Rabu, 21 Disember 2011 | By: iKhwan89

APA SEBENARNYA BERLAKU DI SYIRIA??


SERDANG – Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi, pembantu khas Dr Yusuf al-Qardhawi, telah diamanahkan Ketua Ikatan Ulama Islam Antarabangsa itu untuk memberitahu berita dan hal sebenar yang berlaku di Syria.

Beliau yang baru sahaja melawat Indonesia diminta oleh Dr Yusuf al-Qardhawi untuk ke Malaysia. Seperti mana revolusi yang sedang berlaku di Yaman dan Syria, beliau juga mengharapkan agar di Malaysia juga berlaku perubahan yang lebih baik khususnya dalam kalangan umat Islam.

Di Indonesia, Syeikh Khalid telah menerangkan berkenaan isu Syria di beberapa tempat, dan kemuncaknya, beliau bertemu dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono ditemani sahabat dari Partai Keadilan Sejahtera (PKS). Setelah menerangkan kisah sebenar, akhirnya Presiden Susilo telah bersetuju untuk menyokong revolusi rakyat Syria.

Menurut beliau, revolusi bermula di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti di Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria menentang pemerintahan kejam Basyar Al-Assad.

Tambahnya, golongan zalim tidak berhenti mengaburkan kebenaran, tapi mereka gagal, seperti kata Ali r.a. “Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara tetapi pemerintah yang benar kekal selamanya.”

Kata-kata Ali r.a. bertepatan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala di dalam surah al-Israk ayat 81:

“Dan katakanlah: ”Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”

Dr Khalid melihat kerajaan Syria pimpinan Basyar Al-Assad dan orang yang sepertinya sekarang berpolitik ala Firaun seperti mana yang dilakukan oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman, dan Libya. Mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat sendiri, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak.

Dan mereka ini tidak akan kekal seperti dalam surah ar-Ra’d ayat 17:

“Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.”
Beliau menceritakan latar belakang sejarah Syria, yang merdeka daripada penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya, Basyar Al-Assad yang kini memerintah selama 11 tahun.

Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator. Syeikh Khalid menceritakan tentang konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari, mengorbankan hampir 46,000 ribu penduduk Hama yang merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Komposisi rakyat Syria: 6% darinya adalah Syiah Alawiyah, 10% beragama Kristian dan 84% Muslim ASWJ. Iran mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan yang menyokong tindakan Hafez yang merupakan Syiah Alawiyah. Beliau seterusnya menyebut sifat-sifat Syiah yang begitu membenci ASWJ, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Sehingga hari ini Iran dan Hizbullah di Lubnan yang berfahaman Syiah masih menyokong rejim Basyar di Syria.

“Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita untuk membela darah pemuda, pemudi dan huffaz. Kita kena sokong revolusi di Syria, kena tunjukkan keberanian kita menentang rejim zalim ini.

“Mereka membenci ASWJ, dan Hizbullah di Lubnan juga menyokong mereka. Jadi kita perlu menyokong saudara kita di Syria. Sekiranya Hizbullah berani menyokong Basyar ini, kenapa kita tidak berani menyokong golongan yang mempelopori revolusi ini?” tegasnya.

Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang darinya mati dalam tahanan.

Dalam tempoh lapan bulan, telah berlaku revolusi siang dan malam, rakyat menghadapi senjata berat dan kereta kebal hingga rumah dan masjid dirobohkankan, wanita dibawa ke tempat yang tidak diketahui, malah ada wanita yang diperkosa di hadapan suami mereka sambil diikat.

Menurut Syeikh Khalid lagi, seorang remaja perempuan di Homs, bernama Zainab Al-Husni, 23 tahun, ditangkap dan ingin diperkosa tetapi beliau melawan. Akhirnya beliau dipotong empat dan dihantar kepada keluarganya. Ratusan kanak-kanak turut dibunuh hingga ada yang dipotong-potong.

Beliau menegaskan, ”Apakah kita perlu berdiam diri? Bagaimana kita harus bersabar di atas taghut yang kejam ini!“

Rejim Basyar juga telah memaksa kakitangan kerajaan untuk keluar berdemonstrasi menyokong kerajaan untuk mengaburkan fakta dan memberitahu dunia bahawa rakyat masih menyokong mereka. Kakitangan yang tidak menyokong kerajaan akan hilang pekerjaan mereka.
Katanya, pejuang yang terlibat dalam revolusi akan bersiap, berwuduk dan mandi dengan wangian kerana mereka bersedia untuk mati syahid. Beliau menganggarkan 95% rakyat Syria menentang rejim itu walaupun mereka ditakut-takutkan dan diugut sekiranya turun menyertai revolusi.

Jelasnya, ada maklumat yang silap difahami oleh bukan negara Arab yang menyangka kononnya rejim Basyar sedang menyerang Israel sedangkan mereka tidak pernah menyentuh Israel, tetapi mereka membunuh rakyat mereka sendiri. Malah kapal terbang Israel boleh berada di atas istana Presiden tanpa diambil sebarang tindakan.

“Selama 43 tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel tetapi regim Hafez Al-Assad dan ayahnya tidak pernah membunuh walau seorang pun Yahudi, tetapi mereka telah membunuh ribuan penduduk Hama yang terletak hanya enam kilometer dari Bukit Golan.”

“Maka di mana buktinya bahawa rejim yang kejam ini menunjukkan permusuhan ke atas Israel?” tanya beliau.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa terdapat perjanjian rahsia antara Syria dan Israel. Basyar merupakan al-Assad (singa) kepada rakyat mereka tetapi penakut dengan Israel.

Kekejaman rejim Basyar terserlah sehingga jika ada tentera rejim yang tidak mahu menembak ASWJ, mereka akan dipenjarakan dan dibunuh. Keadaan ini menyebabkan lebih 30,000 tentera Syria berpaling tadah meninggalkan rejim.

Beliau seterusnya menyatakan fatwa Rabitah Ulama Syria oleh Dr Ali As-Sobuni bahawa sekiranya tentera menyerang rumah penduduk, mereka hendaklah melawan walau dengan sebilah pisau, dan mereka dihukumkan syahid sekiranya terbunuh berdalilkan hadis berikut:

“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid ”(HR Abu Daud, An-Nasaie dan Tirmizi, disahihkan oleh Al-Albani dan Ahmad dengan sanad yang Sahih).
Sebanyak 18 negara Liga Arab telah bersetuju untuk mengenakan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria sehingga rejim Syria menghentikan kekejaman ke atas rakyatnya. Begitu juga, negara-negara Persidangan Negara-negara Islam (OIC) turut memulau Syria.

Revolusi di Syria bersangkut-paut dengan tiga sebab utama iaitu penindasan rakyat lebih 40 tahun, kebangkitan rakyat di negara-negara Arab lain dan kemuncaknya adalah insiden 20 remaja menconteng dinding dengan menulis “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Remaja-remaja itu ditangkap, diseksa, dicabut kuku, tangan dan kaki, hingga seorang daripadanya meninggal dunia.

Apabila ibu bapa kanak kanak itu datang untuk membebaskan anak-anak mereka dari penjara, ketua polis penjara mengatakan kepada mereka:

“Kamu balik sahajalah, lupakan anak anak-anak itu dan anggaplah mereka telah tiada…, jika kamu hendak anak-anak lagi berikan kami isteri-isteri kamu (agar kami rogol), hasil daripada itulah anak-anak kamu.”

Dari situlah bermulanya demonstrasi yang semakin hari bertambah momentumnya dari hanya ratusan ribu hingga pada hari ini 3 juta demonstran telah mengadakan tunjuk perasaan di 157 bandar seluruh Syria mendesak Basyar berundur. Syeikh Khalid turut menjelaskan tentang pendirian Dr Sa’id Ramadhan al-Buti dalam politik Syria. Menurutnya, Dr Sa’id adalah antara lima orang ulama yang menyokong rejim berbanding 95% ulama yang menentang. Beliau menyifatkan Dr Sa’id sebagai ulama yang ‘berilmu’ tetapi kurang tajam dalam perspektif politik.

“Tidak hairanlah para pemuda di sana membakar buku-buku karangan beliau. Ramai lagi ulama lain yang menulis buku sirah yang amilin. Jadikanlah ulama-ulama amilin sebagai rujukan,” katanya.

Akhirnya, beliau menyeru umat Islam membantu rakyat Syria, menyeru peranan mufakkir, duat, asatizah untuk mengetengahkan dan sentiasa prihatin tentang isu di Syria, menceritakan kepada masyarakat tentang kezaliman dan apa yang berlaku di Syria.

Beliau turut menyarankan kepada para wanita yang solehah, untuk menceritakan kekejaman yang berlaku kepada saudara perempuan mereka di Syria dan berdoa untuk mereka.

“Hendaklah kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan ikhlas, siang dan malam supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka.”

Sebagai penutup, beliau membaca amanat Dr Yusuf al-Qardhawi agar umat Islam menghulurkan bantuan berbentuk kewangan kepada saudara-saudara se-Islam di Syria dalam bentuk zakat dan sedekah untuk keluarga pejuang yang sedang dipenjarakan dan keseluruhan rakyat Syria, lebih-lebih lagi musim sejuk akan datang dan mereka sedang mengalami kekurangan bahan pemanas dan makanan kerana sekatan pemerintah.
Mudah-mudahan Allah mengurniakan pertolongan yang seluas-luasnya kepada umat Islam yang sedang dizalimi di Syria, menghancurkan taghut yang zalim dan menggantikannya dengan pemerintahan Islam di sana..

Isnin, 19 Disember 2011 | By: iKhwan89

SAJAK : NAFSU

Nafsu ÿang tidak δãpãt dikawal atau dibiarkan menurut kehendaknya
Ia adalah laksana anjing
Anjing itu tabiatnya tamak dan pengotor
Menyalak dan menggigit
Anjing itu karena tamaknya
Selalu saja bergaduh karena merebut makanan
Karena tabiatnya pengotor, selalu makan bangkai dan najis
Tabiatnya juga suka menyalak orang
Tidak kurang juga mengigit orang atau binatang
Begitulah nafsu ÿang tidak dãpãt dikawal itu
Merupakan tabiat macam anjing
Nafsu itu tamak dengan dunia dan harta bendanya
Karena tamak, dunia dan harta bendanya jãdï rebutan
Hingga membawa permusuhan dan perkelahian
Nafsu ÿang tidak dikawal, suka perkara ÿang haram
Perkara ÿang haram itu kotor
Suka menipu, suka berbohong
Suka mencuri dan rasuah
Suka arak, suka bergaul bebas, suka zina, suka merompak
Suka menyalak artinya suka bercakap ÿang menyakiti orang
Seperti menyindir, mengumpat dan memfitnah
Suka menuduh, menghina dan mencaci maki orang
Macam anjing ÿang menggigit
Sakit ђãtï dan jiwa orang dibuatnya
Begitulah jahatnya nafsu ÿang tidak terdidik
Macam anjing ÿang garang
 
~RSA~
Rabu, 16 November 2011 | By: iKhwan89
Nikmat besar untuk Umat Islam akhir zaman

