Jumaat, 28 Ogos 2009 | By: iKhwan89

CERITA AKU DAN DAUS


*6 ramaDhan..*salam alaik kepada semua pelawat-pelawat sekalian..(^_^)..selawat dan salam kita kepada junjungan agung kita Muhammad SAW..semoga baginda memberi syafaat kepada kita di akhirat nanti..
Alhamdulillah,sedar xsedar,dah 6 ramadhan dah rupenyer...hu~...kejap sangat..macam-macam dah yang kita lalui...ramadhan nie,TUHAN turunkan rezeki yang sangat melimpah2...kite tak payah nak bawak keluar duit banyak2...bukTinya??...ha.....ni nak citer ni...dari awal ramadhan,sampailah sekarang..aku baru jer keluarkan duit sebanyak RM5.50 tunai.....ha.....nak tau sebab ape..??

Dalam bulan ramadhan ni,baanyak sangat jemputan berbuka kat umah kawan-kawan..he3..*amek peluang*jadi dapatlah aku save skit....(^_^)...em...criter pasal buka pose kat umah kawan ni,baru jer semalam aku bukak pose kat umah kawan satu jabatan aku..name die firdaus Zabri. Rumah die kat taman tas jer..Aku,Umar,Nabil,Zarif n sorang lagi...*xingat sey name die* sampai tepat jam 6.45pm...

Mak beliau sangatlah ramahnyer....macam-macam die hidangkan kat kitorang...hu3...*baeklah mak kaw daus..*sampai kitorang ni da tak larat dah nak makan..he3...aper yang bestnyer,bile sampai kat umah die,aku tengok,raaamai adek-adek die yang kecik2..berlari sane sini kat halaman rumah ngan kat dalam rumah skali....hu3...sangatlah aktifnyer...hu~

Bila aku tengok suasane macam tu kan,teringatlah aku mase aku kecik-kecik dulu..aku ngan 8 orang adek adek ku,tak kire pose ke tak,aktif semacam jer....hu3.....lasak sangat2,...Tapi tulah...bestnyer adek-adek ramai ni,xde r boring,bosan ke ape ke....(^_^)

Hmm...tu je r sikit-sikit citer pasal ku time2 bulan ramadhan ni...kawan-kawan ku,selamat ramdhan...ramadhan kareem...
Selasa, 25 Ogos 2009 | By: iKhwan89

TOLONGLAH AKU TUHAN!!

*4 ramadhan..*...mAsih Lagi xDapat menghayati bulan ramadhan....TUHAN!!!...tolonglah aku....lemahkanlah nafsu ku ini....
aKu merayu kepada Mu...tolonglah aku TUHAN...
jauhkan aku dari dunia yang menipu...
terimalah rayuan ku ini yang sangat lemah...
aku hamba Mu TUHAN...
tiada siapa yang boLeh maafkan akU seLain Engkau...
Isnin, 24 Ogos 2009 | By: iKhwan89

3 RAMADHAN : RINTIHAN HATI


*isNin-24 augus 2009 = 3 ramadhan 1430*salam alaik kepada semua pembaca blog..(^_^)..ape kabar semua..semoga semua berada didalam rahmat dan redha Tuhan...iNilah coretan hati ku...semoga rintihan hati ini mendapat perhatian TUHAN ku...
Dengan kasih sayang Mu TUHAN,sampailah aku didalam bulan Mu yang mulia ini.pEnuh dengan rahmat dan barakah..bulan yang melipat ganda kan ganjaran pahala bagi hambaMu yang beriman..

Wahai TUHAN..sebenarnya..jiwa ku derita sekali..hati ku remuk redam...pedih...kerana aku tidak mampu untuk menghayati ramadhan seperti orang-orang Mu yang beriman..sekalipun aku telah mencubanya,namun aku tetap lalai,tidak mampu..aduh wahai Zat yang Mencipta ku!!malunya aku dengan Mu TUHAN...lemahnya aku wahai TUHAN ku...nafsu ku tebal sekali..parah sekali hati ku...hanya beberapa saat sahaja mengingati MU,selepas itu hati kuterpaut kembali dengan dunia..

