Rabu, 25 April 2012 | By: iKhwan89

Datin Seri Rosmah jangan takut pada tohmahan – Ummu Jah



Bulletin Rakyat 1 Mei 2012
Teks NORZAH BTE KEPOL
Sememangnya beliau mempunyai waktu yang sibuk dalam menguruskan perniagaannya sehingga ke Timur Tengah. Bukan calang- calang wanita mampu memiliki kudrat seperti Hatijah Aam atau lebih mesra dengan panggilan Ummu Jah, yang diuji dengan pelbagai cabaran hidup termasuk dianggap ‘musuh’ oleh sesetengah pihak. Tak cukup itu pelbagai tohmahan buruk dilemparkan kepadanya antaranya mahu menghidupkan kembali bekas pertubuhan al-Arqam dan sebagainya. Namun bila diajukan cadangan mahu menemubual beliau hanya merangkumi persoalan berkaitan Datin Seri Rosmah Mansor (DSRM) ‘wanita cekal’ ini tidak mampu mengelak. Sememangnya itulah kelebihan Ummu Jah yang fikirannya tidak tertakluk kepada ilmu agama semata-mata juga mampu memberikan apa sahaja pandangan termasuk hal-hal berkaitan politik semasa. Apa yang nyata selepas menghabiskan temubual ini antara lain Ummu Jah berkata,
” Moga-moga jawapan ini akan menggembirakan Allah dan Rasul. Supaya kita semua dan DSRM selamat dunia akhirat oleh Allah dan Rasul.”
SOALAN (S) : Bagaimana masyarakat Timur Tengah melihat penglibatan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (DSRM) dalam usaha pendidikan awal kanak-kanak?
UMMU JAH: Pendidikan awal kanak-kanak Islam, ialah memperkenalkan mereka kepada Allah dan Rasul. Hal ini semua orang Islam tahu, dan semua orang suka dan setuju. Apa lagilah masyarakat Islam di Timur Tengah yang merasakan Islam itu mereka punya. Tapi usaha-usaha DSRM dilihat orang penuh tanda tanya. Sepertilah isteri-isteri Perdana Menteri lain di dunia Islam hari ini, apakah akan lahir kanak-kanak yang akan mengalami cinta dan takutkan Allah serta rindukan Nabi Muhammad SAW? Sebab Tuhan dan Nabi itu lebih penting bagi manusia daripada oksigen. Putus saja hati manusia daripada Allah dan Rasul nescaya manusia tidak akan mampu untuk mempertahankan kemanusiaan mereka lagi, jadi haiwanlah manusia.
S: Kalau masyarakat luar boleh menerima idea-idea bernas dalam menekankan usaha pendidikan awal kanak-kanak sehingga usaha itu diiktiraf olek universiti luar negara kenapa di Malaysia keadaan itu berlaku sebaliknya?
UMMU JAH: Malaysia sesungguhnya ialahtapak kebangkitan Islam kali ke 2. Maka rakyat Malaysia umumnya mempunyai cita-cita Islam yang lebih tinggi daripada rakyat negara lain. Sebab itu di Malaysia, kalau setakat idea bernas, tapi belum terbukti hasil yang bernas, masyarakat belum iktiraf. DSRM, kena buktikan perlaksanaan hukum Islam yang asas pada dirinya iaitu menutup aurat. Hal ini jugalah yang wajib diterapkan di dalam pendidikan awal kanak kanak. Kita orang Islam, diajarkan Allah dan Rasul supaya selamat dunia akhirat kenalah ikut disiplin syariat. Umpamanya, penunggang motosikal didisiplinkan dengan pemakaian topi keledar demi keselamatan, itupun kita taat!
S :Apakah di Malaysia rakyatnya belum bersedia untuk menerima mana-mana wanita berfikiran inovatif, kreatif dan berfikiran jauh seperti DSRM sehingga dituduh cuba campur tangan dalam pentadbiran Perdana Menteri?
