Jumaat, 26 Februari 2010 | By: iKhwan89

SALAM MAULIDURRASUL : Ajarkan aku untuk merindui kekasih Mu Tuhan


*salawat badawi~~~~Ya Allah sampaikanlah salam rindu ini kepada cahaya sebagai sumber segala cahaya,rahsia segala rahsia & ubat seluruh penyakit,anak kunci segala kejayaan...Dialah pemimpin yang kami rindu...Nabi Muhammad yang terpilih keluarganya yang suci serta para sahabat yang menjadi pilihan.....sebanyak bilangan nikmat Mu dan kemuliaan Mu ya Allah...*


Dengan Nama Tuhan ku yang Maha penyayang, ku ingin utuskan warkah kerinduan ini tulus kepada kekasih Mu...agar bolehlah aku merasa sedikit rasa-rasa rindu ku kepada kekasih Mu...


Kehadapan Kekasih Tuhan,Rasulullah penghulu segala nabi,

Di saat aku ditinggalkan engkau sekian lamanya...aku bagai hilang arah tuju...Tuhan yang selama ini aku sembah..terasa bagaikan suatu ritual amalan yang biasa sahaja..tidak terasa kehebatannya,kebaikan yang aku lakukan semua ini tidak ada rohnya..yang aku tahu,glamour,mendapat nama,orang kenal,orang sanjung...

Wahai kekasih sekalian Alam,

Hati ku benar-benar kosong...tentu Engkau tahu bagaimana perasaan ku Tuhan..merindui orang yang tiada..amat-amat menyakitkan,terasa kehilangan..tapi Tuhan...mulut ku tidak sama seperti hati ku Tuhan..kadang-kadang mulut mengatakan rindu..tapi hati tidak....ya Allah...dasyatnya nafsu ku ini...menutup semua hati ku dari merindui kekasih Mu...

Ya Allah...akhir zaman ini..rupa-rupanya Engkau dengar doa-doa orang seperti ku ini..menagih kerinduan baginda,meratap pilu...dengan Maha Kasih Syangnya Engkau...Engkau turunkan pemimpin yang wataknya sama macam kekasih Mu,kasih sayangnya,lemah lembutnya,mempunyai minda-minda yang disuluh oleh Mu..saat aku bersama-sama dengan jemaahnya,terasa engkau bersama kami ya Rasulullah,kerinduan kami semua terubat wahai Tuhan..

Tuhan,Engkau lahirkan pemimpin yang perwatak kannya saling tidak tumpah dengan watak kekasih Mu,dengan kehadirannya,roh aku kembali hidup,nafsu ku dibersihkan olehnya,roh ku diberi rasa-rasa yang sebelum ini belum pernah terlahir dari hati ku..iaitu rasa berTuhan...rasa kehambaan...

Rasa Engkaulah segala-galanya Tuhan,Engkau Maha baik,Engkau Maha Kasih sayang,Engkau Maha Belas kasihan,Engkau Maha segala-galanya yang tidak dapat aku ungkapkan...Engkau sumber segalanya..inilah rasa berTuhan yang lahir dalam hati ku...

Ya Allah...setelah aku merasakan rasa-rasa berTuhan tadi...secara automatiknya terlahir juga rasa-rasa kehambaan seperti rasa berdosa,rasa lemah,rasa bodoh,rasa diri tidak mampu,rasa malu,rasa lemah.....ya Allah..kekalkanlah rasa-rasa ini agar aku dapat mencintai Mu dan merindui kekasih Agung Mu...

Rasulullah ibu segala ilmu,

Engaku pernah katakan bahawa engkau sangat merindui para ikhwan mu..ya Allah....tolonglah jadikan kami-kami ini ikhwan baginda,ikhwan itu taqwanya sangt luar biasa,mereka ibarat susunan batu bata,tindakan mereka sama ibarat satu ibu dan satu bapa,mereka sangat merindui mu ya rasulullah melebihi rindu mereka kepada orang lain,bilangan ikhwan sangat sedikit...tetapi musuh yang ramai tidak mampu mengalahkan mereka kerana kekuatan roh mereka sangat luar biasa....


Wahai A,jadikan kami ikhwan..jadikan kami merindui rasulullah,jadikan kami berkasih sayang sesama manusia,jadikan kan kami abid dan pejuang....

akhir sekali wahai Tuhan...ajarkanlah aku rasa rindu kepada Mu dan kepada kekasih Agung Mu...ampun maaf...wabihi wallahu a'lam...
Khamis, 25 Februari 2010 | By: iKhwan89

RINDU YANG TERTAHAN (PART III)

*uhuk3..batok..sakit tkak,berat kepale..dah 4 mgu tak mkan nsik...*salam alaik....alhamdulillah dapat ku lihat lagi langit membiru pada hari ini...dapat lagi menatap sinar mentari yang indah ciptaan Tuhan..salam rindu ku kepada Manusia Agung iaitu Baginda Muhammad,rasulullah pembawa cahaya.Terima kasih kepada mursyid ku yang mengenalkan ku kembali kepada Tuhan saat aku hampir-hampir sahaja melupakannya..dengan berkat dan kasih sayang mursyid ku jugalah bertemunya aku dengan seorang manusia yang selalu menjadi peneman ku..saat roh ku tidak diingatkan dengan Tuhan,dialah yang mengingatkan ku kepada Mu.

betapalah smpurnanya dia bagiku,disaat roh ku ini tidak matang satu ketika...sabarnya melayan karenah ku,tidak jemu-jemu dalam memberi nasihat kepada ku..tidak pernah mematahkan jiwa ku..malah selalu menyokong ku disaat aku hampir rebah..menjadikan aku kuat kembali...

Melihatnya..mengingatnya..menjadikan aku semakin matang dalam tindakan ku kini...sering juga lalai..namun diingatkannya kembali kepada Tuhan..ya Allah....betapalah baiknya Engkau yang anugerahkan teman hidup sehebat ini kepada ku...

buah hati ku...

