Khamis, 26 Mei 2011 | By: iKhwan89

DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe


DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe
Posted on Tuesday, May 17, 2011 by Nazo

Kek dan Roti pula, lepas ini apa lagi dapat tahu...

Kadang-kadang aku memang semacam tak paham, rasanya dah hampir semua makanan kat Malaysia ini dah tak selamat dah!

kata jer Malaysia ini negara islam?
tapi persekitaran?
kedai-kedai makan pun banyak yang was-was!

Sikit-sikit buat makanan mesti nak masuk inzim babi ker? DNA babi ker! macam wajib letak pulak dah!

Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:

Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011
telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd (JAKIM-20100609-123757) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan (Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’


Syarikat tersebut adalah:

Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 )

8.
TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011

9.
TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPEBRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011

Rabu, 25 Mei 2011 | By: iKhwan89

AKAL SAHAJA KUAT...TAPI JIWA LEMAH...

Firman Allah SWT: Mereka yang sentiasa mengingati Allah dalam waktu berdiri, berbaring dan di waktu duduk, mereka sentiasa memikirkan tentang kejadian langit dan bumi seraya berkata, “Wahai Tuhan kami, tidak Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, jauhilah kami dari azab api Neraka.” (Surah Ali Imran: Ayat 191)

Akal manusia dan fikirannya boleh menjelajah dunia sehingga tidak ada pelosok dunia yang otaknya tidak menjejaki dan menjelajahinya. Kaki otaknya begitu panjang sekali, tidak ada ruangan-ruangan dunia ini yang tidak dipijak manusia. Kerana itu berbagai-bagai ilmu, bermacam-macam maklumat, berbagai-bagai pengalaman yang manusia perolehi.

Manusia boleh tahu di atas gunung, di dalamnya, di bawah bumi, apatah lagi di dasarnya, di lautan dan di dasarnya. Habis semuanya dijelajahi. Padang pasir, gurun, di perut bumi, sungai kecil dan besar, otaknya selongkari hingga terdedah dan terbongkar semuanya. Otak manusia menerokai empat penjuru dunia, Kutub Utara, Kutub Selatan, Timur dan Barat. Otaknya boleh teroka dan je- lajahi hutan belantara.

Berbagai-bagai kehidupan dapat diketahui di samping khazanah bumi yang lain. Habis seluruh khazanah dunia ini otak mereka kumpulkan. Seolah-olah dunia ini kecil sebesar dulang, manusia berada di hadapannya melihat seluruh isinya. Tidak ada apa yang tidak dapat dilihat dan pastikan. Semuanya dapat manusia perhatikan dan mengetahui rahsia-rahsianya. Sungguh hebat otak manusia, boleh mengembara ke seluruh dunia, menjelajahi seluruh pelosoknya, menjejaki bukit dan lurahnya. Apatah lagi kalau kaki manusia boleh membawa mengembara sama otaknya ke seluruh dunia. Maka otak bertambah rata lagi. Mengembara di pelosok dunia, melihat dari dekat, dapat mengesan lebih dalam lagi rahsia dunia ini, lebih banyak lagi rahsia bumi dan alam Tuhan ini menjadi maklumatnya.

Begitulah kebolehan otak manusia, ia boleh mengetahui rahsia dunia dan seluruh isinya sebagai maklumat seolah-olah otak manusia macam burung, boleh terbang di seluruh dunia. Atau dunia ini macam sebesar dulang, seluruh apa yang ada di dalam dulang dapat dilihatnya. Kalau begitulah keadaan otak manusia, otak seolah-olah bebas, merdeka, terlalu jauh perjalanannya, terlalu luas dunia kehidupannya. Begitulah kebolehan otak yang dicipta oleh Allah Taala yang Maha Berkuasa, kebolehannya luar biasa.

Namun begitu, walaupun kemampuan otak manusia bebas, merdeka, gelanggang kehidupannya begitu luas, tapi apabila jiwa manusia itu sempit kerana tidak ada iman atau lemah iman kerana tidak bersama dengan Tuhan, manusia tetap hidup terseksa, sengsara, seolah-olah hidup di dalam jel yang sempit, gelap-gelita pula. Di waktu itu otak tidak boleh buat apa-apa, tidak berfungsi, dia tidak boleh menolong manusia. Dia juga ikut sama hidup di dalam kurungan yang sempit itu. Kakinya ikut terbelenggu, seolah-olah dirinya tidak boleh pergi ke mana-mana. Di waktu itu fikiran buntu oleh penjara itu, ilmu dan maklumat-maklumat tidak berguna lagi di waktu itu.

