Sabtu, 27 Disember 2014 | By: iKhwan89

SURAT KEPADA NAJIB RAZAK DARI MANGSA BANJIR

.
Assalamualaikum Dato' Seri.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan selamat
bercuti kepada Dato' Seri.
Kami, rakyat Malaysia pun tengah bercuti sekarang,
bukan cuti sambut Krismas, tapi cuti sebab seluruh
bandar sudah lumpuh. Air di mana- mana.
Dato' Seri baca dah kisah Dr Adibah di Hospital Kuala
Krai?
Kalau belum, saya dah sedia link kat situ, klik je.
Ngeri betul macam ada Zombie Apocalypse.
Saya tertanya-tanya apakah nasib bayi dalam cerita itu.
Dato' dah makan?
Mungkin makan makanan laut di Hawaii tu. Sedapnye.
Saya dah makan?
Sudah. Makan Maggie je. Tu pun Alhamdulillah ada juga
bantuan. Terima kasih rakyat Malaysia.
Saya tak mahu cerita kisah teruk hidup saya.
Saya bimbangkan saudara saya di Kelantan.
Bantuan lebih susah nak masuk di sana.
Entah apa mereka makan.
Nak masuk pakai apa?
Helikopter tak boleh guna sebab masalah cuaca.
Bot? Hoverkraf? Kenderaan Amfibia?
Shahidan Kassim pernah cakap, kemampuan kita
menangani banjir lebih hebat dari negara
luar.Soalannya, di mana kemampuan itu?
Saya tak mahu jadi meraka yang menyalahkan Dato' Seri
yang tidak pulang ke Malaysia ketika bencana ini.
Secara logik, TPM sudah cukup untuk tangani isu ini.
Tapi kalau Dato' Seri bijak, kejadian ini bukan kali
pertama jadi kepada pemimpin dunia.
Ingat mamat ini?
Shinzo Abe.
Dia dikutuk teruk sebab main golf di waktu bencana
tanah runtuh di Hiroshima, sama macam Dato'.
Bukan dia saja, Obama sendiri pun pernah kena kes
macam ni , dia main golf ketika salah seorang wartawan
US dibunuh IS baru-baru ini.
Obama tak ada cakap apa-apa waktu Dato' main sekali
dengan dia ke?
Kalau Dato' Seri ada cita-cita untuk menang PRU depan,
dengan segala masalah negara ini di bawah kepimpinan
Dato' , percayalah, isu ini tak membuatkan imej Dato'
nampak baik.
Apa? Obama panggil Dato' main untuk second set?
Baiklah, biar saya terus straight to the point surat saya
ini.
1) Dato' perlu balik.
2) Isytihar darurat. Inilah sebabnya Dato' kena balik.
TPM tak boleh isytihar darurat.
Soalan paling besar. Kenapa
masih tak isytihar darurat
sampai sekarang?
Adakah kerana Menteri Dalam Negeri, Hisyambudin Tun
Hussein sekarang juga di luar negara?
Adakah kerana kerajaan mahu anak tirikan Kelantan
dalam memberi bantuan, kami tengok, liputan TV pun
tak seberapa di sana, alih-alih , gambar yang sama,
nasib baiklah ada khabar dari FB mangsa-mangsa.
Adakah aset ketenteraan Malaysia tak cukup dan
kerajaan bimbang darurat ini akan menunjukkan
kemampuan sebenar aset negara yang amat terhad.
Adakah angka LEBIH DARI 100000 orang mangsa yang
dipindahkan itu MASIH TIDAK dianggap parah untuk
diisytiharkan DARURAT?
Soalan akhir itu saya nak Dato' baca 100000 KALI!!!
3)Luluskan geran bantuan bencana alam.
4)Cari salah orang.
Yang ini mesti semua orang suka.Banjir ni bukan tahun
ni je jadi Dato'. Tiap tahun jadi.
Soalannya.
Apa puncanya?
Adakah sebab Kelantan tebang balak banyak?
Adakah sebab sistem perparitan?
Adakah sebab Global Warming?
Point inilah yang boleh buat Dato' jadi juara rakyat yang
sebenar, bukannya dengan cara TTPA, 1MDB.
Itu sahaja Dato' tulisan dari seorang mangsa banjir.
Saya cuba untuk tak terlalu beremosi, walau gatal kaki
ini bermain air.
Elektrik mungkin akan ditutup di kawasan saya di waktu
terdekat.
Jadi saya gunakan sisa-sisa elektrik yang terakhir ini
untuk dapatkan perhatian Dato'.
SURAT INI TAK AKAN SAMPAI KEPADA PM MALAYSIA.
Tak akan sampai, tanpa pembaca-pembaca seperti anda
membuatkan surat ini viral
Jom SHARE.
Post di Facebook. RT di Twitter. Cakap dengan kawan
pasal surat ini.
Selagi surat ini tak sampai pada DS Najib, darurat tak
akan diumumkan. Bantuan tak akan sampai.
Orang yang banyak duit, boleh derma pada mangsa
banjir.
Orang tiada duit? SHARE surat ini bagaikan esok tidak
akan tiba!!!
MOHON SEMUA PAKAT 2 SHARE YEA MOHON SESANGAT JANGAN LIKE AJE. MOHON SHARE!!!!
‪#‎PRAYFORPANTAITIMUR‬

Ahad, 7 Disember 2014 | By: iKhwan89

NASIHAT RASULULLAH UNTUK PEREMPUAN

Moga semua mendapat manfaat...
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal
tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin
dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari
dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu
itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya
pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan
orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan
dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya,
maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam
urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke
dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat
akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah
s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap
wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa
pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w,
“Ibunya”.
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang
ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan
di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari
dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia
taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan
puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya
akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-
pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.
16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau
dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka
baginya syurga.
19 Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan
sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia
berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

Sabtu, 18 Oktober 2014 | By: iKhwan89

10 SEBAB bagaimana Jepun Mencapai Kemajuan

1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakan “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi (dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya di dunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20 minit bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa ke arah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka di sekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larang mengunakan handphone di dalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restoran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.

Dan tahukah anda di Jepun cuma ada 16 menteri saja berbanding 35 menteri di Malaysia..walaupun jumlah penduduk Jepun lebih tinggi dari Malaysia..

Sekian

Ahad, 12 Oktober 2014 | By: iKhwan89

6 WANITA YANG TAK BOLEH DIJADIKAN ISTERI

   ADA begitu banyak wanita di dunia ini. Rasululullah SAW sudah memberikan arahan kepada kita bagaimana harus memilih wanita yang boleh dibbdekati dan dijadikan pendamping. Namun, selain itu, ternyata ada juga wanita dengan kriteria yang tak boleh didekati dan bahkan dijadikan isteri. Siapa saja mereka?

