Isnin, 20 Julai 2009 | By: iKhwan89

"BERDOSANYA AKU WAHAI TUHAN.."


salam alaik kepada semua pelawat..semoga semua berada didalam kasih syang Tuhan yang Maha Agung. Alhamdulillah,dengan rahmat dan kasih syg Tuhan,aku yang selalu berdosa ni,masih lagi diberi kesempatan dalam menulis coretan hidup ku..
Terima kasih Tuhan..akhirnya aku faham erti sembahyang,Engkau rezeki kan aku untuk memahami sembahyang. tapi aku khuatir,walaupun aku faham,tetapi kadang2,aku selalu abaikan..
Tuhan,aku banyak dosa..setiap detik aku melakukan dosa,aku takut..tuhan...aku kini sedang cuba bermujahadah untuk melawan tipuan nafsu..
Setiap kali nak terbuat dosa,aku cuba untuk teringatkan Mu,aku cube untuk ingat nasihat orang yang ku sayang...kadang-kadang aku berjaya melawan,kadang-kadang aku tidak mampu..
Sembahyang ku masih belum fokus..
Wahai Tuhan,ampunilah aku..terima lah taubatku..ku harap aku tergolong dalam orang yang mendapat rahmat dan redha Mu.....

KURSUS SEMBAHYANG : BANGKAI RUPANYA SEMBAHYANG KU


salam alaik kepada semua pelawat..semoga dalam kasih sayang Tuhan...al fatehah kepada rasulullah,junjungan agung kita,guru-guru,dan ibu bapa kita...semoga kita semua dapat merasakan kasih sayang Tuhan..
Hari sabtu dan ahad baru-baru ini alhamdulillah..aku dapat direzeki kan untuk menghadiri kursus motivasi solat anjuran MPPKIPSAS exco dakwah dan kerohanian kerjasama dengan pusat motivasi insaniah..
Sepanjng prgram tersebut,aku dapat merasakan ia adalah motivasi yang lain dari yang lain...kebnyakan motivasi,hnyalah mnyentuh lapisan luaran sahaja dan tidak masuk kedasarnya..
Tapi semalam,setelah habis kursus,aku sangat merasakan bahwa,Agungnya Tuhan yang memberikan anugerah sembahyang...bila aku menilai balik ibadah sembahyang aku,rupa-rupanya,aku selalu lalai dalam sembahyng.
Patutlah selama ini sifat mazmumah penuh dalam jiwa aku...aku pemarah,susah nak maaf kan orang,zalim,menipu,mngunpat.aduh!!..malunyer aku dengan Tuhan......
Tuhan bagi rezeki pada ku,tapi aku selalu tidak beradab bila berada dihadapannya..aku menyesal!!..oh Tuhan ku yang maha agung.....terimalah taubatku ini wahai Tuhan......
Bantulah aku wahai Tuhan unutk melawan nafsu ku.....aku tidak mahu ibadah ku selama 20 tahun ini menjadi bangkai sahaja.....aku tidak mahu...ku harap Engkau menerima ibadah ku dengan redha dan kasih sayang Mu Tuhan...Tuhan,bantulah aku.
sekian..hamba hina....
Jumaat, 17 Julai 2009 | By: iKhwan89

CARA MANA HENDAK MENGENAL SESEORANG ITU BAIK : PETUA ESKLUSIF!!


