Khamis, 29 Januari 2009 | By: iKhwan89

IDEOLOGI CIPTAAN MANUSIA : KEMANA KESUDAHANNYA?

Rentetan sejarah memperlihatkan kepada kita kejatuhan dan keruntuhan ideologi-ideologi ciptaan manusia yang pada awalnya seperti membangun peradaban dan kemajuan tetapi akhirnya tersungkur juga di dalam kehancuran. Kehancuran dan keburukan yang terhasil dari ideologi ini membawa impak yang besar kepada kemanusiaan dan manusia itu sendiri.

Ia mengakibatkan kerosakan kepada kedua-dua tamadun sama ada tamadun keduniaan dan tamadun kemanusiaan atau keinsanan itu sendiri. Kerosakan berlaku bukan sahaja dari segi material atau fizikal tetapi kepada pembangunan kemanusiaan itu sendiri.

Ideologi Komunisme bermula di awal era 1900an. Ia berlaku akibat kekecewaan ratusan tahun rakyat terhadap penindasan sistem feudalisme dan kapitalisme, dan menyebabkan manusia mula mengimpikan keindahan hidup yang dijanjikan oleh komunis. Revolusi Bolshevik 1917 pun berlaku, rakyat Russia menjatuhkan Tsar dan menaikkan Lenin. Saat itu, rakyat percaya komunislah sistem yang mampu menyelesaikan masalah.

Dari tahun ke tahun rakyat menanti sistem hidup komunis yang dikatakan adil itu terlaksana. Falsafahnya mereka faham, teorinya mereka mengerti, tetapi realitinya belum dapat dirasa. Setelah kecewa menunggu lebih 70 tahun, barulah mereka sedar bahawa janji-janji kesempurnaan komunis itu hanyalah satu utopia.

Mereka marah. Lalu komunis dijatuhkan. Patung Lenin diludah dan dihancurkan. Mana alternatif baru? Mereka tercari-cari. Untuk kembali kepada kapitalis, takut luka lama berdarah kembali. Untuk memberi ruang bagi komunis versi baru, mereka sudah serik. Hakikatnya, mereka sekarang sudah kecewa dengan ideologi bikinan manusia sepertimana mereka kecewa dengan agama sejak dulu.

Apa yang berlaku di Russia akhirnya berjangkit juga kepada negara-negara lain di seluruh dunia. Cuma arahnya sahaja yang berlainan. Mungkin dari sosialis ke kapitalis, dari kapitalis menuju sosialis dan sebaliknya. Berpusing-pusing di sekitar itu juga. Manusia akan terus terpukau oleh retorika-retorika bersifat utopia dan kemudian menghenyaknya setelah jemu menunggu dan merasa tertipu dan kemudian mula mencari yang lain.

Sistem demokrasi juga kini memperlihatkan kepada kita kesan yang tidak kurang bezanya dengan sistem komunis. Amerika yang membina peradaban dunia yang unggul di kalangan negara-negara maju di dunia ini sejak kejatuhan sistem komunisme, mula merasai bahang dari kesan sistem demokrasi tersebut. Walaupun sistem demokrasi mengutamakan suara rakyat, liberalisme, ketelusan dan hak asasi manusia, namun manusia tetap merasa ketidakpuasan dan ketidakadilan tidak dilaksanakan dengan jitu.

Negara-negara lain yang turut menggunapakai sistem demokrasi ala Amerika ini juga turut terpalit sekali dengan kesan buruk sistem ini. Kebanyakan negara mengalami kegoncangan politik dan mengakibatkan ketidakstabilan ekonomi dan sosial yang meruncing hingga membuatkan ada rakyat yang semakin tidak mempercayai akan keupayaan sistem demokrasi di dalam membawa keadilan dan kedamaian kepada negara. Di dalam pemerintahan yang bernaung di bawah payung demokrasi, mereka melihat berlaku penyelewengan kuasa di sana dan sini, ketamakan terhadap kuasa dan perebutan kuasa yang tidak berkesudahan, penindasan dan ketidakadilan berlaku disegenap lapisan masyarakat, menyebabkan masyarakat mula ragu dan cuak dengan segala yang berlaku ini.jelasnya, segala yang diwarwarkan tentang kebaikan sistem demokrasi ini hanya seperti ilusi, sedangkan realitinya bagaikan indah khabar dari rupa semata-mata.

Orang Islam mestilah mengambil iktibar daripada hakikat ini. Islam yang diperjuangkan tidak cukup hanya indah dari segi falsafah dan teorinya sahaja. Walaupun Islam itu memang indah sekalipun baru diperkatakan secara teori, namun praktik Islam itu jauh lebih indah. Falsafah Islam yang indah itu hanya merupakan tarikan awal untuk membinanya secara realiti.

Para pemikir dan cendekiawan Islam tidak boleh mengecewakan manusia dengan menyebabkan mereka tertunggu-tunggu untuk merasai keindahan Islam yang telah mereka baca dan fikir. Jika tidak, manusia akan menganggap bahawa Islam juga akan mengecewakan mereka seperti kapitalis, komunis, sosialis atau demokrasi. Sedangkan, keindahan Islam bukan satu utopia.

Masa berfalsafah hampir berakhir. Satu model kehidupan Islam yang dapat dirasa mesti dibina segera. Telah banyak diperkatakan tentang keindahannya. Kini manusia menunggu-nunggu bila lagi mereka boleh menikmati keindahan Islam?

Dan inilah kunci kejayaan Islam, keindahannya jika dapat dirasa, akan menyebabkan manusia tidak kira Islam ataupun bukan Islam menerimanya dengan hati yang terbuka. Ketika itu akan padamlah segala polemik, prejudis dan keraguan, bolehkah Islam menyelamatkan manusia.

Mari kita renungi firman Allah SWT di bawah ini :

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Barang siapa yang menghendaki selain Islam sebagai cara hidup, sekali-kali tidak akan diterima daripadanya dan di Akhirat, ia menjadi orang yang rugi. (Ali Imran: 85)

Sesungguhnya Islam itu sudah lengkap melengkapi di dalam membentuk kehidupan yang selamat dan menyelamatkan, hanya dengan kembali kepada Islam secara kaffah dan meninggalkan segala ideologi bikinan manusia sahajalah, jalan penyelesaian yang dapat menyelamatkan manusia dan dunia ini dari kemusnahan peradaban kemanusiaan dan kebendaannya.


Firman Allah SWT:
Maksudnya: Hendaklah kamu masuk ke dalam Islam secara keseluruhannya. (Al Baqarah: 208)

Firman Allah SWT:
Maksudnya: Apakah kamu mengambil sebahagian isi kitab dan menolak sebahagian yang lain. Tidak ada balasan bagi orang yang melakukan demikian itu melainkan akan ditimpa kehinaan di dunia. Manakala di Akhirat akan dicampakkan pada azab yang pedih. (Al Baqarah: 85)

Firman Allah SWT lagi:
Maksudnya: Bukan sifat mukmin lelaki mahupun perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan hukum, mereka memilih-milih (yang sesuai dengan selera mereka). (Al Ahzab: 36)

Islam itu satu sistem keselamatan. Kalau Islam itu tidak diambil atau diamalkan keseluruhannya, akan ternafilah keselamatan yang dijanjikan oleh Islam. Kita tidak boleh beriman dengan sesetengah ayat Quran dan kufur dengan sesetengahnya. Kita tidak boleh amalkan sesetengah ayat Quran dan meninggalkan sesetengahnya. Kita tidak boleh campur adukkan sistem Islam dengan sistem-sistem yang lain, dan kemudian menuntut keselamatan dari Tuhan.

Sistem Islam itu adalah penawar. Sistem-sistem yang lain adalah racun. Kita tidak boleh campurkan racun dengan penawar dan kemudian menganggapnya sebagai ubat. Kalau kita berbuat begitu, bukan sahaja penyakit yang ada tidak akan sembuh, bahkan akan timbul pula berbagai-bagai penyakit yang lain.

