Rabu, 11 November 2015 | By: iKhwan89

SABAR GURU : JANJI MU SYURGA

Bismillah..segala pujian RT panjatkan hanyalah kepada Allah yang Maha segala-galanya. Selawat dan salam keatas junjungan Agung Rasulullah yang sentiasa merindu-rindu umatnya...moga-moga rindu Rasul itu menjadi tali pengikat kepada ummaat ini.

 Alhamdulillah..dah masuk November 2015..dah last dah untuk tahun nie..risau jugak RT last-last year ni..maklumlah dah 2 kali kene banjir..huhu jadi tahun ni bedebo sikit la..sebab bertambah si anak kecil tu..apa-apa pun redha kepada Allah je lah..

 Akhir tahun juga merupakan hari yang paling biziiiii sekali buat cecikgu..huhu...time-time macam ni la sume cekgu nak masuk markah..ujian amalai,itu ini..bla..bla..bla...termasuklah RT..huhu..fuuh...lega sebab dah setle *aku rase ladah setle*

 Bila dah semua nak masuk markah..maka timbullah satu lagi masalah..iaitu aliran trafik data internet  meningkat dengan mendadak..secara otomatiklah berlakunye hang dan ade separuh tu dah siap key in data tekan save je terus logout..bile bukak balik haa takde data yang di key in tu....*RT pun pernah juga mengalaminya* ya ampuuun memang rase nak hempok je laptop..hahahah sabar jelah..

 Tu lah..bila cikgu yang selalu buat kerja underdog ni..ramai yang salah sangka cecikgu tak buat kerja..nak melayan karenah anak-anak lagi yang bukan sedikit...hehe..bukan mengeluh..tapi itu lah hakikat..namun dalam dunia kite yang semakin mencabar nie,RT rasakan,para guru,teruslah menanam perasaan sabar yang mendalam dan semangat untuk mendidik anak-anak yang sebenarnya mempunyai potensi setinggi potensi menjadi khalifah itu.

 RT doakan semoga guru-guru seluruh malaysia tetap sabar dan yakin,ini juga adalah sebahgian daripada perjuangan agama,semoga guru-guru seluruh malaysia mendapat keredhaan daripada Tuhan.

TAK MALU WAHAI MANUSIA!

Assalamualaikum, apa kabar semua.... nak kongsi rasa hati ptg.. Kalau betul lah anak yang mati jatuh eskelator tu sebab mak cuai, namun tak menafikan kasih sayang dia yg selama 6 tahun kepada anaknya kan? bukan dia bunuh, dera, tolak anak dia... cuma Allah takdirkan begitu cara kematian anaknya... samalah jgk mcm kes2 sebelum ni, ada yg tertinggal dlm kereta, lemas di air, jatuh dlm fun fair, tersedak susu, dan mcm2 ter ter ter lagi...                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        tentu tuhan ada maksud lain yang nak disampaikn kpd si mak dan si ayah(termasuk kita)... tuhan nak bg pengajaran, tuhan nak bg perhatian, tuhan nak ampunkan dosa, tingkatkan darjat... dan tuhan tak zalim nak matikan anaknya begitu dengan sia-sia....                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         tuhan sangt baik, sangt penyayang....                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         yg jahat tu manusia yg menghukum sebelum hakim memberi hukuman. yg jahat tu manusia yg suka menyebar aib orang... yang memaki hamun tanpa mengenali hal sebnar... yg tak sedar diri pun byk cuai, selalu zalim kepada diri, orang lain malah kepada tuhan dan nabi(trutama dlm hal solat)                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         Memang aneh kerja tuhan, kalau kita tak faham hikmah di sebalik ujian mungkin kita akan menyalahkn tuhan. Maha suci tuhan daripada melakukan kesalahan... yg melakukn salah silap tu kita, sbb kita hamba tuhan.... sifat2 hamba tu antaranya cuai, lalai, leka, lupa, lemah... sbb itu kita sembah tuhan, dan sangat harapkan keampunan, peluang, kasih sayang, dari tuhan.... memang nyawa kita ni sepenuhnya milik tuhan...                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        insaflah, kita pun tak tahu mati kita, anak kita, ibubapa kita, kawan2 kita, saudara mara kita, kesayangan kita mcmmana caranya.... semua telah tertulis di azali... maka dah bersiap sedia kah kita nak menghadapi kematian? dapatkah kita mati yg indah iaitu husnul khatimah...? sepatutnya kita simpati, menangisi, mendoakan keluarganya, semoga mereka insaf, sabar , redha, taubat dan ikhlas dlam ujian yg terlalu perit ni... mereka saudara seislam kita... mereka juga hamba tuhan yg lemah mcm kita juga... dlm kesedihan tu tuhan beri jgk bahagia, anak mereka dah tentu ahli syurga...                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         sdgkn nasib kita belum tahu lagi di syurga atau neraka..
Rabu, 4 November 2015 | By: iKhwan89

MANIS JALAN DAKWAH BUAT PEJUANG SEJATI

  Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam. Dalam nak memperjuangkan kebenaran bukan manis jalan yang dilalui...tapi pahit hempedu menanti..namun...mereka bukan berjuang kerana harta,mereka juga bukan berjuang kerana pangkat..tapi inilah perjuangan mereka,penegak Allah dan Rasul..mari kita soroti sedikit ujian yang mereka lalui moga kita dapat keberkatan dalam perjuangan.. :

Imam Syafie - Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan
pemecah-belah masyarakat.

Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

Imam Maliki - Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Imam Hambali - Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

Sufyan Ath-Thauri - Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said bin Jubair - Seorang wali Allah yang dikasihi. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al Bustami - Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

Abul Husin An Nuri - Wali Allah yang mampu
menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi - Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh
pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang
rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.
Semoga Allah SWT merahmati roh mereka. Wallahhua'lam.