Berikut ini adalah kriteria wanita yang harus dijauhi oleh lelaki, dan jangan jadikan sebagai istrinya:

1. Wanita “Ananah” : wanita yang banyak mengeluh. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak suka dan tidak berpuas hati.
2. Wanita “Mananah” : wanita yang suka meniadakan usaha dan jasa suami, akan tetapi sebaliknya menepuk dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3. Wanita “Hananah” : Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain (bekas suaminya dahulu)yang dikawininya sebelum sekarang, atau kepada anak dari suaminya yang lain, dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.
4. Wanita “Hadaqah” : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya, selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita seperti ini membuat pusing kepala lelaki. Dia ingin apa saja dia mau. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk.
5. Wanita “Basaqah” : ada 2 makna:
a. Pertama : wanita seperti ini suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditujukkan kepada dunia. Suka melawan. Uangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita seperti ini juga sangat suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengungguli dirinya.
b. Kedua: dia marah ketika makan, dan tidak mau makan kecuali dipisah dengan yang lain dan disendirikan bagiannya.
6. Wanita “Syadaqah” : Wanita yang banyak bicara tentang perkara yang sia-sia dan lagi membisingkan sekitarnya.
[Sumber dari Ihya Ulumuddin – Imam Al Ghazali]

Jumaat, 3 Oktober 2014 | By: iKhwan89

ISU KENAIKAN MINYAK-RAKYAT DIPAKSA TELAN TANPA PILIHAN


RAKYAT DIPAKSA TELAN TANPA PILIHAN - SAIFUL NANG

Jika saya tinggal di London, New York atau paling terukpun di Guangzhao, Melbourne jika minyak naik saya tak terasa pun. Alternatif disediakan untuk saya sampai dari sejauh zon 6 Kota London ke tengah bandar ataupun ke zon 6 arah berlainan dalam masa kurang 1 jam sekalipun semasa penyuraian waktu puncak. Apa nak risau jika Tuan Mayor Kota London juga naik train ke tempat kerja, untuk mesyuarat dengan pelanggan di mana-mana sahaja juga boleh naik train. Belanja pun tak banyak, guna sahaja kad bulanan mereka itu boleh sahaja melacak ke seluruh London. Untuk ke Manchester, Nottingham (seperti kita nak ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu) boleh guna train juga dengan kekerapan tinggi dan HARGA YANG MURAH (jika nak banding dengan pendapatan mereka, harga itu memang murah).

Hari ini kita dipaksa untuk telan kenaikan harga tanpa kerajaan tuntaskan keperluan pengangkutan awam yang sangat parah. Naik bas pun tidak pasti boleh sampai ke pejabat tepat atau awal dari masa walaupun ada lorong khusus untuk bas. Saya minat melihat lorong bas di Istanbul seperti track keretapi yang tidak boleh dilalui kereta. Tak perlu buat landasan dan tak perlu beli keretapi mahal-mahal. Guna bas sedia ada juga sudah lebih baik dari membuat projek pelebaran lebuhraya. Sampai kita ada 50 lorong pun masih tetap tak cukup.

Tindakan pentingkan diri juga boleh disabitkan. Jika hebat pengangkutan awam nanti Proton punya jualan merosot pula. Dr. M tak akan berdiam diri.

Malaysia sudah diwarisi kepada Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan yang sudah parah. Dapat pula ke tangan anak yang lahir atas dulang emas yang tidak pernah merasai kesusahan rakyat secara realistik dan peribadi. Saya tersinggung semasa pertemuan bersama beliau dalam satu perbincangan "tehtarik" di Jibby & Co Subang awal tahun ini, beliau berseloroh tentang isu air dan saya lihat ia tidak kelakar langsung. Pada keadaan gawat air dengan penggunaannya bercatu dengan asbab beberapa dari kami bercatu air di rumah sehingga mandipun nak bercatu, beliau boleh berseloroh "Saya boleh mandi...rumah saya ada air" (lalu ketawa).

Saya tahu ini pedas untuk Datuk Seri dan saya juga harap tak perlu nak katakan ini secara umum. Email cadangan berkajang-kajangpun, yang membacanya bukan dia tetapi ditapis oleh lapisan yang mungkin lihat ini remeh. Tapi kita lupa, jika suara rakyat ini seperti air. Jika disekat dia akan melimpah juga sehingga satu ketika limpahan itu akan meruntuhkan empangan yang dibina selama 57 tahun.

Petronas diajar untuk mengatakan rezab minyak kita tinggal sedikit, tetapi kerajaan lupa jurutera-jurutera carigali Petronas ada mulut dan ada Facebook. Mereka boleh bercakap dan mereka selalu bercakap rezab minyak kita sangat banyak lagi. Sekecil Brunei itu sendiri rezab minyaknya masih lagi tidak habis-habis dan tidak akan habis sehingga 2030, mengapa kita boleh fikir rezab kita akan habis pada 2030-an?

Masalah bila orang senang mentadbir, semuanya mahu dibeli dengan wang. Berikan rakyat BR1M sebagai gula-gula yang tidak mengenyangkan dan tidak juga berkhasiat. Wang tunai ditabur-tabur seperti Ali Baba Bujang Lapok memberi sedekah di pasar-pasar.

Turunlah Datuk Seri, Turunlah....

Bukan turun meletak jawatan, tetapi sebelum itu turunlah melihat SENDIRI kepayahan rakyat. Mungkin susah untuk Datuk Seri tahu sehingga Datuk Seri menerima gaji RM1500 sebulan dan perlu berulang alik dengan kereta sendiri yang berhutang dengan bank dengan kadar faedah bank konvensional dan "Islamik" tapi menjerut leher. Isi minyak sendiri dan bayar tol sendiri juga bayaran parking. Makan dengan bekal nasi yang dimasak oleh Datin Seri Rosmah sendiri. Mungkin baru boleh memahami dengan sebenar-benarnya.

Secara praktikal, itu mungkin sukar tetapi kami yakin Datuk Seri boleh turun dan lihat sendiri dan dengar sendiri kata-kata rakyat tanpa perlu protokol Perdana Menteri yang kadangkala mengarut dan menjarakkan informasi rakyat kepada Datuk Seri. Jika rakyat tak mampu sampaikan terus, rakyat akan sampaikan dalam media sosial.

Untuk pengetahuan Datuk Seri, jika Datuk Seri buat lawatan ke sesuatu tempat, orang-orang Datuk Seri akan jadikan tempat sampah nampak macam Hyde Park. Setinggan nampak macam hotel 5 bintang tetapi setelah Datuk Seri pulang, semuanya dicabut semula dan tinggallah semuanya dalam keadaan sediakala sementara Datuk Seri dengan bangga membuat kenyataan "SYUKURLAH, MALAYSIA SUDAH MAJU".

Apabila minyak naik harga, kesannya tetap kesan domino. Janganlah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Menteri Ayam) membuat kenyataakn memujuk yang harga barang tidak akan naik. Saban kali berlaku begitu, harga naik tetap naik. Penguatkuasaan kementeriaan hanya sekadar seperti seorang bapa menegur anak nakalnya yang panjat-panjat rumah tetamu dan memecahkan pinggan dengan teguran "Haiiippppp....babab kangg" dan kemudian sambung bersembang semula.

Dulu semasa saya kecil, saya terpaksa percaya pada RTM. TV3 masa tu kalau nak dapat siaran pun kena pasang tudung periuk di antena. Setiap kali nak pilihanraya, Van Kementerian Penerangan akan buat hebahan WAYANG PACAK di pekan sehari Felda. Ramai-ramai kami berlonggok nak tengok cerita A.R Badul sambil hampar tikar dan kami juga terpaksa telan kempen pilihanraya yang main dalam wayang pacak ini.

Datuk Seri, buanglah darah kerabat dan darah bangsawan yang ada dalam diri. Bercampurlah dengan marhaen yang sering terpaksa menelan semua yang disuapkan tanpa rela.

Datuk Seri mungkin lihat, selepas beberapa bulan rakyat akan senyap kembali dan semuanya berjalan seperti biasa dan Datuk Seri akan buat kenyataan "Alhamdulillah, Rakyat Malaysia sudah mampu terima kemajuan".

Boleh naikkan harga minyak, tetapi siapkanlah sarana pengangkutan awam yang murah dan efisyen serta boleh diharap. Jangan jadikan KEPERLUAN AWAM seperti pengangkutan, elektrik dan bekalan air sebagai satu perniagaan untuk dasar keuntungan tetapi jadikanlah itu satu khidmat yang wajib bagi sebuah kerajaan.