Ramadhan ini..ketika ia sudah mencapai 3 hari,aku tidak mampu lagi menunduk kan nafsu ku..wahai TUHAN ku...aku cuba untuk mencintai Mu..bantulah aku wahai TUHAN..bantulah aku menghayati ramadhan ini..agar nanti,aku dapat redha dari Mu..wahai TUHAN ku,jauhkanlah dunia dari ku sekiranya ia melalai kan ku..aku tidak peduli lagi dengan dunia ini..asalkan aku mendapat redha Mu..kerana redha Mu amatlah mahal harganya..sangat manis jika mendapatnya..terasa indah jika mendapatnya walaupun ia hanya secebis...

Ooh TUHAN..aku pohon lagi,dengan berkat kekasih Mu,berkat mursyid ku,tolonglah aku menghayati ramadhan kali ini..bantulah aku tundukkan nafsu ku...bantulah aku wahai TUHAN...aku tidak akan berjaya tanpa MU TUHAN...tolonglah aku ini wahai TUHAN....aku pohon...wabihi wallahu a'lam
Sabtu, 22 Ogos 2009 | By: iKhwan89

Burulah Rahmat Allah, Jangan Kejar Fadhilat Ibadah


Kalau ada orang yang berusaha, bekerja dan berjuang bertungkus-lumus
untuk mengejar dunia, untuk mendapatkan harta benda, kekayaan, glamour,
nama dan pujian, pangkat, gelaran, darjah kebesaran, kuasa, perempuan
dan sebagainya tanpa mempedulikan nasib mereka di Akhirat, maka jelas
mereka itu rugi dan tertipu.

Namun begitu kalau ada orang yang berusaha, bekerja dan berjuang
bertungkus-lumus untuk mengejar Akhirat iaitu untuk mendapatkan Syurga,
dengan melakukan berbagai-bagai ibadah sebanyak-banyaknya dan dengan
mencari dan mengejar fadhilat, dengan tujuan untuk mengumpulkan
sebanyak-banyak pahala maka dikhuatiri mereka juga rugi dan tertipu.

Tetapi, kalau ada orang yang berusaha, bekerja dan berjuang
bertungkus-lumus hanya kerana Allah, kerana merasakan dirinya seorang
hamba dan sudah menjadi kewajipannya untuk taat dan berbakti kepada
Allah, kerana merasakan tugasnya sebagai hamba tidak lain dan tidak
bukan hanyalah untuk mengabdi diri kepada Allah, untuk menagih simpati,
belas kasihan, keampunan dan kasih sayang Tuhan, untuk menyatakan
kesyukurannya ke atas segala nikmat yang telah dikurniakan- Nya, untuk
mendapat keredhaan Allah, yang beribadah atas dorongan rasa bertuhan dan
rasa kehambaan yang terpahat di hatinya dan untuk mendapatkan Tuhan itu
sendiri maka inilah jalan yang lurus dan hak.

Justeru itu, kalau ada orang yang mengajak kita kepada dunia yang
semata-mata dunia, dan yang tidak ada nilai Akhiratnya, maka itu adalah
satu penipuan yang amat nyata.

Kalau ada pula orang yang mengajak kita kepada Akhirat yakni semata-mata
untuk mendapat Syurga dengan mengejar fadhilat-fadhilat dan
kelebihan-kelebihan amalan, maka itu juga dikhuatiri adalah satu
penipuan yang akan merugikan kita.

Tapi kalau ada orang yang mengajak kita kepada Tuhan, yang mengajak kita
untuk mengenali Tuhan, yang mengajak kita untuk rasa bertuhan dan
merasakan bahawa diri kita ini hamba, yang mengajar kita supaya takut
dan cinta kepada Tuhan, maka inilah jalan kebenaran iaitu jalan yang
ditunjukkan oleh para rasul.