Ku sering menunggu mu tidak kira apa yang berlaku...kerana engkaulah teman ku dunia akhirat..yaAllah..redhakanlah dia,jagalah dia..dia kekasih ku,dia teman ku...ampnkan semua dosa dia...wahai Tuhan..lupa kanlah segala kesalahannya,Engkau kan Tuhan..Tuhan yang Maha Kasih Syang...ku mohon kepada Mu Tuhan..aku sangt mncintai dia...redhailah dia dunia akhirat...


*dedikasi utk puteri hurairah ku yang kini entah berada dimana..semoga dia dalam senyuman*
Rabu, 24 Februari 2010 | By: iKhwan89

KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR


Kebahagiaan sebenarnya bukan terletak pada mata, tangan, kaki
atau anggota-anggota lahir. Rasa bahagia itu tempatnya di hati.
Kalau hati senang, dalam miskin pun boleh rasa bahagia. Sebaliknya
kalau hati rosak binasa maka ilmu tinggi mana pun,
kaya raya macam mana pun dan sebesar mana pun pangkat,
tetap tidak akan hidup bahagia.

Itu bukti yang cukup jelas yang memang sudah menjadi
pengalaman hidup semua orang. Kerana itu, untuk mencapai
kebahagiaan hidup untuk individu mahupun untuk masyarakat,
apa yang mesti diutamakan ialah mendidik individu-individu
manusia dengan iman dan taqwa. Bukan dengan duit, pangkat,
ilmu tinggi, kemewahan, pembangunan, kemajuan dan
kemodenan.

Iman dan taqwa boleh membuatkan orang miskin terhibur
dengan kemiskinannya. Iman dan taqwa boleh membuatkan
orang kaya pemurah dengan hartanya dan rasa terhibur kalau
dapat menyumbang kepada masyarakat dan menderma kepada
fakir miskin. Iman dan taqwa boleh membuatkan orang-orang
yang berkuasa rendah hati dengan rakyatnya serta terhibur
kalau dapat berkhidmat pada rakyat.

Iman dan taqwa membuatkan anak-anak terhibur untuk taat kepada ibu bapa, isteri suka dan terhibur untuk taat kepada
suami, pengikut terhibur mentaati para pemimpin, anak murid
terhibur untuk hormat dan kasih kepada guru, si gadis jadi malu
serta terhibur tinggal di rumah dan pemuda terhibur untuk
memikul tanggungjawab dan menyumbangkan tenaga.

Bila manusia sudah berada dalam keadaan seperti ini,
barulah duit banyak akan membawa bahagia. Barulah pangkat
tinggi berguna dan segala kemodenan, kemajuan dan pembangunan
akan menjadi sumber keselesaan hidup yang bermakna.

*ehsan artikel dari raden*
Selasa, 23 Februari 2010 | By: iKhwan89

ISU KALIMAH ALLAH : Umat terkeliru @ mengelirukan umat?

Tahun baru Masehi disambut berbeza antara golongan yang cintakan Islam
dengan mereka yang memang sangat iri hati dengan Islam terutamanya
menjelang kemenangan Islam di peringkat dunia dengan bermulanya dari
sebuah Daulah Islamiah yang semakin hampir.

Mahkamah sivil telah memberikan 'kemenangan' kepada mereka yang cuba
mengaibkan Islam. Itu adalah kemenangan berbentuk psikologi.
Hakikatnya mereka telah lama menang dalam banyak perkara sehingga
mencengkam kehidupan seharian umat Islam tanpa disedari apatah lagi
untuk mendapat tentangan umat Islam!

Namun keputusan mahkamah itu telah mengundang reaksi spontan umat
Islam
. Reaksi yang berbeza-beza, bercampur baur, celaru, keliru dan
sangat mengelirukan masyarakat umum.

Saya tidak mungkin mampu membahaskan persoalan ini dari semua sudut
terutamanya persoalan penggunaan nama Allah boleh atau tidak oleh
orang bukan Islam. Saya berpendapat kedudukan hukum atau kewajaran
penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam bukanlah suatu isu yang
penting
tetapi agenda di sebalik semua isu yang dicetuskan oleh mereka
yang begitu memusuhi Islam lebih perlu difahami dan seterusnya
dijadikan pendirian oleh kita umat Islam untuk menentukan sikap dalam
setiap isu seumpama ini.

Seperti sebelum ini mereka telah menyerang kita secara psikologi
dengan pelbagai isu terutamanya di peringkat antarabangsa, contohnya
novel yang menghina Rasulullah SAW dan lakaran wajah Rasulullah. Itu
belum mengambil kira serangan musuh Islam secara fizikal dalam
peperangan yang belum pernah henti-henti di beberapa negara seluruh
dunia
.

Peperangan yang lebih hebat adalah peperangan mereka terhadap Islam
yang menggunakan sistem yang diterapkan dalam kehidupan seharian
seperti sistem ekonomi riba, sistem pendidikan sekular, sistem sosial
yang tiada batas antara lelaki dan wanita, sistem hiburan yang
melalaikan, sistem perundangan dan kehakiman yang berasaskan akal
fikiran, sistem politik ideology, sistem media yang berorentasikan
gimik dan glamour dan tidak ketinggalan sistem yang memartabkan
institusi agama sehingga 'terpaksa' mengikut dan menurut percaturan
mereka.

Apabila kita umat Islam faham bahawa kita sekarang sedang berada dalam
percaturan musuh dengan mereka terlalu mudah memperkotak katikkan
kita, setiap isu yang dicetuskan pasti mempunyai agenda yang sangat
besar dan terancang. Mana mungkin musuh Islam yang dikepalai oleh
Yahudi dan Nasrani mencetuskan sesuatu isu hanya secara kebetulan
sahaja! Inilah perbahasan yang saya ingin ketengahkan.

Musuh Islam telah melihat dan mengkaji secara terperinci reaksi umat
Islam seluruh dunia setiap kali isu provokasi yang dibangkitkan.
Hampir keseluruhan reaksi umat Islam sangat menepati jangkaan mereka.
Bukan sekadar isu yang dibangkitkan berjaya mengundang reaksi umat
Islam seperti yang mereka jangka, tetapi reaksi umat Islam itu juga
masih dalam kawalan dan percaturan mereka.