Sedarkah Datuk Seri, di sebalik penerimaan itu bukan kerana kerelaan tetapi kerana mereka terpaksa mencara jalan survival kerana sandaran mereka kepada Kerajaan sudah tidak berguna lagi. Nenek tua yang patut berehat terpaksa menjaja untuk tidak rasa membebankan anak-anaknya yang menjaga beliau. Berapa ramai anak jadi yatim kerana bapanya maut dalam kemalangan motorsikal kerana mengantuk membuat kerja tambahan sehingga 20 jam sehari? Berapa ramai anak-anak yang rosak akhlaknya kerana ibu bapa terpaksa kerah tenaga bekerja siang dan malam? Berapa ramai anak-anak yang terpaksa menukar ruji mereka dari nasi kepada bubur lembik? Berapa ramaikan bapa-bapa marhaen akan dipenjara kerana mencuri susu di pasaraya kerana anak kecilnya menangis kehabisan susu? Berapa ramaikah adik beradik berbunuhan kerana kesempitan ruang hidup? Berapa ramaikah suami dan isteri yang bercerai kerana kehidupan sudah jadi terlalu mahal untuk kekal bersama.

Datuk Seri tak mungkin tahu perkara ini. Kerana ayah, atuk dan keturunan Datuk Seri ialah orang Bangsawan. Bukan Marhaen yang melarat. Tidak salah jika saya sarankan Datuk Seri untuk belajar dan mungkin bekerjasama dengan individu yang memimpin dalam miskin seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya yakin, jika tiada sekatan pembangunan dari kerajaan pusat, saya yakin cara kepimpinan TGNA mampu ubah Kelantan menjadi negeri termaju.

Bangsawan dengan bangsawan, Marhaen dengan marhaen. Jika makan berpinggan emas, masakan tahu erti tidur berbumbung langit.

Turunlah ke bawah seperti Khalifah Ummar lakukan....secara DIAM, sembunyi dan tidak dikenali. Jika turun padang Datuk Seri dengan rombongan sekapal dan gempita siren-siren polis pengiring, orang buta pun akan tahu PM yang datang.

Datuk Seri, bukannya marhaen tidak berjimat. Sudah habis susu anak berganti air sirap kurang gula kami berikan anak-anak kami yang menangis. Bukan juga marhaen malas, kerana marhaen sampai sudah hampir 24 jam bekerja. Jika tidur itu tidak wajib, 24 jam itu marhaen akan bekerja.

Bertimbang taralah...

Datuk Seri pembuat keputusan tertinggi di Malaysia. Input kepada percaturan keputusan Datuk Seri ialah informasi yang diberi. Jika informasi tidak telus, maka keputusan Datuk Seri pun akan jadi zalim juga.

Pentadbiran Datuk Seri terlampau mahal dan sesuap makanan Datuk Seri ialah sebaldi peluh marhaen. Bil Elektrik Datuk Seri setahun boleh menghantar 50 orang anak-anak Marhaen menjadi doktor yang tidak berhutang dengan PTPTN. Mungkin juga jika benar desas desus akan beg tangan Datin Seri yang mahal itu, untuk setiap satu beg tangan itu bernilai lebih dari pendapatan seumur hidup beberapa orang marhaen.

Datuk Seri, tak mengapa jika Wawasan 2020 tidak dicapai pada tahun 2020. Apalah guna jika dicapai tetapi kekayaan negara tidak dapat dirasai bersama, yang miskin terus tertolak tempatnya dari daratan negara.

Datuk Seri, MALAYSIA BELUM AMAN. MALAYSIA BELUM MAJU.

SAIFUL NANG
Orang Marhaen

Rabu, 1 Oktober 2014 | By: iKhwan89

PENGULANGAN UPSR : Pandangan jutawan internet IRFAN KHAIRI

Berita murid sekolah darjah 6 terpaksa mengambil semula sebahagian peperiksaan UPSR telah disambut dengan pelbagai reaksi orang ramai. Dari pelajar, ibu bapa, guru-guru mengeluh tentang kejadian kebocoran kertas peperiksaan UPSR. Saya dan isteri juga adalah antara ibu bapa kepada anak yang perlu menduduki UPSR sekali lagi.

Tulisan saya ini bukanlah untuk menuding jari mencari kesalahan pihak yang mana. Bukan juga bertujuan memberi cadangan atau pendapat tentang wajar ataupun tidak tindakan perlu duduk semula peperiksaan UPSR. Masing-masing mempunyai pendapat sendiri yang perlu dihormati. Pastinya ibu bapa yang melalui keadaan sebegini hanya memahami.

Namun tulisan saya ini sekadar berkongsikan tentang realiti suatu pendidikan di mata masyarakat kita di Malaysia.

Bukan lagi suatu yang asing, setiap kali datangnya waktu atau tahun peperiksaan, tidak kira UPSR, PMR atau SPM, anak-anak diberi tekanan yang amat hebat dalam menduduki peperiksaan. Selepas mendapat keputusan peperiksaan pula, bukan juga suatu yang asing keputusan anak-anak menjadi bahan perbandingan antara ibu bapa, ahli keluarga dan rakan rakan.

Bagi yang sering mendapat semua A, sering kali juga mendapat pujian. Namun, bagi yang tidak mencapai keputusan yang cemerlang (adakalanya semua A tetapi satu B atau C), memadai untuk menjadi isu, dimarahi ibu bapa oleh kerana tidak mencapai tahap yang diinginkan. Kasihan juga apabila anak dijadikan perbandingan dengan kawan lain atau saudara mara, "Anak makcik Kiah dapat 5A. Awak dapat 4A je! Tu la... malas belajar suka sangat main game!"

Kejayaan atau kegagalan dalam peperiksaan sekolah tidak menjanjikan kejayaan atau kegagalan dalam hidup. Berkali-kali kita dengar kisah usahawan yang berjaya dalam perniagaan tetapi asalnya gagal di sekolah. Tak kurang juga kisah mereka yang berjaya dalam bidang industri yang berbeza, seperti bidang kreatif yang tidak dapat digambarkan dengan bilangan A ketika peperiksaan di sekolah. Tak lupa juga pencapaian dan kebolehan seseorang itu dalam bidang sukan tidak pula dapat dihitung dengan A, B, C atau D dalam peperiksaan. Dan banyak lagi.

Baru-baru ini saya terbaca satu quote berbahasa Inggeris mengatakan, sekiranya kita menilaikan seekor ikan dengan kebolehannya untuk panjat pokok, pastinya seumur hidup ikan tersebut akan merasakan dirinya bodoh. Sungguh benar kata-kata itu- begitu juga dengan manusia.

Peperiksaan di sekolah sememangnya menguji kebijaksanaan seseorang pelajar dalam mata pelajaran tertentu. Namun mata pelajaran di sekolah sememangnya adalah terhad dan tidak menggambarkan kebolehan keseluruhan seseorang pelajar itu. Sekiranya pelajar gagal dalam Bahasa Malaysia, tidak bermakna dirinya tidak akan berjaya dalam bidang penulisan. Sekiranya gagal dalam Prinsip Akaun, jauh sekali untuk mengatakannya pelajar itu tidak akan berjaya dalam bidang perniagaan.

Saya tahu kerana saya adalah "pelajar itu". Ketika menduduki UPSR (terlalu lama sudah), saya gagal dalam matapelajaran Bahasa Malaysia (tak tipu!), namun Alhamdulillah, kini saya merupakan penulis 6 buah buku yang laris, menulis untuk beberapa majalah tempatan. Tak lupa juga menerbitkan majalah Inspirasi Kejayaan setiap bulan. Itu pun tak kira menulis di Facebook setiap hari dan juga di blog! 

Ketika SPM (boleh tahan lama juga), saya gagal mata pelajaran Prinsip Akaun (F9! - sekali lagi kisah benar). Namun, amat bersyukur kerana sejak tahun 2000 hingga kini menjalankan perniagaan yang berjaya serta berjaya melahirkan usahawan-usahawan hebat serata Malaysia. Sekiranya digabungkan pula kegagalan dalam UPSR Bahasa Malaysia, dan kegagalan Prinsip Akaun dalam SPM, siapa sangka pula kini setiap Jumaat saya merupakan penulis mingguan tetap kolum kewangan "Wang Anda" di Harian Metro! 

