Khamis, 30 April 2009 | By: iKhwan89

BUKAN SENANG MENJADI PEMIMPIN


Kalau kita lihat sejarah para rasul, walaupun rasul-rasul itu punya kekuatan, hanya tiga orang rasul saja yang memerintah. Mereka ialah Nabi Sulaiman, Nabi Daud dan Rasulullah SAW. Rasul-rasul yang lain tidak memerintah.Mereka cuma memimpin tapi tidak memerintah.

Peliknya, mengapa kita berjuang, ghairah sangat hendak memerintah?Padahal para nabi yang mana nabi itu orangnya luar biasa, bukan saja memerintah,kalau dia tidak memimpin orang pun tidak menjadi satu kesalahan.Cukup dia menjaga dirinya sahaja. Maksudnya, hendak pimpin orang bukan senang. Mesti ada satu keistimewaan khususiah yang Allah bagi pada orang itu. Di sini kita hendak bawakan suatu cerita. Cerita ini semua orang tahu, iaitu cerita Nabi Khidir dan Nabi Musa a.s. Tapi hikmahnya banyak orang tidak tahu. Cerita ini sama ada diceritakan dalam kitab mahupun disampaikan oleh tok-tok guru, hanya dikatakan Allah hendak beritahu pada Nabi Musa bahawa ada orang yang lebih alim dari dia.

Tapi di sini yang hendak diceritakan adalah satu tafsiran baru yang lebih penting lagi daripada tafsiran yang di atas. Allah temukan Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s., tapi Allah tukar peranan masing-masing. Seolah-olah Allah berkata, Hai Musa engkau pemimpin, sekarang Aku tukar kedudukan engkau jadi pengikut. Tiga hari saja. Nak tengok, berjaya tak jadi pengikut. Seolah-olah Allah bercakap pada Nabi Khidir, Hai Khidir, kamu bukan pemimpin, tapi aku nak lantik engkau jadi pemimpin tiga hari saja. Berjaya tak?

Jadi bila ditemukan Nabi Musa dan Nabi Khidir, Nabi Musa pun ikutlah Nabi Khidir. Nabi Khidir yang kini jadi pemimpin berkata, Kalau nak ikut aku, jangan banyak cakap, ikut saja.Kalau banyak tanya nanti berpisahlah kita.

Jadi, mereka pun mula berjalan lalu berlakulah episod pertama. Terjadilah hal yang pelik. Nabi Khidir memecahkan perahu. Nabi Musa tidak tahan, dia tidak boleh terima dan bertanya, sedangkan dia sudah berjanji tidak akan bertanya.Nabi Khidir pun mengingatkan, Bukankah aku cakap jangan tanya, nanti berpisah kita. Nabi Musa meminta maaf dan Nabi Khidir pun memberi peluang lagi kepada Nabi Musa mengikutinya.

Berjalan lagi, jumpa peristiwa pelik kedua. Nabi Khidir bunuh budak. Nampak macam melanggar syariat. Nabi Musa tidak tahan, dia bertanya lagi mempersoalkan pemimpinnya. Sekali lagi dia diingatkan oleh Nabi Khidir akan janjinya.

Kali ketiga berlaku lagi. Nabi Khidir pun memutuskan untuk berpisah. Apa yang kita faham, bila bertukar peranan, kedua-duanya gagal. Pemimpin gagal, pengikut pun gagal. Pengikut tidak sanggup taat. Yang pemimpin pula, kerana dia 10 hanya seorang nabi, Allah tidak kuatkan dia seperti rasul.Pemimpin sepatutnya bersabar dalam mendidik anak buah.Itulah keistimewaannya. Sebab itulah rasul-rasul yang dapat ulul azmi adalah mereka yang paling sabar.

Jadi apa yang kita faham, seorang itu walaupun bukan rasul, tapi dia adalah mujaddid yang ditunjuk oleh Allah, maka Allah akan bekalkan kesabaran yang luar biasa kepadanya. Orang lain tidak boleh buat dan tidak akan tahan. Begitu juga hendak jadi pengikut pada seorang pemimpin yang sebenar, bukan senang hendak taat. Nampak lain sikit, sudah mula hendak persoalkan. Ada perkara yang pelik sikit, dia rasa itu tidak betul. Seolah-olah dia lebih pandai dari pemimpin.