Kedudukan seorang hamba di sisi Allah bukan diukur kepada berapa banyak
ibadah dan fadhilat-fadhilat yang diamalkannya tetapi kepada apa yang
ada di dalam hatinya, iaitu keimanannya, keyakinannya dan ketaqwaannya.
Kepada kebersihan hati dan jiwanya. Kepada rasa takut, cinta, gerun,
hebat, tawakal, pergantungan, harapan dan penyerahannya kepada Tuhan.
Ibadah seorang hamba itu hanyalah manifestasi dari apa yang wujud dalam
hatinya. Ibadah seorang hamba adalah dari rasa cinta dan takutnya kepada
Tuhan. Dari rasa kehambaannya yang begitu mendalam dan sifat-sifat hamba
yang tajam di hatinya seperti rasa hina, berdosa, dhaif, lemah, malu dan
sebagainya di sisi Tuhan. Lagi kuat iman dan lagi tinggi taqwa seseorang
hamba itu maka lagi kuat dan tekunlah dia beribadah, lebih kemaslah
syariat dan lebih mulialah akhlaknya.

Memang Allah ada menjanjikan Syurga bagi orang yang beriman dan beramal
soleh. Tapi itu hak Tuhan untuk memberi, bukan hak manusia untuk
menuntutnya. Syurga terlalu mahal untuk dibeli dengan amal ibadah.
Jangankan Syurga, nikmat sebelah mata pun tidak dapat dibayar dengan
ibadah seumur hidup. Belum mata yang sebelah lagi, telinga yang
mendengar, hidung yang menghidu. Belum lagi makanan yang dimakan, air
yang diminum dan oksigen yang dihirup sepanjang hidup. Belum lagi segala
anggota tubuh dan organ di dalam badan. Belum lagi nikmat akal yang
berfikir dan hati yang merasa. Dan belum lagi nyawa dan roh yang
dengannyalah kita dapat mengetahui dan merasakan hakikat kewujudan ini.
Tidak ada manusia yang masuk ke Syurga kerana amal ibadahnya. Tidak juga
para nabi dan para rasul. Tidak juga Rasulullah SAW. Baginda sendiri
masuk ke Syurga semata-mata kerana rahmat Allah.

Kalau rahmat Allah lah yang menjadi sebab seseorang hamba itu masuk ke
Syurga maka orang yang mahukan Syurga sepatutnya memburu rahmat Allah
ini dan bukan fadhilat-fadhilat, kelebihan amalan ataupun pahala.
Fadhilat, kelebihan amalan dan pahala tidak akan mendatangkan rahmat
Tuhan. Allah memberi rahmat-Nya hanya kepada hamba-hamba yang dikasihi
dan dicintai-Nya. Oleh itu cinta dan kasih sayang Tuhanlah yang patut
dicari dan diusahakan. Tidak ada jalan lain untuk mendapat kasih sayang
Tuhan melainkan dengan bertaubat, membersihkan hati, memperbaiki diri,
mempertingkatkan iman dan ketaqwaan, menanam rasa bertuhan dan rasa
kehambaan di hati, memupuk rasa takut, cinta, gerun, hebat dan rindu
kepada Tuhan, menajamkan sifat-sifat kehambaan seperti malu, hina, rasa
berdosa, dhaif, lemah dan sebagainya di hadapan Tuhan dan mengabdikan
diri keseluruhannya kepada Tuhan.

