Khamis, 28 Mei 2009 | By: iKhwan89

KARNIVAL AMAL ISLAMI : NASYID DAN PIDATO DAPAT PINGAT







*sambil duduk jer..tak de aper nak buat..*salam sumer....kawan-kawan aper kabar..?semoga dalam kesihatan yang baek..alhamdulillah,aku dah sampai jugak ke negeri sebelah utara...lama sangat dah aku nak pergi..tapi baru-baru nie aku da sampai..

Macam maner boley sampai?..he3..luper nak cakap..


Baru-baru nie karnival amal islami telah di anjurkan kat kolej universiti insaniah kedah..dalam karnival ni,ade macam-macam pertandingan kat saner..pertandingan kat saner antara ipt islam seluruh malaysia tau.....hu~

Jadi,KIPSAS hantar lah satu kontijen untuk mengambil bahgian dalam beberapa acara macam hafazan 1-5 juzuk lelaki dan wanita,nasyid,pidato lelaki dan wanita,dan khat lelaki dan wanita..

Nak tau kipsas menang aper..?

he3..segan r nak cakap,KIPSAS dapat menang pidato lelaki jer dengan pingat perak,nasyid plak dapat pingat gangsa jer..hu3..kire ok la tu...sebab KIPSAS pertame kali join...aku pun join jugak r kontijen pegi saner..hu3...saje jer..

Kat saner,aku dapat macam-macam pengalaman baru,yelah....pertame kali jalan kat blah utara,pertame skali bileraku masuk jer kedah ni.....ha...............dari jauh aku dapat engok padi..ijaaau jer...cantik,sejuk hati bile tengok..em...macam-macam yang aku nak citer,tapi aku rase,aku dah penat r nak tulis..nanti lah kot aku citer lagi..he3....ok..selamat malam...er..sebelum tu..aku nak bagi tau,aku sampai balik negeri pahang tepat jam 5.00am..tu jer..he~...slam
Isnin, 25 Mei 2009 | By: iKhwan89

CINTA AL-IRSYAD : INDAHNYA UKHUWAH ANUGERAH TUHAN


salam alaik..semoga dalam kasih sayang Tuhan..Wahai Tuhan ku yang Maha Agung,indahnya rahmat dan kasih sayang Mu,Engkau campak kan ke dalam hati-hati kami rasa kasih sayang,rasa bersama,rasa bekerjasama,sanggup berkorban,dalam membina satu ikatan ukhuwahyang sangat manis hasilnya...walaupun penuh dengan penat lelah,keringat,susah payah dan bermacam-macam kepayahan lagi..ibarat sekawan lebah yang penat lelah mengumpul madu,ada yang mati,ada yang sesat,menunjuk kan susahnya..akhirnya,terkumpul lah madu yang sangat manis....begitulah ukhuwah....semua keringat dan penat lelah akan hilang bila kita semua dapat merasa kemanisan dalam ukhuwah....
Ukhuwah itu,Tuhan ajar supaya kita semua buat hendaklah berdasarkan cintakan Tuhan..kalau tak,ia tak sampai kemana..kita boleh tengok macam-macam contoh yang Tuhan dah tunjuk kan...antaranya,dengki antara kawan,suami isteri bergaduh,jiran-jiran berentam,adek beradik saling berbunuhan,kawan makan kawan dan macam-macam lagi yang tidak perlu disebutkan lagi....dasyat,sadis,kejam.....
Apa puncanya berlaku semua tu..?
Inilah jawapannya : Cinta dan kasih sayang yang dibina tidak langsung bergantungn dengan Tuhan..mane taknyer,kalaulah cinta dan kasih sayang yang dibina itu tapaknya cintakan Tuhan,suami isteri susah hendak bergaduh kerana Tuhan ada dalam hidupnya,kawan-kawan susah hendak bertikam lidah kerana Tuhan selalu bersama mereka,adek beradik saling mencintai dan saling menjaga satu sama lain kerana Tuhan percik kan rasa sayang antara mereka,jiran tetangga masing-masing merasakan bertanggungjawab untuk menjaga satu sama lain kerana apa?adakah ia kerana dibuat2?kalaulah dibuat2,ia tak kan lama....ibrat hangat-hangat tahi ayam...inilah yang dipanggil kasih sayang kerana Tuhan..Tuhan ada dalam setiap perhubungan..sebab itulah ukhuwah sesama mukmin tu nabi cakap ibarat susunan batu bata....saling menguatkan antara satu sama lain...sorang sakit,semua sakit...orang mukmin nilah yang menjdaikan Tuhan tu sebagai asas dalam setiap hal....sebab itulah mereka ibarat batu bata...
Wahai kawan-kawan ku,marilah sama-sama kita cintakan Tuhan,Mualimah dah pernah ajar kita dulu kenal Tuhan....tak kan kite dah luper kot mualimah penah cakap besarnyer pahale orang yang berkasih sayang sesama manusia kerana Tuhan....sekian sahaja coretan ku...semoga semua dalam kasih sayang Tuhan..(^_^)
Sabtu, 23 Mei 2009 | By: iKhwan89

UkHUWAHFILLAH ABADAN ABADA!!