Kalau kita berjaya mengamalkan Islam keseluruhannya iaitu berjaya menegakkan cara hidup dan tamadun Islam, baik yang lahir mahupun yang batin, maka Tuhan janjikan apa yang difirmankan Allah SWT dalam Quran:

Maksudnya: Negara aman makmur dan mendapat keampunan Tuhan. (As Saba: 15)


dari : www.ikhwantoday.com
Jumaat, 23 Januari 2009 | By: iKhwan89

Hamba yang tidak tahu malu dengan Tuannya


salam alaik kepada semua sahabat-sahabat pelawat....(^_^). Apekbar semua..? smoga dalam kasih sayang Tuhan. Bagaimanakah akhlak kita hari ini..? adakah hari ini kita sombong..? Adakah hari ini kita menyakiti hati manusia..?adakah kita selalu lengah-lengah kan sembahyang..?..kalaulah semua ini masih ada lagi dalam diri kite semua,em..memang patutlah Tuhan tidak menang kan lagi orang-orang islam..semua masalah-masalah tu sebenarnyer menjadi hijab kita dengan Tuhan...Logik tak,kalau seorang hamba,die berlagak macam die tuan,dahlah begitu,siap sombong lagi dengan tuan sendiri,lepas tu,xpernah terima kasih dengan tuan die yang bagi die makan,bile tuan die panggil plak,die wat tataw jer....logik ker tuan die nak tolong bile satu hari nanti si hamba ni nak mintak tolong..?kalu pun die tolong,mungkin dalam keadaan marah,benci,dan macam-macam lagi..Begitulah perumpamaannya,kalau kita asyik sombong dengan Tuhan kita,selalu buat tataw seruan lima waktu untuk sembahyang,tidak jaga sembahyna,masakan Tuhan mahu menolong kita?? kalau pun tolong,kita risau-risau Tuhan bagi pertolongan bukan sebab die sayang kita,tapi rupe-rupenyer sebagai istidraj kepada kita. Dia bagi pertolongan dalam keadaan Dia tidak redha kita..dahsyatnyer kalau tak dapat redha Tuhan dalam hidup ini. Tuhan bagi semua isi dunia ini pada kita pun,kalau tanpa redha dan kasih sayang Tuhan,hidup tetap merana. Dekat akhirat nanti,bukan fadilat-fadilat yang tolong kita,bukan harta-harta yang tolong kita,tapi redha Tuhan je yang dapat tolong kita...betapa banyak amalan pun,kalaw Tuhan tak redha........hmm.. Inilah yang berlaku dalam umat islam hari ini,cerita pasal palestin,cerita pasal laknat zionis,cerita pasal boikot,cerita pasal syahid,cerita pasal protokol zionis,cerita pasal itu,ini,itu,ini, tapi,sembahyang yang sebagai tiang agama pun kita boleh tinggal,kalau tidak tinggla,tapi sanggup lewatkan sebab nak cerita pasal palestin dan sebagainya..aduh...orang islam-orang islam....................itu tiang agama..kalaulah tiang agama pun kite lewat dirikan,jangan cakaplah pasal nak selamatkan palestin,jangan ckaplah pasal nak menentang zionis,sumer tak akan jadi..sebab tu Tuhan turunkan bantuan lewat..kadang-kadang,bile bantuan lewat,siap mengeluh lagi,"Tuhan,kenapa bantuan Engkau lewat"aduh...tak malu langsung kita dengan Tuhan..wahai sahabatku,kalau kita nak pertolongan Tuhan.baikilah hubungan dengan Tuhan,tanamkanlah sifat-sifat hamba dalam diri kita..wahai Tuhan ku,jadikanlah aku hamba yang selalu bersyukur,baikilah akhlak ku,jauhkanlah aku daripada berburuk sangka dengnMu..sekian..
Khamis, 15 Januari 2009 | By: iKhwan89

Mengapa Israel Gelojoh?!

Wahai Tuhan kami, Engkaulah Keselamatan,

dan daripadaMu jua Keselamatan

Engkau Maha Suci Tuhan kami dan Maha Tinggi,

hai Tuhan yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan

Kami dengar dan kami taat

ampunkanlah kami wahai Tuhan kami

dan kepadaMu jua kesudahan kami.


Wahai Tuhan kami, tolonglah tentera-tentera Islam

Dan askar-askar yang meng-Esakan Tuhan

Dan binasakanlah orang-orang kafir (harbi)

Orang-orang degil, pembawa-pembawa bid’ah

Dan orang-orang yang mempersekutukanMu

Dan hancurkanlah musuh-musuhMu,

musuh-musuh agama Islam

Wahai Tuhan

Pecahkanlah kumpulan mereka

Dan bubarkanlah himpunan mereka

Kurangkan bilangan mereka

dan goncangkan kaki-kaki mereka

Turunkan seksa yang pedih ke atas mereka

dengan RahmatMu wahai Tuhan sekalian alam

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan kami,

tolonglah kami mengatasi kaum kafir

Hai Tuhan kami, ampunkanlah kami dari dosa-dosa kami

dan matikanlah kami sebagai orang Islam…

( SALAWAT & PENUTUP DOA)

—————————————-————

Kegelojohan serangan Israel yang amat dahsyat ke atas penduduk Gaza pada hari-hari menjelang Maal Hijrah masih berterusan hingga sekarang sedangkan menurut sejarah, bulan Muharram adalah bulan-bulan Kemenangan untuk umat Islam yang benar-benar bertaqwa kepada Allah.

Zionist Yahudi seolah-olah tidak dapat mengawal perasaan mereka, hinggakan masjid- masjid, sekolah-sekolah PBB dibom, bantuan kemanusian semuanya disekat, dihalang. Mereka sudah tidak hirau pandangan dunia. Mereka sebenarnya sedang mengalami ketakutan peringkat tertinggi apabila usaha-usaha mereka untuk menghalang suatu kebangkitan Islam di Timur tetap terhalang hingga buntu dan dungu mereka dibuatnya. Berbagai usaha lahir dan seni-seni termasuk teknologi sihir tercanggih digunakan untuk menyekatnya, tetapi segalanya semakin gagal. Mereka yakin hari-hari kemenangan umat Islam yang dijanjikan dan disebut hadis-hadis akan berlaku tidak lama lagi. Mereka yakin kebangkitan Islam dari Timur akan sampai juga ke Palestin akhirnya, Masjidil Aqsa akan bebas juga akhirnya, maka mereka melepaskan geram sungguh-sungguh di Palestine dengan menyerangnya awal-awal. Apa mereka peduli?

Mereka sedang takutkan sekumpulan Muslim yang mengamalkan Islam dengan sangat praktikal, yang hatinya bertaut antara satu sama lain, yang sudah berlaku persaudaraan hakiki, ibarat mereka adalah daripada ibu dan bapa yang satu. Masing-masing. mengambil berat antara sesama mereka dan dengan sesama ahli keluarga saudara mereka. Mereka adalah ibarat jelmaan semula para Sahabat RA dari zaman dahulu. Inilah perpaduan waja yang amat sukar dimusnahkan Yahudi. Inilah kumpulan yang sedang dan bakal menaikkan Islam.

Kaum minoriti Muslim yang ditakuti Yahudi ini sangat mencintai Allah melebihi segala-galanya. Allah itulah segala-galanya bagi mereka, tidak ada tujuan lain, selain kerana Allah, untuk Allah dan membesarkan Allah.

Kaum ini juga sangat mencintai alam barzakh, sangat mencintai Rasulullah SAW dan Ahli Keluarga baginda SAW di alam sana seolah-olah seperti keluarga mereka sendiri. Kecintaan dan kerinduan mereka sangat mendalam hingga hampir tidak difahami oleh akal. Sentiasa menyebut-nyebut baginda SAW dan amat menghormati baginda SAW lahir dan batin, hingga menitis air mata terkenang-kenangkan Rasulullah SAW.

Kasih sayang antara mereka sangat indah. Kasih sayang ini memancar ke luar komuniti mereka. Akhirnya tercetuslah kasih sayang luar biasa di tengah-tengah masyarakat, ibarat sekuntum bunga yang mengembang mekar di tengah-tengah padang pasir yang amat tandus.

Ibadah sangat dititikberatkan, kemas dan diperkemaskan dengan persiapan-persiapan yang sepatutnya seperti memakai pakaian yang kemas, membersihkan mulut, mengenakan haruman, membanyakkan zikir, menyucikan hati dan seterusnya. Sembahyang semakin dibaiki seperti menunggu waktu, dilaksanakan pada awal waktu, berusaha bersungguh-sungguh untuk khusyuk, mendalami ilmu yang berkaitan dengan sembahyang dan terus diamalkan.

Mereka menjadi abid di malam hari. Air mata selalu berguguran kerana mengenangkan dosa-dosa sendiri, banyak merintih, selalu mengadu kelemahan diri dan kekurangan dalam ibadatnya. Kurang mengambil tahu akan kesalahan orang lain, kerana kesalahan dan dosa sendiri lebih patut diutamakan.

Berkorbannya mereka untuk membangunkan syiar Islam macam angin kencang, tidak bersifat kedekut atau berkira dalam segala urusan. Orang yang lebih hampir dengan Allah ialah yang lebih pemurah di kalangan mereka.

