Khamis, 26 Februari 2009 | By: iKhwan89

HARI TERAKHIR KU REHAT...


*waktu pagi,xsapan lagi tu..lapar..hu3*salam alaik sumer pelawat2 blog aku..smoga dalam kasih sayang Tuhan. huh,ari nie aku rase,ari terakhir ku rehat kot..hu3..ari esok aku da kne bertolak nak g program wawasan desa rakan muda kat bukit goh..hu3..xbest pon..saje je ikut..ye r..dkat ngn kwasan prumahan aku..klaw da ksmpatan,bley r aku pnjam moto ayh angkt,g blik jap..lalalalala..lpas tu plak kan,ari isnin tu nak berangkat g port dickson plak taw..he~....ja oh......untuk kursus kepimpinan under RAKAN MUDA.hui,dasat prgram ni...isnin sampai kamis...manyak kelas tertinggal..tapi aku peduli ape..he3....kursus ni pon skli seumur idup utk aku mungkin..susah nak dapat kursus free taw zman sekarang ni..he3...sumer nak kene bayar. Nota pelajaran kene bayar,suuumer kene bayar. Ui,smalam aku belajar subjek firaq islami..hu3...maha dasatnyer aku,sampai xpaham satu ape pon ape yang ustazah ajar. Jadi pening aku nie,...memang da xley thn dah. ustazah ajar mcm nak kejar mase.. abes sumer aku xpaham..aku tataw r kawn2 ku yang len phm ke x...da sorang kawan baek aku nie,die pon xphm langsung gak..sedey die..xp2,aku slalu doakan die spye die bley phm sbjek ni sbb die slalu doakan aku utk pham sbjek statistik ngn pengurusan kewangan. Ha,sebut plak pasal pengurusan kewangan n statistik,semalam klas die batal seyh....he~ sonok....xyah blaja kire2...eh,ckop dlu r kot wat mse nie..lpar dah.. nak g mandi2,senaman sket,pastu bekpes roti..lalalalala...salam yer ..smoga dalam kasih syg Tuhan..
Selasa, 24 Februari 2009 | By: iKhwan89

PERMATA CAMAR : TENANG KU DISANA




*sehari selepas program gtong royong di permata camar*huh...lega,tenang,damai,itulah kata-kata yang dapat kuungkap untuk menggambarkan suasana di sebuah rumah anak-anak yatim permata camar..leganya aku kerana melihat macam-macam telatah kanak-kanak yang pelbagai ragam. Ada yang nakal,ada yang senyap,ada jgak yang ramah..tersenyum ku sendirian bila teringatkan semula.tenang dan damai ku disana kerana aku ibarat berada di satu tempat yang penuh dengan keselesaan dan penuh keharmonian. dengan suasana tepi pantai,tumbuh-tumbuhan yang hijau.owh..memang indah. Aku sebenarnya selalu teringatkan mereka,aku suka mereka. aku tak tahu,bila lagi aku bleh berjumpe dengan mereka. ada yang aku gelar mereka upin,hui,walaupun dia xramah,tapi,aku tengok die memang aku tersenyum. Macam2 ragam mereka yang aku lihat membuatkan hati ku tersenyum sendiri dan tenang. Baginda Muhammad sangat sayang kan anak-anak yatim,bila baginda jumpa mereka,baginda usap kepala mereka. Aku jadi rindu dan teringat akan baginda Muhammad S.A.W..Nabi cakap,kalau kita usap kepala anak yatim,gugur lah dosa-dosa kecil kita.Wallahua'lam....sekian coretan ku untuk kali ini,semoga Tuhan meredhai ku. salam
Khamis, 19 Februari 2009 | By: iKhwan89

DIALOG SISWA : BENCANA @ MEMBINA??