Salam ceria. Moga semua sehat, kuat dengan Tuhan, berkhidmat sesama manusia. Teruji gak bila tau syarikat Umniah dah naikkan harga khidmat BBnya dari JD10 ke JD20. Campur cukai, katanya dalam JD25. JD1=RM4.30-RM4.50. Ertinya kena bayar antara RM107.50-RM112.50 untuk khidmat BB sebulan. Akhirnya amik khidmat Syarikat Orange yang ada tawaran free seminggu. Itulah Jordan, sewa rumah mahal, petrol mahal, teksi mahal, semua terasa mahal, sebab ‘currency’ tinggi. Tak tau kat France dan London macam mana?… Tapi untungnya negara Jordan aman. Masuk je Syria, dah le tak aman, langsung tak ada BB, lagi teruji. Rasa terputus dengan dunia luar. Yang ada YM, e mail dan FB. Semua kena gi CC. Malas betul…
Korang semua tentu kenal Ummu Anas, dia tentu sangat yakin dengan kemunculan Imam Al Mahdi tahun ini, bila Tuhan buktikan depan matanya permintaannya dikabulkan. Kata-katanya yang mendapat respon Tuhan ialah: ‘Ya Allah,kalau benarlah tahun ni tahun Al Mahdi zahir maka tolong naikkan semula suamiku jadi Menteri Awqaf, Jordan, maka doanya dimakbulkan Tuhan. Suaminya Dr Abdul Salam Ubbadi (Abu Anas) telah dilantik semula sebagai menteri Awqaf Jordan.
Kezahiran Imam Al Mahdi ialah satu nikmat besar. Sudah ratusan tahun umat Islam tiada pemimpin bertaraf orang Tuhan. Pemimpin adil yang di’backing’ oleh Allah dengan karamah, maunah, hatif, yaqazah dan lain-lain bantuan ghaib. Yang ada pemimpin-pemimpin Islam boneka tajaan yahudi samada bertopengkan Islam Syiah atau Islam Wahabi. Lebih lemah dari itu ialah pemimpin Islam baka yang kononnya dari kalangan Ahli Sunnah walhal tak tau menau langsung tentang aqidah, ‘la min qarib, wa la min ba’ied’. Dinaikkan oleh tangan-tangan ghaib yang memegang fail-fail skandalnya yang bermacam-macam.
Oleh kerana besarnya kedatangan Imam Al Mahdi maka ia telah disebut-sebut kezahirannya sejak zaman Rasulullah saw. Malah Al Mahdi mendapat gelaran Al Muntazar iaitu yang ditunggu, yang tak seorang pun selainnya dapat ‘title’ itu walaupun di kalangan para nabi. Di Syria ni kita boleh jumpa ramai yang menyebut-nyebut tentang kezahiran Al Mahdi dari pelajar-pelajar agama, syeikh-syeikh tarekat dan pengikut mereka malah  staf kedutaan Malaysia, peniaga-peniaga, buruh-buruh yang sebahagian mereka adalah pelanggan di mat’am Abuya di sini.
Antara kebesaran Al Mahdi ialah keadilannya. Telah terlalu lama dunia penuh dengan kezaliman. Kedatangannya menyebar luas keadilan yang sangat diperlukan manusia. Kebesarannya juga berlaku kemakmuran yang luar biasa. Harta, buah-buahan, ternakan melimpah ruah. Semua manusia hidup aman damai berkasih sayang. Lihatlah besarnya nikmat kedatangan Al Mahdi!
Bila besar nikmat yang akan kita terima, atas kasih sayang Tuhan, agar kekal rasa kehambaan dan tak sombong atau menzalimi orang maka diimbangi dengan ujian. Besar periuk, besarlah keraknya. Besar nikmat, besarlah ujian. Jadi, korang jangan terkejut nama Bonda Ummu di sebut di Parlimen. Kalau tak besar ancaman jemaah ini, mana mungkin disebut di Parlimen, diancam dengan tangkapan atau hentikan aktiviti. Siapa yang terancam sebenarnya?!
Add caption

Ada yang kata kecik je bisnes depa ni, apa nak heran?! Niaga pun berhutang. Sewa rumah tak bayar. Sana sini perabih duit anak buah je. Beli aircond dan kereta jual nama Rasulullah saw (dah tak mampu sangat, terpaksa jual nama Rasul) dan lain-lain tuduhan dari orang yang kecewa. Jaiyid, kalau kecik kenapa ada yang rasa terancam?! Kalau bukan RSA di belakang semua aktiviti (termasuklah beli aircond, kereta dll) takkan ada pihak yang minta ia dihentikan!? Ke ko yang tak pandai menilai sebab otak kecik sangat. Pegi sambung belajarlah. Tapi kalau belajar tanpa mursyid, sampai bila pun tak dapat.
Ko percaya ke, pihak berkuasa bertindak demi menjaga aqidah?! Aqidah kumpulan lain semua ok ke?! Aqidah UMNO, ABIM, PAS, JIM, Tabligh, JAKIM, kumpulan-kumpulan silat dan lain-lain. Cuba korang tanya salah seorang mereka, apa dalil aqli dan naqli Allah bersifat ‘qudrah’ dengan perbahasan secara ijmali. Tengok berapa ribu jenis jawapan yang akan keluar. Macam mana dengan aqidah kumpulan yang dah di fatwakan sesat seperti Syiah dan Ayah Pin? Berkesan ke tindakan terhadap mereka?
Patutnya pemimpin politik belajar dengan apa yang telah berlaku sebelum ini. Hancurkan Arqam, terjadi apa yang Abuya katakan, Anwar jatuh, ekonomi jatuh, Tun Mahathir pun jatuh. Muncul Rufaqa’ yang lebih gagah walaupun tanpa seragam jubah serban. Haramkan Rufaqa’, muncul GISB, yang lebih berwibawa. Perginya Abuya, GISB semakin kuat bertapak di luar negara khasnya di Makkah Al Mukarramah. Lebih bergema suaranya dengan KTS, SSI dan TVRSA. ‘If you can’t beat them, joint them!’
Tapi kalau mereka tetap ingin bertindak terhadap pejuang kebenaran, maka marilah kita memohon pada Allah yang berkuasa terhadap semua penguasa: ‘Ya Allah, segerakan kemenangan kepada pembela agama! Jangan biarkan agamaMu dihina-hina. Belalah Islam dari tangan penguasa yang zalim. Datangkan segera Pembela Agamamu, Al Mahdi yang ditunggu-tunggu. Ampunkan dosa-dosa kami, angkatkan hijab-hijab, datangkan bantuan dariMu. Kasihanilah kami berkat kekasihMu Rasulullah, Saidi dan Abuya. Amin… Ya Rabbal ‘alamin…’
Rumah Syabab Ikhwan, Damascus.
9.50am Nov 13, 2011
Anjangmuor.wordpress.com

Datangmu ditunggu-tunggu....
Rabu, 9 November 2011 | By: iKhwan89

POWER KAABAH


Ka’bah, Rumah Allah berwarna hitam. Tiada tangga, bangunan mendekati bentuk kubus dan pintunya satu, tanpa jendela. Atapnya rata saja. Rumah paling tua, tidak rusak-rusak terus utuh di tengah-tengah dataran Masjidil Haram. Kecil saja Rumah Allah ini dibandingkan dengan bukit-bukit yang mengelilinginya. Juga kecil jika dibandingkan dengan ukuran bangunan-bangunan sekitar yang bagaikan pencakar langit gayanya.

Rumah Allah pernah dilanda banjir dan rusak. Hujan lebat menyebabkan air dari bukit-bukit terjun ke lembah yang suci itu, maka terjadilah banjir. Namun hingga ke hari ini ia tetap disitu, keadaannya terus begitu dan terus meneruslah sibuknya menerima tetamu Allah di setiap waktu.

Allah ketika memerintahkan rumahNya ini dibangunkan, memilih para malaikat dan Nabi-nabi (Rasul-rasul) untuk melakukan pembangunan. Bahan-bahan bangunannya juga ada yang dibawa dari syurga dan juga batu-batu yang diambil dari Bukit Qubais di sebelahnya. Dari tangan ke tangan Ka’bah ini dipelihara Allah. Ia melalui zaman ke zaman dan mampu bertahan hingga kini. Ada saja musuh-musuh Allah yang ingin menghancurkan Rumah Ajaib ini, namun semuanya gagal. Maka sampai ke hari ini ia terus berperanan dan bertahan.

Baitullahi Haram, sesungguhnya adalah sebuah ciptaan Allah yang Maha Ajaib. Yakni sebongkah batu hitam besar yang dilekatkan padanya sebongkah batu hitam kecil (Hajarul Aswad). Batu kecil itu betul-betul terletak di sudut sebelah pintu Ka’bah. Di bagian dinding Ka’bah yang berdepan dengan Makam Ibrahim (tapak kaki Nabi Ibrahim AS).

Di dinding sebelah kanannya, di bagian atap, terjulur keluar talang air berwarna emas, untuk menyalurkan air dari atap Ka’bah yang rata itu jika ada hujan dan lain-lain. Di sebelah Ka’bah dimana terdapat talang Emas ini, di bawahnya terletak Hijir Ismail (Benteng Ismail).

Selain sudut Hajarul Aswad dan Hijir Ismail ada juga sudut Sham (Rukun Sham), dua sudut Ka’bah lagi dinamakan sudut Iraqi (Rukun Iraqi) yang menghadap ke Iraq dan sudut Yamani (Rukun Yamani) yang menghadap ke Yaman. Sungguh Luas jangkauan Rumah Hitam ini.

Demikianlah struktur sederhana dari Rumah Paling Agung dari seluruh rumah-rumah di muka bumi ini. Apakah arti pada setiap sudutnya, pada Makam Ibrahim, Hijir Ismail, Hajarul Aswad, Talang air Emas, Pintu Ka’bah dan kelambunya?

Allah SWT menghadapkan rumahNya ke Iraq, Sham dan Yaman sedangkan Ka’bah berada di Arab Saudi. Di sudut Hajarul Aswad arahnya ke Syurga karena batu kecil itu asalnya dari Syurga.

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail serta Siti Hajar adalah nama-nama besar yang Allah muliakan bersama kemulian Rumahnya itu. Karena Telaga Zam-zam di depan Ka’bah yang telah ditutup itu (karena disalurkan ke tempat lain), tetaplah Allah pertahankan namanya dan kewujudan Siti Hajar yang terlibat langsung mengusahakannya. Semua tetamu Allah dihidangkan air Allah ini, sampai hari ini tidak kering-kering.

Pintu Rumah Allah jarang sekali dibuka bagi tetamuNya. Pendek kata para tetamu hanya dilayan di luar rumah saja. Kalau ingin masuk pun manalah mungkin muat. Rumah itu kecil saja dibandingkan banyaknya tetamu yang datang.

Kalau begitu, untuk apakah ruangan sempit didalam Ka’bah itu disediakan oleh Allah? Kata Abuya Putra Bani Tamim, Allah mengundang kita ke rumahNya untuk menuju Allah. Untuk ‘berjumpa’ Allah. Untuk ‘mendapatkan’ Allah. Yakni akan membuat seseorang hamba senantiasa dengan Allah, cinta, rindu dan takut pada Allah.

Rumah Allah itu dapat dilihat, dapat digenggam. Tapi Tuan Rumahnya Ghaib, tidak dapat dilihat, tidak dapat disentuh, digenggam. Rumahnya lahiriah, Tuannya maknawiyah. Rumah hanyalah wasilah sedangkan matlamatnya ialah Allah. Ka’bah itu bukan Allah, hanya ‘Rumah Allah’. Sebagai cara untuk Allah memudahkan hamba-hamba untuk datang padaNya. Datanglah ke rumahNya. Di rumahNya itu, kita akan dapat Allah. Bagaimana?

Rasulullah SAW ketika Mi’raj, kenderaannya ialah Buraq. Buraq itu adalah jasad dan roh karena Rasulullah SAW diangkat dengan jasad dan roh. Rohnyalah yang membawa jasad bukannya jasad membawa roh.

Alat yang Allah gunakan untuk mengangkut roh kita menuju Allah ada didalam Ka’bah. Sesiapa yang rohnya Allah terima masuk ke Ka’bah, disambut oleh alat ini dan kemudian roh itu di tawafkan ke langit pertama hingga ke tujuh dan terus ke Sidratul Muntaha di tempat dimana Nabi Muhammad SAW melihat Allah. Tempat yang cahaya Jibril pun tidak cukup kuat untuk sampai ke situ.

Namun Nur Muhammad mampu melakukannya. Power Cahaya Nabi kita itu telah terbukti mampu melahirkan orang yang telah mengingati Allah, cinta dan takut yang amat sangat! Setiap nafasnya adalah penuh kerinduan kepada Allah. Tokoh Agung bagi zaman kita ini adalah hasil didikan Nabi Muhammad SAW, selaku Nabi Akhir Zaman walaupun sudah wafat. Kedua-dua tokoh diciptakan untuk mendapat roh yang sangat kuat. Hingga mampu ghaib dengan roh dan jasadnya juga. Kedua-dua murid ini ialah Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim. Hanya kemampuan mereka tidaklah sehebat gurunya.

Rasulullah saw mampu ghaib tujuh jam dengan fisik dan roh secara serentak, kemudian datang kembali ke bumi. Setelah berulang alik diantara langit ke empat dengan Sidratul Muntaha berjumpa Allah dengan roh dan fisik untuk minta dikurangkan waktu sholat. Juga sempat mengalami 1001 jenis pengalaman dalam perjalanan ghaib Isra’ dan Mi’raj yakni roh membawa fisik, bukannya fisik membawa roh.

Artinya alat itu ialah cahaya Nur Muhammad yang karenanya alam diciptakan, anak kunci bagi semua kejayaan. Cahaya itu adalah sumber segala cahaya. Hati manusia yang setiap saat bersama Allah. Abuya Putra Bani Tamim adalah Sohibuzzaman, mewakili Nabi Muhammad SAW mengangkat roh-roh yang datang ke Ka’bah untuk dibawa kepada Allah di Sidratul Muntaha.

Posisi Sidratul Muntaha adalah di alam Ghaib, di atas Baitul Makmur yang terletak di langit ke tujuh, tempat Malaikat bertawaf kepada Allah. Letaknya betul-betul bertepatan dengan kedudukan Ka’bah di bumi yaitu di pusat bumi.

Roh-roh pun ‘bertemu’ Allah, ‘melihat’ Allah dan jatuh cinta, rindu dan takutkan Allah. Roh itu tidak dapat lagi melupakan Allah. Roh itu roh yang sudah suci dari nafsu mazmumah, dari belenggu syaitan, Yahudi, Nasrani dan dunia yang menipu ini. Kembali dari Mekah, manusia yang sudah berubah jadi orang roh itu tadi jadi berbeda dari sebelumnya. Tingkah laku Yahudinya sudah tiada lagi.