Setiap orang Islam itu tidak boleh diukur yang dia baik
waktu datang bersembahyang di masjid sahaja
Belum boleh diukur yang dia baik sering sembahyang berjemaah di rumah Allah
Jangan lagi dilabelkan dia baik selalu naik haji dan buat umrah berulang kali
Tasbih di tangan, wirid dan zikir tidak lekang
Kerana itu semuanya ibarat berladang, baru menanam pokok
Tidak semestinya menanam pokok, pokok itu berbuah lebat dan banyak
Tidak semestinya menanam pokok, mendapat hasil yang memuaskan
Orang yang beribadah tadi kita lihat dahulu di dalam pergaulannya, bagaimana?!
Bagaimana sikapnya di dalam pergaulan mereka?
Mereka berkasih sayang atau tidak?
Mereka bertimbang rasa atau sebaliknya?!
Bagaimana dia menggunakan lidahnya?!
Mereka menyakiti orang? Menghina orang? Menfitnah orang?
Dengan orang miskin dan susah mereka menolong?
Atau buat tidak tahu sahaja kesusahan orang?!
Adakah mereka pemaaf? Meminta maaf, pemurah? Sabar dengan ujian?
Redha dengan takdir Tuhan?!
Mereka mengutamakan diri?! Atau mengutamakan orang lain?
Apakah mereka merasa susah dengan kesusahan orang?
Senang pula dengan kesenangan orang?
Kalau kita dapat menjawab dengan baik dan tepat,
memang kita kenal orang baik dan orang jahat
Ibadah mereka berbuah, orang yang ibadahnya berbuah itulah orang baik
Kalau ibadah sahaja banyak, tapi tidak berbuah, itu bukan orang soleh
Mengukur orang baik bukan dengan banyak ibadahnya
Tapi diukur berbuahkah ibadahnya?
Tinggikah peri kemanusiaannya oleh ibadahnya?!

SEKULARISME YANG MENYESATKAN : HABIS ORANG TIMUR KITA


IDEOLOGI SEKULARISME ciptaan Barat yang memisahkan urusan kehidupan dunia dan
agama, dengan harapan terciptanya hidup yang indah, rupanya telah memberi hasil
yang sangat buruk. Kehidupan manusia menjadi begitu pincang dan cacat. Terutama
di Barat, pusat ajaran sekaler itu dihasilkan, manusia sudah kehilangan
identiti kemanusiaannya. Sudah rosak serosak-rosaknya. Tanpa agama, mental dan
spiritualnya dikuasai nafsu dan syaitan 100 peratus, sehingga manusia menjadi
seperti syaitan atau binatang. Akal dan jiwa yang murni sudah tidak berfungsi
sama sekali.

Orang Timur, walaupun katanya beragama, tapi kerana sudah dirasuk oleh ajaran
sekular ciptaan Barat itu, menjadi senasib dengan orang Barat. Sebab agama
tidak dijadikan panduan hidup, cuma tinggal namanya saja. Kalau Barat sudah
rosak 100 peratus, di Timur sudah 80 peratus rosak. Masyarakat manusia yang
sepatutnya hidup dalam keadaan tenteram telah menjadi kelam-kabut dan huru-hara.

Pemimpin yang sepatutnya menjadi payung menaungi rakyat telah menjadi penjahat
dan perosak rakyat. Ibu ayah yang sepatutnya menjadi ketua rumah tangga telah
menjadi penjahat-penjahat yang menyiksa anak-anak. Ulama yang sepatutnya menjadi
obor menaungi masyarakat, telah menjadi peluru kendali yang menembak rakyat
hingga masyarakat menjadi kucar-kacir. Orang-orang kaya yang sepatutnya menjadi
bank masyarakat, telah menjadi lintah yang menghisap darah rakyat.

Aduh! Sungguh sudah rosak masyarakat manusia itu. Mungkin masyarakat di dalam
hutan lebih bersih dari masyarakat di kampung dan di dusun, cuma mereka tidak
memiliki peradaban.


Di rumah tidak terhibur, dalam perjalanan tidak tenang, di sekolah atau pejabat
tidak terhibur, suasana politik memusingkan kepala dan di tengah masyarakat
tidak ada ketenteraman. Maka hiduplah manusia seolah-olah di tengah kumpulan
kambing, serigala, ular, harimau dan lain-lain lagi. Hidup terasa jadi buruan
dan pelarian. Itulah watak dunia dan manusia sekular, yang sudah beratus-ratus
tahun mewarnai dunia. Manusia hilang seri wajah dan sakit jiwa. Banyak yang
masuk ke rumah sakit jiwa daripada yang masuk ke universiti-universiti.