Musuh sudah sangat kucar-kacir, dikucar-kacirkan oleh penangan sesama mereka dan oleh dosa-dosa yang mereka sendiri lakukan. Selain daripada itu, persatuan, kekuatan ekonomi, merebaknya penyakit, hinggalah mukabumi dan lautan sekeliling tempat musuh mereka berpijak turut dikucar-kacirkan oleh malaikat atas arahan Allah. Para minoriti Muslim ini sebenarnya tidak pernah mendoakan kecelakaan kepada mana-mana insan, melainkan jika mereka itu sendiri yang menentang Allah dan rasul-Nya. Para tentera di alam ghaib sana turut sama membantu menambahkan lagi kucar-kacirnya pihak musuh seperti yang dinyatakan di atas.

Datang berita-berita ghaib, yang tidak putus-putus kepada insan-insan yang berhati bersih di kalangan mereka, ini Yahudi pun mengetahuinya, malah meyakininya. Dengan berita dan bantuan ghaib inilah strategi mereka sentiasa terkedepan berbanding musuh-musuh mereka, baik musuh kecil yang dekat mahupun musuh utama mereka yang jauh itu, yakni kaum Yahudi itu sendiri.

Bagaimana ulasan keseluruhan para ulama tentang isu ini ? Ulama kita semuanya semacam diam dan membisu mengenai kekejaman Yahudi dan Israel dan signifikannya kepada nasib umat Islam di masa akan datang, kalau bercakap pun berlapik atau sekadar hendak menunjuk-nunjuk geram sahaja. Sebenarnya mereka sendirilah yang paling tiada bersemangat bila bercakap berkenaan hal kebangkitan Islam, hal Imam Mahdi dan lain-lain.

“Tak usah cakap hal Islam akan gemilang di akhir zaman” kata mereka.

“Nanti semua orang sesat! ” kata mereka lagi.

Alhasil umum yang tercari-cari kaedah, hukum ijtihad mengenainya, di mana, bagaimana, dan berbagai lagi persoalan tentang Imam Mahadi yang dijanjikan dalam hadis-hadis. Berjayalah Yahudi merosakkan ulama-ulama. Tiada pun seorang ulama pun yang betul-betul berani menegakkan kebenaran sebenar-benarnya. Semuanya tunduk dengan kuasa orang politik dan duit.

Negara Arab semuanya turut ketakutan kerana di belakang Israel adalah Amerika. Di belakang Obama adalah Yahudi. Walaupun begitu, janji Tuhan di akhir zaman pasti akan berlaku.

Kehancuran total sistem politik demokrasi di Malaysia akan bermula tidak lama lagi (InsyaAllah)…

Rabu, 14 Januari 2009 | By: iKhwan89

Bubur Asyura : Kenangan Terindah





salam alaik sumer!!alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan,dapat kita hidup hingga kini..kawan-kawan ku,baru2 ni,pihak MPPKIPSAS telah menganjurkan satu program mengacau bubur asyura sempena 1 muharam pada hari sabtu bersamaan 10 januari 2009.program tersebut dijayakan bersama oleh pelajar-pelajar KIPSAS. Program tersebut bermula pada maghrib tanggal 9 januari 2009. Ia dimulai dengan ceramah yang bertajuk "cabaran remaja masa kini" yang disamapaikan oleh ust. Asjad pensyarah UKM. Pada malamnya,ada pula sesi potong memotong bawang yang diketuai oleh ibunda jabatan dakwah dan pengurusan ustzah Safiyah abd Razak.
Acara mengacau asyura bermula seawal 10.30am bertempat di perkarangan masjid KIPSAS. Pada hari itu,sangatlah seronok..sumer turun padang untuk menjayakan program tersebut..dari pensyarah,sampailah pelajar...kalau anda sumer nak tau,chef asyura kami ialah ustazah Safiah. Sedap bangat asyura buatan bersama kami tu..he3..3 kawah dapat dimasak selama 4 jam...kemudian ia di agih-agihkan kepada para "pengacau" asyura dan ahli kariah masjid.
Program tersebut berakhir pada jam 3pm..sekian coretan asyura dariku..he~

UIA Kuantan : demostrasi mengutuk kekejaman israel


Salam sumer pelawat..ape kbar anda sumer..?mesti sihat kan..hmm..alhmdulillahkita dapat hidup aman lagi kat negara kita ni..tapi,dalam aman2 kite ni,sedar tak kita yang negara saudara kita sedang digasak hebat oleh laknatullah zionis..??kat malaysia ni,rupe2nyer,ramai yang xsedar..tapi alhamdulillah bagi yang sedar..antara kesan2 kesedaran daripada rakyat malaysia yang dapat kita tengok : bantuan keperluan makanan serta perubatan segera dihantar,demostrasi besar-besaran mengutuk kekejaman israel,pemboikotan barangan yang ada link dengan israel..dan macam2 lagi.
kawan2,klaw kita fikir balik,kenapa israel ni sibuk2 nak hentam palestin ni...?
apa yang berharga sangat kat sane..?kenapa kita wajib pertahankan pelestin walaupun kita xduduk kat saner..?saya tinggalkan soalan ni kepada anda semua supaya kita dapat berfikir..
Tanggal 9 januari 2009 baru2 ini,Universiti Islam Antarabangsa telah membuat satu demostrasi mengutuk kekejaman israel di depan bangunan medic selepas solat jumaat. Wakil dari KIPSAS pun dijemput hadir..2 buah bas dihantar oleh presiden KIPSAS..dan 4 orang wakil MPPKIPSAS..demostrasi ini berlangsung selama sejam dengan aman.sekian..
Jumaat, 9 Januari 2009 | By: iKhwan89

PALESTIN : PENDERITAAN DEMI PENDERITAAN




YAHUDI & ISRAEL : DI AKHIR ZAMAN, "HUKUM RIMBA" MENJADI AMALAN

Kita sekarang sedang menyaksikan bahawa hukum Rimba sedang digunapakai di mana sahaja di dalam masyarakat dunia, iaitu yang kuat akan menindas yang lemah, yang berkuasa akan menzalimi yang tidak ada kuasa, semua ini mewujudkan satu suasana yang penuh dengan ketidakadilan, dan menyebabkan penderitaan dan kesengsaraan.

Sedangkan fitrah manusia mahu dihormati, mahu keamanan dan kedamaiannya tidak terganggu. Fitrah manusia juga bencikan kezaliman, bencikan keganasan dan bencikan penindasan. Kalau demikian sifatnya manusia mengapa pula kezaliman, penindasan dan keganasan berleluasa di mana saja. Mengapa permusuhan, peperangan dan berbunuhan berlaku di mana saja?

Malah PBB dan Amerika yang kononnya berfungsi selaku pendamai dan sangat menghormati hak asasi manusia dan selalu menonjolkan diri mereka sebagai pejuang hak asasi manusia, sebaliknya dalam waktu yang sama PBB dan Amerika memberi laluan kepada Israel itu sendiri melakukan tindakan melampaui batas kemanusiaan, dan seringkali bertindak zalim, kejam dan ganas.

Mengapa di tengah-tengah suara kedamaian PBB, mereka juga yang merestui berbagai pertumpahan darah atas nama lesen ketetapan PBB. Menjadikan Amerika dan Israel sudah tidak terkira lagi ganasnya. Sehingga ada pihak yang membuat andaian bahawa tiada suatu kekacauan negara di dunia ini melainkan ada campurtangan Amerika.

Namun demikian memang ada jawapan mengapa terjadi demikian.

Pertama, memang demikian sifatnya para penganut ideologi yang terpisah langsung dari Tuhan. Di zaman mana pun, semenjak dari manusia awal, dan siapa pun dan tidak kira di mana, penganut ideologilah yang paling mudah membuat tindakan ganas dan pencetus kezaliman. Ini kerana penganut ideologi tidak pernah memperhitungkan soal Tuhan dan agama dalam hidup mereka. Bagi mereka, kepentingan hidup sementara ini saja yang diperhitungkan. Untung rugi mereka adalah di dunia ini semata-mata. Tuhan dan akhirat belakang kira. Malah terputus langsung dari agama, keTuhanan, hukum hakam, syariat dan perhitungan dosa pahala, neraka dan syurga.