Begitulah kehebatan Power Ka’bah (atau Ka’bah Rohaniah). Power ini dapat dirasai oleh tapak tangan kita pada Ka’bah lahiriah itu sendiri. Yaitu ketika kita melambai (istilam) di dua sudut sambil berkata ‘Bismillahi Allahu Akhbar’, tapak tangan kita akan terus menerima power. Power yang sama dengan apa yang kita rasa ketika mengambil power dari Abuya. Siapa yang dapat power Ka’bah artinya Ka’bah menerimanya. Ka’bah Rohaniah akan mengambil rohnya untuk dibawa kepada Allah SWT.

Hajarul Aswad itulah sebenarnya tempat keluar power itu. Symbol Nur Muhammad yang cahayanya mampu menembusi kegelapan hati. Hati jadi bercahaya kembali bilamana kegelapan hati disucikan oleh cahaya Muhammad. Hitamlah sudah batu kecil dari Syurga itu oleh dosa-dosa. Padahal, ia sebenarnya cahaya yang terang benderang. Mata biasa tidak mampu melihatnya.

Wahai Ka’bah lahiriah dan Ka’bah Rohaniah,

Wahai Tuan punya Ka’bah Lahir dan Ka’bah Rohaniah,
Hamba Mu kini datang ke pangkuan Mu,
Minta untuk diambil hatiku,
Hati yang telah aku kosongkan dari dunia dan segalanya,
Karena ia hanyalah untuk Mu Wahai Allah,

Wahai Hajarul Aswad,
Inginnya hati mengucupmu, tapi apakan daya
Kau tolong kucuplah rohku dengan cahaya mu,
Dan antarkan aku kepada Allah
Agar roh dapat bertemu tuannya,
Agar Tuhan tidak dapat lagi ku lupakan,
Biar Yahudi tidak ku ikuti lagi tingkah lakunya,
Agar dunia yang menipu tidak kucintai lagi,
Agar nafsu syaitan ku Islamlah juga akhirnya,
Wahai Ka’bah aminkanlah doaku ini.

Begitulah pembahasan tentang suatu ilmu yang Allah rezekikan kepada Umat Islam akhir zaman oleh Abuya Putra Bani Tamim melalui Ummu Jah. Yaitu Power Ka’bah yang merupakan roh Al Quran kecil (Zikir Agung Aurad Muhammadiyah) yang sama dengan Roh Al Quran besar. Allah kuatkan Nabi akhir zaman (yang berkediaman di dalam Ka’bah) dengan power ini untuk melakukan kebangkitan Islam kali kedua bersama Imam Mahdi dan Putra Bani Tamim. Mengulangi kebangkitan pertama juga oleh Baginda Rasul bersama empat tokoh utama yaitu Khulafah Ar Rasyidin.

Jumaat, 4 November 2011 | By: iKhwan89

SEKSUALITI MERDEKA 2011 : BALA TUHAN AKIBAT MENENTANG ORANG TUHAN

KOTA KINABALU 2 Nov. - Penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam hingga 13 November depan bukan sahaja dikecam hebat oleh umat Islam, tetapi agama lain termasuk Kristian.

Tokoh Kristian Sabah, Webley Disim berkata, ia satu kerja gila dan jelas bertentangan dengan kepercayaan semua agama di seluruh dunia yang tidak menghalalkan hubungan sejenis.

Katanya, pendekatan yang cuba dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu perlu ditentang sekeras-kerasnya supaya ia tidak merosakkan akhlak semua lapisan masyarakat, terutama golongan belia yang mudah terpengaruh.

Menurut beliau, setiap agama mempunyai kitab suci masing-masing yang memerintahkan untuk berlaku baik dan tidak membenarkan mereka melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dan masyarakat.

“Amat jelas, menghalalkan perkara yang tidak dibenarkan oleh agama seperti hubungan sejenis adalah satu perkara biadab dan ia jelas sekali bertentangan dengan norma kehidupan.

“Saya menentang keras tindakan terkutuk itu dengan menganjurkan program yang jelas terpesong dan merosakkan akhlak setiap penganut yang mempercayai kitab ajaran agama masing-masing. Ini sangat melampau,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu cuba mempromosikan program Seksualiti Merdeka 2011 yang 1 hingga 13 November depan.

Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu ialah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan beberapa aktiviti diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Mengulas lanjut, Disim berkata, sekiranya sesuatu program yang dianjurkan bertentangan dengan ajaran di dalam kitab suci, maka ia perlu ditolak dan diketepikan demi memastikan ia tidak mengkucar-kacirkan kehidupan.

Selain itu, katanya, penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 jelas mengaibkan bangsa Malaysia yang terkenal dengan tatasusila dan kesopanan dalam kehidupan seharian.

“Ia benar-benar memalukan saya sendiri sebagai bangsa Malaysia yang menitik beratkan nilai dan etika kehidupan normal. Sekali lagi saya tegaskan, saya menentang keras program seumpama itu.

“Malah saya berharap kerajaan membendung gejala tidak sihat ini dengan kadar segera dan dapat mengambil tindakan tegas kepada pihak yang cuba menganjurkan program seumpama itu,” katanya





--------->begitulah...saat Allah utuskan orangNya dengan kaedah-kaedah yang selari dengan Tuhan tetapi ditolak dan dituduh dengan bermacam-macam..dan akhirnya...Allah pun seolah-olah berkata "Engkau semua tidak pedulikan orang-orang Ku,Engkau sesat-sesatkan mereka,Nah!...engkau semua terimalah akibat dari perbuatan tangan-tangan mu itu..engkau tanggunglah akibat dari perbuatan mu ini..."

Maka Tuhan pun gerakkanlah musuh2 islam supaya melakukan itu dan ini.... Tuhan...aku tahu aku pun bersalah,kerana tidak bersungguh-sungguh dengan Mu dan tidak bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Abuya 100%...maafkan aku Tuhan...

Nafsu ku terlalu kuat..tidak tertanggung derita hati ini untuk melawan....sering kali aku tewas...bantu aku Tuhan..bantu aku wahai rasulullah,bantu aku wahai saiyidi,bantu aku wahai Abuya pemuda bani tamim.......tolonglah kalahkan nafsu ku...ampun kan aku Tuhan...



Khamis, 3 November 2011 | By: iKhwan89

SAJAK : PASANG NIAT DALAM SETIAP KERJA

Kalau engkau keluar rumah tidak memasang apa-apa niat

Rugi sekali

Kalau engkau membuat sebarang kerja tidak ada niat apa-apa

Engkau membuang waktu

Jika engkau membaca tidak ada apa-apa matlamat atau tujuan hanya sekadar ingin ilmu

Termasuk menyia-nyiakan umur engkau

Sekali-sekala engkau rehat-rehat tidak mempunyai niat

Terbuang saja waktu engkau

Engkau makan, minum, berpakaian hanya terjadi begitu saja

Engkau telah merugikan kebiasaan

Engkau bersenang-senang dengan anak istri tidak ada tujuan apa-apa

Waktu engkau percuma saja

Sekalipun apa yang engkau buat, usaha, makan dan minum belum termasuk kawasan dosa

Tapi engkau telah menyia-nyiakan itu semua

Kalau engkau pasang niat dihubungkaitkan dengan Tuhan, bukankah ia jadi ibadah

Berapa banyak ibadah-ibadah tambahan yang engkau perolehi

Jika di dalam satu perkara itu memasang niat yang banyak, lebih-lebih lagi bertambah banyak pahala engkau

Hanya yang engkau pasang niat ibadah-ibadah asas

Selain itu engkau membuatnya bersahaja tanpa apa-apa matlamat&tujuan

Kalau begitu apa matlamat hidup engkau sebenarnya?

Mengapa matlamat hidup engkau, engkau bataskan

Sedangkan apa yang engkau buat terlibat dengan waktu

Padahal sebahagian kecil amalan engkau yang mempunyai niat

Arrtinya berapa banyak masa engkau yang terbuang begitu saja

Di sinilah nanti engkau akan menyesal tidak sudah-sudah di Akhirat kelak

Itu kalau masa yang terbuang itu tidak di dalam lingkungan dosa

Jika sudah termasuk kawasan dosa lebih-lebih lagilah engkau akan menyesal dan menderita

Kerana itulah apa saja yang hendak kita buat biar ada matlamat

Kerana kita datang ke dunia ini dengan tujuan beribadah kepada Allah Taala

Kalau begitu biarlah seluruh hidup kita menepati ibada


RSA

Selasa, 18 Oktober 2011 | By: iKhwan89

KUASA TUHAN

Salam ceria. Apa khabar semua? Yang di Damascus sehat-sehat ke semuanya? Toriq dan Khunais, hantar power banyak-banyak, moga urusan visa ke Tanah Suci dimudahkan. Mujahid, Rifaah, Hazim, Nizam .... Macamana mataam? Ok ke? Khubaib dan Rafiq, banyak-banyaklah belajar semua perkara. Moga Us Hafiz dan kita semua sabar dengan tugas-tugas perjuangan sebagai tebus dosa kita yang lalu. Ramai remaja yang terkorban di liku-liku perjuangan kerana tidak seriusnya kita bergantung dengan Tuhan dalam menjaga mereka. Semua yang berlaku adalah proses untuk meningkatkan dan mematangkan roh kita. Roh yang celik akan memandang sesuatu mengikut pandangan roh. Bukan akal, apalagi nafsu.

Roh melihat, Rasulullah saw sedang menguasai dunia. Dunia di tangan baginda. Seluruh yang berlaku melihatkan kuasa Tuhan. Banjir besar di Thailand, kebakaran di Singapura, AS dan Denmark. Tanpa pandangan roh, manusia bertindak hanya berpandukan akal dan nafsu. Itulah yang terjadi bila GISB memperjuangkan SSI, akhbar di Malaysia, malah penguasa Agama pun menentang tanpa menyelidik. Sedangkan yahudi sangat tahu. Atau apakah pihak berkuasa agama sudah mengikut telunjuk yahudi, khasnya setelah menghadap vatican baru-baru ini. Sedangkan yahudi telah lama merosakkan keturunan umat manusia dengan budaya lucah dan penzinaan yang terancang. Abuya kata semua bangsa buat maksiat seperti terlibat dengan zina tetapi yahudi sangat jahat kerana mereka rancang, susun, sistemkan maksiat itu dengan sistematik. Alhasil, berlambakan anak-anak zina di tengah masyarakat. Terlalu ramai, dari pemimpin negara hingga pengasas sistem komputer menjadi idola di dunia adalah anak zina. Lebih-lebih lagi di Malaysia, negara yang dijanjikan. Sangat menjadi target yahudi. Hari-hari bayi dibuang di merata tempat. Terkini mereka merancang mengadakan pameran sex haram secara besar-besaran untuk melawan perang KTS terhadap seks bebas di seluruh dunia. Tapi KTS bukan perang kosong. Dengan backup semua ahli satu dunia melalui pencak melawan nafsu dan yahudi. Percayalah, kebakaran di Denmark adalah hasil campur tangan serangan secara rohani. Percaya Jangan tak caya pulak.

Korang percaya di saat orang lain tak percaya, itulah yang paling mahal. Tak nampak, tapi percaya. Dah nampak baru nak percaya, itu budak tadika. Ko bawa dia ke zoo, tunjukkan, ini bangau, itu harimau, ini zebra, itu unta. Apa faedah percaya selepas tengok dengan mata? Dah terlambat? Saiyidina Abu Bakar digelar As Siddiq kerana membenarkan kerasulan Nabi Muhammad saw di masa semua orang mendustakan baginda. Majoriti kaum Nabi Noh as, mendustakannya, mengejek-ngejek baginda dan pengikutnya yang membina kapal di atas bukit. Dah bah besar baru nak caya. Too late!! Jadi korang Jangan risau orang ejek ke? Orang mengata ke.. Tunggu nanti Tuhan bertindak.

Allah kalau bertindak luar biasa. Allah tunjuk kuasaNya. Kadang-kadang nampak kecil tapi dengannya kalah musuh-musuh Allah. Tuhan kalahkan namrud dengan seekor nyamuk je. Walhal dia bakar Nabi
Ibrahim dengan api yang membukit. Tuhan hancurkan Abrahah dan tenteranya dengan batu-batu kecil. Ya, nampak kecil tapi musuh kalah. Tunggulah. Mereka boleh hentam SSI sesuka hati. Tuhan ada cara menjawabnya. Mungkin melalui akhbar yang nampak kecil tapi cukup untuk membungkamkan mak-mak menteri, kelukan lidah pak-Pak menteri. Seperti paper Buletin Rakyat. Ok ... Jumpa lagi.

