Sabtu, 16 Mei 2020 | By: iKhwan89

KERJA GURU : SEKADAR TANGKAP MUAT ATAU BETUL-BETUL MINAT?

Nak jadi guru..perlu ada tekad...kene ada niat..mesti ada semangat...

Kerja guru bukan sekadar tangkap muat.."asal ada kerja" atau sekadar jambatan menuju kerja lain yang kekal..

Sebab jika sekadar itu,nanti kita akan jemu..letih dan lesu..jarang dijumpai,manusia yang seronok melayan karenah pelbagai manusia..kelak nanti,kita banyak komplen dari buat kerja..

Nak jadi guru,bermaksud nak jadi orang yang mendidik sumber...bukan memprogramkan robot..mereka adalah sumber kekuatan negara,sumber kekuatan agama..

Kalau guru jemu,rosaklah sumber tu..rosaklah anak-anak..rosaklah agama,rosaklah negara...bagaimana kita nak jawab dihadapan Tuhan nanti?

Kerja guru mengambil masa yang panjang untuk melihat hasil..bukan kita perolehinya hanya semalaman...ia penat,letih dan memakan banyak masa kita...

Sebab itu,kerja guru bukan kerja kaleng-kaleng..nampak remeh seperti jaga barisan kekantin..hanya mengajar darjah 1 sahaja,jaga perhimpunan balik..namun,kalau orang berjiwa guru yang berjiwa besar dia pasti akan nampak kerja-kerja itu sangat penting bagi membina sumber..

Oleh itu,sempena HARI GURU 2020 ini,jom semua guru kita betulkan niat..tetapkan BIG WHY kenapa aku jadi guru..

Jangan sekadar hanya kerja sebagai "tangkap muat" sahaja.

Moga-moga kita dalam redha Allah..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SYAFIE
MOTIVATOR

#kataberiRT
#hariguru
Khamis, 23 April 2020 | By: iKhwan89

PKP : 5 TIPS KEKAL FOKUS BILA BELAJAR DI RUMAH

Berikut 5 tips untuk kekal fokus ketika belajar di rumah.

Tentukan Ruang Khusus untuk Belajar

Walaupun belajar di rumah, penting bagimu untuk tetap membuat ruangan tempat belajar yang kondusif dan bebas dari gangguan. Hindari belajar di tempat tidur kerana kamu akan cepat mengantuk. Buat tempat belajarmu rapi dan jauh dari gangguan seperti hp, televisi, atau gadget lain yang tidak mendukung pembelajaranmu.

Gunakan Timer

Agar tidak cepat lelah dan bosan, kamu boleh menggunakan timer untuk menghitung berapa lama kamu telah belajar. Contohnya, atur timer-mu selama satu jam. Setelah itu kamu boleh istirahat selama 15 menit. Pastikan untuk mengikuti timer yang telah kamu atur agar waktu belajarmu efektif.

Buat Jadual

Sebelum memulai belajar, buat jadual apa saja yang harus kamu pelajari hari ini. Jadual ini booeh membantumu mengatur berapa lama kamu harus belajar, bila kamu akan istirahat, dan pelajaran apa saja yang akan kamu pelajari.

Pilih Waktu Belajar yang Tepat

Salah satu keuntungan belajar di rumah adalah kamu booeh menentukan bila waktu yang tepat untuk belajar. Sebagian orang merasa lebih fokus belajar di pagi hari, sebagian lainnya merasa lebih fokus di malam hari. Tentukan kapan kamu merasa lebih fokus, lalu belajar sesuai jadwal yang telah kamu buat.

Tidur Cukup

Walaupun kamu belajar di rumah, tidur yang cukup tetap penting kamu lakukan agar lebih fokus saat belajar. Ketika kamu mengantuk saat belajar, akan lebih mudah untuk tidur saat kamu di rumah. 

Itu dia lima tips yang boleh membantu anda lebih fokus ketika belajar di rumah. Walaupun di rumah, tetap belajar dan jangan terlalu sering bersantai ya.

Selasa, 14 April 2020 | By: iKhwan89

DEMAM KABIN : SINDROM AKIBAT KUARANTIN

Demam kabin adalah istilah yang popular untuk reaksi yang agak biasa untuk diasingkan di bangunan untuk jangka masa tertentu.  Sesetengah pakar percaya bahawa demam kabin adalah sejenis sindrom, manakala yang lain merasakan bahawa ia dikaitkan dengan gangguan seperti gangguan afektif bermusim dan sesakfobia. 