Kedua, apa yang mereka pertahankan sebagai maruah, penghormatan, keamanan dan ketenteraman itu adalah hak milik dirinya sendiri. Ertinya gangguan itu jangan berlaku terhadap diri mereka, keluarga mereka, dan kepentingan mereka. Kepada orang lain tidak diperhitungkan. Sebab itu Amerika dan Israel sanggup berbuat apa saja terhadap Palestin atau juga kepada mana-mana negara dunia apabila kepentingannya dirasakan tergugat. Biarpun tindak balasnya sangat-sangat melampaui batas dan keterlaluan, itu semua sudah tidak dipedulikan. Asalkan kepentingan Amerika itu sendiri terjamin. Inilah yang dinamakan `hukum rimba`, iaitu haiwan dan tumbuhan. Haiwan bersifat siapa kuat dia berkuasa, yang kecil dan lemah sentiasa menjadi mangsa. Pokok-pokok pula akan sentiasa melepaskan pucuk masing-masing untuk lebih tinggi mengatasi pokok lain.

Kita semua perlu memahami keadaan ini bahawa tiada jaminan keadilan bagi mereka yang tidak mempedulikan Tuhan, agama dan akhirat. Manusia akan sentiasa terdedah kepada kezaliman dari orang yang hanya menjadikan ideologi sebagai pegangan hidup. Cuma mungkin mereka membawa mesej kedamaian dan keadilan sementara belum ada peluang menindas dan kejam. Atau mungkin belum masanya kerana kepentingan dirinya belum tergugat.

Islam memang mengajar umatnya menentang dan menghapuskan sebarang bentuk kezaliman. Tidak kira sama ada zalim itu terhadap diri sendiri mahupun kepada orang lain. Tidak kira sama ada zalim itu bersifat lahiriah mahupun rohaniah. Zalim yang bersifat lahiriah memang mudah dikesan. Ini yang ditakuti dan sering diperkatakan di mana-mana malah ditentang.

Kezaliman bersifat rohaniah ini sering diabaikan malah umat Islam sendiri ada yang tidak mengetahui dan tidak memahaminya. Lantas dipandang remeh dan terus tidak dipedulikan. Malah Islam lebih mengutamakan penghapusan kezaliman rohaniah ini. Kerana inilah punca berlakunya kezaliman lahiriah. Ianya ibarat seseorang yang memiliki racun berbisa. Dengan adanya racun itulah maka orang lain boleh turut terkena bisanya. Firman Allah SWT:
Maksudnya: "Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berbuat kezaliman, maka kamu akan diazab api neraka, dan tidak ada bagimu pemimpin selain Allah, kemudian kamu tidak akan ditolong." (Surah Hud: 113)

Dalam Islam, zalim mempunyai pengertian yang tersendiri. Jauh berbeza dari pengertian kezaliman yang difahami oleh manusia. Manusia pula seringkali bercanggah dan berbeza dalam memberi erti kezaliman. Zalim bagi fahaman komunis berbeza dengan yang difahami oleh sosialis dan berbeza juga dari puak demokrasi.

Zalim menurut pengertian Islam ialah apabila sesuatu itu (manusia atau benda) tidak diletakkan tepat pada tempatnya. Kalau demikian maka dikira zalim juga kalau kita jadikan “steamroll” atau “bulldozer” sebagai teksi, atau dijadikan beca untuk mengangkut kayu balak, atau kasut diletakkan di atas kepala atau kopiah diletakkan di kaki atau seluar dalam dipakaikan di luar. Mengapa manusia seluruhnya memakai pakaian dan tidak bertelanjang. Paling kurang ada dua sebab iaitu tidak mahu berlaku zalim kepada tubuh badan yang tidak boleh terdedah kepada sejuk dan panas atau udara luar. Selain itu ialah untuk tidak mahu mendedahkan kemaluan yang sifatnya mesti ditutup. Dianggap zalim orang yang mendedahkan kemaluan bukan pada tempatnya.

Perbandingan itu untuk memahamkan kepada kita terhadap sesuatu yang jauh lebih utama dan perlu dielak dari berlaku zalim. Iaitu mengapa manusia dihidupkan di atas muka bumi ini. Atau mengapa manusia diciptakan oleh Allah SWT.

Jawabnya yang paling tepat mestilah datangnya dari Allah SWT juga kerana Allah SWT yang mencipta manusia. Allah SWT telah tetapkan iaitu dalam firmanNya:

Maksudnya: "Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu (Allah)."(Az-Zariyat: 56)

Maka selagi manusia meletakkan sistem ideologi sebagai kaedah dalam kehidupan mereka dan membelakangkan sistem Tuhan di dalam kehidupan mereka, selagi itulah manusia di dunia ini akan tetap terperangkap dalam hukum Rimba.

Oleh itu marilah kita semua meningkatkan rasa kehambaan dan rasa berTuhan di dalam hati masing-masing agar Allah beri jalan untuk lepas dari sistem ideologi yang rosak dan merosakkan ini.
Rabu, 7 Januari 2009 | By: iKhwan89

AL FATEHAH SURAH KEMENANGAN


Surah Al Fatehah terdiri daripada tujuh ayat. Keseluruhan ayat-ayat dan terjemahannya adalah seperti berikut:
Terjemahan:

1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir semesta alam.
3. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
4. Raja (Tuhan) yang memiliki hari Akhirat.
5. Akan Engkaulah (ya Allah) yang kami sembah dan akan Engkaulah kami minta pertolongan.
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka, dan bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.

Surah Al Fatehah terdiri daripada ayat-ayat Makkiyyah atau disebut juga Suratul Makkiyyah. Sebagai ingatan, ayat Makkiyyah ialah setiap ayat atau surah yang turun sebelum Rasulullah berpindah atau berhijrah ke Madinah. Manakala ayat Madaniyah pula ialah setiap ayat atau surah yang turun selepas Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, sekalipun ayat itu tidak turun di Madinah. Ayat itu mungkin turun di Mekah, mungkin turun di Thaif atau mungkin turun di dalam perjalanan.

Ayat-ayat di dalam surah Al Fatehah diturunkan secara beransur-ansur sebanyak dua kali, iaitu sebahagian ayat turun di Mekah, sebahagian ayat lagi turun di Madinah. Walau bagaimanapun, semua ayatnya adalah ayat-ayat Makkiyyah.

Ia dikatakan surah Al Fatehah atau 'Surah Pembukaan'. Ia boleh juga dikatakan 'Surah Yang Dapat Kemenangan' sebab menurut bahasa Arab, 'kemenangan' berasal dari perkataan 'fath'.

MENGAPA AL FATEHAH DISEBUT SURAH KEMENANGAN?
Al Fatehah dinamakan 'Surah Kemenangan' kerana ia adalah ibu kitab atau Ummul Kitab. Ibu kepada kitab yang tertulis di Luh Mahfuz itu ada di dalam Al Fatehah. Dengan ertikata yang lain, kandungan Al Fatehah meliputi seluruh Al Quran. Kalau surah Al Fatehah dapat difahami dan dihayati intipatinya, itu pun sudah cukup untuk memahami intipati Al Quran. Jadi bila seseorang memahami Al Fatehah, menghayati dan mengamalkannya, ia akan menjadi orang yang dapat kemenangan.

Sudah disebutkan tadi, intipati Al Quran yang 30 juz itu ada dalam Al Fatehah yang sebanyak tujuh ayat. Ertinya, katalah ada seorang pakar yang diberi ilmu oleh Tuhan. Dia tidak membaca keseluruhan Al Quran tetapi dia berkata, "Mari kita hurai Al Fatehah." Maka dia pun syarahkan isi Al Fatehah itu mungkin selama setahun kerana ibarat hendak menggali lombong; tidak mungkin sekadar pakai cangkul dan tidak mungkin selesai dalam satu hari; untuk mengeluarkan 'emas' Al Quran itu sudah tentu memakan masa.

Selepas setahun pakar itu memberi kuliah, dia pun berkata, "Mari tengok Al Quran." Maka mereka akan dapati apa yang disyarahkan huraian dari Al Fatehah itu akan sama dengan seluruh isi Al Quran. Cuma, tidak pernah ada orang yang buat begitu kerana tidak ada orang yang pakar. Begitulah huraian atau tafsiran Al Fatehah itu. Bilamana tafsiran ini jadi ilmu lalu dihayati dan di'apply'kan, pasti seseorang itu akan dapat kemenangan. Inilah hujah mengapa surah ini disebut Surah Yang Dapat Kemenangan.

SURAH PEMBUKAAN
Maksud biasa Al Fatehah yang selalu dibahas oleh ulama ialah 'Surah Pembukaan' kerana ia diletak di depan iaitu di pintu Al Quran. Ertinya Al Fatehah adalah surah yang pertama. Peliknya kerana ia bukan ayat yang mula-mula turun. Ayat yang mula-mula turun ialah dari Surah Al 'Alaq sebanyak lima ayat. Sepatutnya Surah Pembukaan itu ialah Surah Al 'Alaq tetapi ia tidak disebut sebagai 'Surah Pembukaan' atau 'Surah Kemenangan.' Mengapa?