*Sambil tgk citer terminator 3,da kenyang*salam alaik sumer.....aper kbar??semoga dalam kasih sayang Tuhan...alhamdulillah ari nie,aku dapat jumper member2 skola lame aku..da lamer sangat dah xjumper..hu3...



Kawan aku fahmi adham*he3..nmer die sbenar fahmi idham*,jagdan*nme sebenar die shahdan*sYazwan,..he3...diorang ade tadi...dari muler jumper,sampai abes nak balik,gelak je keje..hu3..da gelap dah aty...he~



Mualimah2 pun,da lame dah aku tak jumper n borak2...memang aku rindu kan sangat perjumpaan macam tu...aku mengharapkan satu kemanisan didalam perjumpaan tadi...semoga ia berkekalan dengan rahmat kasih sayang Tuhan..
Ahad, 17 Mei 2009 | By: iKhwan89
Sabtu, 16 Mei 2009 | By: iKhwan89

SELAMAT HARI GURU : RENUNGAN UNTUK PARA GURU


Gejala Sosial??

Petikan:Guru Yang cinta dan takutkan Tuhan , bila murid bersamanya akan merasakan seolah-olah berada bersama dengan ibu dan ayah kandungnya sendiri.


Pergaduhan sesama pelajar disekolah?

Guru menikam murid?

Murid mengugut guru?

Murid bakar kereta guru?

Apa yang sudah berlaku?

Mengapa mesti berlaku disekolah?!

Dimana maruah guru sebagai pendidik, model pada para murid?


Surat khabar sudah tidak segan silu lagi memaparkan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku di sekolah. Tempat yang selayaknya menjadi sumber kebaikan kini tidak ada lagi kedamaian. Guru tidak lagi dihormati sebagai pendidik, sebagai sumber kasih sayang pada murid-muridnya. Tapi kejahilan, kejahatan sudah mula merebak antara guru dengan murid, begitu juga sebaliknya? Apa sudah jadi dengan dunia pendidikan hari ini?


Apakah benar anda seorang GURU? Sedangkan murid tidak lagi memandangmu sebagai manusia yang perlu disayangi, tapi dimusuhi dan dibenci?


Apakah engkau guru yang bercakap dan bersikap? Tapi buktinya murid tidak pun melihat cermin kebaikan padamu? Apakah anda guru yang berkata dan mengkota? Tapi tidak pun terlihat watak ayah dan ibu sebagai penyayang pada dirimu?


Tentulah anda boleh menjawabnya.


Bercakap memang mudah, tidak semudah bersikap. Berkata sangat mudah, mengkota cukup susah rupanya. Kalau anda seorang guru yang berkata dan mengkota, sudah tentulah anda guru yang mendidik dan menjadi contoh serta mampu menjadi role model pada murid. Jika anda guru yang bercakap sahaja, anda sebenarnya bukan guru. Ertinya anda hanya berperanan sebagai penyampai maklumat atau hanya sekadar memberitahu satu ilmu.


Kalau anda seorang guru yang bercakap dan berbuat, anda akan dihormati. Murid-murid akan kasih dan sayang serta taat pada anda. Kalau murid-murid anda ganas, tidak mendengar cakap, susah hendak didisiplinkan, koreksilah diri anda....Suluhlah diri anda, apakah anda orang yang taat? Guru ibarat kayu, bila kayu lurus, luruslah bayangannya. Bengkok kayu bengkoklah bayangannya. Begitu pula guru yang baik, maka akan baik pulalah murid-muridnya.


Kalau ada sesetengah yang jahat itu biasalah. Itu untuk menguji kesabaran anda sebenarnya. Oleh itu sebelum anda check murid-murid, tengoklah diri anda terlebih dahulu. Bertanyalah pada diri anda,apakah anda seorang penyampai maklumat atau seorang guru yang mendidik. Ia menjadi perantara untuk murid kenal pada Tuhan sebagai sumber kasih sayang. Cinta dan takut Tuhan adalah sumber kekuatan yang besar nilainya untuk diagihkan oleh seorang guru pada muridnya.


