Khamis, 30 September 2010 | By: iKhwan89

SAJAK : TANDA-TANDANYA SUDAH TERJADI


DI WAKTU hampir tiba Nabi akhir zaman
dua empayar di waktu itu hampir tumbang
rakyat keduanya gelisah tidak senang
pemerintahnya sumbang
negara-negara kecil di bawah kekuasaannya huru-hara
tidak senang dengan pihak berkuasa
rakyat sesama sendiri tidak sekata
maksiat merata bumi
peperangan menjadi-jadi setiap hari
malu sudah tidak ada lagi
perempuan telanjang di khalayak ramai biasa saja
arak, judi amalan biasa
ulama-ulama ahlul kitab di waktu itu
mencari untung atas nama agama
mempunyai kuasa kedua selepas umarak
ahli-ahli nujum, ulama-ulama setiap agama berkata
Nabi akhir zaman akan tiba
ada individu-individu seperti Salman Al Farisi
mencari-cari pembela
seolah-olah terasa Nabi akhir zaman telah tiba
sebagai pembela
terutama rakyat jelata yang teraniaya
waktu ini ciri-ciri yang ada pada dunia
di waktu Nabi tiba
sudah sama
dua gergasi dunia sudah copot taringnya
umurnya sudah tua
menunggu kematiannya
negara-negara kecil krisis dalam negeri tidak habis-habis
silih berganti pemerintahan sering berlaku,
rakyatnya tidak bersetuju
perempuan hilang malu
setengah mereka dibogel di khalayak ramai
dihubungkan dengan maju
perpecahan masyarakat terus berlaku
maksiat mainan harian
arak, judi, tipu, rasuah sebagai pakaian
ulama-ulama rasmi membanteras agama atas nama agama
mereka mempunyai kuasa kedua
perangai mereka masya-Allah semua orang tahu
setiap hati telah berkata
bilakah suasana akan berubah?
bilakah datang seorang pembela?
sudah ada hati yang merasa ingin menunggu
sudah ada yang kata, mari kita tunggu
sudah ada yang meramalkan pemimpin Islam akan berkuasa
dengan jubah dan serbannya
ini petanda pemimpin akhir zaman hampir akan tiba
Insya-Allah tidak lama lagi
di kurun ini juga
bukan Nabi akhir zaman
tapi khalifah Nabi yang disimpan.

Jam: II.00 malam
Bogor, jawa
25.2.90

Rabu, 29 September 2010 | By: iKhwan89

SAJAK : MENUNGGU DENGAN RINDU


ENGKAU akan tiba
membawa berita gembira
membersihkan noda dan dosa
yang menjadi idaman dunia
kedatanganmu ditunggu
sudah lama kami rindu
menempa sejarah lama
yang akan berlaku kali kedua
kami sedang berbaris
menunggu kedatanganmu
dengan hati gembira
mengharapkan pembelaanmu
kau pasti tiba
di kurun ini juga
menegakkan keadilan
membanteras kemungkaran
kami tidak sabar
menunggu kedatanganmu
dengan penuh rindu
sejarah akan berulang
membawa kenangan lama
kedatanganmu sangat diperlukan
padamu akan diserahkan dunia ini
menegak kebenaran
menumpas kepalsuan
kau mujaddid yang dijanjikan
khalifah di kurun ini
membaharui yang lama
yang sudah dilupakan
bila kamu tiba selesailah masalah dunia
yang sudah lama di dalam kekusutan
yang tidak dapat diungkai
kedatanganmu adalah idaman
membangunkan iman
membawa keselamatan
mewujudkan kemakmuran
moga-moga cepatlah kedatangan mujaddid baru
membersihkan dunia ini
dari tangan-tangan manusia
yang berkuku besi
dan berhati singa
kasih sayang musnah sama sekali
di kalangan manusia
moga-moga dengan kedatanganmu
kasih sayang berbunga semula.

jam: 10.25 malam
Pattaya
1.4.90

Selasa, 28 September 2010 | By: iKhwan89

MAHA BAIKNYA TUHAN : KISAH SI PENJUAL TEMPE



Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang
perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat
tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya
sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya
merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk
pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang
diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh
jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak.
Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang
kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum
menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu.
Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah
teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan
perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil.

Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Tuhan , aku
memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia
sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang
perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung
jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan
keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika
sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang
jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya
semula dan berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil
bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana
inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini
kepada tempe, Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit
bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila
tempenya masih tetap begitu!!
Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula
didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum
terkabul.

Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang
untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua
itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil
berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan
masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa
perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk
berdoa. "Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara
aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku,
jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang
perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya.
Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi.
Dengan hati yg berdebar-debar dia punmembuka bakulnya dan menekan-nekan
dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia
membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang
terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!
Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam.

Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada
Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil.
Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil
jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang
jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe
yang baru separuh menjadi.

Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para
pembeli sudah mula kurang.Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama
penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu
seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil
jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih
menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya.

Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan
langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Tuhan, berikanlah
penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya
ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari
tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih
belum berjumpa lagi."

Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak
berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya
mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di
depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Tuhan, saat ini
aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula,
Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun
penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar
tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan
bersyukur pada Tuhan.
Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak
membeli tempe yang belum jadi?"
Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England
teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan
ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi
supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang
sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana
tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah
pun dimakbulkan oleh Tuhan...

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu
berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita
perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita
sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap
apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita
sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Isnin, 27 September 2010 | By: iKhwan89

SAKIT PERUT:mungkin ini penghapusan dosa

salam alaik..semoga semua dalam kasih sayang Tuhan..

Ya Allah....hari nie....dasyat sungguh ujian Tuhan kepada ku..agaknya mungkin akibat aku lalai dan lupe dengan Dia kot...

Dah 4 hari dah aku mengalami masalah kesihatan yang amat dasyat..iaitu sakit perut..huhuhuh...hari ini merupakan kemuncaknya,....xlarat bangun....xlarat bergerak...huhuhu

Ampun wahai Tuhan...aku tahu...ini adalah dengan keredhaan Mu..aku redha Engkau lakukan ini kepada ku....moga aku semakin dekat dengan Mu..ampun Tuhan..ampun Tuhan..terimalah taubat ku...
Jumaat, 24 September 2010 | By: iKhwan89

SAJAK : Haramain bertukar tangan.......


TIDAK lama lagi akan terjadi
Abdal dari Syam, Khutub dari Mesir akan ke Haramain
Disusul pula oleh Asoib dari Timur
semua golongan ini akan membantu Imamul Mahdi
Di waktu itu orang-orang fasiq dari Haramain akan keluar
membawa diri tanpa paksa
kerana tidak layak menjadi-Khadimul Haramain
Ini petanda Imamul Mahdi akan muncul
Ia isytihar diri di Tanah Suci
Untuk menjadi khalifah di bumi ini
Ramailah orang baiah dengannya
Mengaku taat setia sehidup semati
Bermulalah zaman cahaya meliputi bumi
Zaman gelap lenyap sama sekali
Bergembiralah mendengar berita ini.




*bergembiralah mendengar berita ini*
Khamis, 23 September 2010 | By: iKhwan89

SAJAK : Berjuang Pada Jalan Allah

Marilah kita berjuang
Berjuang mengikut jalan Tuhan
Berjuang supaya Tuhan dikenali dan dibesarkan
Berjuang agar Tuhan disembah
Supaya Tuhan ditakuti dan dicintai oleh insan
Siapa melakukannya besar sekali pahalanya

Marilah kita berjuang membela bangsa yang lemah
Yang lemah iman, yang lemah kerana tidak ada kuasa,
yang lemah kerana miskin,
yang lemah kerana terbiar tidak ada pembelaan

Membela mereka ada caranya dan pendekatannya
1. Pertama mengikut jalan Tuhan
Mengikut jalan Tuhan iaitu mengenalkan Tuhan untuk Tuhan, cara Tuhan
agar Tuhan disembah dan dibesarkan

2. Kedua: Meminta Tuhan datangkan pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan.

3. Ketiga: Meminta adanya pembantu-pembantu dari Tuhan (orang Tuhan) pengikut pemimpin dari Tuhan

Begitulah orang mukmin berjuang
Berjuang membela manusia (bangsa) mengikut jalan Tuhan sudah ditentukan
Membela bangsa tidak mengikut jalan Tuhan ertinya mengikut jalan syaitan
Membela bangsa tidak ikut jalan Tuhan tidak akan diberi kemenangan dan kejayaan
Bahkan semakin gigih berjuang semakin terhina dan kecundang
Kalau Tuhan beri juga kemenangan,
kemenangan secara istidraj dan penipuan
bukan secara keredhaan Tuhan

Kemenangan bukan keredhaan akan membawa kerosakan
macam mereka yang sebelum dikalahkan
Akan berlaku membalas dendam, akan berlaku penzaliman,
akan berlaku rebutan, akhirnya akan berlaku jatuh-menjatuhkan

Itulah dia panduan berjuang bagi orang mukmin dari Tuhan
Jadi! Berjuang bukan sekadar berjuang
Berjuang bukan asalkan berjuang, ianya ada panduan dari Tuhan
Berjuang membela atas dasar Tuhan bukan atas dasar bangsa dan dendam

Oleh itu berjuang elakkan rasa marah dan dendam
Berjuang jangan jadi kasar dan militan
Berjuang jangan menganiaya dan menzalim
Berjuang hendaklah kenalkan Tuhan agar ia disembah dan dibesarkan
Berjuanglah tapi membawa kasih sayang dan suka memaafkan
Itulah berjuang yang disukai oleh Tuhan
Pahalanya besar jika mati mendapat syahid dan dapat keredhaan Tuhan

