Isnin, 30 Ogos 2010 | By: iKhwan89

20 RAMADHAN : Pelepasan dari api neraka

salam alaik untuk semua..semoga dalam kasih sayng Tuhan..selawat dan salam keatas junjungan agung kita Muhammad....

Alhamdulillah....akhirnya....smpailah di dalam fasa yang ketiga bulan ramadhan..iaitu pelepasan dari api neraka.....semoga semua kawan2 ku termasuk la aku mengejar redha Tuhan dalam bulan ini supaya Tuhan meredhai kita.......

dan...untuk semua..ampun maaf tak update slalu blog sbb masa online aku kini adalah terhad..huhuhuh.....ok sumer...salam ramadhan..semoga semua dalam kasih sayang Tuhan...(^_^)
Selasa, 24 Ogos 2010 | By: iKhwan89

12 RAMADHAN : Terima Kasih Tuhan beri Peluang

bismillah.....alhamdulillah..dengan Nama Tuhan Yang Maha Agung...dan dengan segala kepujiannya....selawat dan salam untuk Manusia Agung ciptaan Tuhan....Muhammad S.A.W.....kerana ada baginda lah aku kenal islam...semoga semua yang membaca di dalam kasih sayang Tuhan...

Alhamdulillah....hari ni merupakan hari yang ke 12 kite berpuasa....ini menunjukkan betapa baiknya Tuhan memberikan peluang kepada kita untuk meneruskan lagi ibadah puase...bayangkanlah..ada orang yang sudah meninggal pada 1 ramadhan...kan Tuhan dah tak bagi peluang tu kan...jadi marilah sama-sama kite berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan yang memberikan peluang....semoga kita didalam redha Tuhan..

Haa...ape kabar semua pembaca??semoga dalam kasih sayang Tuhan....dah lame aku tak update blog ni dengan cerita-cerita aku yang ntah ape2..huhuh..beselah ramdhan...xley bnyak ckp sgt....huhuhu...

Nak bagi tau antum sumer...sekolah ku baru jer lepas abes exam..UP2..huhuh..macam bese...fenomena cikgu ni....bile dah abes pekse....haa....peeenuh lah paper atas meja untuk di tanda..huhuh..klaw macam aku plak...ade 11 subjek aku ajar..jadi 11 subjek lah yang aku kene tanda..haaa..mau lumpuh tangan aku..huhuh

Di tambah2 lagi plak dengan ramdhan..ya Alah...kadang2 hati nie tak mampu nak bersabar....laju jer tangan tu ayun...huhuhu...ampun kan aku Tuhan...

Huh~....lepas tu plak.....sekaranga da jarang on dah...pslnyer aku tak byar bill lagi..huhuhu..jadi ampun maaf untuk sumer....jadi sampai sinilah jer..bingkisan ramdhan aku...semoga semua dalam redha Tuhan.....ampun maaf..salam....
Isnin, 23 Ogos 2010 | By: iKhwan89
salam alaik....ramadhan kareem untuk sumer..ampun maaf lambat update...bz skit....nanti akan update....insyaAllah...(^_^)
Selasa, 17 Ogos 2010 | By: iKhwan89

7 HARI RAMADHAN : Hati KU MERANA KERANA DOSA


bismillah dengan nama Tuhan ku yang Maha Agung dan Maha penyayang....Terima Kasih Tuhan yang Maha Agung,Terima Kasih Rasulullah,Terima kasih ASZ kerana membenarkan lagi aku yang berdosa ini mengenali mu...mencintai mu dan bersama berjuang dalam jemaah mu..dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan...dah 7 hari aku berpuasa dalam bulan ramadhan ini..

Ntah....rase kekosongan..rasa kesepian..rasa tiada maknanya ramdhan ku...apakah Tuhan terima ibadah puasa ku selama 7 hari ini..?Tuhan...dengarlah rintihan hati ku yang berdosa ini....aku tidak mahu semuanya..aku tidak mahu pahala Mu...aku tidak mahu kemurkaan Mu..aku tidak mahu neraka Mu...