UMMU JAH: Malaysia mahu Islam. Islam sebagai cara hidup yang dilaksanakan untuk menggembirakan Allah dan Rasul yang dicintai dan dijunjung. Wanita berfikiran inovatif, kreatif dan berfikiran jauh seperti DSRM, itu sebenarnya bukanlah ciri utama untuk terjadinya hasil pendidikan awal kanak-kanak menurut Islam. Wanita yang benar-benar maju, yang benar-benar mempunyai cita-cita masa depan yang baik untuk anak bangsa mestilah cirinya ialah seorang yang sanggup korbankan perasaannya demi cinta dan takutnya kepada Allah serta rindukan Rasulullah SAW. Bukankah hidup ialah perjalanan kembali kepada Allah? Dari Dia kita datang, Dialah juga destinasi akhir kita. Kata orang Melayu bapa borek anak rintik, iaitu sesuatu hasil sangat bergantung kepada watak orang yang menghasilkannya. Bukan kepada idea atau ilmu semata-mata. Sedangkan watak ialah sifat hati. Kalau hati penuh dengan nafsu, idea secantik apapun akan tewas kepada keinginan nafsu yang tinggi. Nafsu boleh saja menjadikan idea pendidikan awal kanak-kanak itu, bertukar menjadikan usaha-usaha itu untuk membina imej diri. Dan bukan untuk imej Islam, imej Allah dan Rasul. Sebab itulah, hasilnya dengan kuasa Allah, telah tenjadi sesuatu yang pelik, idea bernas dianggap campur tangan ‘negatif’ di dalam pentadbiran Perdana Menteri. Rumah sudah cantik, tapi tiangnya pula tidak selamat. Namun DSRM mestilah optimis,bahawa selagi niatnya baik, nescaya Allah dan Rasul tidak akan sia-siakan usaha-usahanya itu.
S : Apakah wanita Malaysia boleh berjaya? Apa pandangan Ummu Jah?
UMMU JAH : Di Malaysia Perdana Menteri dan isterinya orang Melayu Islam. Sedangkan rakyat terdiri daripada berbagai bangsa dan agama. Sedangkan Islam ialah agama rasmi negara. Bukankah hanya Tuhan orang Islam saja yang mengisytiharkan kebesaran KuasaNya. Dan keluasan kasih sayangNya kepada dunia sebanyak 5 kali sehari sebelum setiap sembahyang. laitu Azan yang dilaungkan di seluruh masjid-masjid di dunia termasuk televisyen-televisyen orang Islam. Jadi sepatutnya, wanita-wanita yang mempunyai Allah dan Rasul ini, sangatlah berjaya. Bukti sejarahnya wanita Islam tidak hanya berjaya di dalam sistem hidup lslam, mengalahkan sistem jahiliyah, bahkan mereka menang di dalam semua peperangan. Kekuatan inilah menyebabkan orang masuk Islam berbondong-bondong. Patutnya wanita Malaysia, tidak hanya boleh tarik orang mengundinya di dalam pilihan raya, malah mampu membuatkan rakyat yang bukan Islam itu pun jatuh cinta kepada Tuhan dan Nabi. Kenapa tidak, sedang Islam itu tinggi dan tiada yang lebth tinggi dariNya? Dan kita mesti mampu membuktikan ketinggian agama suci ini.
S : Kenapa hasrat wanita Malaysia mahu mendapatkan kuota 30 peratus sebagai pembuat dasar dan keputusan dalam kerajaan tidak mencapai matlamatnya?
UMMU JAH : Menyaksikan sejarah perjuangan Islam oleh Baginda Rasul SAW bersama para Sahabat ialah melihat lelaki sebagai sayap kanan, wanita sebagai sayap kiri perjuangan. Sama kuat, sama rata, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah di sisi pemimpin utama. Sama-sama menyumbang untuk kebangkitan Islam yang besar bertaraf empayar. Allah dan Rasul, kuasa Maha Besar, Kerajaan Maha Ajaib itu, memuliakan mereka adalah kerana mereka sanggup untuk menjadikan Allah dan Rasul sebagai tujuan hidup mati mereka, Islam dijadikan sebagai cara hidup dan cara berjuang. Dan kita juga kalau wanita mahu mendapatkan segala-gala, umpama 30 peratus kuota sebagai pembuat dasar dan keputusan dalam kerajaan, ada caranya. Iaitu ambil Islam sebagai cita-cita, Allah dicintai dan ditakuti sepenuh hati, Rasul dirindui, InsyaAllah, nescaya wanita boleh dapat segala-galanya bahkan pasti selamat dunia akhirat. Menang dunia akhirat. Islam yang saya maksudkan ialah Islam yang mampu merealitikan Allah dan Rasai sebagai kuasa. Islam yang pejuang-pejuangnya ialah bagaikan abid di malam hari dan umpama singa di siangnya.

