Ahad, 24 November 2013 | By: iKhwan89

BARANGSIAPA YANG MERENDAH DIRI ALLAH AKAN TINGGIKAN DARJAT : Bonda Ummu Jah kini bergelar dato'

Salam kasih sayang,

“ Barang siapa yang merendah diri yakni Tawadhuk maka Allah akan meninggikan darjatnya”. Maksud Hadis

Dato' Nimas Ayu Pembayun Hatijah binti Aam D.P.M.P , Pengerusi Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd merangkap Yang Di Pertua YKPPM

YBhg. Dato’ Nimas Ayu Pembayun Hatijah binti Aam D.P.M.P , Pengerusi Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd merangkap Yang Di Pertua YKPPM

Setelah pulang dari JAIS, Bonda (panggilan popular dikalangan GISB) berkata, “..MasyaAllah…terima kasih Tuhan. Kita dapat kawan baru, kawan yang sangat mahukan kita selamat dunia dan akhirat” kata bonda kepada kami. Sebenarnya bonda memang ada sessi muzakarah bulanan bersama JAIS. “…nanti kita harap Tuan Shahzihan dapat gelaran  Dato’ kerana besar jasanya itu, membawa kita kembali kepada fatwa. Mari kita sama-sama doakan ya!…” kata bonda lagi. Tapi hakikat yang berlaku hari ini, bonda yang mendahului mendapat gelaran Dato’. Yang pasti ini bukan Dato’ beli. Menurut khabarnya Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim juga turut hadir menerima penganugerahan di majlis yang sama.

Rentetan dari itu maka berlakulah berbagai-bagai peristiwa di luar dugaan, sungguh ajaib… Bermula dengan pengistiharan taubat dan pelupusan buku. Aku hanya ingat beberapa peristiwa sahaja, yang tidak tertulis di sini minta maaf bebanyak ya… mungkin akan ada blogger lain yang akan menulisnya nanti.

16 Okt 2013 : Majlis Sambutan Hari raya Korban dan Silaturrahim bersama JAIS Sempena GISB Holdings Patuhi Fatwa ,diikuti acara Pelupusan Bahan yang dilarang oleh Fatwa, di Bandar Country Homes, Rawang.

31 Okt 2013 : Majlis Pelancaran Penjenamaan semula YKPPM di Dewan Megaview Banquet Deck ,Menara Kuala Lumpur

7 Nov 2013 (3 Muharram 1435H) : Puan Ibu Hatijah Aam bersama 17 orang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat atas kesalahan melanggar arahan Mufti.
Antara banyak-banyak akhbar yang membuat liputan, Akhbar Berita Harian Singapura telah melaporkan berita yang positif.

Antara banyak-banyak akhbar yang membuat liputan, Akhbar Berita Harian Singapura telah melaporkan berita yang positif.

8 Nov 2013(4 Muharram 1435H): Majlis Istitabah Pengikut Kumpulan Al Arqam anjuran Jabatan Agama Islam Selangor, Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor.
proses untuk memahamkan saya( mengenai kesalahan) hanya berlaku setelah saya ditahan JAIS dan dipanggil ke pejabat JAIS setiap bulan.

Proses untuk memahamkan saya( mengenai kesalahan) hanya berlaku setelah saya ditahan JAIS dan dipanggil ke pejabat JAIS setiap bulan. YBhg.Dato’Hatijah binti Aam.D.P.M.P

9 Nov 2013(6 Muharram 1435H):  Persembahan Kumpulan Generasi Harapan sempena Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa di Putrajaya di Pentas Utama (PIIACuF2013)
laluan Generasi Harapan sebelum ke pentas Utama "persembahan yang mantap, tak sangka pulak saya" kata kak Zainab wakil pihak penganjur yang menjemput GH

laluan Generasi Harapan sebelum ke pentas Utama “persembahan yang mantap, tak sangka pulak saya” kata kak Zainab wakil pihak penganjur yang menjemput GH

14 Nov 2013(10 Muharam 1435H): Perasmian Pejabat Urusan GISB Holdings Sdn Bhd oleh Dato’ Seri Dr Feardaus Khairuddin , di Pusat Perdagangan Pelangi, Petaling Jaya.
Sejarah melakarkan perkara-perkara, peristiwa-peristiwa yang berlaku selama tempoh 45 tahun, pembangunan jemaah ini diperjuangkan dengan berlandas paksikan mengagungkan Allah yang Maha Esa, melalui segalanya tetapi beliau tetap berdiri utuh dengan izin Allah swt dan didukung oleh seluruh ahli jemaah, oleh tuan-tuan dan puan-puan yang ada pada hari ini, samada yang ada di saf barisan hadapan, mahupun yang menyokong disaf-saf belakang tetapi kekuatan inilah yang akhirnya mendokong perjuangan beliau perjuangkan segalanya.