Pihak Yahudi telah mengkaji sedalam-dalamnya tentang kebangkitan Islam
akhir zaman. Kemunculan pemimpin yang akan membawa umat Islam menjadi
persis para sahabat dari sudut Iman, ibadah, akhlak, perjuangan,
pengorbanan, ukhwah, kasih sayang dan kemajuan material yang tidak
bergantung dengan sistem sekular sahaja yang akan berjaya mengalahkan
mereka. Selagi belum muncul pemimpin dan kumpulan seperti para
sahabat, maka mereka akan merasa senang hati dan akan terus menerus
mencetuskan isu demi isu termasuk memprovok kemarahan umat Islam.
Kenapa dan apa tujuan mereka?

Selagi umat Islam memberi reaksi mengikut isu semasa, maka menunjukkan
umat Islam belum ada pemimpin. Selagi belum ada pemimpin yang dapat
menyatukan umat Islam
, maka perjuangan umat Islam akan berpecah kepada
kelompok-kelompok kecil mengikut kemampuan pemimpin mereka. Perpecahan
ini amat menguntungkan mereka. Mereka akan mereka-reka isu sehingga
umat Islam dicatur menurut isu. Akhirnya umat Islam tiada agenda
sendiri yang tersusun dan terancang. Setiap masa kita berjuang menurut
isu yang musuh kendalikan melalui 'tangan' gahib mereka.

Perjuangan kebenaran atau perjuangan Islam mesti ada pemimpin.
Pemimpin yang taqwa dan wibawanya mampu mencorak perjuangan keluar
dari
percaturan musuh samada secara psikologi, fizikal maupun jiwanya.
Pemimpin yang mampu mencorak pemikiran baru, segar dan praktikal.
Pemimpin yang mampu mengawal pengikutnya sehingga mencapai kesefahaman
dan keselarasan dalam berfikir, berperasaan dan dalam tindakan.
Pemimpin yang mampu mencetuskan kemajuan lahiriah atau kemajuan
material walaupun skala kecil sebagai role model Islam sebagai cara
hidup yang indah dan selamat.

Faktor utama dan pertama pemimpin tersebut mestilah mampu mendidik
pengikut-pengikutny a mengusahakan taqwa dalam diri masing-masing
sehingga hati mereka sangat cinta dan takutkan Allah setiap masa.
Kerana hanya dengan taqwa, Allah akan campur tangan dalam sesuatu
perjuangan kebenaran. Selagi pejuang-pejuang kebenaran tidak
meletakkan agenda taqwa sebagai yang pertama dan utama, buatlah apa
sahaja hatta menggadaikan nyawa sekalipun, perjuangan kebenaran tidak
akan
mendapat pembelaan Allah SWT. Apakah kita mampu menang melawan
musuh Allah tanpa mengharapkan pertolongan dan bantuan Allah?

Jika umat Islam faham perkara ini, maka apa sahaja provokasi musuh
sudah tentu kita akan memberikan reaksi berbeza dan mungkin juga akan
sangat mengejutkan mereka yang merencanakan propaganda tersebut.
Tetapi selagi tiada pemimpin yang bertaqwa dan berwibawa, maka
tetaplah umat Islam akan terus bercakaran dan bersengketa dalam apa
jua isu seperti yang dirancangkan oleh musuh Islam, Yahudi dan
Nasrani.

Kepada mereka yang benar-benar cintakan Islam carilah pemimpin yang
mampu mengubah pengikutnya sekurang-kurangnya tidak terpengaruh dengan
isu yang dicetuskan oleh musuh
. Tidak mustahil, mungkin pemimpin
tersebutlah yang sebenarnya bakal menggegarkan hati-hati musuh Islam,
Yahudi dan Nasrani.

ehsan dari nor abd majid

SAJAK : ERTI MENGENAL TUHAN

Mengenal Tuhan ertinya mengenal tujuan mati dan hidup
Kerana Tuhanlah kita hidup dan mati
Mengenal Tuhan ertinya mengenal tempat rujuk,
mengenal tempat berlindung,
mengenal tempat menyerah diri,
mengenal tempat mengadu, mengenal tempat bermanja.

Mengenal Tuhan ertinya mengenal perbuatan Tuhan keatas diri kita
Semuanya yang berlaku pada diri kita adalah mengandungi hikmah dan pengajaran yang berguna
Apabila mengenal Tuhan barulah kita rasa seronok melaksanakan syariat-Nya

Dengan syariat-Nya kita akan selamat dan menyelamatkan
Kerana syariat itu adalah disiplin kehidupan
Disiplin adalah sangat diperlukan oleh setiap insan
Dengan disiplin manusia hidup teratur
Setiap masa ada program yang tertentu untuk faedah manusia
Masa tidak terbuang, setiap ruang masa ada jadual hidup yg berguna

Dengan syariat manusia hormat menghormati satu sama lain
Dapat bekerjasama ada secara langsung mahupun tidak secara langsung
Kemajuan pun terbangun, hidup berkasih sayang dan harmoni juga wujud
Berlakulah maaf-bermaafan, bertolak ansur, berlapang dada sesama manusia

Syariat mendisiplinkan manusia hidup secara bersih, rajin dan cergas
Bersih daripada pengkhianatan, penzaliman, daripada jatuh-menjatuhkan, daripada rasuah
Setiap orang ingin hidup bersih, maka terjauhlah segala maksiat dan jenayah

Apabila bersyariat bertunjangkan iman kerana Tuhan telah dikenal
Dari syariat lahirlah akhlak yang mulia dan peribadi yang tinggi moralnya
Akhlak yg mulia itulah pendorong perpaduan, kedamaian, kasih sayang dan keharmonian

Maka berlakulah manusia didunia seolah-olah satu keluarga
Ini telah pernah berlaku didalam sejarah
Terutama dizaman Rasulullah SAW yang begitu indah.
Isnin, 22 Februari 2010 | By: iKhwan89

RINDU YANG TERTAHAN (PART II)