Antara pemimpin dengan pengikut, Allah bagi jarak ilmu yang terlalu jauh. Jadi pengikut juga perlu sabar untuk taat.Cuba tengok Nabi Khidir. Atas dasar ilmu dia layak jadi pemimpin, tapi atas dasar ketabahan hati dia tidak layak.Sebab itu, Nabi Adam waktu dia bertaubat tertungging sujud 40 tahun sampai pokok tumbuh besar di kelilingnya, pun tidak dapat gelaran Ulul Azmi. Mengapa? Dia sujud itu bukan memimpin.Dia dengan Tuhan saja. Dengan Tuhan dia rasa lazat, tapi cuba pimpin manusia dengan bermacam-macam ragam, susah dalam berhadapan dengan musuh, berhadapan dengan kerenah anak buah. Ini bukan sesuatu yang senang untuk dihadapi. Nabi Musa sampai tersesat di padang pasir 40 tahun lamanya kerana memimpin Bani Israil, barulah beliau mendapat darjat Ulul Azmi.

Jadi setiap orang kenalah redha dengan kedudukan masing-masing. Mungkin keupayaan yang dikurniakan oleh Allah itulah merupakan saluran untuk kita berbuat kebaktian. Oleh itu janganlah kecil hati dan bersyukurlah Allah tidak pilih kita jadi pemimpin kerana ditakuti tidak layak. Bila tidak layak, ia boleh menjadi punca kerosakan yang banyak kepada manusia.
Ahad, 26 April 2009 | By: iKhwan89

BOHSIA : JANGAN PILIH JALAN HITAM..APE NI??



*sorang-sorang sambil layan lagu fatih..hu3*Salam alaik sumer pelawat2 sekalian..semoga dalam kasih sayang Tuhan..selawat dan salam keatas junjungan agung kita Muhammad S.A.W yang kerananya,kita dapat merasai nikmat keimanan,dapat mengenali Tuhan,mencintai Tuhan dan mentakuti Tuhan..kawan-kawan ku sekalian,aku ingin melahirkan rase sedih ku terhadap industri perfileman negara kita yang tercinta ini. Mungkin keadaan suasana yang mempengaruhi pergerakan industri perfileman negara,namun,agama kita sangat up to date dan bukanlah satu kongkongan. Semua perkara yang berada dalam agama kita adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan semua penganutnya seperti contoh : islam mewajibkan wanita2nya menutup aurat.kERANA?? kerana agama kita yang agung ini sangat menjaga wanita..kita tengok lah hari nie,mkin "sikit" pakaian yg prempuan pkai,mkin baanyak gejala zina dan rogol berlaku. Hmm..ntahlah..


Berbalik semula pasal perfileman..aku merasakan seeemua pengarah-pengarah muda yang berada dipersada industri ini semua sudah ketandusan idea dalam mencipta dan mengarah filem..maner tidaknya,semakin hari semakin hilang nilai-nilai orang melayu didalam filem2 tempatan..apatah lagi nilai-nilai agama..dasyatnyer filem orang melayu yang beragama islam sekarang, tak malu langsung ker pengarah yang mengarah filem yang ade adegan ranjang??tak malu langsung ker pelakon-pelakon yang melakonkan watak2 ranjang tersebut??ape ni??mane nilai2 agama kita yang agung??bila ditanya pengarah,jawapannya hanyalah "ia ada makne tersirat disebalik jln cerita"..itulah jawapannya..pengarah tak terfikir ker aper yang die nak jawab depan Tuhan nanti biler Tuhan tanyer "kenapa engkau berani sangat melagangkan filem2 yang penuh dengan pertunjukan-pertunjukan aurat wanita??"ape yang tuan-tuan pengarah nak jawab??tuan-tuan pengarah semua tahu kan,garis panduan islam terhadap seni lakon???haram hukumnya filem tersebut jika menunjuk kan aurat wanita,menggayakan mabuk dan meminum mnuman keras sekalipun air yg diteguk dalam filem itu adalah air kosong..tuan-tuan pengarah kene ingat tu!!Tuan-tuan pengarah filem yang dikasihi, janganlah pulak tuan-tuan pengarah nak jawab kami buat ini semua untuk menunjuk kan kehidupan sebenar mat-mat rempit cntohnye,supaya orang ramai sedar ataupon ntah ape2 jwapan lagi..tuan-tuan pengarah jangan lah menjadikan matlamat itu penyebab tuan-tuan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Tuhan Pencipta kita..jatuh murtad wahai tuan2 pengarah!!