Selasa, 3 November 2015 | By: iKhwan89

BANGUNKAN JIWA..DENGAN CINTA DAN TAKUT TUHAN

Ketika orang China hendak hidup dalam keadaan aman, mereka membina tembok besar, dengan anggapan tiada siapa mampu memanjatnya kerana terlalu tinggi, namun hakikatnya dalam seratus tahun pertama sahaja mereka diserang sebanyak tiga kali, setiap kali musuh mereka hendak serang mereka tak perlu robohkan atau panjat tembok besar. Mereka hanya perlu rasuah para pengawal dan masuk melalui pintu.

Masyarakat China ketika itu sibuk membina tembok dan lupa nak membina jati diri pengawal mereka.
Membina jati diri manusia lebih utama dari segala binaan lain dan inilah yang kita perlukan untuk anak-anak dan pelajar-pelajar kita pada hari ini.

Seorang orientalis berkata : kalau nak runtuhkan sebuah tamadun atau masyarakat maka ada 3 cara ;

1. Runtuhkan ikatan kekeluargaan.
2. Runtuhkan sistem pendidikan.
3. Jatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa.

Untuk meruntuhkan ikatan kekeluargaan ketepikan peranan IBU dalam keluarga. Biarkan para wanita rasa diri mereka tak sempurna bila mereka digelar suri rumah.

Untuk meruntuhkan sistem pendidikan berikan tekanan kepada para GURU. Jangan berikan mereka kedudukan dalam masyarakat, hilangkan rasa hormat terhadap mereka di kalangan para pelajar.

Untuk menjatuhkan idola-idola masyarakat yang berwibawa, jatuhkan kedudukan para ULAMA, sehingga masyarakat sekeliling tidak menghormati mereka.

MAKA APABILA PERANAN IBU HILANG, PERANAN GURU DIPERLEKEHKAN DAN PARA ULAMA TIDAK MENJADI SUMBER RUJUKAN DAN IDOLA MASYARAKAT, MAKA SIAPAKAH YANG AKAN MENGAJAR MASYARAKAT ITU ERTI KEHIDUPAN YANG HAKIKI?

~Buat renungan bersama - Yang baik jadikan teladan dan yg buruk jadikan sempadan . Semoga bermanfaat .

Jumaat, 23 Oktober 2015 | By: iKhwan89

DATO' IBU KHADIJAH AM: pulangnya kekasih kepangkuan kekasihnya

"aku terasa kehilangannya
Orang yang benar2 mncintai Allah dan Rasul..

Yang mnjadi pemaham setiap perkara yang berlaku

Bkn selalu bertemu dengannya
Apatah lagi menghadapnya

Namun cinta dan rindu ini
Tumpah padanya..

Wahai Allah dan Rasul..
Engkau Redhakanlah jiwa yang mencintai Mu ini dengan seredha2nya

Yang menghina diri
Semata2 utk mendapatkan cinta mu

Terasa kehilangan..
Namun ku yakin,ada maksud
Yang Engkau ingin sampaikan
Wahai dua kekasih..

Rindu buat Abuya dan DIHA....

Al-fatehah...

Rt89
Waktu dhuha
23 oktober 2015
10 muharram 1435 h

Isnin, 12 Oktober 2015 | By: iKhwan89

SUNNAH RASULLAH YANG SANGAT SIMPLE DALAM HIDUP KITA

Salam alaik...ape kabar sume?hehe..RT hari ni alhamdulillah sehat..

Haaaa..hari ni RT nak kongsi beberapa sunnah Rasullah yang simple...jom kite tengok..hehe

Koleksi Simple sunnah 1-16

Simple Sunnah#1
1.Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan (^_^)
2.Tutup Kepala bila masuk tandas.

Simple sunnah#2
1.Kibaskan Tempat tidur
2.Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
3.Kepala menghadap kiblat.
4.Baca doa tidur (^_^)

Simple sunnah#3
1.Minum dengan tangan kanan.
2.Minum duduk
3.Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.

Simple sunnah#4
1. Datang awal ke masjid
2. Berjalan kaki ke masjid.
3. Berwuduk dari Rumah.
4. Baca doa masuk dan keluar masjid. (^_^)

Simple sunnah#5
1. Masuk tandas pakai alas kaki.
2. Buang air duduk
3. Masuk tandas xboleh lama2.
4. Jangan makan n minum dalam Tandas (^_^)

Simple sunnah#6
1.Bagun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
2.Kemas tempat tidur.
3.Bersihkan diri.

Simple sunnah#7
1. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
2. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang.. 1 sampah 1 bidadari di syurga kelak.
3. Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yg di buat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah (^_^)

Simple Sunnah#8
1.Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas ni Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini.
2. Bila memakai pakaian mulakan dengan sebelah kanan.
3. Melabuhkan pakaian.
4. Jangan memakai pakaian untuk tujuan riak.
5. Memakai pakaian yang menunjukkan simbolik seorang muslim.

Simple Sunnah#9
1. Sebelum tidur ambil wuduk.
2. Maafkan semua kesalahan org lain dan halalkan hutang piutang.
3. Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan.
4. Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah kekiri dan doa dijauhkan.

Simple Sunnah#10
1. Pakai selipar kaki kanan dahulu dan buka dengan kaki kiri dahulu.
2. Beri salam 3 kali bila bertamu kerumah sahabat2.
3. Bila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, bila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah 2 hilang.
4. Bila marah ambil wuduk.

Simple sunnah#11
1. Tutup aurat ketika memasak.
2. Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
4. Ketika sedang memasak perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah.(baik untuk ibu yg ingin membentuk anak2)

Simple sunnah#12
1.Basuh tangan sebelum makan.
2.Makan buah dahulu baru makan nasi.
3.Makan secara berjemaah, makan dengan family lagi ramai lg berkat rezeki 2.
4.Makan makanan yg ada dihadapan jangan capai yg jauh2.

