KOTA KINABALU 2 Nov. - Penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam hingga 13 November depan bukan sahaja dikecam hebat oleh umat Islam, tetapi agama lain termasuk Kristian.
Tokoh Kristian Sabah, Webley Disim berkata, ia satu kerja gila dan jelas bertentangan dengan kepercayaan semua agama di seluruh dunia yang tidak menghalalkan hubungan sejenis.
Katanya, pendekatan yang cuba dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu perlu ditentang sekeras-kerasnya supaya ia tidak merosakkan akhlak semua lapisan masyarakat, terutama golongan belia yang mudah terpengaruh.
Menurut beliau, setiap agama mempunyai kitab suci masing-masing yang memerintahkan untuk berlaku baik dan tidak membenarkan mereka melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri dan masyarakat.
“Amat jelas, menghalalkan perkara yang tidak dibenarkan oleh agama seperti hubungan sejenis adalah satu perkara biadab dan ia jelas sekali bertentangan dengan norma kehidupan.
“Saya menentang keras tindakan terkutuk itu dengan menganjurkan program yang jelas terpesong dan merosakkan akhlak setiap penganut yang mempercayai kitab ajaran agama masing-masing. Ini sangat melampau,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan kira-kira 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu cuba mempromosikan program Seksualiti Merdeka 2011 yang 1 hingga 13 November depan.
Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu ialah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan beberapa aktiviti diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.
Mengulas lanjut, Disim berkata, sekiranya sesuatu program yang dianjurkan bertentangan dengan ajaran di dalam kitab suci, maka ia perlu ditolak dan diketepikan demi memastikan ia tidak mengkucar-kacirkan kehidupan.
Selain itu, katanya, penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 jelas mengaibkan bangsa Malaysia yang terkenal dengan tatasusila dan kesopanan dalam kehidupan seharian.
“Ia benar-benar memalukan saya sendiri sebagai bangsa Malaysia yang menitik beratkan nilai dan etika kehidupan normal. Sekali lagi saya tegaskan, saya menentang keras program seumpama itu.
“Malah saya berharap kerajaan membendung gejala tidak sihat ini dengan kadar segera dan dapat mengambil tindakan tegas kepada pihak yang cuba menganjurkan program seumpama itu,” katanya--------->begitulah...saat Allah utuskan orangNya dengan kaedah-kaedah yang selari dengan Tuhan tetapi ditolak dan dituduh dengan bermacam-macam..dan akhirnya...Allah pun seolah-olah berkata "Engkau semua tidak pedulikan orang-orang Ku,Engkau sesat-sesatkan mereka,Nah!...engkau semua terimalah akibat dari perbuatan tangan-tangan mu itu..engkau tanggunglah akibat dari perbuatan mu ini..."
Maka Tuhan pun gerakkanlah musuh2 islam supaya melakukan itu dan ini.... Tuhan...aku tahu aku pun bersalah,kerana tidak bersungguh-sungguh dengan Mu dan tidak bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Abuya 100%...maafkan aku Tuhan...
Nafsu ku terlalu kuat..tidak tertanggung derita hati ini untuk melawan....sering kali aku tewas...bantu aku Tuhan..bantu aku wahai rasulullah,bantu aku wahai saiyidi,bantu aku wahai Abuya pemuda bani tamim.......tolonglah kalahkan nafsu ku...ampun kan aku Tuhan...
0 comments:
Catat Ulasan