Yang aku mahukan ialah redha Mu Tuhan....apalah ertinya mengejar pahala...tapi hati ku tidak bersamaMu....aku tahu...seandainya pahala ku seberat isi bumi pun...sudah pasti tidak mampu untuk membayar nikmat sebelah mata pemberian Mu...Tuhaan....dengarlah rintihan ku...yang aku inginkan adalah redha Mu...kalau Engkau hukum ku,aku tidak kisah..asalkan Engkau hukum dengan kerdhaan Mu..janganlah hukum ku dengan kemurkaan Mu..

Tuhan...aku berdosa...sungguh banyak dosa ku...apalah nilainya disisi Mu jika aku begini...ampunkan aku Tuhan...ampunkan dosa ku..ampunkan segala dosa ku..redhakanlah ibadah ku..redhakanlah segala perbuatan ku...redhakanlah nikmat umur yang Engkau beri pada ku......

Akhir kata wahai Tuhan....ampunkan dosa ku Tuhan...bantulah aku melawan nafsu......
Selasa, 10 Ogos 2010 | By: iKhwan89

SAJAK : RAMADHAN,bulan overhaul hati

Allah Taala menjadikan manusia dijadikan sekali
di mana kekuatannya dan kelemahannya
Tuhan tahu bagaimana menguatkan yang lemah
dan bagaimana menyuburkan yang kuat
Allah Taala tahu di mana kebaikan mereka,
dan di mana kejahatan mereka

Memang Tuhan ada bekalkan manusia ada benih baik ada benih jahat
Tuhan tahu dari punca apa dia baik dan dari punca apa dia jahat
Hatilah wadahnya yang boleh menerima kebaikan dan kejahatan
Di dalam masa setahun manusia terdedah dengan
berbagai-bagai ajaran dan cabaran
Cabaran itu seperti tekanan hidup, sibuk dengan kerja,
berhadapan dengan kerenah manusia
Berlaku juga ujian-ujian yang mendadak,
kemalangan yang tidak disangka,
melihat, mendengar perkara yang merosakkan

Ditambah lagi hasil didikan, bacaan semuanya ini
memberi kesan yang negatif kepada jiwa kebanyakan orang
Kecuali orang yang kuat dengan Tuhan
jiwanya tidak rosak dan tidak memberi kesan
Cabaran-cabaran itu tidak merosakkan jiwa mereka,
bahkan bertambah kuat dengan Tuhan

Dengan rahmat Tuhan dan kasih sayang-Nya
Tuhan perintahkan puasa Ramadhan dan lain-lain ibadah tambahan
Ramadhan boleh membaik pulih kejahatan
Kerosakan manusia setahun hanya sebulan
Seolah-olah Ramadhan bulan overhaul hati insan
Seperti kereta yang sudah lama dipakai,
banyak kerosakan telah berlaku terutama enjin, perlu overhaul
Overhaullah caranya membaikpulihkan kereta
yang perjalanannya sudah tidak berapa betul
Manusia yang sudah rosak jiwanya, fikirannya,
sikap dan tingkahlakunya dipulihkan melalui didikan Ramadhan

Didikan Ramadhan merupakan satu pakej pendidikan
di antara satu sama lain kuat-menguatkan
Siangnya puasa, sembahyang ditambah lagi dengan Tarawikh,
disusul dengan membaca Al Quran
Ditambah lagi dengan perkara-perkara sampingan,
zikir, tasbih, tahmid, salawat, tafakur
digalakkan bersedekah dan pemurah,
perbualan yang menambah kesedaran
Keseluruhan itu asasnya adalah mujahadah melawan nafsu
menentukan didikan Ramadhan berkesan atau tidak bekesan

Didikan Ramadhan ada mujahadah, ada didikan puasa,
didikan sembahyang
Ditambah lagi didikan Al Quran dan lain-lain lagi tambahannya
Mujahadah ertinya memerlukan kekuatan jiwa,
memaksa membuat yang disuruh,
memaksa meninggalkan larangan
Larangan itu sama ada yang lahir mahupun yang batin kenalah tinggalkan
Mujahadah ertinya memaksa, terseksa,
membencikan, menjemukan, meletihkan
Kalau jiwa tidak kuat usaha tidak dapat diteruskan,
atau buat tanpa kesungguhan
Kerana itulah mujahadah perlu pemangkin yang menggalakkan,
Pemangkin ialah puasa yang hati dan fikirannya puasa,
sembahyang yang dapat dihayati,
didikan Al Quran yang difaham dan dijiwai