kawan-kawan ku,satu lagi filem yang bakal mendatangkan bencana akan ditayangkan diseluruh pawagam-pawagam negara malaysia ialah bertajuk BOHSIA : JANGAN PILIH JALAN HITAM. Aku dah tengok die punyer trailer,punyalah dasyat,ngan adegan peluk memeluk yang melampaui batas,angkat mengangkat wanita,pakaian wanita yang tak berape nak cukup kainnyer,dengan akhlak remaja lelakinya yang ntah ape2...xde langsong nilai2 melayu apatah lagi nilai2 agama....maha dashatnyer filem ini!!adakah filem ini akan menyedarkan orang-orang awam yang cetek pandangannya???ataupun,adakah akan bertambahnyer gejala-gejala bohsia dan sosial ills yang lain seperti bertambahnyer mat-mat rempit setelah tayangn filem REMPIT????huh~kalaulah bertambah,saham dose tu tuan-tuan pengarah jugak yang dapat.....aduh...makin parah lah industri filem negara kita..tolonglah persatuan-persatuan yang terbabit!!tolonglah ambil tindakan,usulkan sesuatu yang menyelamatkan,pelakon selamat dari azab Tuhan,pengarah selamat dari azab Tuhan dan semua krew2 produksi pun akan selamat dari azab Tuhan..tolonglah...aku disni,hanyalah mampu untuk mencoret tulisan dan komen ku setakat ini sahaja,aku berharap sangat,sesiapa yang bertanggungjawab,tolonglah!!semoga dalam kasih sayang Tuhan..wallahu'alam.
Selasa, 21 April 2009 | By: iKhwan89

KEM BINA INSAN SMA AL-MAHMUDI : TAMAT DENGAN JAYANYA
















*selepas makan malam..alhamdulillah.....*salam sumer!!aper kabar antum sumer?semoga dalam kasih sayang Tuhan...hari nie aku sangat lega sebab,aku da boleh cuti..he3..sepanjang mnggu lepas,aku cbuk untuk setle kan prgram kem bina insan yang berakhir ari ahad kemarin..hui...lega hati sebab prgram bejalan dengan lancar,tanpa sebarang masalah yang besar. Seramai 80 peserta dan 4 orang guru pengiring dari SMA Al- Mahmudi menyertai prgram ini dalam rangka promosi KIPSAS. em ...Tuan Zamri cakap,SMA Al-Mahmudi ni skola yang pertame yang hadir dalam rangka penyertaan seluruh skolah2 agama negeri pahang dalam prgram bina insan ini.....ape2 pun,kat cn,aku nak ucapkan tahniah kat suumer ajk2 lantikan aku..aku tak sangka,walaupun ini prgram pertama mereka,mereka bagi komitmen yang aku xjangka2...aku sangat bertrima kasih dengan Tuhan sebab anugerahkan aku anak buah yang sangat baek dan mampu beri komitmen dalam tugasan..bangga aku bila anak buah sanggup luangkan masa cuti diorang,semata-mata untuk menguruskan prgram ini...trime kasih sangat-sangat. Huh~cuti da nak abes rupenyer...hari khamis @jumaat ni da kene balik dah sebab,ari sabtu aku ada test MUET. Orang cakap susah kalau kite x stdy n tak pegi bengkel...ntah r..kite tengok je r nanti..k r kawan2,aku nak solat isyak,lepas tu rehat(lagi??!!)lepas tu tido.....he~..salam sumer..semoga dalam kasih sayang Tuhan....
Rabu, 15 April 2009 | By: iKhwan89