Di sini kita dapat rahsianya. Hikmahnya ialah kerana Al Fatehah itu mengandungi semua aspek sama ada aqidah, syariah atau akhlak. Terutamanya aspek syariah yang mana kalau diperluaskan, syariah itu ialah peraturan atau undang-undang sistem hidup. Manakala hikmah diturunkan Surah Al 'Alaq dahulu ialah Tuhan hendak tanamkan aqidah dahulu. Kalau aqidah belum ada; tidak tahu adanya Tuhan, tidak tahu kemampuan dan kuasa Tuhan; maka apa perlunya syariah.

Oleh itu walaupun Surah Al 'Alaq turun awal, ia tidak disebut sebagai Surah Pembukaan atau Surah Kemenangan kerana ia hanya menyebut satu juzuk iaitu aqidah. Al 'Alaq sahaja tidak mewakili seluruh Al Quran. Maka sebab itulah Surah Al Fatehah yang meliputi seluruh isi Al Quran dijadikan surah pertama walaupun ia bukan surah yang pertama turun.

BISMILLAH ADALAH SALAH SATU AYAT AL FATEHAH
Dalam Surah Al Fatehah ada tujuh ayat termasuk Bismillahirrahmanirrahim. Bismillahirrahmanirrahim itu adalah ayat dari Al Fatehah (ayatul min ayatil Fatihah). Ertinya ia wajib dibaca di dalam solat ketika membaca Al Fatehah. Bagi orang Wahabi, mereka tidak memasukkannya dalam Al Fatehah. Oleh itu kaum Wahabi kebanyakannya tidak membaca Bismillah dalam solat. Mereka terus saja membaca Alhamdulillah...

Lebih malang lagi, imam-imamnya juga ada yang tidak membaca Bismillah. Padahal kalau imam itu bijaksana, berhikmah dan menghormati mazhab serta memikirkan kepentingan masyarakat umum, apa salahnya dia membaca Bismillah. Bahkan bagi mereka pun membaca Bismillah adalah sunat, bukannya haram.

Kalau dia membaca Bismillah, dia dapat pahala sunat. Sedangkan bagi orang yang yakin Bismillah itu wajib dibaca, maka batal sembahyang orang tersebut bila imam tidak membaca Bismillah. Jadi kalau imam itu bijak, walaupun dia anggap baca Bismillah itu sunat, dia akan membacanya kerana selain dapat pahala sunat dan menghormati mazhab yang lain, ia juga menyelamatkan makmumnya dari terbatal sembahyang.

HIKMAH DI SEBALIK TUJUH AYAT DALAM FATEHAH
Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau kita lihat, tujuh ayat dalam Al Fatehah itu dirangkapkan dua ayat, dua ayat. Ia seolah-olah berbentuk sajak. Hujungnya disamakan iaitu sama ada huruf mim atau huruf nun di akhir setiap ayat. Ada ayat yang berakhir dengan 'mim' dan ada ayat yang akhirnya dengan 'nun'. Ayatnya seolah-olah bahagian akhirnya dipasang-pasangkan.

Sebenarnya dalam jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh ini, ada hikmah yang besar. Secara isyarat, ia ada hubungan dengan manusia dan dengan ciptaan Tuhan. Antaranya ialah:

1. Tujuh ayat menggambarkan tujuh hari dalam seminggu
Dalam tujuh hari itulah sama ada manusia hendak jadi jahat atau jadi baik, dapat rahmat atau dapat laknat, dapat bahagia atau celaka, jadi kafir atau jadi mukmin, kaya atau susah, sakit atau sihat. Apakah ada hari yang lain selain daripada tujuh hari itu (yakni Ahad hingga Sabtu)? Tentu tidak. Ertinya dalam masa seminggu, kalau seseorang itu benar-benar menghayati Al Quran; yang intipatinya ada dalam tujuh ayat Fatehah itu, sehingga ia benar-benar berperanan dalam hidupnya, maka dalam seminggu itu dia boleh selamat. Kalau Fatehah tidak berperanan pada dirinya dalam seminggu, maka akan kena laknatlah dia. Huru-hara, haru-biru dan celakalah hidupnya.

2. Tujuh ayat berkait dengan tujuh anggota badan
Dalam seminggu itu sama ada manusia jadi baik atau buruk, ditentukan oleh anggota yang tujuh. Sebab itu dalam sembahyang; yang mana sembahyang itu adalah rukun Islam yang kedua; kesemua tujuh anggota ini terlibat atau digunakan. Kalau agama lain, mereka menyembah Tuhan tidak melibatkan semua anggota. Sebaliknya dalam ajaran Islam, semua anggota terlibat untuk tunduk dan patuh kepada Tuhan.
Ketujuh-tujuh anggota itu ialah:
a. Kepala - ini termasuklah anggota-anggota yang ada di kepala seperti mata, mulut, telinga, lidah dan lain-lain. Kegunaan kepala pula ada bermacam-macam jenis.
b. Dua tangan - ia juga banyak peranannya. Ia boleh berbuat baik atau berbuat jahat, boleh bunuh orang, boleh selamatkan atau celakakan orang.
c. Kedua-dua lutut
d. Kedua-dua tapak kaki

Dalam sembahyang, anggota-anggota sujud itu merupakan tujuh anggota penting tubuh manusia. Semuanya terlibat dalam solat. Dalam doa Iftitah kita menyebut, "Hidupku dan matiku adalah untuk Allah." Ertinya semua anggota yang penting dalam diri kita ini secara tidak langsung sudah kita ikrarkan bahawa kita serahkan pada Allah. Ertinya kita akan menggunakannya ke jalan Allah sebagaimana yang Allah kehendaki. Oleh itu kalau kita sedari dan hayati, apa yang disebut dalam bacaan melibatkan juga anggota dalam perbuatan.

3. Tujuh ayat berkait dengan tujuh Neraka dan tujuh Syurga
Al Fatehah ada tujuh ayat. Kalau intipati Quran dapat dihayati atau tidak dapat dihayati, itu yang akan menentukan nasib seseorang nanti sama ada Neraka yang tujuh atau Syurga yang tujuh. Semua ditentukan oleh intipati Al Fatehah. Kalau Al Fatehah berperanan dalam hidupnya, dia akan dapat salah satu dari tujuh peringkat Syurga. Kalau tidak dapat dihayati dan tidak dapat dijadikan amalan hidup, dia akan masuk salah satu dari tujuh peringkat Neraka.

4. Tujuh ayat itu juga menggambarkan di dunia ini ada tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi
Di langit ada macam-macam makhluk Tuhan yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Demikian juga dengan tujuh lapis bumi yang ada hubungan dengan kehidupan manusia. Ramai ahli sains yang membuat kajian sudah mengesahkannya tetapi ia setakat hubungan yang lahir.

Sebenarnya ia bukan sekadar hubungan yang lahir sahaja. Manusia bukan hanya berhubung dengan matahari, bulan dan bintang sahaja. Tidak juga hanya berhubungan dengan isi bumi, lautan, hutan, binatang, tanaman dan seumpamanya. Bahkan manusia juga berhubung rapat dengan makhluk yang ghaib seperti malaikat.

Malaikat juga menentukan hidup manusia. Kenapa? Sebab ia juga tumpang mendoakan manusia pada Tuhan dan ia juga boleh tumpang melaknat manusia. Tetapi hal yang ghaib ini ahli sains tidak dapat kesan. Mereka hanya mampu kesan yang lahir seperti hubungan matahari dengan manusia, hubungan bulan, pasang surut air laut, bintang-bintang dengan kehidupan manusia. Tentang malaikat, mereka tidak tahu.
Padahal malaikat ikut campur tangan dalam menentukan keselamatan manusia. Mereka juga mendoakan dan memberi berkat dengan izin Tuhan. Mereka juga melaknat manusia dengan izin Tuhan kerana kederhakaan manusia. Perkara yang ghaib ini ahli rohani sahaja yang boleh kesan tetapi saintis tidak boleh kesan.