Siapa guru sebenar?... Anda ingin tahu?!Kecintaan dan takutnya pada Tuhan membuatkan murid-muridnya amat menyayanginya. Ketiadaannya membuatkan murid-muridnya terlalu merinduinya. Guru yang cinta dan takutkan Tuhan, bila murid bersamanya akan merasakan seolah-olah berada bersama dengan ibu dan ayah kandungnya sendiri. Padanya ada kasih sayang dan pertautan hati yang cukup rapat. Duduk-duduk bersamanya terasa ada keselamatan. Mendengar katakatanya terasa menyejukkan jiwa dan boleh menjadi kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup di dunia. Diamnya ada isyarat ketenangan pada jiwanya. Melambangkan kewibawaan seorang guru yang membuatkan murid semakin hormat padanya sekalipun tidak dimintanya.


Guru bekerja bukan kerana upah,sebab cukup yakin Tuhan sebagai sumber rezeki untuknya. Rezekinya melimpah ruah hasil keberkatan ilmu-ilmu Tuhan yang disalurkan melalui lidahnya. Guru makan gaji dengan Tuhannya bukan bersandar dengan institusi pendidikan yang ada semata.
Rabu, 13 Mei 2009 | By: iKhwan89

KRISIS MALAYSIA : APA MANAFAAT DARI KRISIS?


Negara kita sedang dilanda krisis. Kian hari kian meruncing. Masyarakat berpecah-belah. Perpaduan dan kesefahaman sudah tidak ada. Demonstrasi selalu berlaku. Masyarakat sudah tidak bersatu. Sudah tidak boleh bekerjasama. Keamanan dan keselamatan tergugat. Rasa tidak puas hati di kalangan rakyat meluap-luap. Perselisihan pendapat dan perbezaan fahaman politik amat ketara.Apabila ditanya kepada pihak-pihak tertentu tentang hal ini mereka berkata ini perkara biasa. Krisis itu membawa rahmat. Sayidina Ali k.w. dan Sayidina Muawiyah r.a. pun berkrisis. Apa sungguhkah ini benar? Sungguhkah krisis yang kita hadapi ini satu rahmat hingga boleh disamakan dengan krisis yang berlaku di antara Sayidina Ali dan Sayidina Muawiyah?Semasa mereka berkrisis, orang tetap berbondong-bondong masuk Islam. Walaupun mereka berkrisis, Islam bertambah kuat dan tanah jajahan Islam semakin meluas dan berkembang. Ekonomi Islam semakin kukuh. Ibadah dan akhlak masyarakat Islam tetap baik dan terpelihara.Berbeza dengan krisis yang kita hadapi. Semakin berkrisis, semakin ramai orang Islam jadi murtad. Semakin berkrisis, ekonomi Islam semakin merosot dan kuasa ekonomi berpindah ke tangan orang lain. Huru-hara semakin banyak berlaku. Jenayah bertambah-tambah. Keamanan dan keselamatan negara tergugat. Moral dan akhlak muda mudi merosot. Ibadah dan akhlak masyarakat rosak.Di mana rahmatnya? Di mana baiknya? Di mana untungnya? Yang jelas, krisis yang kita hadapi ini sangat merugikan dan merosakkan. Sayidina Ali dan Sayidina Muawiyah berkrisis dalam kebenaran. Nafsu mereka dan sifat-sifat mazmumah tidak berperanan. Kita berkrisis dalam kebatilan dan kemungkaran. Nafsu dan sifat-sifat mazmumah mereka kita bercakaran. Apa benarkah krisis yang kita hadapi ini satu rahmat? Atau apakah ia satu bala bencana yang Allah turunkan kepada kita kerana dosa, kemungkaran dan keangkuhan kita?Ini harus kita kaji dan teliti betul-betul. Malanglah bangsa yang menganggap bala bencana itu sebagai rahmat tanpa melihat kepada dosa-dosa yang menyebabkan kemurkaan Tuhan dan tanpa bertaubat dari dosa-dosa tersebut.
Isnin, 11 Mei 2009 | By: iKhwan89

