Jumaat, 10 November 2017 | By: iKhwan89

SAJAK : Berjuang Mengajak Manusia Kepada Islam

Mhn izin kpd ydb TDPMRADIGTASPSFA share sajak mursyid untuk dibacakan esok sebelum sembahyang bagi zon Jawa 1. Ampun.. Apz1tk

*Berjuang Mengajak Manusia Kepada Islam*

Berjuang membunuh musuh bukanlah utama.
Mengalahkan musuh dengan meng-Islamkan mereka lebih mulia.
Daripada mengalahkan musuh dengan cara membunuhnya.
Rasulullah pernah berkata, aku tidak mahu membinasakan mereka.
Kerana aku harapkan zuriat-zuriatnya di dalam sulbi mereka yang akan menerima Islam.
Tujuan berjuang sebenarnya untuk mengajak manusia masuk Islam.
Mengajak mereka menyembah Tuhan dan membesarkan-Nya.
Mencintai Tuhan, menyanjung, memuja dan menjadikan-Nya idola.
Bukan membunuhnya. kecuali tidak dapat dielakkan.
Mengapa umat Islam berjuang suka sangat bunuh orang.
Mengapa tidak diusahakan agar mereka masuk Islam.
Mengapa umat Islam hendak sangat mengalahkan musuh-musuhnya dengan senjata.
Tapi tidak bersungguh-sungguh membaiki diri sebagai senjata.
Bermujahadah melawan hawa nafsu pun tidak ada.
Membersihkan jiwa daripada mazmumah apatah lagi tidak ada di dalam kamus perjuangannya.
Kerana itulah seluruh perjuangan umat Islam belum mendapat kemenangan.
Kerana senjata yang utama di dalam perjuangan diabaikan.
Iaitu berusaha membaiki diri dan berusaha memiliki sifat taqwa.
Taqwa di dalam Islam adalah aset yang paling utama.
Ia adalah merupakan sumber rezeki, sumber bantuan dan sumber kemenangan.

Menjelang tidur
5.10.99

Khamis, 26 Oktober 2017 | By: iKhwan89

SAJAK:TUJUAN IBADAH MENDAPAT TUHAN

*Tujuan Ibadah Mendapat Tuhan*

Tujuan ibadah fardhu dan sunat hendak mendapatkan Tuhan
Dari ibadah hendak menyuburkan takut dan cintakan Tuhan
Dari situ akan sentiasa hidup rasa bertuhan ini di dalam jiwa di dalam kehidupan
Di mana pergi teringat-ingatkan sahaja Tuhan di dalam jiwa
Rasa bertuhan itulah jiwa mempunyai kekuatan
Kekuatan jiwa itulah yang dikatakan jati diri pada hamba Tuhan
Ia menjadi baju besi rohani dan maknawi agar perkara yang negatif pada pandangan, pendengaran dan fikiran di dalam khidupan jiwa tidak dirosakkan
Jiwa yang tidak  dirosakkan oleh keadaan kehidupan tidak merosakkan akhlak insan
Akhlak yang mulia itu ia adalah hiburan
Hibur-menghiburkan sesama insan atau sesama hamba Tuhan
Ada orang beribadah ia dapatkan dirinya sendiri
Dia rasa senang dengan ibadahnya dan rasa selamat kerana ibadahnya
Dia pun merasanya orang baik dan nampak orang lain jelik
Dia rasa mendapat pahala, dan merasakan dia orang luar biasa
Megah pun datang dengan ibadahnya, 
Sombong tiba kerana ibadahnya
Rupanya ada orang beribadah, ibadahnya sudah terpesong
Tujuan ibadah untuk mendapat Tuhan
Takutkan  Tuhan, cintakan-Nya hingga rasa bertuhan subur di dalam jiwa
Side effectnya rasa hambanya pun subur di jiwa
Rasa hina, rasa malu, rasa lemah, rasa harap kepada Tuhannya
Tapi dia dapatkan dirinya sendiri, dia rasa bangga dapat pahala
Ibadahnya menghilangkan rasa bertuhannya, ibadahnya merasakan dia bangga
Maka dia tertipu dengan ibadahnya
Bahkan dia tidak terasa lagi berdosa
Begitulah orang yang beribadah jahil tentang Tuhannya
Jahil memahami konsep ibadah
Maka ibadahnya menjadi bala kepadanya
Orang beribadah beginilah yang masuk Neraka bukan ke Syurga
Waliyazubillah 
Orang beribadah  taraf itulah banyak terjadi di akhir zaman
Kerana itulah ahli ibadah di zaman ini tidak ada kesannya di dalam kehidupan

ASZ
13-8-2004
Menjelang Maghrib

Isnin, 23 Oktober 2017 | By: iKhwan89

SAJAK : BUAT NU'MAN NAQIB & NUA'IM NAUFAL

Terima kasih Tuhan
Atas anugerah ini
Yang penuh dengan
Kasih sayang dan harapan.

Wahai anak ku,
Saat engkau bayi
Ramai yang mendoakan mu
Jangan lupakan mereka
Doakanlah mereka

Anak ku,
Takutilah Allah,cintailah Rasul
Pertahankan jemaah dengan sepenuh hati mu
Korbankan diri mu untuk perjuangan islam
Jangan kau berkira saat nak membangunkan islam

Wahai kesayangan ku,
Hormati orang yang pernah mengajar mu
Taatlah para pemimpin,orang tua,dan ibubapa mu
Kerana disitulah berkat hidup mu akan bertambah
Kerana disitulah terletaknya redha Allah...

