Jumaat, 10 November 2017 | By: iKhwan89

SAJAK : Berjuang Mengajak Manusia Kepada Islam

Mhn izin kpd ydb TDPMRADIGTASPSFA share sajak mursyid untuk dibacakan esok sebelum sembahyang bagi zon Jawa 1. Ampun.. Apz1tk

*Berjuang Mengajak Manusia Kepada Islam*

Berjuang membunuh musuh bukanlah utama.
Mengalahkan musuh dengan meng-Islamkan mereka lebih mulia.
Daripada mengalahkan musuh dengan cara membunuhnya.
Rasulullah pernah berkata, aku tidak mahu membinasakan mereka.
Kerana aku harapkan zuriat-zuriatnya di dalam sulbi mereka yang akan menerima Islam.
Tujuan berjuang sebenarnya untuk mengajak manusia masuk Islam.
Mengajak mereka menyembah Tuhan dan membesarkan-Nya.
Mencintai Tuhan, menyanjung, memuja dan menjadikan-Nya idola.
Bukan membunuhnya. kecuali tidak dapat dielakkan.
Mengapa umat Islam berjuang suka sangat bunuh orang.
Mengapa tidak diusahakan agar mereka masuk Islam.
Mengapa umat Islam hendak sangat mengalahkan musuh-musuhnya dengan senjata.
Tapi tidak bersungguh-sungguh membaiki diri sebagai senjata.
Bermujahadah melawan hawa nafsu pun tidak ada.
Membersihkan jiwa daripada mazmumah apatah lagi tidak ada di dalam kamus perjuangannya.
Kerana itulah seluruh perjuangan umat Islam belum mendapat kemenangan.
Kerana senjata yang utama di dalam perjuangan diabaikan.
Iaitu berusaha membaiki diri dan berusaha memiliki sifat taqwa.
Taqwa di dalam Islam adalah aset yang paling utama.
Ia adalah merupakan sumber rezeki, sumber bantuan dan sumber kemenangan.

Menjelang tidur
5.10.99


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com