Bilik rumah Nur El Amin, BCH.
8.00am, Okt 18, 2011
Anjangmuor@Wordpress.com
Isnin, 17 Oktober 2011 | By: iKhwan89

KEHENINGAN MALAM...

bismillahi allahu akbar...ya allah..malam dah larut..namun hati ini tidak mampu larut dengan kepekatan malam...terkenang saat aku lalai,aku leka...semuanya menyesakkan hati ku..RSATK untuk membaiki diri..
Published with Blogger-droid v1.7.4
Jumaat, 7 Oktober 2011 | By: iKhwan89

RSA : TUJUAN PERKAHWINAN MENURUT ISLAM

Allah Taala telah mentakdirkan bahawa lelaki ada nafsu kepada perempuan. Perempuan juga ada nafsu dengan lelaki. Hakikat ini tidak boleh ditolak. Kita tidak boleh lari daripada tuntutan semula jadi itu. Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan maka tujuan kita berkahwin agar jangan sampai kita melakukan zina yang terkutuk. Mestilah kita berkahwin agar ia tersalur secara yang halal yang memang dibenarkan oleh Allah Taala yang Maha Pengasih.
Daripada perhubungan kelamin suami isteri itu, ia sebagai sebab pertemuan benih kedua jenis manusia yang akan melahirkan zuriat, anak-anak, cucu-cucu yang ingin sangat kita jaga, asuh, didik, diberi iman dan ilmu, agar menjadi hamba-hamba Allah yang berakhlak dan bertaqwa. Yang akan menyambung perjuangan Islam kita agar perjuangan Islam kita bersambung selepas kita mati. Memang setiap umat Islam yang belum rosak jiwanya sangat menginginkan generasi.
Kalau begitu tujuan kita berkahwin, kita inginkan anak yang akan kita didik menjadi seorang Islam yang sejati dan anak itu adalah merupakan aset kepada kita. Anak itu sendiri pula boleh menjadi harta dan tenaga kepada Islam.
Dengan perkahwinan itu, jika tujuan kita mendapat anak berjaya, dan berjaya pula dididik dengan Islam dan menjadi seorang muslim yang berguna, kemudian dia akan melahirkan cucu yang juga berjaya dididik secara Islam dengan sebaik-baiknya, berapa banyak pahala yang kita dapat sambung-menyambung. Itu adalah merupakan aset simpanan kita di Akhirat kelak
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Apabila meninggalnya anak Adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat. (Riwayat Muslim)


Alangkah indahnya kalau Islam yang maha indah itu dapat menjadi budaya hidup sebagaimana yang pernah mengisi ruangan dunia ini di masa yang silam, selama tiga kurun dari sejak Rasulullah SAW. Sekarang keadaan itu tinggal nostalgia sahaja. Yang tinggal pada hari ini hanya akidah dan ibadah. Itu pun tidak semua umat Islam berbuat. Kita ingin sangat keindahan Islam itu dapat diwujudkan. Di dalam suasana keluarga pun jadilah, kerana hari ini, hendak buat lebih dari itu memang amat sulit sekali. Lantaran itulah perkahwinan itu amat perlu sekali kerana hendak melahirkan masyarakat Islam kecil. Moga-moga dari situ akan tercetus masyarakat Islam yang lebih besar.
Seorang muslim bukan sahaja diperintah untuk mencari keredhaan Allah Taala tetapi diperintah juga untuk menghiburkan hati kekasih Allah Taala iaitu Rasulullah SAW, yang mana Rasulullah SAW sangat berbangga dengan ramainya pengikut atau umatnya di Akhirat kelak. Maka sebab itulah Rasulullah SAW menyuruh umatnya berkahwin.
Maksudnya: Bernikahlah kamu supaya kamu berketurunan dan supaya kamu menjadi ramai, kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan umatku yang ramai di hari Kiamat. (Riwayat Al Baihaqi)


Setiap umat Islam hendaknya apa yang menjadi kesukaan
Rasul-Nya itulah juga kesukaan mereka.
Kalaulah Rasulullah SAW berbangga dan bergembira dengan ramainya umat, maka kita sepatutnya juga berbangga dengan ramainya umat Islam di dunia ini. Maka untuk memperbanyakkannya, lantaran itulah kita berkahwin. Jadi kita berkahwin itu ada bermotifkan untuk meramaikan umat Islam. Ada cita-cita Islam sejagat. Kita berkahwin itu ada cita-cita besar, bukan sekadar setakat hendak melepaskan nafsu seks seperti cita-cita kebanyakan manusia.
Berkahwin itu jangan sampai putus zuriat kerana kita berbangga dapat menyambung zuriat yang menerima Islam sebagai agamanya dan dengan keturunan itulah orang kenal siapa asal-usul kita atau mereka.
Tujuan-tujuan lain sebagai maksud tambahan daripada perkahwinan bahawa setiap lelaki dan perempuan yang menjadi pasangan suami isteri hendaklah meniatkan satu sama lain hendak memberi hiburan kepada seorang hamba Allah Taala yang inginkan hiburan, kerana niat menghiburkan orang mukmin itu mendapat pahala.
Begitulah sebahagian daripada tujuan-tujuan dan maksud-maksud daripada perkahwinan di dalam Islam. Ia mempunyai cita-cita yang murni. Melahirkan cita-cita Islam, ingin mewujudkan satu rangkaian dan elemen-elemen amalan serta suasana Islam. Kalau ia dapat digabungkan dengan rangkaian-rangkaian dan elemen-elemen golongan yang mempunyai cita-cita dan tujuan yang sama seperti yang Islam kehendaki, lama-kelamaan ia akan menjadi satu masyarakat Islam yang lebih besar lagi, yang syiarnya akan dapat dilihat di mana-mana sahaja di muka bumi Tuhan ini. Dunia ini akan menjadi amat meriah, ceria, gembira dan bahagia. Barulah boleh kita meyakinkan orang lain kerana keindahan Islam itu begitu terserlah
Isnin, 3 Oktober 2011 | By: iKhwan89

KERINDUAN ANAK KECIL BERTEMU RASULULLAH

Kerinduan Anak Kecil Bertemu Rasulullah




Peluh bercucuran di dahi kecil kedua dua anak yang sedang berkerja ini.Mereka adalah adik beradik. Mereka sedang bekerja menimba air ditengah terik matahari yang panas menyengat, semenjak ayahnya meninggal seminggu yang lalu, mereka rela membanting tulang bekerja kepada seorang Yahudi yang kaya raya tapi kikir dan kejam, demi membantu ibunya. Mereka terlahir ditengah-tengah kondisi keluarga yang amat miskin. Keduanya berwajah tampan dengan rambutnya yang ikal. Sang adik kondisi tubuhnya lebih lemah dan sakit-sakitan. Wajahnya yang cengkung tampak memerah oleh panasnya udara padang pasir di siang dibawah panas terik.

Ubaid sang kakak berhenti menimba dan berkata pada adiknya, ”Zaid, beristirahatlah sejenak, biar aku yang melakukan sendiri.”

Zaid tersenyum di antara wajahnya yang lelah. Dia menggelengkan kepala. ” Tidak. nanti Tuan kita marah-marah lagi seperti kemarin.”

Ubaid berusaha memujuk adiknya, ”Tuan kita sedang pergi pasar. Lagipun kamu kan sudah berkerja keras dari pagi tadi.Beristirahatlah, pekerjaan ini sebentar lagi selesai.”

Akhirnya Zaid mau beristirahat. Dia berteduh dibawah sebatang pohon kurma. Tubuhnya memang selalu sakit-sakit sejak ia lahir. Untung Ubaid adalah kakak yang baik dan sayang kepadanya. Angin berhembus pelan dan Zaid yang kelelahan itu pun tertidur tanpa terasa.

Tiba-tiba datanglah seorang lelaki gemuk menaiki keldai yang kuat. Namanya Raban, dia seorang Yahudi yang kaya raya. Dialah tuan kepada Ubaid dan Zaid. Sifatnya kikir dan jahat, begitu melihat Zaid sedang tertidur, ia langsung naik angin. Dibentaknya ke telinga Zaid kuat-kuat. ” Jadi selama ni kerja kau hanya bermalas-malasan dan tidur saja seharian, hari ini kamu tidak akan dapat upah !”

Zaid kesakitan kerana dipukul bertalu-talu.Oleh kerana tidak sanggup melihat adiknya diperlakukan sebegitu, Ubaid segera berlari mendekati Zaid. ”Jangan sakiti adikku Tuan Raban yang baik,” katanya menghiba

”Dia pemalas, dan memang sepatutnya aku pukul, kalau begini terus boleh gulung tikar aku dibuatnya !” herdik si Raban.

”Kalau Tuan mau memukul, pukullah saya sebagai gantinya.” jawab Ubaid. Tiba-tiba melayanglah tamparan keras di pipi Ubaid. Kemudian Raban mengeluarkan uang dan melemparkan ke tanah. ”Nah kau pemalas !” Mereka memungut uang tersebut dan bergegas pulang.

Zaid terisak-isak. Ia sangat menyesal karena sampai tertidur. Ia kasihan melihat Ubaid, tapi ia lebih menyesal lagi, karena uang yang dibawanya pulang untuk ibunya sangat sedikit. Ah.. andai Ayah mereka belum meninggal, kehidupan mereka tidak akan sesulit ini. Namun mereka masih merasa bangga, kerana mereka mempunyai ibu yang sangat bijaksana. Betapapun sedih hatinya melihat nasib anak-anaknya, ia selalu tersenyum dan selalu membuat mereka bahagia, dan tidak bosan-bosannya senantiasa mengingatkan mereka bahwa sesungguhnya Allah selalu bersama orang-orang yang sabar.

Setiap malam tiba mereka merasakan suatu kesepian yang panjang, mereka merasa malam-malam berikutnya pastilah akan berlalu seperti ini terus.

Namun ternyata Allah tidak berlama-lama membiarkan mereka dalam kesedihan. Kerana pada suatu malam datanglah tamu yang ternyata Paman Atib, adik kandung ibu mereka. Paman Atib itu seorang pemuda yangg gagah dan terpelajar. Dia singgah untuk menjenguk kakak dan anak-anak saudaranya.

Kedatangan pamannya membawa kebahgiaan tersendiri, persis seperti cahaya bulan yang masuk dari celah-celah jendela ke rumah mereka. Selama beberapa hari mereka tidak perlu bekerja terlalu berat, karena Paman Atib bekerja membantu untuk memenuhi keperluan mereka hari-hari.

Yang membahagiakan mereka berdua adalah dikala setelah selesai solat Isya kerana Paman Atib selalu bercerita tentang Rasulullah. Paman Atib memang pernah mengunjungi Madinah dan beberapa kali bertemu Nabi Muhammad Saw. Ubaid dan Zaid sangat bahagia sekali jika Pamannya bercerita mengenai Rasulullah.

Saat larut malam ketika semua mahluk terlelap, Zaid kecil terbangun. Sayup-sayup terdengar suara Paman Atib sedang melaksanakan solat tahajud. Perlahan Zaidpun bangkit dan pergi ke sumur. Dibasuhnya tubuh yang kurus dengan air wudlu. ”Subhanallah,” ucapnya sambil mengagumi langit malam yang gemerlap. Teringat ia akan syair musafir yang pernah lewat hendak menuju Madinah, yang didendangkan dengan penuh rasa cinta.

Yaa... Muhammad...
Ini aku musafir yang dalam kesusahan ...
Berjalan jauh harungi batu-batu tandus.
Tertatih-tatih menuju tempatmu berdo’a.

Lihatlah kakiku melepuh.
Rasanya sakit, Yaa...Muhammad...
Kau lihat bajuku koyak dan keringatku kering.
Betapa aku menderita, Ya... Muhammad...

Kuketuk pintu rumahmu dengan rasa malu
Kutakut aku terlalu hina untukmu
Bukalah pintumu untukku Yaa.. Muhammad...
Engkaulah sahabat dan Ayah orang-orang yang menderita.

Bukakan pintu dan kutatap wajahmu, sambil melepas tangis rindu..
Tersenyumlah padaku dan katakan ”Wahai hamba Allah...
Ini adalah rumah kasih sayangmu... Selamat datang dalam genggaman Persaudaraan Iman dan Cinta.

Perlahan Zaid berdiri disamping Paman Atid dan kemudian melakukan solat Tahajud. Selesai sholat mereka berdua duduk menghadap jendela sambil menikmati cahaya bulan yang mempesona.

”Paman..” panggil Zaid dengan nada sayu .
Paman Atib menoleh ke arah anak saudaranya itu. ”Ada apa Zaid ?” tanyanya sambil tersenyum.

”Benarkah Paman besok akan pergi ?” tanya Zaid sambil tetap menatap bulan. Paman Atib terdiam sejenak. ” Ya... Zaid, Paman harus pergi...” jawabnya kemudian.
”Pergi kemana ?” tanya Zaid.
”Ke Madinah..” jawab Paman Atib.

Zaid menoleh dan menatap wajah pamannya dalam-dalam. ” Paman akan bertemu Rasulullah?” tanyanya perlahan.
Paman Atib tersenyum dan mengangguk. ”Insya ALLAH...” jawabnya.
”Apakah Rasulullah seorang yang kaya raya, Paman ?” tanya Zaid.