S : Apakah selayaknya DSRM terus ditohmah atau didakwa menjadi liabiliti dalam Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13)?
UMMU JAH: DSRM jangan takut kepada tohmahan dan dakwaan menjadi liabiiti dalam BN, kerana kalau beliau benar-benar cinta Allah dan Rasul, fitnah boleh menjadi baja untuk menyuburkan pengaruh penjuangan BN. Sebab hanya dengan pembelaan dan Allah dan Rasul saja, fitnah sebesar mana pun dapat dilepasi.
S : Kenapa agaknya kebanyakan rakyat Malaysia sukar menerima DSRM kalau dibandingkan dengan isteri-isteri Perdana Menteri terdahulu?
UMMU JAH : Bila seseorang itu ialah pejuang maka tentulah ramai musuhnya, dibanding mereka yang tidak berjuang. DSRM kalau mahu memenangi semua musuh-musuhnya, pastikan sembahyang lima waktu. Sebab Allah jamin orang yang sembahyang itu dapat kemenangan daripada musuhnya. Orang Islam yang tidak sembahyang, tiada kemenangan sebab itu cara Allah. Orang bukan Islam boleh menang di dunia walaupun tidak sembahyang sebab di akhirat mereka tidak akan diberikan apa-apa lagi melainkan Neraka. Cintailah Allah dan Rasul, sembahyanglah, sebab hidup kia ini sebenarnya hadiah istimewaa Pencipta kepada kita hamba-hambaNya dan umat-umat Baginda.
S: Sudah banyak kali juga DSRM memberikan penjelasan kepada orang awam bahawa penglibatannya dalam aktiviti kemasyarakatan bukan bertujuan untuk mencampuri urusan pentadbiran Perdana Menteri sebaliknya mahu membantu suami, rakyat dan negara. Tambahan pula BN menunjukkan prestasi buruk dalam pilihan raya umum lalu. Apa pendapat Ummu Jah boleh dikategorikan antara wanita mempunyai pandangan-pandangan berwawasan dan idea kreatif dalam membina empayar ekonomi Rufaqa sehingga mampu menembusi pasaran Timur Tengah?
UMMU JAH: Penentu kemenangan bukan sebab faktor dapat memberi penjelasan kepada masyarakat. Hati rakyat ada di dalam genggaman Allah. Kalau DSRM berjaya mendapatkan pertolongan Allah, di samping usaha-usaha lahir yang tepat, nescaya Allah dan RasulNya, akan serahkan hati-hati manusia kepada DSRM. Seberat mana ujian, mudah saja bagi Allah untuk dilepasi, yakni Allah akan bela. Prestasi buruk BN dalam Piihan Raya Umum Ke 12 (PRU 12) wajib dilihat sebagai amaran keras Tuhan bahawa Allah boleh naik jatuhkan kuasa-kuasa di dunia ini. Membaikinya ialah bertaqwa. Yakni jangan zalimi orang-orang yang memperjuangkan Allah.
S : Secara peribadi adakah Ummu Jah menerima pendekatan dilakukan DSRM dalam membantu suami dan rakyat khasnya? Atau Ummu Jah mempunyai pandangan khusus berkenaan hal ini?