Sejarah melakarkan perkara-perkara, peristiwa-peristiwa yang berlaku selama tempoh 45 tahun, pembangunan jemaah ini diperjuangkan dengan berlandas paksikan mengagungkan Allah yang Maha Esa, melalui segalanya tetapi beliau tetap berdiri utuh dengan izin Allah swt dan didukung oleh seluruh ahli jemaah, oleh tuan-tuan dan puan-puan yang ada pada hari ini, samada yang ada di saf barisan hadapan, mahupun yang menyokong disaf-saf belakang tetapi kekuatan inilah yang akhirnya mendokong perjuangan beliau perjuangkan segalanya. Petikan ucapan perasmian oleh Dato’ Seri Feardaus Kamaruddin. Duduk di hadapan no.4 dari kanan

21 Nov 2013(17 Muharam 1435H) : Puan Ibu Hatijah Aam di radio Bernama, Radio 24(FM 93.9) Bersama Wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM, Dato’ Nadzim Johan
Hidup adalah pergiliran antara susah dan senang. Itu Sunnahtullah yang telah Allah tetapkan. Jadi kami mengambil motivasi, kegagalan, kesusahan, kepayahan itu juga satu keperluan. Dato' Hatijah Aam

Hidup adalah pergiliran antara susah dan senang. Itu Sunnatullah yang telah Allah tetapkan. Jadi kami mengambil motivasi, kegagalan, kesusahan, kepayahan itu juga satu keperluan. Dato’ Hatijah Aam

23 Nov 2013 (19 Muharam 1435H): Penganuagerahan Dato’ Nimas Ayu Pembayun DPMP dari Sultan Palembang kepada Puan Ibu Hatijah binti Aam yang membawa gelaran Dato’ Hatijah Aam.
Kad undangan sampai pada 19Hb November 2013 melalui emel. Oleh kerana kesuntukan masa dan belum dapat izin pihak keselamatan maka penganugerahan tersebut akan dikurniakan dimajlis yang khusus nanti.

Kad undangan sampai pada 19hb November 2013 melalui emel. Oleh kerana kesuntukan masa dan belum dapat izin pihak keselamatan maka penganugerahan tersebut akan dikurniakan dimajlis yang khusus nanti.

Darjah Paduka Mahkota Palembang – (D.P.M.P) – bergelar Dato’

Penerangan :

Darjah ini dianugerahkan kepada golongan bangsawan yang berjaya, kebiasaannya kejayaan dalam NGO, Politik, Sukan, Budaya dan Perniagaannya. Ianya dikelaskan sebagai Darjah dalam keluarga pertama, Darjah ini juga sesuai dianugerahkan kepada Pengerusi Persatuan yang aktif dalam pelbagai kegiatan antara Negara atau pun dalam peringkat Negeri, mereka-mereka yang dikira sesuai oleh baginda atau kaum kerabat Istana juga boleh menerima darjah ini manakala darjah ini tiada had limit dan sesuai digelarkan sebagai Yang Berbahagia (YBhg.)