I've been feeling this emptiness for sometime
Trying make do
But my world has been so crazy
Living without u
I'm a man not ashamed to admit my falls
Now that I know
But the only thing that matters now
I should have never let u go
Now every night before I go to sleep, I pray
That the lord would someday some how
Send u back my way

I miss u
I need to be back in your arms
I've never stopped loving u
My heart is where u belong
I miss u
And for heaven and earth pass away
Lord please show me what to do
Tell me what to say
Cause we've come to far to let it slip away
Cause we've come to far to let it slip away

Couldn't understand many things in my life
And what u meant to me
Now I'm prepared to be everything that a man Is suppose to be
I don't wanna be alone no more
So then my heart can take it
That weeks have past
Since you've been gone
That I've thought that I could make it
Oh baby
So every night before I go to sleep, I pray
That the lord would one day somehow
Bring u back my way

I miss u
I need to be back in your arms
I've never stopped loving u
My heart is where u belong
I miss u
And for heaven and earth pass away
Lord please show me what to do
Tell me what to say
Cause we've come to far to let it slip away
Cause we've come to far to let it slip away
You don't know what else to say or do
Its hard to get through every night and everyday
Knowing I had u walk away
Its killing me inside
Feeling so strong I can't hide
So lord help me get through trying times
I'll do anything to have u back in my life

I miss u
I need to be back in your arms
I've never stopped loving u
My heart is where u belong
Baby I miss u
And for heaven and earth pass away
Lord please show me what to do
Tell me what to say
Cause we've come to far to let it

I miss u
I need to be back in your arms
I've never stopped loving u
My heart is where u belong
Baby I miss u
And for heaven and earth pass away
Lord please show me what to do
Tell me what to say
Cause we've come to far to let it
I miss u
Ahad, 21 Februari 2010 | By: iKhwan89

SALAM SATU MALAYSIA : Tuhan diutamakan,Syariat jadi panduan


*uhuk3..batuk skit....*salam alaik..semoga dalam kasih sayang Tuhan semuanya...terima kasih kepada Tuhan yang menjadikan kita tanpa di minta...baek lelaki atau prempuan,baek muslim,atau bukan muslim..semuanya bergerak dengan kekuasaan dan kehendak Tuhan. Selawat dan salam keatas junjungan Agung kita,baginda Muhammad Rasulullah SAW,trima kasih rasulullah..kerana dengan engkau kami tahu sembahyang,kerana engkau kami msuk islam,kerana engkau kami berjuang...

Alhamdulillah..dapat kita bernaung dibawah barakah orang Tuhan dimalaysia ini...menjadikan malaysia aman,subur,dan sejahtera...ya Allah...malunya aku berpijak di bumi Mu ini..sedangkan aku tidak pernah bersyukur dengan pemberian Mu,menumpang barakah orang Mu..oh..malunya aku...

Tuhan...kau izinkan kami rakyat malaysia dduk dibawah satu rumpun bangsa dengan penuh harmoni..tanpa ada perselisihan kaum dan pergaduhan agama,kau jadikan kami sentiasa tolong menolong antara satu sama lain,menjadikan kami kuat menguat,dan jarang berlaku hasat dengki...seluruh dunia tercengang-cengang dengan keharmonian rakyat malaysia yang berlainan kaum,agama dan keturunan boleh duduk bersama-sama,boleh berkasih sayang antara satu sama lain...

oh Tuhan....kenapa kau lakukan semua ini keatas negara malaysia???sebuah negara terpencil di sebelah timur..andai lihat dari peta pun samar-samar sahaja bentuk muka bumi kita ini...kenapa Tuhan???

Ya Allah..rupa-rupanya..Engkau simpankan satu rahsia akhir zaman yang paling besar sekali di bumi kelahiran kami...Engkau janjikan sesuatu yang Agung daripada bumi kami...yaAllah...malunya aku...rupanya malaysia bakal menjadi tapak kebangkitan ummah kedua...patutlah Tuhan programkan bumi malaysia sebegini...malunya aku yang tidak pernah bersyukur dengan Mu Tuhan...

Wahai rakyat malaysia...dengan berkat dan kasih sayang Tuhan kepada kita,marilah sama-sama kita bersyukur kepada Nya,marilah kita berkasih sayang antara sesama kita kerana Tuhan kita...janganlah kita mensia-sia kan bumi malaysia yang penuh barakah ini...

Akhir sekali wahai rakyat malaysia,marilah sama-sama kita kembali kepada Tuhan agar seluruh manusia di bumi kita ini mendapat keredhaanNya

Wahai Tuhan....jadikanlah bumi kami "baldatun toyyibatun wa rabbur ghafur"...satu kan lah rakyatnya,tidak kira etnik,bangsa ataupun agama..terimalah permintaan hamba yang hina ini...
Sabtu, 20 Februari 2010 | By: iKhwan89

RINDU YANG TERTAHAN...

"aku ada dia...selamanya utk dia...yang mbantu ku dlm prjuangn selama ini...sntiasa menyokong ku...jatuh bngun ku...kau yang terbaek bg ku....sntiasa mrindui rasulullah,ingatkan ku tntang Tuhan...ingin mncari kbenaran...buah hati ku...selamanya berkasih sayang kerana Tuhan..semoga hidup dan mati kita utk Tuhan..."





*rindu kamu sangat-sangat*
Selasa, 16 Februari 2010 | By: iKhwan89

SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT SEBILIK KU:STAY WITH UKHUWAH!!