Siapakah yang hendak disalahkan dan di manakah titik awal penyelesaian masalah
itu? Lebih baik kita menyalahkan diri sendiri, lalu mengajak diri untuk
memperbaiki keadaan. Setelah segala ideologi ternyata gagal memberi kebahagiaan
kepada manusia dan dunia, bagaimana kalau kita tanya Tuhan, yakni merujuk kepada
ajaran Tuhan. Sebab Zat yang paling tahu tentang manusia itu, bukan manusia
tetapi Tuhan yang mencipta manusia. Jadi tentu Allah tahu bagaimana hendak
memperbaiki manusia yang sudah rosak itu termasuk diri kita.

Kalau kita jujur dalam hal itu, sesungguhnya jalan keluarnya pasti ada!
Masyarakat model yang baik, sebaik yang kita inginkan, pernah muncul di dunia
ini suatu masa dulu. Kalau kita rujuk ke sana, rasanya kita juga akan berpeluang
untuk mengecap suasana hidup di dalamnya.

Pada-Mu ya Tuhan, kami nyatakan keinginan yang sungguh-sungguh, untuk kembali ke
hadirat-Mu. Untuk itu datangkanlah seorang pemimpin penyelamat yang dapat
memulai kerja-kerja itu, sehingga kami mengikut jejaknya. Tanpanya, bagaimana
kami bisa memulai perjalanan yang asing dan sulit ini!
Isnin, 13 Julai 2009 | By: iKhwan89

PENYAKIT HATI KU YANG PARAH : CERITA CINTA KU


*suasana petang yang nyaman*salam alaik kepada semua pelawat..semoga dalam kasih sayang Tuhan..selawat dan salam keatas junjungan agung kita Baginda Muhammad s.a.w kerana baginda kita memeluk islam,kerana baginda kita berjuang kerana Tuhan...marilah sama-sama kita hadiahkan al fatihah kepada ibu bapa kita,guru-guru kita,dan rakan-rakan,..terima kasih kepada mursyidku al-fatta tamimi kerana dengannya aku dapat mengenal Tuhan kembali .....

Hati ku gundah kerana dalamnya penuh dengan cinta dunia..Hati ku penuh dengan nafsu untuk mencintai selain Tuhan.....aku sangat kotor dan berdosa....aduh Tuhan..kalaulah aku ini mati sekarang,jahannam lah tempat aku........Oh Tuhan...berdosanya aku...aku meletak kan cinta makhluk melebihi Mu!!..aduh.....Tuhan...aku semakin lalai dengan Mu Tuhan ku.....

Aku tidak tahu mengapa aku ini..lalai...padahal setiap hari aku memperingatkan orang,aku selalu memberi tazkirah...tapi kenapa aku yang lalai??!!!Bila aku check balik.....patotlah......hati ku penuh dengan nafsu sombong...ego!...jarang aku nak merendah diri,hati ku dimainkan sepenuhnya oleh nafsu....Tuhan!!!!!tolonglah aku melawan nafsu ku...aku tidak mampu melawannya bersendirian..

Setiap hari aku mencuba untuk melawan...tapi aku selalu tewas...oh Tuhan....aku perlukan Mu...Tuhan...aku kini sedang berusaha untuk melawan nafsu ku...aku kurangkan bergaul,aku putuskan hubungan dengan orang yang aku cintai kerana mu...kerana aku takut cintaku kepadanya melebihi cinta kepadaMu..aku tidak mahu...Tuhan....dengan aku berbuat seperti ini,aku mengharapkan redha Mu....redhailah aku Tuhan...aku sedih.....

Aku tidak mampu...tapi demi untuk mencintai Mu,aku sanggup untuk apa sahaja..aku takut Engkau tidak mencintai ku...aku banyak bersalah dengan Mu...aku tidak tahu lagi bagaimana aku nak buat....wahai Tuhan ku yang Maha Agung...aKu mengharapkan orang yang aku cintai itu faham....aku mengharapkan dialah nanti yang menjadi temanku untuk menuju cinta Engkau...aku terpaksa sedih untuk dapatkan cinta Mu..aku harap orang yang kucintai pun selalu mengharapkan cinta Engkau...aku harap die faham.....

Wahai Tuhan..selagi aku hidup,aku tidak akan jemu untuk mengejar cinta Mu....biarlah orang lain membenci ku..tidak apa...asalkan aku dapat cinta dan redha Mu..aku mengharapkan redha Mu Tuhan...aku sedih sekarang...