Simple sunnah#13
1. Memotong kuku pada hari jumaat.
2. Memperbanyakkan Doa antara Imam Berkhutbah Hingga Asar.
3. Mandi sunat Jumaat.
4. Memakai pakaian terbaik untuk Sembahyang Jumaat.
5. Memakai wangi wangian.

Simple sunnah#14
1. Makanan sunnah susu, madu, barli dan kurma.
2. Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
3. Hisap jari selepas makan (Sunnah 3 Jari)
4. Selepas makan terus basuh pinggan.
5. Puasa isnin dan Khamis.

Simple sunnah#15
1. Baca bismillah dan Alhamdulillah setiap kali sedutan.
2. Jangan gunakan cawan yg sumpik atau pecah.
3. Jangan tiup kedalam air panas untuk sejukkanya.
4. jangan minum dalam bekas yg besar seperti jug air dan botol yg besar.

Simple sunnah#16
1. Semaikan rasa ingin berjuang di jalan Allah SWT
2. Berazam untuk terus beristiqamah mempertahankan Islam
3. Berusaha untuk mendaulatkan Islam di setiap peringkat
4. Jangan melangkaui arahan dan perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW

Semoga bermanfaat ......

Ahad, 11 Oktober 2015 | By: iKhwan89

HARI SUKAN NEGARA : Allah dan Rasul lebih penting

Bismillahi Allahu Akbar..

Alhamdulillah..sempat jugak RT menulis malam ni..hehehe..RT nak cube luangkan masa menulis..

Sebab bila menulis kadang-kadang boleh hilangkan stress kan kan..hehe..

Hari ni kebanyakan bandar bz..ye lah..hari ni kan Hari Sukan Negara..merata-rata tengok orang besukan hari ni..sampaikan sekolah pun kene sekolah sabtu2 ni..huhuhu...mujurlah RT punye sekolah tak sekolah...

Sebut pasal sukan ni..RT terdetik dalam hati...dasyat betul kite ni..nak jaga kesihatan sampai buat hari sukan negara la katakan..nak tunjukkan pentingnya kesihatan...

Tapi ramai yang lupa..ataupun mingkin korang semua buat-buat lupa kot...sebab yang paling penting dalam hidup kite ni..adalah Tuhan...Tuhan kite selalu sangat kite lupekan..plak tu..bile dalam acara macam ni..RT tak boleh nak bayangkan betapa ramai yang tak jage batas hubungan..campur sana sini..punahlah hubungan kite ni dengan Tuhan..

Jomlah ramai-ramai..perkemaskan hubungan dengan Allah...perkemaskan sungguh-sungguh macam kite sungguh-sungguh jaga kesihatan ni...

Allahlah yang bagi kite kesihatan..Allahlah yang ciptakan kesihatan..mana mungkin kita boleh lari dari Allah sedangkan semua keliling kita Allah yang ciptakan...

Haish....mintak maaflah terbebel plak malam ni...yelah..sebab Allah dan Rasul ni penting..penting macam nyawa kite..kalau betul kite sayangkan badan kite..cintailah Allah..sayangi dan rinduilah Rasulullah...

Okeylah semua...RT nak layan anak pulak..maklumlah...Tuhan rezkikan anak pada RT..semangat dah anak RT..pandai lompat2 bila orang pegang die..huhuhu..

Ok semua..moga Allah redhai kalian

*repost......ampun maaf*
Rabu, 7 Oktober 2015 | By: iKhwan89

NIKMAT : DAH BESAR DAH ANAK AYAH

Bismillahi Allahu Akbar..
ape kabar semua netizen sekelian? moga Allah sentiasa merahmati dan meredhai anda semua..

  Alhamdulillah setelah sekian lama berdiam dan mendiam kali ini In Shaa Allah akan kembali menulis semula. Moga ada kekuatan dalam bidang yang ku minati ini.

  Syukur sekali lagi RT ucapkan kepada Allah SWT yang telah memberikan RT rezeki yang banyak sejak dari RT kecik sampai la sekarang nie. Jarang kita ingatkan nikmat yang Allah bagi pada kita... mungkin kita ingat nikmat yang Allah bagi tu,duit...duit..duit...hoi..duit duit..dimana kau duit..*nyanyi plak dah..*

  Nikmat yang kita tak nampak dan tak sedar itu sebagai nikmat rupanya banyak..ada nikmat sihat,ada nikmat kereta tak rosak,ada jugak nikmat nafas yang kita sedut hari-hari tu....lalu Allah berfirman "nikmat manakah yang telah engkau dustakan?"...hui..banyaaaak yang kita dustakan dari Allah..cukuplah muqaddimah untuk permulaan ni..hehehe *bebel parok....-_-"*

RT hari ni nak bawa berite gembira untuk korang-korang lah yang sudi bace blog berabuk ni..heheh...alhadulillah, anak RT dah selamat sampai usianya 4 bulan..yeay!..
bila tengok anak sendiri membeso depan mate terus teringat umi ayah yang membesokan RT adik bradik yang seramai 8 orang tu...hui...memang dasat la..

seawal usia 2 bulan mu

Patut lah Allah tu letak syurga dengan ibu kita..redha ibu kita,maknenye Allah redhalah dengan kita...tak redha ibu kita,maka Allah tak redhalah kita...Allahu Akbar.