*sambil tahan ngantuk*salam alaik kepada suumer bloggers dan sahabat2 yg membaca blog aku ni..hari nie..aku nak kongsi kegembiraan ku ngn antum sumer..(^_^)

Hari ni merupakan hari lahir 2 orang kawan sebilik ku serentak..(^_^)...selamat hari lahir ku ucapkan utk korang!!!semoga panjang umur dan murah rezeki..nti klaw jmper aku,boley blanjer aku..*kha3*

jOm lah imbas skit..mcm ner aku knal 2 member blik aku ni..Ikram & Taufik..*jeng3..muzik bckground rancak*....ha...ikram ni dulu..ingat lagi.......time prtme kli...die lah yg tgur aku..kitorng ni...masuk sem march intake....he3....umur aku ngn die..samer jer....he3...ade lah stu time tu...aku tgh tgu lec kat blik it ta silap...*ktwe dlm aty*...tgh aku tgu2..tbe2...dtg uh sorang mamat ni...*time tu aku ta knl lgi dielah ikram* maka terjadilah perbualan yang aku ingat skit..lebey kurang gini:

IKRAM:salam abang,kat maner blik pensyarah..TUUTT!!!*disembunyikan identiti*
AKU: alaikmslm..er..saya pun baru lagi kat cn..
IKHRAM: Owh..yker....xpelah kalau gtu...


maka die pun berlalu...lebey kurang gtu la perbualan die yg aku ingat....he3...ikhram time tu..pgl aku abg..he3........adoi...klaw kitorg kumpul2 n lepak2 dlm blik kan...smbil borak2,kitorng criter ksah tu...mmg menyayat aty lah..he..die ta snggup na ingat...he3..

Taufik plak....em...aku kabur skit lah...mcm ner die ley jdi member blik aku...sedar2...aku da ddk smer blik ngn bliau...he3

diorang memang best....baek n tak pernah buat kes...melainkan sesame kitorang..he3*mcm kuar tnpa kbnaran,maen ftsal tnpa kbnarn,lpas trawikh plak tu,ubahsuai bilik,...khi3*

aku harap...semoga diorang selalu berada dalam kasih syg Tuhan....selalu gmbire....n slalu dalam ksih syg Tuhan...diorg baek bg ku.....semoga Tuhan berilah redha kepada mereka...wabihi wallah..
Jumaat, 12 Februari 2010 | By: iKhwan89

KES BUANG BAYI : MARILAH KEMBALI KEPADA TUHAN





*bismillah*...semoga semua dalam kegembiraan,dan berkasih sayang antara satu sama lain...Terima kasih kita Kepada Tuhan yang Maha Kasih-sayang,Maha Baik,Maha Pelindung,Maha segala-galanya...selawat dan salam keatasa junjungan Agung kita...Baginda Muhammad Rasulullah...cahaya daripada segala cahaya dan ubat dari seluruh penyakit anak kunci segala kejayaan,mursyid ku ASZ,dengan dialah aku dapat mengenal Tuhan kembali,dengan dialah aku kini berjuang untuk Tuhan...ku sedekah kan pahala ku kepada ibu bapa ku yang mengenalkan ku kepada mursyid ku...ia merupakan satu anugerah bagi ku...

Di saat dunia sudah semakin melupakan Tuhan ini,seluruh manusia mula mencipta ideologi masing-masing dengan menggunakan akal fikiran mereka.segala kaedah yang semakin menjauhkan diri dengan Tuhan dicipta kan...bukan golongan yang bodoh yang melakukan tetapi dilakukan oleh golongan cerdik pandai...al hasil....yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran...

Semakin berleluasanya gejala masyarakat hari ini adalah bukti betapalah rosaknya ideologi ikutan dan ciptaan manusia ini,konon hendak membasmi jenayah...jenayah yang hendak di basmi,blum terbasmi tetapi timbul pula jenayah lain. Contohnya nak membasmi penzinaan,dengan cara yang salah dengan mengintai-ngintai..pulak tu..dah dapat tgkap,tak ttpkan dlu aurat perempuan tu,malah ade sesetengah penguatkuasa yang mengambil kesempatan klik 2,3 gmbr pompuan tersebut dan disebarkan....maka apa yang jadi???penzinaan semakin berleluasa,kes keghairahan melihat bahan2 lucah juga semakin meningkat..

Begitulah manusia...apabila tidak kenal Tuhan mereka,lantas mencipta ideologi dengan logik-logik akal mereka..maka terhasillah apa yang dipanggil oleh manusia-manusia ini "keselamatan dan kesejahteraan"

Kawan-kawan ku...marilah kembali kepada Tuhan..kerana dengan kembali kepada Tuhanlah baru kita dapat mencari jalan penyelesaian...lihatlah apabila manusia sudah tidak mengenal Tuhan mereka,terjebak kearah penzinaan,berzina,dan alhasil....anak luar nikah...maka apabila orang melihat anak tersebut dibuang,mati begitu sahaja,maka ramailah manusia yang berkata"oh..kesiannya bby tu"..ada juga yang berkata"tergamak nyer membuang bayi tersebut,kasihan sungguh bayi itu'..dan bermacam-macam ayat lagi yang menunjuk kan manusia amat kasihan kepada nasib yang ditimpa kan kepada bayi itu...

Tahukah antum semua...hakikatnya,bayi tersebut telah terselamat dari fitnah dunia,bayi tersebut sudah aman..kerana roh yang mati ini diangkat oleh Tuhan menuju ke syurga...beruntunglah bayi-bayi tersebut...Tuhan tidak zalim...pada zahirnya bayi yang dibiarkan mati itu sudah di hurung dengan semut,sudah dimakan oleh ulat-ulat....dan semakin lama semakin reput..kerana itu sudah memang lumrah makanan semut dan ulat-ulat...tidak ada apa yang perlu di kesiankan...siapa yang perlu dikesian kan..??

Marilah sama-sama kita berfikir sejenak...adakah bayi haram itu di kira berdosa?siapakah yang melahirkan bayi itu??sudah tentu ibu yang haram melahirkan anak tersebut hasil dari perhubungan yang haram iaitu penzinaan..kan??kalaw begitulah,sepatutnya kita patut kasihankan ibu dan bapa haram tersebut..kenapa???...merekalah yang berdosa..sedangkan bayi itu tidak...kasihan ibu bapa haram itu...terpaksa menanggung dosa zina,dosa melahirkan anak yang tidak jelas nasabnya dan dosa kerana membunuh anak tersebut...tengoklah,...logikkan??

