Rabu, 29 April 2015 | By: iKhwan89

SAJAK : UJIAN PADA SESEORANG TIDAK SAMA MAKSUD

UJIAN yang ditimpakan pada seseorang maksudnya tidak sama
Adakala ujian yang Allah timpakan itu kerana kutukan-Nya
Kerana sudah terlalu derhaka
Adakalanya dengan tujuan penghapusan dosanya
Kerana sudah cuba mujahadah,terlibat juga
Adakalanya dengan maksud hendak meningkatkan darjat seseorang
Kerana taqwanya dan imannya yang begitu teguh
Tidak kurang juga dengan ujian itu untuk menyedarkan
Untuk memberi petunjuk dan hidayah kepadanya
Jika ujian itu ditimpa kepada kita
Kita tidak tahu maksud yang mana satu
Oleh itu sebagai beradab dengan Tuhan
Kerana kita adalah hamba-Nya
Kita kaitkanlah ujian itu dengan sebab dosa kita
Atau kerana kemurkaan-Nya
Agar kita sentiasa bertaubat kepada-Nya
Inilah jalan selamat buat kita

Satria Peningit
04/03/1999

Selasa, 28 April 2015 | By: iKhwan89

SAJAK : KEMUNGKARAN WAJIB KITA TAKUT

KEMUNGKARAN dan maksiat wajib kita takut
Kita mesti cemburu selalu dengan kemungkaran dan maksiat itu
Justeru itulah jalan-jalan dan lorong-lorongnya kena kita tutup dan sekat
Menjaga dari penyakit lebih baik dari mengubat penyakit
Penyakit rohani lebih merbahaya daripada penyakit jasmani
Penyakit jasmani penghapusan dosa
Penyakit Rohani membawa ke Neraka
Awaslah dengan penyakit rohani!
Kerosakannya merata,merbahayanya menjerumuskan orang ke Neraka
Ia merosakkan agama,bangsa dan negara
Jika dibiarkan gejala masyarakat bermaharalela
Di waktu itu pembangunan akan sia-sia belaka
Kemajuan tidak mempunyai erti apa-apa
Kerana pembangunan insan jatuh separas bumi
Insan lebih penting dari kemajuan dan pembangunan benda
Apabila insan telah rosak,kemajuan dan pembangunan akan menjadi alat perosak
Yang menggerakkan pembangunan dan kemajuan adalah insan
Jika insan telah rosak,pembangunan dan kemajuan akan disalahgunakan
Bangunkanlah insan sebelum membangunkan kemajuan dan pembangunan

Satria Peningit
30/05/2001

Isnin, 27 April 2015 | By: iKhwan89

SAJAK : MELUPAKAN DOSA ADALAH SATU DOSA


Melupakan dosa adalah satu dosa
Kemudian tidak takut dengan dosa yang telah dibuat adalah satu dosa pula
Kalau berbangga dengan dosa itu lebih-lebih lagi
Kesalahan itu bertambah besar
Dosa itu bertambah besar dan bertimbun-timbun pula
Jika tidak takut dengan dosa sekalipun belum berbuat
Pun satu dosa satu kesalahan
Yang belum melakukannya satu kesalahan juga
Dosa itu bukan kerana sudah membuat kesalahan atau dosa
Tapi kerana tidak takut atau tidak bimbang terbuat dosa
Adalah satu kesalahan pula
Sebagai seorang hamba sepatutnya sentiasa takut dengan dosa
Sekalipun belum terbuat dosa
Begitulah sifat seorang hamba yang sepatutnya
Apatah lagi setelah membuat dosa
Lebih-lebih lagi takutnya membara dan jiwanya keluh-kesah dan hatinya dukacita
Melupakan dosa,tidak takut dengan dosa yang dibuat
Dan tidak takut dengan dosa yang dibuat adalah seorang hamba yang sombong dan angkuh
Kerana dia telah membuang sifat kehambaannya
Membuat sifat kehambaan adalah satu kesombongan
Sombong bererti membesarkan diri
Membesarkan diri adalah satu kesalahan atau satu dosa
Kerana dia mengambil sifat Tuhan yang tidak sepatutnya dia memakai sifat itu
Itu adalah pantang larang Tuhan yang tidak patut dipakai oleh seorang hamba..

Satria Peningit
01/07/2000


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com