POLITIK YANG DI SALAHERTIKAN

Ramai sekali orang politik yang tidak berpolitik. Mereka ini mendapat untung dari jawatannya tetapi sedikit sekali mem­beri keuntungan kepada negara dan rakyat. Setengah-se­tengah mereka pula bukan saja tidak menguntungkan negara tetapi merugikan dan buat masalah yang besar-besar pada negara. Mereka menggugat perpaduan dan kasih sayang an­tara rakyat. Golongan ini bukan sahaja orang politik yang tidak berpolitik tetapi suka saya istilahkan sebagai orang po­litik yang jadi perosak dan pengacau negara. Tetapi malang sekali rakyat seperti tidak sedar atas penipuan dan kesalahan ini. Rakyat terus digula-gulakan untuk terus mengangkat atau mengundi orang-orang yang berpura-pura itu sebagai ketua atau pemimpin mereka. Hingga begitu sekali dunia politik ini dikotori dan disalahgunakan dengan menjual nama Islam. Islam tidak menyuruh kita berpolitik kotor seperti itu. Islam sangat menjaga kasih sayang. Kasih sayang itu kepunyaan sejagat atau kepunyaan bersama. Semua bangsa, semua etnik, semua fahaman agama memerlukannya .Sebaliknya terdapat pula golongan manusia yang sibuk membangun dan merancang bermacam-macam projek dan aktiviti seperti membangunkan kompleks pendidikan, eko­nomi, hospital dan klinik, kilang-kilang dan kedai perniagaan, media massa, perkampungan, pejabat, aktiviti ternakan, per­tanian, dakwah, kepimpinan, kebajikan dan lain-lain lagi hing­ga tercetusnya satu sistem masyarakat. Bahkan mereka bagai­kan sebuah kerajaan. Namun mereka diselar sebagai golongan tidak berpolitik. Mereka dikatakan tidak berjuang dan ber­salah kerana menafikan satu aspek penting dalam Islam iaitu politik. Padahal mereka itulah orang politik yang sebenarnya. Walaupun sudah begitu gah dan masyhur perihal pem­bangunan masyarakat dan khidmat-khidmat yang mereka sumbangkan, namun mereka tetap dikatakan bukan golongan politik. Walau sudah jelas kemampuan kepimpinan mereka, pun tetap masih dituduh tidak berpolitik hanya kerana mereka tidak masuk parti politik. Seolah-olah seorang yang dilihat menyangkul, menanam, menjaga dan memetik hasil tanaman, kemudian dia dituduh bukan petani kerana dia tidak masuk institusi pertanian dan tidak ada sijil pertanian. Munasabah­kah?Begitu sekali tertutupnya fikiran dan mata hati manusia dalam melihat erti politik yang sebenar. Ini adalah kerana kesilapan cara menilai yang sudah dipaksakan atas mereka sekian lama. Mereka hanya difahamkan tentang politik se­kular Barat. Rakyat patut sedar termasuk orang Islam sendiri yang bersikap sedemikian itu bahawa sebenarnya mereka yakni golongan yang disebut di atas itulah orang-orang politik. Wa­laupun pasti golongan mereka tidak didaftarkan sebagai parti politik tetapi hakikatnya merekalah orang politik yang sebenar yang tidak ada parti. Mereka menempuh satu kaedah politik atau satu sistem politik yang berbeza dengan politik Barat. Inilah definisi dan pendekatan politik yang lebih tepat dan bijak. Dan masyarakat perlu diputar fikiran mereka untuk melihat kebenaran ini. Supaya kita tidak selamanya tertipu oleh Barat dan Yahudi.

BANYAKNYER DUGAAN AKU HARI INI


*lpas slesai mandi n mkn mnum kat luar kolej*salm n aper kbar sumer kawan-kawan ku n para pelawat..semoga dalam kasih sayang Tuhan..huh~penat sungguh hari ini..kawan-kawan nak taw x,hari nie aku rase hari yang paling penat skali dalam hidup..hu3..mane tak nyer,bangun pagi2 tadi kan,da kne kemas2 untuk pindah blok F.....kemas punyer kemas,da setle...tengah2 rehat,datang plak sorang fellow ni,die ckp kat aku,syafie,nak bg taw ni,tngkat atas blok F ni kne kosongkan,sbab nak kmas n baiki ape2 yang patut...aku pun ckp la elok2 kat felow tu,bru je pindah dari mahabbah ke blok F,penat..bg r pluang rehat ker..*padahal memang xmo pindah dah..khi3*lpas tu,felow tu pon cakp,"ok"...setle..lpas tu,datang plak sorang felow ni,tibe2 jer die men jerit2 nme aku,soh aku pindah blik segera...hui...dengan nada die yg tinggi tu,dengan care menghalau tu....aku yang da penat ni,tibe2 naek tension..aku pon ckp,pnat ust,tgu r dlu...die ckp r plak die lagi penat r,kne itu ngan dato` r ape r....ini r,dok membebel....aku wat tataw je r...xsnggup nak dgr,da pnat sangt..malas care..last2,die kluar..hu3....