Selain malaikat, jin-jin juga ada hubungan dengan hidup manusia. Ini tidak dapat dikesan oleh ahli sains, tetapi boleh dikesan oleh ahli-ahli rohani. Apa maksud jin-jin juga terlibat? Jin itu hidupnya ditumpangkan dengan manusia. Dia bergaul dengan manusia. Oleh sebab itu, apa bahasa manusia itulah bahasa jin. Kalau di Malaysia menggunakan bahasa Melayu, jin pun bercakap dalam bahasa Melayu. Di Indonesia, jin bercakap bahasa Indonesia. Kalaulah di Malaysia ada jin yang berbahasa Indonesia, bermakna jin itu berasal dari Indonesia. Jin di negara Arab berbahasa Arab. Jadi jin tumpang bahasa manusia itu untuk menunjukkan manusia lebih mulia dari jin.

Selain itu, jin juga tumpang belajar dengan manusia. Firman Allah di dalam Al Quran:
Maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaan (nya) lalu mereka berkata, 'Diamlah kamu (untuk mendengarkannya).' Ketika pembacaan itu selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan." (Al Ahqaf: 29)

Mujurlah kita tidak nampak jin sebab kita tidak akan sanggup hendak melihatnya. Begitu juga soal makan. Jin kafir makan tulang-tulang haiwan yang disembelih oleh orang kafir. Jin Islam pula tumpang makan tulang-tulang binatang yang disembelih oleh orang Islam. Oleh sebab itu berhati-hatilah apabila membuang tulang. Buanglah pada tempatnya. Kalau tulang-tulang itu dibiarkan bersepah, jika ada jin yang datang untuk makan lalu terlanggar anak kita maka akan timbul masalah.

5. Tujuh ayat ini kalau kita jadikan panduan, ia boleh didik nafsu kita yang tujuh peringkat
Inilah hikmah terpenting dari jumlah ayat Al Fatehah yang tujuh itu. Makin kita hayati, makin kita dapat mendidik diri dan nafsu kita. Bila dikategorikan, nafsu manusia ada tujuh peringkat iaitu:
i. Nafsu ammarah
ii. Nafsu lawwamah
iii. Nafsu mulhamah
iv. Nafsu mutmainnah
v. Nafsu radhiah
vi. Nafsu mardhiah
vii. Nafsu kamilah

Isi Al Quran itu terkandung dalam Al Fatehah yang terdiri dari tujuh ayat. Nafsu ada tujuh peringkat dan ayat Al Fatehah juga ada tujuh. Itu bukan kebetulan. Hikmahnya adalah, kalau Al Fatehah ini dihayati, nafsu boleh menjadi baik. Nafsu itulah yang menentukan celaka atau bahagia, patuh atau tidak patuhnya kita pada Tuhan. Paling-paling lemah, Al Fatehah atau isi Al Quran ini dapat mendidik nafsu sampai ke peringkat mulhamah. Walaupun nafsu mulhamah ini masih belum mantap, masih goyang tapi itu pun dikira sudah baik. Itulah nafsu orang soleh. Manakala mutmainnah pula, ia peringkat nafsu yang sudah istiqamah, sudah tetap serta tidak mudah goyang.

Di sini juga dapat kita faham bahawa manusia akan bermula dengan nafsu yang paling jahat kepada nafsu yang paling baik kalau dia benar-benar mengendalikan nafsunya itu. Kalaulah manusia menghabiskan banyak masanya untuk mempelajari hal-hal yang berkaitan dengan nafsu dan mempraktikkannya, sesungguhnya manusia akan mampu meningkatkan dirinya dari tahap ke tahap. Dia akan dapat meningkatkan dirinya daripada bernafsu ammarah kepada lawwamah, mulhamah, mutmainnah dan paling tinggi akan sampai kepada mardhiah. Namun ada di kalangan manusia yang mampu sampai kepada nafsu kamilah; nafsu yang paling atas; iaitu para nabi dan rasul. Manusia biasa boleh menjangkau sampai nafsu mardhiah sahaja kalau dia sangat berusaha mengendalikan nafsunya.

Cara untuk kita mengendalikan nafsu hingga sampai ke taraf malaikat, itu semua mesti dirujuk kepada Al Quran. Ia tidak boleh dirujuk kepada ilmu jenis lain. Siapa yang boleh menguasai Al Quran sepenuhnya dan mempraktikkan Al Quran terhadap nafsunya, maka dia akan merasai bagaimana dia merangkak beralih dari satu tahap ke satu tahap. Hebatnya Allah kerana menciptakan dalam diri manusia, satu nafsu yang tidak boleh dilihat tetapi memang berperanan. Kalau manusia mahu, dia boleh mentadbir nafsunya itu. Tetapi untuk itu ianya mesti dirujuk kepada Al Quran.

Ayat Al Quran itu terlalu banyak, namun Allah yang Maha Bijak telah meminta kita memberi tumpuan kepada tujuh ayat sahaja. Kalau kita boleh mengambil tujuh ayat ini untuk kita kuasai segala kekuatan yang ada di dalamnya maka kita akan boleh mengendalikan nafsu kita. Yang sebenarnya kalau kita boleh kuasai tujuh ayat itu, kita boleh sampai ke peringkat ketujuh, yang mana nafsu itu boleh kita tadbir dan kuasai. Nabi-nabi boleh melakukannya hingga mereka sampai peringkat ketujuh itu.

Allah yang menciptakan nafsu itu tujuh peringkat, tahu untuk memadankannya dengan tujuh ayat dari surah Al Fatehah itu. Allah SWT menetapkan kekuatan tujuh ayat Al Fatehah itu boleh mengendalikan tujuh peringkat nafsu itu walaupun sifatnya tidak sama. Namun kita seperti diberi amaran bahawa kebanyakan manusia tidak akan mampu untuk mengambil seluruh kekuatan Al Fatehah itu untuk memerangi nafsu sehingga peringkat tertinggi melainkan setakat mulhamah atau paling tinggi mutmainnah.

Maha Besar Tuhan yang mampu mencipta tujuh ayat yang dengan kekuatannya mampu berhadapan dengan tujuh peringkat nafsu. Saintis pun tidak pernah boleh mengesan kehadiran nafsu itu tetapi Allah boleh wujudkannya dan Allah berkata bahawa Dia membuatnya sebanyak tujuh jenis. Namun orang rohani yang diberi ilham oleh Allah boleh melihat kekuatan Al Fatehah ini yang dirangkum dalam tujuh ayat. Rupanya walaupun ilmunya ilham tetapi ia bersifat falsafah. Iaitu melihat keajaiban ciptaan Tuhan merangkumkan kekuatan 6,666 ayat itu ke dalam tujuh ayat sahaja yang mana ia boleh dipakai untuk mengendalikan tujuh peringkat nafsu. Ia bukan kebetulan. Seseorang yang dhaif dalam mengambil tujuh ayat ini maka dia akan dhaif dalam mengendalikan tujuh tahap nafsu itu.

Jadi di sini kita sudah nampak kebesaran Fatehah padahal baru memperkatakan kulit atau muqaddimahnya sahaja. Baru di pintu Fatehah, belum masuk ke dalam tetapi sudah nampak besar isinya. Oleh sebab itulah saya lebih suka mengatakan Al Fatehah itu 'Surah Yang Dapat Kemenangan' daripada menamakan ia 'Surah Pembukaan'.

Kalau ulama masyhurkan Al Fatehah itu sebagai Surah Pembukaan kerana ia diletak di depan Al Quran, itu tidak salah tetapi bagi saya elok dimasyhurkan sebagai Surah Kemenangan sebab pengertiannya lebih luas. Ini kerana ia merangkumi semua kehidupan langit dan bumi, yang ghaib dan rohani seperti Syurga, Neraka, nafsu dan lain-lain. Tuhan sendiri dalam menamakan surah ini menggunakan isim fi'il - 'yang telah mendapat kemenangan'. Lebih baik makna ini kita masyhurkan kerana Surah Fatehah itu menentukan seseorang itu mendapat kemenangan atau tidak sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Agar dengan itu hidup ini dipandang berat dan tidak disia-siakan. Jangan dianggap semuanya kebetulan. Ia ada hubung kaitnya dengan hidup kita.
Isnin, 5 Januari 2009 | By: iKhwan89

POLEMIK POLITIK : CARILAH TITIK PERSAMAAN BUKAN TITIK PERBEZAAN


Sebagai umat Islam, kita mesti selalu berdoa agar Allah swt campur tangan dalam semua urusan hidup kita dan mengatasi berbagai kerenah yang berlaku di dalam masyarakat kita sama ada dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Kita juga sebagai umat Islam yang perihatin dengan perpaduan sesama islam tentu juga ingin mengingatkan kepada mereka yang bergelar pemimpin khususnya pemimpin politik, tidak mustahil suatu masa nanti masyarakat umum akan menjadi bertambah meluat serta muak terhadap para pemimpin politik. Ini kerana melihat kepada telatah dan gelagat pemimpin politik yang tiada noktah akhir untuk berdamai. Setiap hari ada saja isu yang menjadi modal untuk bertelagah.