2.9.2004 – 2
Menjelang tidur
Isnin, 20 September 2010 | By: iKhwan89

RAYA TIME!!!....hehehehe

bismillah..dengan nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang...semoga semua dalam kasih sayang Tuhan..ape kabar semua??semoga semua dalam senyuman....macam aku..(^_^)
He3....alhamdulillah...syawal telah kita rai kan bersama...menjadi tradisi kunjung mengunjung sanak saudara,jiran2..dan sesape jer yang kite kenal..time2 raya ni lah kite nak ziarah....murni....sangat indah....namun......ada juga yang secara tidak sedar mencalarkan kemurnian syawal ini..
Mana taknya.....pagi2 dah di sirami dengan umpat mengumpat jiran sebelah....pantang jiran beli perabut baru...pantang tengok jiran tukar langsir..haa....siap lah...*mujur mak aku tak macam tu*huhuhu..
ada lagi......ni ha,,bebudak sekarang ni.....ibu bapa sekarang mungkin kurang mengajar kan anak mereka tatasusila dan adab ketika berada di rumah orang...huhuuhu....tengoklah..pantang dapat duit raya RM1..siaplah..."RM1 je ke pakcik??"..huhuh..ni pngalaman ni...bukan reke2....huhuhu...

Tu belum kisah orang2 tua di pinggiran masjid...macam2 cerita......

Inilah tanda puasa yang tidak di terimaTuhan...aku juga mungkin termasuk dalam golongan ini...yang aku harapkan Tuhan ialah redha Tuhan...aku tahu...setakat puasa aku ni....komfem tak boleh aku nak dekat dengan syurga...

Ampunkan aku Tuhan....aku sungguh lalai dengan ramdhan lepas..tahun lalu aku berjanji...tapi janji hanya tinggal janji..ya Allah..berdosanya aku....ampun kan aku Tuhan....

selamat aidilfitri..ampun maaf untuk sumer.......selamat menyambut dengan penuh kesyukuran.....
Selasa, 7 September 2010 | By: iKhwan89

SALAM AIDILFITRI : terimalah puasaku wahai Tuhan

bismillah..dengan nama Tuhan yang Maha Agung dan dengan segala kepujiannya....dapat lagi aku yang berdosa ini...menghirup udara dari Tuhan....

Alhamdulillah...sihat lagi aku hari ini....aku harapkan ia tidak menjadi istidraj kepada ku......yaa...kawan2 ku sumer...raya dah semakin hampir....cube kite tanyer diri kite.....selesai tak puasa kita bulan ini??

Atau..adakah kita mencuri2 di bulan puasa??bukanlah mencuri2 duit atau ape2 yang fizikal..tpi mencuri ssuatu yang rohaniah macam termengumpat ker....tercakap mende yang ngarut2 ker..atau terkasar bahasa ker....

Ya Allah....ampun kan aku wahai Tuhan....

Raya kali nie jgak...insyaAllah....semua keluaqrga ku akan balik kampung...haaa....psal....cume tibe jer lain2 mase...mak ngan ayah ku n adek bradek yang kecik2 tu..akan btolak ari esok..(rabu 8hb2010)..aku plak akan bertolak ari jumaat bersamaan ngan raya pertama..(^_^)...aku kene amek angah n adek aku yang ke empat kat tanjung dulu..(^_^)

xpelah..ape2hal pun...aku nak ucapkan selamat ari raya kat sumer kawan2 aku...sory dan ampun maaf klaw selame ni aku ada terkasar bahsa ker..kot2...*tpi aku ase aku sopan jer*he3..oklah....see u next time..heheheheh////ramadhan kareem....salam
Jumaat, 3 September 2010 | By: iKhwan89

SAJAK : WASIAT KU

Anak-anakku
kalau aku kembali ke alam baqa
janganlah kau harapkan apa-apa warisan dariku
jangan kautanya dari ibumu
mana pusaka ayah ?
aku tidak punya apa-apa
rumah yang besar tiada padaku
kebun yang luas jauh sekali
Wang-Wang di bank jangan dimimpi
saham-saham yang dilaburkan lebih-lebih lagi
hutang orang pada ku telah ku halalkan
kereta yang ku naiki milik jemaah
hanya ada satu pusakaku
peninggalan tunggal ku
yang aku sayangi yang merupakan hidup mati ku
taman ARQAM namanya
taman ini bukan aku beli!
bukan pula pusaka dari sesiapa
tetapi aku teroka dari hutannya lagi
bersama beberapa kawan yang setia
waktu membangun taman ini
telah banyak peluh yang tumpah
telah banyak tenaga yang rebah
adakalanya dibangunkan dengan airmata
cemuhan jangan dikira
tuduhan-tuduhan yang dilempar
telah memekakkan telinga
sekarang taman ini ada di depan mu
setengah buahnya sedang dipetik
ada yang bunganya sedang mengembang
mengindahkan taman
ada yang buahnya sedang menghijau dan menguning
ada yang benihnya masih bercambah
ada yang sedang disemai
taman ini pagarlah dengan perpaduanmu
kawallah dengan imanmu
terangilah dengan ilmu-ilmumu
suburkanlah dia dengan peluh-peluh mu
bajalah dengan tenaga-tenaga mu
kalau terpaksa bajalah dengan darahmu!
Dengarlah anak-anakku!
inilah pesanan dari ayahmu
jika aku kembali ke alam baqa dahulu darimu.



Dari minda ASZ
Hari Jumaat
27-1-84
Waktu sakit, di Desa Minang,
Jam: 70.50 pagi.

Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com