pandai meletakkan diri pada tempatnya.

13. Telah menjadi tabiat semula jadi manusia setiap orang sukakan keamanan, kasih sayang, simpati, dibantu, dihormati,dan tidak diganggu. Namun adakalanya manusia itu lupa, bahkan lumrah berlaku perkara yang dia tidak suka itu disebabkan oleh dirinya sama ada secara langsung mahupun tidak. Sebagai contoh, apabila seseorang itu zalim, orang lain akan berdendam dan membuat kacau hingga hilang keamanan. Bila tiada keamanan, penzalim juga turut susah dan terancam. Bila orang kaya bakhil, banyak orang dengki dan sakit hati. Risikonya dia juga ikut sama menanggung. Bila seseorang itu sombong, orang benci. Jika berlaku sesuatu keadaan yang menyusahkannya, orang tidak akan ambil peduli dan orang tidak bersimpati. Jadi, sikap kita itulah adakalanya mengundang bala atau kesusahan. Bolehlah kiaskan dengan sikap-sikap yang lain.

sumber :usaha taqwa.comLink

Khamis, 8 Julai 2010 | By: iKhwan89

TANDA-TANDA ORANG YANG KENAL TUHANNYA


Ada orang mengatakan yang dia kenal Tuhan. Ada orang mengatakan yang
dia cinta Tuhan. Benarkah begitu? Sedangkan yang kata kenal Tuhan itu
hanya boleh cerita tentang Tuhan. Menceritakan tentang Tuhan itu
sebenarnya baru tahu tentang Tuhan. Belum tentu kenal lagi. Setakat
menceritakan, ramai yang bukan Islam boleh cerita tentang Tuhan. Malah
Tuhan menjadi bahan kajian mereka. Apakah orang bukan Islam itu
mengenali Tuhan? Untuk test orang itu kenal Tuhan atau tidak, kayuukurnya cinta Tuhan. Maksudnya di sini, kalaulah orang itu benar-benar
kenal Tuhan, sudah pasti dia akan jatuh cinta dengan Tuhan. Sebab kenal
dengan cinta itu saling kait mengait. Tak kenal maka tak cinta. Sudah
kenal pasti jatuh cinta. Maksud kenal ini bukan boleh sekadar di bibir
sahaja, sekadar menjadi sebutan. Atau sekadar cakap-cakap. Lebih baik
daripada itu sekadar tulis-tulis. Yang mana ini semua datang dari hasil
ingatan atau hafalan. Lebih baik daripada itu boleh menghurai sahaja
sedangkan tiada penghayatan dan penjiwaan.



Kalau nak buat perbandingan, contohnya cinta seorang lelaki kepada wanita
yang dikenalinya. Kalau setakat kenal, hanya tahu namanya, umurnya,
sedikit sebanyak keluarganya. Mungkin sekadar itu sahaja. Tetapi jika
sampai cinta kepada wanita atau lelaki tersebut, peringkat ini lebih
jauh. Mula ada rasa rindu nak jumpa, tak sedar berjam-jam bersms atau
berbual-bual. Ertinya bila hati dah berbunga, keadaan sekeliling dah
kita lupa. Kita lupa orang sekeliling kita, lupa waktu, lupa makan
minum atau dalam erti yang lain lupa diri atau lupa dunia ini. Cuma
jangan samakan cinta Allah itu dengan cinta lelaki wanita tadi. Cinta
Tuhan membawa pahala, ketenangan dan kebahagiaan tetapi cinta lelaki
atau wanita itu membawa kepada dosa, mazmumah, kerosakan jiwa dan
penderitaan. Ertinya cintakan Tuhan itu Ajinatul Ajilah yang
disegerakan tetapi cintakan lelaki atau wanita itu merupakan neraka yang
disegerakan sebelum neraka yang kekal abadi di sana nanti.

Berbalik
kepada cinta Tuhan, orang yang benar-benar cintakan Tuhan, hatinya
sudah melupakan dunia ini. Rasa rindu berbual-bual dengan Tuhan di
dalam sembahyangnya. Rasa tenang dapat melepaskan rintihannya di dalam
tahajjud malamnya. Hatinya sentiasa rindu nak berjumpa Tuhannya. bahkan
dalam sejarah orang yang kenal Tuhan ini, cinta dunia dan makhluk ini
sudah lenyap dari hatinya.sebelum berkahwin dengan nabi Yusof sejarah
Zulaikha sangat rakus, hinggakan baju Nabi Yusuf koyak rabak
diterkamnya kerana gilakan Nabi Yusuf. Tetapi setelah berkahwin dan
dididik oleh seorang Nabi, Zulaikha sangat cintakan Tuhannya. hinggakan
apabila Nabi Yusof meminta melayannya, Zulaikha meminta Nabi Yusof
berkahwin lain. Zulaikha merasakan terlalu rindu dan berhabis-habisan
sepanjang malamnya untuk bersama Tuhannya. Dia gadaikan hak dunianya
untuk mendapatkan cinta Allah padanya.

Kerana itu kenal mesti
mengenali daripada hati. Yang mana hasil kenal itu, jatuh cinta yang
juga daripada hati. Kenal itulah yang membawa faham. Faham tentang
Tuhan membuatkan seseorang itu membuat apa sahaja perkara di dunia ini
sesuai dengan kehendak Tuhan. Faham sungguh apa kehendak Tuhan. Faham
sungguh apa yang tidak disukai Tuhan. Faham bagaimana nak beradab
dengan Tuhan. Cinta itu pula membawa kepada takut. Takut sangat cinta
itu terputus di tengah jalan. Takut sangat cinta itu tidak
berpanjangan. Kalau boleh biarlah cinta itu berlama-lama sepanjang
hayat, sepanjang masa. Janganlah cinta itu terhenti separuh jalan.
Janganlah cinta itu tidak berbalas. Bila tidak berbalas ibarat bertepuk
sebelah tangan. Begitulah hasil orang yang kenal, cinta dan takut
Tuhan. Orang seperti ini adalah orang yang dekat dengan Tuhan. Orang
seperti ini membuktikan cintanya dengan berkorban untuk Tuhan. Dia
sanggup berkorban apa sahaja yang ada pada dirinya untuk Tuhan. Malah
cinta dan takut itu jugalah yang membuatkan dia sangat mengasihi dan
menyayangi sesama makhluk Tuhan. Orang ini, dia mendapat gelaran
‘Arifbillah. Orang inilah yang dimaksudkan hadis, Hendaklah kamu
bersama Allah, dan sudah pasti kamu tidak mampu, oleh kerana itu
bersamalah dengan orang yang sudah dapat bersama Allah (Arifbillah) .
Kerana bila kamu bersama ‘Arifbillah, sama seperti kamu bersama Allah.

Lihatlah
diri kita hari ini, sudahkah kita benar-benar kenal Allah atau sekadar
tahu Allah itu ada sahaja. Kita sanggup berhabisan sepanjang malam
berbual, sms atau seronok di tempat tidur daripada berhabisan sepanjang
malam untuk bersama-sama Allah?
Adakah hati kita hari ini lebih cintakan makhlukNya daripada cintakan Allah?
Adakah
diri kita akan selamat di negara kekal abadi sekiranya cinta diserahkan
kepada makhluk dan dunia ini berbanding kita serahkan hati kita ini
kepada Tuhan kita, sedangkan diakhir hayat dunia kita, makhluk yang
kita cintai itu akan ditinggalkan sedangkan Tuhan yang kita lupakan itu
akan menyambut kedatangan kita.wajarkah makhlukNya lebih kita kenali
sedangkan penciptaNya kita kenal ala kadar sahaja.Wajarkah kita mohon
perlindungan dari seksanya sakaratul maut, azabnya alam barzakh,
terseksanya berdiri di Mahsyar atau wajarkah kita mohon dimasukkan ke
syurga pada Allah, Tuhan kita sedangkan cinta kita kita serahkan kepada
makhluk yang tidak mampu memberi pertolongan pada sakarat, alam kubur
dan tidak mampu meberi pertolongan di Mashyar apatah lagi memberi
syurga. Apatah lagi makhluk yang kita serahkan jiwa raga kita di dunia
ini yang akan meminta-minta pahala akibat kecuaian kita bersamanya di
dunia dahulu. Alangkah buruknya kita sebagai hambaNya kerana tersalah
meletakkan cinta pada tempatnya... .sekian

Ya Allah, Tuhan kami,
Kami hamba-Mu yang amat lemah ini mohon pertolongan,
bantulah hamba-Mu dalam mujahadah ini,
agar dihujung hidup hamba-Mu ini,
Tidak tersisa lagi cinta kami pada makhluk-Mu,
kosongkan hati hamba-Mu ini dari dunia dan seisinya.
kerani hamba-Mu ini tahu,
Tidak mungkin berkumpul 2 cinta dalam satu jiwa
Jika dalam hati hamba-Mu ini ada makhlukMu,
Nescaya jauhlah Diri-Mu dari hati ini.

Ya Allah, cinta hati ini..
tiada daya upaya hamba-Mu ini
kecuali dengan Kasih sayang dan Rahmat-Mu
yang mampu menolong hambaMu ini
Rabu, 30 Jun 2010 | By: iKhwan89

SIFAT-SIFAT ROH

Roh yang ada di dalam diri kita ini terlalu abstrak (seni). Sifatnya
sensitif, selalu berubah- ubah, sekejap baik dan sekejap jahat.
Perubahan ini berlaku terlalu cepat sekali sehingga susah untuk kita
mengesannya. Ini menyebabkan banyak sifat-sifat yang baik telah terabai
dan sifat-sifat yang buruk (jahat) dibiarkan bermaharajalela dalam diri
sama ada disengaja atau tidak, disedari atau tidak. Sifat-sifat roh
terbahagi kepada dua iaitu:

1. Sifat-sifat mahmudah (sifat positif atau sifat-sifat yang baik)
2. Sifat-sifat mazmumah (sifat negatif atau sifat-sifat yang keji)

Pertama: Sifat-sifat mahmudah, antaranya:
a) jujur
b) ikhlas
c) tawadhuk
d) amanah
e) taubat
f) sangka baik
g) pemaaf
h) pemurah
i) syukur
j) zuhud
k) tolak ansur (timbang rasa)
l) sabar
m) redha
n) berani
o) lapang dada
p) lemah lembut
q) kasih sayang
r) selalu ingat mati
s) tawakal
t) takut Allah

Kedua: Sifat-sifat mazmumah, di antaranya:
a) riyak
b) ujub
c) sum'ah
d) takabur atau sombong
e) hasad dengki
f) pemarah
g) dendam
h) bakhil
i) penakut
j) cinta dunia
k) gila pangkat
l) gila puji
m) jahat sangka
n) putus asa
o) tamak

Kajian terhadap sifat-sifat mahmudah dan mazmumah ini sangat penting
kerana dengan adanya ilmu ini memudahkan seseorang itu mengenal hakikat
dirinya. Yakni, kenal sungguh tentang sifat batinnya. Bila sifat baik
dan sifat jahat sudah dikenal pasti ada dalam diri seseorang itu maka
tindakan yang perlu dilakukan ialah:

1. Sifat-sifat yang terpuji (mahmudah) itu hendaklah kita pertahankan,
suburkan, pertajamkan dan kekalkan kerana sifat-sifat ini dikehendaki
dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul serta digemari oleh manusia
seluruhnya, yang mana itulah bunga diri pada seseorang.

