Rabu, 28 April 2010 | By: iKhwan89

SAJAK : CELIKKANLAH ROH KU

Ya Allah! Engkau celikkanlah rohku
Agar jasad lahirku patuh kepada-Mu
Hidupkanlah jiwaku agar jawarihku
Taat dan setia kepada-Mu

Tuhan!
Hidupkanlah rohku dengan mengingati-Mu

Tuhan!
Hidupkanlah jiwaku dengan rasa bertuhan
Bangunkanlah jiwaku dengan rasa kehambaan
Agar fitrahku dapat dikembalikan
kepada asal kejadian
Fitrah semula jadi sebelum dirosakkan
Dia telah kenal Tuhan
Dia telah berjanji kepatuhan dan ketaatan

Tuhan!
Janganlah Engkau biarkan rohku di dalam kebutaan
Nanti kelak dia tidak akan kenal lagi kebenaran
Janganlah Engkau tinggalkan jiwaku buta
Hingga dia tidak kenal lagi Tuhan dan kebenaran

Tuhan!
Peliharalah fitrahku
Janganlah sampai ada yang merosakkannya
Jagalah fitrahku agar ia tetap dengan sifat asalnya

Tuhan!
Rosak fitrahku
Maka rosaklah jawarihku
Rosak fitrahku, rosak pulalah syariatku
Yang paling aku takut, jangan sampai rosak
perhubunganku dengan Tuhan
Kalau berlaku, punahlah kehidupanku
dunia dan Akhirat

Sia-sialah umur dan kehidupanku
Malanglah aku dan binasalah aku
Oleh itu sekali lagi harapanku kepada-Mu
Jagalah fitrah semula jadiku
Aku tidak mampu menjaganya kerana banyak ujian
Engkau sajalah yang mampu menjaganya
Selasa, 27 April 2010 | By: iKhwan89

MENGHIMPIT : kerja oh kerja


bismillah wal hamdulillah..he3...segala puji dan segala terima kasih ku ucapkan kepada tuhan yang menjadikan aku sihat pada pagi ini..hu3..*tapi ade ngantok skit..hu3..*

Ah hah!..ape yang membuatkan aku mencoret tulisan ini kerana..he3...aku na criter skit....satu perkara yang bagi aku pertama kali berlaku....he3.iaitu..*jeng2....music theme*haa....time mentor mantee pagi tadi jam 0800...ade la sorang budak...drjh 1 uthman..he3...menaaaangis..na balik..hu3....lame tau die nanges....dari 0800 smpai 0900 tau..hu3

He3...inilah rutin harian aku sebagai guru...memacam karenah yang aku dapat jumpe bile brsme dngn bebudak skolah ni..apatah lagi bebudak drjah 1. Manis,pahit,masam pun agk2nyer ade kot..hu3...

Haa,,,sebagai guru..inilah yang merupakan menjadi ketensionan aku....skrg..aku dalam keadaan yang cemas..hu3..ye laaah..baru jer msuk 3 mgu..da kne wat krtas pekse..hu3..tatau pon mcm ner..ape yg aku kne wat dlu pon aku tatau..hu3...*blur*

aku arap segala yang aku buat ini ditulis sebagai membantu pejuangn ASZ..ampun A.....wabihi wallhu a'lam
sangat merindui buah hati
Isnin, 26 April 2010 | By: iKhwan89

2 minggu kerja :NATIJAH


*sebelum tido...*salam sumer kengkawan....hari nie genaplah 2 minggu aku ngajar kat irsyad...alhamdulillah...sampai ke hari ni..suumer bejalan lancar...

he3....sumer baru bagi ku....anak2 murid baru,kengkawan guru yang baru,susana baru..dan bilik guru yang bru..er...satu lgi..kerja yang baru....

Ha...dulunyer aku duk pgl guru2 kat sini mualim n muallimah..kini.aku plak yang bergelar muallim...hu3...dasyat tanggungjawab muallim ni...die sebagai model kepada pelajar..baik dari segi hubungan dengan Tuhan,hubungan dengan sesama makhluk lain dan hubungan sesama manusia..kalau tersilap langkah jer sikit...komfem tergelincir..(^_^)

dalam aku bekerja disini...banyak yang aku dapat dari sistem yang dilagangkan atas nama islam ini..iaitu...pergaduhan,pertengkaran,sangat bergantung kepada duit....bak kata orang putih.."no money,no talking.."