Nu'man & Nua'im
Susahkanlah dirimu
Supaya engkau mudah memberi
Jujurkanlah hati mu
Agar engkau tidak menipu
Bangkitlah sendiri saat engkau jatuh
Agar orang tidak memperlekehkan mu

Nu'man Naqib,Nua'im Naufal,
Moga dirimu menjadi ahli syurga
Moga dirimu sentiasa dalam jagaan Allah
Moga dirimu menjadi sebutan para malaikat..

RT89
Oktober
2018

Khamis, 21 September 2017 | By: iKhwan89

BULAN MUHARRAM BULAN KEMENANGAN

🍂 *Bulan Muharram Bulan Kemenangan*- _Nukilan Mursyidku_ .
 
Tahun baru Islam, Tuhan pilih bulan Muharram. Kerana di dalamnya berlaku beberapa peristiwa besar di dalam sejarah Islam untuk dikenang & menjadi pengajaran.

Diharamkan peperangan di bulan ini, kecuali musuh mengundang.

Tahun baru Islam diambil sempena hijrah Rasul ke Madinah mencari tapak Islam.

Muharram telah menempa sejarah gemilang, bagi *pejuang-pejuang Tuhan & pejuang-pejuang kebenaran* .

Mereka diberi kemenangan besar, di bulan Muharram, yang patut dikenang. Kemenangan-kemenangan kecil berlaku juga, tapi di luar Muharram.

Tapi bukan setiap Muharram umat Islam diberi kemenangan besar-besaran seperti yang diceritakan.

Setelah *cukup ketaqwaan* mereka & setelah *tinggi disiplin* mereka, biasanya kemenangan itu diberi oleh Tuhan di bulan Muharram.

Cuma setiap zaman kemenangan itu diberi, angkanya, tarikhnya tidak sama. Ada 1 Muharram, ada 10 Muharram & lain bilangan di dalam Muharram.

Apabila syarat-syarat pejuang-pejuang Islam itu sudah ada, di bulan Muharramlah Allah Taala anugerahkan kemenangan.

Yang penting diceritakan di sini apakah *syarat-syaratnya kemenangan* itu dianugerahkan?

Untuk panduan para pejuang setiap zaman, syarat-syaratnya penting diketahui, untuk diusahakan :

_▫Adanya *pemimpin* yang ditunjuk oleh Tuhan._

_▫Kasih sayang & perpaduan  sesama ahli terserlah sekali._

_▫Taat setia kepada pemimpinnya, sehidup semati._

_▫Kasih sayang & perpaduannya sesama ahli terserlah sekali._

_▫Fikiran & perasaan mereka selaras & selari._

_▫Pengikut-pengikutnya laksana satu ibu, satu ayah di dalam satu keluarga._

_▫Mereka menjadi abid-abid di waktu malam, menjadi singa-singa di siang hari._

_▫Keyakinannya kental, sabarnya luar biasa, azamnya teguh, bagaikan besi waja yg tidak dapat diganggu gugat oleh ujian & cabaran._

_▫Perjuangan mereka agak lama berterusan. Setelah mereka menempuh ujian demi ujian, kecil & besar sebagai tapisan._

_▫Maka berlakulah saringan, demi saringan, tapisan, demi tapisan dari ujian. Mereka yang asalnya bilangannya ramai, setelah tinggal sedikit bilangannya barulah diberi kemenangan._

Kalau pejuang-pejuang Islam, diberi kemenangan setelah ramai bilangannya, natijahnya serupa macam orang kafir diberi kemenangan. Cara ini tidak nampak kebesaran & kuasa Allah memberi kejayaan.

Dengan kemenangan mereka akan sombong &  menzalim orang ramai sewenang-wenang.

Kerana mereka mendapat kemenangan merasa dari tenaga & usaha mereka, bukan dari Tuhan yang Maha Kuasa. 

Begitulah gambaran secara umum parti Allah Taala diberi kemenangan di dalam sejarah Islam.

Bulan Muharramlah kemenangan besar-besaran itu biasanya Allah Taala anugerahkan untuk umat Islam yang berjuang di akhir zaman.

Yang penting syarat-syarat kemenangan itulah yang hendak dipastikan. Berusahalah untuk memenuhi syarat-syarat kemenangan.

Janji Tuhan kemenangan itu pasti diberikan setelah syarat-syaratnya dipenuhkan.

Marilah kita penuhkan syarat-syaratnya untuk menagih janji Tuhan, kemenangan pasti datang, seperti yang dijanji Tuhan.

_ASZ_

Rabu, 13 September 2017 | By: iKhwan89

KHAS UNTUK TUN :PINTU TAUBAT BELUM TERTUTUP BUATMU

Di dalam masa engkau membangun

Di waktu engkau membuat kemajuan

Di waktu itulah engkau patut dipuji, memang engkau minta dipuji

Tiba-tiba engkau dimaki dan dihina

Aduh! Seksanya jiwamu

Berbagai-bagai kemudahan yang engkau buat di dalam negara

Tujuan engkau untuk disanjung dan dipuja

Tiba-tiba engkau tidak diterima, dan rakyat meminta engkau turun dari takhta

Aduh! Bertimpa-timpanya jiwamu menderita

Engkau mengharapkan diwaktu engkau membuat jasa engkau dibela dan dianggap wira

Tapi malangnya di waktu itulah engkau dituduh zalim dan menzalim

Aduh bertambahnya derita jiwamu yang sudah derita

Engkau mengusahakan segala-galanya inginkan sanjungan dan nama

Sanjungan tidak dapat nama pun tercemar, engkau dihina di mana-mana!

Ertinya di dunia jasamu tidak dikenang oleh rakyat

Harapkan selamat di Akhirat

Apa yang engkau buat untuk Tuhan dan Akhirat?!