Haa..yang paling ohsem skaliii RT rase..bile anak RT dah 4 bulan ni bile die dah pandai main..pandai senyum..mulut die ya Rabbanaaaa...berceloteh dengan bahasa dia yang aku pun tak pernah paham..heheh..tergelak snirik bile tengok die membebel...agak-agakla kan..ikut Ibu die la tu..kuat sangat bebel..khi3...*sory ibuu..*

cara tido copy paste dari ibu..khi3

Tapi tu lah ibu...sekuat-kuat dia membebel pun...Dialah yang Allah ciptakan untuk sentiasa kuat dan cekal bila didik anak-anak..terima kasih Allah diatas pemberian seorang isteri dan anak ini..moga ia sentiasa menjadi penguat semangat dalam perjuangan agama Mu..

oklah geng...RT habis kat sini dulu..nanti-nanti RT sambung lagilah...RT pun dah kene buat kertas perikse ni...due date tinggal esok je...*baler...nielah akibat last minute punye keje* hahahaha....xpelah...ape-ape pun..teruskan senyuman anda..jemputlah datang lagi ke blog ini kalau ada masa....salam alaik guyssszzz!
Sabtu, 20 Jun 2015 | By: iKhwan89

SAJAK : CEMAS KEDATANGAN RAMADHAN

Aduh!
Susahnya hatiku
bila berhadapan dengan Ramadhan
Macam ada benda yang tidak kena
Aku cemas selalu dengan kedatangannya
Kalau aku tidak menyambut kedatangannya dengan sebaik-baiknya.

Padaku kedatangan Ramadhan
macam kedatangan tetamu yang sangat mulia
Kedatangan seorang yang mulia dan terhormat
Ketibaan seorang yang dikenali dan dihormati
Seorang yang disayangi dan dipuja
Idola semua dan bersama

Aduh orang macam ini
bagaimana aku hendak menyambutnya?!
Serba tidak kena
Aduh bimbangnya,
cara mana dan bagaimana
aku hendak memuliakannya
Sesuai dengan kebesarannya
Secucuk dengan mulia dan kemasyhurannya
Kerana itu kedatangannya aku cemas selalu
Kalau aku tidak beradab dengannya
Aku takut mencacatkan maruahnya
Dia adalah orang besar
Yang patut kita sambut
sesuai dengan kebesarannya

Kalau dia tidak datang
lebih baik rasanya daripada kedatangannya
Tapi sudah ketentuan Allah
setahun sekali dia mengunjungi kita
Kita sambutlah dia
dengan penuh kecemasan dan bimbang

RSA
19/12/1998

Jumaat, 12 Jun 2015 | By: iKhwan89

8PRINSIP KEJAYAAN STEVE JOB

Steve Jobs

by Admin-AOTribe | Jun 11, 2015 | Artikel0 comments

1) Buat perkara yang anda suka lakukan

Cari minat sebenar anda. Lakukan apa yang anda suka sehingga ia membawa perbezaan. Satu-satunya cara untuk mendapat hasil kerja yang terbaik adalah dengan mencintai apa yang anda lakukan.

2) Jadikan ia berbeza

Mempunyai pemikiran berbeza “Lebih baik menjadi lanun daripada menyertai tentera laut” kata Steve Jobs. Maksudnya bukan berfikir untuk melakukan perkara yang buruk, tapi selalu berfikiran luar biasa.

3) Lakukan yang terbaik

Melakukan yang terbaik bagi setiap kerja yang dilakukan. Jangan leka! Hanya kejayaan membina lebih banyak kejayaan. Mengupah orang yang bagus dengan mempunyai kesungguhan untuk mencapai kecemerlangan.

4) Membuat analisis SWOT

Sebaik sahaja anda menyertai atau membina syarikat, buat satu senarai tentang kekuatan dan kelemahan diri dan syarikat anda di atas sekeping kertas. Jangan teragak-agak untuk melakukan perubahan demi keuntungan syarikat. S-Strengths, W-Weaknesses, O-Opportunities & T-Threats.

5) Jadi usahawan

Mencari sesuatu yang hebat untuk masa hadapan. Cari idea-idea dengan pantas dan mengambil tindakan tegas terhadap idea tersebut. Kadang-kala langkah pertama merupakan langkah yang paling sukar. Teruskan sahaja!

6) Mula kecil, berfikiran besar

Jangan bimbang terhadap banyak perkara pada waktu yang sama. Selesaikan beberapa perkara yang mudah dahulu dan kemudian baru selesaikan perkara yang lebih rumit. Fikirkan tentang masa hadapan bukan masa esok sahaja.

7) Berusaha menjadi pemimpin industri

Memiliki dan mengawal teknologi utama di dalam semua perkara yang anda lakukan. Jika terdapat teknologi baru yang lebih baik, gunakan ia walaupun orang lain masih tidak menggunakannya. Jadikannya yang pertama dan menjadikannya satu taraf industri.

8) Pelajari dari kegagalan

Kadang-kala apabila anda membuat pembaharuan, anda boleh terjerumus kepada kesilapan. Adalah lebih baik untuk mengakui kesilapan itu dengan cepat dan terus meningkatkan inovasi anda yang lain.

Jumaat, 29 Mei 2015 | By: iKhwan89

30 TANDA ANDA MUNGKIN SEORANG JUTAWAN ..err..yang no 10 tu memang rare..


Usahawan adalah kumpulan orang yang unik. Mereka kebiasaannya berfikir secara berbeza, dan bertindak secara berbeza. Jika anda tertanya-tanya samada anda memiliki ciri-ciri seorang usahawan, lihat senarai berikut. Anda mungkin tidak mempunyai semua sifat-sifat atau kemahiran, tetapi jika anda mempunyai beberapa dari sifat ini, ia adalah petunjuk yang cukup baik bahawa anda mempunyai apa yang diperlukan

1.  Anda mempunyai ahli keluarga yang tidak boleh bekerja untuk orang lain. Ibubapa anda bekerja untuk diri mereka sendiri. Walaupun ini tidak benar untuk setiap usahawan, ramai mempunyai sejarah keluarga dengan satu atau kedua- dua ibubapa yang pernah bekerja sendiri.

2. Anda seorang yang sentiasa mempersoalkan mengapa orang melakukan perkara-perkara yang mereka lakukan. Anda berusaha untuk membuat perkara yang lebih baik dan bersedia untuk mengambil tindakan ke atasnya.