Apa buktinya? Banyak sangat buktinya kerana ia sering berlaku di dalam kehidupan ini. Contohnya, apabila datang ujian atau bala bencana, seperti jatuh miskin, dileter oleh isteri, bankrapsi, dibuang kerja, sakit yang berat, patah kaki, kena tangkap, dimasukkan ke dalam jel, kena ISA dan lain-lain lagi, masya-Allah, jiwanya yang sempit kerana tidak beriman atau lemah iman itu seolah-olah menjerit-jerit cuma tidak didengarinya. Terasa sakit. Bumi yang luas dirasakan sempit, badan macam kena himpit seolah-olah masuk ke bumi. Fikiran yang selama ini begitu bebas, merdeka, mempunyai maklumat yang luas, telah terbang dan hilang kecerdikannya, tidak boleh membantu. Keadaan berfikir pun tidak menentu. Perasaan jadi tidak normal dan melulu, sesetengah pegangan hilang, keyakinan berubah 90 darjah.

Baru kita faham, kalau akal sahaja kuat dan merdeka sedangkan jiwa lemah dan tidak merdeka, akhirnya akal juga turut lemah hingga tidak berfungsi mengakibatkan segala-galanya berubah. Berubah sikap, berubah watak, berubah tabiat, berubah akhlak, berubah pakaian. Yang tidak berubah hanyalah nama dan warna kulit. Tapi yang bersifat maknawi dan rohaniah berubah semuanya. Amat terkejut dan mengejutkan, hairan menghairankan, tercengang-cengang orang dibuatnya.

Begitulah apabila jiwa lemah kerana kelemahan iman atau sudah tidak ada iman, jiwa rasa sempit apabila kena ujian atau ditimpa bala. Macam burung duduk di dalam sangkar yang sempit, menggelupur tidak keruan, menyondol sana, menyondol sini hingga tercabut bulu, terkopek kulit kepala. Sebab itulah Islam menyuruh penganutnya jangan hanya menguatkan akal semata-mata tapi yang penting daripada itu hendaklah sentiasa kuatkan jiwa. Jiwa hendaklah dikuatkan dengan iman dan sifat-sifat taqwa agar apabila diuji, jiwa tidak sempit. Jiwa tidak menderita. Segala keyakinan dan pegangan beragama tidak hilang atau tidak berubah. Fikiran tetap dengan kemerdekaannya kerana jiwa stabil dan normal, tidak terjejas oleh ujian.

Oleh itu jangan kita biarkan jiwa kita terkurung oleh dunia dan masalah. Jangan penjarakan dia di dalam keseksaan nafsu yang memang tidak suka jiwa kita bebas dan merdeka. Jangan biarkan dia diseksa oleh ujian-ujian yang mendatang. Sepatutnya kita biarkan dia terbang hingga bukan sahaja menjelajahi dunia ini tetapi biarkan dia menjelajahi alam malakut, alam rohaniah yang lebih tinggi lagi atau alam ukhrawiah agar dia bebas sebebas-bebasnya, agar dia merdeka, supaya jangan terasa dia hidup sempit dan terhimpit.

Di samping itu yang lebih penting lagi hendaklah manusia jadikan jiwanya selalu bersama Tuhan. Pergilah dan bawa ke mana-mana bersama Tuhan, jangan biarkan dia keseorangan. Kita jadikanlah Tuhan sebagai kawan jiwa kita. Janganlah lepaskan dia daripada berkawan dengan Tuhan.

Firman Allah SWT: “Mereka yang sentiasa mengingati Allah dalam waktu berdiri, berbaring dan di waktu duduk, mereka sentiasa memikirkan tentang kejadian langit dan bumi seraya berkata, “Wahai Tuhan kami, tidak Engkau jadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, jauhilah kami dari azab api Neraka.” (Ali Imran: 191)

Di waktu itu masalah kehidupan dunia tidak akan menggugat. Ujian dan bala bencana tidak akan dapat mengurungnya. Nafsu tidak akan dapat memenjarakannya. Di waktu itu jiwa kita tidak akan tergugat, dia tetap bebas dan gagah, merdeka dan kuat serta pegangan kita tidak akan berubah
Jumaat, 20 Mei 2011 | By: iKhwan89

SAJAK : Pengalaman kita telah membuktikan berkawan bukan atas dasar iman dan cita-cita Islam selalunya tidak kekal

2.12.2004

Menjelang tidur

Pengalaman kita telah membuktikan berkawan bukan atas dasar iman dan cita-cita Islam selalunya tidak kekal

Berkawan sesama sekampung berjauhan sahaja hilang ikatan

Berkawan sepersekolahan dan sepermainan berpisah sahaja karena perpindahan, perkahwinan, berjauhan, rasa kawan renggang, mudah hilang kawan

Berkawan dikarenakan satu tempat kerja hanya sementara, berpisah sahaja tempat kerja lupa kawan

Berkawan karena bersama minat di dalam satu perkara

Seperti sama-sama suka menjala ikan, sama-sama suka memburu, sama-sama suka memikat burung