Sememangnya ilmu adalah amat penting di dunia dan akhirat. Masakan pula perkataan ilmu disebut lebih 700 kali dalam Al Quran. Namun, ilmu tidak semestinya dapat digambarkan dengan sekadar penilaian sesuatu peperiksaan peringkat sekolah rendah mahupun menengah.

Khas untuk ibu bapa, ucapan tahniah kerana menjadi ibu bapa yang cemerlang kepada anak-anak. Besar tanggungjawabnya membesarkan anak, kita sahaja yang tahu. Sering beri dorongan dan sokongan kepada kebolehan dan bakat anak-anak. Sekiranya terdapat kekurangan dalam pencapaian di sekolah, terima dengan redha kerana mungkin rezeki Allah swt adalah memberi bakat kepada anak kita dengan cara yang tidak digambarkan melalui sistem pendidikan. Wallahualam.

Beri sokongan, beri dorongan, dan berikan kasih sayang yang tidak terhingga kepada anak tercinta. InsyaAllah mereka akan menjadi kebanggaan kita.

-Irfan Khairi
(Jutawan Muda Perniagaan Internet)

Sabtu, 20 September 2014 | By: iKhwan89

DASYATNYA SIFAT MARAH!!

  Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata gergaji itu menyebabkan perut ular terluka.
Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.

  Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.
Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut.

  Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

  Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.

  Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

  Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah."
(HR Bukhari & Muslim)

Isnin, 8 September 2014 | By: iKhwan89

KEBAIKAN AIS YANG KITA TIDAK TAHU

Ramai org kata x elok minum ais,
lebih elok minum air panas..
Namun, sedarkah kita, Nabi
Muhammad SAW melarang kita
mengambil makanan dalam
keadaan yang panas. Akhirnya kini
fakta terbaru kebaikan AIS yang
tidak akan mampu dihasilkan oleh
mana-mana saintis mahupun
manusia.
Teruskan membaca untuk lebih
memahami.
Percayalah kepada Al-Quran dan Al
Hadis.. kerana kita tidak akan
tersesat selagi berpegang pada
keduanya.
~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam
Ais
“Zat di dalam ais tidak akan
mampu dihasilkan oleh mana-
mana saintis mahupun manusia”.
Jangan ingat minum ais tu tak elok
untuk kesihatan. Sebenarny ada
kebaikan didalam keburukan.
Udara panas lebih memudahkan
penyebaran penyakit berjangkit
kerana bakteria lebih agresif dan
cepat membiak. Liputan ais di
Antartika (daerah Kutub Selatan)
dan Artik (daerah Kutub Utara)
adalah pengimbang dasar bumi
yang amat panas. Kombinasi dalam
bumi yang panas dan luaran bumi
yang sejuk adalah rahsia
keseimbangan tekanan semulajadi
alam yang mengawal graviti dan
pergerakan bumi pada paksinya.
Air sejuk yang hening dapat
menolong pesakit insomnia yang
sukar tidur agar dapat kembali
tidur seperti biasa.Orang yang tidur
dalam udara yang sejuk dan
berselimut untuk memanaskan
tubuhnya adalah kombinasi yang
baik untuk menjaga kesihatan
secara menyeluruh dalam jangka
masa pendek apatah lagi jangka
panjang.
Membenarkan anak mengunyah ais
akan menguatkan giginya dan
memberi kanak-kanak makan ais
krim secara perlahan-lahan dan
berterusan boleh menghilangkan
batuk dalam masa beberapa jam.
Mengambil ubat batuk biasanya
akan mengambil masa satu minggu
untuk melegakan batuk secara
total. Air sejuk juga akan
menguatkan tulang bayi. Ia akan
meningkatkan sistem imun yang
luar biasa sebagai tenaga
pencegahan berbagai penyakit
alahan dan jangkitan.
Ais atau air sejuk dapat
mengembalikan memori atau sifat
pelupa yang keterlaluan. Air sejuk
mempunyai daya rangsangan yang
boleh mengembalikan semangat
orang yang telah hilang seperti
pengsan, gila dan koma kembali
sedar.
Membiasakan diri mengunyah ais
akan meningkatkan kecerdasan
fikiran dan kepantasan pergerakan.
Ais amat diperlukan oleh mana-
mana atlit sukan dalam kecederaan
yang tidak disangka-sangkakan. Air
sejuk atau ais kini dijadikan bahan
perencat kepada kecederaan yang
akut seperti demam panas yang
biasanya dihidapi oleh bayi yang
mempunyai potensi menghidapi
penyakit sawan.
Air sejuk juga adalah terapi yang
amat popular sebagai penguat
tulang yang telah patah dengan
syarat ia dibalut dengan kain hitam.
Air sejuk dalam rahsia cuka adalah
sangat baik untuk menguatkan
tulang yang patah kerana ia dapat
menyembuhkan tulang dengan
lebih cepat. Air suam dengan rahsia
cuka yang diminum akan
melemahkan dan mengecutkan
sistem aliran darah yang menjadi
penyebab utama terjadinya
lumpuh. Mandi air sejuk akan
menguatkan tulang. Tulang yang
berlebihan dengan urik asid akan
meningkatkan suhu tulang dan
melemahkan struktur tulang.
Adalah makruh mengambil air
sembahyang (wuduk) pada suhu
yang tinggi atau yang telah terkena
panas cahaya matahari yang
pastinya akan mengganggu sistem
deria pada kulit. Air sejuk secara
psikologinya amat ditakuti oleh
pesakit yang mengalami gangguan
jin atau dikuasai oleh unsur-unsur
spiritual yang jahat. Air sejuk
mempunyai nada bunyi dalam
tekanan rendah yang amat lembut
lagi mengharmonikan.
Air kelapa muda bersifat sejuk dan
amat baik untuk kesihatan kerana
ia amat berkesan meneutralkan
kesan keracunan dan keasidan yang
berlebihan di dalam aliran darah.
Tubuh secara semulajadi bersifat
panas dan ia memerlukan
pasangan yang bersifat sejuk.
Oksigen dan hidrogen bersifat
panas dan ia menguasai bahagian
perut. Adalah menjadi suatu
kesalahan memulakan amalan
pemakanan di waktu pagi dengan
unsur-unsur yang panas. Minumlah
seteguk air sejuk di awal pagi
kerana ia akan menguatkan perut.
**Siapa ckp mnum ais melemahkan
tenaga batin?

Jumaat, 5 September 2014 | By: iKhwan89

PERKARA- PERKARA YANG KITA BOLEH TIRU DARI JEPUN SELEPAS 57 TAHUN KEMERDEKAAAN...

.                               
Diantara perkara- perkara menarik di Jepun.. ialah..

1 - Pelajar sekolah rendah Jepun membersihkan sekolah mereka selama 15 minit setiap hari bersama guru2. Amalan inilah yang melahirkan generasi Jepun yang peka dengan kebersihan.

2 - Pemilik anjing di Jepun wajib membawa beg khas untuk mengisi najis anjing. Kebersihan dan kesihatan  dijadikan sebahagian dari etika di Jepun.

3 - Pekerja kebersihan di Jepun di panggil 'Jurutera Kesihatan' dan dibayar gaji antara USD 5000 ke 8000 sebulan dan mereka melalui ujian bertulis dan lisan !!!

4 - Jepun tidak mempunyai sumber asli. Walaupun berdepan dengan ratusan gempabumi setahun namun ini tidak menghalangnya dari muncul sebagai kuasa ekonomi ke-4 di dunia.

5 - Hiroshima kembali menjadi pusat ekonomi seperti sebelum dibom, dalam masa 10 tahun sahaja.