3. Anda yakin pada diri sendiri. Adakah anda pernah bertemu seorang usahawan yang pesimis atau benci dirinya? Lagipun, jika anda tidak mempunyai keyakinan, bagaimana orang lain boleh percaya kepada anda?Kebanyakan usahawan amat optimistik tentang segala-galanya di sekeliling mereka.

4. Anda bersemangat. Akan ada masa apabila anda menghabiskan masa berlebihan dengan tidak membuat satu Ringgit pun. Tetapi hanya minat dan semangat yang akan membuat anda meneruskan usaha anda.

5. Anda tidak boleh menerima “Tidak” sebagai jawapan. Seorang usahawan tidak akan putus asa.

6. Anda mempunyai keupayaan untuk membina perhubungan kerana keupayaan anda untuk melihat sesuatu perkara dari sudut keseluruhan. Orang cenderung dan tertarik kepada anda kerana anda seorang yang disenangi. Ini adalah kerana minat anda.

7. Anda menghabiskan lebih banyak masa dengan pengasas daripada bersama dengan pasangan anda.

8. Anda menghentikan pengajian seperti Bill Gates, Steve Jobs dan Mark Zuckerberg.

9. Berulang-alik setiap hari ke pejabat anda adalah dari bilik tidur ke ruangtamu.

10. Anda sentiasa seorang pekerja tidak cemerlang dan mungkin telah dipecat banyak kali. Jangan bimbang, anda tidak bersendirian. Jangan mengambil ia sebagai tanda bahawa anda seorang yang tidak baik. Kadang-kadang ia dalam DNA anda.

11. Anda sentiasa bertentangan dengan pihak berkuasa, itulah sebabnya anda sukar bekerja lama di suatu tempat kerja.

12. Anda percaya bahawa terdapat lebih daripada satu definisi keselamatan kerja. Anda menyedari bahawa tugas anda adalah selamat selagi anda berada dalam kawalan berbanding dengan bergantung kepada bos yang boleh merosakkan kerjaya anda selepas satu kesilapan.

13. Kebanyakan pakaian dalam almari anda terdiri daripada baju-T. Sesetengah anda mungkin mendapat di pasaraya biasa. Baju lain pula memaparkan nama atau logo syarikat.

14. Anda mempunyai sifat yang berdaya saing dan bersedia untuk kalah. Anda sentiasa tahu bahawa anda boleh melakukan sesuatu yang lebih baik.

15. Idea anda bercuti adalah hari kerja tanpa apa-apa mengganggu tugas yang benar-benar perlu dilakukan.

16. Anda tidak bekerja dan kemahiran hidup adalah lebih berharga untuk anda.

17. Anda bekerja lebih daripada 60 jam seminggu, tetapi anda sebenarnya boleh memperoleh lebih banyak wang ketika anda berada di sekolah menengah.

18. Anda mahu berada dalam kawalan dan dapat berperintah dalam syarikat anda sendiri. Anda biasanya suka mengawasi kebanyakan perkara yang berlaku di syarikat anda.

19. Anda melihat peluang di mana-mana. Sebagai contoh, anda berjalan ke dalam sebuah bangunan dan ingin tahu tentang nilai syarikat-syarikat di situ.

20. Perkataan “pitch” tidak lagi mempunyai kaitan dengan besbol.

21. Anda seorang pemikir logik dengan idea-idea tentang bagaimana untuk membetulkan masalah dan keadaan keseluruhan.

22. Bercakap tentang penyelesaian masalah, adakah anda mencari sama ada aplikasi itu telah wujud? Mungkin anda telah mula mewujudkan satu model perniagaan dan senibina perisian untuk melihat jika ia boleh dilaksanakan.

23. Anda suka bergaul dan tidak mempunyai masalah berkomunikasi dengan orang ramai.

24. Sebagai kanak-kanak, anda suka menjual barangan seperti di gerai air limau. Apabila terdapat jualan kelas, anda mungkin salah satu daripada penjual terbaik.

25. Anda seorang berinisiatif, bermakna anda tidak berputus asa sehingga projek itu selesai.

26. Tidak kira apa yang anda lakukan setiap hari, anda sentiasa memikirkan dari segi mendapatkan pulangan ke atas pelaburan.

27. Anda berfikir di luar kotak. Jika tidak, apa yang akan berubah?

28. Anda seorang yang menarik dan berkarisma.

29. Anda percaya dalam kecekapan dan akan mencari kaedah-kaedah untuk membuat sesuatu perkara berjalan lancar.

30. Anda menyedari bahawa anda tidak boleh melakukan semua tugasan. Anda mempunyai idea dan boleh mempromosikannya tetapi anda juga tahu bahawa anda tidak mahir dalam setiap tugasan dalam menjalankan perniagaan

Kredit to #Teamazizan

Sabtu, 16 Mei 2015 | By: iKhwan89

SAJAK : SEMUANYA KERANAMU GURU

"Hijau malar kami,
Mekar di taman tarbiyyah,
Menjalar indah rimbun
Dalam ceria taman,

Jerih mendidik kami,
Tidak pernah terbayar,
Bekas-bekas rotan yang
ditinggal di badan kami,
Bisa-bisa perit kerana telinga dipulas mengajar kepada kami erti tekun dan tabah,

Sungguh...tidak semudah yang disangka,menjadi guru yang setia..

Tabah,Cinta dan Semangat
Yang ada dalam dirimu,
Meresap dalam hati ku,
Menunjang jiwa dan hati
Menjadi inspirasi,

Tidak mudah mengalah itulah pendorong kejayaan ku...

Terima kasih guruku,
sekalung cinta dan taBah buat mu,
Segalanya bermula dari mu
wahai guru ku...