2. Sifat-sifat yang terkeji (mazmumah) pula hendaklah ditumpaskan,
dikikis, dibuang, dihapus dan dicabut. Ini perlu dilakukan melalui
proses mujahadatun nafsi (melawan hawa nafsu). Yakni melalui latihan
terus-menerus terhadap nafsu (riadatun nafsi). Wajib dicabut buang
sifat-sifat keji ini kerana sifat-sifat ini sangat dibenci oleh Allah
dan rasul serta dibenci oleh manusia seluruhnya.

Untuk mendapat akhlak yang baik (terpuji) macamlah proses mendapatkan
buah yang baik dan manis. Ia didapati setelah ditanam daripada
benih-benih yang baik dan manis. Begitulah juga untuk melahirkan
perbuatan dan tindakan yang baik serta akhlak yang baik itu adalah
dengan menanam benih-benih yang baik di dalam roh (hati). Yakni
benih-benih sifat-sifat mahmudah seperti kasih sayang, rasa simpati,
rasa malu, sukakan ilmu pengetahuan, pemurah, pemaaf, sabar dan
lain-lain lagi. Buah yang masam adalah hasil ditanam benih yang masam.
Begitulah perbuatan atau tindakan yang buruk atau akhlak yang buruk
(keji) adalah berpunca daripada ditanam benih-benih yang keji (mazmumah)
di dalam roh (hati).

Adapun benih-benih mahmudah dan benih-benih mazmumah yang wujud dalam
roh (hati) hanya dapat dikesan oleh mata hati yang dibantu oleh ilmu
mengenainya. Bukan dengan mata kepala yang sifatnya tidak dapat
menjangkau dan merasainya. Yakni roh melihat roh. Hanya roh yang dapat
mengenali atau mengesan roh.

Ini bererti, mengesan sifat-sifat roh ini mestilah melalui kepekaan
pandangan mata hati serta dibantu oleh ilmu. Perjalanan roh ini laju dan
sentiasa berubah-ubah, sensitif dan berbolak-balik dari detik ke detik.
Kalau kita tidak peka dalam mengesannya setiap saat, kita akan rugi.
Tidak peka dalam mengesan sifat-sifat yang baik bererti kita telah
mengabaikan sifat-sifat roh yang baik atau perasaan-perasaan yang baik.
Maka sifat baik tadi jadi tidak subur. Macam menanam pokok tanpa disiram
air, tanpa diberi baja, tanpa dijaga, walaupun pokok itu boleh tumbuh
tetapi daunnya kuning, kering, akhirnya mungkin mati. Yang baiknya,
perlu ada guru mursyid yang memberi pimpinan atau didikan (yang dapat
memimpin hati kita, asalkan kita sanggup mentaatinya).

Tidak peka dalam mengesan sifat-sifat mazmumah (jahat)bererti kita
biarkan mazmumah itu berada dalam diri. Dari hari ke hari mazmumah itu
kian subur bersama suburnya jasad lahir. Akhirnya ia menguasai diri dan
kehidupan kita. Ketidakpekaan tadi menyebabkan mazmumah itu tetap
bersarang di dalam hati (roh), tidak ditumpaskan, dikikisbuangkan dan
dicabut. Akhirnya hati yang jahat itu mendorong untuk melakukan
perbuatan atau tindakan-tindakan jahat atau akhlak-akhlak jahat. Yang
kerananya akan merosakkan pergaulan dan menerjunkan kita ke Neraka.

Bagaimanakah kaedah untuk mengesan kelajuan perubahan sifat-sifat roh
yang sentiasa berubah-ubah dan berbolak-balik ini? Cara mengesan
benih-benih sifat-sifat roh (hati) ialah roh melihat roh atau roh
meneropong roh. Diteropong, dikaji dan diselidiki sebaik-baiknya dengan
dibantu oleh ilmunya untuk memastikan di kala mana berlaku sifat-sifat
yang baik dan di waktu mana berlaku sifat-sifat jahat. Bila didapati roh
(hati) bersifat baik maka hendaklah disuburkan. Di waktu roh (hati)
bersifat jahat maka dikekang dan dilawan, serta ditahan.

CONTOH SIFAT-SIFAT MAHMUDAH:
1. Sifat kasih sayang

Dengan pandangan mata hati (mata roh) kita akan dapat mengesan adanya
benih kasih sayang dalam hati. Ia adalah fitrah semula jadi yang murni.
Yakni hati terasa terhutang budi kepada orang yang membantu atau berjasa
kepada kita. Mengikut istilah syariat dikatakan rasa syukur atau rasa
hendak balas budi. Ini sifat baik (positif). Apabila didapati ada
sifat-sifat ini dalam hati hendaklah disuburkan, dipertajamkan dan
dikekalkan serta dilaksanakan supaya kita jadi orang yang berterima
kasih pada manusia. Lebih-lebih lagi bersyukur kepada Allah kerana
nikmat-Nya yang tidak pernah putus-putus. Rasa kasih sayang ini
diperintahkan oleh Allah dan Rasul. Rasulullah bersabda:

Maksudnya: "Barang siapa yang tidak mengasihi sesama manusia maka
dia tidak dikasihi Allah." (Riwayat Tirmizi)

Hadis ini menyuruh kita untuk berkasih sayang. Ia mendorong kita untuk
saling mengasihi antara manusia dan makhluk Allah yang lain. Suburkan
dan tajamkan lagi sehingga matang bersama matangnya jasad lahir kita.
Lakukan bermacam-macam cara untuk suburkan sifat kasih sayang ini.

2. Rasa simpati, timbang rasa atau tolak ansur Benih rasa simpati atau
timbang rasa ini dapat dikesan ada dalam hati bila berhadapan dengan
orang yang mendapat kesusahan. Walaupun kita tidak dapat menolong dan
membantunya tetapi secara automatik timbul rasa belas kasihan atau
simpati itu. Setelah dikesan didapati ada sifat baik ini maka mestilah
disuburkan dan dikekalkan. Ini supaya mendorong kita menolong orang yang
susah atau sanggup bersusah payah untuk berkhidmat dan berbakti pada
orang lain. Syariat juga menyuruh kita bersimpati atau bertimbang rasa
atau bertolak ansur pada orang. Sabda Rasulullah SAW:

"Khairu an-Nas anfa'uhum linnas"

Maksudnya: "Sebaik-baik manusia diantara kamu adalah yang paling
banyak manfaatnya bagi manusia yang lain". (HR Bukhari dan Muslim)

3. Rasa malu
Benih rasa malu dapat dikesan wujudnya dalam hati, lebih-lebih lagi bila
kita berbuat salah. Rasa malu bila orang lain tahu. Ini mesti disuburkan
supaya dapat membendung kita daripada berbuat salah, sekalipun
kesalahan-kesalahan dosa kecil, apatah lagi dosa besar. Ini juga
mendorong kita segera bertaubat apabila bersalah. Seterusnya ia akan
menyuburkan sifat jujur (berlaku benar), ikhlas dan amanah terhadap
Allah dan Rasul serta manusia seluruhnya.

4. Rasa sukakan ilmu pengetahuan
Benih rasa sukakan ilmu pengetahuan dapat dikesan ada dalam hati bila
ada perasaan ingin tahu, ingin pandai, ingin menyiasat, ingin memiliki
ilmu sepertimana orang yang sudah ada ilmu, ingin amalkan, ingin
membaca, mengkaji, menilai dan prihatin pada satu-satu perkara atau
ingin mencari pengalaman sebanyak-banyaknya. Bila didapati benih sifat
baik ini ada dalam hati maka suburkan dan dorong lagi supaya kecintaan
kepada ilmu bertambah. Ini bersesuaian dengan perintah Allah dan
Rasul-Nya. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad."

Maksudnya: "Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China, menuntut ilmu itu
wajib bagi setiap orang Islam." (Riwayat Ibnu Abdul Bar dari Anas)

Bertambahnya ilmu dan pengetahuan memberi kesan lahiriah yang baik pada
akhlak dan perbuatan seseorang itu seperti berani, pandai, berwibawa,
cakapnya bernas, hidup tidak buntu, kreatif dan lain-lain lagi.

Perlu diingat bahawa sifat-sifat yang baik yang disebut di atas tadi dan
banyak lagi sifat-sifat mahmudah lainnya itu, ia wujud bersama dengan
jasad lahir. Rasa-rasa itu semuanya tidak perlu dipelajari dan tidak ada
guru yang mengajarinya. Ia adalah perasaan semula jadi yang murni yang
ada dalam hati. Cuma waktu kecil ia tidak subur. Tetapi ia ikut dewasa
bersama dewasanya tubuh kasar.

Benih-benih sifat-sifat mahmudah tersebut mesti dikenal pasti dengan
menggunakan teropong mata hati serta dibantu oleh ilmunya. Kemudian
sifat-sifat baik ini hendaklah disuburkan, dipertajamkan dan didorong
lagi supaya kita dapat mengekalkan sifat-sifat mahmudah itu dalam diri.
Dengan itu lahirlah akhlak-akhlak yang baik, tindakan-tindakan yang
mulia dan perbuatan-perbuatan yang terpuji dalam kehidupan kita.