6 - Jepun mengharamkan penggunaan telefon bimbit di dalam keretapi dan restoran.

7 - Adakah anda tahu bahawa di Jepun pelajar sekolah rendah dari tahun 1 hingga 6 diwajibkan belajar matapelajaran etika berurusan dengan orang.

8 - Walaupun Jepun merupakan diantara orang yang terkaya didunia, mereka tidak mengguna khidmat pembantu rumah. Ibubapa bertanggung jawab terhadap rumah dan anak- anak.

9 - Adakah anda tahu bahawa tiada peperiksaan ditahun pertama hingga ketiga sekolah rendah kerana tujuan utama pembelajaran ialah menanam konsep dan  pembinaan karektor bukan hanya peperiksaan dan doktrin.

10 - Sekiranya anda ke restoran buffet di Jepun anda akan dapati mereka makan setakat yang perlu sahaja dan tiada pembaziran makanan.

11 - Kadar kelewatan keretapi di Jepun ialah 7 saat setahun !! Mereka sangat- sangat menghargai waktu, sentiasa menepati sehingga ke minit dan saat.

12 - Pelajar di sekolah rendah memberus gigi setiap kali selepas makan. Mereka memelihara kesihatan seawal usia kanak- kanak lagi.

13 - Pelajar mengambil masa setengah jam untuk menghabiskan makanan bagi memastikan kehadaman

Selasa, 12 Ogos 2014 | By: iKhwan89

TOPENG-TOPENG SUDAH DIBUKA : Sudah bersediakah kita?

Bismillah..salam semua..ape kabar semua..hehe..dh lame RT xupdate blog....adoi..tak tau la kenapa...rase macam bizi..tapi takde la bizi sangat..hehe...rase macam tak sempat...tapi rasenye ade je mase..heheh...*nyampah betul*ape-ape pun rt harap semuanya dalam lindungan Allah....*bukan lindungan kaabah yang macam tajuk ceriter tu*...hehehe

  Dalam sibuk rt meneruskan hidup sebagai seorang suami ni *maklumlah..dah kawenkan..khi3* banyak jugak yang rt terlepas dalam mengupas beberapa isu yang kini meletop-letop gitu..bukanlah rt ni pandai sangat mengupas isu-isu ni..rt pon kekadang kene membaca jugak...kalau tak..nanti salah mengupas..haish..teruk nanti...

  Tetapi satu perkara yang rt rase rt dapat simpulkan dalam beberapa isu besar dalam negara kita khususnya dan seantero dunia amnya ialah,dunia sudah semakin sampai pada kemuncak akhirnya....semua sistem-sistem tajaan manusia lebih-lebih lagi sistem tajaan yahudi sudah pun hancur...pernah dulu ustaz ashaari menulis sebuah buku yang bertajuk "Barat diambang maut" pada tahun 90-an  *sape penah bace angkat tangan?..heheh* beliau menceritakan keadaan sistem lagangan yahudi yang tenat dan tidak meyakinkan serta kacau bilau disebabkan sistem-sistem rekaan mereka.

  Kini,2014 sistem-sistem itu bukan sahaja diambang maut,malahan ia sudah tersungkur,sudah punah,bahkan sistem-sistem mereka sudah makan tuan,sudah semakin tidak releven,setiap hari ada sahaja akta yang digubal,dibentuk,dan lain-lain,mereka sendiri pun sudah tidak yakin dengan sistem mereka..maka semakin banyaklah topeng-topeng kejahatan mereka sudah dibuka...mereka sudah tidak boleh duduk diam lagi..mereka sudah tidak boleh bersembunyi disebalik sistem-sistem dan undang-undang mereka lagi...mereka tidak boleh lagi berlagak sebagai penyelamat kepada dunia...

  Kini....persembahan mereka sudah hampir tamat...namun satu fikiran yang sering mengganggu rt,apakah kita sudah bersedia?bersedia menyambut kemenangan akhir zaman seperti yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul?menyambut perlaksanaan hukum-hukum Allah secara total?apakah kita masih lagi berada dalam zon selesa sedangkan para kesayangan Allah dan Rasul berusaha untuk merialitikannya?

  Rt tinggalkan korang sume dengan soalan yang rt sendiri pun masih tiada jawapan...moga Allah dan Rasul menangkan islam...ampun maaf..

Selasa, 24 Jun 2014 | By: iKhwan89

CORETAN RAMADHAN : 10 kesalaha top ketikq bulan puasa.

��10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan.

 Tidak sahur.
- puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong. 

 Sahur terlalu awal 
-Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper. ��

 Terlebih tidur ��
- lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah ��. Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah. 

 Berbuka secara buffet sampai buncit ������������
- ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

 Membazar hingga membazir.
-lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang. ������

Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
-bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan  dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal 

 Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr 
- Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow! ��

 Puasa tapi tak solat.
- pahala puasa pending ⛔, sebab tak solat. Ayoyo! ����

Sibuk beribadah, lupa cari ilmu.
-bulan Ramadan bulan Ilmu.������ Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan. ����

�� Gagal upgrade ⏬ iman selepas lalui Ramadhan.��
-ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.


Ramadhan Kareem! ��
Selamat berpuasa. 
Let us make this Ramadhan is the best Ramadan ever! ��✔

Rabu, 14 Mei 2014 | By: iKhwan89

BUAT PARA ISTERI : Tingginya darjat sabar buat suami

Bismillah...salam alaik semua pembaca2 blogger..ya Allah...lame betul xupdate blog..maklumlah..bz skit lepas dah kawen ni..hehehe.. Baiknya Tuhan kita...dia beri juga masa kepada kita..ampun maaf wahai Allah,Tuhan sekalian alam...

  Haaa...ni buah tangan buat pembaca...maklumlah..RT dah kawen,jadi nak post pasal suami isterilah ni..hee..moga Allah jadikan RT suami yang soleh...amin..

  Ini kisah saidina Umar Al-Khattab,yang terkenal sebagai gagah tu...hebatnya beliau..amat kuat sabarnya...jom kita baca kisah kesabaran beliau moga sifat beliau dapat dipupuk dalam diri kita...

  Saidina Umar datang mengadu pada rasulullah...Ya Rasul, mahukah engkau mendengar aduan saya? Kami kaum Quraisy biasa menguasai isteri kami. Kemudian kami pindah ke sebuah masyarakat (Madinah) di mana lelaki tunduk diam pada isteri mereka. Kemudian kaum perempuan kami meniru perilaku perempuan Ansar ini. Suatu hari saya menegur isteri saya dan dia menjawab balas. Saya tidak menyukai perilaku seperti itu. Dan dia berkata, ‘Apakah kanda tidak menyukai dinda menjawab? Demi Allah, para isteri Rasullullah menjawab balas baginda. Sebahagian mereka mendiamkan baginda sepanjang hari sampai malam.’ Saya (Umar) lalu berkata, ‘Dia rugi. Apakah dia merasa aman dari kemurkaan Allah kerana kemarahan Rasulnya sehingga dia mendapat hukuman?’” Nabi tersenyum dan tidak menjawab aduan daripada Sayidina Umar itu. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW tidak mengiyakan ataupun menidakkan perkataan Umar. Isteri juga mempunyai suara dan pendapat yang harus didengari suami. (Cuma perbincangannya haruslah dengan hikmah). Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata, “Dari hadis tersebut dapat diambil pelajaran bahawa terlalu keras terhadap isteri bukanlah sikap yang terpuji. Sebab, Rasulullah SAW sendiri meniru sikap orang Ansar dalam memperlakukan wanita mereka dan meninggalkan sikap kaum baginda sendiri.”