Moga hati kami
Tetap subur dalam perjuangan
Tetap merimbun dalam perhitungan dunia

Terima kasih Allah,
Terima kasih Al-irsyad
Terima kasih guru-guru ku....
                                          -Rt89-
                                   -selepas maghrib-
                                        -16 mei 2015-

Khamis, 7 Mei 2015 | By: iKhwan89

SAJAK : NIKMAT TUHAN

Marilah kita berfikir tentang nikmat Tuhan,
Agar kita boleh bersyukur dan malu kepadaNya,
Sedarkah kita lebih banyak nikmat yang kita tidak minta diberiNya,
Yang kita minta tidak dikabulNya sedikit sahaja,
Tapi kita tidak sedar apa yang berlaku kepada diri kita,
Bahkan nikmat yang diberi yang tidak diminta, lebih berharga,
Daripada yang kita minta sama ada dikabulNya atau tidak
Wujudnya kita satu nikmat yang besar tanpa kita minta,
Iman dan Islam yang ada pada kita lebih besar lagi tidak kita minta juga
Kerana kita lahir daripada ibubapa
Yang sudah sedia menerimanya
Kita pun terus menyambungnya,
Cuma kita diperintah berusaha menyuburkannya,
Otak dan hati nurani bukankah juga kita tidak memintanya ?!
Mata, telinga, hidung, mulut dan segala jawarih adakah kita memintanya ?!
Tidak perlu saya menjawabnya,
Juga nafas turun naik,
Tuhan anugerahkan tanpa memintanya,
Yang kita usahakan dan yang kita minta dapat
Murah sangat nilainya,
Di antaranya pangkat, wang ringgit, kesihatan, suami atau isteri dan anak-anak,
Juga rumah, pakaian, pinggan mangkuk dan perhiasan yang ada,
Selain tidak payahlah disebut lagi
Sangat murahnya nilainya,
Mengapa kita tidak terfikir selama ini
Nikmat yang diberi yang kita tidak minta
Lebih besar nilainya bahkan lebih banyak,
Mana lebih besar, nikmat wujudnya kita yang kita tidak minta,
Dengan wang ringgit yang kita usaha dan minta ?
Juga iman dan Islam yang kita tidak minta
Mana lebih besar daripada pakaian dan perabut ?
Nafas yang turun naik yang kita tidak minta
Mana lebih utama daripada suami atau isteri kita ?
Semua orang boleh menjawabnya,
Oleh itu jika ada yang kita minta
Tidak dikabulkan oleh Tuhan kita,
Tak usahlah susah hati,
Kerana yang tidak dapat itu nilainya murah sahaja
Dibandingkan dengan yang tidak diminta,
Syukurilah Tuhan apa yang ada !
Nanti Allah Taala akan menambahkan lagi
Sekalipun tidak diminta.

-Abuya-

Isnin, 4 Mei 2015 | By: iKhwan89

TRAGEDI DUKE : ALLAH DAN RASUL MENYAYANGI MU SAYANG

Alla...Tuhan yang Maha Baik...
masakan Tuhan lakukan sesuatu yang kejam
untuk hambanya..
tidak pernah sedikit pun
kejadian Tuhan tidak ada hikmah...
semuanya mengandungi pengajaran...
Cuma hati yang kelam sahaja
Tidak akan terbayang
Rahmat Allah yang sangat besar...

Duhai anak-anakku...
Sesungguhnya Tuhan sedang menguji kamu
Sama saatnya ketika rasulullah
Sedang diuji ketika baginda masih kecil
Beruntunglah wahai anak ku
Kematian ibu bapa mu
Rupanya adalah jambatan keluargamu menuju syurga..

Masakan tidak...
Doa mu adalaha antara doa yang paling makbul
Doamu boleh menempatkan ibu bapa mu di syurga
Adik kecilmu boleh menarik tangan ibu ayah mu menuju syurga...

Wahai kecintaan rasulullah,
Kamu pasti tersenyum saat kamu ketahui bahawa kamu adalah kesayangan Rasulullah..
Rasulullah juga yatim piatu seperti kamu..
Rasulullah amat menyayangi yatim piatu..
Betapa bertuah dan beruntungnya kamu wahai ciptaan Allah yang comel...

Wahai kesayangan seluruh rakyat malaysia,
Doa kami buat mu
Agar kamu sentiasa menjadi kuat,
Agar dirimu sentiasa tabah,
Agar seluruh hidupmu mendapat redha Allah..
Agar dirimu mu menjadi anak yang solehah..

Akhir sekali buat 2 insan yang masih kecil..
Dunia ini tidaklah kejam,
Yang bersalah pasti akan di hukum,
Kebenaran pasti akan tertegak,
Moga Allah sentiasa meredhai mu
Duhai anak2 suci yang masih tak mengerti...

                                                              -RT89-
                                                            -9.00 am-
                                                            - 4/5/2015-

Rabu, 29 April 2015 | By: iKhwan89

SAJAK : UJIAN PADA SESEORANG TIDAK SAMA MAKSUD

UJIAN yang ditimpakan pada seseorang maksudnya tidak sama
Adakala ujian yang Allah timpakan itu kerana kutukan-Nya
Kerana sudah terlalu derhaka
Adakalanya dengan tujuan penghapusan dosanya
Kerana sudah cuba mujahadah,terlibat juga
Adakalanya dengan maksud hendak meningkatkan darjat seseorang
Kerana taqwanya dan imannya yang begitu teguh
Tidak kurang juga dengan ujian itu untuk menyedarkan
Untuk memberi petunjuk dan hidayah kepadanya
Jika ujian itu ditimpa kepada kita
Kita tidak tahu maksud yang mana satu
Oleh itu sebagai beradab dengan Tuhan
Kerana kita adalah hamba-Nya
Kita kaitkanlah ujian itu dengan sebab dosa kita
Atau kerana kemurkaan-Nya
Agar kita sentiasa bertaubat kepada-Nya
Inilah jalan selamat buat kita