Tuhan tidak ada di dalam kamus hidupmu

Syariat telah engkau robek-robek dan koyak-koyak

Sunnah Nabi jadi bahan perli dan bahan gelak ketawa

Pejuang-pejuang Islam engkau hina dan seksa

Apakah yang engkau hendak persembahkan kepada Tuhan?

Apakah bekalan yang engkau hendak bawa ke Akhirat kelak?

Masa ada lagi buat engkau

Pintu taubat belum tertutup buatmu

Insaflah! Sedarlah!

Allah masih menunggu kesedaranmu

Sebelum terlewat

4.9.99

Selepas Isyak
Abuya Sy.Imam Ashaari Muhammad at-Tamimi

Isnin, 14 Ogos 2017 | By: iKhwan89

SAJAK KHAS UNTUK TUN : KEJATUHAN MU KUTUNGGU

KEJATUHANMU KUTUNGGU...

Aku tahu engkau berdua sedang jatuh-menjatuhkan

Kamu berdua sedang bertarung

Di dalam firasatku engkau berdua akan jatuh

Mengikut kebiasaan dua orang yang bertarung seorang naik seorang jatuh

Tapi kamu berdua insya-Allah sama-sama jatuh

Kejatuhanmu berdua sudah lama aku rasakan

Sejak aku di luar negara lagi telah diberitakan

Aku tunggu kejatuhanmu tahun ke tahun

Begitu lama aku tunggu belum juga terjadi

Ramai rakan seperjuanganku yang lari

Kerana sangsi dengan ramalanku itu

Waktu aku menulis ini, aku rasa sudah dekat masanya

Kejatuhanmu berdua tidak lama lagi

Tanda-tandanya begitu terserlah

Orang yang peka dan prihatin sudah dapat menduga

Sedangkan aku sudah lama tahu, sebelum ada tanda-tandanya lagi

Sekarang kamu berdua akan menerima hadiah

Bukan hadiah yang menggembirakan, tapi mendukacitakan dan memalukan

Tunggulah tidak lama lagi

Aku memang menunggu dan menanti

Kamu berdua yang bertarung, orang lain mendapat untung

Orang ramai meramalkan kamu yang termuda akan berjaya

Yang tua kecewa bahkan jatuh tersungkur

Insya-Allah kedua-duanya akan kecewa dan mendapat malu pula

Di atas kejatuhan kamu berdua, seorang yang tidak disangka yang berjaya

Orang ramai akan terkejut

Aku tidak terkejut, aku sudah memberitahunya

Yang punya diri terpinga-pinga, rasa tidak masuk akal dengan berita

Lantaran itu dia juga ikut terkejut

Selepas terkejut, akan ada satu lagi kejutan

Seorang yang telah dilupakan, menggantikannya

13.6.99

Selepas Asar

Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Sy.Imam Ashaari Muhammad at-Tamimi

Jumaat, 2 Jun 2017 | By: iKhwan89

RAMADHAN TIBA LAGI : HADIAH DARI TUHAN


Dengan rahmat Tuhan Ramadhan tiba lagi

Ramadhan membawa hadiah-hadiah yang terlalu banyaknya

mahal dan besar-besar dari Tuhan

Hadiah buat orang bertaqwa

Bukan untuk orang Islam

Lebih-lebih lagi bukan untuk orang yang zalim dan fasiq

Hadiah dari Tuhan yang bermacam-macam

Diletakkan di dalam batil-batil dari bahan-bahan yang mahal

Di antara hadiah-hadiah itu ialah:

1. hadiah keampunan Tuhan, hadiah terbesar buat orang yang bertaqwa

2. hadiah keredhaan-Nya juga mahal

3. kasih sayang-Nya yang sangat diperlukan

4. rahmat-Nya

5. berkat dari-Nya dunia Akhirat

6. diberi-Nya pahala berganda-ganda.

7. hadiah lailatul qadar diberi ganjaran seribu tahun beribadah.

8. akhirnya Syurga Tuhan yang kekal abadi.

Kedatangan Ramadhan yang sebenarnya bertukar-tukar hadiah

di antara hamba-hamba dengan Tuhan

Hadiah di antara dua pihak bukan satu pihak sahaja

Hadiah dari Tuhan adalah mahal nisbah hamba

Hadiah dari hamba adalah mahal juga untuk Tuhan

Siapa yang dapat menghadiahkan sesuatu yang mahal kepada Tuhan

maka dapatlah hadiah dari Tuhan yang juga sangat mahalnya

Rupanya ketibaan Ramadhan pun bertukar-tukar hadiah di antara hamba dengan Tuhan

Tidak semua hadiah hamba dibalas hadiah oleh Tuhan

Hadiah-hadiah yang mahal dari hamba sahaja yang balas hadiah oleh Tuhan

seperti yang akan disebutkan

Wadah-wadah orang yang bertaqwa yang hendak diisi dengan hadiah-hadiah tadi

ada pulangannya

Wadah-wadah itu banyak pula di antaranya:

1. Ada wadah puasa yang diisi dengan keinsafan, timbang rasa, kesabaran, rasa hamba Rasa lemah, lembut hati, lapang dada, bertolak ansur

2. Wadah sembahyang diisi dengan hadiah-hadiah rasa kehambaan, rasa dilihat, Rasa hina, rasa rendah diri, lembut hati, rasa harap, malu, rasa kerdil, tawadhuk, khusyuk, Gementar, takut, taubat, menyesal, takut dengan dosa di masa depan.