Kesanya

Kegelisahan
Kesedihan atau kemurungan
Masalah menumpukan perhatian
Kurang kesabaran
Kurang selera makanan
Motivasi menurun
Pengasingan sosial
Kesukaran bangun
Harapan tanpa harapan
Perubahan dalam berat badan
Ketidakupayaan untuk menghadapi tekanan

Idea

Keluar dari Rumah: 

Sekiranya anda berada di rumah, ini tidak mungkin selalu berlaku.  Tetapi jika anda dapat pergi ke luar, walaupun untuk masa yang singkat, mengambil kesempatan daripada peluang itu.  Pendedahan pada cahaya siang dapat membantu mengatur kitaran semula jadi tubuh, dan latihan melepaskan endorfin, menjadikannya tinggi semula jadi.  Walaupun berjalan-jalan cepat dapat membantu anda berasa lebih cepat.  Jika anda tidak dapat meninggalkan rumah sama sekali, dapatkan dekat dengan tingkap dan mula bergerak.

Kekalkan Corak Makan Biasa: 

Bagi kebanyakan kita, hari yang terlewat di rumah adalah alasan untuk berlebihan dalam makanan ringan.  Walau bagaimanapun, makan dengan betul boleh meningkatkan tahap tenaga dan motivasi kita.  Anda mungkin merasa kurang lapar jika anda kurang senaman, tetapi memantau kebiasaan makan anda untuk memastikan anda mengekalkan keseimbangan nutrisi yang tepat.  Hadkan gula tinggi, makanan ringan dan minum banyak air.

Tetapkan Matlamat: 

Apabila anda terjebak di dalam rumah, anda mungkin lebih cenderung untuk meluangkan masa tanpa melakukan sesuatu yang penting.  Tetapkan matlamat harian dan mingguan, dan lacak kemajuan anda hingga selesai.  Pastikan matlamat anda berpatutan, dan beri penghargaan kepada diri anda kerana berjaya memenuhi setiap pencapaian.

Gunakan Otak Anda: 

Merangsang minda anda boleh membantu anda bergerak ke hadapan dan mengurangkan perasaan pengasingan dan ketidakupayaan.

Latihan: 

Walaupun anda tidak boleh meninggalkan rumah, cari cara untuk tetap aktif secara fizikal di dalam rumah.  Aktiviti fizikal yang teratur dapat membantu membakar tenaga tambahan yang anda miliki daripada terkumpul di dalam rumah.  Idea latihan dalaman termasuk video senaman, latihan berat badan, dan rutin senaman dalam talian.
Khamis, 26 Mac 2020 | By: iKhwan89

SAJAK : TUHAN BERKUASA KEATAS KITA

Sajak untuk dibacakan pada hari *Kamis 26hb Maret 2020*

*TUHAN BERKUASA KE ATAS KITA*
 
Setiap hari engkau menghirup udara, engkau boleh lupakan Tuannya?!
Itulah Tuhan yang menghidupkan engkau
Kalau Tuhan stop udara, matilah engkau
Mengapa engkau boleh melupakan Tuhan begitu sahaja?!
Setiap hari engkau makan rezeki dari Tuhan
Engkau tidak jatuh hati dengan-Nya
Bahkan engkau boleh melupakan-Nya
Betullah engkau hamba yang tidak ada hati perut!
Di waktu engkau sakit Tuhan sembuhkan
Di waktu perlu rehat Tuhan tidurkan,
Bangun segar semula
Engkau bertenaga semula, boleh menyambung kerja
Engkau tidak terasa terhutang budi kepada-Nya?
Engkau tidak nampak lagikah kuasa Tuhan kepada engkau
Dia boleh memperbagaikan keadaan engkau
Sekali-sekala engkau gembira, sekali-sekala engkau dukacita
Adakalanya engkau sakit, adakalanya engkau sihat
Begitulah seterusnya Tuhan menjadikan engkau berbagai-bagai keadaan
Engkau ingat itu semuanya kuasa engkau
Itulah dia kuasa Tuhan yang Maha Berkuasa
Takutilah Tuhan..
Dia boleh buat apa sahaja kepada kita
 
Selepas Zuhur 
19.11.2002
Selasa, 17 Mac 2020 | By: iKhwan89

CONVID-19 : JOM AMALKAN DOA INI

Salam senyum dan bersemangat hari ni..

Semalam,PM kita telah mengumumkan arahan menghadkan pergerakan akibat virus Convid-19 ni...

Ramai juga yang update membuat pembelian panik di pasaraya-pasaraya..
RT pula,duduk-duduk sahaja di rumah..risau juga..

Semalam pergi ke KWSP pun di pintu masuk dah kene cek suhu badan.