*sehari slepas program dialog siswa*hmm..alhmdulillah..sedikit kepenatan selepas mengharungi kehidupan seharian ku..aku bersyukur dengan Tuhan kerana dalam kederhakaan ku,Dia masih lagi memberi aku rezki..malunya aku..terima ksih Tuhan..disini,aku ingin berkongsi sedikit perasaan ku dengan pelawat-pelawat sekalian,satu perasaan yang sebenarnya menggusar kan hati ku selaku barisan kepimpinan MPPKIPSAS sesi tahun ini..Dialog siswa...bukan satu program yang asing lagi dikalangan pelajar kolej ku..dan ia menjadi rutin stiap tahun selepas perlantikan baru MPPKIPSAS. Dekat sinilah ade pelajar yang nak menyatakn cadangan,ade kritikan yang membina,ada plak pelajar yang hnya sekadar ingin mencari glamour murahan dengan mengulangi masalah2 yang remeh2 untuk disuarakan..aku melihat pelbagai perwatakan pelajar,ada yang berakhlak,ada yang tidak..yang tidak inilah yang aku sangat risaukan. Selalu menyalahkan orang lain,tak sedar diri sendiri itu sebenarnya yang membuat masalah..aku tak tau mane salahnye..hmm...aku hari ini sering berdoa supaya Tuhan selalu redha dengankerja2 ku,ape yangaku takutkan ialah,sebab Tuhan tak redha dengan kerja aku yang menyebabkan ramai pelajar yang tak berakhlak..Tuhan,redhailah aku,berilah aku kekuatan dalam mendidik sahabat2 ku ini..amin...
Sabtu, 14 Februari 2009 | By: iKhwan89

BAGAIMANA MEMBAIKI DIRI

Tiada siapa yang dapat melepaskan diri dari musibah atau malapetaka atau kesusahan. Tidak kira samada manusia itu mukmin atau kufur. Itu juga merupakan bukti yang sangat jelas dan nyata bahawa Allah SWT itu Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Bagi manusia kufur sepatutnya mereka insaf dan sedar bahawa Allah SWT itu wujud dan berkuasa ke atas sekelian alam ini. Bagi orang beriman pula akan bertambah keimanannya kerana menyedari bahawa manusia ini lemah dan mesti tunduk kepada Allah SWT samada secara terpaksa mahupun sukarela.

Musibah atau malapetaka akan menambah dan meningkatkan iman orang mukmin kerana mereka semakin dapat melihat dengan hatinya betapa Allah SWT telah menzahirkan kekuasaanNya yang tidak mampu ditolak oleh sebarang makhluk termasuk manusia. Bertambah keinsafan, bertambah sabar, bertambah redha terhadap ketentuan Allah SWT dan akan bertambah pula rasa kehambaan seperti rasa takut, rasa malu, rasa lemah, rasa hina, rasa dhaif, rasa camas, rasa bimbang, dan rasa harap. Para mukmin juga akan menyedari bahawa musibah yang Allah SWT datangkan itu merupakan peringatan langsung daripada Allah SWT. Peringatan kepada manusia bahawa mereka sudah terlalu derhaka, lalai, banyak dosa, maksiat dan berbuat mungkar. Peringatan itu agar segera membaiki diri,bertaubat dan membuat perubahan. Itu baru kesengsaraan di dunia sernentara, betapalah andainya dihadapkan dengan azab hakiki iaitu neraka di akhirat.

Ujian dan musibah yang Allah SWT timpakan kepada para mukmin ada dua maksud:
Pertama:
Sebagai penghapusan dosa sekiranya dihadapi dengan sabar.

Kedua:
Bagi golongan yang tidak berdosa, ujian dan musibah itu sebagai meninggikan darjat di sisi Allah SWT. Hanya sebagai beradab dan menepati sebagai hamba walaupun tidak melakukan dosa, maka perlu dirasakan berdosa juga.

Setelah jelas kepada kita bahawa tiada siapa yang dapat menghindari dari ditimpa musibah, bukankah lebih baik menjadi orang mukmin yang ditimpa musibah berbanding menjadi kafir yang juga tidak dapat lari dari musibah. Banyak keterangan dari hadis-hadis Rasulullah SAW yang membawa erti iaitu musibah biar kecil sekalipun berpunca dari dosa yang dilakukan manusia. Ertinya setiap dosa, maksiat dan kemungkaran merupakan anak kunci terbukanya pintu musibah dan bencana yang Allah turunkan kepada manusia itu sendiri.