Satria Peningit
04/03/1999

Selasa, 28 April 2015 | By: iKhwan89

SAJAK : KEMUNGKARAN WAJIB KITA TAKUT

KEMUNGKARAN dan maksiat wajib kita takut
Kita mesti cemburu selalu dengan kemungkaran dan maksiat itu
Justeru itulah jalan-jalan dan lorong-lorongnya kena kita tutup dan sekat
Menjaga dari penyakit lebih baik dari mengubat penyakit
Penyakit rohani lebih merbahaya daripada penyakit jasmani
Penyakit jasmani penghapusan dosa
Penyakit Rohani membawa ke Neraka
Awaslah dengan penyakit rohani!
Kerosakannya merata,merbahayanya menjerumuskan orang ke Neraka
Ia merosakkan agama,bangsa dan negara
Jika dibiarkan gejala masyarakat bermaharalela
Di waktu itu pembangunan akan sia-sia belaka
Kemajuan tidak mempunyai erti apa-apa
Kerana pembangunan insan jatuh separas bumi
Insan lebih penting dari kemajuan dan pembangunan benda
Apabila insan telah rosak,kemajuan dan pembangunan akan menjadi alat perosak
Yang menggerakkan pembangunan dan kemajuan adalah insan
Jika insan telah rosak,pembangunan dan kemajuan akan disalahgunakan
Bangunkanlah insan sebelum membangunkan kemajuan dan pembangunan

Satria Peningit
30/05/2001

Isnin, 27 April 2015 | By: iKhwan89

SAJAK : MELUPAKAN DOSA ADALAH SATU DOSA


Melupakan dosa adalah satu dosa
Kemudian tidak takut dengan dosa yang telah dibuat adalah satu dosa pula
Kalau berbangga dengan dosa itu lebih-lebih lagi
Kesalahan itu bertambah besar
Dosa itu bertambah besar dan bertimbun-timbun pula
Jika tidak takut dengan dosa sekalipun belum berbuat
Pun satu dosa satu kesalahan
Yang belum melakukannya satu kesalahan juga
Dosa itu bukan kerana sudah membuat kesalahan atau dosa
Tapi kerana tidak takut atau tidak bimbang terbuat dosa
Adalah satu kesalahan pula
Sebagai seorang hamba sepatutnya sentiasa takut dengan dosa
Sekalipun belum terbuat dosa
Begitulah sifat seorang hamba yang sepatutnya
Apatah lagi setelah membuat dosa
Lebih-lebih lagi takutnya membara dan jiwanya keluh-kesah dan hatinya dukacita
Melupakan dosa,tidak takut dengan dosa yang dibuat
Dan tidak takut dengan dosa yang dibuat adalah seorang hamba yang sombong dan angkuh
Kerana dia telah membuang sifat kehambaannya
Membuat sifat kehambaan adalah satu kesombongan
Sombong bererti membesarkan diri
Membesarkan diri adalah satu kesalahan atau satu dosa
Kerana dia mengambil sifat Tuhan yang tidak sepatutnya dia memakai sifat itu
Itu adalah pantang larang Tuhan yang tidak patut dipakai oleh seorang hamba..

Satria Peningit
01/07/2000

Rabu, 25 Mac 2015 | By: iKhwan89

GENERASI HARAPAN : 16 BERADIK MENGORAK LANGKAH

16 beradik dalam GH
Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

Atas dasar hubungan adik-beradik yang sangat erat, pada 2009 tertubuhlah kumpulan seni budaya yang dinamakan Generasi Harapan (GH). Dianggotai 16 beradik daripada empat ibu dan satu bapa, GH sudah menghasilkan lima album termasuk yang baru dilancarkan kelmarin berjudul Takkan Terputus Lagi Hati Dengan Mu.

Empat album yang terdahulu, Allah Itu Maha Besar, Islam Itu Maha Benar, Pembela Al-Quran, Ramadan Dan Syawal Bersama Rasa Kehambaan dan Allah Ve Rasul Fidaisi (versi bahasa Turki).

Ditemui pada pelancaran album itu kelmarin yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Nur Effendy Production, Datuk Noor Effendy Mohamed, daripada 16 anggota hanya empat saja yang muncul kerana yang lainnya ada yang menetap di Timur Tengah, United Kingdom, Indonesia dan Arab Saudi.

Kemunculan Muhammad Fida’ Uddin a Asaari, 25, Muhammad Ajwad Asaari, 24, Ummu Mubarokah Asaari, 21 dan Fat Hiyyah Asaari, 20 sebagai mewakili saudara mereka yang lain berkata, kehadiran mereka dalam industri nasyid tanah air bukan untuk bersaing dengan kumpulan sedia tetapi sebagai memeriah dan menceriakan lagi suasana serta bersama-sama berdakwah bagi menegakkan syiar Islam.

Jika sebelum ini album mereka dilancarkan di luar negara kerana GH juga mempunyai perniagaan di sana, namun kali ini jelas Ajwad, mereka mahu membuat kelainan memperkenalkan album terbaru itu di sini demi mendekati peminat di tanah air.

“Sudah lama kami merantau di luar kerana belajar dan menguruskan perniagaan keluarga, kini tiba masanya kami balik menjenguk kampung halaman sendiri. Itupun tidak semua 16 anggota dapat balik kerana ada yang masih belajar lagi.

“Selain Kuala Lumpur, album ini juga dirakam di beberapa studio luar negara di mana adik-beradik kami belajar iaitu di Manchester, Jordan, Turki dan Indonesia agar lebih mudah kerana sukar untuk mengumpulkan semuanya pada satu masa. Proses rakaman seperti itu dilakukan sejak album pertama lagi dan Alhamdulillah ia berjalan lancar.

“Apa jua halangan dan rintangan terasa mudah kerana kami melakukannya untuk mencari kebaikan di jalan Allah SWT,” katanya.