Apalah maknanya kita mengejar pahala yang merupakan hadiah dan pemberian
dari Tuhan kalau Tuhan tidak sayang kepada kita. Adalah lebih baik kita
menagih cinta dan kasih sayang Tuhan walaupun tanpa hadiah dan
pemberian. Kalau Allah sudah sayang dan cinta kepada kita, bukankah itu
seperti telah mendapat segala-galanya. Apalah nikmat yang ada pada
hadiah dan pemberian Tuhan berbanding nikmat mendapat kasih sayang Tuhan
itu sendiri. Nikmat kasih sayang Tuhan lebih besar dan lebih agung.
Betapa hebat pun nikmat Syurga di Akhirat nanti, semua itu kecil
berbanding nikmat dapat melihat wajah Tuhan. Kalau melihat wajah Tuhan
pun sudah mengalahkan nikmat Syurga, apatah lagi nikmat mendapat cinta
dan kasih sayang
Tuhan.

Memang di dalam ibadah ada fadhilat-fadhilat dan kelebihan-kelebihan nya.
Akan tetapi itu semua adalah anugerah Allah kerana kasih dan sayang-Nya.
Janganlah pula itu kita jadikan matlamat ibadah kita. Seperti juga
Syurga. Ia satu anugerah kepada hamba-hamba Tuhan yang beriman dan
beramal soleh. Tapi janganlah pula Syurga itu kita jadikan matlamat
ibadah. Ibadah yang kita lakukan mesti tetap kerana Allah dan sebagai
pengabdian kita kepada-Nya. Moga-moga dengan itu Allah redha dan sayang
kepada kita. Moga-moga Allah mengampunkan kita dan menerima kita sebagai
hamba-hamba- Nya.

Janganlah kita terlalu menghargai, menginginkan dan mengidamkan hadiah
yang Allah akan beri tetapi lupa untuk memuja, menyanjung, menyayangi
dan mengagungkan Allah yang memberi hadiah itu. Janganlah pula kita
seperti kanak-kanak yang melompat, melonjak dan bersorak-sorai
kegembiraan kerana mendapat gula-gula dari ayahnya hingga terlupa dia
akan kehadiran ayahnya dan terlupa dia untuk berterima kasih padanya.
Khamis, 13 Ogos 2009 | By: iKhwan89

AL-FATEHAH BUAT ASRI IBRAHIM


Bismillah..ku mulakan bicara...semoga semua pelawat di dalam kasih sayang Tuhan. Coretan kesedihan ini ku tulis khas untuk menenangkan semua para peminat Allahyarham ustaz Asri (rabbani) yang telah meninggal dunia pada pagi tadi (13/8)..marilah bersama kita menghadiahkan Al-fatehah kepada rohnya agar rohnya tenang dan bersama dengan orang-orang mukmin..al-fatehah...

Setiap yang diaturkan Tuhan sangatlah mengandungi hikmahnya..sesungguhnya,pemergian allahyarham ustaz asri sangat dirasakan oleh semua peminat hiburan seni nasyid tanah air.

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.

Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Sumber : Mstar
Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali… Alfatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang -orang yang beriman…Amin.

©aku – hari tu arwah Yasmin Ahmad di TV3, kali ni di Angkasapuri RTM pula….


Laman web rasmi Kumpulan Rabbani www.rabbani.com.my

Semalam saya baru baca nasihat Ustaz Asri di akhbar :

Ustaz Asri juga menjelaskan sebagai seorang yang beragama Islam, tidak kira seseorang itu selebriti atau tidak, kita haruslah sentiasa berpegang kembali kepada ajaran Allah s.w.t.

“Dalam kehidupan kita, biar apapun terjadi yang penting kita harus berpegang teguh pada ajaran agama kita. Jika ada masalah, kita harus selesaikan mengikut ajaran agama kita.

“Ini saya lihat kebanyakan mereka selesaikan masalah mengikut nafsu, ikut cara syaitan. Kita banyak dengar kes artis kahwin dan cerai, kita kena tengok pada diri kita juga samaada kita rajin sembahyang atau tidak.