Pada masa ni,RT teringat satu doa tawassul yang pernah diajar kepada RT dari kecik lagi.

Doa ini mendarah daging dan diamalkan setiap selepas solat pakej sekali dengan Ila hilas. Pada masa ia diamalkan dulu,tak rasa betapa pentingnya..sebab masa tu tiada pula virus seperti yang melanda sekarang. 

Tapi sekarang,terasa berkatnya pula sebab ia sentiasa diamalkan..

RT copy paste dari blog anjangmuor untuk sama-sama kita amalkan :

Mari amalkan doa tawassul dengan Ahlil Bait yang lima yang juga dikenali sebagai Ahlul Kisa (أهل الكساء) sebagai langkah menghalang wabak setiap selepas solat.

لي خمسة أطفي بها حرّ الوباء الحطمة

المصطفى والمرتضى وابناهما مع فاطمة

LII KHAMSATUN UTFI BIHA, HARRAL WABA’ IL HUTOMAH

AL MUSTAFA WAL MURTADHA WAB’NAA HUMA MA’ FATIMAH.

“Ada bagiku lima orang dengannya aku memadamkan kepanasan penyakit berjangkit, mereka itu ialah Muhammad Al Mustafa (yang terpilih), Ali Al Murtadha (yang diredhai) dan kedua anak mereka (Hasan dan Husain) bersama Siti Fatimah.”
Jumaat, 28 Februari 2020 | By: iKhwan89

VISIONBOARD : KITA LESU TANPA MATLAMAT

Salam kebahgiaan buat semua pembaca...😊😊

Semoga kita semua dalam berkat dan limpahnya...

Setiap kali RT bangun pagi-pagi memang lemau juga...maklumlah sedap sangat tidur..kalau boleh,malas betul nak buat semua..

Kadang-kadang sampai tak sabar nak tunggu cuti...yelah,lepas subuh nak baring-baring sahaja.

Ada seorang pakar Motivasi bagi tau pada RT,seandainya kita tiada matlamat,memang kita akan bermalas-malasan sahaja.

Matlamat tu apa?
Ia adalah sesuatu perkara atau benda yang kita nak capai...

Tapi macam mana kita nak nampak matlamat tu?apa yang menyebabkan kite teransang untuk mencapai matlamat tersebut?

Susahkan?sebab tak nampak kan?

VB...atau Vision Board itulah yang perlu kita lakukan supaya kita lebih nampak dan jelas matlamat yang kita nak capai..

Nanti RT akan huraikan serba sedikit berkenaan VB ni..sebab panjang juga kalau nak tulis dalam posting kali ni..

Oh ya..hari ni sekolah pagi RT ada majlis penutup Karnival Ilmu...tak sabar nak ambik hadiah anak-anak ni..😂😂😂..ok semua.

kalau tiada VB,memang kita buat kerja lambat sahaja seperti sloth ni!
Khamis, 27 Februari 2020 | By: iKhwan89

BAKAT PELAJAR : KITA YANG KURANG CERDIK ATAU MEREKA YANG TAK MAMPU?

Salam ceria semua...apa kabar?hehe..dalam kemelut politik Negara kita ni,kerja-kerja sebagai rakyat tetaplah berjalan seperti biasa...

Penat otak juga kalau kita duduk mengadap isu ini..😅😅😅..

Hari ni sekolah pagi RT ada menganjurkan Karnival Amal Islami peringkat sekolah...meriahlah anak-anak murid RT dengan bermacam ragam pakaian..🥰🥰🥰

Seronok mereka bila sekolah anjurkan pelbagai pertandingan..ada tilawah,ada hafazan..ada azan dan iqamah,ada juga nasyid,bicara berirama,ada lagi mewarna dan banyaaaaaaak lagi..♥️..

RT juga sepanjang Karnival berlangsung,sangat memerhatikan beberapa potensi pelajar yang boleh digilap sebenarnya..

Ada yang dari kalangan mereka yang biasa sahaja dari segi akademik,tapi mereka sangat menonjol dan berkebolehan dalam beberapa pertandingan yang dianjurkan..

Satu perkara yang dapat RT pesan pada pembaca,terutama ibu ayah dan guru-guru..sebenarnya kebolehan anak-anak ni tak terbatas..mereka bijak dalam kebolehan mereka...

Yang menjadikan terbatas itu ialah sistem...atau diri kita..kita yang menghadkan kebolehan mereka...kita yang meletakkan kayu ukur kejayaan mereka..

Sebenarnya,kitalah yang kurang cerdik sebab tidak pelbagaikan teknik mencungkil bakat pelajar...kita yang tidak proaktif..