Kenapa mereka sanggup melakukan zina??tidak kah mereka tahu adanya Tuhan??tidak kah mereka tahu azabnya siksaan bagi orang yang berzina..?rupa-rupanya...manusia hari ini lebih tidak pernah kenal dengan Tuhan...mereka cuma hnya tahu ada tuhan,mursyid ku berkata tahu dan kenal itu lain..tahu itu hanya sekadar di mulut.."oh..ada Tuhan rupanya,".."oh...Than maha besar"..tidak terasa akan kebesarannya..kenal pula apbila kita sangat-sangat kenal dengan Tuhan kita sehingga terbit rasa2 cinta,rasa2 takut dan rasa2 mengharap kepada Tuhan..lain kan??

Inilah dia hasil dari didikan yang salah...sehingga berlakunya penzinaan tadi..masih kesiankan bayi..???kesiankanlah diri kita dan sistem kita ini dahulu...apalah hasilnya jika menjaga dan mengambil berat buah yang sudah gugur dan busuk tapi tidak mengambil berat akan pokonya??marilah sama-sama kita kembali kepada Tuhan...marilah sama-sama kita mencintai Tuhan agar seluruh manusia berada dalam keselamatan...kelak tidak akan ada lagi penzinaan jika manusia kenal dan takutkan Tuhan,dan saya yakin tidak akan ada pula anak haram yang dilahirkan...

Ampun maaf atas silap saya didalam memberi pandangan..moga kita semua terselamat dari sistem ideologi barat dan dapat kembali kepada sistem Tuhan..wabihi wallahu a'lam...
Selasa, 9 Februari 2010 | By: iKhwan89

WARKAH KEHIDUPAN: WARNA WARNI HATI KU


*baru lpas breakfast..alhmdulillah..*salam alaik untuk semua bloggers,dan kengkawan yang singgah kat blog aku ni...Terima kasih Tuhan yang Maha Baik dan Maha Kasih Syang,selawat dan salam keatas junjungan Agung kita..Baginda Muhammad Rasul yang mengajarkan kita mengenal erti berTuhan,yang mengajarkan kita erti menjadi seorang hamba,salam jgak dsampaikan kepada Mursyid ku ASZ,dengan beradanya di bumi Tuhan ini lah,bumi ini masih lagi mempunyai keberkatan disaat keberkatan-keberkatan lain telah diangkat Tuhan,dengannya jugalah aku kembali kenal dengan Tuhan,mampu istiqamah dalam beribadah,dan berkasih syang dengan makhluk Tuhan yang lain. Tidak lupa juga kepada ibu bapa ku yang telah memperknalkan ku kepada mursyid ku,yang menjaga ku smnjak aku dari kandungan,Maha Agungnya Tuhan,Maha kasih sayangnya Tuhan..semoga semua*yang disebut diatas*berada dalam redha Allah.

Alhamdulillah,kiNi akU hidup jugak lagi..disaat roh kita tidak tahu pun bila ia akan ditarik balik oleh Tuhan. Sepanjang hidup ku hingga kini...aku tidak tahu ntah berapa trilion dosa dah aku bUat*ya Allah..tolong aku*....ampun kan aku Tuhan...

Ya Allah..dengan dosa yang setiap saat aku lakukan ini,mampukah aku nak masuk kedalam golongan-golongan orang Mu Tuhan...hinanya aku Tuhan...sering lalai.....aku menipu Mu,setiap kali akubertaubat,sering juga lah aku lakukan kembali kesalahan ku,palsunya taubat ku Tuhan...aku tahu Engkau adalah Tuhan ku...tapi kenap aku tidak mencintai Mu,mengapa aku tidak mengenal Mu..

Oh hati...rupanya inilah jawapannya...rupanya..hati ku ini sudah pengsan,roh ku ini sudah lemas dengan nafsu,roh ku ini sudah hilang kebalnya dengan nafsu...ya Allah...patutlah aku tidak pernah rasa berdosa disaat aku membuat dosa,tidak merasa kematian itu hampir disaat aku melihat jenazah dibawa ketanah perkuburan,tidak merasai penderitaan orang lain disaat aku melihat penderitaan orang lain..kalau ada pun,hanya sekadar di bibir sahaja,tidak sampai ke hati...

Ya Tuhan ku...rupanya Engkau faham penderitaan hati ku..lalu Engkau kirimkan orang Mu,Engkau promosi orang-orang mu melalui tangan-tangan Mu,orang Mu yang mampu mengenal hati ku,yang mampu memimpin ku melawan nafsu,yang memperkenalkan ku kepada Mu,yang menjadikan aku sentiasa ingat pada Mu,yang menjadikan aku peka dengan penderitaan orang lain yangmenghidupkan kembali roh aku..ya Allah...betapa malunya aku dengan Mu Tuhan...aku sangat malu dengan orang-orang Mu yang melihat ku dengan pandangan hati

Tuhan...betapa baiknya Engkau...saat aku memerlukan Engkau,Engkau ada di sisi ku,tapi selalu aku tidak beradab dengan Mu...Tuhan..maafkanlah aku...siapalah lagi yang mampu memaafkan aku kecuali Engkau...Engkau tidak bertambah atau tidak berkurang pun jika Engkau memaafkan aku...redhakanlah aku Tuhan...redha Engkau lebih mahal dari isi dunia ini,redha Engkau lah yang membawa ku kesyurga..

Akhir sekali wahai Tuhan...jagalah hati ku...benarlah aku duduk dan kekal dalam jemaah kebenaran ini,benarkan aku membaiki diri ku,benarkan aku bercinta dengan Mu melalui orang Mu,wahai A,ampunkan aku..ampunkan aku...