“Kalau kita rajin sembahyang, Insya-Allah semua masalah dalam rumah tangga dapat diselesaikan. Kita jangan terlalu ikutkan nafsu, yang paling penting kita harus kembali kepada Allah s.w.t,” jelasnya lagi.

*******************************

Apa perasaan anda jika tiba-tiba diberitahu menghidap penyakit kronik, yang selalunya – berdasarkan pengalaman pesakit serupa – tidak mempunyai peluang untuk hidup lebih lama?

Atau mungkin anda dapat terus menghirup udara segar, namun sudah tidak berupaya bebas bergerak, segalanya perlu dipapah dan bantu, dan hanya terlantar menanti keajaiban untuk sembuh. Allah Maha Mengetahui akhiran hidup kita.

Perhatikan sekeliling kita. Tidak perlu pergi jauh untuk mencari contoh. Berapa ramai anggota keluarga dan kenalan rapat pergi buat selamanya tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal.

Ada teman baik yang nampak sihat, segar bugar, tiba-tiba kita mendapat khabar meninggal dunia ketika tidur.

Ada saudara-mara yang baru bertemu pada hari lebaran lalu, di hening malam kita dikejutkan panggilan telefon memaklumkan diserang angin ahmar, terus koma hingga dijemput Ilahi.

Tuhan....terimakasih kerana masih menaruh belas meminjamkan nafas ini

Tuhan....terimakasih kerana masih menaruh belas meminjamkan nafas ini

Ada rakan sekerja, belum pun mencecah usia 30 tahun, berpotensi hebat dalam kerjaya, hanya mengadu sakit sekitar matanya, bila diperiksa doktor, masya-Allah, rupanya tanpa disedari sudah lama kanser bersarang. Tidak sampai dua minggu selepas itu, ajalnya tiba. Itu belum dihitung kes-kes kemalangan maut yang menyambar tanpa sebarang amaran awal.

Sememangnya kita dituntut agar sentiasa bersedia, membuat persiapan secukupnya, bagi menghadapi maut. “Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa; dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal.” (maksud al-Baqarah: 197)

Saidina Ali r.a. ketika ditanya tentang taqwa menjawab: ” Taqwa adalah takut kepada Allah Yang Maha Agung, melaksanakan segala perintah yang diturunkan, reda dengan nikmat yang ada meskipun sedikit dan sentiasa dalam keadaan siap sedia menghadapi maut sebelum kedatangannya.”

Soalnya, berapa ramai yang mengambil pengajaran dan iktibar daripada terkaman maut, kecuali dalam tempoh masa yang begitu singkat, untuk kemudiannya melupakan, hinggalah dikejutkan kembali dengan tragedi seterusnya. Ya, sesungguhnya, insan memang mudah alpa dan banyak pula dalehnya.

Benar, sakit merupakan nikmat, mengingatkan yang lupa, menyedarkan yang leka, dan juga satu “cara” untuk meningkatkan martabat seseorang jika setulusnya reda dengan ujian Tuhan itu.

Berapa ramai orang yang disuntik kesedaran mendalam, keinsafan seikhlasnya, hanya setelah melalui sakit dan derita berpanjangan. Tidak kurang yang mengucap syukur kerananyawa tidak direntap dengan tiba-tiba, tetapi didahului peringatan sakit, membuatkan kita sempat bertaubat, sehingga mampu merencana hidup baru dengan usia yang berbaki.

Dengan begitu banyak peristiwa yang hadir di kiri kanan, mengapa terlalu sukar untuk rasa insaf merubah gaya hidup kita? Mengapa hati ini terlalu keras untuk memerhatikan kejadian dan gerak alam untuk kita mengambil manfaat daripadanya, sebelum segalanya sudah terlambat apabila roh tercabut dari jasad?

Perhatikan jejak usia yang ditinggalkan. Memang pantas sekali ia beredar. 40 tahun berlalu seolah-olah baru semalam dilepaskan. Masih terbayang-bayang zaman kanak-kanak di kampung.