CONTOH SIFAT-SIFAT MAZMUMAH:

1. Rasa tidak senang (berdendam)

Benih-benih mazmumah rasa tidak senang atau tidak redha atau berdendam
dapat dikesan ada dalam hati di waktu kita diuji atau ditimpa bala. Sama
ada ujian-ujian itu berbentuk lahiriah atau maknawiah (batiniah).
Umpamanya:

a. Terasa tidak senang bila dikata nista, dihina, diumpat, difitnah.
Hati rasa marah, rasa dendam, rasa ingin hinakan orang itu semula. Ini
sangat merbahaya. Boleh mencetuskan pecah ukhwah, pecah belah, huru-hara
dan pergaduhan dalam masyarakat.

b. Terasa tidak senang atau menderita bila tidak ada duit, tidak ada
pangkat atau harta.

c. Terasa tidak senang bila diuji dengan sakit atau kematian orang yang
dikasihi.

d. Terasa tidak senang atau kecewa apabila orang-orang yang dikasihi
membuat ragam atau tidak bertanggungjawab.

Terasa tidak senang atau tidak redha dengan takdir Allah. Ini dapat
dikesan bila kehendak-kehendak atau hajat-hajat hati tidak tercapai.
Katalah kita hendak begian, dapat begian. Hendak banyak, dapat sikit.
Hendak pandai, tidak pandai-pandai juga. Hendak pangkat, jawatan, pujian
tapi tidak dapat-dapat. Barangkali kalau didorong sifat keji ini akan
timbul bimbang terhadap masa depan. Hati makin susah sebelum susah yang
sebenarnya menimpa. Misalnya hati merasa, "Bagaimana nanti kalau aku
sakit? Bagaimana kalau aku miskin? Kalau aku tak kahwin? Kalau aku tak
dapat anak? Kalau aku tak ada rumah? Kalau tak ada kebun selepas pencen?
Dan macam-macam hajat yang tak tercapai."Bila rasa tidak senang ini
disuburkan, ia boleh membawa kepada iri hati atau hasad dengki pada
orang lain. Dia tidak akan senang melihat ada orang yang dapat lebih
nikmat atau lebih senang daripadanya.

Setelah dikesan adanya rasa tidak senang atau tidak redha dengan
ketentuan Allah ini mestilah dikikisbuangkan, ditumpas dan dicabut. Jika
sifat-sifat ini tidak dibuang dan dibendung sebaliknya disuburkan, ia
akan jadi lebih parah lagi. Dia sentiasa keluh-kesah atau gelisah bila
berhadapan dengan sebarang ujian atau kesusahan. Ia menjadi seorang yang
pemarah, pendendam, tidak senang dan putus asa hingga timbul
akhlak-akhlak yang buruk atau perbuatan-perbuatan atau tindakan-tindakan
yang buruk yang merosakkan dirinya dan masyarakat. Maka hilanglah
kebahagiaan hidup.

Sebab itu dalam Islam disuruh redha dengan ketentuan Allah. Sifat tidak
redha ini sangat dibenci Allah dan Rasul serta seluruh manusia. Untuk
membendungnya ingatlah perintah-perintah Allah SWT.

Firman-Nya dalam Al Quran:
Maksudnya: "Hendaklah kamu katakan semua itu datang
daripada Allah." (An Nisaa': 78)

Maksudnya: "Janganlah kamu berputus asa daripada
nikmat Allah." (Yusuf: 87)

Ingatlah setiap perkara yang berlaku sama ada baik atau buruk,
hakikatnya daripada Allah. Ia ada hikmahnya yang tersendiri, yang
tersembunyi, untuk kebaikan dan manfaatnya pada diri kita kalau kita
pandai menerimanya. Sebenarnya ada rahsia yang kita tidak tahu. Mungkin
kalau kita dapat apa yang kita kehendaki, kita tidak bersyukur. Tentulah
ini berdosa. Boleh jadi ada orang lain pula yang hasad dengki dengan apa
yang kita dapat itu. Bukankah itu membahayakan diri kita? Kalau kita
sedar hakikat ini tentulah kita rasa bertuah dengan apa yang ada atau
apa yang Allah berikan.

Walaupun tidak memenuhi hajat kita namun tidaklah sampai rasa tidak
senang, yang mana bererti kita tidak senang dengan Allah, Tuhan yang
Maha Adil itu. Bila rasa tidak senang ertinya kita kufur dengan nikmat.
Itulah penzaliman terhadap diri yang kita lakukan setiap saat. Oleh itu
sifat keji ini hendaklah dikikisbuangkan. Kalau tidak, ia akan menjadi
dosa dan menerjunkan kita ke Neraka, wal'iyazubillah.

2. Rasa ujub

Benih rasa ujub ini dapat dikesan bila kita dapat nikmat lebih sama ada
lebih ilmu, lebih pangkat, lebih harta, lebih cantik, lebih pandai,
lebih bijak dan lain-lain kelebihan lagi. Waktu itu hati terasa
istimewa, terasa hairankan diri. Bila didorong lagi sifat keji ini akan
menjadi sifat riyak. Yakni timbul rasa ingin menunjuk-nunjuk. Seterusnya
bila disuburkan lagi berubah kepada sifat keji yang lain pula iaitu
sifat sombong. Yakni rasa bermegah-megah, rasa diri superman atau
superwoman, rasa hebat diri dan suka menghina orang lain.

Sifat keji ini bila didapati wujud dalam hati, maka mestilah ditumpaskan
dan dikikisbuangkan melalui proses mujahadatunnafsi. Ini kerana sifat
sombong atau takabur atau membesarkan diri sangat dimurkai Allah. Yang
mana ia merupakan pakaian Allah SWT yang tidak dibolehkan bersekutu pada
mana-mana makhluk-Nya.

Sombong ini boleh menimbulkan hilang ukhwah, hilang kasih sayang dan
benci-membenci. Akhirnya bergaduh dan timbul perpecahan, krisis, tegang
dan jatuh-menjatuhkan. Masyarakat jadi haru-biru dan porak-peranda serta
hilang kebahagiaan dan keamanan.

3. Rasa tamak atau bakhil

Benih rasa tamak ini dapat dikesan ada di hati bila kita melihat atau
ternampak nikmat. Waktu itu rasa hendak memiliki nikmat itu untuk jadi
hak milik sendiri. Iri hati kalau nikmat itu dipunyai oleh orang lain.
Rasa tamak dan haloba menyerang hati. Walau apa cara sekalipun dia akan
usahakan untuk memilikinya tanpa mengira halal atau haram.

Rasa hati di waktu itu rakus, gelojoh dan ganas. Dia tidak peduli sama
ada menyusahkan orang lain atau tidak. Melanggar hak asasi kemanusiaan
atau tidak. Pokoknya dia dapat walau apa cara sekalipun. Sifat keji ini
tersangat merbahaya. Ia boleh bertindak merampas, menipu, mencuri,
merompak, rasuah, merogol, berzina, bergaduh dan akhirnya berperang.
Penyakit ini perlu ditumpaskan dari awal lagi.

Bila dikesan ada rasa tamak, ia hendaklah ditumpaskan dan
dikikisbuangkan melalui proses mujahadatunnafsi. Ia sangat dibenci dan
menjadi musuh Allah dan Rasul-Nya serta seluruh manusia. Kemudaratannya
bukan setakat di dunia bahkan di Akhirat akan dicampak ke Neraka,
wal'iyazubillah.

4. Rasa takut
Benih rasa takut dapat dikesan wujud dalam hati bila berhadapan
berpangkat, lebih berpengaruh atau yang berbudi padanya dan lain-lain
lagi. Boleh jadi rasa takut ini juga disebabkan oleh inferiority complex
dengan makhluk.

Bila takut menguasai diri, dia akan hilang kebebasan dan kemerdekaan
diri. Kalau disuburkan rasa takut ini, tanpa sedar dia akan menganggap
makhluk lebih berkuasa daripada Tuhan. Terjebak dengan mentuhankan
makhluk tanpa sedar. Ini termasuk syirik khafi. Sifat keji ini tersangat
merbahaya. Ia mengakibatkan orang ini sanggup melanggar syariat Allah
dan Rasul serta menafikan kuasa Allah. Walaupun mulutnya mengatakan
Allah-lah yang berkuasa tetapi pada realitinya makhluklah tempat dia
rujuk, patuhi, taati dan takuti.

Ertinya, dia sudah bertuhankan makhluk atau bertuhankan manusia.
Contohnya, dia sembahyang, puasa, naik haji tetapi tunduk dengan
`tuan'nya bila disuruh jual atau beli atau minum arak. Katalah
dia tidak minum arak, cuma jual atau beli arak, tetapi kerana
`tuan'nya memberinya gaji, maka dia taat dan patuh. Walhal dia
tahu perbuatan ini jelas melanggar syariat Allah. Ertinya dia lebih
takutkan arahan manusia melebihi suruhan Allah SWT.

Oleh itu sifat keji ini hendaklah dihapus dan ditumpaskan daripada
bersarang di hati kita. Kalau perkara ini tidak dikaji dan diteliti,
sudah tentu tidak diketahui. Kikiskanlah dengan menanam rasa takut hanya
pada Allah. Rasakanlah Allah Maha Berkuasa, Maha Besar dan Allah-lah
Maha Kuat dan Maha Gagah daripada segala-galanya. Semua makhluk ini
sama-sama lemah di sisi Tuhan yang Maha Perkasa itu. Kalaupun makhluk
itu kuat atau berkuasa, hanya kerana dia diberi nikmat yang lebih
sedikit saja daripada orang lain. Tetapi dia tetap lemah dan tetap dalam
kuasa Tuhan yang Maha Berkuasa.

Allah telah mendidik kita agar hanya pada-Nya kita wajib takut dan
menghinakan diri. Ini kerana Allah-lah yang Maha Mencipta, Maha
Menganugerah, Maha Pemberi, Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan.
Allah-lah yang mengadakan dan mentiadakan sesuatu. Allah-lah yang
menentukan nasib makhluk. Allah-lah yang muassir (memberi bekas).
Selain-Nya semuanya tidak lebih gagah, tidak lebih besar dan tidak
memberi bekas apa-apa. Walaupun makhluk itu lahirnya kita nampak besar
dan hebat, gagah dan berkuasa tapi hakikatnya semua makhluk itu tetap
dalam genggaman Allah SWT.

