Jumaat, 24 Jun 2022 | By: iKhwan89

SAJAK ASZ : *Glamor Tanpa Tuhan Dilupakan Orang*

Sajak Mursyid untuk dibacakan pada hari *Jumaat, 24hb Jun 2022.* 

Ramai orang yang masyhur, ternama, ada glamor di seluruh dunia.
Ada yang masyhur kerana kuasanya, ada terkenal kerana ilmunya, ada yang terkenal oleh suara dan lakonannya.
Akhirnya kebanyakannya disudahi dengan kehilangan nama.
Sebelum mati pun sudah dilupakan orang, terlalu jarang orang menyebutnya.
Kerana apa terjadi begitu? Sebelumnya namanya, beritanya, gambarnya di dada media massa?
Masyhurnya mereka tidak ada kaitannya dengan Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa.
Terkenalnya bukan kerana cintakan Tuhan dan kasih sayang sesama manusia.
Terkenalnya mereka, kebanyakannya kerana derhaka atau kerana dunia semata-mata.
Di dunia lagi mereka sudah terhukum oleh Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa.
Jasa-jasa mereka dilupakan begitu sahaja.
Sepatutnya orang yang terkenal di belakangnya, ambillah pengajaran dan keinsafan.
Mungkin mereka juga kan menempa sejarah yang sama.
Tidak seperti terkenalnya para Rasul dan Sahabat-Sahabat yang terkenal dan berjasa.
Sering sahaja disebut orang, nama-nama mereka sentiasa jadi bualan manusia.
Nama mereka menyerikan majlis-majlis keramaian setiap masa.
Mengapa sejarah mereka berbeza? Dengan sejarah yang telah disebut sebelum ini?
Kerana masyhurnya mereka ada hubungkait dengan Tuhan yang Maha Esa.
Mereka adalah manusia yang cintakan Tuhan dan kasih sesama.
Tuhan rahmati mereka, Tuhan beri mereka berkat.
Maka nama mereka sering sahaja disebut dan dikenang setiap masa.
Mereka manusia yang menjadi suri teladan dan membawa peri kemanusiaan yang luar biasa.
Mereka itu adalah kekasih-kekasih Tuhan, orang-orang Tuhan yang membawa rahmat kepada manusia dan dunia.
Jasa-jasa mereka dikenang, sejarah hidup mereka dijadikan bahan cerita.
Padahal di waktu mereka hidup sering sahaja derita dan sengsara.
Diburu, dikejar oleh musuh-musuhnya.
Tidak seperti mereka yang terkenal dengan kemewahan dan serba selesa dan serba ada.
Mereka dilupa bahkan semakin lama semakin dilupa.
Begitulah perbezaan di antara orang Tuhan dengan orang dunia. 

Menjelang Zuhur 
28.06.2003
Selasa, 14 Jun 2022 | By: iKhwan89

SAJAK : PESAN BUAT RINDU

Ke hadapan rindu..
Moga ia tenang dengan Tuhan...
Sedalam mana rindu
Ia tidak dapat menyesakkan jiwa
Jika ia bersama Tuhan..

Seandainya rindu melepasi hati,
Pasti tersiksa jika tiada Tuhan..

Kenali dan cintailah Tuhan..
Kelak,rindu akan terarah dan tenang...

SYAFIE
DHUHA
8.02am
14 JUN 2022

Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com