Di antara didikan sembahyang, menebalkan rasa kehambaan
dan menajamkan rasa bertuhan
Di antara didikan Al Quran di sana ada khabar gembira,
ada amaran, ada suri teladan juga ada kesedaran dan keinsafan
Didikan puasa rasa lemah, rasa hamba,
rasa timbang rasa, menyedarkan dan menginsafkan

Daripada 3 pakej didikan yang utama itulah
menjadikan pemangkin menguatkan jiwa, menyuburkan jiwa,
meneguhkan keyakinan
Apabila jiwa kuat, jiwa subur, mujahadah pun kuat
Apabila jiwa kuat dan subur hikmah Ramadhan
daripada 3 pakej didikan tadi boleh bangunkan insan

Jika hikmah Ramadhan itu dapat dimiliki lahirlah manusia luarbiasa
Ertinya manusia yang dioverhaul di bulan Ramadhan
mengembalikan manusia kepada fitrah sucinya
Lahirlah manusia yang luar biasa,
iaitu manusia yang benar-benar rasa kehambaan
Manusia yang tawadhuk, sabar, redha, berkasih sayang,
bertimbang rasa, pemurah, kerjasama
Malu akan jadi pakaian, tawakal menjadi perasaan, keyakinan kental
Apabila sifat ini dapat dimiliki, automatik mazmumah terbasmi
Sombong, tamak, bakhil, pemarah, hasad,
dendam, gila puji, gila nama, mati
Inilah dia orang yang menang dan berjaya didikan Ramadhan
Selepas Ramadhan manusia itu kembali suci seperti fitrahnya yang semulajadi
Orang ini sahajalah yang layak berhari raya
Kerana berjaya mengembalikan kesucian fitrahnya,
hari raya namanya

Hari raya ertinya mengembalikan fitrah suci lagi murni
Kalau fitrah yang suci murni ini kekal sepanjang tahun,
Ramadhan yang akan datang
hanya memberi cahaya lagi, bukan overhaul
Begitulah didikan Ramadhan ramai orang yang gagal,
sedikit sangat yang berjaya

25.11.2002

Selepas Tarawikh

DINNER MUALLIM : Ana ikan Bakar jadi pilihan

bismillah..salam alaik untuk semua semoga dalam kasih sayang Tuhan..Alhamdulillah..(^_^)..tinggal lagi beberapa jam sahaja untuk seluruh umat islam di negara malaysia ini berpuasa. Apakah semuanya sudah disiapkan..?terutama dari sudut rohani?jangan fizikal sahaja yang puasa..tapi hati tak....itu orang panggil puasa yang sia-sia.

Ah hah~~~dan...jika umurku panjang lagi sehinggga esok...maka...inilah pertama kali aku puasa sambil kerje..huhuhu.....selame ni pose sambil blaja...*tak same sey..*
Ha....jadi aku nak citer pasal tragedi semalam...hahahahaha...korang mesti nak tau kan3..heheheh..semalam berlakunyer dinner mualim-mualim kat Ana Ikan Bakar....(^_^)hehehehe...
muallim ju & muallim helmi standby untuk melantak


Trime kasih kepada tokey Ana ikan bakar merangkap bapak salah seorang pelajar irsyad yang sudi membelanje kami gur-guru irsyad.*eit...ckgu2 skola lain mane dapat macam ni beb*..(^_^)..memang kenyang.....memang dilicious..*habis cmpur bahsa*..ape lauk yang kitorang makan>>>???heheheh..



hahaha..aku dan Mualim naha posing

inilah dia senarai makanan hasil order dari Muallim zaidi :