Umar Mencontohi Kesabaran Rasulullah SAW Terhadap Leteran Isteri

Seorang lelaki datang ke rumah Umar bagi mengadu perihal isterinya yang suka berleter. Tatkala sampai, dia mendengar Umar sedang dileteri isterinya. Umar tidak menjawab sepatah pun. Lelaki itu beredar sambil berkata, “Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana pula dengan aku?”

Selepas itu Umar keluar dari rumahnya lalu terlihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata, “Wahai Amirulmukminin,tujuan kedatanganku adalah untuk mengadu berkenaan perangai buruk isteriku yang suka berleter. Tadi aku baru sahaja mendengar isterimu juga begitu. Lalu aku berkata kepada diriku, kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?”

Umarpun berkata kepadanya, “Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atasku. Sesungguhnya dia memasak makanan untukku, mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.”

Lelaki itu menjawab, “Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku.”

Umar berkata, “Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya tidak lama. Hanya seketika sahaja.”

Rasulullah SAW sendiri telah mengingatkan,

    “Janganlah seseorang yang beriman (lelaki) membenci seorang (isterinya yang) beriman (perempuan), kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang dia suka.”(Riwayat Muslim dan Ahmad)

Isnin, 17 Mac 2014 | By: iKhwan89

KONSERT GENERASI HARAPAN SEMPENA JUBLI PERAK AL IRSYAD

SALAM ALAIK BUAT WARGA BLOGGERZZZZ,SEMPENA JUBLI PERAK AL IRSYAD KUANTAN,pihak AL Irsyad menjemput semua warga bloggerz ke KONSERT MALAM KEBUDAYAAN ISLAM yang dipersembahkan oleh kump Nasyid Generasi Harapan(dahulunya trkenal dengan kump mawaddah),persembahan diserikan dengan NASYID,LIVE PERKUSI,DRUM,SAJAK,PENTOMEN DAN LAKONAN,Pm saya untuk membuat tempahan tiket ei fb saya,remaja timur,satu hiburan alternatif buat semua peringkat umur yang cinta kan Allah dan rindukan rasul..tempah tempat anda segera!!!

Sabtu, 8 Mac 2014 | By: iKhwan89

NAHAS MH370 : SENARAI NAMA PENUMPANG PESAWAT

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines hari ini menyiarkan senarai penumpang dan kru MH370 yang hilang semasa penerbangan menuju Beijing.  

Ia mengandungi nama, kewarganegaraan dan umur.  

Berikut ialah senarai penumpang penerbangan: 

No    Nama                        Warganegara     Umur
1. An/Wenlan                    China            65
2. Bao/Yuanhua                China            63
3. Bai/Xiaomo                    Canada            37
4. Bian/Maoqin                  China            67
5. Bian/Liangjing                China            27
6. Bibynazli/MohdHassim   Malaysia        62
7. Brodskii/Nikolai               Russia            43
8. Burrows/RodneyMr         Australia        59
9. Burrows/MaryMrs           Australia        54
10.Cao/Rui                        China            32
11.Chan/HuanpeenMr       Malaysia        46
12.Che/Junzhang              China            68
13.Chen/Jian                     China            58
14.Chen/ChangjunMr        China            35
15.Chen/Wei                     Malaysia        43
16.Chen/YunMs                 China            57
17.Chew/KarmooiMs         Malaysia        31
18.Chuang/HsiulingMs      Taiwan            45
19.Chng/Mei                     Malaysia        33
20.Chustrak/Oleg             Ukraine            45
21.Dai/Shuling                  China            58
22.Daisy/Anne                  Malaysia        56
23.Deineka/Sergii             Ukraine            45
24.Di/Jiabin                     China            36
25.Dina/MohamedYunus Ramli    Malaysia        30
26.Ding/Ying                     China            28
27.Ding/Lijun                     China            43
28.Ding/YinggMs                China            62
29.Dong/Guowei                 China            48
30.Dou/YunshanMr              China            61
31.    Du/Wen                     China        50
32.    Feng/Dong                 China        21
33.    Feng/Jixin                China        70
34.    Fu/Baofeng                 China        28
35.    Gan/Tao                     China        44
36.    Gan/Fuxiang                China        49
37.    Gao/Ge                     China        27
38.    Gu/Naijun                 Australia    31
39.    Guan/HuajinMs             Malaysia    34
40.    Guan/WenjieMr             China        35
41.    Han/Jing                 China        53
42.    Hashim/Noorida         Malaysia    57
43.    Hou/AiqinMs                 China        45
44.    Hou/Bo                     China        35
45.    Hu/SiwanChd                 China         3
46.    Hu/XiaoningMr             China        34
47.    Huang/YiMs                 China        30
48.    Huang/Tianhui             China        43
49.    Hue/PuihengMr             Malaysia    66
50.    Jia/Ping                 China        32
51.    Jiang/Cuiyun             China        62
52.    Jiang/Xueren             China        62
53.    Jiang/YingMs             China        27
54.    Jiao/Weiwei                 China        32
55.    Jiao/Wenxue                China        58
56.    Jinghang/Jee             Malaysia    41
57.    Ju/Kun                     China        32
58.    Kang/Xu                    China        34
59.    Koh/Tiongmeng             Malaysia    40
60.    Kolekar/Chetana         India        55
61.    Kolekar/Swanand         India        23
62.    Kolekar/Vinod             India        59
63.    Kozel/Christian         Austria        30
64.    Lawton/CatherineMrs     Australia    54
65.    Lawton/RobertMr         Australia    58
66.    Lee/KahkinMr             Malaysia    32
67.    Lee/SewchuMDM             Malaysia    55
68.    Li/Yanlin                 China        29
69.    Li/Zhi                     China        41
70.    Li/Guohui                 China        56
71.    Li/Hongjing            China        20
72.    Li/Jie                 China        27
73.    Li/Mingzhong         China        69
74.    Li/Wenbo             China        29
75.    Li/Yan                 China        31
76.    Li/Yuan               Australia    33
77.    Li/Yuchen             China        27
78.    Li/Zhijin             China        30
79.    Li/Zhixin             China        35
80.    Li/Le                China        36
81.    Liang/LuyangMr     China        60
82.    Liang/Xuyang         China        30
83.    Lim/PowchuaMs         Malaysia    43
84.    Lin/AnnanMr            China        27
85.    Lin/Mingfeng         China        34
86.    Liu/Fengying         China        65
87.    Liu/JinpengMr         China        33
88.    Liu/Qiang             China        40
89.    Liu/Rusheng             China        76
90.    Liu/Shunchao         China        46
91.    Liu/Zhongfu            China        72
92.    Lou/Baotang            China        79
93.    Lu/Jianhua             China        57
94.    Lu/Xianchu             China        33
95.    Lui/Ching             China        45
96.    Luo/Wei                China        29
97.    Ma/Wenzhi             China        57
98.    Ma/JunMr             China        33
99.    Maimaitijiang/A     China        35
100.Mao/Tugui            China        72
101. Maraldi/Luigi                    Itali        37
102. Maria/Mohamed Yunus Ramli     Malaysia    52
103. MatRahim/Norfadzillah Miss     Malaysia    39
104. Meng/Nicole Chd                 USA             4
105. Meng/Bing                        China        40
106. Meng/Fanquan                     China        70
107. Meng/Gaosheng                     China        64
108. MohdKhairulAmri/Selamat Mr     Malaysia    29
109. MohamadSofuan/Ibrahim Mr         Malaysia    33
110. MuhammadRazahan/Zamani Mr     Malaysia   24
111. Mustafa/Suhaili Miss             Malaysia    31
112. Mukherjee/Muktesh             Canada        42
113. Ng/MayliMs                     Malaysia    37
114. Norliakmar/Hamid Mdm             Malaysia    33
115. Ouyang/Xin                     China        38
116. Puspanathan/Subramanian         Malaysia     34
117. Ramlan/Safuan Mr                 Malaysia    32
118. Sharma/Chandrika Ms             India        51
119. Shi/Xianwen                     China        26
120. Shirsath/Kranti                 India        44
121. Sim/Kengwei                     Malaysia    53
122. Siregar/Firman                 India        25
123. Song/Feifei Mr                 China        32
124. Song/Chunling Ms                 China        60
125. Song/Kun                         China        25
126. Su/Qiangguo                     China        71
127. Suadaya/Ferryindra Mr         Indonesia    42
128. Suadaya/Herryindra Mr         Indoensia    35
129. Sugianto/Lo Mr                 Indonesia    47
130. Surtidahlia/ Mrs              Netherlands    50
131. Tan/TeikhinMr                 Malaysia        32
132. Tan/AhmengMr                 Malaysia        46
133. Tan/WeichewMr                 Malaysia        19
134. Tan/Chongling                 Malaysia        48
  135. Tan/Sioh                     Malaysia        42
  136. Tang/Xudong                 China            31
  137. Tang/XuezhuMs                 China            57
138. Tanurisam/IndrasuriaMr     Indonesia        57
139. Tee/LinkeongMr             Malaysia        50
140. Teoh/KimlunMr                 Malaysia        36
141. Tian/Junwei                 China            29
142. Tian/Qingjun                 China            51
143. Tong/Soonlee Mr             Malaysia        31
144. Vinny/Chynthyatio Mrs     Indonesia        47
145. Wan/Hockkhoon Mr             Malaysia        42
146. Wang/Shouxian                 China            69
147. Wang/Shu                     China            61
148. Wang/Xianjun                 China            61
149. Wang/Chunhua Mr             China            34
150. Wang/Chunyong                 China            43
151. Wang/Dan                     China            54
152. Wang/Haitao                 China            26
153. Wang/Houbin                 China            28
154. Wang/Linshi                 China            59
155. Wang/Willysurijanto Mr    Indonesia        53
156. Wang/Yonggang Mr             China            27
157. Wang/Yonghui                 China            33
158. Wang/Yongqiang             China            30
159. Wang/Lijun                 China            49
160. Wang/Ximin                 New Zealand        50
161. Wang/Rui                  China                35
162. Wang/Moheng               China                 2
163. Wattrelos/Ambre           France                14
164. Wattrelos/Hadrien         France                17
165. Wattrelos/Laurence        France                  52
166. Weeks/Paul Mr             New Zealand          39
167. Wen/Yongsheng             China                34
168. Wen/Hao                   China                32
  169. Weng/Mei                  China                39
170. Wong/Saisang Mr           Malaysia             53
171. Wood/Philip               USA                    51
172. Xie/Liping                China                51
173. Xin/XixiMs                China                32
174. Xing/FengTao              China                36
175. Xing/Qiao                 China                27
  176. Xiong/Deming              China                63
177. Xu/Chuane                 China                57
178. Ya/Na                     China                26
179. Yan/Ling Mr               China                29
180. Yan/Peng                  China                29
181. Yan/Xioa                  China                27
  182. Yang/Li                   China                35
  183. Yang/Ailing Ms            China                60
  184. Yang/Jiabao               China                26
185. Yang/Meihua               China                65
186. Yang/Qingyuan Mr          China                57
187. Yang/Xiaoming Ms          China                59
188. Yao/Jainfeng              China                70
189. Yao/Lifei                 China                31
190. Yap/Cheemeng Mr           China                39
191. Yin/Boyan                 China                33
192. Yin/Yuewang               China                21
193. Yuan/Jin                  China                63
194. Yue/Guiju Ms                  China                51
195. Yue/Wenchao               China                26
196. Yusop/Muzi Mr             Malaysia             50
197. Zang/Lingdi               China                58
198. Zhang/Chi                 China                58
199. Zhang/Liqin               China                43
200. Zhang/QiMs                China                31