Hu3..kengkawan..aku sambung sok2 la yer..nantok giler...hu3..salam....
Sabtu, 24 April 2010 | By: iKhwan89

SAJAK : ALANGKAH HEBATNYA TUHAN

Alangkah hebatnya Tuhan

Di dalam satu kerdipan mata berbilion-bilion yang dicipta-Nya
dengan serentak.
Di masa yang sama pula berbilion-bilion yang dibinasakan atau yang
ditiadakan-Nya .
Di dalam satu kerdipan mata, berbilion-bilion secara serentak
diketahui yang ada mahupun yang tiada.
Juga di masa yang sama dengan serentak berbilion-bilion perkara
yang dilihat dan didengar-Nya.
Kudrat-Nya Esa sepertimana sifat-sifat yang lain juga Esa.
Kuasa membuat yang sedikit atau banyak, kecil atau besar sama
sahaja.
Tidak ada beza kerana Tuhan itu Kudrat-Nya bukan tenaga.
Tapi Zat-Nya yang Maha Kuasa atau bersifat Kuasa.

Kerana itulah Tuhan tidak terasa penat atau letih.
Begitu juga Tuhan kehendak-Nya bukan dengan nafsu.
Kerana itulah kehendak-Nya tidak menerima jemu juga tidak terasa
ghairah seperti manusia.
Dia berbuat atau tidak berbuat dengan kehendak-Nya yang penuh
berhikmah.
Tidak ada yang sia-sia atau yang tidak mempunyai hikmah yang
tersirat atau tersurat.
Apa yang terdahulu dan apa yang kemudian semua diketahui-Nya.
Tidak pernah dilupakan-Nya sekalipun sebesar debu di udara.

Murka-Nya bukan dengan nafsu.
Kerana Tuhan itu tidak ada nafsu seperti makhluk-Nya.
Suka-Nya atau cinta akan sesuatu bukan pula dengan perasaan-Nya.
Kerana Tuhan itu tidak ada jiwa.
Cinta-Nya pula mengikut kehendak dan hikmahnya.
Bukan didorong oleh keadaan.
Kerana keadaan dan situasi Tuhan yang mencipta-Nya.
Segala apa yang hendak dibuat atau tidak bukan hasil fikiran atau
hasil menimbang-nimbang.
Kerana Tuhan bukan ada akal seperti manusia.

Kerana Kudrat dan Iradat-Nya berlaku adalah kerana kepatutan-Nya.
Dengan penuh hikmah dan pengajaran.
Begitulah Zat Tuhan yang Maha Agung.
Sungguh hebat dan menggerunkan.
Khamis, 22 April 2010 | By: iKhwan89

SALAM KERINDUAN : SEMOGA SEMUA DALAM KESIHATAN

*on kat bilik guru..pinjam laptop member*salam alaik semua kengkwan blog ku...ape kabar sumer..alhamdulillah..segala puji bagi Tuhan sekalian alam...yang mentadbir kita..dari sekecik-kecik perkara sehinggalah sebesar-besar perkara..selawat dan salam keatas 2 orang yang sangat berjasa menjadikan malaysiab ini masih lagi dalam keadaan aman.iaitu baginda rasulullah s.a.w dan pemuda bani tamim.

pertame2 selepas 2 minggu tak online....aku nak mntak maaf atas kesulitan2 yang aku tak dapat nak elak..semoga semua merindui ku..*he3.....*

alhamdulillah...sejak dapat keje tmpat baru ni..walaupun kne kuar pagi2 ari..pkol 6...*time tu yan ta bangun lagi,mus baru na gosok gg*tapi tetap best..he3..sbbnyer..da mmg jadi impian aku sbenarnyer na mengajar kat tmpat aku belajar dlu..he3...*nti ta lme lgi na ngajar kat kipsas plak*

gelagat bebudak kat cn plak...lagi lah mencabarnyer..hu3..yelah....darjah 1 sahaja ade 3 klas....byglah..hu3..*penat*

kengkawan sekali lagi aku mntak maaf da lame ta online...nti2 aku on lgi yer n aku akan cerite kan pengalaman aku rotan bebudak kat cn..khi3....ampun maaf..salam alaik

Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com