Lintasan ingatan kian segar di bangku sekolah, guru-guru yang mendidik, kawan-kawan sepermainan, ibu ayah yang menyayangi, nenek dan datuk yang mengambil berat. Satu demi satu adegan kehidupan pahit-manis bersilih ganti.

Dan kerdilnya diri mengenangkan dosa dan maksiat, sambil membilang sekelumit jasa yang ditinggalkan, ya … alangkah kecilnya.

Menginjak dewasa, kesibukan berkeluarga dan berkerjaya sering menjadi hambatan. Banyak yang dikejar umpama fatamorgana, dan kegelisahan menggapai cita-cita sukar diredakan. Segalanya seperti tidak mencukupi.

Dalam keadaan itu, jika kita dapat berhenti sejenak, dan sempat bermuhasabah tentang erti hidup yang makin hilang, mungkin ia seperti satu kurniaan nikmat yang begitu hebat.

Ramai yang bergelut hanya mencari kehidupan untuk diri sendiri. Amat kecil sumbangan untuk orang lain. Walhal sebahagian kebahagiaan adalah apabila kita dapat membahagiakan orang lain, apatah lagi mereka yang memusuhi kita.

Ingatlah, janji dengan Allah masih banyak belum tertunai. Dosa dengan makhlukNya tidak tertebus. Sedang malaikat maut mungkin sedang mengintai di jendela. Lalu, apa jawab nurani anda jika mengetahui derap langkah kita di dunia ini menghadapi penghujungnya.

Rabu, 12 Ogos 2009 | By: iKhwan89

CERITA DUKA :KISAH HATI YANG HINA

*peTang yang panas...hu3....badan xcht...hu3...*salam alaik untuk semua pelawat blog ku...semoga dalam kasih sayang Tuhan...sekarang badan dah xcht...*uhuk23x*hu~...tengoklah,betapa lah berkuasanya Tuhan keatas hambanya,Dia boleh tarik bile-bile jer..kita ini,sangatlah lemah kawan-kawanku,lemah sangat,tapi kita ni ego sangatlah tinggi,mazmumah tebal sangat,riak apatah lagi,dengki sesama manusia lagilah teruk.....kenapalah kita yang sebagai hamba ni,buat ini semua..???......hmm......

Aku dah tau jawapannya,tapi kenapa aku tetap tidak berubah??bodohnya aku Tuhan.....aku tahu,hati ku mati,nafsu ku sangat liar sehingga tersunggkur aku ditarik nafsu....padahal aku dah belajar macam-macam ilmu.....ilmu tauhid,fiqah,aqidah,akhlak...tapi kenapa..???kenapa dalam sembahyang,aku tidak dapat fokus dengan Mu??aku lalai dalam menyembah Mu....rupe-rupenyer..inilah yang dipanggil lalai dalam taat...saat aku mendengar azan,hati ku tidak risau pun Engkau memanggil ku...aku lengah-lengah kan...subuh ku lewat,zohor ku,ku utamakan makan,padahal,mkanan itu dari Mu...kalau Engkau xrezki kan aku mkan,sudah tentu aku lapar.....asar ku,aku lebihkan tidur,maghrib,aku utamakan berborak dahulu....isyak,aku utamakan selain dari Mu..............................

TUHAN!!!!!!tolonglah aku ini yang lemah.....aku menangis saban malam,mengenangkan sikap ku di depan Mu...tapi ia ibarat tangisan yang kosong..aku lalai kembali esoknya...tolonglah aku TUHAN,berilah nikmat istiqamah kepada ku agar aku tetap dengan Mu...agar aku tidak lalai dengan Mu..tolong aku tunduk kan nafsu ku.....

aku mengharapkan rahmat dan redha dari Mu agar aku dapat ketenangn ketika bersama Mu....sekian,hamba yang hina,wabihi wallahu a'lam
video
Isnin, 10 Ogos 2009 | By: iKhwan89

HASIL CUTI SELAMA SEMINGGU...