TRAGEDI PESAWAT MH370 : MARILAH KITA BERGANTUNG DENGAN TUHAN

  Allahu Akbar...Allahlah penentu segala kejadian...sesungguhnya kepada dialah kita kembali..

  Salam dan selamat malam utk semua bloggez2,facebookezz,twitezz dn lenlain...moga semua dalam lindungan dan rahmat Allah..

  Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan berita besar yang amat memeranjatkan semua golongan,daripada pelajar U,kolej,hinggalah kepada para ilmuwan dan karyawan negara..

  RT pun termasuk jugak dalam golongan yang terkejut ni..ya allah,kejadian nahas pesawat kini berulang lagi dinegara kita..

  Jom sama-sama kita sedekahkan al fatehah buat penumpang yang beragama islam, takziah buat semua krew pesawat MAS MH370...kami masih lagi mengharap keajaiban dari Tuhan,moga Tuhan lakukan keajaiban untuk membantu semua penumpang.

  Moga Tuhan taubatkan kami,kami takut,kami cemas,sesungguhnya Engkaulah tempat kami bergantung harap.. Tuhan ada maksudNya jika Dia melakukan...setiap perkara yang dilakukan Tuhan tidak pernah sia-sia....

  Marilah sama-sama bersama dengan RT mendoakan keselamatan buat penumpang,ketenangan buat keluarga penumpang,dan kesejahteraan buat seluruh rakyat malaysia,rakyat china dan seluruh Asia...

  Al-fatehah.............

Khamis, 6 Mac 2014 | By: iKhwan89

BAWANG : MURAH TAPI BERMANFAAT

  Salam alaik,ape kabar sume?hehe..baru2 ni RT ade kongsikan artikel berkenaan dengan buah tembikai kan...haaaa...kali ni RT nk kongsikan satu lagi artikel berkenaan dengan bawang plok..heheh...jom kite tengok-tengok...lalala

  Seorang doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yang lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2. Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit. Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yang telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah. Doktor amat tertarik dan meminta untuk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut. Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.

  Kes kedua ialah disebuah kedai gunting rambut yang banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya. Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yang telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.

  Kes ketiga seorang yang terkena pneumonia menemukan artikel yang mengatakan untuk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dengan garpu pada salah satu hujungnya. Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit. Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya. Bawang merah yang berfungsi sebagai magnet yang menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.

  Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteri dan antiseptik yang amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dengan cara yang betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yang menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.

  Satu kajian keatas haiwan mendapati anjing tidak boleh memakan bawang merah kerana perut anjing tidak dapat mengolah bawang merah. Harap diingat, adalah berbahaya untuk mengiris bawang merah dan menggunakannya untuk memasak pada hari berikutnya.

  Hah..hebatnya ciptaan Allah kan,Tuhan dah cakap dalam al quran,Tuhan tak akan ciptakan sesuatu perkara dengan sia2... cuma kita ni je...yang mensia2 kan ciptaan Tuhan....ampun maaf,hamba yang hina sekadar berkongsi....

Selasa, 4 Mac 2014 | By: iKhwan89

HEBATNYA CIPTAAN ALLAH : KELEBIHAN TEMBIKAI

  Salam sume kengkawan...hati ni RT nak kongsi kelebihan buah tembikai...haaa...,jom kite tengok

  Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."
Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW .Nabi menciumnya dan bersabda: "Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi.Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."
Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan.Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.

Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan."Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan Buah tembikai.Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.

Jumaat, 28 Februari 2014 | By: iKhwan89

Antara 2 jaguh

Bismillahi Allahu Akbar...segala puji,segala kehormatan,segala keagungan hanyalah untuk Allah,Tuhan sekalian alam..dialah raja pemerintah di akhirat nanti..keadilan Allah tidak pernah berat sebelah..hinggakan kalau Allah hukum masuk neraka sekalipun pasti manusia itu redha kerana sangat adilnya Tuhan..

  Post kali ni RT nak sebut antara dua tokoh besar didalam kerajaan diri..*bukan krajaan malaysia..khi3*.. ade 2 tokoh utama dalam diri yang boleh mengubah seseorang itu dari jahat menjadi baik,dan dari baik menjadi jahat..