3. Wadah membaca Al Quran diisi dengan dapat ilmu, pengajaran, keinsafan, Terasa kebesaran Tuhan, terasa rahmat dan kasih sayang-Nya kepada insane, Hati tenang, bertambah takut dengan Tuhan dengki hilang

4. Wadah zikir seperti tasbih, tahmid, takbir diisikan dengan mensucikan Tuhan, Memuji Tuhan, membesarkan Tuhan, tawakkal, penyerahan diri kepada Tuhan, baik sangka

Membesarkan Akhirat, mudah dengan dunia, dunia tidak menyusahkan hatinya

Tenang dengan dunia, gelisah dengan Akhirat

Jika setiap wadah-wadah tadi dapat diisi  dengan rasa-rasa yang telah disebutkan tadi

Orang bertaqwa sungguh dapat manghayati Ramadhan dengan akal fikiran,

hati dan jiwa raganya

Ruh  Ramadhan menjadi roh kepada hatinya dan jiwanya

Ruh di atas roh, jiwa di atas jiwa

Rohnya bercahaya dengan cahaya Ramadhan

Itulah orang bertaqwa

Orang bertaqwa sahaja yang pasti dapat hadiah yang besar

Kerana orang bertaqwa itu dapat membawa hadiah pula untuk Tuhan

Hadiah-menghadiah bertukar-tukar hadiah di antara hamba dengan Tuhan

Sesiapa yang tidak dapat  memberi hadiah di bulan Ramadhan kepada Tuhan

seperti yang telah dinyatakan

Dia tidak akan dapat hadiah dari Tuhan

Sesiapa yang tidak dapat hadiah dari Tuhan sia-sia sahaja Ramadhan

Dia tidak dapat apa-apa kecuali dahaga, kelaparan, kehausan dan keletihan

Cuba kita fikirkan Ramadhan yang telah lama kita lalui

Adakah kita membawa hadiah-hadiah yang berharga kepada Tuhan?

Kita tentu dapat mengagak nilai hadiah yang kita anugerahkan kepada Tuhan

setiap  Ramadhan bukan?

Apakah hadiah hadiah kita  itu Tuhan balas dengan hadiah yang telah disebutkan?

Semua soalan-soalan itu setiap orang boleh memberi jawapan

Berdasarkan ilmu pengetahuan seperti yang digambarkan

Sungguh  susah hendak dapat hadiah dari Tuhan di bulan Ramadhan

Kerana bulan Ramadhan kita jadikan pesta minum dan makan

Pesta borak-borak dan bualan-bualan selepas sembahyang sebelum pulang

Bukan pesta mencapai hati dan jiwa takut dan cintakan Tuhan

Bulan Ramadhan sebenarnya adalah pesta rohaniah, pesta hati dan jiwa

Ramadhan bukan pesta lahiriah

Atau pesta syariat rohnya tidak ada

 
ASZ
9.10.2004 –

Isnin, 29 Mei 2017 | By: iKhwan89

DISIPLIN ORANG SOLEH SAAT BERBUKA

Ikut sunnah berbukalah dengan tamar dan minum air kemudian bangun kerjakan Solat Maghrib terlebih dahulu.

Kemudian baru makan malam. Ramai ulama dan orang soleh berbuka puasa dengan 2, 3 butir buah tamar dan bubur nasi kemudian terus Solat Maghrib.

Selepas Solat Maghrib, meneruskan ibadah dengan Solat Sunat dan membaca Al-Quran sehingga Isyak dan Solat Tarawikh. Selepas selesai semuanya baru mereka duduk menghadap hidangan dan berdoa kemudian makan dengan tenang dan khusyuk.

Hati mereka merdeka dari gejolak nafsu makan bahkan hati mereka sedang asyik mengingati Allah. Itulah ibadah mereka sepanjang Ramadhan. Hal cerita hidangan yang lazat-lazat sebenarnya tak ada dalam suasana kehidupan orang-orang soleh.

Zaman kita sahaja yang makanan bertimbun - tak tahu nak makan yang mana satu. Orang soleh cukup dengan tamar, roti dan sedikit kuah. Itulah hidangan istimewa mereka. Jika kita nak mengatakan makanan sudah terhidang, kena makan dulu - itu hidangan makanan yang ala kadar sahaja. Kalau kita layan makanan bertimbun itu sebelum solat ibaratnya solat kita akan jadi lemah, malas kekenyangan bahkan mengantuk.

Apapun kita beringatlah masa berbuka puasa. Buatlah ikut cara orang-orang soleh. Inilah yang terbaik. Dah puluhan tahun makan minum kita di bulan Ramadhan penuh dengan pembaziran - yang menjadikan Allah murka dengan kita. Marilah kita bertaubat dan laksanakan ibadah puasa dengan membina rasa hati yang tak putus dengan Allah.

Fokus ibadah yang membina rasa takut Allah di dalam hati - bukan makan minum bahkan berhati-hatilah dengan kesedapan dan kekenyangan!!

- Tuan Dato Johari Morad -

Dari FB Abu Raziq Al Ansorullah

Selasa, 16 Mei 2017 | By: iKhwan89

Surat Terbuka Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad ke pada alim ulama'.

"KE HADAPAN, Sohibussamahah Al Fadhil-Al Fadhil
para mufti, para kadhi, tuan-tuan guru, para mubaligh,
para ustaz (sama ada yang rasmi mahupun tidak rasmi,
ada jawatan mahupun tidak ada jawatan, berdegree
mahupun yang tiada degree, ada bintang kehormatan
mahupun tiada bintang kehormatan, sudah pencen
mahupun belum).