  • telor dada (3 pinggan)
  • ikan kerapu masak 3 rasa (3 ekor)
  • tomyam 3 mangkuk (utk 2 orang mkan)
  • sotong salut tepung (3 pinggan)
  • sayur campur (3 pinggan)
  • ikan bakar (6 ekor)
  • lala (3 pinggan)
  • air tembikai (3 jag)
  • air suam (1 jag)
  • kerabu mangga(3 pinggan)


antara lauk yang dihidangkan..hehehehe

hahahaha...kami seramai 12 orang makan lah dengan penuh tatatertibnyer..hehehehe...anda sumer dah boley bayangkan kot..betapa penuhnyer meja makan tersebut..hehehehe..dan majlis makan diakhiri dengan acara bersandar di tempat duduk masing..hahahaha*tak larat nak angkat perut dah masing2*




kerapu 3 rasa sebelum di makan


Akhir kata...huhuhu..selamat menyambut ramadhan untuk semua....terima kasih sekali lagi kepada tuan kedai ANA IKAN BAKAR....memang sedap masakan kat situ....sape2 nak g sane boleh...pegi jer...khi3...

ok sumer...salam!!!!!(^_^)
Ahad, 8 Ogos 2010 | By: iKhwan89

SELAMAT JALAN SAHABAT : DOA KU UNTUK MU...

"dengan nama Tuhan ku ya Allah...selamat sejahterakanlah perjalanan sahabatku dalam menuntut ilmu..bahagiakanlah hatinya ya Allah..jauhkanlah segala bahaya wahai Tuhan ku....Tuhan ku...engkau kan Maha Baik....jagalah sahabatku..semoga dia selalu mendapat keselamatan dari Mu..ya Allah..mudah dan lancarkanlah musafirnya di rantau orang....bantulah dia dalam mencari ilmu...terangilah hatinya dengan cahaya Mu...dengan berkat junjungan Agung baginda Muhammad rasul akhir zaman...akhir sekali wahai Tuhan...ampunilah dosa ku,dan sahabat ku..semoga Engkau mengampunkan kami...."


dedikasi untuk sahabat kesayangn ku yang kini berada di syiria
Sabtu, 7 Ogos 2010 | By: iKhwan89

SAJAK : BUKAN SEMUA MAMPU BERJUANG

Bukan semua orang boleh memperjuangkan kebenaran
Tidak semua orang mampu memperjuangkan Islam
Kerana di dunia ini tidak dijanjikan apa-apa kecuali kesusahan dan penderitaan

Lantaran itu kita lihat di dalam sepanjang sejarah
Para pejuang kebenaran bukan calang-calang orang
Orang yang yakin, siddiq, ikhlas, sabar
Dan mempunyai ilmu yang memandu perjalanan hidup para pejuang
Orang yang setia dan telah menjual dunianya untuk Tuhannya sahaja yang tahan
Orang yang memandang Akhirat itu besar, dunia itu amat hina

Yang mampu berjuang bukan macam berkelah dan piknik-piknik
Berjuang adalah berkorban, berkorban, terkorban
Berjuang memberi tenaga, ini amat meletihkan
Berjuang berhadapan dengan ujian dan cabaran, memerlukan kesabaran
Berjuang adakalanya terbuang, tidak kurang juga ke penjara
Kemuncaknya mati dibunuh orang

Para pejuang bukan senang hendak setia dengan pemimpin
Bukan mudah bersama pemimpin di waktu susah dan senang
Jangan pula apabila kena ujian besar-besaran lari bertempiaran

Apabila di waktu tenang, pemimpin diterima
Orang datang pula kembali berjuang
Apabila di waktu disanjung orang, kita pun macam singa garang
Apabila mendapat kesusahan lari pula tinggalkan pemimpin keseorangan

Nanti apabila terasa kena tipu, perjuangan diterima orang, datang pula merayu-rayu ingin bersama
Ini bukan pejuang sejati dan hakiki

Pejuang yang ikhlas sanggup berjuang bersama pemimpin
Di waktu susah dan senang
Tidak mengapa waktu tertentu mengundur diri
Mengatur strategi dan menunggu peluang
Bukan lari kerana menentang
Atau bekerjasama dengan musuh-musuh kebenaran

Lepas Zuhur
25.9.99

Khamis, 5 Ogos 2010 | By: iKhwan89
ya Allah!!...pening kepale...tension!!!!..toloooong Tuhaaannnn!!!!>.

Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com