  Eh3,pelik plak dah RT ni...hehe...tak lah...sebenarnya tokoh tersebut ialah hati dan nafsu....dah tu bakpe RT cakap hati dan nafsu tu tokoh??...hehe..sabo kengkawan..

  Kenapa tokoh?? Tokoh ni kawan2,dia kebiasaannya boleh mengubah sesuatu kelompok masyarakt,ataupun dia mampu mencetuskan idea ke tengah masyarakat lalu mengubah persepsi masyarakat kepada sesuatu..

  Samalah macam hati kita ini....kisah hati...*ceh nak start nyanyi plok ase*..semua orang ada hati...dari hati ini sebenarnya lahirlah perasaan...

  Hati yang kuat bergantung dengan Tuhan,dia akan merasakan Tuhan sentiasa bersama,skalipun di tempat yang tidak ada orang.. hati ini sentiasa yakin dengan pekerjaan Tuhan,sentiasa merasa cukup dengan rezki yang telah ada...kalau dia susah hati,cepat-cepat dia pergi menghadap Tuhan..mengadu dengan Tuhan,tolong Tuhan...tolong Tuhan.....itulah kalimah yang diulang-ulang....mengharap pengaduannya didengari oleh Tuhan

  Hati yang kuat dengan Tuhan juga sangat mudah menerima kebenaran,sangat istiqamah melakukan sesuatu..dan tidak pernah mengeluh dan mengungkit...kalau dia termengeluh skalipun dia pasti akan merasa bersalah....

Tokoh kedua ni...nafsu...hehehe...semua orang tahu kan,nafsu tu apa...haaaa...Nafsu ni Tuhan ciptakan dia sangatlah degil,susah nak ditundukkan...Tapi Tuhan masuk kan nafsu kedalam manusia,sebab Tuhan tau Manusia boleh mengawalnya... Nafsu yang Tuhan ciptakan ini,kehendaknya tidak pernah puas-puas,kalau dia nak berbelanja,dia akan berbelanja sepuas-puasnya..pantang kalau ada orang tegur,dia pasti marah..

  Antara 2 tokoh yan Tuhan ciptakan dalam diri kita,agak2nya mana satu yang menjadi idaman?

  Uniknya ciptaan Tuhan,menjadikan kedua tokoh dalam diri kita sangat memberi kesan dalam hidup kita..jika nafsu berkuasa,binasalah diri..namun jika hati yang berkuasa dengan bantuan para malaikat,amanlah diri dari kejahatan.....moga Allah mudahkan segala urusan

Ahad, 23 Februari 2014 | By: iKhwan89

BR1M : natijah RM 300

Alhamdulillah..segala puji bagi Tuhan..pencipta alam,Maha besarnya Allah,Maha baiknya Allah yang tidak pernah mengecewakan permintaan kita..

  Bermula lagi hari yang lain,dapat mnyedut udara dengan aman sebenarnya dah dikira bertuah tau..yelah..zaman dunia sedang bergolak ni,ramai manusia yang sedang hidup dalam ketakutan..macam-macam takut menimpa manusia,ada takut hilang nyawa,ada takut miskin,ada juga yang takut kaya..haish...dunia sekarang..

  Ni RT nak cerita kisah semalam..al maklumlah,mesin atm semalam penuh dengan rakyat pertengahan,sampaikan RT nak g kluarkan duit pun xboleh...hehe.. RT pun dapat jugak duit BR1M tu..lalala...

  Bagi yang bujang lagi macam RT ni,dapat la RM 300 *setahun*..,dah memadai la tu...*kata orang atasan*... eh3,kawan-kawan tau tak apa yang RT lakukan dengan duit banyak tu?..haaaa,ni nak bagi tau, memula RT amek duit tu RM100 untuk belanje poket..*maklumlah,gaji xmasuk lagi..*,lepas tu perkara kedua,RT kluarkan rm60 untuk isi minyak kreta viva...kire penuh la tu tangki minyak..hehe..

  Lagi apa yang RT buat?hehe.. RT kluarkan plak rm70,untuk belanja family makan,yelah...ada 5 orang kat umah kan...plus dah lame xbalik rumah...kene la blanje diorang.. dan sekrang,duit BR1M tu..hanya tinggal RM 70 hinggit lebih kurang...

  Nampak macam bahagia kan,hehe..bahgia la sangaaaat,...kengkawan nak tau tak,rakyat macam kita ni dengan orang atas-atas,ibarat mentimun dengan durian,kite lanyak die pun kite luke,die lanyak kite lagilah kita luke...huhuhu...

  Perbelanjaan yang RT catatkan diatas tu sebenarnya bersifat sementara,duit poket RM 100 tu..untuk kegunaan lagi beberapa hari nak tunggu gaji,kemudian isi minyak penuh kereta viva tu pun berapa hari tahan lah agaknya,dan perbelanjaan lain itu semua sementara...

  BR1M ni,sebenarnya mengajar kita supaya betul-betul bergantung harap dengan Tuhan,bukan dengan kerajaan...sebab apa RT cakap macam tu,yelah..kalau BR1M yang sebanyak RM 300 tu dh habis,kemudian kita pun keluh kesah,risau tak cukup duit dan sebagainya,kita rasa kesempitan,akhirnya,kita bersangka buruk dengan orang lain...padahal..semua ini Tuhan turunkan untuk ujian kita,

  Tuhan nak tengok,kita ni bergantung dengan Tuhan ke atau dengan kerajaan..kalaulah kita bergantung dengan kerajaan,sampai bila kite boleh puas dengan kerajaan yang macam sekarang ni??..

  Sesungguhnya Maha baiknya Tuhan memberikan sesuatu semuanya bersebab..barulah RT faham,Tuhan nak suruh kita semua bergantung dengan Nya..Tuhan nak suruh kita kembali padaNya...kalaulah kita semua kembali bergantung dengan Tuhan 100%,Tuhan boleh bagi apa sahaja pada kita melalui orang2nya...tak perlulah kita nak mengharap dengan kerajaan lagi...

  Ya allah..ampunkan kami yang sering tersalah...moga kami diberikan petunjuk,dan taqwa...berkatilah hidup kami wahai Tuhan yang Maha Baik.. amin
 

Sabtu, 22 Februari 2014 | By: iKhwan89

Kalam permulaan..sekali lagi??..allah..

Bismillahi Allahu Akbar...alahai..rasa semangat pulak hari ni...semangat ape eh?...huhuhu..semangat nak menulis...ye lah...dari bila tak mengupdate blog ni...seharian kerje sampai malam..last-last,time nak update blog,terus terlelap..

  Terima kasih wahai Tuhan yang menciptakan diri,yang tak habis-habis membuat kesalahan...sering terasa berdosa...namun..jarang bertaubat..ya Allah...kalaulah aku ditakdirkan tak lama di dunia ni...apa akan jadi di akhirat nanti terhadap diri ku ini wahai Tuhan...ya Allah..ampun kan aku..

  Alhamdulillah...hari ni secara tak sengaja *kot* menjadi saksi nikah 2 mempelai di masjid negeri...tengah-tengah buat program lain,tiba-tiba dipanggil untuk menjadi saksi..bersame dgn pok mir..

  Ya allah..bila tengok orang nikah...tak sangka plak aku ni lagi xlame je dah nak nikah...ya allah...aku harap dimudahkan segala urusan aku dan pasangan serta keluarga ku dan bakal mentua ku..
 
Haish...bedebo pun ade...eksaitet pun ade..huhu...ya Allah sesungguhnya aku merancang,dan Allah juga merancang..segalanya aku serahkan pada Tuhan...

  Oklah semua...ni kalam awal...susahnya nak menulis..huhu..harap-harap lepas ni rajinlah plok nak menulis...
 


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com