”Rasulullah adalah seorang Nabi, bukan seorang raja, Zaid,” jawab Paman Atib.
”Beliau tidur diatas tikar yang serupa dengan yang kita pakai. Beliau memakai pakaian seperti yang kita pakai. Beliau juga memakan makanan seperti yang kita makan, yaitu beberapa butir kurma dan segelas air. Sesekali beliau minum susu kambing itupun hadiah dari para tetangganya”.

Zaid termenung. Tadinya dia berharap bahwa Nabi akan lebih kaya daripada Raban. Tetapi kini dia tercenung. Kerana kekayaan Nabi tidak lebih dari keluarganya sendiri, bagaimana mungkin seorang yang tidak kaya bisa ditaati semua orang ?, bukanlah Raban yang kaya itu tinggal mengatakan sesuatu maka semua keinginannya akan terkabul.

”Kalau Nabi bukan orang kaya, bagaimana Beliau bisa membantu kita, rakyat yang miskin ini, Paman ?” tanya Zaid keheranan.

Paman Atib tersenyum. ”Nabi kita punya kasih sayang, wahai Zaid. Dengan kasih sayang itulah Nabi menolong semua umatnya,” kata Paman Atib dengan lembut. ” Bila beliau ada sedikit wang, akan dibagi-bagikannya kepada para fakir miskin. Beliau juga mengajarkan pada orang kaya, agar senantiasa membantu saudara-saudara mereka yang kesusahan. Kasih sayang Nabi tidak terbatas, wahai Zaid. Kasih sayang Nabi meliputi seluruh alam.”

Zaid tercenung. ”Subhanallah...” ucapnya sayu.
”Bila seseorang memberi kasih sayang, ia akan di beri kasih sayang pula oleh Allah dan orang-orang lain,” kata paman Atib.

Zaid termenung lagi. Walaupun Raban kaya, tetapi ia tidak disayangi orang karena sifatnya yang kejam. Kekayaan Raban tidak ada artinya dibandingkan kekayaan kasih sayang Nabi. ”Paman..., kalau kasih sayang Nabi seluas alam ini, berarti Nabi juga menyayangi anak-anak ?” tanya Zaid penuh harap.

Paman Atib meraih Zaid dan mendudukkannya di pangkuan. ” Bila Rasulullah bertemu anak-anak, Beliau selalu menyapa mereka dan mengajaknya tertawa,” kata Paman Atib. ”Beliau sering mengajak mereka berlomba lari dan memarahi orang dewasa yang berlaku jahat kepada anak-anak.”

Tanpa terasa air mata Zaid mula berlinang. ”Benarkah didunia ini ada orang sebaik itu ?” pikirnya dalam hati. Perlahan timbul rasa rindu di hati Zaid. Lalu Paman Atib berkata lagi, ”Tetapi yang lebih besar dari semua itu adalah pengorbanan Beliau di jalan Allah. Tahukah engkau Zaid, ketika Rasulullah berdakwah seorang diri ke kota Thaif, Beliau malah dilempari batu oleh orang-orang bodoh itu sambil bersorak ?”

Zaid melompat dari pangkuan Atib dan bertanya dengan wajah tegang. ”Dilempari batu ? lalu apa yang terjadi wahai Paman ? Apa yang terjadi ?”

”Tubuh dan kaki beliau terluka, sehingga sepanjang jalan kota Thaif berciciran dan bercak-bercak darah suci yang mengalir dari luka itu...” jawab Paman Atib dengan murung. Tubuh Zaid terasa lemas, kepalanya tertunduk seraya jatuh berlutut. ”Subhanallah...Subhanallah....” bisiknya tersendat. Mendadak ia mengenggam tangan Paman Atib erat-erat. Kemudian dia mendongakkan kepala dan memandang wajah Paman Atib lekat-lekat. Matanya berkaca-kaca, namun sorot matanya penuh dengan kemarahan.

” Paman...” ujarnya tersendat-sendat. ”Bersumpahlah dengan nama Allah yang Maha Perkasa, bahawa Paman akan menghunus pedang dan saya akan menyiapkan persiapannya. Lalu kita hancurkan kota orang-orang kafir itu sampai Allah memberi kemenangan, atau kita mati syahid.”

Paman Atib membalas tatapan Zaid, sementara kedua tangannya memegang bahu Zaid erat-erat. Paman Atib menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan. ”Zaidku...” katanya dengan penuh rasa kasih sayang. ”Rasulullah adalah Suri Tauladan dan ikutan setiap Muslim, bukankah begitu ?” Zaid mengangguk perlahan, sementara air matanya makin menggenang sehingga wajah Paman Atib pun terlihat suram olehnya.

”Tahukah engkau wahai Zaidku, apa yang dilakukan Rasulullah setelah menerima perlakuan demikian kejam ? tahukah engkau ?” tanya Paman Atib lagi. Zaid menggeleng disertai air matanya yang mulai mencair dan meleleh dipipinya. ”Apakah Rasulullah akan memohon agar Allah menghukum orang-orang itu ? Padahal setiap do’a Beliau akan dikabulkan Allah. Apakah Rasulullah akan memohon agar kota Thaif dihancurkan ?” tanya Paman Atib bersungguh-sungguh..Malaikat Jibril datang pada Baginda dan memohon izin untuk diangkat gunung di sebalik kota thaif itu untuk dihempapkan ke kota itu.Tetapi dihalang baginda.Baginda tidak sampai hati melihatnya.Lalu disapu darah yang mengalir di kakinya tadi.” ”Ternyata tidak wahai Zaid, tidak. Rasulullah malah memohon agar Allah memaafkan mereka semua.. Zaid semakin tersedu-sedu karena terharu. Tak pernah didengarnya ada manusia sebaik dan seagung itu.

Paman Atib memeluk Zaid kecil didekapnya ke dadanya. Ia mengelus punggung Zaid sambil berbisik, ”Dan setelah bertahun-tahun berlalu, akhirnya orang-orang Thaif memeluk Islam. Orang yang dulu melempari Nabi dengan batu, kini telah menjadi saudara kita. Saudara dalam Iman dan cinta. Semua itu berkat cinta dan kesabaran Nabi terhadap sesamanya. Dan kita harus meneladani Beliau. Kamu paham kan Zaidku ?”

Zaid mengangguk dalam tangisnya. Hatinya semakin terjerat rindu dengan manusia seagung itu. ”Paman...” katanya dengan suara serak. ”Ajaklah aku bersamamu. Aku ingin menjaga Rasulullah agar tak ada orang yang dapat mencelakainya lagi.”

”Zaid,” kata Paman Atib lagi. ”Kamu masih kecil dan perjalanan ke Madinah sangat jauh. Lagipula yang harus kau jaga disini adalah ibumu, ingatlah itu.”

Zaid menggeleng-gelengkan kepala. ”Kak Ubaid dapat menjaga ibu disini. Lagipula aku tidak takut perjalanan jauh, wahai Paman. Biar kecil begini tubuhku tetapi aku masih kuat asalkan dapat berjumpa Rasulullah...” Tak ada yang bisa memujuk Zaid untuk tetap tinggal. Kerinduannya untuk bertemu Rasulullah sudah sedemikian besarnya sehingga menyesakkan dada. Ibu Zaid yang bijaksana itupun rela melepaskan kepergian Zaid. Ia melihat sorot mata Zaid begitu kuat untuk bertemu dan menjaga Rasulullah. Karena sang Ibu sedar, meskipun Zaid masih kecil, gunung sekalipun tak akan mampu menghalangi semangatnya.

Akhirnya berangkatlah Zaid bersama Paman Atib ke Madinah. Selama perjalanan Zaid tidak pernah bermalas-malasan. Ia membantu mencari kayu bakar dan membuat makanan. Ia juga membantu memasang tali kekang unta dan menurunkan barang-barangnya. Pokoknya ia senang sekali. Siapa yang rajin, ia akan bahagia, begitu selalu dikatakan ayahnya sebelum meninggal.

Tak terasa setelah berhari-hari mereka melakukan perjalan berat, sampailah mereka dipinggir kota Madinah. Hati Zaid begitu berbunga-bunga. ”Besok aku akan bertemu Rasulullah,” pikirnya dengan hati berdebar-debar karena senang. Malam itu Zaid tidak bisa tidur. Ia ingin matahari segera terbit. Tetapi semua ia rasakan berputar terlalu lama.

Keesokan harinya mereka memasuki Madinah. Namun suasana Madinah diliputi awan mendung. Dimana-mana terlihat kesedihan. Kaum wanita maupun laki-laki terlihat terisak-isak, dan wajah mereka menampakkan kesedihan yang menggambarkan seakan-akan ada sesuatu kejadian yang sulit dipercaya.

Bertanyalah Paman Atib kepada mereka ”Wahai saudaraku ada apa gerangan , kenapa seisi Madinah terlihat berduka ?”

”Nabi telah wafat ...”
”Innalillahi wainnailaihi roji’un...”
Dada Zaid tiba-tiba terasa sesak. Seorang Nabi sekaligus ayah mereka, seorang pemimpin sekaligus sahabat mereka telah tiada. Siapa tak kan sedih. Bahkan pelepah-pelepah kurmapun merunduk sementara angin pun tidak bertiup. Seluruh alam benar-benar berduka.

Zaid tak dapat menahan rindu, berita tersebut seakan langsung membuatnya lemas. Tiba-tiba semua perjalanan jauh yang tak terasa itu datang kembali. Tiba-tiba semua penyakit yang diderita dulu kini mencengkeram kembali.

Malam itu Zaid jatuh sakit. Tubuhnya menggigil kedinginan. Paman Atib berjaga semalaman. Akan tetapi menjelang subuh panas badan Zaid turun. Zaid meminta Pamannya membawanya keluar halaman. ”Aku ingin melihat bintang,” katanya lirih. Didokongnya tubuh Zaid yang terbungkus selimut keluar jendela. Dibawanya Zaid hingga ke sebuah bukit, supaya Zaid dapat memandang bintang sepuasnya.

” Paman...” ucap Zaid sayu. Setelah ayah meninggal, seorang Tabib yang baik hati pernah memeriksa tubuhku yang sakit-sakitan ini. Kata tabib hidupku hanya tinggal beberapa bulan lagi. Yang tahu hal ini hanya Kak Ubaid. Ibu tidak kami beritahu karena takut Beliau sedih...” ia menghela nafasnya dalam-dalam. ”Selama perjalanan aku berusaha menahan semua sakit agar bisa bertemu Rasulullah, tetapi Allah berkehendak agar kami bertemu ditempat yang lebih indah dari dunia ini. Be... betul kan, Paman ?” Paman Atib mengangguk perlahan sambil mendekap tubuh Zaid.

Sayup-sayup terdengar suara syair musafir,.

Tiada lagi indah bintang-bintang di langit...
Kerana bintang yang terindah telah tiada....
Tiada lagi sejuk cahaya bulan...
Karena cahaya tersejuk telah tiada...

Yaa... Muhammad...
Penuh rindu kudatangi kota ini...
Namun Kau biarkan aku sendiri....
Menunggu didunia fana ini...

Yaa... Muhammad...
Kalaupun tak kujumpai Engkau disini
Janganlah Kau palingkan wajah dariku...
Bila kita bertemu suatu saat...

Di akhirat nanti....

Zaid tersenyum. Sorot matanya perlahan-lahan terkatup, dan tertutup selamnya. Ia telah kembali kepangkuan Allah SWT, sang Maha Pencipta. ”Innalillahi wainnailahi roji’un, selamat jalan Zaidku. Sampaikan salam Paman buat Rasulullah...” bisik Paman Atib penuh kehibaan

Angin malam berhembus perlahan seolah-olah berkata, ”Alangkah berbaghagianya orang-orang beriman. Mereka bersaudara didunia dan bersaudara di akhirat...”


*kredit kepada Farok313*
Isnin, 26 September 2011 | By: iKhwan89

SAJAK : CIRI PEJUANG KEBENARAN

CIRI PERJUANGAN KEBENARAN
Ciri Perjuangan Kebenaran

Perjuangan kebenaran jelas jalannya
Jelas matlamatnya, jelas dasar dan konsepnya
Jalannya tidak perlu dicari-cari
Dasar ajarannya jelas bak matahari
Di dalam berjuang masih tercari-cari tidak akan berlaku
Mana boleh kebenaran diperjuangkan sambil mencari-cari dan mencuba-cuba Ilmunya adalah Al Quran dan Hadis Nabi
Sikap dan perbuatannya adalah peribadi Nabi dan Sahabatnya
Rasulullah SAW aqidahnya mengajak bertuhan dan rasa bertuhan
Disiplin ibadahnya teratur dan penuh khusyuk dan tawadhuk
Akhlaknya begitu terserlah yang merupakan bunga diri mereka
Ramai orang tertawan dengan peribadinya sebelum tahu ilmunya dan tentang ajarannya Sentiasa membaiki diri, sentiasa merasa berdosa
Malam mengabdikan diri kepada Tuhan
Siang berjuang bak singa lapar
Berusaha mengajak orang masuk Islam matlamat perjuangannya
Lain sekali perjuangan Islam di masa kini
Jalannya masih mencuba-cuba dan mencari-cari
Cakap politik lebih banyak daripada mengajak orang bertuhan dan rasa bertuhan Mengata, mengecam, perli jadi budaya
Musuhnya lebih banyak dihina daripada didoakan
Akhlak diri tidak jauh bezanya dengan lawannya
Isnin, 12 September 2011 | By: iKhwan89

OH...MUDAHNYA HATI ORANG BERTAQWA...