Berkahwin sahaja atau dipisahkan oleh keadaan sudah tidak ada ziarah-menziarahi

Rindu-merindui jauh sekali

Di waktu kanak-kanak hingga muda remaja begitu berkawan rapat

Pergi ke mana pun bersama

Tidak pernah lekang seperti belangkas sahaja

Apabila keadaan berubah seorang makan gaji seorang kerja sendiri, renggang hati,

tidak minat hendak berkawan lagi

Waktu sama-sama belum kahwin berkawan macam tidak mahu berpisah

Berjalan sama, makan sama, musafir sama, tidur selalu sahaja bersama

Lama saja tidak jumpa sudah cari-mencari

Apabila berkahwin sahaja atau sama-sama dapat kerja berlainan tempat pula

rasa berkawan hilang lenyap,lama-lama masing-masing lupa-melupakan

macam tidak pernah berjumpa

Ketika bersama-sama belajar di luar negeri sungguh sehati sejiwa

Berkawan sungguh rapat macam tidak mampu berpisah lagi

Apabila masing-masing balik ke tanahair sekalipun negara yang sama kerja pun dapat kemudian berkahwin, masing-masing berkeluarga, rasa berkawan punah sama sekali

Satu sama lain tidak ingin pun cari-mencari

Rupanya perpisahan hati itu mudah sahaja terjadi

Bukan mesti bertengkar, bermusuh atau berkecil-kecil hati

Berubah sahaja keadaan dan situasi berkawan pun punah sama sekali

Rupanya ikatan hati itu amat payah dan susah

Kalau terjadi pun mudah saja hati berubah walaupun tidak benci

Rupanya berukhwah, berkasih sayang tidak mudah

Kalau pun pernah terjadi mudah saja terungkai kembali

Sajak Abuya At Tamimi

Rabu, 18 Mei 2011 | By: iKhwan89

CORETAN pertama MEI 2011

bismillahi allahu akbar...fuuuuuuhhhhh~~~~*tiup abuk2 kat blog*..hehehe...salam sumer..ape kabar kengkawan..he~...semoga semua dalam kesihatan,..

Hmm...entri pertama dalam bulan 5 ni berjaya jugak ditulis..huhuhu....semenjak-due menjak ni terbizi skit dengan soklan2 perikse,dan beberapa kerja yang tak selesai-selesai..huhuhu..

Alhamdulillah..bersyukur dan terima kasih kepada Tuhan yang menciptakan,dan mengizinkan kita ni hambaNya hidup lagi pada saat ini...pujian untuk Tuhan yang menciptakan seluruh hidupan..

Ape kabar semua?diharapkan semua dalam sihat....pertame-tame sekali aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada seeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeemmmmuuuuuaaaaaa guru-guru yang pernah mengajar aku dari aku darjah 1 sampailah tingkatan 5...kalau nak tulis kat sini name-name cikgu yang ngajar aku tu..komfem panjang sangat plak jadi entri kali ni karang..huhuhu..

Dan tak luper jugak kepada diri ku ini yang kini bergelar guru di sekolah yang mana dulu aku pernah belajar di sini...Haaa....dan...tepat 16 mei lepas....huhuh..aku dapat hadiah hari guru yang pertama dari seorang pelajar aku...pelajar ni....memang cikgu2 lain sumer boleh dikatan melebal die sebagai pelajar yang paling nakal..huhuhuhu...alhamdulillah dan terima kasih sangat kepada anak murid aku tu....(^_^)

okeh sumer kengkawan aku..dalam hidup ni kadang kadang kite ni ada dekat atas..kadang-kadang kita kat bawah.....bila kita kat atas.....kita mudah luper dan leka.......kita rasa kita adalah tuan..kita lah yang paling best....hatta ulama sendiri pun susah hendak melawan nafsu sendiri...inikan pula aku yang belum cukup lagi ilmu......tapi bila kita dibawah...pun kita terlupa juga...kadang-kadang ada antara kita yang selalu salahkan orang lain,salah kan takdir,salahkan itu,salahkan ini...

Tetapi...nampak tak sebenarnya kita bahwa diri kita ni lah yang menyebabkan ia terjadi....kalau kita tak buat salah..mana mugkin Tuhan akan hukum kita kan???kerja Tuhan hebat....di datangkan orang2 lain untuk menyusah-nyusahkan kita....itu tanda kita ada buat silap..Tuhan nak uji sabar kita...tapi aku.....tetap juga salahkan orang lain..

Aku bersyukur dengan Tuhan kerana berada di dalam jemaah kebenaran..yang mursyid ku mengajarkan aku supaya mengenal diri,melawan nafsu,menjaga syariat..dan lain-lain....mursyidku bukan sekadar berceramah kesana kesini....namun...beliau menzahirkannya didalam kehidupannya....sistem keluarganya,sistem perniagaannya,sistem pendidikannya...pendek kata..semua sekali dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar mendirikan empayar..semuanya mengikut syariat Tuhan dan dibantu oleh Tuhan...terima kasih ibu ayah aku kerana mengenalkan aku kepada jemaah kebenaran ini..terima kasih mursyid ku yang mengenalkan ku kepada Tuhan...

Moga hati ku,jasad ku,roh ku...kekal dengan jemaah yang orang anggap sesat,pelik dan tidak membangun ini....ku harapkan hati dan roh ku dibantu untuk berubah....wahai RSA..bantu aku untuk melawan nafsu,bantu aku untuk ,mengalahkan nafsu......bantu aku Tuhan.....

Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com