Gelaran Suami : Dato’

Gelaran Isteri : Datin

Gelaran Perempuan : Dato’

Cara penulisan gelaran/darjah yang diterima :

YBhg. Dato’ Hatijah binti Aam. D.P.M.P., (dan disambung dengan pingat yang diterima)
bercakap dan berbuatlah, nanti Allah akan menilai juga Rasul dan orang Mukmin. Maksud Al Quran

bercakap dan berbuatlah, nanti Allah akan menilai juga Rasul dan orang Mukmin. Maksud Al Quran
Turut sama diberi penganugerahan Tengku Abdul Rahman, BOD GISB Sumatera kini sudah bergelar Dato' Pangeran Abdurgahman Umar D.P.M.P

Turut sama diberi penganugerahan Tengku Abdul Rahman, BOD GISB Sumatera kini sudah bergelar Dato’ Pangeran Abdurgahman Umar D.P.M.P

Aku difahamkan, penganugerahan ini adalah hasil sumbangan dan kegiatan rangkaian GISB Holdings di Palembang selama ini. Kemuncaknya baru-baru ini ialah satu ekspo Barangan Halal dan Persembahan Kumpulan Generasi Harapan yang dianggap sangat berjaya oleh pihak Istana dalam mengembalikan semangat ekonomi orang Islam di sana. Sultan Palembang sangat berbesar hati dan penganugerahan ini sebagai tanda terima kasih beliau terhadap GISB khususnya terhadap pengerusi Eksekutifnya yang sekarang disebut Dato’ Hatijah Aam. Tabarokallah….tabarokallah….tabarokallah…. Maha Besar Allah…Allahuakbar… tidak putus-putus Bonda melafazkannya ketika mendengar berita tersebut. “Tak pernah terfikir dan bercita-cita pun nak dapat gelaran Dato’.” Kata Bonda lagi.

Inilah hasil taat dan kembali  kepada Fatwa. Hari demi hari makin terbuka laluan untuk  Islam kembali gemilang.

Pepatah Melayu -“Ular menyusur akar takkan hilang bisanya”

Trimas tu anjangmuor.copypaste

Selasa, 15 Oktober 2013 | By: iKhwan89

MISI MEMBUAT KUAH KACANG SELESAI..

Bismillahi Allahu Akbar...alhamdulillah...haaaa...ape kabar semua?moga semua dalam keadaan sihat....maklumlah..hari ni 10 zulhijjah....hari raya aidiladha...kot-kot banyak sangat makan daging...haaa macam-macam la jadinye nnti...hehehe..

  Haaaa..RT hari ni nak cerite pasal misi kuah kacang RT..heheh...al maklumlah..baru first time buat..huhu...tu yang semangat nak bercerita ni..moga kite semua mendapat Tuhan..

  Memula blur jap bile RT disuruh ummi buat kuah kacang..ye la..tak pandai kan...segera mesej si cinta...tanye ape2 bahan yang perlu....adoi..akhirnya...ketung ketang ketung ketang...siap jugak..dalam misi nak membuat tu la rupe-rupenye banyak ujian Tuhan dalam memasak...kalaulah orang xbiasa memasak..memang laa xboleh nak besabar...

  Ade part RT kene kacau kuah kacang tu..time tu die tengah menggelegak..haa..*bahasa dapur orang panggil naik minyK* ya allah...minyak kene kat tangan..bukan setakat sekali..banyak kali...haaa...boleh tahan la bagi seseorang yang tak biasa ke dapur ni...huhuhu..

  Sabar rupanya Tuhan nak ajar bila kite memasak ni..kalaulah kita tak sabar..habis semua bende kite campak..tak ikut resepi...yang kite taw nak cepat siap je...patutla para isteri darjat disisi Tuhan sangat tinggi...bila die memasak untuk suami dan anak-anaknya..anak dan suami kenyang dapat pahala si isteri....dapat dua pahala si isteri..pahala memasak dengan sabar dan pahala berbakti dengan suami...hebatnya Tuhan..Maha Baiknya Tuhan yang menjadikan sesuatu mesti ada hikmahnya..

  Hah...finally...akhirnya..kuah kacang RT berjaya disiapkan...walaupun pekat sikit..dan warne die kurang sikit..tapi..yang membanggakan bila ummi dan ayah cakap sedap..cukup semua rasa...hehe..*muke segan*...

  Oklah sumer...RT nak g rase kuah kacang...nak makan skali ngan nasik hempet...hehe..ampun maaf semua...selamat hari raya eidul adha...moga dalam hati kita ada Allah dan Rasul supaya kita tidak mengeluh dalam pengorbanan...