Umpama Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Tiada seseorang itu ditimpa musibah di hadapannya, di belakangnya, di kanannya, di kirinya, di atasnya dan di bawahnya melainkan berpunca dari dosa yang dilakukannnya."

Apabila sesuatu musibah, bencana atau malapetaka itu didatangkan oleh Allah SWT yang sifatnya terlalu berat, menggerunkan, menyakit dan amat menyukarkan manusia, berpanjangan dan buntu dari penyelesaian, itu tandanya penduduk sesuatu tempat itu sudah terlalu melupai Allah SWT, banyak kezaliman, penindasan, dosa, maksiat dan kemungkaran sudah berlaku tanpa kawalan. Malah mereka berbangga pula dengan kemungkaran. Maksiat tidak disekat malah dipromosi dan digalakkan. Terutama sekali apabila pemimpinnya sangat zalim dan menindas, para ulamanya jahat dan mabuk dunia, orang kayanya bakhil dan perampas, orang miskinnya tidak sabar dan laiai, maka kemurkaan Allah SWT akan turun secara merata yang dirasai oleh semua golongan. Inilah punca sebenar mengapa kini tidak putus-putus umat Islam mengalami kesenosaraan dari berbagai bencana. Silih berganti, berpanjangan dan ada yang menggerunkan seperti kebuluran, peperangan, kemarau dan wabak penyakit. Bukan sahaja musibah itu menimbulkan berbagai-bagai kesusahan kepada manusia, tetapi juga buntu dalam mendapatkan jalan penyelesaiannya. Berbagai kaedah dicuba dan diiringi oleh kegagalan.

Ambil satu contoh, di negara kita yang dilanda gejala negatif. Bukan sahaja yang terlibat, semua pihak turut merasa bahangnya dirundung kegelisahan dan keresahan. Berbagai kaedah pula telah dicuba yang berakhir dengan kegagalan. Sepatutnya umat Islam kembali kepada kaedah yang tepat iatu ajaran Islam itu sendiri. Tidak usah `mengimpot` kaedah dari sumber lain terutamanya barat yang terbukti masyarakatnya telah rosak dan hancur. Sebagaimana musibah itu sendiri berpunca dari dosa dan maksiat. Maka untuk menghindari musibah berpanjangan dan terlalu mencengkam kehidupan maka hendaklah bersungguh-sungguh membaiki did. Membaiki diri itu hendaklah dalam beberapa aspek penting.

Di antaranya:
1. Hendaklah benar-benar merasai diri itu adalah hamba Allah SWT .
Rasa hamba itu mestilah tidak lekang dari jiwa sehingga dengan itu dapat pula merasai bahawa Allah SWT itu Maha Agung, Maha Besar, Maha Hebat, Maha Mendengar, Maha Melihat dan memiliki segaia sifat-sifat kesempumaan. Segala rasa-rasa itu hendaklah sampai ke tahap merasai takut hendak berbuat maksiat dan mungkar. Umpamanya seseorang itu merasai Allah SWT Maha mengetahui lubuk hatinya. Ertinya dia akan sedar bahawa bukan sahaja perkara lahiriah, malah bisikan atau lintasan hatinyapun Allah SWT mengetahui. Orang seumpama ini bukan sahaja gerak geri lahirnya dikawal dari dosa malah lintasan hatinya pun diawasi agar tidak terdorong kepada perkara jahat.

2. Rasa kehambaan yang mendalam,yang dijiwai dan dihayati itu sangat penting yang sekaligus akan menjiwai pula rasa keTuhanan yang tinggi,ini akan menjadikan seseorang itu bersih dari dosa terutamanya dosa batin atau penyakit-penyakit hati yang berupa mazmumah. Mazmumah itu ibarat racun yang sangat merosakkan. Mazmumah itulah yang paling utama membawa berbagai angkara, kerosakan, krisis, peperangan, penindasan di dalam kehidupan manusia. Sifat-sfat mazmumah ini tidak akan hilang atau padam atau terbakar musnah kecuali seseorang itu memiliki rasa kehambaan yang mendalam dan menjiwai rasa keTuhanan.