"Orang bertaqwa bukan tak ada masalah tapi setiap satu masalah tak ada kesan sampingan. Ertinya dari satu masalah tidak berkembang kepada masalah lain. Kalau masalah itu pada satu orang, hanya orang itu sahaja, tidak berkembang pada orang lain atau pihak lain. Masalah di kalangan orang bertaqwa tak dapat elak kerana itu Sunnatullah, zaman Sahabat pun ada masalah tapi setiap masalah itu mudah diselesaikan dan mudah diatasi kerana Tuhan bantu menyelesaikan masalah itu..

Begitulah kehidupan orang bertaqwa. Bahkan orang bertaqwa itu merasakan masalah itu mendapat untung kerana disitu dapat peluang penghapusan dosa atau meninggikan darjat.

Kalau ada masalah yang menimpa kita, mengadulah kepada Tuhan. Jangan merumitkan keadaan. Jangan menuding jari atau menuduh orang lain. Jangan sampai menimbulkan hilang kasih sayang. Elok banyak mendiamkan diri.

Sumber: Abuya SZ.
Rabu, 7 September 2011 | By: iKhwan89

9 SYAWAL : ALHAMDULILLAH DIHIDUPKAN LAGI

Bismillahi Allahu Akbar....segala-galanya untuk Tuhan yang menciptakan langit dan bumi....aku adalah hambanya yang sememangnya tak layak untuk aku meninggi diri..tapi ketahuilah wahai rasulullah,sayidi,dan abuya...nafsu ku aku tidak mampu merendahkannya...aku yang bersalah kerana tidak cuba bersungguh-sungguh dalam melawan nafsu...bantulah aku RSA untuk kalahkan nafsu...

Alhamdulillah terima kasih Tuhan kerana bagi lagi aku peluang untuk hidup lagi di aidilfitri kali ini..fuuuuuuhhhhhh....~~~~huhuhu....*tiup abok* lame sangat dah tak ngapdet blog ni...akhirnya dapat jugak kekuatan untuk mengapdet...huhuh..

Apa kabar sumer folowerz dan bloggerz..?? semoga semua dalam kesihatan...manelah tau kot2 syok sangat beraya,maen merchun,haa....melecur tangan ke,tekoyak kulit muke ker..haa...moga dijauhkan....amiinnn...

Oh k...alhamdulillah...raya baru ni...aku balik kampong..huhuh..macam beselah kat negeri semilan..ha...tapi yang paling sadisnyer..balik hari raya kedua..huhuh...tinggal la sensorang kat umah tu sambil dengar takbir raya...

Agaknyer lah kan macam manalah orang yang berjuang tu yer jauh dari mak ayah,tak boleh balik beraya...kalau bercuti pun terpaksa dicatu-catu...kadang-kadang kalau tengah bercuti pun terpaksa lah dipanggil segera ke tempat kerja..

Itulah sunnah orang berjuang..hidupnya tenang pada hakikatnya namun secara zahirnya dilihat dari mata kasar terlalu padat masanya sampaikan tiada masa rehat..mustahil orang yang berjuang itu hidupnya senang lenang..tidak kira lah berjuang dari segi apa pun pasti tidak boleh bersenang lenang...

Tapi amat berbeza sekali pejuang Tuhan dengan pejuang-pejuang lain..natijahnya sangat berbeza dan anda semua sendiri sudah maklum...

Maka hari raya ini..hadirkanlah diri dengan sebetul-betulnya kepada Tuhan,tundukkanlah nafsu dengan bantuan orang-orang Tuhan.. koreksilah diri..semoga semua dalam redha dan kasih sayang Tuhan...
Jumaat, 26 Ogos 2011 | By: iKhwan89

25 RAMADHAN : TUHAN..HATI KU MASIH BELUM BERUBAH

Bismillahi Allahu Akbar..segala pujian,segala nikmat adalah dengan kekuasaan Mu Tuhan....selawat dan salam rindu buat junjungan agung Muhammad Rasulullah yang nur nya semakin berperanan saat dunia semakin ditimpa badai ujian dan pembersihan dari Tuhan...wahai yahudi yang tidak putus asa,ketahuilah bahawa sedikit masa lagi islam dibawah pimpinan Al mahdi Mumtazar akan mengambil alih dunia. Islam akan kembali gemilang.

Tuhan ku...coretan ku ini ku sembahkan kepada Mu Tuhan...moga Engkau dengarlah rintihan ku ini...

Tuhan...aku masih lagi tidak mampu untuk mengalahkan nafsu...aduh...apalah yang telah terjadi kepada ku ini...aku sering terlewat solat...utamakan perkara lain lebih dari aku utamakan Engkau...RSA...hati ku begitu derita sekali...seringkali aku menangis mengingatkan apa yang telah aku lakukan..namun ingat hanya sekadar ingat...seterusnya aku buat lagi..Tuhaaaan.....hati ku gelisah....aku tahu Engkau mesti tak terima puasa ku kali ini....aku derita Tuhan....aku takut azab Mu.....aku inginkan redha Mu....

Tuhan...ku harap dengan rahmat Mu...ampunkanlah aku Tuhan...

Khamis, 18 Ogos 2011 | By: iKhwan89

FAKTA : KUDA DALAM ISLAM

Mengikut Tradisi Islam dan Arab

Dizaman Rasullullah saw, Saidina Ali ra telah diamanahkan untuk menjaga dan menguruskan pertandingan kuda lalu beliau melantik Surqa bin Malik sebagai pembantunya. Dinatara syarat dan aturcara pertandingan yang ditetapkan ialah:-

1. Sebelum bermula, semua kuda hendaklah dalam barisan yang sama.

2. Tiga kali hebahan dilaungkan untuk membuat semua persiapan pertandingan.

3. Perlumbaan bermula dengan laungan takbir sebanyak tiga kali, bila takbir kali ketiga berakhir, pertandingan dimulakan.

4. Kemenangan muktlak ialah bilamana telinga kuda pertama yang sampai ketempat akhir pertandingan.

Saidina Ali r.a. sendiri membuat garisan pertama dan garisan terakhir, kebiasaanya Saidina Ali akan berada digarisan penamat untuk menentukan kemenangan.

Kuda Dalam Pemerintahan Khalifah Omar Al-Khattab.

Perkembangan Dunia Islam dibawah pemerintahan Khalifah Omar telah membuka era baru dalam dunia kuda atau equestrian, dimana banyak taktik baru dipelajari dalam peperangan berkuda dan begitu juga kuda-kuda Arab dari berbagai negara dibiakkan melalui ‘cross breed’ saperti kuda dari Iran, Turkey, Rome, Greek dan lain-lain.

Tariq Al-Ziad Menawan Sepanyol

Atas arahan Rasulullullah saw, orang-orang Arab Beduin mula menternak dan membiak kuda-kuda Arab baka baik dan pernah ahli sejarah Abnu Khallikan menyatakan dalam Kitabnya bahawa

” Tariq bin Ziad telah membawa 12,000 pasukan berkuda dari Morrocco dan Tunisia ( Kuda Barb ) bersama 12 ekor kuda Arab. Itulah pertama kali Kuda Arab telah dibawa masuk dan diasilmilasikan atau integrasi dengan kuda-kuda Inggeris. Yang seterusnya mencetuskan kuda pembikinan manusia yang masyhur pada hari ini iaitu ‘thoroughbred’

Tanda Ibujari Rasullullah saw dileher Kuda Arab

Dizaman Rasullullah saw Kuda Arab tidak pernah dijual kepada orang-orang luar, Kuda Arab hanya berada di Arabia dan tidak pernah keluar dari tanah Arab. Di leher Kuda Arab asli ‘pure breed’ terdapat tanda dileher kuda, dimana baka kuda tersebut dikatakan telah dipegang oleh Rasulllulah saw hingga meninggalkan tanda ibujari dilehernya.

Kuda Arab, Kuda Rasulullah SAW

Kuda adalah sejenis binatang yang amat dihormati didalam Islam.Malah didalam Kitab Al-Quran dan hadith banyak dibicarakan tentang kuda. Kalau disebut sejarah kuda, sudah pasti kita tidak akan terlepas dengan sanjungan dan kemuliaan terhadap ‘Kuda Arab’.

Kuda Arab adalah satu spesis kuda yang terbaik didunia dengan mempunyai ciri-ciri kecantikan dan keunikannya tersendiri, antaranya ialah:

1. Kuda yang pantas (agile)

2. Tahan lasak dengan cuaca panas dan sejuk

3. Handal dalam enduran

4. Cekap dan bijak.

Tidak hairanlah kuda Arab menjadi kegilaan setiap kakikuda. Kuda dan manusia tidak dapat dipisahkan. Sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw, kuda sudah pun berada dibumi dan dipelihara oleh setiap manusia dimerata dunia.

Nabi Ismail sebagai tradisi orang Arab pernah menunggang kuda

Nabi Sualiman as telah mewarisi lebih dari 1000 ekor kuda dari Nabi Daud as. Pernah dalam sejarah dikatakan bahawa satu suku kaum yang dinamakan Azad pernah mengunjungi Nabi Sulaiman dan meminta sesuatu hadiah dari baginda, lalu baginda menghadiahkan seekor kuda.

Tetapi dengan kedatangan Islam yang dipimpinkan oleh Rasulullah saw, kita dapat melihat betapa hebatnya pengaruh kuda dikalangan orang Arab malah, para kakikuda yang masyhur diseluruh dunia memperakui bahawa Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya adalah pelupur utama dalam penubuhan Tentera Islam Berkuda atau dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai ‘Cavalry’

Rasullullah saw memerhatikan bahawa pada peperangan Uhud, tentera Islam mempunyai hanya 2 ekor kuda. Sebaik sahaja selepas peperangan baginda terus berusaha sekuat tenaga bersama-sama para sahabat untuk membentuk pasukan berkuda dengan memelihara dan membiak baka kuda terbaik ditanah Arab iaitu ‘Kuda Asli Arab’.

Dalam masa yang singkat sahaja, kita perhatikan bahawa kuda merupakan aset yang paling penting dan berharga dalam mempertahan dan mengembangkan kedaulatan Islam dibumi Arab.

Baginda, Rasullullah saw sendiri telah menyeru umat Islam supaya berusaha mengembang dan membiakkan kuda demi untuk membangun dan mempertahan Islam dari ancaman musuh. Dalam keadaan muka bumi yang tandus, kering kuntang, gurun, bukit bukau dan padang pasir yang begitu luas, kuda merupakan satu kenderaan yang amat penting pada tamadun Arab.

Mulai dari detik peperangan pertama itulah memberi lambaran baru bagi umat Islam supaya memelihara dan membiakan baka kuda yang paling baik. Sebab utama ialah untuk mempertahankan kesucian agama Islam yang sentiasa terancam oleh musuh-musuh disekeliling termasukkan ancaman dari kerajaan kuno Romawi, Greek, Berzentin, Persia dan lain-lain.

Oleh itu tidak hairanlah Nabi Muhammad saw sendiri telah mengambil inisitif untuk membiak, mengembang, melatih kuda-kuda yang baik untuk meneruskan dan menegakkan panji-panji Islam dibumi Arab.

Untuk meguatkan keyakinan terhadap pemeliharaan kuda, Rasullullah saw sendiri telah menganjurkan berbagai pertunjukan dan pertandingan kuda di Madinah.

Hadith-hadith Tentang Kuda.

DiRiwayat oleh Ibn Banin bahawa Rasullullah saw mengajurkan pertandingan lumba kuda dimana yang pertama diberi hadiah ‘sabiq’ tiga, ‘musalli dua, tiga satu kuda, keempat satu dinar, kelima satu dirham, yang ke6 satu qasabah.

Rasullullah bersabda” Sesungguhnya Berkat Allah kepada kamu yang menang ‘sabiq’ dan yang kalah ‘fiskil’.

Al-Baladhuri menyatakan: Aku telah diberitahu oleh Muhammad bin Sad al-Waqidi, Sulaiman bin al-Harith, az-Zubayr bin al-mundhir bin Abi Usayd, yang berkata: ” Abu Usayd as-Saidi telah bertanding menunggang kuda Rasulullah saw yang bernama, Lizaz dan baginda memberi hadiah Jubah Yamen.”

Abu Hassan Ahmed bin Yahya bin Jabir al-Baladhuri, Ibn Sad al-Waqidi, Abd al Muhayamin bin Abbas bin Sahl bin Sad, bapanya ( Abbas), datuknya Sahl, beliau berkata,” Satu ketika Rasullullah saw mengadakan pertandingan lumba kuda, aku menunggang kuda baginda bernama az-Zarib. Baginda memberi aku serban Yamen.”