 

Jumaat, 11 Oktober 2013 | By: iKhwan89

SAJAK : RASA BERTUHAN SETIAP WAKTU


Kalau setiap detik dan waktu kita rasa bertuhan
Ke mana kita pergi dan berada rasa itu dibawa bersama
Terasa kita dilihat hingga ke lubuk hati kita
Terasa di dengar-Nya hingga gerakan hati kita

Luar dan dalam batin kita diketahui-Nya
Kuasa-Nya tidak pernah lekang pada diri kita
Dia boleh buat apa sahaja dengan kehendak dan kuasa-Nya

Kalau dia berkata: sakit, sakitlah kita
Jika Dia berkata sihat, sihatlah kita
Bila dia berkata nahas, nahaslah kita
Dia berkata patah, patahlah kita

Begitulah seterusnya Dia berkata pandai, pandailah kita
Hiduplah, matilah berlaku pada kita
Tentulah rasa takut dengan Tuhan setiap masa
Apabila takut dengan Tuhan, takut pula dengan dosa

RSA

Khamis, 10 Oktober 2013 | By: iKhwan89

SUSAHNYA MUJAHADAH MENAHAN MARAH

Bismillahi Allahu Akbar...senyumlah....hehehe...ya allah...bukan senang taw nak senyum...lebih-lebih lagi kalau dengan orang yang kite tak suke..ataupun dengan orang yang kite marah..hehe..

  Senyum ni sebenarnya ada kuasa untuk menyembuhkan...lebih-lebih lagi kalau jiwa dan hati tengah marah...huhuhu....macam RT ni lah...panas baran sebenarnya...tapi bila mursyid RT ajar bile marah,cepat-cepat ingat Tuhan..cepat-cepat ingat kebaikan orang yang kite nak marah..dan seterusnya...senyum...ya allah...sebenarnya bukan mudah nak buat...kata-kata memang mudah..tapi perbuatan memang susah

  Takpelah..sekarang Tuhan uji RT dengan ujian..asyik nak marah je rase...tapi..RT cube latih diri RT supaya cepat-cepat ingat kebaikan orang yang kite marah tu....hee..insyaallah..bile kite nak bermujahadah memang ada syaitan yang mengganggu..itulaha namanya mujahadah...kalau tak ada gangguan bukan mujahadahlah namanya...

  Oklah kawan-kawan...RT ade kelas ni...nanti-nanti RT akan update lagi blog ni..hehehe...senang n rajin sikit nak update skrg...pasal dah pakai samsung mega..beso sikit...hehehe...ok sumer..wasalam....

Rabu, 9 Oktober 2013 | By: iKhwan89

SUSAHNYA MENDAPAT PERLINDUNGAN DI AKHIR ZAMAN

Bismillahi Allahu Akbar...alhamdulillah..pagi-pagi lagi Allah dah bagi kebenaran untuk aku menulis...memang aku ni minat menulis...tak kire lah..ape-ape saje yang terlintas dalam minda,gerak hati semuanya ingin ku tulis...

  Baiknya Tuhan kite ni rupanya...diberinya tangan kepada kite untuk membuat pelbagai pekerjaan..ade yang buat kerja menjahit,ade yang bertukang ada jugak yang menulis macam diri aku ni...Besarnya kasih sayang Allah rupanya kepada kita..

  Itu baru bab tangan...belum lagi kite nak cerite bab lain yang Allah bagi..tapi..memang sangat pelik bin ajaiblah..kite semua tau yang Allah tu Maha segala-galanya...tapikan..kalau kite tiba-tiba ditimpa masalah..eh3..terus cari org lain untuk selesaikan masalah...laaaaaaassstt nanti bile dh tak ada yang nak menolong baaaaaru laaah terhegeh hegeh mengadap Tuhan nak mintak tolong..eh2..tak malu langsungkan kita ni...

  Sepatutnya memuleee skali kite kene ngadap dulu Tuhan..mintak Tuhan bagi petunjuk...jangan melangkau sistem...tak ada adab namanya...mule mule kenelah dengan Tuhan dulu..mintak perlindungan..lepas tu barulah Tuhan bagi ilham atau apa-apa petunjuk untuk kita usahakan..kemudian..haaa...insyaallah masalah akan diselesaikan..kemudian bwrsyukur terhadap penyelesaian itu..