Hanya empat sifat mazmumah saja yang kita kaji secara terperinci di
sini, yang merupakan sebahagian daripada sifat-sifat mazmumah yang
banyak itu. Perlu diingat juga bahawa sifat-sifat yang jahat ini
semuanya sudah wujud bersama lahirnya tubuh kasar. Rasa-rasa itu tidak
perlu dipelajari dan tidak ada guru yang mengajarinya. Cuma waktu kecil
ia tidak subur. Tetapi ia ikut dewasa bersama dewasanya tubuh kasar.
Oleh itu benih-benih sifat mazmumah dalam hati ini mesti dikenal pasti
di awal-awal lagi.

Dengan menggunakan teropong mata hati dengan dibantu oleh ilmunya,
sifat-sifat jahat ini mesti ditumpaskan dan dikikisbuangkan melalui
proses mujahadatunnafsi (yang akan kita bincangkan dalam bab akan
datang). Barulah sifat mazmumah ini dapat dikekang dan dikosongkan, yang
akhirnya sifat mahmudah dapat diisi dalam hati.

Di sinilah pentingnya mengkaji dan mengesan sifat-sifat roh (hati).
Supaya setelah kedua-duanya dikesan, yang mahmudahnya dapat disuburkan
dan yang mazmumahnya dapat dihapuskan. Barulah manusia itu kembali
kepada hakikat dirinya. Yakni hakikat manusia itu sendiri. Ini kerana
nilai diri manusia itu adalah pada sifat roh (hati)nya. Ia jadi penentu
yang mencorak kehidupannya dan manusia seluruhnya. Roh ini dikekalkan
untuk ditanya dan dipertanggungjawabkan di Akhirat nanti. Roh inilah
yang mukalaf. Ia yang akan merasai nikmat atau azab. Roh inilah juga
yang akan ke Syurga
Khamis, 3 Jun 2010 | By: iKhwan89

GENERASI HARAPAN : ALLAH ITU MAHA BESAR,ISLAM ITU MAHA BENAR


salam alaik...generasi harapan daripada keluarga fatta tamimi...adik beradik daripada satu bapa dan 4 orang ibu...album pertama mereka..kini berada di semua kedai2 cawangan global ikhwan......

senarai lagu adalah seperti berikut :
  • sifat 20
  • the miraculous prophet
  • cinta
  • longing for You
  • Mukmin Soleh
  • Baituzzaujah
  • Tell Me Where?
  • Nun disana
  • Jangan Biarkan Hati ku Sepi
  • Selawat badawi
terdapat juga track Bonus iaitu.:
  • Rindu pada Mu
  • Oh di mana?

selamat mencari album mereka dan selamat mendengar kepada sesiapa yang sudah dapat kannya..(^_^)..ampun maaf..
Ahad, 2 Mei 2010 | By: iKhwan89

"BERTAQWALAH KEPADA ALLAH,NESCAYA ALLAH AKAN MENGAJAR KAMU.."


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Mari kita lihat sejarah Rasulullah dan para Sahabat, selaku manusia yang
luar biasa. Dalam peperangan, mereka berperang sebanyak tujuh puluh
empat kali. Rasulullah sendiri ikut campur sebanyak dua puluh tujuh
kali. Daripada tujuh puluh empat kali berperang, sekali sahaja jumlah
tentera umat Islam lebih dari tentera kafir iaitu waktu perang Hunain.
Selalunya tentera kafir lebih ramai dan senjata mereka lebih banyak.
Tetapi selain dari peperangan Hunain, umat Islam sama ada menang atau
menang tidak, kalah pun tidak. Umat Islam tidak kalah. Tetapi pelik,
masa perang Hunain, umat Islam kalah. Sebab masa itu mereka sudah cacat
dengan Tuhan kerana bergantung kepada jumlah yang ramai.

Waktu peperangan Khandak, musuh 10,000 orang, tentera Islam 3,000 orang.
Tuhan tidak benarkan 3000 orang lawan 10,000 orang. Tuhan datangkan
tentera bukan manusia iaitu ribut dan petir sehingga tentera musuh lari
lintang-pukang. Yang paling jelas adalah waktu perang Badar di mana 313
tentera Islam berhadapan dengan 1,000 tentera musuh. Malaikat turun
seramai 3,000. Belum sempat tentera menebas, leher musuh sudah putus.
Seolah-olah dalam perang itu, tenaga manusia tidak digunakan langsung.
Malaikat yang buat kerja.

Waktu zaman Sahabat pula, ketika pemerintahan SayidinaUmar Al Khattab,
berlaku peperangan di antara tentera Islam dan tentera Rom.
Berbulan-bulan tidak menang dan tidak kalah. Ketua tentera Islam hantar
surat kepada Sayidina Umar. Sayidina Umar pergi melihat. Dia tidak
bercakap apa-apa tetapi membaca suasana. Setelah bergaul selama tiga
hari dan setelah semuanya dinilai, dia pun panggil tentera Islam seraya
berkata, "Saya sudah dapat rahsia kenapa kita tidak menang dan tidak
kalah. Pertama, kerana sembahyang tidak lurus saf. Kedua, kerana tidak
bersugi." Padahal itu masih luaran. Masih tidak menafikan taqwa. Itupun
tersangkut. Bersugi itu fadhilat, benda lahir yang tidak jejaskan taqwa
tetapi kerana itu pun perang tidak menang dan tidak kalah. Bila
dibetulkan itu semua, esoknya mereka pergi perang dan menang.

Dalam satu kisah yang lain, pernah Sayidina Umar menghantar tentera ke
Palestin. Ketua tenteranya bernama Sariya. Jarak Palestin ke Madinah
sekitar seribu batu. Oleh kerana pemimpinnya bertaqwa, ketua tenteranya
juga bertaqwa maka waktu tentera Islam dalam bahaya, Tuhan bantu secara ghaib. Allah lihatkan kepada Sayidina Umar kedudukan tentera Islam yang
di dalam bahaya. Di belakang bukit ada tentera musuh hendak menyerang
secara mengejut. Bila Sayidina Umar nampak, maka dia buat arahan supaya
Sariya naik ke tempat yang tinggi. Sariya tidak nampak musuh tetapi Maha
Besar Tuhan, Sariya dengar arahan Sayidina Umar dari mimbar masjid
Madinah. Tentera Islam pun terselamat dari serangan mengejut. Hasil
taqwa, datang bantuan Tuhan yakni Sayidina Umar diperlihatkan manakala
Sariya didengarkan.

Contoh ketiga ialah Salehuddin Al Ayubi. Setelah Palestin ditawan oleh
umat Islam di bawah Sayidina Umar, ia kemudiannya jatuh ke tangan orang
kafir selama dua ratus tahun sebelum dirampas semula oleh Salehuddin Al
Ayubi. Di medan perang, di tengah malam, Salehuddin bangun melihat
khemah tenteranya. Di kebanyakan khemah, tenteranya beribadah malam
tetapi ada satu khemah yang tenteranya tidur. Jadi selepas subuh dia
berkata, "Saya sudah nampak kemenangan untuk kita. Dengan syarat khemah
yang tidak bangun beribadah malam tadi, jangan pergi berperang. Takut
terhijab." Maka pergilah tenteranya berperang dan menawan Palestin.
Itukan bantuan bersifat ghaib.

Waktu Thariq Ibnu Ziad hendak menawan Sepanyol, waktu itu Rasulullah
sudah wafat seratus tahun. Diceritakan dalam kitab, waktu hendak
menyeberangi Selat Gibraltar, dia nampak Rasulullah yang telah lama
wafat di depannya dengan pakaian tentera. Itu membuatkan tentera Islam
menang.
Sabtu, 27 Mac 2010 | By: iKhwan89

DEMONSTRASI : MENGAPA TONJOLKAN KELEMAHAN KEPADA MUSUH??

Petikan

1. Dewan Pemuda PAS Pusat membantah sekeras – kerasnya tindakan
akhbar di Sweden yang telah menghina Nabi Muhammad SAW.

2. Sebelum ini beberapa karikatur Rasulullah telah dikeluarkan oleh
Akhbar di Denmark dan kini pula di akhbar Sweden. Penghinaan seperti ini
tidak boleh dipandang ringan oleh ummat Islam bahkan juga non muslim,
justeru ia satu pencabulan terhadap kesucian agama.

3. Pemuda PAS juga memandang serius isu yang sedang berlaku di
Baitulmuqaddis pada ketika ini. Berikutan pembinaan Kuil Al-Kharab di
sebelah Barat Masjid Al-Aqsa yang mencemarkan kehormatan kota suci Ummat
Islam. Pihak penjajah Zionis juga mengumumkan pembukaan kuil tersebut
sebagai langkah permulaan untuk membina Kuil Haikal Sulaiman di atas
tapak Masjid al-Aqsa yang akan diruntuhkan kelak. Ummat Islam di seluruh
dunia diseru agar mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa yang menjadi
kiblat pertama umat Islam dan bumi Israk Mikraj Rasulullah SAW.

4. Bagi membantah tindakan tersebut, Pemuda PAS akan mengadakan satu
himpunan aman bagi membantah tindakan tersebut pada butiran berikut:

Tarikh : 26 Mac 2010 (Jumaat)

Masa : 01.15 pm : - solat Jumaat di Masjid Tabung Haji.

02.00 : - berkumpul dan berarak ke Kedutaan Sweden.

5. Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan agar semua rakyat Malaysia yang
prihatin, sama ada muslim dan non-muslim serta seluruh NGO – NGO
yang cintakan keamanan dapat bersama hadir membantah tindakan Akhbar
Sweden dan Rejim Zionis yang mencabul kesucian agama Islam.

http://episodeperju angan.blogspot. com/
<http://episodeperju angan.blogspot. com/2010/ 03/1.html>

------------ --------- --------- --------- --------- --------- -\
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -\
------------ --------- --------- -------

Arus kebangkitan Islam yang melanda dunia ketika ini telah mendatangkan
beberapa kesan terhadap umat Islam. Di antaranya ialah bangkitnya
semangat dan perasaan anti Yahudi dan Barat yang meluap-luap di kalangan
umat Islam, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh pelusuk dunia.
Apa saja tindak-tanduk atau dasar atau kata-kata kaum Yahudi dan Barat
yang nampak seperti menindas, menghina atau merugikan umat Islam akan
ditentang dan dikecam.