Dari saya seorang manusia biasa yang serba
dhaif lagi berdosa,

untuk tuan-tuan yang berbahagia
lagi dihormati dengan tujuan untuk ingat
mengingatkan seperti yang difirmankan
oleh Allah bermaksud:

Demi masa, sesungguhnya manusia itu
berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal soleh. Dan mereka yang ingat
mengingatkan kepada kebenaran. Dan yang ingat
mengingatkan kepada kesabaran. - (Al 'Asr :1-3)

Firman-Nya lagi:
Terjemahan: Hendaklah memberi ingat.
Sesungguhnya peringatan itu memberi
faedah kepada orang mukmin. - (AZ Zariat : 55)."

.
"Saya tahu bahawa dalam banyak hal
tuan-tuan lebih tahu dari saya. Yang mana layaknya tuan-tuanlah yang mengingatkan saya.

Tetapi, mengapa saya mendahului tuan-tuan?
Ialah kerana Allah S.W.T telah mentakdirkan saya,
selalu menggauli masyarakat. Seluruh Malaysia
telah saya jelajahi untuk melihat dari dekat tentang
agama mereka.

Dan hampir semua negara umat Islam
di dunia telah saya tinjau perihal Islam yang
ada pada mereka di sana.

Alangkah sedih dan kasihannya saya
pada mereka, kerana mereka begitu lalai
dan jauh meninggalkan agama mereka.

Seolah-olah mereka tidak tahu
bahawa Allah itu Wujud, Maha Mendengar
dan Melihat dan setiap detik mencurahkan
rahmat pada mereka.

Kebanyakannya langsung tidak peduli
pada perintah dan larangan-Nya. Akibat dari itu,
mereka telah dihina oleh Allah di dunia
sebelum diazab di akhirat."

.
"Kalau tuan-tuan pergi ke Mesir, Maghribi,
Pakistan, Tunisia, Turki, Syria, Arab Saudi,
lndonesia dan lain-lain negara umat Islam,
tuan-tuan akan lihat nanti betapa kehinaan
yang sedang mereka tanggung.

Dan alangkah kasihannya kita pada mereka.
Sebab itulah saya tulis surat ini.
Mengharapkan sumbangan tuan-tuan
untuk mengembalikan umat ini kepada
kebenaran dan keselamatan mereka
dunia dan akhirat.

Saya tidak nampak ada orang lain
selain tuan-tuan yang mampu memikul tugas
dan amanah ini.

Bukankah tuan-tuan para alim ulamalah
yang diamanahkan oleh Allah dan Rasul
untuk menyambung tugas Rasulullah
dan para sahabat?
laitu mendidik umat supaya hidup
mengikut Al-Quran dan sunnah.

Bersabda Rasulullah:
Terjemahannya: Sesungguhnya
ulama itu pewaris para Nabi. - (Riwayat Ahmad).

.
"Tuan-tuan yang mulia,
Perkara-perkara yang terpaksa
saya nyatakan di sini, untuk bahan
fikiran tuan-tuan demi memulakan
tugas penting itu ialah seperti berikut:"

~
"Pertama: llmu Islam yang tuan-tuan miliki
walau apa bidangnya, tertakluk di dalam
4 rubuk penting iaitu :
ibadah, muamalah, munakahat dan jenayah,
bukanlah tujuan utamanya untuk mencari kerja
di pejabat, yakni untuk makan gaji semata-mata.
Tujuan utama Allah berikan ilmu itu ialah untuk
disampaikan pada semua umat manusia.

Supaya Islam menjadi amalan hidup mereka,
lebih-lebih lagi amalan hidup tuan-tuan
sendiri (alim ulama), dan kaum keluarga
terutamanya anak dan isteri.

Tidak mengapa makan gaji kalau boleh
melaksanakan kehendak Allah itu.

Tapi kiranya gaji menyekat kita dari tugas tadi,
maka utamakan kehendak Allah.
Kerana rezeki itu hak Allah dan jangan sampai
tuan-tuan meragu-ragukannya.

Tapi hari ini para ulama mengutamakan
gaji dan jawatan, ‘Nak jaga periuk nasi.”
Hingga tugas sebagai da’i diabaikan.

Hingga kerana itu hanyutlah rakyat dan
pemerintah dalam gelombang kejahilan
yang penuh dengan najis dan mungkar.

Tidak mengapa jugalah kalau tuan-tuan,
anak, isteri dan kaum keluarga mengamalkan
cara hidup Islam yang sebenar,

sekurang-kurangnya bolehlah masyarakat awam
yang jahil itu serta para pemerintah mencontohi
Islam yang ada pada tuan-tuan itu;
tapi malangnya itu pun tidak berlaku."

.
"Oleh kerana sibuk dengan urusan
menjaga status, gaji dan pangkat,
tuan-tuan membelakangkan tugas-tugas
dalam rumah yang berbentuk peribadi.
Rumahtangga kita disusun dan dihias
seperti orang jahil menghias rumah mereka.

Seolah-olah tuan-tuan tidak tahu bagaimana
Rasulullah dan para salafus soleh menyusun
rumah mereka. Anak isteri alim ulama terkenal
kerana mendedahkan aurat, sekalipun di waktu
yang sama orang-orang “sekular” sudah ramai
yang menutup aurat dengan tudung dan purdah.

Malah berlaku juga anak orang alim tidak tahu
hal tentang sembahyang dan lain-lain lagi
ibadah asas. Sudah menjadi perkara biasa saja
orang alim hantar anak untuk diajar dan dididik
oleh Yahudi dan Nasrani di London dan Amerika,
bila balik mereka meragui ilmu dan kerja ayahnya.
Di Amerika saya ketemu dengan seorang
anak tuan guru yang ragu dengan malaikat dan
hari kiamat serta hidup di alam barzakh."