Ini adalah agenda utama dan penting bagi seluruh umat Islam; Aspek inilah yang sangat terabai dan dipinggirkan oleh umat Islam. Natijahnya umat Islam sentiasa dalam kemurkaan Allah SWT. Yakni bukan sahaja jauh dari bantuan dan pertolongan Allah SWT malah sebaliknya kemurkaan Allah SWT yang ditimpakan kepada umat Islam. Bukan sahaja tidak memperolehi kejayaan dan kemenangan, sebaliknya kehinaan di mana saja dan berpanjangan silih berganti.

3. Perbaiki sembahyang dan sempurnakan lahir dan batin. Sembahyang itu sendiri mestilah berperanan. Memanglah menunaikan sembahyang itu adalah wajib. Namun ianya mestilah berkesan dan berperanan bagi seorang hamba itu benar-benar menghadap Allah SWT dengan sepenuh hati. Tempat di mana seorang hamba itu benar-benar meletakkan dirinya sebagai sehina-hina makhuk. Menghina diri di hadapan Allah SWT yang Maha Agung. Penuh dengan rasa malu, menyerah dan mengharap sehingga dengan itu terbakar segala mazmumah.

Kalau seseorang itu di saat di mana dia benar-benar sepenuhnya menghadapkan hatinya kepada Allah SWT, pun lalai dan leka tidak dapat merasai kehambaan dan membakar mazmumah maka di luar sembahyang lebih sukar lagi. Maka di luar sembahyang dalam mengendalikan urusan kehidupan sudah tentulah penuh didorong oleh nafsu rakus dan jahat. Sembahyang yang sempuma lahir batin itu ialah yang dapat memahami dan menghayati setiap lafaz atau bacaan. Yang dengan itu apa yang difahami dari sembahyang itu dapat membina dan membentuk peribadi yang benar-benar mulia. Kedudukan mereka dekat dengan Allah SWT, dan layak mendapat bantuan dan pertolongan Allah SWT.

Di dalam sembahyang, mereka sangat membesar dan mengagungkan Allah SWT. Di luar sembahyang juga tidak lekang dari membesarkan Allah SWT, dengan hidup bersyariat, menjauhi mungkar dan maksiat, akhlak dan disiplinnya tinggi dan luhur. Allah SWT menaungi mereka. Dan semua orang merasa puas dan seronok, selamat dan sejahtera bernaung di bawah mereka. Orang yang mencapai taraf ini saja yang layak memimpin umat kerana mereka adil kepada diri mereka sendiri iaitu berjaya mengembalikan rohnya kenal dan takut kepada Allah SWT, mengembalikan dirinya ,mengabdikan dirinya kepada Allah SWT.

Keadilan mereka itu pula akan melimpah dan merata kepada umat yang lain. Mereka inilah yang dikatakan orang soleh, orang Ashabul Yamin (golongan kanan), Al Muflihun (yang mendapat kemenangan). Mereka yang dimaksudkan oleh Allah SWT dengan firmanNya yang bermaksud, "Sesungguhnya bumi ini diwariskan kepada hamba hambaNya yang soleh" ' Siapakah orang soleh itu? Salah satu cirinya ialah dalam firman Allah:
Maksudnya: "Beruntunglah (menanglah/berjayalah) orang mukmin, iaitu mereka yang di dalam sembahyangnya khusyuk." (Al Mukminun: 1-2)

Mereka.jugalah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya bermaksud:
"Barangsiapa memperbaiki hubungannya dengan Allah maka Allah akan menyempumakan hubungannya dengan manusia. Barangsiapa memperbaiki apa yang dirahsiakannya maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya.". (Riwayat AI Hakim)

Bagi umat Islam yang ditimpa musibah silih berganti dan berpanjangan tiada pilihan lain untuk mengatasinya kecuali kembali menhambakan harapan kepada Allah SWT. Caranya pula ialah memperbaiki diri dalam hubungan dengan Allah SWT.,Sungguh-sungguh bertaubat dan membersihkan dosa, kemungkaran, maksiat serta lebih-lebih lagi dosa batin iaitu mazmumah Selagi Allah SWT tidak sudi memandang kita lebih-lebih lagi berada dalam kemurkaan Allah SWT, biar berbuih mulut meminta melalui doa, atau hitam dahi kerana sujud sembahyang hajat, Allah SWT tidak akan tunaikan permintaan itu.