Ini mungkin satu perkembangan yang baik. Ini mungkin menandakan bahawa
umat Islam sudah mula cinta pada Islam dan tidak rela lagi melihat Islam
itu diapa-apakan. Mungkin juga umat Islam sedunia telah mula memahami
akan maksud ayat:

Maksudnya: "Tidak sekali-kali akan redha kaum Yahudi dan Nasrani itu
kepada engkau (ya Muhammad) selagi engkau tidak ikut cara hidup
mereka."(surah Al-Baqarah: 120)

Tetapi kita juga dapat perhatikan bahawa semangat ini telah
mengakibatkan umat Islam sedunia membuat perkara-perkara yang tidak ada
dan tidak diajar di dalam Islam. Semangat ini telah mendorong umat Islam
berdemonstrasi dan menunjuk-nunjuk perasaan. Silap saja langkah dan
cakap Yahudi atau Barat maka keluarlah umat Islam dengan
sepanduk-sepanduk dan slogan-slogan. Berkumandanglah suara-suara
mengutuk dan mengecam Yahudi dan Barat. Demonstrasi dimeriahkan pula
dengan sorak-sorai dan jerit pekik. Suasana gawat.

Bukan sedikit umat Islam yang keluar berdemonstrasi dan menunjuk
perasaan seperti ini. Bukan setakat puluhan, bukan setakat ratusan
tetapi menjangkau ribuan dan puluhan ribu. Bukan sahaja yang muda, malah
yang tua pun ikut sama. Bukan sahaja yang lelaki, yang perempuan pun
tidak mahu ketinggalan. Kadang-kadang demonstrasi ini dibuat setempat.
Kadang-kadang berarak ke hulu ke hilir. Kadang-kadang berusuh-rusuh dan
berbaling-baling batu.

Apa yang para `demonstrasi' ini telah lupa ialah, demonstrasi
dan tunjuk perasaan yang mereka lagang itu bukanlah dari Islam tetapi
adalah dari budaya toghut. Islam tidak ada mengajar demonstrasi dalam
bentuk yang macam itu. Di sinilah lemahnya kita. Dari satu segi kita
marahkan perbuatan toghut tetapi dari segi yang lain kita pula yang
mengamalkan dan mempopularkan apa yang dianjurkan toghut selama ini. Apa
yang ada dalam Islam ialah menunjuk kekuatan supaya musuh gerun dan
takut untuk memulakan pergaduhan atau peperangan. Ini jauh berbeza
dengan demonstrasi atau menunjuk perasaan.

Cuba bayangkan berapa banyak masa dan tenaga umat Islam telah terbuang
dengan sia-sia untuk berdemonstrasi. Kalau 10,000 umat Islam
berdemonstrasi selama lima jam maka sudah 50,000 jam usaha manusia (man
hours) terbuang yang sepatutnya boleh menyiapkan 10,000 meter jalan raya
dua hala.
Itu sudah 10 kilometer. Cuba kaitkan pula dengan usaha-usaha
untuk membangunkan dan menguatkan Islam secara zahir dan batin. Berapa
banyak yang boleh kita buat dan kita capai dengan tenaga dan masa
sebanyak itu. Alangkah ruginya kerana semua itu telah dihalakan kepada
demonstrasi yang tidak pernah mendatangkan apa-apa kebaikan kepada umat
Islam atau perjuangan Islam, dan tidak pernah pula merugikan atau
menggugat musuh.

Bukan tenaga dan masa sahaja yang telah disia-siakan. Cuba kirakan
belanja dan kos berdemonstrasi. Kalau setiap orang yang berdemonstrasi
perlu belanja untuk minyak, tambang dan makan minum sebanyak lima
ringgit seorang, maka RM50,000 telah lesap begitu sahaja.
Ini belum
masuk belanja buat sepanduk dan lain-lain. Berdemonstrasi dan menunjuk
perasaan ini hakikatnya ialah mempamerkan kelemahan diri. Menunjuk
perasaan ialah amalan dan jalan keluar bagi pihak yang lemah kerana
tidak mampu atau tidak berani menempuh jalan keluar yang lain yang lebih
drastik atau yang lebih mencabar. Itu sebabnya isteri akan tunjuk
perasaan kepada suami dengan merajuk. Anak akan tunjuk perasaan kepada
ayah dengan membuat kerenah. Murid akan tunjuk perasaan kepada guru
dengan ponteng kelas. Mereka tidak ada kuasa. Oleh itu mereka terpaksa
bertindak secara pasif untuk menarik perhatian. Kita tidak pernah dengar
suami tunjuk perasaan pada isteri atau ayah tunjuk perasaan pada anak
ataupun guru tunjuk perasaan pada murid.

Tunjuk perasaan pula hanya akan ada kesannya kalau dihalakan kepada
pihak yang bertanggungjawab dan yang ada pertalian kasih sayang dengan
kita.
Itu sebabnya lojik bagi isteri menunjuk perasaan kepada suami,
anak tunjuk perasaan kepada ayah atau murid menunjuk perasaan kepada
guru. Seperti kata orang tua-tua, "Merajuk pada yang kasih."
Kalau rakyat menunjuk perasaan kepada kerajaannya sendiri, ini masih
boleh diterima terutama kalau kerajaan tersebut berjiwa rakyat dan
bertanggungjawab. Kesannya mungkin positif. Tetapi menunjuk perasaan
kepada musuh adalah terkeluar dari batas perbuatan yang waras.

Apa bijaknya menunjuk perasaan dan menyatakan perasaan tidak puas hati
kita kepada musuh yang memang kerjanya pagi petang, siang dan malam
ialah berazam dan mencari jalan untuk menghancurkan dan memusnahkan
kita? Apakah musuh akan ambil peduli dan akan memberhentikan usahanya?
Tentu tidak! Sekali-kali tidak! Musuh akan bertambah terangsang kalau
kita tunjuk perasaan kerana dia tahu jeratnya sudah mengena dan
tindakannya sudah tepat. Mangsanya sedang menggelupur kesakitan. Dia
akan tersenyum sinis dan akan melipatgandakan lagi usahanya.

Islam tidak suruh berdemonstrasi atau menunjuk-nunjuk perasaan kepada
musuh. Islam suruh berstrategi dan bermuslihat. Di kala lemah, Islam
suruh kita ambil sikap evasion dan consolidation. Di kala kuat, ambil
sikap "Aslim taslam" – Islamlah, kamu untuk selamat.

Seperkara lagi yang harus kita faham, Islam tidak bermusuh dengan Yahudi
semata-mata kerana ianya Yahudi. Islam tidak bermusuh dengan Nasrani
semata-mata kerana ianya Nasrani. Kita tidak bermusuh dengan individu
orang Yahudi atau individu orang Amerika atau individu orang Eropah. Apa
yang kita musuhi ialah sifat-sifat yang ada pada Yahudi dan Nasrani itu
dan apa yang mereka perjuangkan sebagai satu bangsa dan entiti. Kita
musuhi iktiqad dan cara hidup mereka yang hendak mereka paksa ke atas
kita.

Kita musuhi nilai mereka. Kita musuhi ideologi mereka. Kita musuhi
pemikiran mereka. Kita musuhi budaya mereka. Kita musuhi akhlak mereka
dan kita musuhi sekularisme dan sistem-sistem hidup mereka yang mana
semuanya itu tersimpang jauh dari jalan yang hak dan yang diredhai
Allah. Yang mana semuanya itu akan membawa manusia kepada kesengsaraan
di dunia dan di akhirat. Kita juga akan memusuhi siapa sahaja yang
mempunyai sifat-sifat yang sama dan yang memperjuangkan perkara-perkara
yang sama walaupun mereka bukan Yahudi atau Nasrani.

Kalau sifat-sifat Yahudi dan Nasrani itu ada pada diri kita maka lebih
layaklah kita memerangi diri kita sendiri terlebih dahulu. Berapa ramai
orang Islam yang memperjuangkan ideologi musuh. Berapa ramai orang Islam
yang membawa aliran fikiran dan falsafah musuh. Berapa ramai orang Islam
yang mengamalkan budaya musuh. Berapa ramai orang Islam yang berakhlak
dengan akhlak musuh. Berapa ramai orang Islam yang cara hidupnya sama
seperti cara hidup musuh, dan berapa ramai orang Islam yang
memperjuangkan Islam dengan meniru kaedah perjuangan musuh.

Ini yang harus kita fikirkan bersama. Tidak ada makna kita berjaya
menumpaskan musuh kalau kita pula akan mewarisi sifat-sifat dan cara
hidup mereka. Sifat-sifat yang batil itulah sebenarnya musuh kita dan
musuh Islam, bukan sangatYahudi dan Nasraninya. Sifat-sifat itulah yang
hendak kita banteras, dan kita akan tentang siapa sahaja yang mendukung
dan melagang sifat-sifat tersebut, hatta diri kita sendiri. Tuhan cipta
manusia berbangsa-bangsa supaya kita saling kenal mengenal di antara
satu sama lain. Tuhan tidak jadikan manusia itu berbangsa-bangsa untuk
kita bergaduh dan berperang. Dalam masa yang sama, Tuhan menyuruh kita
menentang kekufuran, kezaliman dan kebatilan. Oleh itu, kalau perlu ada
penentangan di kalangan manusia, ia mesti diasaskan kepada kekufuran,
kezaliman dan kebatilan dan bukan kepada suku bangsa. Sesiapa sahaja
yang memperjuangkan kekufuran, kezaliman dan kebatilan mesti ditentang
tidak kira apa bangsanya, sekalipun dia dari kalangan bangsa kita
sendiri.
Jumaat, 26 Mac 2010 | By: iKhwan89

AKIBAT TERLAMPAU MENUNTUT HAK

Manusia mempunyai berbagai-bagai hak. Hak-hak yang
asas termasuklah hak ke atas agamanya, diri dan
jiwanya, akalnya, keluarga dan keturunannya, kehormatannya
dan hartanya. Di samping itu manusia juga mempunyai
hak ke atas manusia yang lain. Namun begitu, disebabkan
oleh hati yang tidak terdidik dengan didikan Islam
dan juga disebabkan kurang faham tentang konsep hak ini
sepertimana yang dikehendaki oleh Islam, maka manusia telah
banyak tersilap dan menyimpang dari jalan yang sebenar.
Keadaan bertambah buruk apabila kefahaman tentang pemberian
dan tuntutan hak yang diamalkan oleh masyarakat
sekular dan yang terdapat di dalam adat resam bangsa terbawabawa
ke dalam kehidupan masyarakat Islam.

