Khamis, 21 September 2017 | By: iKhwan89

BULAN MUHARRAM BULAN KEMENANGAN

🍂 *Bulan Muharram Bulan Kemenangan*- _Nukilan Mursyidku_ .
 
Tahun baru Islam, Tuhan pilih bulan Muharram. Kerana di dalamnya berlaku beberapa peristiwa besar di dalam sejarah Islam untuk dikenang & menjadi pengajaran.

Diharamkan peperangan di bulan ini, kecuali musuh mengundang.

Tahun baru Islam diambil sempena hijrah Rasul ke Madinah mencari tapak Islam.

Muharram telah menempa sejarah gemilang, bagi *pejuang-pejuang Tuhan & pejuang-pejuang kebenaran* .

Mereka diberi kemenangan besar, di bulan Muharram, yang patut dikenang. Kemenangan-kemenangan kecil berlaku juga, tapi di luar Muharram.

Tapi bukan setiap Muharram umat Islam diberi kemenangan besar-besaran seperti yang diceritakan.

Setelah *cukup ketaqwaan* mereka & setelah *tinggi disiplin* mereka, biasanya kemenangan itu diberi oleh Tuhan di bulan Muharram.

Cuma setiap zaman kemenangan itu diberi, angkanya, tarikhnya tidak sama. Ada 1 Muharram, ada 10 Muharram & lain bilangan di dalam Muharram.

Apabila syarat-syarat pejuang-pejuang Islam itu sudah ada, di bulan Muharramlah Allah Taala anugerahkan kemenangan.

Yang penting diceritakan di sini apakah *syarat-syaratnya kemenangan* itu dianugerahkan?

Untuk panduan para pejuang setiap zaman, syarat-syaratnya penting diketahui, untuk diusahakan :

_▫Adanya *pemimpin* yang ditunjuk oleh Tuhan._

_▫Kasih sayang & perpaduan  sesama ahli terserlah sekali._

_▫Taat setia kepada pemimpinnya, sehidup semati._

_▫Kasih sayang & perpaduannya sesama ahli terserlah sekali._

_▫Fikiran & perasaan mereka selaras & selari._

_▫Pengikut-pengikutnya laksana satu ibu, satu ayah di dalam satu keluarga._

_▫Mereka menjadi abid-abid di waktu malam, menjadi singa-singa di siang hari._

_▫Keyakinannya kental, sabarnya luar biasa, azamnya teguh, bagaikan besi waja yg tidak dapat diganggu gugat oleh ujian & cabaran._

_▫Perjuangan mereka agak lama berterusan. Setelah mereka menempuh ujian demi ujian, kecil & besar sebagai tapisan._

_▫Maka berlakulah saringan, demi saringan, tapisan, demi tapisan dari ujian. Mereka yang asalnya bilangannya ramai, setelah tinggal sedikit bilangannya barulah diberi kemenangan._

Kalau pejuang-pejuang Islam, diberi kemenangan setelah ramai bilangannya, natijahnya serupa macam orang kafir diberi kemenangan. Cara ini tidak nampak kebesaran & kuasa Allah memberi kejayaan.

Dengan kemenangan mereka akan sombong &  menzalim orang ramai sewenang-wenang.

Kerana mereka mendapat kemenangan merasa dari tenaga & usaha mereka, bukan dari Tuhan yang Maha Kuasa. 

Begitulah gambaran secara umum parti Allah Taala diberi kemenangan di dalam sejarah Islam.

Bulan Muharramlah kemenangan besar-besaran itu biasanya Allah Taala anugerahkan untuk umat Islam yang berjuang di akhir zaman.

Yang penting syarat-syarat kemenangan itulah yang hendak dipastikan. Berusahalah untuk memenuhi syarat-syarat kemenangan.

Janji Tuhan kemenangan itu pasti diberikan setelah syarat-syaratnya dipenuhkan.

Marilah kita penuhkan syarat-syaratnya untuk menagih janji Tuhan, kemenangan pasti datang, seperti yang dijanji Tuhan.

_ASZ_

Rabu, 13 September 2017 | By: iKhwan89

KHAS UNTUK TUN :PINTU TAUBAT BELUM TERTUTUP BUATMU

Di dalam masa engkau membangun

Di waktu engkau membuat kemajuan

Di waktu itulah engkau patut dipuji, memang engkau minta dipuji

Tiba-tiba engkau dimaki dan dihina

Aduh! Seksanya jiwamu

Berbagai-bagai kemudahan yang engkau buat di dalam negara

Tujuan engkau untuk disanjung dan dipuja

Tiba-tiba engkau tidak diterima, dan rakyat meminta engkau turun dari takhta

Aduh! Bertimpa-timpanya jiwamu menderita

Engkau mengharapkan diwaktu engkau membuat jasa engkau dibela dan dianggap wira

Tapi malangnya di waktu itulah engkau dituduh zalim dan menzalim

Aduh bertambahnya derita jiwamu yang sudah derita

Engkau mengusahakan segala-galanya inginkan sanjungan dan nama

Sanjungan tidak dapat nama pun tercemar, engkau dihina di mana-mana!

Ertinya di dunia jasamu tidak dikenang oleh rakyat

Harapkan selamat di Akhirat

Apa yang engkau buat untuk Tuhan dan Akhirat?!

Tuhan tidak ada di dalam kamus hidupmu

Syariat telah engkau robek-robek dan koyak-koyak

Sunnah Nabi jadi bahan perli dan bahan gelak ketawa

Pejuang-pejuang Islam engkau hina dan seksa

Apakah yang engkau hendak persembahkan kepada Tuhan?

Apakah bekalan yang engkau hendak bawa ke Akhirat kelak?

Masa ada lagi buat engkau

Pintu taubat belum tertutup buatmu

Insaflah! Sedarlah!

Allah masih menunggu kesedaranmu

Sebelum terlewat

4.9.99

Selepas Isyak
Abuya Sy.Imam Ashaari Muhammad at-Tamimi


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com