UMMU JAH: Saya suka dengan wanita yang berjuang disamping suami untuk membela rakyat. Memang orang Malaysia tak ramai yang tahu perihal pentingnya perjuangan. Allah hidupkan kita ini, sebenarnya untuk berjuang. Sebab Allah ciptakan musuh yang sangat besar dan jahat dalam diri kita dalam hidup kita iaitu nafsu dan syaitan, Yahudi dan Nasrani. Tanpa perjuangan kita akan menjadi mangsa mereka itu dan di akhirat Allah ‘hadiahkan’ Neraka. Jadilah pejuang, yakni bebaskan diri daripada nafsu dan syaitan, sentiasa bebaskan diri, keluarga dan masyarakat daripada cara hidup Yahudi dan Nasrani. Dengan kata yang lain, jadilah orang Allah dan Rasul, yakni hiduplah secara Islam, untuk itu bebaskan diri dari musuh-musuh Allah iaitu nafsu, syaitan dan Yahudi laknatullah. Cukuplah kita ditipu konon meniru barat saja jalan selamat. Bukankah Allah sendiri yang membenitahu, bahawa sekali-kali tidak redha Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut jalan mereka.
S : Biarpun DSRM sudah melakukan banyak kebaikan di negara ini tetapi kenapa sesetengah pihak masih memberikan gambaran negatif terhadap isteri Perdana Menteri?
UMMU JAH: DSRM, kalau membuat kebaikanyang banyak itu, dengan niat untuk Allah dan betul caranya nescaya Allah akan terima. Namun demi kasih sayangNya Allah uji kejujuran DSRM. laitu manusia tidak boleh terima. Teruslah melakukannya, yang penting Allah terima. Manusia satu dunia pun kalau menentang, nescaya akan sia-sia bila mana Allah membelanya. Bukankah kita berjanji di dalam setiap kali sembahyang kita bahawa apa saja kebaikan yang kita buat ialah untuk Allah? Dan yakinlah bahawa Allah amat tahu bagaimana caranya kebaikan itu akan dibalasi jua sudahnya.
S : Dalam konteks Ummu Jah pula apa pengalaman dan pendekatan yang dilakukan sehingga masyarakat dan orang ramai boleh menerima Ummu Jah sebagal pendorong dan pencetus semangat allahyarham Ashaari Muhammad yang pernah mencetuskan isu dan kontroversi suatu ketika dahulu?
UMMU JAH: Allah, Rasul dan Abuya tahu saya betul-betul membantu mereka. Ummu Jah buat apa yang Abuya buat. Saya berbuat dengan cara mereka, sebab itu mereka membela saya. Tuhan dan Nabi tidak akan saya gadaikan dalam apa keadaan pun. Islam yang cantik tidak akan dilihat buruk, selagi pejuang sanggup mempertahankannya walaupun dalam apa hal dan bagaimana.

S : Kalaulah Ummu Jah diberikan ruang untuk bertemu secara empat mata dengan DSRM apakah perkara pertama akan dicadangkan pada waktu itu?
UMMU JAH : Saya akan katakan kepada DSRM, tiada jalan lain yang menjamin keselamatan dunia akhirat selain jalan Allah atau Siratul Mustaqim. Kita sepatutnya terlalu cintakan Allah terlalu takutkan Allah sebab kalau Allah berhentikan oksigen dan matahari, Raja pun tak boleh hidup. Rasul pula wajib dirindui. Janganlah dunia yang dirindui. Sebab tanpa pesuruh Allah (Nur Muhammad) Roh yang terus hidup itu siapa lagi yang boleh hubungkan kita dengan pembekal oksigen dunia akhirat itu. Allah SWT itu ghaib, Nabi pun ghaib tapi kita ada (roh) hati yang mampu berhubung dengan mereka di sana. Berhubung secara teknologi roh. Hati macam handphone. Orang Islam hari ini, mentang-metanglah hal-hal ghaib itu tidak logik, tapi tergamak mereka putus hubungan hati dengan Allah, Rasul dan akhirat. Adakah itu yang Allah dan Rasul maksudkan dalam firmanNya, bahawa Roh itu urusan Tuhan, kamu tidak diberi faham melainkan sedikit? Walhal maksud sebenar ialah mengenai roh itu, hendaklah diyakini dan ditaati saja.Walaupun kamu tak faham, sebab hal-hal ajaib itu, hanya Allah yang faham. Dengan itu, barulah umat Islam akan dapat dihubungkan semula dengan kerajaan Allah yang Maha Ajaib itu. Dan barulah umat Islam jadi kuat untuk melepasi segala tipu daya dan kekuatan Yahudi.
-Norzah Kepol-

Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com