Hak itu telah dianggap sebagai mutlak. Kalau tidak diberi,
ia dianggap satu penganiayaan yang besar. Satu kezaliman
kubro. Ia boleh dijadikan kes mahkamah. Boleh pula samanmenyaman.
Kalau menang kes, boleh tuntut ganti rugi sampai
jutaan ringgit. Ganti rugi yang dituntut itu pula tidak ada
kena-mengena dengan hak asal yang dituntut. Macam-macam
jenis ganti rugi dituntut. Ganti rugi malulah. Ganti rugi koslah.
Ganti rugi tekanan jiwa dan hilang ketenteraman dan berbagai
lagi bentuk ganti rugi yang direka-reka. Akhirnya usaha untuk
menuntut keadilan bertukar menjadi satu kezaliman. Para
peguamlah yang mengaut untung di atas putar belit ini.

Lahirlah dalam masyarakat sindrom saman-menyaman.
Manusia sudah jadi macam tebuan. Silap sedikit, menyengat.
Silap sedikit, saman! Hilang sifat redha-meredhai, maaf-bermaafan
dan halal-menghalalkan. Ukhwah pecah dan kasih
sayang hancur. Di dalam Islam, walaupun seseorang itu mempunyai
hak ke atas orang lain, hak ini berlandaskan kepada
kemampuan. Tidak wajib atas seseorang untuk melaksanakan
hak orang lain ke atas dirinya dalam keadaan dia tidak mampu.
Allah pun melepaskannya dari tanggungjawab tersebut dan
dia tidak jatuh berdosa kalau tidak mampu melaksanakannya.
Di dalam keadaan begitu, digalakkan pula di dalam Islam
agar umatnya redha-meredhai, bertolak ansur, halal-menghalalkan
dan maaf-memaafkan. Ganjarannya tetap ada di sisi
Tuhan. Dengan ini maka tidaklah wujud tekan-menekan,
desak-mendesak dan tuntut-menuntut yang sangat merosakkan
hubungan dan kasih sayang sesama Islam.

Pernah berlaku di dalam sejarah, sepasang suami isteri
yang telah lama bernikah. Si suami masih belum dapat menjelaskan
mas kahwin yang dia terhutang kepada isterinya
kerana terlalu miskin. Setelah lama tinggal bersama dan setelah
mendapat beberapa orang anak, si isteri yang tidak sabar sering
menuntut mas kahwinnya dari si suami. Malangnya, si suami
yang miskin itu tidak dapat juga menjelaskan hutang mas
kahwinnya itu. Suatu hari si isteri hilang sabar dan mengadu
kepada Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW melihat memang nyata suaminya terlalu
miskin dan tidak mampu membayarnya. Lalu Baginda
mencadangkan adalah lebih baik si isteri menghalalkan sahaja
mas kahwin tersebut. Si isteri tetap berkeras, dia tidak bersetuju
dan tidak rela. Dia masih berkeras menuntut haknya dan
mahukan mas kahwin itu dari suaminya. Memandangkan hal
itu, Rasulullah sendiri membayarkan mas kahwin tersebut bagi
pihak suaminya. Tetapi sambil Rasulullah SAW membayar mas
kahwin itu, baginda bersabda, "Moga-moga tidak ada berkatnya
mas kahwin ini." Rupa-rupanya Allah SWT mendengar
sabda Rasulullah itu. Kata-kata kekasih Tuhan, kata-kata
seorang Sohibul Azman. Akibat membangkang nasihat Rasulullah,
akhirnya isteri itu mati di dalam keadaan kufur tidak
beriman.
Selasa, 23 Mac 2010 | By: iKhwan89

TAQWA & KASIH SAYANG : SENJATA AMPUH MELAWAN YAHUDI

Di antara mukjizat Rasulullah Muhammad SAW adalah mengalahkan musuh
dengan TAQWA dan KASIH SAYANG. Yahudi tewas oleh senjata TAQWA dan KASIH
SAYANG. Senjata ini lebih power dari nuklear dan lebih hebat dari segala
jenis teknologi di dunia ini. Siapa yg dpt mengulang sejarah ini, maka
dialah Muhammad kedua, mujaddid- pewaris Rasulullah utk kebangkitan
Islam kedua.

Berikut ini salah satu contoh, bagaimana akhlak mulia yang lahir dari
taqwa dan kasih sayang Rasulullah itu telah berhasil menawan yahudi
hingga mati.

Disudut kota Madinah tinggal seorang orang tua Yahudi yang buta. Orang
Yahudi itu sangat membenci Rasulullah SAW. Kerana terlalu bencinya, dia
tidak sanggup mendengar nama Muhammad di sebut orang di sekelilingnya.
Telinga dan hatinya terasa sakit bila mendengar nama Muhammad disebut.
Sampailah cerita orang tua buta itu kepada Rasulullah SAW. Lalu beliau
mendatangi rumah orang tua buta itu, tanpa memberitahu bahawa yang
datang itu adalah Muhammad SAW.
"Apakah yang boleh saya bantu, Pakcik?" tanya Rasulullah SAW.
"Setiap orang bercakap tentang Muhammad, tidak ada yang cakap buruk
tentang Muhammad, padahal aku begitu membencinya. Aku menderita
kerananya"
"Apakah yang boleh saya lakukan agar hati Pakcik lega ?"
"Aku tidak mau lagi mendengar nama Muhammad, bawalah aku pergi dari
sini. !"
"Kemana ?"
"Kemana saja ! Yang penting aku tidak mendengar lagi nama
Muhammad."

Akhirnya Rasulullah mendukung orang tua buta itu. Orang tua buta itu
tidak tahu bahawa yang mendukungnya adalah orang yang paling dia benci.
Tibalah Rasulullah kesebuah tempat yang sunyi sepi, tidak ada satupun
penduduk yang tinggal disitu. Dengan penuh kasih sayang Rasulullah
menyediakan tempat untuk orang tua buta itu tinggal di daerah yang tidak
berpenghuni itu.
"Istirahatlah. " kata Rasulullah.

Orang tua buta itu lalu melepaskan penatnya, padahal seharusnya
Rasulullah yang beristirahat karena beliau telah mendukung orang tua
buta itu dangan menempuh perjalanan yang sangat jauh, setelah itu
menyediakan tempat untuk orang tua buta itu pula. Tapi karena tingginya
cinta Rasulullah kepada manusia sekalipun kepada yang membencinya,
beliau mampu melakukan semua itu.
"Bagaimana dengan keperluan harianmu ?" tanya Rasulullah
"Maksudmu ?"
"Misalnya keperluan makan-minummu. "
"Biarlah aku tidak makan dan mati disini daripada aku harus
mendengar nama Muhammad."
"Kalau begitu, Insya Allah saya akan menghantar makanan untuk pakcik
setiap hari kemari." kata Rasulullah.

Maka sejak saat itu, setiap hari Rasulullah datang untuk mengunjungi si
orang tua. Bukan hanya mengantarkan makanan, namun juga menyuapkannya,
bahkan Rasulullah memandikannya dan mengurus keperluannya yang lain.
Sampai pada saat Rasulullah sakit dan beliau merasa malaikat maut sudah
akan menjemputnya, beliau berpesan kepada Sayidina Abu Bakar.
"Wahai Sahabatku, ada seorang Yahudi buta yang hidupnya sendiri,
setiap hari aku mengunjunginya, dan jika ajalku tiba gantikanlah
tugasku," ujar beliau.
Pada akhirnya ketika Rasulullah SAW wafat, Sy. Abu Bakarlah yang
mengurusi orang tua buta itu.
Ketika Sy. Abu Bakar menyuapkan makanan ke mulutnya, orang tua itu
menyadari jika yang mengurusnya telah berganti orang.
"Cara kau melayan tak sama macam sebelum ini" kata orang tua
buta itu.
"Bagaimana biasanya?" tanya Sy. Abu Bakar.
"Biasanya begitu lembut, namun sekarang agak kasar. Engkau orang
lain kah?" Sy. Abu Bakar agak terkejut karena beliau sudah berusaha
selembut mungkin, namun ternyata tetap tidak dapat menandingi kelembutan
Rasulullah.
"Ya, betul. Sebelum ini yang mengurus pakcik memang bukan saya."
Ujar Sy. Abu Bakar.
"Benarkah? Lantas siapa yang membawaku kemari dan mengurus aku
selama ini ? Kemana dia ? Mengapa kau menggantikannya ?"
"Beliau sudah wafat." Jawab Sy. Abu Bakar dengan sedihnya.
"Oh, menyesalnya aku, selama ini aku belum sempat berterima kasih
padanya," ujar si orang tua buta itu sambil menangis.
"Beliau tidak memerlukan itu."
"Ya, padahal pengorbanannya begitu besar padaku. Setiap hari
diuruskannya segala keperluanku, padahal dia bukan keluargaku, bukan
anakku, bukan cucuku. Dan aku tidak pernah menemukan orang selembut,
sebaik dan secantik dia peribadinya. "
"Tentu saja, dialah peribadi agung yang terbaik di kalangan makhluk
Tuhan, kami berusaha untuk mencontoh peribadinya. "
"Siapakah dia ?" tanya orang tua buta itu.
"Pakcik tak pernah tanya namanya?" tanya Sy. Abu Bakar hairan.
"Itulah, aku lupa, padahal dia sudah luar biasa baik padaku."
"Dia adalah Muhammad."
"Muhammad ?" orang tua buta itu terkejut, tubuhnya gementar.
"Muhammad yang membawa agama baru itu ?" tanyanya lagi tak
percaya.
"Iya."
"Berarti Muhammad yang selama ini aku benci......" tangis orang
tua buta itupun pecah. Berjuta penyesalan memenuhi dadanya hingga ia
terasa sesak.
"Adakah manusia yang lebih baik daripada Muhammad ?" Tanyanya,
entah pada dirinya atau pada Sy. Abu Bakar.
"Aku telah membencinya dengan sepenuh hatiku karena dia membawa
agama baru, namun mengapa malah dia datang padaku dan berkhidmat padaku
? Bahkan dia selalu menghiburku sehingga kedatangannya kurindui."
orang tua buta itu bercakap sambil menangis.
"Siapa namamu ?" tanya orang tua itu kepada Sy. Abu Bakar.
"Abu Bakar."
"Saksikanlah wahai Abu Bakar, aku bersaksi bahwa tiada jenis Tuhan
selain Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad utusan Allah," katanya
dengan penuh bersemangat.
Tiba-tiba orang tua buta itu terbatuk-batuk, tubuhnya
bergoncang-goncang, dadanya dia rasakan semakin sakit.
"Oh...benarlah agama yang dibawanya itu...benarlah risalah yang
disampaikannya itu..." katanya semakin perlahan. Tak kuat menahan
sakit orang tua buta itu merebahkan tubuhnya sambil terus memegang
dadanya.
"Aku telah membuat dosa besar, sudikah Tuhan mengampunkan aku?"
"Allah Maha Pengampun dan Muhammad selalu memaafkan orang sekalipun
orang itu belum meminta maaf." Sahut Sy. Abu Bakar.
"Tapi kesalahanku sangatlah besar."
"Seandainya kau tahu, rasa sesalku membuat seluruh tubuhku seperti
mau luluh lantak," orang tua buta itu terbatuk-batuk lagi sampai
suara batuk yang semula keras itu lama-kelamaan menjadi mengecil dan
akhirnya hilang sama sekali.
Rupanya bersamaan dengan berhentinya batuk, berhenti pula nafasnya.
Orang tua buta itu akhirnya meninggal dalam keadaan beriman kepada Allah
dan Muhammad Rasulullah SAW.
Yahudi tua yang sangat keras menentang Rasulullah itu akhirnya tewas
oleh ketaqwaan dan kasih sayang Rasulullah. Dia mati dalam Islam!