.
"Kenapa semua ini boleh berlaku? Sedangkan
kita tahu bahawa hal-hal demikian boleh
menjerumuskan kita ke dalam kawah api neraka.

Tapi kalau kita tidak mampu, apa salahnya
bersangka baik pada badan-badan dakwah
bebas yang ingin sekali membaiki keadaan
umat Islam kita. Benarkan mereka berdakwah dulu,
kalau betul mereka menyesatkan orang,
tangkap sahaja.

Tapi hari ini belum apa-apa setengah-setengah
kadhi sudah sekat orang dakwah dari berdakwah.
Yang pelik lagi ialah ada setengah-setengah kadhi
yang sekat kadhi dari berdakwah.
Kadhi tidak percaya pada kadhi.

Kalau kadhi itu tidak betul mengapa diangkat
jadi kadhi? Kita bimbang kalau-kalau tujuan
sekatan itu dibuat bukan kerana Allah,
demi menjaga kesucian Islam, tapi kerana tidak
senang dengan kebaikan dari orang lain.
Kalau begitulah halnya, benarlah sudah
sabda Rasulullah SAW:

Terjemahannya: Dua golongan manusia, bila baik
dua golongan itu baiklah manusia, bila jahat, jahatlah
manusia. Mereka itu ialah golongan ulama dan
pemerintah.

.
"Kerosakan dunia dan manusia tergantung
pada para ulama, sesudah pemerintah.
Ertinya kerosakan dunia kini, dengan segala
kekejaman dan penzaliman dan kejahatan
adalah kerana kedua-dua golongan itu
telah rosak (jahat).

Matan Zubat ada berkata: Terjemahan:
Orang alim yang tidak beramal, masuk
neraka lebih dahulu dari penyembah berhala.

"Bila alim ulama tidak lagi jadi obor,
tidak boleh jadi contoh dan tidak boleh jadi
tempat rujuk lagi, maka saya takut akan
berlakulah hal ini:
Apabila tergelincir alim ulama, tergelincirlah alam.
Dan saya lihat hal inilah yang sedang berlaku sekarang."

.
"Kedua: Sesudah kita abaikan dakwah, dan
kita cuaikan pula amalan Islam pada diri
dan anak isteri secara lahir mahupun batin,
sesetengah kita halang pula orang lain
dari melakukannya.

Sudah jadi perkara biasa bagi
setengah-setengah kadhi untuk menyekat
orang-orang dakwah dari berdakwah.
Konon takut tersebar ajaran salah.

Walhal kita tidak pun takut hal umat lslam
yang sudah hanyut dan sesat dalam
seribu kemungkaran.

Kalau betul takut orang itu bawa ajaran sesat,
kenapa tidak kita sediakan mubaligh-mubaligh
sebanyak-banyaknya, sebanyak yang
diperlukan oleh masyarakat, yang mana
mubaligh itu jujur terhadap tugasnya itu,
tanpa kepentingan kebendaan (duit)
melalui “milage” dan mereka itu mestilah
mubaligh yang benar-benar boleh mendidik
umat hingga Islam menjadi cara hidup penganutnya itu."

.
"Ketiga: Satu lagi sikap para ulama
yang tidak sepatutnya berlaku, kerana boleh
menjahanamkan umat ialah turut berlumba
mendapatkan degree seperti kerja orang-orang
jahil yang menggunakan degree untuk jawatan,
gaji dan status, kemudian membanggakannya.

Memisahkan diri dari masyarakat kerana bergaul
sesamanya saja. Masyarakat tidak dapat
apa-apa pimpinan. Kalau ada pula yang
campur masyarakat, bukannya mereka yang
mencorakkan masyarakat, tapi masyarakat
yang mencorakkan mereka.

Bukan sedikit ulama kita yang pakai seluar pendek
bahkan turut main bola dan tiup belon di padang.
Memandang rendah pada orang yang
serba kurang dan tidak sudi menggauli
orang bawah dan orang miskin.

Walhal Rasulullah S.A. W mengajar kita
untuk mengambil dunia ini sekadar keperluan,
selebihnya untuk masyarakat Islam.
Hingga kerana itu hidup baginda sederhana sekali,
kerana memberi kekayaan pada perjuangan Islam.
Baginda sangat merendah diri sesama
hamba Allah terutama orang miskin,
anak yatim dan janda-janda.
Kenapa kita tidak contohi baginda?
Bukankah sebaik-baik contoh ialah Rasulullah S.A.W."

.
"Kemudian demi menjaga status tadi,
kita terpaksa berhati-hati dengan pemerintah.
Kesilapan pemerintah dalam tindak-tanduk
mereka memerintah dan mentadbir negara
tidak kita tegur dan nasihat secara serius
Walhal kita cukup berani mendedahkan
segala salah silap rakyat jelata.

Hinggakan orang yang tidak sesat pun
sesetengahnya kita sudah sesatkan.
Yang tidak kafir pun sudah dikafirkan.
Begitu sekali sungguh-sungguhnya kita.

Kalaulah kesungguhan yang sama kita tunjukkan
dalam mendidik pemerintah, sudah lama negara ini aman
dari sebarang krisis serta rakyatnya hidup makmur
kerana harta negara dibahagi secara adil."

.
"Keempat: Di zaman kebangkitan Islam ini,
yang bersungguh-sungguh mengusahakan
tertegaknya hukum Allah bukannya anggota alim ulama.