Cuba kita lihat contoh negara negara yang sering berkrisis seperti jiran kita iaitu Thailand dan beberapa negara Afrika seperti Zimbabwe, Sudan, Congo dan yang terbaru Guinea. Berkrisis, bertelagah, bergaduh, bermusuh dan akhirnya berperang. Sama juga denga apa yang berlaku di Palestin, mereka sedang berhadapan dengan regim Zionis, dalam waktu yang sama mereka berkrisis sesama sendiri.

Umpamanya kita lihat Thailand, bila masanya untuk memikirkan masalah rakyat dan membangunkan negara. Lantaran memikirkan kepentingan diri maka masing-masing saling jatuh menjatuhkan yang tidak mendatangkan sebarang keuntungan. Bahkan lebih banyak merugikan negara dan rakyat. Rakyat ramai membuang masa berdemonstrasi untuk memenuhi selera beberapa kerat pemimpin. Pemimpin yang ada dijatuhkan, naik pula pemimpin baru yang belum pun sempat membuat dasar kerajaannya, sudah dijatukan. Pemimpin baru naik pun senasib juga, belum berbuat apa-apa dasar sudah dijatuhkan pula. Kalau naik pula pemimpin yang baru bakal menghadapi situasi yang sama. Berlaku demikian adalah angkara pemimpin yang membawa bersama rakyat untuk melakukan perkara-perkara yang tiada faedah, iaitu berdemonstrasi untuk saling jatuh menjatuh. Yang untung ialah para pemimpin itu sendiri yang sudah sedia kaya raya dan senang lenang. Rakyat kekal menggigit jari.

Buat masa ini mungkin situasi begitu tidak berlaku dinegara kita, tetapi jangan pula anggap mustahil akan berlaku. Ini kerana melihatkan dikalangan pemimpin politik seringkali mencetuskan pertelingkahan terhadap sesuatu isu yang kadang-kadang tidak sepatutnya di jadikan polimikan. Contoh terkini ialah persoalan Hudud.

Hudud adalah hukum Allah swt. Hudud datangnya dari Allah swt. Hudud adalah ketetapan dari Allah swt dan hak mutlak milik Allah swt. Apabila orang politik memperkatakan mengenai Hudud, ianya menjadi panas. Pihak yang mempertahankan Hudud dengan secara panas, manakala yang kurang bersetuju pun dengan secara panas juga. Kita bukan mahu membahaskan isu ini kerana Hudud memerlukan ruang yang panjang, sesuai dibahaskan dalam satu buku. Kita harus ingat persoalan Hudud ini membabitkan hukum hakam Allah swt. Hukum hakam Allah swt bukan sesuatu yang boleh dipolemik secara terbuka dan melibatkan berbagai pihak yang tidak berkenaan. Akibatnya akan semakin mengelirukan masyarakat terhadap hukum hakam Allah itu. Bermula dari polimik antara pemimpin politik yang berseteru, akhirnya membawa kepada pro dan kontra dalam masyarakt umum. Kadang- kala masyarakat umum bukan memahami persoalan sebenar. Mereka hanya cenderung kepada pemimpin parti masing-masing dan fahaman politik yang dianuti. Bukan berpegang kepada pendirian agama sebenar.

Persoalannya di sini, bolehkah hukum hakam Allah swt dijadikan bahan pro dan kontra? Bila keadaan ini terjadi siapa yang mahu bertanggung jawab sehingga membawa pertelagahan pula dikalangan masyarakat umum terhadap Hudud itu. Kita menjadi berseteru kerana hukum hakam Allah swt yang sepatutmya diterima bersama. Kita sesama umat Islam seringkali mencari titik perbezaan dan diperbesarkan hingga melibatkan masyarakat awam. Sepatutnya dalam mana-mana persoalan hukum hakam Allah swt kita mencari titik persamaan dan saling berkongsi ilmu serta kefahaman.

Sikap umat Islam yang terbaik dalam perkara berkaitan ajaran Islam ialah:

1. Berpegang kepada Aqidah dan keyakinan yang sama.
2. Apa saja perintah wajib dari Allah swt diterima sebagai wajib, jangan dipertikaikan. Sama-sama pula mendokong serta laksanakan secara bersama.
3. Apa saja yang ditegah atau dilarang atau haram oleh Allah swt, hendaklah diterima sebagai haram, dan jangan berdolak dalik. Sama-sama menjauhinya, membenteras dan menghapuskannya.
4. Semua perkara makruf hendaklah saling bahu membahu dalam menegakan yang makruf tersebut, dan sama-sama berkongsi manfaatnya.
5. Terhadap perkara mungkar pula sama-sama membenteraskannya.
6. Kalau suatu aspek itu kedudukannya khilafiyah maka sama-sama menjaga adab khilaf dengan menghormati pegangan masing-masing tanpa perlu mempengaruhi atau mempertikaikan. Bahkan kalau bijak dalam menangani perkara khilaf atau berbeza pendapat ini amat besar rahmat dan kebaikannya.

Namun demikian, kebiasaannya keadaan inilah yang paling payah terjadi kepada orang politik. Biasanya keuntungan politik jauh lebih diutamakan berbanding dengan keutamaan agama itu sendiri. Sekarang ini dalam persoalan Hudud yang diketengahkan itu, ada pihak kurang setuju. Bila pihak tersebut ketengahkan Islam Hadhari, pihak yang lain pula kurang setuju. Sedangkan tiada apa yang tidak kena dengan Islam Hadhari tersebut. Saling mempertikaikan itu adalah kerana kedudukan kedua pihak sebagai seteru politik.

Berbalik kepada Hudud, ada juga parti yang diwakili majoritinya oleh orang bukan Islampun turut tumpang semangkuk di dalam polemik ini. Hudud adalah persoalan agama Islam, ianya adalah hukum hakam Allah swt. Apa hak mereka untuk campur tangan? Dari satu segi, mereka tidak boleh di persalahkan. Salahnya ialah pemimpin politik orang Islam sendiri. Apabila Hudud di polemikkan oleh orang politik dan secara politik maka mereka (merujuk kepada ahli politik bukan islam) anggap Hudud bukan persoalan agama Islam. Mereka mungkin beranggapan seolah-olah Hudud hanyalah sebahagian daripada isu politik. Tidak hairanlah maka mereka berani bersuara bahkan sampai keperingkat mencabar yang dikira sudah melampau dan keterlaluan. Apa yang kita boleh buat? Ini semua adalah angkara kelemahan kita sendiri yang meletakkan Hudud sebagai sebahagian isu politik.

Hudud bukan bahan perbahasan dipentas terbuka! Ulama serta pemikir Islam terutama dikalangan yang benar-benar berkecuali sewajarnya memperkatakan Hudud secara dingin, teliti, berhalus, berhati-hati dengan penuh taqwa kepada Allah swt.

Kita amat berharap semoga para ulama dan pemikir Islam dapat menutup mulut pihak-pihak yang mewakili badan bukan Islam ini agar tidak bercakap mengenai persoalan agama Islam ini. Dan sekaligus mudah-mudahan para ulama dan pemikir Islam turut mendinginkan suhu orang politik terhadap hukum hakam Allah swt ini. Andainya ini dapat dilakukan oleh para ulama dan pemikir Islam, nescaya dapat sedikit sebanyak mengubah tanggapan masyarakat terhadap ulama. Selama ini masyarakat prejudis terhadap ulama dan mengganggap ulama hanya nampak kepada persoalan seperti pondan, rokok, pengkid, yoga dan sebagainya.Sebaliknya membisu terhadap persoalan seperti Hudud.

Marilah kita sama-sama berdoa, ‘Ya Allah, yang maha berkuasa keatas tiap-tiap sesuatu, yang kami ini dalam genggamanMu, jadikan kami sebagai hamba-hambaMu yang bernaung dibawah pemimpin kebenaran. Tunjukanlah kepada kami yang benar itu adalah benar. Jadikan kami dari kalangan hamba-hambaMu yang berada dalam kebenaran yang hakiki. Berilah kepada kami kekuatan untuk mempertahankan serta memperjuangkan kebenaran.’


Sekian.
Jumaat, 2 Januari 2009 | By: iKhwan89

ISRAEL : PENGGANAS AKHIR ZAMAN

Perkembangan terkini di Gaza pada hari ini menyebut terdapat lagi korban terbaru akibat serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, sepanjang malam tadi, dengan jumlah yang maut meningkat 398 orang. Ketua Perkhidmatan Kecemasan Wilayah, Moawiya Hassanei, berkata sejak Israel menyerang Sabtu lalu, jumlah yang terkorban setakat ini membabitkan 180 orang awam dengan lebih 2,000 cedera.