Mampukah kita meniru Rasulullah?
Mengapa umat Islam sambut wakil yahudi dg demo dan teror? Jauh sekali
sikap itu dengan Rasulullah!
Isnin, 15 Mac 2010 | By: iKhwan89

MENGENAL DIRI MELALUI RASA HATI

Kita akan menyentuh satu tajuk besar iaitu ' MENGENALI DIRI '. Tahukah kita bahawa manusia yang Tuhan cipta ini mempunyai amanah dan tanggungjawab yang teramat besar untuk dipikul.

Malaikat sendiri apabila ditawarkan oleh Tuhan untuk menjadi manusia, malaikat berkata mereka tidak sanggup menjadi manusia yang terpaksa memikul amanah Tuhan didunia.

Begitu sekali, malaikat pun tidak sanggup jadi manusia. Tuhan berfirman yang maksudnya kalau manusia hendak mengenali Tuhan, maka manusia kena mengenali diri sendiri terlebih dahulu.

Bagaimanakah kita manusia hendak mengenali diri kita. Kita hanya kenal diri kita melalui nama yang diberi kepada kita, itu sahaja. selain dari itu mungkin juga kita tahu sifat baik kita, sifat tidak baik kita kebiasaannya kita sembunyikan. Itulah manusia yang kita kenal. Mari kita belajar bagaimana kita nak mengenali diri kita.

MANUSIA, kalau ikut bahasa.arab maknanyaINSAN. Insan kalau dilihat maknanya adalah PELUPA. Kalau begitu manusia ini rupanya pelupa.

Memang sesuailah dengan tabiat manusia yang Tuhan cipta. Tuhan cipta manusia ini pada asalnya dari tanah, ditiupkan roh, maka jadilah manusia. Begitulah kejadian Adam yang diturunkan dari syurga ke dunia oleh Tuhan.

Kejadian manusia yang seterusnya adalah dari air mani yg keluar dari saluran najis air kencing. Mula-mula dari tanah kemudian dari air mani yang baunya hanyir dan keluar dari saluran air kencing. Itulah kejadian manusia yang Tuhan tunjukkan betapa hinanya manusia itu dijadikan.

Dari tanah, apa yang kita dapat rasai?? Tanah kejadian kita inilah hari-hari kita pijak-pijak, sepak-sepak, ludah-ludah, kita buang najis diatasnya, kita buang sampah diatasnya, kita bakar tanah, kita cangkul-cangkul tanah tanpa belas ikhsan.

Tanah yang juga makhluk Tuhan inilah juga akan menjadi saksi diatas segala perbuatan manusia dipadang masyar kelak. Setiap detik kita menghina tanah tanpa kita sedari, akhirnya ketanah juga manusia akan kembali, didalam tanah juga manusia akan bertukar wajah menjadi bangkai, dimakan ulat dan cacing.

Hancurlah jasad manusia yang selama ini kita jaga, kita belai, kita hias, kita bangga, kita sayang dan sebagainya.

Kejadian kedua manusia adalah dari air mani. Air mani baunya hanyir dan keluarnya pula dari saluran kecing dan kecing itu adalah najis kecil. Tidak sah solat kalau kain atau seluar terkena air kecing. Adakalanya air ini tercemar dari berbagai-bagai kuman dan penyakit.

Jika dikaji, apakah istimewanya manusia ini kalau dilihat dari asal usul kejadian manusia. Tidak ada apa yg istimewa. Tetapi kita lihat manusia diakhir zaman ini sangat sombong dan bongkak sesama manusia malah dengan Tuhan yang mencipta manusia.

Kalau dari tanah dan air mani yang hina ini manusia sudah sombong, bagaimana kalau manusia ini dicipta Tuhan dari cahaya saperti kejadian malaikat, bertambah sombong agaknya dengan Tuhannya. Kalau dari api saperti kejadian syaitan, manusia mungkin akan lebih teruk dari syaitan agaknya.

Tetapi kalau dikaji disebaliknya pula, kenapa pula Tuhan nak cipta manusia ini kalau dengan tujuan untk menghina manusia (Maha Suci Tuhan Yang Bukan Bersifat Menghina). Pasti ada hikmahnya. Kalau bukan dengan kasih dan sayangnya Tuhan takkan lah Tuhan mencipta manusia dan seluruh makhluk yang menghuni alam ini.

Sebenarnya Tuhan mencipta manusia dan seluruh makhluk serta alam ini kerana kasih dan sayangnya Tuhan kepada RSAW satu2nya kekasih Allah. Kalaulah kejadian manusia disebabkan kasih dan sayangnya Tuhan kepada RSAW, kenapa pula manusia akhir zaman ini lupa kepada RSAW. Kita bincang perkara dimasa akan datang.

Begitulah didikan Tuhan keatas manusia. Lebih baik kita rasa terhina dari merasa sombong sesama manusia malah dengan Tuhan. Manusia akhir zaman ini adakala tidak sedar yang mereka ini sombong.

Tahukah anda bahawa manusia dijadikan Tuhan mempunyai 4 unsur besar yang menjadikan manusia itu mukallaf (wajib menyembah Tuhan). AKAL, NAFSU, ROH DAN JASAD adalah 4 unsur kejadian manusia.

Kita akan bincangkan setiap unsur ini satu persatu, mengenali sifatnya, bagaimana mendidiknya dan bagaimana menanganinya kerana keempat-empat unsur ini juga adalah makhluk yang Tuhan cipta untuk manusia.

Maha Besar dan Maha Suci Tuhan yang menjadikan didalam diri manusia ada 4 anasir yang berfungsi dan berperanan. Jasad, Roh, Nafsu dan Akal yg merupakan satu pakej kejadian manusia yang luar biasa dan berperanan.

Keempat-empat anasir inilah yang bertindak bekerjasama satu sama lain menggerakkan manusia didalam kehidupan samada manusia itu sedar atau tidak sedar. Kalau semua anasir-anasir itu sihat, dewasa dan matang, ia akan menjadi manusia yang luar biasa tetapi ianya jarang berlaku.

Peranannya sangat mengkagumkan. Mari kita mengenal manusia secara lahir dan batin, agar kita kenal diri kita dan kenal juga orang lain serta mengenal watak dan sikap manusia untuk pandai mendidiknya. Jasad lahir tidak perlu diperkatakan kerana manusia mudah mengenalinya. Kita akan memperkatakan 3 anasir penting sahaja kerana ia susah difahami oleh manusia yg ramai.

Kita bercakap tentang ROH dahulu. Tugas Roh hanya merasa saperti marah, rasa suka, rasa takut, rasa cemas, rasa sedih, rasa gembira, rasa senang, rasa meradang, rasa dendam, rasa sayang, rasa cinta, rasa simpati, rasa jijik, rasa dengki, rasa pelik, rasa lega dan sebagainya.

Nafsu pula peranannya berkehendak atau merangsang. Tugas nafsu hanya merangsang dan berkehendak. Kehendaknya samada baik atau jahat, kehendaknya semulajadi sangat gelojoh, rakus, tamak dan bakhil.

Kemahuannya sangat luarbiasa. Tidakada batasnya, macam laut tidak bertepi.Kalau hendak diikutkan, badan boleh merana, terseksa dan binasa.

Tugas AKAL lain pula. Ia mempunyai peranan yang tersendiri. Akal hanya memikir, mengkaji, mencari ilmu, menerima maklumat dan pengalaman, kemudian menilai, menapis, menyimpan dan mengeluarkan. Akal, IQ nya pula ada 6 kategori atau 6 peringkat.

Eloklah diketahui oleh ibubapa, guru-guru dan para pemimpin. Akal Genius atau Abqari - kekuatan berfikir yang luar biasa dan istimewa - mungkin 100 juta, seorang dalam satu zaman. Akal ini mampu membuat teori atau membuat penemuan-penemuan baru dikatakan membuat matan satu-satu ilmu.

Kita kuliahkan dulu mengenali makhluk yg bernama ROH. Bila kita bercakap mengenai ROH kita sudah masuk kedalam Ilmu Rohani - Ilmu mengenai ROH.

Perkataan rohaniah itu berasal daripada perkataan 'Ruhun'. Apakah yg dikatakan Roh itu? kita kuliahkan. Kita mengembara kealam rohani. Roh terbahagi kepada dua.

1) Ruhul Hayah
2) Ruhul Tamyiz.

RUHUL HAYAH. Ia terdapat pada semua makhluk termasuk manusia, jin, malaikat, binatang dan setiap benda yang bernyawa. Mengikut kajian para saintis, pokok-pokok kayu juga ada roh. Begitu juga pada semua jamadat saperti batu, kayu dan sebagainya.

RUHUL TAMYIZ. Ruhul Tamyiz juga dikenali sebagai Ruhul Amri lebih dikenali sebagai AKAL. Ia tidak wujud pada binatang tetapi hanya wujud pada manusia, malaikat dan jin.

Dengan adanya roh tamyiz inilah, maka malaikat, jin dan manusia menjadi makhluk yg mukalaf. Yakni mereka dipertanggung jawabkan untuk membangunkan syariat. Mereka memikul beban untuk membangunkan apa yang diperitahkan oleh Allah dan menjauhi segala larangannya.