Tuhan...campakkanlah rasa cinta Mu kepada ku dan kepada die yang kucintai..dialah wanita yang aku mengharapkan mencintai Mu....wahai Tuhan... ampunkanlah aku diatas kertelanjuranku....semoga aku dan dia mendapat keredhaan Mu....sekian...hamba berdosa...salam..

Khamis, 9 Julai 2009 | By: iKhwan89

SEDIH DAN PILU HATIKU


huh~..........................selamat petang semua pelawat..hmm..semoga dalam kasih sayang Tuhan...aku kini dalam keadaan yang penat,xcht,xceria,xhappy..tataw lah knp....aku dah semakin lupekan diri aku yang dulu..
Aku dah mule lalai dengan tanggungjawab ku......aku lalai dalam solat,aku tidak tahu kenapa aku ini....segannya aku dengan PEMBERI REZKI ku,aku lemah..bila aku dah salah,barulah ada yang tegur....aduh....
Tinggal lah aku sepi...dah tak larat aku nak pikul beban.....Tuhan aku,tolonglah aku....aku mngaku berdosa,ampunkan aku Tuhan yang maha berkasih sayang!!tolonglah aku....aku terseksa zahir dan batin ku menahan godaan nafsu!!...tolonglah aku Tuhan...!!!!solat adalah segala-galanya....tapi aku tak khusyuk bila solat!!!aku lalai dalam menjaga waktu solat!!...Tuhan!!!!jauhkan aku dari dunia yang menipu di sekeliling ku.....aku mohon ampunilah dosa ku Tuhan ku yang maha berkasih sayang......sekian....hamba hina.....
Isnin, 6 Julai 2009 | By: iKhwan89

Pentadbiran KIPSAS punyer cerita : TEKAN,SELAGI BOLEH TEKAN.


Salam alaik kepada semua...(^_^)...ape kbar sahabat ku..?semoga dalam kasih sayang Tuhan..Alhamdulillah aku hari ini sihat seperti biasa..cuma keletihan program MAS tak abes lagi...hu3..

Akhirnya dah selesai majlis orientasi pelajar KIPSAS yang baru..penatnya hanya Tuhan yang tahu. Sekilas pandangan,inilah program yang terpanjang yang pernah aku handle,....bermacam-macam karenah baik daripada pihak pentadbiran,mahupun dari pihak pelajar yang baru.

Banyak kesulitan program ini adalah disebabkan oleh campur tangan pihak pentadbiran yang tidak mengerti apakah sebenarnya tujuan LDK,dan slot-slot yang dipimpin oleh pelajar. Terkilannya aku bila ade jugak pensyarah mngatakan slot dibawah kelolaan kami adalah ntah ape-ape....

Persoalan ku disini adalah,knp lah kalau kami yang ntah ape-ape ini boleh plak dipanggil untuk membantu pentadbiran dan kami sanggup...padahal kami tidak dibayar,mintak sedikit pun,berkira sangat-sangat..teruknya kolej aku..sibuk nak perah tenaga pelajar,tapi apa yang kami dapat hanyalah ves murah yang xcantik,pulak tu,dimintak plak kami menjaga budak-budak baru selama setahun...hui,kami mntak seciput jer.......pentadbiran mintak plak laaaagi lebih dari kami....sungguh,walaupun kami ni pelajar,tapi agak-agak lah..kami ada komitmen lain lagi....

Lainlah kalau kami di bayar.....bukanlah aku ini lebih mementingkan kewangan dan imbuhan lain,tapi,aku sangat terkilan bila ada yang mengatakan slot-slot yang kami buat bnyak yang ntah ape-ape,membazir mase,dan lain..klau macam tu,fine!!cariklah orang lain...jangan libatkan persatuan dibawah aku....

Ini cuma coretan duka aku sepanjang MAS baru-baru ini. Ini bukanlah hanya luahan aku sahaja,tetapi aku mewakili semua ahli jwatnkuasa pelajar MAS sangat terkilan dengan pihak pentadbiran yang sebegitu rupa...sekian salam duka....

Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com