BUTA MATA, BUTA AKAL dan BUTA HATI

Sesungguhnya setiap hari Allah Taala memperlihatkan kuasa-Nya kepada kita hamba-Nya.
Bahkan setiap waktu Allah memperlihatkan kebijaksanaan-Nya,
Qahhar-Nya dan Jabbar-Nya berlaku setiap waktu di depan mata kita.
Demikian juga kasih sayang-Nya sentiasa berlaku kepada makhluk-Nya.

Malah ia berlaku setiap waktu.
Apatah lagi sifat pemurah-Nya, sungguh nyata sekali.
Tuhan memberikan nikmat-Nya kepada siapa sahaja sekalipun kafir durjana yang derhaka kepada-Nya.

Adakalanya kepada mereka itu Tuhan berikan lebih daripada yang Dia berikan kepada hamba-Nya yang taat setia.

Tapi malang sekali seribu kali malang...

Ada mata... tapi kita pandang bersahaja..
Ada akal fikiran... tapi tidak boleh menilai dan memikirkan...
Ada hati... tapi sudah tidak merasa apa-apa...
Oh Tuhan... Rupa-rupanya manusia semuanya telah buta.

Segala mata-mata yang penting di dalam diri manusia telah buta.

Buta matanya...
Buta akalnya...
Buta hatinya...

Apa lagi yang boleh diharapkan kepada mereka yang buta ini?!
Setiap hari mereka membuat onar.
Setiap waktu mereka berbuat derhaka dan durjana.
Dan setiap hari mereka merosakkan dunia dan manusia lain.
Aduh, dahsyatnya manusia!

Tuhan, datangkanlah pembela dengan segera,
agar manusia dapat dikembalikan kemanusiaannya!

TEST,ASIGMENT,PROGRAM : TOLONG AKU TUHAN

*sambil pening*..salamullahi alaik..hai sumer pelawat..smoga selalu dalam kasih sayang Tuhan. Camner hari nie?best kan dapat cuti...rileks,tengok t.v..hu3..aku jugak yang tak rileks2..nak rileks jer komfem rileks terus..xwat dah keje..aduh..manyak sangat kejer2 aku yang rase2nyer da macam bukit kalaw aku susun-susun..ptme skali bab asgmnet.....hui..yang ni memang sadis nak sebut. pasalnyer,asigment manyak sangat aku tangguh..tangguh punyer tangguh..last2 btimbun..tangguh ni bukannyer pasal aku saje-saje jer..banyak sangat yang aku pikir..junior2 dakwah,anak-anak buah aku yang macam-macam hal baek dari kadet bomba,baek dari AFG..dengan tak solatnyer,dengan xjage auratnyer,hu3..macam2 lagi r...kadang2,rase nak mnyerah dah..secare otomatik aku susah nak tumpu stdy..sbab tu lah aku aturkan banyak prgram untuk aku pantau n tingkat kan sumer sahsiah anak2 buah aku..walawpun aku ni sahsiah xbper best sangat..nanti kalaw Tuhan tanyer,sekurang-kurangnyer aku boleh jawab aku dah buat ape yang mampu..aku takut sangat untuk pekse akhir sem ni..sebab sem ni boleh lah aku kate yang aku ni xbper care sangat stdy..hmm..ntah r..aku harap sangat ade r orang yang selalu ingatkan n tegur aku..aku tak tau dah..kadang-kadang masalah yang bukan masalah kita tulah sebenarnyer yang kne setlekan..kalaw aku rase susah,aku selalu teringat telatah adek2aku yang klaka..hmm..ntah ape lagi r lepas ni..ustzah aku selalu cakap,nak jadi pejuang ni die baaaanyak sangat ujian..agaknyer ni salah satu ujian kot..lagipon,orang mukmin xley wat muke glabah,orang mukmin kene tenang,n kalaw nak sedey pon,kene sedey dengan dosa2 n kesalahan diri jer..tu r orang mukmin..xkan aku nak sedey sbb perkare-perkare yang macam ni..padahal banyak sangat dose-dose yang aku buat yang kene aku sedey kan..xkan aku nak jadi orang islam yang xmukmin kot,mestilah aku nak jadi orang mukmin...Hmm..Tuhan,jadikan aku orang yang sabar dengan didikan Engkau,aku harap aku ade pendorong dan penguat semangat dalam bejuang nie..aku harap sangat..Engkaukan maha kasih sayang..slm..(~_~)
Khamis, 5 Februari 2009 | By: iKhwan89