  Zaman sekarang susah nak dapat perlindungan..kalau ada orang tolong pun mesti berkepentingan..yelah..nak glamour,nak publisiti..mana ada orang yang nak tolong orang lain ikhlas..kalau ada pun saaaaangatlah sedikit...beruntunglah kalau kite jumpe..

  Kembalilah kepada Tuhan..Tuhan tawarkan kepada kita melalui lidah rasulnya keselamatan,perlindungan,kebajikan,kasih sayang,perpaduan,kesejahteraan,dan segala kebaikan yang ada di langit dan dibumi..eh2..tak nak ke kite dengan tawaran Tuhan ni? Ruginya rasa..

  Moga Allah takdirkan kita bersama dengan jemaah yang membawa kebenaran,yang benar-benar memperjuangkan Allah dan Rasul bukan hanya sekadar mencanang-canang kehebatan,berdegar-degar pentas dek ucapan,dan bukanlah hanya sekadar pertolongan bermusim...

  Ampun maaf..moga ditakdirkan untuk mati dalam agama Allah...

 

Ahad, 29 September 2013 | By: iKhwan89

Kalam permulaan baru...

Bismillahirrahmanirrahim...dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...segala puji bagi Tuhan yang menciptakan alam ini..dialah yang memberi kita segala-galanya dan dia juga boleh menarik balik pemberiannya pada bila - bila masa....
 
  Permulaan hidup baru saat merdekanya negara malaysia tahun  ini rupa-rupanya semakin mencabar...takut-takut tidak terpilih...rupanya...ianya salah satu lagi gaya strategi orang Tuhan untuk menjaga agama Tuhan...selepas beberapa strategi...

   Strategi yang dipimpin oleh rasulullah untuk memusnahkan yahudi sangat ampuh,efisyen dan tidak boleh dikesan kecuali hanya mereka yang betul2 cinta dan rindukan rasul...

  Aku harap..dalam strategi untuk menjayakan jadual Tuhan ini..aku tidaklah terpelanting..ampunkan aku Tuhan..aku lemah...Allah..tolong....ampun maaf
 

Ahad, 21 April 2013 | By: iKhwan89

ALLAH DAN RASUL DIBELAKANG JEMAAH KEBENARAN

Bismillahi Allahu Akbar..segala puji bagi Tuhan sekalian alam..Allah itu Tuhan yang sangat hebat,Dia mempunyai strategi yang sangat hebat untuk menangkan agamanya...mana-mana jemaah yang mempunyai Allah dan Rasul di belakang jemaahnya pasti tidak akan kalah2 lagi...

Rasulullah bersama orang2 kanannya iaitu imam mahdi dan putra bani tamim kini sedang bertindak menggerakkan strategi Allah itu..melalui wasilah BUJ yang Allah redha keatasnya,baginda bertindak menghancurkan yahudi dari semua segi kehidupan..

Melalui jemaah yang dijanjikan ini juga pelbagai tapisan demi tapisan Rasulullah lakukan demi untuk mendapatkan para ikhwan iaitu orang yang dipilih diatas pilihan seperti yang disabdakan oleh Rasulullah 1400 tahun yang lalu...sesiapa yang tidak mahukan kebenaran,maka tercampaklah ia keluar..

Dan PRU 13 kali ini akan menyaksikan betapa jatuh dan runtuhnya sistem demokrasi tajaan yahudi ini akibat penangan daripada janji Allah...kemenangan islam semakin hampir,segal-galanya telah di strategi dan diaturkan oleh Allah dan Rasul..penahanan jemaah,pengharaman jemaah,pengaharaman barang-barang keluaran jemaah,menyesat-nyesatkan jemaah itu adalah harga untuk kemenangan paling besar ummat islam yang perlu dibayar oleh jemaah kebenaran demi untuk mendapat pilihan diatas pilihan iaitu para ikhwan..

salam rindu buat rasulullah,saiyidi,abuya dan bonda wasilah ar..ini adalah coretan hatiku yang meraung didalam kejahilan,menunggu dengan rindu,mengharap dengan cinta kemenangan islam di tangan jemaah kebenaran ini..banyak dosa dan tidak layak..bantulah aku melawan nafsu wahai kerajaan ajaib..


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com