Sebaliknya orang-orang sekular yang belajar
ilmu hisab, kimia, fizik, kajihayat, komputer,
seni bina, pertanian dan lain-lain ilmu dunia
(di universiti dalam dan luar negeri)
itu pula yang dimasuki iman ke hati mereka
kemudian terus memperjuangkan Islam
hingga sanggup mengorbankan
kepentingan-kepentingan duniawi mereka.
Kebanyakan alim ulama buat tidak tahu sahaja.
Boleh tahan. Ada sebahagian alim ulama
yang anti dakwah, anti purdah, anti serban jubah,
anti kampung Islam dan anti semuanya yang
diusahakan oleh orang dakwah.

Mereka turut membuatkan masyarakat keliru,
Islam mana yang betul;
orang dakwah atau ulama-ulama?
Saya tidak nafikan bahawa ada alim ulama
yang turut masuk harakah Islam.
Tapi fungsi mereka tidak ada.

Yang menentukan dasar, teknik,
tindakan dan sikap jemaah itu ialah
golongan muda yang berpendidikan sekular.
Suara ulama tidak kedengaran langsung.

Mungkin rasa hina diri (inferiority complex)
terhadap golongan muda. Maka jadilah
jemaah Islam jemaah sekular yang corak dan
rupanya lebih condong kepada sekular
daripada Islam.

lnilah akibat ulama tidak berani membawa
jemaah itu kepada apa yang tepat
sebagaimana kehendak Al Quran dan hadis."

.
"Kelima: Badan-badan ulama
terutamanya persatuan guru agama kerajaan,
dasar perjuangan mereka ialah untuk
meminta kenaikan gaji. Mengapa tidak
jadikan juga badan itu sebagai badan dakwah
untuk mengembangkan Islam ke setiap negeri?
Bukankah itu perintah Allah. Dan bukankah
Allah pun boleh beri gaji pada kita?

Firman-Nya:
Terjemahan: Barangsiapa bertaqwa kepada Allah
nescaya Allah lepaskan mereka dari kesulitan hidup
dan memberi rezeki dari sumber yang tidak diduga.
(At Talaq:2-3)"

.
"Keenam: Guru-guru pondok,
yang dapat didikan cara tradisional hingga
zaman kebangkitan lslam ini pun masih tidak
mahu menukar cara perjuangan mereka.

Masih terus menyibukkan diri dengan
persoalan nahu dan saraf,
baris atas atau baris bawah.
Topik mujadalah tetaplah sekitar ilmu kalam,
walaupun sekitar pondok mereka
musuh-musuh sudah taburkan panggung
wayang, gambar-gambar lucah, fesyen-fesyen
menjolok mata, pendedahan aurat dan
pergaulan bebas.

Walaupun musuh sudah goncang dunia dengan
riba, arak, judi, zina, dadah, rogol dan bom nuklear.
Generasi pondok masih menjadikan mandi mayat
dan sembahyang mayat saja sebagai
‘projek ekonomi” mereka.

Kalau berlumba-lumba dan berebut pun,
berebut hendak menyembahyangkan
jenazah itulah, sekalipun orang lain sedang
rebutkan tempat tinggal mereka,
kawasan pondok mereka untuk dibangunkan rumah sewa."

.
"ltulah perkara-perkara yang ingin
saya sampaikan kepada tuan-tuan.
Saya yakin tuan-tuan boleh menerimanya
kerana semuanya adalah beban dan
tanggungjawab yang Allah pikulkan
di bahu tuan-tuan. Yang mana kalau tuan-tuan
abaikan di dunia, nescaya tidak lepas dari
pertanyaan Allah di akhirat nanti.
Apa tuan-tuan sanggup dimalukan
di akhirat daripada dimalukan sedikit di dunia?"

.
"Tuan-tuan alim yang saya muliakan,
Seperkara lagi ingin saya katakan
ialah tentang akan lahirnya ke dunia ini
Mujaddid Abad Ke-15,

untuk membantu gerakan Islam yang
sedang berkembang kini. Dunia mesti di-lslamkan
sekali lagi sebelum segala-galanya berakhir yakni kiamat.

Maka pemimpin itu ialah seorang ulama
mutaakhirin yang ilmu, taqwa, warak, zuhud
dan daya juangnya bertaraf khalifah Rasulullah,
yang terlalu jauh jaraknya dengan apa
yang ada pada kita. Jadi, kalau kita tidak
bersedia, yakni tetap lalai, berpeluk tubuh
dan ragu dengan kebangkitan Islam,

ertinya kita akan dilanda banjir besar,
akan hanyut dan terus dilupakan orang.
Kemudian tempat tuan-tuan akan diganti
oleh kaum lain yang mereka itu
cintakan Allah dan Allah pun cintakan mereka."

.
"Kerana itu, izinkan saya berseru,
marilah kita insafi hal ini dan apa salahnya
kita serahkan diri untuk kerja Allah dan Rasul-Nya?"

.
"Sekianlah saja dari saya,
hamba Allah yang hina dan banyak dosa.

Ampun maaf dari tuan-tuan
sangat saya harapkan kiranya kata-kata saya
mencacatkan hati dan perasaan tuan-tuan.

Dan terima kasih kerana sudi membaca
tulisan dari saudaramu yang kecil ini."

~
"Wabillahil hidayah wal taufik
Assalamualaikum warhmatullahi wabarakatuh."

"ASHAARl MUHAMMAD"

- Petikan Buku:
“Kenapa Salahkan Musuh ?” -

Khamis, 6 April 2017 | By: iKhwan89

POLITIKUS : TEKNIK YAHUDI YANG SEMAKIN MENGHIMPIT DAN GERSANG

Bismillahi Allahu Akbar...

Moga dengan keberkatan para pemimpin hati,adalah yang nak bace tulisan RT yang cetek ilmu ni.

Ampun...ampun...ampun wahai Allah...

