latest update from blog matahati
Salam ceria semua. Selawat dan salam kepada Baginda Rasulullah saw, ahli
keluarga dan para sahabat rahm. Salam dan mohon izin kepada ke hadrat
Imamul Mahdi dan Abuya Fatta Attamimi.
Catatan ringkas yang mengiringi kedatangan Muharram 1434 Hijriah.
Kebenaran Semakin Terserlah
Dalam PRSA 57, antara rencah ratus yang dipaparkan ialah pengakuan
seorang jemaah haji dari Indonesia yang berkesempatan mengunjungi Bonda
Ummu Jah ar di istana RSA Mekah. Kedatangan Embak Leni yang didahului
oleh isyarat-isyarat kerohanian dan dipandu oleh guru 'ghaib'nya membawa
kepada tersungkurnya beliau di bilik Saiyidi, lalu seolah-olah dia
diIslamkan semula. Sebaik sahaja memasuki bilik karomah itu, beliau
terus mengucapkan syahadah dengan penuh perasaan bahkan rohnya telah
tenggelam dalam alam 'rasa'. Peritiswa ini dan seterusnya apa yang dapat
difahami melalui ucapan penuh bertanggungjawab oleh Embak Leni telah
menjadikan satu lagi bukti kebenaran teruslah berpihak kepada Bonda Ummu
Jah ar.
Dalam blog Nur Muhammad,
artikel
tentang keadaan dan situasi terkini dalam GISB telah mengundang
berbagai respon oleh pembaca. Bagi mereka yang sedia yakin, bertambah
keyakinan mereka kepada Bonda Ummu Jah ar. Bagi mereka yang selama ini
jujur mencari hujah, maka cukuplah pengalaman saudara Sabree, penulis
artikel tersebut sebagai hujah yang datang dari pihak luar GISB sebagai
sokongan membantu mereka menetapkan pendirian bahawa kebenaran berpihak
kepada Bonda Ummu Jah ar.
Cuma bagi yang memang sudah gelap matahatinya, datangkanlah apa hujah
sekalipun, tetaplah mereka pertahankan kebodohan dan kedegilan mereka.
Sekalipun hati kecil tidak mampu menipu, tetapi mulut dan nafsu yang
besar teruslah mengajak untuk kekal menjadi penipu.
Era Berbaik dan Bekerjasama
Peritiswa serbuan JAIS ke atas program Kenduri Mega dan Doa Selamat di
Bandar RSA Country Homes tempuh hari membawa kepada episod baru dalam
perjuangan. Rupanya kepimpinan roh sama sekali tidak melihat sesuatu itu
negatif sekalipun lahirnya bersifat negatif. Kecuali orang yang hatinya
buta, mereka sering melihat sesuatu itu negatif, walaupun lahirnya
positif apatah lagi kalau memang lahirnya negatif. Orang akal tidak akan
mampu mempositifkan sesuatu sekiranya pada akal mereka itu negatif.
RSA telah menganjurkan satu pendekatan berbaik-baik dan bekerjasama
dengan sesiapa sahaja sekalipun orang yang memusuhi perjuangan ini.
Berbaik-baik dan bekerjasama dalam ertikata tidak sampai menggadaikan
prinsip. Inilah makar mursyid. Bagi musuh, mereka kehilangan langkah
seterusnya bila mana orang yang mereka musuhi mengambil langkah
berbaik-baik. Manakala bagi pejuang yang sedang disaring, maka langkah
ini akan pasti merupakan tempuh penyaringan yang semakin halus. Apakah
tindakan berbaik-baik mampu dikendalikan secara jujur tanpa menjual
prinsip, atau apakah prinsip akan turut lebur dalam melaksanakan langkah
berbaik-baik. Satu pendekatan yang hanya orang roh mampu melakukan
dengan sebaik-baiknya.
Ekspedisi dan Regu Kepimpinan
Sehari sebelum menjelang I Muharram, team BOD dan Ibu Zon Ibu Pejabat
yang ada di Malaysia telah mengadakan ekspedisi. Destinasi utama adalah
ke Tanjung Belungkur. Perjalanan pergi melalui Kuantan dan berpeluang
singgah di Bandar RSA Batu 12 sekaligus dapat menyaksikan pernikahan 7
pasangan mempelai. Daripada 7 pasangan, hanya 2 pasangan monogami,
manakala 5 pasangan adalah berpoligami. Seperti yang dihasratkan oleh
Pengarah Zon 1, Syeikh Dr Mohd Azral, Zon Pahang akan menjadi Zon
Poligami maka pada petang tersebut beliau telah salah satu pasangan
pengantin poligami yang diijabkabulkan.
Perjalanan diteruskan yang kemudiannya berhenti rehat dan bermalam di
Tanjung Gemar. Sebaik selepas solat Subuh, kami meneruskan ekspedisi
menuju ke Tanjung Belungkur dengan harapan untuk bersarapan di sana.
Sepanjang perjalanan masa dan kesempatan yang ada telah diisi dengan
beberapa siri perbincangan dan bertukar-tukar fikiran. Banyak juga topik
yang sempat diperbincangkan terutamanya mencanai intipati PRSA 57 dan
banyak juga perkara yang dapat diselesaikan diperingkat kepimpinan zon
dan negeri. Begitulah hasilnya, bila kita cuba meniru kaedah yang
menjadi tradisi Abuya dan yang telah dijadikan pendekatan utama dalam
membina regu kepimpinan. Dalam ekspedisi mudah untuk menyemaikan kasih
sayang, persefahaman dan berlakunya penyelarasan fikiran dan tindakan.