Lpas tu plak kan.......da petang,aku kluar..nk tman kawan aku ni naek bas...lpas tu,mlm tu,aku sruh kawan aku amek aku kat terminal..ye r,malas nak nek teksi..hu3..lpas tu...tgh2 jln kan,tayar plak pecah...Aduh!!jaoh plak tu dari kolej...kat highway sblom msok permatang badak....Ya Allah..dasatnyer....jaoh giler2...aku rase mungkin sbab dosa aku kot lambat solat isyak..mase tu da kol 10.20pm..
lambat sangat2..ape lagi,jlan r aku smpai kolej..sampai kolej,kaki da rase mcm lumpoh..adoi...hu3..ni pon sje2 sblm tido nak restkan kaki...k r kawan2 ku,aku da nak tido..takot lambat lagi aku bngun solat sok..salam..
Ahad, 12 April 2009 | By: iKhwan89

SALAM AND HAPPY HOLIDAY!!


*smbil tengok rncangan ABPBH*salam n aper kbar suuumer pelawat blog ku..?semoga dalam kasih-sayang Tuhan..Alhamdulillah,final exam da abes,rileks jer minda..tak perlu nak study n pikir2 dah pasal subjek..he3..sonok sangat..lpas tu yang paling best skali sabjek statistik da xyah nak amek dah sem depan..he3..best..tapi yang paling takot skit pengurusan kewangan. sebab hari tu pkai jawab jer...xpaham aper2 langsung. Sekarang ni,da mula cuti sem..hostel2 da mule kosong..n skarang da sunyik dah kwasan kipsas..tapi dalamkesunyian tu,ade jgak yg xsempat untuk blik lagi..ye lah..kebetulan ade komitmen untuk menjayakan prgram...klaw syariah ngan TAUBAH n KKSU,kalaw aku plak,anjuran AFG,ade kem kecemerlangan pelajar..sabar je r...cuti pon 2 minggu jer..hu~hmm...kawan-kawan yang tgh bercuti tu,jangan nakal2 kat umah,tolong mak,teman ayah wat kerje,bile lagi nak berbakti ngan mak bapak..amek lah peluang mesa cuti ni..ok kawan2...smoga dalam kasih sayang Tuhan
Rabu, 8 April 2009 | By: iKhwan89

FAMILY DAY PEDAP :SEKILAS PANDANGAN

salam alaik..ini bingkisan dari ku untuk sahabat2 sejabatan ku

HuH~lega n happY : SATU SUBJEK DASHAT DAH BERLALU




*lega,puas,n happy!!*


salam sumer!!smoga dlm kasih sayang Tuhan.


Alhamdulillah lpas jgak salah satu subjek yang pling aku kurang suker...he3...


pengurusan kewangan.


Lega sangat2 lpas kluar dari dewan jam 4.05pm tdi..


soalan objektif,dari no 1 sampai no 22 aku xpaham langsung ayat die...


die tanyer ape ntah..hu3...


tapi start no 23-sampai nmbor 30 sumer komfem btol...he3...


sbab yang tu jer aku pndai..he3...


hmm..ntah r aku dapat bper sabjek ni...


nmpak mcm trok..tataw r....hu3..


kiter tgk je r sem depan...k sumer..


salam!!
Sabtu, 4 April 2009 | By: iKhwan89

STUDY..STUDY..STUDY!!


*ngantok siket..pagi tdi kertas ideologi*..suuusah gak r...psaL xstDy..*

salam alaik sumer..aper kbar...he3..

ari nie genap lah 4 ari final exam aku untuk sem5 nie..

ui..wat mase ni xde lgi akU hntar kertas kSong..hu3..suumer bley jwAb...

1 sbJek yanG suSah da lePas...tgl laGi 2 lgi sabjEkkiller yang perLu aku laLui..

he3..cmner2 pon aku hrap sem ni pointer aku naEk tgi sangat2 r...

da abes target dah ni..he3

ok kwn2..aku nak rehat kan dri nie...peeenat minda....salam alaik

Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com