*sorang-sorang sambil layan lagu fatih..hu3*Salam alaik sumer pelawat2 sekalian..semoga dalam kasih sayang Tuhan..selawat dan salam keatas junjungan agung kita Muhammad S.A.W yang kerananya,kita dapat merasai nikmat keimanan,dapat mengenali Tuhan,mencintai Tuhan dan mentakuti Tuhan..kawan-kawan ku sekalian,aku ingin melahirkan rase sedih ku terhadap industri perfileman negara kita yang tercinta ini. Mungkin keadaan suasana yang mempengaruhi pergerakan industri perfileman negara,namun,agama kita sangat up to date dan bukanlah satu kongkongan. Semua perkara yang berada dalam agama kita adalah bertujuan untuk menjaga kebajikan semua penganutnya seperti contoh : islam mewajibkan wanita2nya menutup aurat.kERANA?? kerana agama kita yang agung ini sangat menjaga wanita..kita tengok lah hari nie,mkin "sikit" pakaian yg prempuan pkai,mkin baanyak gejala zina dan rogol berlaku. Hmm..ntahlah..
Berbalik semula pasal perfileman..aku merasakan seeemua pengarah-pengarah muda yang berada dipersada industri ini semua sudah ketandusan idea dalam mencipta dan mengarah filem..maner tidaknya,semakin hari semakin hilang nilai-nilai orang melayu didalam filem2 tempatan..apatah lagi nilai-nilai agama..dasyatnyer filem orang melayu yang beragama islam sekarang, tak malu langsung ker pengarah yang mengarah filem yang ade adegan ranjang??tak malu langsung ker pelakon-pelakon yang melakonkan watak2 ranjang tersebut??ape ni??mane nilai2 agama kita yang agung??bila ditanya pengarah,jawapannya hanyalah "ia ada makne tersirat disebalik jln cerita"..itulah jawapannya..pengarah tak terfikir ker aper yang die nak jawab depan Tuhan nanti biler Tuhan tanyer "kenapa engkau berani sangat melagangkan filem2 yang penuh dengan pertunjukan-pertunjukan aurat wanita??"ape yang tuan-tuan pengarah nak jawab??tuan-tuan pengarah semua tahu kan,garis panduan islam terhadap seni lakon???haram hukumnya filem tersebut jika menunjuk kan aurat wanita,menggayakan mabuk dan meminum mnuman keras sekalipun air yg diteguk dalam filem itu adalah air kosong..tuan-tuan pengarah kene ingat tu!!Tuan-tuan pengarah filem yang dikasihi, janganlah pulak tuan-tuan pengarah nak jawab kami buat ini semua untuk menunjuk kan kehidupan sebenar mat-mat rempit cntohnye,supaya orang ramai sedar ataupon ntah ape2 jwapan lagi..tuan-tuan pengarah jangan lah menjadikan matlamat itu penyebab tuan-tuan menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Tuhan Pencipta kita..jatuh murtad wahai tuan2 pengarah!!
kawan-kawan ku,satu lagi filem yang bakal mendatangkan bencana akan ditayangkan diseluruh pawagam-pawagam negara malaysia ialah bertajuk BOHSIA : JANGAN PILIH JALAN HITAM. Aku dah tengok die punyer trailer,punyalah dasyat,ngan adegan peluk memeluk yang melampaui batas,angkat mengangkat wanita,pakaian wanita yang tak berape nak cukup kainnyer,dengan akhlak remaja lelakinya yang ntah ape2...xde langsong nilai2 melayu apatah lagi nilai2 agama....maha dashatnyer filem ini!!adakah filem ini akan menyedarkan orang-orang awam yang cetek pandangannya???ataupun,adakah akan bertambahnyer gejala-gejala bohsia dan sosial ills yang lain seperti bertambahnyer mat-mat rempit setelah tayangn filem REMPIT????huh~kalaulah bertambah,saham dose tu tuan-tuan pengarah jugak yang dapat.....aduh...makin parah lah industri filem negara kita..tolonglah persatuan-persatuan yang terbabit!!tolonglah ambil tindakan,usulkan sesuatu yang menyelamatkan,pelakon selamat dari azab Tuhan,pengarah selamat dari azab Tuhan dan semua krew2 produksi pun akan selamat dari azab Tuhan..tolonglah...aku disni,hanyalah mampu untuk mencoret tulisan dan komen ku setakat ini sahaja,aku berharap sangat,sesiapa yang bertanggungjawab,tolonglah!!semoga dalam kasih sayang Tuhan..wallahu'alam.
0 comments:
Catat Ulasan