Oleh itu,jom kita jadi ibu ayah dan guru yang proaktif..jangan hanya mengeluh sahaja sana sini!.

kumpulan nasyid banat sedang bertanding

kumpulan nasyid walad bertanding

bicara berirama

costum bicara berirama banat

pertandingan azan

SAJAK : PIMPINAN ORANG TUHAN



*Pimpinan Orang Tuhan*
 
Apabila dunia ini akal manusia tidak terbangun
Akal fikiran kosong daripada ilmu pengetahuan dan pengalaman
Siapa sahaja di kalangan ahli fikir atau failasuf, boleh didatangkan ke dunia mengisi  akal dengan ilmu dan pengetahuan
Dunia pun terbangun, maju dan bertamadun, kehidupan manusia pun selesa dan hidup di dalam kemudahan
Dunia indah, cantik, tapi belum tentu tenang, dan tidak pasti mendapat kebahagiaan
Itulah dia yang dikatakan tamadun material
Apabila di suatu zaman roh yang tidak terbangun atau roh terbiar tanpa didikan
Hati manusia pun hitam legam, nafsu manusia pun bermaharajalela
Merosakkan roh yang menjadi raja di dalam diri insan
Maka manusia pun hidup macam haiwan dan syaitan,
Menghancurkan ketenangan dan kebahagiaan
Di zaman itu orang rohani atau pemimpin-pemimpin dari Tuhan pun didatangkan
Seperti para-para rasul, para-para nabi, 
Selepas Nabi Muhammad para-para mujaddid didatangkan  setiap satu abad berperanan
Maka roh manusia pun dibangunkan semula atau dipulihkan semula
Setelah lama hitam legam merosakkan kehidupan
Maka roh-roh manusia yang menjadi raja diri berperanan semula di dalam kehidupan insan
Roh-roh bebas semula daripada belenggu nafsu, mentadbir diri manusia dibawa semula kepada Tuhan
Kehidupan secara syaitan dan haiwan bukan tidak ada
Tapi sangat berkurangan
Manusia-manusia hidup ramai yang berperanan dan bersifat malaikat yang taat kepada Tuhan
Hidup berkasih sayang, harmoni, dan di dalam kebahagiaan dan tenang subur di tengah kehidupan
Tidak mesti ada kemudahan dan senang
Maka tamadun insaniah pun terbangun
Atau tamadun rohaniah pun subur menghiasi kehidupan insan
Seperti berakhlak tinggi, rasa bertuhan dan rasa kehambaan, beradab mulia wujud semula di kalangan manusia
Di sini baru kita faham kalau hendak membangunkan kemajuan dan tamadun material Tuhan utus ahli fikir sekalipun mereka kafir dan zalim
Jika Tuhan hendak membangunkan di dunia tamadun insaniah atau tamadun rohaniah Tuhan utus orang-orang Tuhan atau golongan rohani
Seperti rasul-rasul, nabi-nabi, para-para mujaddid,
Biasanya tamadun material juga ikut sama maju
Yang paling malang ahli sasterawan yang kehilangan Tuhan datang setiap zaman
Mereka hanya syok-syok sendiri, berkhayal-khayal tanpa tujuan,
Sama ada untuk dunia mahupun Akhirat
Kalaupun menyebut Tuhan hanya untuk menyedapkan bahasa dan rasa
Bukan untuk bertaqwa
Maka Tuhan pun berkata di dalam Al Quran:
Mereka macam orang-orang gila yang tidak siuman,
Mengembara di lembah-lembah yang kotor tidak ada tujuan
Ahli-ahli rohani walaupun tujuannya untuk membangunkan tamadun insaniah atau rohaniah
Biasanya terjadi juga ikut sama terbangun material,
Dan lahir sasterawan-sasterawan yang beriman dan bertaqwa
 
Menjelang Zuhur 
31.05.2003

Rabu, 26 Februari 2020 | By: iKhwan89

KERJA PALING BERISIKO DALAM DUNIA : MENJADI GURU

Salam semua...akhir-akhir ni banyak kejutan yang berkaitan dengan guru yang kita terima dari media sosial..

Yang terbaru,kita dihidangkan dengan video seorang parent yang sungguh "beradab" yang menyuruh guru merangkak keliling kelas....

Pada asal pendapat RT,tak elok buat begitu terhadap guru...menunjukkan ibu bapa tidak beradab...seolah-olah membuka pekung didada....ye lah....anak-anak mewarisi perangai ibu ayah...kalau anaknya tidak beradab itu tanda ibu ayah juga tidak beradab..kan?....