Menceritakan lagi keistimewaan semua adik-beradik itu, jelas Aswad, mereka semua dianugerahkan pelbagai bakat seni seperti penciptaan lagu, lirik dan komposer. Mereka semua juga memiliki suara yang merdu.

“Lantaran itu tiada masalah untuk kami memenuhi undangan persembahan di mana saja. Siapa yang tidak sibuk dengan kuliah dan sebagainya akan membuat persembahan,” katanya.

Peminat lagu ketuhanan di Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei, Australia dan negara di Timur Tengah sudah tidak asing lagi dengan GH kerana mereka kerap membuat persembahan di negara-negara itu.

Agar melodi dan lirik menjadi serasi dengan peminat di setiap negara dilawati, lirik ditulis dalam bahasa Inggeris, bahasa Turki dan Arab.

“Pun begitu dek kerana lagu adalah satu perkara yang universal, tanpa me­ngira dikarang dalam bahasa apa sekalipun dan berpaksi kepada tujuan murni memuji Allah SWT dan agama-Nya, ia tetap meresap ke jiwa setiap yang mendengar.

“Kami mahu melaungkan nama Allah SWT di seluruh pelosok dunia dan pembabitan kami dalam bidang seni bukan untuk mencari keuntungan. Apa yang diutamakan mesej yang tersemat dalam lagu kami ‘sampai’ kepada masyarakat.

“Allah SWT juga mempermudahkan niat baik kami apabila album itu yang dihantar untuk dibuat tapisan dan penilaian kepada JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor), mendapat kelulusan dalam masa dua hari saja. Pihak RTM (Radio Televisyen Malaysia) juga tiada masalah untuk memutarkan lagu kami,” katanya.

Album itu menyisipkan 17 lagu - Huru Hara, Tipu Daya Dunia, Roda Kehidupan, Berkali Sudah, Kemuliaan Rasul, Sang Pencipta, Hikmah Al-Quran, Carilah Syafaat, Wahai Jiwa, Perjuangkan Tuhan, Aku Menangis, Aku Milikmu, Keluarga Suci, Palestin Kita Tercinta, Nama Mu Allah dan Tuhankan Ada.

Selain kecintaan mereka yang mendalam terhadap seni, kumpulan itu juga membuka Akademi Generasi Harapan yang menjadi pusat latihan mengajar pelajar dalam bidang seni budaya, penulisan skrip, sistem audio, multimedia, fotografi, video dan penghasilan produk GH. Akademi itu juga ada pusat latihan berkuda.

Satu lagi perniagaan mereka ialah GH Corner untuk melatih pelajar menceburi bidang perniagaan mengkhusus kepada pengurusan restoran.

Artikel ini disiarkan pada :
Rabu, 25 Mac 2015 @ 1:28 PM

Selasa, 27 Januari 2015 | By: iKhwan89

SUNNAH MENGGANTUNG ROTAN DI RUMAH (mengadabkan anak²)

عن ابن عباس رضي الله عنه،
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
علقوا السوط حيث يراه أهل البيت فإنه أدب لهم.

- رواه الطبراني في الكبير، بسند حسن.
- ورواه البزار عنه بلفظ : ضع السوط حيث يراه الخادم.
- ورواه البخاري في الأدب المفرد.
- ورواه أبو نعيم عن ابن عمر. 

Dari Ibnu Abbas r.a,
Rasulullah s.a.w bersabda : 

Gantunglah rotan di rumah kamu supaya dilihat oleh penghuni rumah, maka sesungguhnya rotan itu mengadabkan mereka.

- Riwayat At-Tobrani di dalam kitab Al-Kabir, dengan sanad HASAN.
- Riwayat Al-Bazar dengan lafaz "letakkan rotan dirumah mu supaya dilihat oleh org yg khidmat bg mu".
- Riwayat Al-Bukhari di dalam kitab Adabul Mufrad.
- Riwayat Abu Nuaim dari Ibnu Umar r.a.
____
🔺 Dalil Pukul Anak.

Perintahkan anak mu solat pada usia tujuh tahun,dan pukullah jika pada usia sepuluh tahun jika ia meninggalkan solat dan pisahkan tempat tidurnya”. 

(HR Ahmad dan Abu Daud dan Hakim dari ibn ‘Umar r.a)

Pukul mendidik.. rotan tapak kakinya.. bukan pukul ikut nafsu

🔺 Had angkat tangan ketika
       merotan

Jgn melebihi paras ketiak.. umpama kepit buku di ketiak.. jgn jatuh buku tu masa angkat tangan.. 

Pukul bukan ikut nafsu syaitan.. anak tu amanah Allah.. penghuni syurga.. jgn sampai kita dilaknat kerana menzalimi mereka.

Rabu, 7 Januari 2015 | By: iKhwan89

SAHABAT : anugerah terindah

"Terima kasih Tuhan
Untuk anugerah sahabat ini
Tiada terhingga nilainya
Yang dapat ku ganti
Sepenuh jiwa menyayangi semua
Tidak pernah terbisik ingin berdusta

Tiada tali zahir yang mengikatnya
Namun ukhuwah bagaikan jalinan batu bata
Pasti dan pasti,ukhuwah ini
Tiada galang gantinya

Terima kasih Ya Allah
Untuk anugerah inia
Semoga berukhuwah selamanya...

                                                 -RT89-
                                                6/1/2015
                                     Menjelang tidur

Sabtu, 3 Januari 2015 | By: iKhwan89

100 Sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian

Salam semua..sempena Maulidunnabi Muhammad Rasulullah S.A.W ini,RT ada sedikit buah tangan untuk pembaca semua,moga Allah kira sebagai ibadah...

Seratus Sunnah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan
1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat
11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan D
an Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit
#Dipersilakan share. Semoga bermanfaat untuk semua.


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com