ROAD TO KELANTAN : INDAHNYA SUASANA
















*Penat,ngantok lagi,hu3.....esok klas plak....adoi....*salam sumer pelawat2 sekelian....smoga dalam kasih sayang Tuhan..pelawat2 sekalian..agungnya ciptaan Tuhan bila kita dapat menafsirkan dan berfikir dengan setiap ciptaan Tuhan..Bagi ku,setiap ciptaan Tuhan walau sekecil semut hitam pun,mesti ade sebab dan kebaikannya....Tuhan jadikan sesuatu bende tu mustahil tiada guna....Baru-baru ni,aku dan rakan-rakan jalan2 sekeliling negara klantan*he3..nmpak mcm luar negare skit*alhamdulillah,macam-macam ayang aku dapat dari sane atas pemerhatian ku.......mcam-macam tempat yang aku pergi.....semuanya sronok..hui..tataw la nak gmbar kan cmner.....
Hari yang pertama aku sampai di negara kelantan itu,aku menginap kat UM..hu3.....xpe..slamber jer masuk pasal plajar dah cuti.....lpas tu plak,hari kedua,aku tidur kat KIAS plak......ari pertame,aku tak ingat dah aku pergi mner..hu3....yang aku taw,aku pergi PCB ataw pun name panjang bliau ialah Pantai Cahaya Bulan..tu aku pergi maser malam...pantai dier cantik.....tapi pengunjung die em...mungkin xsehebat kat TC ataw nme pnjngnyer Teluk Cempedak kat kuantan ni..he3..ye lah...kat TC ni,xkire ari keje ker,ari cuti ker..hui...xabes2 pngunjung....klaw kat PCB,klaw ari kerje,kurang r skit....kat ctu aku lepak2 jer smbil tgk "belangkas2" yg tgh berdating...nak jer aku n kawan2 g terjah diorng..hu3...
Pastu plak aku tringat,aku pergi wakaf che yeh.........ha......kat ctu macam2 ade...dari buah,baju,cd,sumer ader.....penat plak aku nak senaraikan..hu3...yang aku tringat,*hu3..da macam ilang ingatan dah*aku beli buah,beli kopok,n beli cenderahati untuk kawan-kawan aku...hu3.....
Lepas tu plak,xclap aku,aku pergi plak jeram Linang...hui...kebetulan ari tu ari cuti am,full ngn orang.....adoi....lpas kitorang nek plak tngkt 2,pnuh jgak,naek yang ktige,pnuh lagi..hu3...da rase macam jungle tracking dah maser tu...penat...last skali dapat jgak port yang slese n best..kurang orang...ape lagi,dengan tanpa sedar,kami dah duduk dalam air yg sejuk tu....hu3...sempat gak r kawan2 aku tiruk 4,5 kali....kitorang balik dari jeram linang sebab ujan..hu3..klaw x,komfem smpai kecut kulit aku n kawan2 duk kat ctu..
Lpas tu plak aku pegi maner ntah lagi....macam2 tmpatsmpai aku xingat...*macam bnyk makan semut jer..hu3..xkesahlah aku pegi maner2..
yang penting tu ialah,semua tmpat yang aku pergi tu sangat indah,menarik...hati ku xputus2 berterima kasih dengan Tuhan....lebih2 lagi bile aku berada di pantaidan jeram tu...syahdu sey....hu~
Terima kasih Tuhan yang memberi ku rezki untuk menggerak kan kaki ku ini untuk pergi melihat kebesaran Mu,aku berharap Engkau berikan ku rezki dengan redhaMu..janganlah beri rezki kepada ku dengan istidraj..aku takut wahai Tuhan ku.....sekian coretan ku....

HARI IBU : MANA ASALNYA??


Hari Ibu disambut pada hari berbeza antara negara

kerana berbagai-bagai asal-usulnya.
Satu aliran pemikiran mengakui bahawa

perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba,

yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung.

Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.
Orang
Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.
Isnin, 4 Mei 2009 | By: iKhwan89

SEM BARU:AZAM MPP YANG BARU


*sambil dengar lagu,tengok T.V,membace..hu3*salam sumer pelawat..aper kabar..?semoga dalam kesihatan dan kasih sayang Tuhan..alhamdulillah,aku dah sehat dari sakit tkak selama 4 hari tanpa henti..hu3...aku baru abes meeting MPP ..selepas muhasabah MPP sem lepas,alhamdulillah,MTMPP nmpak lebih keyakinan dalam mengeluarkan idea2 dalam memberikan yang terbaek untuk sahabat-sahabat laen..insyaAllah,sem nie,MPP akan menganjurkan 2 program yang khusus untuk membina kembali ukhuwah dikalangan setiap siswa2.

Program yang di maksudkan ialah program semalam semangat ukhuwah..*hu3...macam xbest jer nme prgram tu* dan family day MPP...semua siswa dan siswi akan terlibat dalam menjayakan kedua-dua prgram tersebut. Aku mengharapkan,natijah yang akan dapat nanti adalah yang positif dan tidak ada kesan yang buruk..kalau ada pun..harap-harap tak meninggalkan satu impak yang besar...Dalam melaksana kan program apa yang aku harap kan,dapat lindungan Tuhan,dapat redha Tuhan...sebab aku takut dengan sibuk dalam prgram,aku lewat dalam solat,aku tidak berkasih sayang dengan makhluk,aku abaikan tanggungjawab aku sebagai pelajar,dan yang paling aku risau sekali,apabila dalam keadaan tension,aku tidak mampu untuk mengawalnya....Tuhan,ku harapkan dengan redha Mu,ampunilah dosa-dosa ku yang tidak disengajakan.....sekian coretan aku......salam

Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com