*siap da nak tido dah,tapi xley nak tido..hu3...* hai n salam sumer...(^_^)...semoga dalam kasih sayang Tuhan..alhamdulillah,dengan rahmat Tuhan,kite ade n dapat lagi nikmat melihat..hmm..cmner lah dengan orang yang buta tu kan.....*ya Allah,baiknya Engkau,walaupun aku selalu berdosa,tapi,Engkau bagi lagi nikmat mata kepada ku...terima kasih wahai Tuhan..*

Em..da abes pon sebenarnyer cuti seminggu yang penuh dengan cabaran dan mujahadah..*hu3..ye r,makan,tido,baring,tv....tu je r...payah nak mujahada..hu3*
ari esok,bermulalah sesi klas macam bese..hu~...selama aku cuti,ade beberapa perkara yang aku dapat....hu3....

  1. manusia ni kadang-kadang kene ade mase untuk bersendirian..biar terpikir n dapat muhasabah dir...macam yang kwn ku katakan..*yaaaan* hmm
  2. aku dapat satu rahsia ilmu yang tidak pernah diajarkan oleh ku selama ini..ilmu roh..hu3...*macam takot jer..*..taaaak...ilmu untuk hati dan rohani kita..ilmu nie,hnya orang-orang roh jer yang boleh mengajar....xpakai maen logik akal....sekarang zaman roh...
  3. Em...aku jarang makan bile aku kat umah...he3.....seminggu,aku kat umah,beberape kali jer aku makan nasik....da kurang dah berat badan..*kha3x*
He3..tu je r yang aku dapat mase cecuti ari tu..he3....aku sebenarnyer nak berubah,hu3...aku dah besar....xkan nak jadi macam budak-budak....tak matang langsung..hu3...*ha3....betol2*...yang paling penting sekarang,aku nak matang kan roh aku....aku nak tolak tepi apa-apa perkara dunia yang menyempitkan otak ku..hu~...

Mase balik ari tu jugak,aku dapat jumpe adek-adek,gurau ngan diorng...lpas tu,sakat diorng sampai nanges...lalalalala...tapi,aku rindu sangat kat angah,alang bandak...hu~..da lame dah xjumper diorang..tambah-tambah plak rindu kat si dia.....hu3..lagi r hidup kat rumah tak keruan....hu3...

Takpelah..iTs oVer now..lalalalala...xsabar nak gi kelas sok,nak jumper kengkawan,nak present...he3.......dah3...aku da nak tido....esok lambat plak nak bngun subuh..ok...salam alaik....hu3
Khamis, 6 Ogos 2009 | By: iKhwan89

KURSUS REMAJA ROH : "WAHAI ROH YANG PENGSAN,SEDARLAH!!"