SEHARIAN KU : PENAT,PENAT DAN PENAT


Huh~salam untuk sumer..ape kabar antum sumer..?rase-rasenyer antum sumer sedang tersenyum..yelah..biasanya kalaw orang yang bukak blog,die mesti dalam keadaan happy..kan...he~tataw la klaw saya silap..(^_^)...em..hari nie,aku peeenat sangat..lbas abes klas kul 5.15 tadi,aku bergegas untuk persiapan program AFG. program riadah bermodul hari ini,berlangsung kat taman bandar indera mahkota. Walaupun aku tak wat riadah tu..tapi,meng"hendle"bdak2 nie...satu yang menyeksekan..hu3...lpas blik dari prgram tu...aku bergegas plak siap untuk solat maghrib dan pergi klas ideologi..hu3...penat ptang tadi tak ilang lagi...tapi takper..jihad......dalam mase klas plak....hui,mate ni da men tutup-tutup dah taw..ngantuk tahap ape ntah...tibe2...mase mate tgh syok nak landing tu,dengar suare orang menjerit dari luar DK1...meraung..macam orang kene histeria.....aku pon,kaget jgak..n da dapt cam,suare saper...sumer bdak2 klas aku kluar nk tgk awt nyer jerit-jerit..aku pon kluar la jugak..tengok-tengok sah dah,budak yang biasa kene histeria tu..huh~..klas pon da kucar...ramai orang berkumpul plak tu...last-last skali klas trus abes..dengan pelajar-pelajar tahun satu yang nak pegi klas nyer tadi..memang serabut sangat-sangat..last-last skali,kawan aku yang histeria tu,kami kontek mak n ayah die..n kami bwak pergi klinik...penatnyer aku hari ni sampai tahap,tangan pon tak boleh nak menulis dah ni..hu3...ketar-ketar.....ok sumer kawan2...ni jer coretan aku untuk hari ini....lenguh seyh tangan......salam sumer.
Ahad, 1 Februari 2009 | By: iKhwan89

Program Menara Gading 09 : Tamat sudah





salamalaik untuk sumer pembaca2 sekelian..ape kbar semua..?smoga semua yang membaca dalam kasih sayang dan redha Tuhan. Huh~satu lagi prgram yang aku handle dah selesai..alhamdulillah..sumer bejalan lancar seperti yang diharapkan. Program perkampungan Menara Gading yang diadakan khusus untuk bakal-bakal mahasiswa dan mahasiswi adalah untuk menerapkan dan mendedahkan cara-cara kehidupan berIPT. Program ni jugak adalah untuk memberi pendedahan sistem pembelajaran IPT yang saya rasa amat berlainan skali dengan sekolah..peserta yang terdiri daripada plajar lepasan SPM dan STPM seramai 39 org kesemuanya adalah dari sekolah-sekolah yang berlainan. Menurut borang selidik yang diisi diakhir program,sumernyer memuji para fasilitator dan urusetia(ni yang da riak sikit ni..hu3). Ape-ape pon prgram ni memang best...Diriku sangat bangga ade anak-anak buah yang komited dengan tugas-tugas yang telah diriku berikan....sronok sangat..semoga ukhuwah dalam program dapat berpanjangan.skian

Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com