Sebaliknya roh tamyiz atau ruhul amri ini tidak ada pada binatang. Binatang hanya ada ruhul hayah dan nafsu tanpa akal. Ia hanya memiliki roh yg membolehkan binatang itu hidup dengan izin Allah. Jadi roh tamyiz ini tidak ada pada binatang dan seluruh jamadat.

Oleh kerana itulah binatang dan jamadat itu tidak mukalaf dan tidak diwajibkan membangunkan syariat. Ia tidak terlibat melaksanakan perintah suruh dan menjauhi perintah larang dari Allah SWT.

Bagi para malaikat, manusia dan jin, mereka wajib melaksanakan perintah suruh dan menjauhi larangan dari Allah. Dengan lain perkataan, mereka dianggap makhluk yang mukalaf yang bertanggungjawab kepada Allah kerana adanya Ruhul Tamyiz ini.

Ruhul Tamyiz terkenal dengan sebutan AKAL. Hadis ada meriwayatkan; Maksudnya "Ketika Allah mencipta akal, Dia memanggil akal itu dan akal itu pun datang. Dia menyuruh akal itu pergi maka pergilah ia.

Kemudian Allah berfirman kepada akal: Demi kebesaran dan kemuliaan Ku, Aku tidak menciptakan sesuatu makhluk yang lebih Aku sayangi daripada kamu. Dan tidak aku sempurnakan kamu melainkan pada orang yang aku cintai.

Kepada mu lah Aku akan menyuruh, melarang dan menyeksa serta memberi pahala: (Riwayat Abdullah bin Imam Ahmad)

Kita dapat lihat didepan mata kita pada hari ini, berlaku krisis jiwa saperti penyakit-penyakit putus asa, kecewa, resah gelisah, penderitaan jiwa, kacau bilau fikiran, rasa rendah diri (inferiority complex), kesunyian, kekosongan hati, rasa keseorangan, ketegangan perasaan dan berbagai-bagai bentuk sakit jiwa.

Dan sedang berleluasa juga didalam masyarakat islam hari ini penyakit-penyakit hasad dengki, bakhil, gila dunia, pendendam, cepat marah, jahat sangka, sombong, riak, ujub dan lain-lain.

Walaupun sakitnya tidak nampak oleh mata kasar kita, namun siapa berani menafikan hakikat ini? Bahawa bilangan manusia yang menderita sakit atau krisis jiwa disaat ini lebih ramai daripada bilangan penderita-penderita sakit fizikal yang ada di hospital-hospital.

Tetapi aneh, kepakaran dan keinteletualan tidak begitu serius difikirkan untuk pengubatan kepada pesakit batin ini, sapertimana seriusnya mereka berusaha terhadap pengubatan fizikal lahiriah manusia.

Apakah manusia tidak sedar bahawa pesakit jantung, buah pinggang, kencing manis, barah dll itu tidak pernah bunuh diri dan membunuh orang lain, tetapi pesakit-pesakit batin, pesakit jiwa, kekosongan, rendah diri, putus asa, hasad dengki, dendam, pemarah, buruk sangka dll itu akan memungkinkan manusia membunuh diri sendiri atau membunuh org lain !!!

Demikian satu bukti bahawa penyakit-penyakit batin itu sebenarnya memerlukan perhatian dan rawatan yang lebih serius daripada rawatan kepada penyakit-penyakit lahir. Bukan sahaja kerana penyakit batin lebih menyeksakan individu pesakit, tetapi ia bakal memungkinkan kusut dan kucar kacirnya sesebuah masyarakat.

Telah datang Rasululah SAW ketengah manusia, baginda melihat kekusutan dan kemungkaran yang sedang meracuni kehidupan masyarakatnya. Seorang diri Baginda bangun dan bekerja untuk selamatkan manusia.

Institusi pertama yang Baginda bangunkan adalah masjid, satu tempat dimana manusia membersihkan hatinya, melembutkan hatinya, menenangkan hatinya, melapangkan dadanya, membebaskan diri dari ikatan dunianya, iaitu dengan membesarkan TuhanNya melalui sembahyang dan ibadah-ibadah lain.

Rasululah SAW memandang keselamatan manusia ialah pada keselamatan hatinya (rohnya) bukan jasad lahirnya. Sebab itu Baginda bekerja mengubah dan mengubat hati mereka dan Baginda berjaya.

Kini kita sedang melihat kekusutan dalam masyarakat kita sama sabagaimana apa yang disaksikan oleh Baginda Rasul lebih 1400 tahun dulu. Kalau Baginda telah berjaya terhadap masyarakatnya, mengapa kita tidak mengikut jejak langkahnya?.

Kita ubati dulu mazmummah dan krisis jiwa kita, ahli-ahli kita dan masyarakat kita. Kita ketengahkan pada masyarakat pengertian hidup yang hakiki yang dapat mengembalikan manusia kepad fitrahnya.

Kita contohkan satu formula yang menjamin kebahgiaan hati dan keselamatannya. Kita perjuangkan kehidupan "sunnah" yang semuanya membawa manusia kepada syurga dunia dan akhirat.

Mana ada selain Islam satu cara hidup yang dapat menjadikan kita terhibur dengan kemiskinan, kesunyian, kesakitan, keseorangan, kematian orang yang dikasihi, kegagalan dan dengan segala bentuk ujian.

Mana ada selain Islam cara hidup yang mengikat hati antara suami dengan isteri, anak dengan ibubapa, pengikut dengan pemimpin, pekerja dengan majikan.

Mana ada selain Islam cara hidup yang mengajar kita berkasih sayang, bertolak ansur, pemurah, berbaik sangka dan tolong menolong.

Mana ada selain Islam cara hidup yang membangkitkan cinta agung manusia pada Penciptanya hingga kerana itu manusia mengorbankan hidupnya untuk Tuhannya dan menanti kematian sebagai penantian seorg kekasih kepada pertemuan dengan kekasihnya.

Islam mengajak kita menilik hati kita, mengenalinya dan mengubat sakitnya. Apabila hati sudah terubat, kita akan temui hati-hati yang penuh dgn cahaya kebahagiaan, ketenangan dan kelapangan.

Itulah syurga sementara sebelum kita bertemu Allah untuk menerima syurga yang kekal abadi.

Allah berfirman,maksudnya " Hari Kiamat iaitu hari (ketika manusia meninggalkan dunia ini) dimana harta dan anak tidak berguna lagi kecuali mereka yg mengadap Allah membawa hati yg selamat" (Asy Syura:88-89)

Islam yang Allah redhokan kepada kita yang disampaikan melalui pesuruhnya Nabi Muhammad SAW adalah satu syariat yang menyuluh persoalan hidup lahir dan batin.

Syariat lahir disebut SYARIAT. Syariat batin di sebut HAKIKAT. Ini amat patut dan sesuai dengan struktur kejadian manusia itu sendiri yang mana merupakan kombinasi dan paduan antara jasad lahir dan jasad batin.

Jasad lahir ialah semua anggota kita yang nampak dengan mata kasar. Manakala jasad batin ialah jasad ghaib yang mengerakkan seluruh anggota lahir yang boleh berfikir, merasa, mengingat, mengetahui, memahami dan apa sahaja yang kita miliki dalam diri kita masing-masing (yang lebih dikenali sebagai Roh)

Allah swt telah menetapkan bahawa syariat lahir adalah diamalkan oleh jasad lahir manakala syariat batin adalah untuk diamalkan oleh jasad batin iaitu Roh.

Sesuai dengan lahir batin kita yang berpadu erat tanpa terpisah-pisah maka amalan lahir dan batin wajib dilaksanakan serentak dalam satu masa disemua waktu dan semua keadaan.

Kalau kita asingkan atau menolak salah satu dari amalan ini kita tidak mungkin menjadi hamba Allah (Islam) yang sebenar sebab Islam memandang syariat itu sebagai kulit (al'qasar), manakal hakikat itu ialah intipati (al'labi).

Kedua-duanya sama penting dan saling perlu memerlukan, ibarat kulit dan isi pada buah-buahan. Kedua-dua mesti ada untuk kesempurnaan kewujudan buah itu sendiri.

Tanpa kulit, isi tidak selamat, malah isi tidak mungkin ada kalau kulit tidakada. Sebaliknya tanpa isi, kulit jadi tiada bererti apa-apa. Sebab buah dimakan bukan pada kulit tetapi isinya.

Begitu juga hubungan antara syariat dan hakikat. Kedua-dua mesti diterima dan diamalkan serentak. Kedua-dua saling isi mengisi dan perlu memerlukan. Kalau kita bersyariat sahaja (ertinya berkulit sahaja tanpa isi) itu tidak membawa erti apa-apa disisi Allah. Sabda RSAW bermaksud: "Allah tidak memandang rupa dan harta kamu tetapi dia memandang hati dan amalan kamu "

Sebaliknya kalau kita berhakikat sahaja (isi tanpa kulit) maka tiada jaminan keselamatan oleh Allah SWT. Hakikat itu akan mudah rosak dan kita tiada akan memperolehi apa-apa langsung, hatta Islam kita akan rosak tanpa sedar.

Berkata Imam Malik Rahimahumullah Taala: "Barang siapa berfeqah (syariat) dan tidak bertasawuf maka ia jadi fasik. Barang siapa yang bertasawuf (hakikat) tanpa feqah maka ia adalah kafir zindik "

Ertinya kita mesti amal kedua-duanya sekali iaitu syariat dan hakikat. Kalau kita ambil salah satu kita tidak akan selamat. Kalau kita bersyariat sahaja tanpa dibendung oleh hakikat, kita jadi fasik.

Dan kalau kita berhakikat sahaja tanpa kawalan syariat, maka hakikat itu akan mudah rosak dan bila terjadi begitu kita akan jatuh kafir zindik (kafir tanpa sedar). Begitulah kepentingan kedua-dua syariat dan hakikat. Tetapi dalam keadaan keduanya, hakikatlah yang lebih utama.

Hakikat menjadi penentu kepada berakhlak atau tidaknya seseorang manusia kepada Allah dan kepada sesama manusia. Orang yang tinggi pencapaian tasawufnya adalah orang yang hatinya hampir degan Allah, sentiasa merasa kebesaran Allah.

Sedang dirinya maha lemah dan sentiasa memerlukan pertolongan Allah, sangat beradab dengan Allah dan adalah seorg zahid yang dapat mengorbankan dunia untuk Tuhannya.

Sekian.

Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com