Mengikut riwayat Dar Qutni ( 2: 552) Sanjah adalah kuda Rasullullah saw yang sering ditunggangi baginda. Satu ketika kuda ini telah menang dalam pertandingan dan Rasullullah saw begitu gembira.”

Kuda pertama dimiliki oleh Rasulullah saw bernama ‘As-Sakaf’ yang dibeli baginda dari suku kaum Fezara. Baginda menunggang kuda ini dalam peperangan Uhud.

Baginda Rasullullah saw juga memilki seekor lagi kuda yang bernama Sabaha dan pernah memasuki pertandingan dan menang dalam pertandingan tersebut.

Kuda ketiga yang dimiliki oleh Rasullullah saw bernama al-Murtajis.

Pertandingan Kuda

Ibnu Umar menyatakan bahawa, Rasullullah saw sering menganjurkan pertandingan lumba kuda dan baginda memberi hadiah kepada pemenang. Semua ini dilakukan oleh baginda untuk mengembang sukan berkuda, melatihan kepintaran berkuda serta kesihatan tubuh badan.

Iman Ahmad bin Hanbali telah meriyawatkan dalam kitabnya “Masnad’ dimana Anas telah ditanya ” Adakah Rasulullah saw memasuki pertandingan kuda ?” Anas menjawan “Ya”

“Demi Allah, baginda berlumba dengan kuda nya bernama Subbah. Kuda tersebut memenangi perlumbaan dan baginda amat gembira.” Hadith Bukhari diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar.

Rasullullah saw mengadakan pertandingan kuda dari Ath-Thaniya sehingga Masjid Banu Zurayk. Abdullah bin Umar juga menyatakan bahawa beliau juga menyertai pertandingan tersebut.

Jarak Pertandingan

Rasullah saw tidak melarang pertandingan lumba kuda, malah baginda sendiri memberi nasihat aturcara pertandingan, antaranya baginda pernah menganjurkan perlumbaan kuda di Madinah diantara:-

Dari Hafiya ke Thaniyyat al-Wada ( 60 ghalwa = 5 hingga 6 batu ) untuk kuda dewasa

Dari Thaniyyat al-Wada ke Banu Zurayk ( 10 ghalwa =1 batu ) untuk kuda muda.

Banginda sendiri menyertai pertandingan tersebut dimana kuda baginda pernah memenangi pertandingan beberapa kali.

Rasullullah saw amat mengemari kuda dan mengalakkan pertandingan lumba kuda, berikut adalah beberapa keratan tentang minat bagida terhadap kuda, antaranya:-

” Terdapat banyak keberkatan dalam pemeliharaan kuda” ( Kitab Masnab)

” Belajarlah memanah dan menunggang kuda” ( Hadith Muslim)

Ciri-Ciri Kuda Istimewa Yang Di Gemari Rasulallah s.a.w

“Kuda yang baik adalah kuda kuda hitam, terdapat jalur puteh dikepala dan mempunyai warna puteh dibibir bahagian atas,” (Hadith Bukhari )

Khamis, 11 Ogos 2011 | By: iKhwan89

11 RAMADHAN : Orang Mukmin itu...

"Orang mukmin sesungguhnya menghadapi enam macam ketakutan
: Pertama, takut kepada Allah, jangan-jangan di renggut imannya ;
Kedua, takut kepada para malaikat penjaga jangan-jangan di catat hal-hal
yang dapat menyingkap kejelekannya kelak di hari kiamat ; Ketiga, takut
kepada syetan, jangan-jangan membatalkan amal perbuatannya ; Keempat takut kepada malaikat jurupati,
jangan-jangan merenggut nyawanya demikian tiba-tiba di saat ia sedang
lengah ; Kelima takut kepada dunia, jangan-jangan membuatnya tertipu dan
lengah dari akhirat ; Keenam, takut kepada keluarga serumah dan para
famili, jangan-jangan membuatnya terasyik dan lengah dari mengingat
Allah".( Ustman Bin Affan Radliyallahu Anhu )
Selasa, 9 Ogos 2011 | By: iKhwan89

CORETAN 9 RAMADHAN : Hati ku resah wahai Tuhan


Bismillah wal hamdulillah..semoga semua dalam redha dan kasih sayang Tuhan..akhirnya dah 9 hari kita berpuasa...

Namun aku tahu...pasti puasa ku ini ibarat kain buruk....tidak berguna...Tuhan....tolonglah aku membaiki diri...aku takut...aku menjadi orang yang paling rugi sekali...

RSA...aku bertawassul dengan mu..bantulah diri ini menjadi orang roh..yang mampu merasai dan menjiwai setiap apa yang berlaku keatas ku...bantu aku Tuhan...aku lemah..puasa ku punah....sembahyang ku lalai.....

Tuhaaaan.....dengan berkat nabiMu,dengan berkat saiyidi,dan dengan berkat mursyid ku..bantulah aku yang lemah ini....aku hamba Mu Tuhan...kasihanilah aku....tolonglah aku....

Dengarlah rintihanku ini....tiada siapa dapat membantu ku selain Engkau Tuhan...bantu aku Tuhan....tolong aku Tuhan....
Rabu, 3 Ogos 2011 | By: iKhwan89

ALLAH ITU MAHA BAIK : saat kecelakaan di jalan raya 31 julai 2011


Bismillahi Allahu Akbar..segala - galanya datang dari Tuhan...Tuhan susahkan hambanya kerana Dia ambil perhatian kepada kita...Maha Baiknya Tuhan setiap kesusahan itu disusuli dengan nikmat iaitu hati semakin merintih - rintih dengan Tuhan..mintak ampun dengan Tuhan...itulah yang Tuhan mahu...setiap hambanya merintih dengannya,...Tuhan suka orang yang bertaubat,orang yang menangis kerana dosa....

Alhamdulillah...kini sudah 3 hari berpuasa...namun saat terindah kerana dapat perhatian dari Tuhan awal ramadhan tahun ini segar lagi dari ingatan..hu~...

Tanggal 31 julai 2011 pukul 5.30 pm, kereta aku termasuklah aku terlibat dengan kemalangan di jalan sg lembing dekat dengan kolej profesional mara...3 buah kenderaan terlibat termasuklah kereta aku yang paling belakang skali...

Berlaku akibat kereta depan sekali brek mengejut,dan aku yang tak perasan tak sempat membrek lalu dengan selambenyer merempuh saga BLM depan aku...hu~....

Hu~...boleh tahan jugak lah keremukan kereta aku..namun tak seremuk kereta yang eksiden lebih dashat dari ku...Namun...apa yang aku nak cerita kat sini...betapalah kita bahagia saat kita mendapat nikmat dari Tuhan sehingga kita lalai dan kita lupa dengan tanggungjawab dari Tuhan...

Sehingga kita tidak mampu lagi untuk menjaga sembahyang,tidak mampu lagi tepat waktu untuk menunggu solat..dan lain-lain...Ini ialah kifarah dosa untuk ku...Tuhan bagi peringatan kepada aku untuk tidak lalai dalam solat,Tuhan tarik sedikit sahaja nikmat..namun sangat bersyukur kini...

Semoga semua yang membaca blog ku ini mengambil kesedaran betapalah Maha Baiknya Tuhan itu kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah,nikmat dalam ujian.....
Isnin, 1 Ogos 2011 | By: iKhwan89

MAHA BAIKNYA TUHAN : saat penglihatan ku ditarik selama 21 hari

Bismillahi Allahu Akbar..Maha Suci Tuhan yang menciptakan,memusnahkan,menaikkan dan menjatuhkan seseorang itu.. Salam rindu buat rasulullah,saiyidi dan sohibuzzaman,RSA....bantulah kami untuk menjadi orang roh yang membantu dalam kebangkitan islam kali kedua yang semakin dekat ini!..

Alhamdulillah,aku masih hidup lagi hingga ke hari ini...dah lame aku tak update blog ni...dek kecutian aku akibat nikmat ditarik oleh Tuhan..huh~....betapalah susahnya saat mata aku yang sebelah kanan ni ditarik nikmat oleh Tuhan sehingga tidak mampu untuk melihat..

Semua kerja aku terbengkalai,terbaring jer walaupun ia tidak menyelesaikan masalah...kesakitan yang dihadapi itu mungkin secebis dari kesakitan orang lain yang lebih teruk dari aku...namun apa yang aku nak kongsikan di sini ialah..betapalah,walaupun nikmat sebelah sahaja mata ku yang diambil sementara oleh Tuhan,sangat terasa susah...rupanya,Tuhan tu betul-betul Maha Baik,kerana Dia tau,andai die tak bagi mata kepada manusia,pasti manusia akan susah..

Tapi...betapalah dengan nikmat yang Tuhan bagi itu,kita ibarat manusia yang melupakan siapa yang banyak memberi kita rezeki...yang memberi kita nikmat untuk melihat seluas - luasnya mukabumi Tuhan ini...kita sombong,kita selalu tak ikut perintah Tuhan....aduh...lemahnya iman ku....kuatnya nafsu ku Tuhan...kadang - kadang kita gunakan mata untuk tujuan yang tidak baik...oh Tuhan..bersalahnya aku.....-_-....

Namun aku sedar...Maha Baiknya Tuhan itu tidak boleh ditandingi oleh makhluk - makhluknya yang lain... walaupun aku berdosa...aku sombong...aku lalai....namun kini Tuhan sihat kan aku...Tuhan bagi lagi aku peluang untuk bertaubat..moga hati ku ini cepat tersedar....sempena ramadhan kali ini RSA...bantulah aku untuk menghayati Ramadhan,mengalahkan nafsu,menghentam nafsu...semua ini aku tidak mampu untuk lakukan sendiri melainkan dengan berkat Rasulullah,saiyidi dan sohibuzzaman....

Sekian coretan pengalaman ku saat Tuhan menarik nikmat penglihatan ku selama 3 minggu....semoga semua dalam redha dan kasih sayang Tuhan...
Rabu, 20 Julai 2011 | By: iKhwan89

SAJAK : KAMI MASIH SETIA


PERJUANGAN laksana menongkah arus
Arus yang deras bergelombang pula
Menongkah sungai yang dalam dan berliku-liku
Di dalamnya penuh buaya
Sangat merbahaya
Kayu-kayu besar dari hulu merempuh
Sampah sarap dan kekotoran tak usah dikira
Kalau sampan horse powernya kecil
Mudah tertolak dan terdesak
Kalau saiz kecil mudah sahaja tenggelam kena rempuh atau
kena tolak
Ia memerlukan sampan horse powernya besar
Saiznya besar, kebal pula
Jurumudinya yang gigih dan berpengalaman serta siap siaga
Tabah dan sabar
Bijaksana mengemudikannya
Beraninya berdisiplin
Takutnya berhikmah dan berstrategi
Memerlukan anak-anak kapal yang bekerjasama
Yang siap siaga setiap masa
Jika jatuh pandai berenang
Kalau hanyut mampu ke tepi
Kalau tenggelam nafas panjang
Sempat timbul di permukaan


RsA...bantu kami untuk berjuang....
Isnin, 18 Julai 2011 | By: iKhwan89

SAJAK : SENANGNYA BERJUANG DI ZAMAN INI

SENANGNYA berjuang di zaman ini

Setiap orang merasakan dirinya wira

Dipanggil, dihormati, didudukkan

di atas pentas yang tinggi

Bercakaplah dengan lantangnya

Sepadang yang mendengarnya

Adakalanya ketawa berdekah-dekah

Riuh-rendah kedengaran suaranya

Bila pulang dihantar ke kereta

Di samping seorang panitia menghulurenvelope

Di dalamnya sudah tentu ada ganjarannya

Di masa-masa lain panggil lagi

Di tempat lain di hari yang lain

Sepadang pula yang mendengarnya

Selepas berforum atau ceramah tentang agama

Dijemput ke majlis khas pula

Masya-Allah hidangan telah tersedia

Macam-macam lauk-pauk, kuih-muih,

makanan yang menyelerakan

Apabila balikenvelope dihulurkan

Di dalamnya sudah tentu ada fulus

Mungkin ada yang merah, ada yang hijau

Gaji tambahan di atas gaji yang ada

Atauovertime namanya

Aduh seronoknya, hati berbunga

Ingin berjuang setiap masa

Harta bertambah dan ada makan-makan

Tapi Rasulullah SAW berjuang macam mana?

Semua orang tahu jauh bezanya

Kalau macam Rasulullah SAW,

tidak ada yang sanggup jadi wiranya

Isnin, 4 Julai 2011 | By: iKhwan89

Kelab Isteri Taat (KIT) : Marilah kita perbaiki diri dan Masyarakat

Teks oleh NORZAH BTE KEPOL

Tak semena-mena kenyataan naib presiden kelab isteri taat, Dr Rohaya Mohammed yang menyarankan golongan isteri patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ yang dibisingkan. Sepatutnya kita sebagai manusia mengambil isu pokoknya iaitu pengisian Kelab Isteri Taat itu lebih penting dan bukannya membesar-besarkan agenda tidak penting ‘pelacur kelas pertama’.