Walaupun salahnya pada guru,tetaplah perlu ibu ayah ikut nas undang-undang yang telah ditetapkan...bukan hikut hukum hutan tau!

Kita bukan monyet atau kera atau gajah jika nak berhukum dengan hukum hutan kan....akal yang Tuhan ciptakan itu sebenarnya untuk berfikir dahulu sebelum bertindak....kan...

RT juga guru...RT juga pernah lalui saat parent datang menyerang sekolah...dengan maki hamun kepada guru-guru...9 tahun pengalaman menjadi guru...sudah cukup buat RT faham,bahawa kerja guru sebenarnya mempunyai risiko yang besar...lebih merbahaya dari kerja dalam hutan *kot😂*

Sebab nak hadap makhluk yang ada akal ni susah...apatah lagi nak membentuk akal manusia..nak membentuk jiwa...memang payah....namun,semua guru di luar sana,tabahlah.....anda adalah orang yang paling pawer sekali dalam mengawal perasaan....

Sabarlah guru
Sabarlah guru
Sabarlah guru
*P/s : gambar tiada kene mengene dengan artikel diatas..😅😅😅...ni time RT ajar ngaji....

HAI SEMUAAA!😁😁😁😁😁

Bismillah...salam alaik untuk semua...sekali lagi menyapa...ini pertama kali bagi tahun 2020 sayaenulis dalam ruangan blog saya yang hampir sepi ditutup habuk..hehe

Bukan apa,aplikasi blog dalam smart fon ini kejap ok..kejap ada masalah...menyebabkan tak boleh nak update sekali dengan gambar...

Banyak juga gambar yang nak diupload dan dikongsikan namun disebabkan masalah teknikal ni...menyebabkan jadi malas nak update....ceh alasan..😂..

Ok semua...bizi seperti selalu...jadi nanti saya update lagi tau!

jamuan dengan anak-anak kelas koi

perpisahan dengan muallimah farah syazwani
Selasa, 11 Februari 2020 | By: iKhwan89

SAJAK: SOMBONG PENGHALANG PERPADUAN

SOMBONG PENGHALANG PERPADUAN 
 
Penyakit sombonglah yang memporak-perandakan dunia
Dari sakit sombonglah manusia menderita dan sengsara
Dari sifat sombong lahir hasad dengki
Beberapa ramai orang yang teraniaya dari hasad dengki seseorang
Dari sifat sombong lahirlah sifat pemarah yang tidak dapat dikawal
Berapa ramai pula orang yang dapat malu atau terseksa dari kemarahan seseorang
Dari sifat sombong lahirlah tidak mahu menerima kebenaran seseorang
Ramai pula orang yang teraniaya dari dendam kesumatnya yang tidak dapat dikawal dan ditahan
Dari sifat sombonglah lahirlah sifat menghina dan mencerca orang terutama orang bawahan
Beberapa ramai pula orang yang dapat malu dan terhina dan jiwa derita
Dari sifat sombong seseorang ada kuasa sedikit sahaja lahirlah sifat bangga, rasa ada kuasa, rasa mulia memandang orang lain hina
Maka dijatuhkanlah maruah orang sesuka hati, menghina orang, memalukan orang, membuat arahan sewenang, menganggap orang tidak berguna
Ramai pula orang sakit hati, benci, dendam, marah, menunggu peluang hendak membalasnya
Dari sifat sombong lahirlah tidak taat, tidak mahu patuh, susah hendak didisiplinkan
Ibu bapa, guru, pemimpin pula selalu sakit hati
Rasa tercabar, tentu marah kalau mereka sombong pula akan bertindak semberono dan melulu atau sesuka hati
Maka haru-birulah berlaku, perpecahan menjadi-jadi, kasih sayang punah-ranah
Dari sifat sombong lahirlah sifat tidak boleh dicabar atau tidak boleh orang lain lelebi
Maka dia mencabar pula dan membalas dendam
Beberapa ramai pula manusia teraniaya menderita dan sengsara kerananya
Dari sifat sombonglah hilang kasih sayang, hilang persaudaraan, hilang rasa bersama, tidak ada kerjasama, perpaduan pun hilang
Hilang bahagia, timbul ketakutan, prejudis sesama manusia, harmoni tidak ada
Sepatutnya para pemimpin dan ulamak mendidik manusia menghilangkan penyakit sombong
Jangan hanya ajak manusia bersatu dan berpadu
Penghalang perpaduan dan persatuan adalah penyakit sombong tapi dibiarkan
Itulah yang terjadi di dunia hari ini
Manusia terseksa kerana sifat sombong
 
Selepas Subuh
28.06.2003

Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com