*nak siap-siap nak tidor dah..penat bru balik dari gunung senyum..* kU muLakan dengan Bismillah,terima kasih waHai Tuhan yang maha baik,dengan rahmat dan kasih syang nyer,kita dapat satu nikmat yang sangat berharga iaitu iman dan islam..walaupun kita ini selalu jer buat dosa,sombong dengan Tuhan,tapi Tuhan tak pernah berhentikan nafas kita,tak pernah putuskan bekalan makanan kita,maha baiknya Tuhan,kita ini tak pernah tahu malu dengan Tuhan..kalaulah Tuhan nak tarik semua nikmat yang dia bagi,boleh shj. Tuhan kan maha Kuasa,kita ini dibwah kekuasaan Tuhan..
seLawat dan salam keatas junjungan baginda mUhammad kekasih TUHAN yang kerananya TUHAN jadikan semua isi alam.al-fatehah kepada guru kita,ibu bapa kita dan seluruh ummat islam,semoga kita semua mengenali dan mencintai TUHAN.
Alhamdulillah,hatiku sudah menemui ungkaian terhadap masalah-masalah yang sedang berlaku di sekeliling ku. Setelah hati ku di "basuh" dan di "cuci" di gunung senyum,aku dapat merasakan,betapalah roh aku selama ini,sudah tertidur dan pengsan rupanya,patutlah selama aku beribadah,tidak pernah aku rasakan berTuhan,selama aku melihat penderitaan orang,hanya sekadar ucapan "oh,kasihannya dia"tidak pernah terlintas di hati ku untuk menolong,apatah lagi nak merasa susah untuk menolongnya,sekadar kasihan di mulut,tapi hati ku tidak merasa sayu,tidak merasakan bahawa "oh,Tuhan tak susah kan aku,malunya aku kalau aku terbuat dosa"..aduuhh...
Patutlah selama aku beribadah,mazmumah ku semakin subur,hatiku semakin riak,aku semakin kedekut,aku jarang bersyukur,kadang-kadang,aku tidak kaitkan kejadian dengan Mu Tuhan....oh Tuhan,berdosanya aku,..aku sangat berterima kasih kepada mursyid ku,yang telah menganjurkan kursus remaja roh ini..tersedar roh aku dari pengsan,...guru ku mengatakan,"roh itu memerlukan makanan,dan makanan roh itu adalah Tuhan...tetapi ramai yang mengabaikan makanan roh ini,maka jadilah manusia yang cerdik tetapi jahat,manusia yang miskin dan tidak pernah nak bersyukur..dll"ini memang situasi sebenar,kalau kita lihat hari ini termasuklah ustaz-ustaz,dan lain-lain lebih menumpukan aspek kebendaan semata-mata,lebih menumpukan aspek pembangunan akal dan fizikal...maka kita jdilah orang yang hanya mampu memikirkan logik akal shj.,tidak mampu untuk untuk bertindak lebih dari itu,lebih teruk lagi apabila tidak merasakan Tuhan berada dan berperanan didalam hidupnya...
Terima kasih Tuhan kerana pertemukan aku dengan kursus roh ini,aku sangat beruntung....aku mengharapkan satu perubahan,ku mengharapkan roh ku terjaga dan terbangun,agar aku dapat lebih merasakan berTuhan didalam setiap perkara didalam hidupku.......wallah hua'alam
Sabtu, 1 Ogos 2009 | By: iKhwan89

DERITA H1N1 : MARILAH KEMBALI KEPADA TUHAN


*dah balik rumah,dpt cuti kecemasan seminggu..*bismillah,dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan,ku mulakan bicara kesedihan ini...terima kasih Tuhan sekalian alam,dengan rahmat Mu,aku hidup pada hari ini...bagi ku,Engkaulah segala-galanya,tapi kadang-kadang aktersurat dan tersiratu lalai dengan Mu..ampun kan aku wahai Tuhan...

Derita wabak semakin menjadi-jadi....tarbiah dari Tuhan terhadap hamba-hambanya yang degil.Sesuatu yang Tuhan takdirkan ada mempunyai maksud dari Tuhan walaupun ia psitif atau negatif kerana Tuhan itu tak menzalimi hamba2nya. Kekuatan akal manusia hanya mampu memahami yang tersurat shj manakala kekuatan roh dapat memahami yang tersirat.

Untuk H1N1 ini,dakwah Tuhan untuk hambanya kembali kepadaNya. Bilamana Tuhan datngkan penyelamat,Tuhan datangkan juga bala,membuatkan manusia hilang punca & buntu untukmencari jalan penyelesaian...

Ini dakwah cara tuhan(keras).setiap zaman berlaku,cuma di akhir zaman ia lebih dasyat lagi. Watak manusia di setiap zaman sama,degil tak nak kembali kepada Tuhan, Beruntunglah mereka-mereka yang kembali kepada Tuhan...

Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com