Sana sini kita dengar sekarang banyak gejala-gejala yang tak sihat dan melelahkan akibat manusia...atau paling tepat,diri kita...

Tak kurang juga disebabkan oleh golongan-golongan politikus...kata "mereka-mereka"..

Sebenarnya...kita terlampau sibuk dengan orang lain punya kesalahan,sampai kita lupa yang salah kita juga banyak.

Seakan-akan,kitalah yang paling betul sekali..kita juga sampai mengabaikan adab dan syariat bila kita benci sangat dengan sesuatu perkara/parti...sampai terkeluar perkataan tak beradab dari mulut kita...

Betapa teruknya sistem lagangan yahudi sekarang...sampaikan bukan sahaja orang-orang rasmi politik sahaja yang terlibat,bahkan,kita juga diikut tertarik juga dengan sistem lagangan yahudi yang memanglah tak selamat dan amat merosakkan..

Sampai terbawa-bawa bergaduh di pasar-pasar,sama macam ahli politik bergaduh di dalam parlimen....

Sampai terikut-ikut rasuah di kedai-kedai dan syarikat-syarikat...sama macam ahli politik rasuah sana sini...

Sampai terbawa-bawa style mungkir janji di mana-mana sahaja...sama shja dengan ahli-ahli politik...

Lalu dengan selamba badak kita hanya sibuk salah-salahkan orang lain sedangkan diri kita juga buat benda yang sama dengan ahli politik...

Sebab tu RT kate,sistem yahudi,pada permukaan shja nampak cantik,namun dalamnya penuh hasad,penuh tipu daya,penuh pura-pura...bukti?
Tengoklah keadaan kita sekarang...penyakit dah membarah sampai rakyat...itu pun tak nampak?

Marilah sama-sama kita kembali kepada Allah dan Rasul...sama-sama kita rasakan takutkan Allah dan rindukan Rasulullah agar kehidupan kita terpandu...dan diberi panduan agar kita tetaplah dengan islam.

Ahad, 5 Februari 2017 | By: iKhwan89

#adabkatmana : NILAI KEMANUSIAAN SEMAKIN HILANG

Bismillah...dengan nama Allah yang Maha baik...dapat lagi RT hidup pada hari nie...

Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah..kekasih Allah..kekasih buat orang mukmin...moga dengan keberkatan Rasulullah,keberkatan orang-orang soleh,dan keberkatan para pejuang kebenaran,maka islamlah seluruh Malaysia.

Lame dah RT tak update blog..al-maklumlah..bizi tak hingat..hehe... Bukan bizi sangat pun...cuma ada kerja-kerja yang perlu diselesaikan...

Baru-baru ni,RT dah wujudkan satu blog untuk cik isteri,blog untuk jualan Online isteri RT la...alhamdulillah,dengan keberkatan Abuya,para PZ1, jadilah blog tersebut..nak membantu isteri dalam perniagaan..nak berjuang dalam perniagaan online..moga ada nilai disisi Tuhan..tu yang bizi sikit tu..

Dalam keadaan minyak MALAYSIA yang sedang meningkat naik ni...kita secara automatik disuruh struggle untuk hidup..kejar mana bilnya,mana barang dapurnya,mana keretanya dan sebagainya. Dalam kita mengejar fizikal dan keperluan untuk hidup tu,ramai juga rupanya yang ketepikan nilai-nilai dalam hidup. Nilai kemanusiaan rupanya sudah semakin terhakis dalam mengejar tuntutan hidup.

Fitnah sudah tidak asing lagi dalam hidup...baik yang berpangkat ataupun tak...semuanya sama...baik alim ulama,baik cikgu,baik profesor..semuanya sama.

Belum lagi kalau kita sebut soal menipu,soal rasuah,soal jatuh menjatuhkan,hina menghina..

Rupa-rupanya benarlah,setiap ujian yang Allah lakukan kepada kita,kepada SELURUH RAKYAT MALAYSIA,pasti ada dua sebab..iaitu samada meningkatkan rasa-rasa berTuhan dalam diri,ataupun semakin jauh dengan Tuhan...

Seandainya ujian kenaikan harga minyak di MALAYSIA ini menjauhkan manusia dengan nilai-nilai kemanusiaan,maka kita semua kene sedar,kita telah termasuk dalam golongan kedua iaitu semakin jauh dengan Tuhan.

Jangan salahkan orang lain,jangan salahkan sesiapa. Salahkanlah diri kita yang tak reti nak bersyukur dengan Tuhan. Sembahyang kita yang masih lagi tunggang langgang entah kemana tu lah penyebabnya...mana ada keberkatan,mana ada pertolongan Tuhan kalau sembahyang kita cacat. Konon kita rasa dah solat awal waktu,namun mana toma'ninahnya?kemudian dimana pulak khusyuknya??pakaian kita?kemas tak nak menghadap Allah masa itu?bila senang hati lupa Tuhan terus.

Hati orang yang macam ni,dia rasa die dah bagus,tak perlu dinasihat lagi...kalau dinasihat,melenting marah..mana letaknya redha Allah??bagaimana MALAYSIA nak selamat jika ramai yang berperangai begini??

Justeru betapa besarnya hikmah Allah timpakan ujian kesusahan dan kesempitan kepada kita. Rupa-rupanya Tuhan nak kita kembali kepada Dia...kita dah terlalu jauh dengan Allah.

Segeralah kita sama-sama baiki diri,cepat-cepatlah mintak ampun dengan Tuhan dan orang-orang yang pernah kita sakitkan hatinya. Banyakkanlah merintih rintih dengan Tuhan moga nanti amanlah MALAYSIA dan mendapat redha Allah.

Ampin wahai Allah...ampun wahai Allah...


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com