*buah hati ku...aku merindui mu,merindui nasihat mu..semoga engkau dalam petunjuk*
Ahad, 7 Februari 2010 | By: iKhwan89

MURSYID KU TAWADHUK


Wahai Mursyid ku tawadhuk mu ketara
Biar pun ia rahsia
Namun oranga kan tahu juga
Diri mu jelas bukan direka


Ya Allah peliharalah Mursyid ku

Agar terus berada dalam rahmat-Mu
Agar terhindar dari segala kejahatan
Yang sentiasa memburu dirinya

Ampunkanlah wahai Mursyid ku

Kesilapan anak-anak mu
Ku serahkan jiwa dan raga ku

Agar terdidik nafsu liar ku

Dengan izin Allahu Ya Rabbi

Engkaulah pemimpin sejati
Engkaulah guru Mursyid di semua segi
Kaulah Mujaddid di kurun ini
Jumaat, 5 Februari 2010 | By: iKhwan89

MIRWANA_BUMI AKHIR USIA : HuH!!..nyesal klau tak dengar!!


*tengah feeling lagu fana pesona*salam alaaaaaaik kepada semuaaa bloggers..he3...ape kabar semua..? diharapkan semua dalam rahmat dan kasih sayang Tuhan....

Ah hah!!..hari nie,aku na kongsi ape yang aku rase bile dengar album mirwana yang terbaru ni. Ha,tajuk die,Bumi Akhir Usia.fuhh!!..sore diorang sumer..memang dasat lah..salah satu album yang aku respek..hu3...dari sudut vokal,muzik arragement,cover album,hu3....memang best...

Aku tak boleh nak gambarkan macam ne bestnyer lagu-lagu dalam album ni..tapi memang best!!..*hu3...xcited tibe2*

Antara lagu-lagu dalam album nie yang boleh aku senaraikan ialah:
  • Bumi Akhir Usia
  • Cahaya kekasih
  • Anugerah istimewa
  • Kembali pada mu
  • Bukti cinta
  • Fana pesona
  • Jauh
  • Andaiku pergi(instrumental)
Ha...sape2 yang nak dengar prview die meh klik kat sini....lepas tu...korang beli lah..tak rugi seyh..

Akhir skali...thanks to Mirwana kerana kemunculan album yang terbaru...hu3..dah lame tunggu album baru dari mirwana sebenarnya..semoga mirwana terus gempak n sukses slalu..

oklah,stakat cn dulu coretan ku...jangan lupe,beli!!!..hu3.....salam
Rabu, 3 Februari 2010 | By: iKhwan89

ENGKAU HENDAK BERJUANG??

Engkau hendak berjuang?
Bagus kalau itulah yang kamu mahu

Berjuang sasarannya adalah manusia
Engkau mesti kenal manusia lahir dan batin
Engkau tidak akan kenal manusia sebelum engkau mengenal dirimu sendiri

Sudahkah engkau kenal dirimu sendiri?
Sejauh mana engkau kenal perjalanan fikiranmu?
Apakah fikiranmu sudah Islam?!

Sudahkah engkau kenal nafsumu?
Fahamkah engkau kehendak-kehendak nafsumu?
Ke mana dia hendak membawamu?!
Apakah kehendak Islam dengan kehendak nafsumu selari?

Lebih-lebih lagi sudahkah engkau faham jiwamu?
Jiwa ada perasaannya
Perasaannya ada yang positif dan ada yang negatif
Yang positif hendak dilepaskan
Yang negatif hendaklah ditahan
Melepaskan yang positif, menahan yang negatif
Adalah satu perjuangan
Ia lebih besar daripada perjuangan yang lahir ini
Bahkan yang lahir ini ditentukan oleh yang batin, iaitu jiwamu

Kalau engkau berjuang tidak faham ini semua
Ertinya engkau laksana masuk ke hutan belantara
Yang tidak mempunyai pedoman
Tidak ada kompas, tidak kenal kedudukan hutan
Jangan-jangan engkau akan tersesat nanti
Marabahaya hutan akan membinasakan kamu
Bahkan rimau pun boleh membaham kamu

Kawan, perkataan berjuang mudah disebut
Tapi tidak mudah difahami
Berjuang mudah diperkatakan
Tapi tidak mudah dikotakan

Ia memerlukan ilmu yang cukup
Tidak sekadar semangat yang cukup
Ia memerlukan pemimpin yang tepat
Yang boleh memimpin dan ia ditaati

Kalau belum sampai ke taraf ini
Engkau tidak berjuang lebih selamat daripada berjuang
Kalau engkau berjuang juga
Ingatlah kerosakan yang engkau lakukan lebih banyak, tanpa disedari
Sekalipun niat engkau suci
Selasa, 2 Februari 2010 | By: iKhwan89

BEBELAN BULAN 2 : U oh U...


*paGi yang cerah2 mendung..hu3..*salam alaik..aper kbar..?alhmdulillah..arini..genaplah 2 bulan aku mengajar...alhamdulillah..terima kasih Tuhan bagi aku rezeki...tak pernah aku bersyukur dengan nikmat...btul lah kata mursyid ku...mujahadah dari ujian kesusahan lebih mudah klau nak dibandingkan dengan nak mujahadah dengan ujian kesusahan...semoga aku diberi petunjuk...*huh~*

kini...tinggal lagi 2 hari jer lagi tarikh utk beli no pin utk mengisi borang upu...da ramai dah member tanyer.."eh,ko nak msuk U aper..?","ko amek kos aper..?"...ade jgak jejiran umah ni pun ckap,"ha...pie,awak elok la smbung lagi..blajar smpai tinggi2..""awak blajar lgi pie,nti senang nak dapat kerja..".......................................huh~lalu aku pun mohon U.......em....nak tau U aper..?nanti kan tjuk post yang baru...*he3....giler uh sje wat gempak*

ah hah!!..satu lagi aku nak bagi tau member2 AFG,jgn luper...stndby....anytme ade program...dalam berprogram,nanti ha,jgn nak lper diri plak,tawadhuk jer....sopan.....rase diri tak mampu...selalu mntak tolong dengan Tuhan...

ok lah sampai cn dulu bebelan tak tentu hala ku ini..kuharapkan semoga semua bertaubat,kerana setiap saat kita melakukan dosa...bila dah bertaubat tu,taubat lah diatas taubat kita..kerana mungkin taubat yang kita buat tadi adalah palsu....semoga semua dalam petunjuk...salam kasih syang...MZB
Isnin, 1 Februari 2010 | By: iKhwan89

ISU GEREJA DIBAKAR : marilah menedalani Imam Hanafi

Cikgu: Saya nak buat satu cerita yang pernah saya ceritakan untuk kita
fikir balik. Niat umat Islam untuk berjuang adalah untuk meng-Islamkan
orang yang belum Islam dan yang sudah Islam ditingkatkan ke-Islamannya.