Sesampainya kami di perkampungan karomah di Tanjung Belungkur, alangkah
indahnya perasaan disamping pemandangan juga sangat menarik. Jika
dilihat dari segi fizikal, untuk tinggal sehari pun mungkin terpaksa
bermujahadah sakan, namun dari sudut rohnya, cukup luar biasa. Untuk
sampai ke perkampungan berkenaan, perlu menempuh jalan tanah merah
sejauh 5-6 kilometer yang jika hujan akan memburukkan lagi keadaan jalan
tersebut. Tinggal dalam kanopi yang dijadikan istana penginapan, 30
orang remaja telah berjaya dijinakkan roh mereka, tetapi fizikal mereka
teruslah tangkas dan cergas.
Rupanya banyak faktor yang membezakan Syeikh Nasiruddin Ali ar dengan
mereka yang cukup sakit hati kepadanya. Benar, beliau yang telah pernah
hidup susah di zaman Arqam tetapi terus mampu untuk taat setaat-taatnya,
sekalipun disusah-susahkan berkali-kali demi Islam, demi Tuhan. Di era
perjuangan yang rata-ratanya bergelanggang di bandar-bandar baru yang
lengkap dengan pelbagai kemudahan dan teknologi, Syeikh Nasiruddin Ali
ar mampu tinggal bersama para remaja yang bermasalah di satu kawasan
pedalaman, di hujung ladang kelapa sawit, di pinggir muara Sungai Lebam,
anak Sungai Johor. Sungguh luar biasa ketaatan yang dihayati oleh
Syeikh Nasiruddin ar. Taat di depan maupun di belakang!
Walaupun dalam serba serbi dhaif, beliau mampu meraikan tetamunya dengan
menyembelih sepasang kambing. Jamuan tengahari yang cukup berselera
sekalipun simple, menjadikan program ziarah ini terasa sangat dihargai
oleh seorang yang hatinya sudah mendapatkan sepenuhnya hati mursyid.
Begitulah gambaran kemuliaan seorang yang amat mulia di sisi mursyid.
Padahal kami bukanlah tetamu besar yang layak dan perlu diraikan seperti
itu. Tetapi kami diraikan sungguh-sungguh tanpa mengirakan yang datang
ini hanyalah para junior dalam kepimpinan dan lebih-lebih lagi dalam
jemaah roh.
 |
| Rombongan xpdc ZIP (Malaysia) bergambar bersama Syeikh Nasiruddin Ali di Tanjung Belungkur. |
Kenangan manis dan indah khususnya sentuhan roh di Tanjung Belungkur
ternyata telah dirasai oleh semua peserta ekspedisi. Dalam sessi akhir,
masing-masing mengulas tentang kelebihan Tanjung Belungkur dan tentunya
berkait rapat dengan Syeikh Nasiruddin ar. Memang di semua tempat yang
kami sempat kunjungi mempunyai cerita yang menarik dan kelebihan
masing-masing, namun sentuhan di Tanjung Belungkur merupakan pelengkap
kepada seluruh pengalaman berharga sepanjang ekspedisi ini. Moga berkat
ziarah Tanjung Belungkur akan melonjakkan roh kami dan anak buah
semuanya.
Perjalanan balik sempat singgah berziarah di Muatiara Rini, Johor Bahru
dan penutup ekspedisi ialah dengan jamuan makan malam Nasi Ayam Hainan
di Mat'am Ikhwan, Seremban Dua, Negeri Sembilan.
Kesusahan Kembar Kebenaran
Kebenaran itu sifatnya dalah roh. Untuk mendapat kebenaran, roh mesti
diaktifkan. Untuk mengaktifkan roh, kesusahan adalah jalannya. Bila kita
disusahkan, maka roh akan aktif dan akhirnya roh akan terhubung dengan
sumber kebenaran, iaitu Tuhan. Tuhan itulah kebenaran yang hakiki.
Ini bermakna, kesusahan adalah kembar kepada kebenaran. Bersama
kebenaran itu dikampilkan kesusahan. Lihatlah sejarah para Nabi dan
Rasul serta pejuang-pejuang kebenaran sepanjang zaman. Hampir ke semua
mereka menempuh ujian kesusahan. Tidak ada perjuangan kebenaran yang
direntangkan dengan kemewahan dan kesenangan sekalipun mereka dilihat
mewah dan senang.
Watak kebenaran itu adalah berwatak roh, sedangkan roh pula sangat intim
dengan kesusahan. Dengan kesusahan dan penderitaan, roh akan bercahaya
dan seterusnya sangat intim dengan Tuhannya. Bonda Siti Hajar sebagai
isteri kedua Nabi Ibrahim yang telah berjaya membuka bandar Mekah,
keajaibannya tercetus hasil ujian kesusahan. Salah satu contoh yang
sesuai untuk direnungkan bersama bersempena Haji Akhbar dan Muharram
1434 Hijrah ini.
Jika kesusahan menjadi halangan kepada kita untuk berjuangan, maka
sememangnya kita tidak layak untuk berjuang. Jangan kesusahan yang
diperlsalahkan, tapi salahkan diri kita yang tidak mampu untuk mengambil
kesusahan sebagai jalan mendapatkan kebenaran!