KEJATUHANMU KUTUNGGU...
Aku tahu engkau berdua sedang jatuh-menjatuhkan
Kamu berdua sedang bertarung
Di dalam firasatku engkau berdua akan jatuh
Mengikut kebiasaan dua orang yang bertarung seorang naik seorang jatuh
Tapi kamu berdua insya-Allah sama-sama jatuh
Kejatuhanmu berdua sudah lama aku rasakan
Sejak aku di luar negara lagi telah diberitakan
Aku tunggu kejatuhanmu tahun ke tahun
Begitu lama aku tunggu belum juga terjadi
Ramai rakan seperjuanganku yang lari
Kerana sangsi dengan ramalanku itu
Waktu aku menulis ini, aku rasa sudah dekat masanya
Kejatuhanmu berdua tidak lama lagi
Tanda-tandanya begitu terserlah
Orang yang peka dan prihatin sudah dapat menduga
Sedangkan aku sudah lama tahu, sebelum ada tanda-tandanya lagi
Sekarang kamu berdua akan menerima hadiah
Bukan hadiah yang menggembirakan, tapi mendukacitakan dan memalukan
Tunggulah tidak lama lagi
Aku memang menunggu dan menanti
Kamu berdua yang bertarung, orang lain mendapat untung
Orang ramai meramalkan kamu yang termuda akan berjaya
Yang tua kecewa bahkan jatuh tersungkur
Insya-Allah kedua-duanya akan kecewa dan mendapat malu pula
Di atas kejatuhan kamu berdua, seorang yang tidak disangka yang berjaya
Orang ramai akan terkejut
Aku tidak terkejut, aku sudah memberitahunya
Yang punya diri terpinga-pinga, rasa tidak masuk akal dengan berita
Lantaran itu dia juga ikut terkejut
Selepas terkejut, akan ada satu lagi kejutan
Seorang yang telah dilupakan, menggantikannya
13.6.99
Selepas Asar
Tulisan ini adalah sajak yang ditulis oleh Abuya Sy.Imam Ashaari Muhammad at-Tamimi