Imam Hanafi berjiran dengan keluarga Yahudi. Orang Yahudi ini air
perlimbahannya masuk ke rumah Imam Hanafi. Imam Hanafi buat tak tahu
sahaja. Dia tak marah, tak complain, tak cakap. Bertahun-tahun lamanya
orang Yahudi itu tak sedar. Akhirnya orang Yahudi itu perasan. Ia cakap
kepada keluarganya, kita tak sedar, lama rupanya air najis rumah kita
mengotori rumah jiran. Kita dah silap. Rumah jiran kita dah ternajis
oleh kita. Tapi pelik, jiran kita tak marah, tanya pun tidak.

Kerana malu, orang Yahudi itu pergi ke rumah Imam Hanafi untuk meminta
maaf. Lepas minta maaf, dia tanya Imam Hanafi tentang air najis yang
mengalir ke rumah Imam Hanafi. Engkau tak sedar ke? Sedar, kata Imam
Hanafi. Mengapa engkau tak marah? Imam Hanafi jawab, agama saya
mengajar untuk tidak marah. Mendengar ini, orang Yahudi itu masuk Islam.

Orang Yahudi ini kalau nak tarik dia ke masuk Islam dengan kuliah atau
dakwah tak mungkin. Tapi dengan cara Imam Hanafi, orang Yahudi tadi
masuk Islam.

Esok orang masuk Islam bukan dengan hasil dakwah kita. Sabar dengan ujian, itu taqwa. Dengan taqwa, Tuhan akan putar hati orang.

Hari ini pendakwah banyak cakap, tapi orang tak masuk Islam. Hasil sabar Imam Hanafi orang Yahudi masuk Islam.

Bila suami, isteri, jiran tak baik, sebenarnya ini salah kita. Tak ada
taqwa, sedang taqwa itu magnet untuk tarik orang. Kalau bateri (taqwa)
lemah, bagaimana nak charge bateri orang lain? Iman dan taqwa itu macam
charger. Kalau charger kuat dia boleh charge semua orang, kalau lemah
dan dia charge orang, maka bateri dia bertambah lemah. Orang bukan
Islam tak masuk Islam. Orang jahat tak jadi baik kerana dakwah kita.
Akhirnya marah pada orang lain dan jadi militan. Yang sebenarnya kita
yang tak ada power (taqwa). Bagaimana nak Islamkan orang?

Imam Hanafi tadi ada cita-cita nak Islamkan Yahudi itu. Sabar dia membuat Yahudi itu masuk Islam.

Ulasan Ketua Murid: Mohon Tuhan pinjamkan rasa hina dalam diri kami,
kerana hakikatnya tahi (ego) yang ada dalam diri kami. Tapi tahi ini
begitu sekali disayangi. Imam Hanafi sanggup menerima najis untuk
kemuliaan dia dan akhirnya menyebabkan Yahudi itu masuk Islam.

Salam Kasih Sayang & MZB

Bila langit mula mendung...

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita, "Cuaca buruk je akhir-akhir in ye..." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!* *

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :

"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang
mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya. " (Al-Mukminun :18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. " (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNya lah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

So lepaih in bila hujan jangan ler bersungut ek.Berdoa ler banyak2...

Bismillahirahmanirr ahim, Selawat dan salam ke atas Rasulullah S.A.W.dan keluarganya , sahabat, para salafusoleh, syuhada' dan para ilmuan. Semoga dianugerah rahmat dan keberkatan kepada para Rasul dan mukmin dan mukminat, muslimin dan muslimat

Dengan Keagungan namaMu Ya Allah, Ya Rahman , Ya Rahim, Ya Latiff, Ya Fatah, Ya Razak, Ya DzalJalalli- Wal ikram

Ya Allah ya Rabbku,

Moga engkau merahmati kami dan menganugerahkan kami sebagaimana banyaknya hujan yang turun di dilangit hari ini.

Ya Allah,

Kayakan lah kami dengan Iman,

Kayakan lah kami dengan Islam,

Kayakanlah kami dengan hati yang tunduk dan patuh kepadaMu,

Kayakanlah kami dengan nikmat syukur

Kayakanlah kami dengan persahabatan yang ikhlas

Kayakanlah kami dengan pertolongan menegakkan syiar Islam

Kayakanlah kami dengan Kasih SayangMu.

Kayakanlah kami dengan kekuatan amal agar Engkau Redho kepada kami

Kayakanlah kami dengan harta yang digunakan untuk mendekatkan diri kepadaMu

Kayakanlah kami dengan kekuatan untuk membangunkan ummah

Kayakanlah kami dengan cahaya di hati untuk mencintai orang yang mencintaiMu dan mencintai orang yang Engkau cintai

Kayakanlah kami dengan rumah rumah di syurga yang Engkau janjikan.

Kayakanlah kami dengan kekuatan zahir dan Batin untuk menyampaikan seruan Dakwah untuk menegakkan agamaMu.

Kayakanlah kami dengan rahmat agar dapat bersama sama Nabi Muhammad S.A.W dan para hamba yang engkau cintai di syurga kelak

Kayakanlah mukmin dan mukminat di seluruh dunia dengan kekuatan jihad dan pertolongan untuk bangun dari kesusahan, kesengsaraan dan penindasan dari musuh-musuhMu.

Dan kayakanlah kami dengan pertolonganMu dalam urusan hidup dan mati kami di dunia untuk menuju akhirat yang pasti.

"Laa ilaaha illa Anta, Subhanaka, inni kuntu minadzh dzhalimiin (Tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah orang yang telah berbuat dhalim)"

Ya Allah, makbulkan lah doa hambamu ini. Amin, Ya Rabbal Alamin.

Mutiara kata:

Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan ALLAH melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir..

Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com