Dalam isu Kelab Isteri Taat (KIT) ini tak perlulah kita memasukkan sebarang elemen negatif jika kita tidak faham akan tujuan dan maksud penubuhan kelab ini. Mentang-mentanglah KIT ditubuhkan oleh bekas jemaah Al-Arqam maka ramailah yang cepat melatah bagaikan ulat cempedak. Cuba kalau KIT ditubuhkan oleh isteri Perdana Menteri Datin Rosmah Mansur sudah tentu ramai yang menyokong idea ini biarpun terdapat perkataan-perkataan yang pahit menyentuh sanubari sekalipun.

Begitu juga dengan perkataan ‘pelacur kelas pertama’(PKP) mana lebih hina dan biadap bila kaum wanita di negara ini diceraikan sambil menafikan hak mereka dalam soal tuntutan nafkah dan sebagainya. Kenapa sesetengah pihak yang marah dengan perkataan PKP ini tidak mempersoalkan kepada mahkamah syariah bagaimana dengan nasib dan masa depan kebanyakan isteri sudah diceraikan oleh suami mereka? Tanya dengan pihak mahkamah syariah akibat dan kesan dari perceraian ini sehingga ada antaranya terpaksa menjual maruah diri atau menjadi pekerja seks di lorong belakang. Setakat ini berapa ramai bekas suami dipenjarakan lantaran didakwa gagal memberikan nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak mereka? Kenapa hal-hal membabitkan isu pembelaan wanita ini tidak dibesar-besarkan selain perkataan PKP itu. Mana hukumannya sepatutnya dikenakan kepada bekas-bekas suami gagal melaksnakan tanggungjawab kepada bekas isteri dan anak masing-masing?

Hakikat tidak mampu disembunyikan di sini apabila ada antara kita suka melarikan diri bagaikan lipas kudung dari isu-isu pokok boleh membawa kebaikan yang sepatutnya direnung dalam KIT ini. Seharusnya langkah Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) menubuhkan KIT perlu dipuji dan disokong. Sekurang-kurangnya ada NGO yang berjaya melangkaui Wanita UMNO, Muslimat PAS dan Puteri UMNO menubuhkan kelab memberikan manfaat kepada wanita di negara ini. Namun mungkin ada yang tidak kenanya bila penubuhan KIT tidak diseiringkan dengan penubuhan Kelab Suami Taat (KST). Kalau isteri sahaja yang taat sebaliknya di pihak suami bertindak zalim dan tidak menghormati golongan wanita sukar juga dibuatnya. Bukannya apa kita bimbang kalau ada kalangan suami yang akan mengambil kesempatan dari istilah kit ini untuk menzalimi fizikal dan emosi kaum wanita di negara ini. Sebagai contoh, mungkin ada kalangan suami tidak bertanggungjawab akan mempergunakan KIT untuk berpoligami atau melepaskan tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang baik.

Berpegang kepada kejadian manusia sejak Nabi Adam dijadikan berpasang-pasangan maka amat bersesuaian jugalah jika GISB mengambil pendekatan menubuhkan ‘Kelab Suami Taat (KST)’ sebagai satu mekanisme bagi mengelakkan kejadian perceraian semakin banyak berlaku di negara ini. Jika ada KIT mestilah ada KST baru ada timbal balasnya. Selepas ini bolehlah Presiden KIT, Puan Hatijah Aam atau Ummu Jah memikirkan hal ini. Kita berkeyakinan Ummu Jah sentiasa mempunyai nawaitu untuk membawa kebaikan wanita di negara ini tetapi malangnya sering disalah ertikan atau tidak dimengerti oleh sesetengah pihak suka melibatkan aktiviti baik GISB dengan bekas kumpulan Al-Arqam. Al-Arqamkan sudah lama berkubur buat apalah kita samakan dengan matlamat GISB? Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah 197 yang maksudnya; “Dan semua yang kamu kerjakan dari kebaikan ini, maka Allah mengetahuinya.”

Tak semena-mena bila timbul idea KIT maka adalah sesetengah pihak mendakwa kononnya pengasas Al-Arqam Allahyarham Ashaari Mohammad atau Abu Ya tidak meninggal dunia dan ghaib apa matlamatnya? Di sini kita keluarkan temubual akhbar ini dengan Ummu Jah antara lain, ‘’di pihak saya, atas nama media, kami sekeluarga tidak pernah membuat kenyataan akhbar mengenai isu ini (Abu Ya ghaib). Namun pada masa yang sama, ada rakyat malaysia (bukan jemaah Al-Arqam) yang ke Mekah bawa balik cerita jumpa Abu Ya di Mekah. Jangan-jangan ada yang merancang untuk perbesarkan cerita kecil ini? Atau dalam bahasa mudah ada pihak yang cuba mencalarkan nama baik kami dengan dakwaan-dakwaan seumpama ini.”

Kadang-kadang kita berasa peliklah dengan sesetengah ulama di negara ini suka sangat membuat persepsi dalam hal-hal berkaitan agama sepertimana berlaku dalam politik. Kalau ulama di negara ini begitu bersungguh-sungguh mahu mengambil tanggungjawab menjaga Islam di negara ini jangan hanya memandang isu bekas jemaah Al-Arqam semata-mata termasuklah melihat kepada isu aurat isteri pembesar negara, berani menegur pemimpin kerana berani mengambil riba dan jangan politikkan masjid bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang juga di negeri-negeri lain.

Mungkin ada baiknya dalam isu Ummu Jah ini kita minta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mengadakan pertemuan empat mata atau persidangan meja bulat bertemu sendiri dengan isteri Ashaari, Ummu Jah boleh dikatakan amat berpengaruh dan mempunyai ramai pengikut dalam dan luar negara. Sementalaah kita melihat kepimpinan Najib amat terbuka dan boleh menerima pandangan semua pihak waima rakyat biasa sekalipun. Tiada salahnya Najib atau isterinya bertemu Ummu Jah bagi mengenal pasti dan mengetahui apa sebenarnya berlaku antara Ummu Jah dan pegawai agama di negara ini. Seolah-olah tak ada jalan pintas untuk menyelesaikan salah faham ini. Tambahan pula GISB ini banyak formula tentang ilmu perniagaan boleh dimanfaatkan untuk faedah negara.

Berbalik kepada penubuhan KIT,mungkin kita boleh melihat penubuhan KIT sebagai salah satu daya usaha melahirkan institusi rumahtangga yang sentiasa diredhai Allah STW. Anggapkan sahaja penubuhan KITsebagai salah satu daya usaha GISB membawa golongan wanita terutamanya ke syurga. Tak kiralah suami mereka zalim, kaki judi, kaki betina dan sebagainya yang penting mana-mana isteri yang taat ini ada tempat di dalam syurga Allah SWT. Manakala mana-mana suami yang zalim sudah tentu ada balasannya di akhirat kelak.

Sekonyong-konyong penubuhan KIT berjaya menyentuh hati dan nurani Ketua Pergerakan Puteri UMNO DatukRosnah AbdulRashid Shirlin dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Masyitah Ibrahim yang melihat dalam aspek seks semata-mata dalam isu KIT ini. Sepatutnya Rosnah dan Masyitah sendiri menyambut baik penubuhan KIT sudah tentu diilhamkan selepas melihat dalam keluarga kedua-dua sayap Puteri dan Wanita sendiri tidak mampu menjadi contoh yang baik kepada wanita di bawah sana.

Bukan Rosnah dan Dr Masyitah tak tahu dalam Wanita dan Puteri sendiri sudah kedengaran cerita-cerita kurang enak antaranya sikap isteri tidak taat kepada suami dan sebagainya. Tidak kurang yang berlakon baik suami isteri di depan orang ramai sebaliknya mempunyai keluarga tunggang langgang dan sebagainya. Ini antara sebab kenapa KIT ditubuhkan sekurang-kurangnya tercapai hasrat membawa wanita ke syurga itu yang lebih penting lagi.

Peliknya Rosnah dan Dr Masyitah selama-lamanya hanya pandai mengkritik itu dan ini tanpa mengemukakan satu idea yang tuntas cara mana mahu mengelakkan isu penceraian suami isteri berlaku setiap 15 minit di negara ini. Mengkritik memanglah senang sebab tidakmenggunakan baiya dan peruntukkanyang mahal dibandingkan dengan GISB terpaksa menggunkan peruntukan tertentu untuk melancarkan KIT umpamanya.mungkin melalui KIT, baik Rosnah dan Dr Masyitah boleh menasihatkan sayap Puteri dan Wanita agar lebih bertanggungjawab dalam institusi kekeluargaan itu sendiri. Apa hukumnya isteri bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim atau mendedahkan aurat di depan bukan muhrim itu yang sewajarnya dilihat oleh Rosnah dan Dr Masyitah? Kenapa memandang isu remeh temeh seperti PKP padahal kedua-duanya boleh mengkritik isu aurat sesetengah isteri pembesar negara dan sebagainya? Hakikatnya isu-isu aurat tidakdijaga dan dipelihara inilah bakal membawa kepada gejala isteri tidak taat suami dan sebagainya.

Sepatutnya semua pihak melihat positif usaha dilakukan GISB ini selepas kebanyakan wanita di bawah sana agak kempunan mahu melihat Biro Wanita dan Puteri umpamanya menganjurkan program-program keagamaan yang memberikan manfaat kepada golongan wanita di negara ini. Kalau Wanita dan Puteri UMNOsehingga rencana ini ditulis tidak mampu membimbing diri mereka ke arah perkara-perkara yang direstui Allah SWT, maka janganlah sesekali kita mengkritik nawaiitu GISB menubuhkan KIT ini. GISB bukannya sebuah organisasi parti tapi sekurang-kurangnya mereka mempunyai idea untukmembuat kebaikan di negara ini. Tidak sepertimana sesetengah pemimpin Wanita UMNO yang bertelagah sesama mereka kerana projek atau kepentingan diri.

Selama ini memang kita berharapkan bila Dr Masyitah masuk ke dalam UMNIO mampu memberi input yang baik dalam parti itu termasuklah berani membuat teguran dan memberi dakwah kepada sesetengah pimpinan parti itu dilihat membelakangkan peraturan Islam. Kita amat berharapkan Dr Masyitah tidaklah terkena percikan dan bau najis bila membasuh ‘tong tahi’ ternyata meleset. Sama ada suka atau sebaliknya, Dr Masyitah juga sudah menjadi sebahagian dari mereka juga tidak mampu menggunakan lidah untuk menegur umat. Apatah lagi turut bersekongkol dengan sesetengah pihak melihat penubuhan KIT kerana faktor nafsu semata-mata.

Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata : Bersabda Rasulullah SAW : Akan terjadi sepeninggalanku nanti sifat monopoli (mengutamakan diri sendiri) dan beberapa hal mungkar. Sahabat bertanya : Ya Rasulullah bagaimana pesanmu kepada kami, jika menghadapi hal itu? Sabda Nabi : Kamu tunaikan kewajipanmu dan kamu minta Allah untuk mendapatkan hakmu.” (Buchary, Muslim)

Bukanlah mahu mengata tapi mengenangkan Abu Hurairah r.a. berkata : Seorang datang kepada Nabi SAW dan berkata : Nasihatilah saya! Bersabda nabi S.A.W. : Jangan marah, kemudian orang itu mengulangi minta nasihat pula, jawab Nabi : Jangan marah.” (buchary)

Menyentuh bab-bab nasihat ini sewajarnya kita menasihatkan sesetengah ulama umno ini agar menonjolkan sikap dan peribadi yang mulia semasa memberikan perkhidmatan kepada rakyat. Tambahan pula terdapat sesetengah pemimpin wanita dan puteri suka menonjolkan cara berpakaian dan aksesori mahal sehingga membawa kepada budaya riak atau boleh mendatangkan fitnah. Tentulah sukar mana-mana ulama UMNO mahu berdakwah atau menerangkan perkara-perkara ada kaitan dengan Islam ini jika diri sendiri pun tidak terbimbing dengan ilmu Allah. Maknanya ulama tahu hal-hal berkaitan agama ini tetapi lidah kelu mahu menegur atau menasihat lantaran tangan dan kaki terikat dengan kuasa dan pangkat.

Sehubungan itu, ada baiknya Rosnah dan Dr Mashitah melihat aspek pembelaan wanita secara lebih menyeluruh dan tidak terikat kepada isu penubuhan KIT semata-mata. Mana lebih besar hukumnya menyebut perkataan PKP dibandingkan dengan sesetengah wanita hidup melacurkan diri kerana tidak diberikan nafkah oleh bekas suami mereka? Dan kalau KIT tidak mempunyai pengikut yang ramai sepertimana kata ketua pergerakan wanita UMNO Senator Datuk Hajah Shahrizat Abd. Jalil tidak perlulah Rosnah dan Dr Mashitah gusarkan. Mungkin lebih baik Dr Mashitah perbetulkan moral dan akhlak sesetengah pemimpin Wanita dan Puteri UMNO itu lebih baik lagi.

Suka · · Kongsi


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com