Kini telah hampir seminggu Israel mengganas di Semenanjung Gaza, membunuh orang awam tanpa memperdulikan cemuhan dan kutukan masyrakat dunia terhadap mereka. Mereka ini sekarang seperti Raja Dunia yang berkuasa berbuat sahaja, melanyak segala apa yang dianggap sebagai musuh tanpa ada sesiapa yang mampu menahan kezaliman yang mereka lakukan secara terang-terangan itu.

Mengapa berlaku sedemikian? Bukankah bilangan mereka, bangsa Israel ini sedikit sekali jika dibandingkan dengan umat Islam?. Mengapa umat Islam yang berbilion bilangannya ini tidak mampu mempertahankan saudara seagama mereka di bumi berdarah Gaza ketika ini? Hanya yang mampu kita lakukan hanya berdemonstrasi, menyerahkan memorandum dan pelbagai tindakan yang tidak langsung memberi kesan yang signifikan ke atas nasib penduduk-penduduk islam di Gaza yang tertindas itu. Maka saya kira, kita harus dengan penuh rasa malu mengakui kelemahan kita di dalam menangani hal ini.

Apa yang berlaku hari ini adalah rentetan dari perancangan jangkapanjang dan pengimplementasian perancangan itu oleh Yahudi Zionis. Sebenarnya, musuh-musuh Islam terutama Yahudi tahu rahsia di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahannya. Mereka usahakan untuk mengambil tahu supaya di mana kekuatan itu yang hendak dilemahkan dan juga supaya kelemahan umat Islam itu terus dilemahkan. Sepatutnya rahsia ini cendikiawan Islam yang faham, tetapi mereka nampaknya sudah tidak faham di mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahan mereka. Oleh kerana cendikiawan Islam sudah tidak tahu lagi rahsia kekuatan dan kelemahan umat Islam, bolehlah kita katakan mereka-mereka yang dikatakan arif dengan ilmu Islam sudah tidak boleh jadi pemimpin kepada umat Islam, dengan demikian terdedahlah umat Islam kepada bahaya,kepada musuh Islam terutama Yahudi.

Bagaimana orang Yahudi melemahkan umat Islam?

Di antaranya sebahagiannya kita sebutkan di sini untuk difaham.

Yang pertama :

Orang-orang Yahudi menggalakkan maksiat, dengan digalakkan pergaulan bebas di dalam pelbagai saluran,di dalam pendidikan, di dalam kebudayaan, di dalam ekonomi, supaya keturunan umat Islam terdedah kepada penzinaan, supaya keturunan umat Islam rosak. Bila keturunan umat Islam rosak,hidayah Tuhan tidak dapat. Setidak-tidaknya kalau umat Islam sudah asyik berhiburan, mereka akan lalai dengan tanggungjawabnya kepada Tuhan, seperti cuai sembahyang, seperti tidak memikirkan halal dan haram. Keturunan yang lalai itulah akan menikah kahwin melahirkan generasi, sambung menyambung yang akan datang dan melahirkan Generasi yang tidak dipimpin oleh Tuhan,maka akhirnya mereka hidup di dalam kelemahan.

Yang Kedua:

Begitu juga mereka orang-orang Yahudi mengeluarkan produk-produk makanan dan minuman.Di dalam makanan dan minuman itu dimasukkan unsur-unsur sihir, serta makan minum yang tidak halal supaya jiwa umat Islam yang sudah rosak tak dapat pimpinan Tuhan, hiduplah mereka sebagai haiwan. Kalau mereka hidup macam haiwan,senanglah mereka mengkotak-katikkan umat Islam. Maka sambung menyambung jugalah generasi umat Islam di dalam kelemahan.

Yang Ketiga:

Begitu juga orang Yahudi merosakkan fikiran umat Islam melalui pendidikan, filem-filem serta bahan-bahan bacaan atau kebudayaan atau melalui ideologi, supaya merosakkan fikiran dan jiwa umat Islam.Kemudian umat Islam itu tak boleh dididik dan disedarkan dan di dalam keadaan itu umat Islam tidak akan kembali kepada Tuhan, dan tidak akan bersatu dan berkasih sayang sesama umat Islam. Kalau mereka berjuang pun tidak mengikut yang dikehendaki oleh Tuhan.
Bila mereka berjuang tidak seperti yang dikehendaki oleh Tuhan, bantuan Tuhan tak datang,tinggallah mereka di dalam kelemahan.

Di waktu itu orang Yahudi mengkotak-katikkan umat Islam yang di dalam kelemahan. Umat Islam hari ini adalah seperti yang kita gambarkan tetapi mereka yang bertanggujawab dalam Islam masih tidak sedar juga di mana titik tolak umat Islam ini hendak diberi kekuatan. Mereka masih tercari-cari, masih terjebak dengan ideologi dan fikiran sekular tajaan Yahudi. Kalau Tuhan tidak menunjukkan seorang pemimpin untuk memimpin umat Islam,maka di masa yang akan datang umat Islam di seluruh dunia akan lebih lagi malang.

Bila umat Islam lalai dengan Tuhan, lahirlah golongan-golongan, yang masing-masing ada watak dan sikap bersendirian. Akibatnya satu golongan dengan satu golongan yang lain tidak dapat disatukan dan di dalam keadaan itu musuh-musuh Islam mengambil peluang. Mereka mengkotak-katikkan umat Islam yang tidak boleh disatukan, maka akhirnya umat Islam termasuk di dalam perangkap musuh. Akhirnya kehinaan pun datang, kehinaan itu berpanjangan dari satu generasi ke satu generasi sambung menyambung.Walaupun ramai umat Islam di dalam kelemahan macam buih-buih di lautan,watak setiap golongan itu seperti berikut yang akan diceritakan. Di antaranya:

Kalau dia orang politik,jatuh menjatuhkan di antara mereka, fikirannya, kuasa dan jawatan. Mudah untuk mendapat musuh, tetapi mudah juga untuk mendapat kawan. Mudah untuk musuh jadi kawan, dan begitu juga sebaliknya amat mudah kawan menjadi musuh. Keadaan itu jadi budaya di dalam kehidupan.

Kalau golongan ekonomi fikirannya mencari keuntungan dan kekayaan, sekalipun orang lain mendapat kesusahan dan penindasan asalkan apa yang penting dapat diperolehi iaitu wang dan kekayaan.

Kalau golongan pendidikan berbangga dengan ilmu pula, dengan ilmunya untuk mendapat jawatan supaya hidup lumayan. Kemudian megah pun datang dan hidup nafsi-nafsi menjadi budaya, masing-masing hidup cara sendiri.

Kalau golongan artis dan budayawan kerana mencari makan membuatlah filem-filem walaupun hasil dari filem-filem itu hanya merosakan orang ramai. Yang penting ialah mereka menjadi popular dan dapat glamour, dapat duit senang makan. Senang dapat rumah besar dan kenderaan mewah, walaupun kegiatan mereka itu merosakkan sehingga akhlak orang ramai bercanggah dengan syariat Islam.

Kalau golongan buruh pula mereka asyik fikirkan kenaikan gaji.Kalau menuntut dengan majikan mereka sanggup demonstrasi kerana kenaikan gaji, tidak fikir zaman inflasi. Yang penting majikan naikkan gaji.

Kalau orang-orang agama pula mereka asyik sibuk dengan motivasi dan dakwah, bukan kerana Allah tetapi hendak hidup mewah. Orang biasa menyangka mereka berjuang untuk fisabilillah, tetapi yang sebenarnya mereka berjuang untuk hidup mewah.

Begitu jugalah golongan-golongan lain yang kita tidak sebutkan, mereka masing-masing ada watak dan gaya hidup yang bersendirian. Kita boleh carilah sendiri tidak payahlah diberitahu disini, kita akan tahu sendiri.

Begitulah umat Islam sudah tidak fikirkan Tuhan, watak dan sikap tidak boleh disatukan. Masing-masing golongan ada watak dan hidupnya yang tersendiri. Itulah yang berlaku kepada umat Islam di hari ini dan hendak dibetulkan semula semua ini kita memerlukan seorang pemimpin yang ada wibawa,yang boleh menyatukan semua golongan itu.

Kita berdoalah agar Tuhan cepat tunjukkan seorang pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan, untuk memimpin umat Islam dan mendapat bantuan Tuhan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di kalangan umat Islam, supaya kehinaan itu tidak berpanjangan.

Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com