Sabtu, 31 Oktober 2009 | By: iKhwan89

WARKAH UNTUK SAHABAT: ENGKAU KAWAN BAIK KU SELAMANYA

*mOrNing sUmEe...he~..salam alaik kepada semua kengkawan,pembaca-pembaca blog ku...semoga dalam kesihatan,kebaikan,kehenseman,kecantikan,dan dalam redha Tuhan..(^_^)..dah lame tak coret kan sedikit cerita-ceriti aku kat cn...hu~...

kEngkaWan...mgu depan kan,koLej aku ni dah nak fInaL exam..hu3....aKu pLak da seM 7*isk3...tacing betul*iNi berMakna lagi beberape minggU jer aKu aKan meLangkah KAN kaki ku keLuar koLej ku ini..hu3....ntah...ade yang gembire...tapi bagi ku..berat rasenyer nak Meninggal......eh3,....buKan,mEninggalkan koLej ini..daLam koLej nie lah aku dApaT rAmai kengkaWan,dri keDah,PeraK,joHor,kUaNtan*hu3..dekat je*seLangor,K.L,saBah,sEraWak...yang paLing beSt,aku dapat kawan dari Luar negarA..thailand*hu3*...pastu australia,argentina,mexico, algeria,vietnam,sumatera,amerika,arab saudi,jordan,syiria xde pun.....*khi3..*...singapore baru ade...he3....s'pore ni bagi ku...xde la istimewa sangat sebelum ni...tapi lepas setahun lebih aku belajar kat koLej aku ni....aku rase...singapore ni jadi istimewa........sebab ape......haa.......kat sinilah kawan aku yang paling best,baik,gile2,pening,selalu kongsi2 ngn aku,selalu bagi aku semangat walaupun die ilang semangat,suke makan eskrim,paling hebat,pandai mbantu aku buat kerja n mcm2 lagi duduk.

sampai biLe2 pUn aKu aKan iNgat singapore seBab mY bEst freN ade kat sane...*hu3..klaw die pindah india,aku ingat india plak...lalalalala* sedey sey nak tinggal kan koLej....yelahh,kengkawan aku yang dari merata malaysia ni..aku takuut sangat2 akan hilang..hu3...ape yang selalu aku harapkan ialah semoga kengkawan aku sihat,selamat,menjadi manusia yang baik,saling ingat mengingat dan macam2 yang baik lagi....hu3..*nangis kejap...tacing..*

uNtuk kaWan kU yAng paLing baiK ni pLak,aku seLalu mendoakan semoga die sihat,selalu tigeeee,mkan banyk,happy,xpening,n bahagia....yang paLing peNting,die tak lupekan aKu sampai bile-bile pun....klau tak.....hu3......aKu nak pegi s'pore,cari flat tempat die tinggal,aku nak tebang..hu3....

seMoga semua yang membace tringat akan kengkawan masing2 yang telah lame dah xcontact,contact lah balik,ingat kisah2 lame,..hu3..bukan senang nak dapt kawan,ape lagi nak dapat kawan baik zaman ini..akU berbahagia kerana beRtuaH dapat kawan baiK yaNg bagi kU tiAda pengganti.....seMoga dalam kasih saYang Tuhan.....


"...hu3.......utk kawan ku yang paling ku sayangi,terima kasih kerana menjadi kawan ku.."

AKU TETAP TIDAK JEMU

Sudah kucuba dengan daya yang ada
Menumpukan ibadah pada-Mu
Tapi tidak juga ia istiqamah
Kerana gangguan terlalu banyaknya
Tapi kucuba juga tidak jemu-jemunya
Aku berhempas-pulas melakukannya
Tapi selalu saja ada turun naiknya
Dia tidak juga mahu terus maju tanpa tolehnya
Namun tetap kucuba walau bagaimana keadaan
Di samping tidak lepas meminta pertolongan- Mu
Biarpun begitu
Sikapku ini belum ada lurusnya
Walaupun begitu aku berjanji pada-Mu
Aku akan cuba selalu
Aku akan bermujahadah setiap waktu
Aku yakin satu masa akan berjaya juga
Kerana yakin dengan janji-Mu
Orang yang bermujahadah itu dibantu
Ia akan dijayakan kerjanya
Janji-Mu pasti Engkau tunaikan
Maha Suci Engkau dari mungkir janji
Tapi itulah yang aku tagih

Rabu, 28 Oktober 2009 | By: iKhwan89

KEKASIH ALLAH TIDAK TAKUT DAN TIDAK BERDUKACITA

Allah Taala ada berfirman, ertinya:
"Ketahui olehmu bahawa kekasih Allah itu tidak takut dan tidak
berdukacita"
Marilah kita mentafsir dan memahami kehendak ayat ini
Moga-moga Tuhan memberi kita faham maksud dan kehendak-Nya
Dengan itu moga-moga kita dapat menghayati
Dan menjadikan pegangan di dalam kehidupan

Di antara kehendak ayat ini:
Orang bertaqwa itu dia tidak takut dengan manusia dan kuasa manusia
Kalau ia didatangkan ujian dari manusia tidak pula berdukacita
Orang mukmin tidak takut dengan kemiskinan
Jika terjadi kemiskinan tidak pula berdukacita

Orang mukmin tidak takut dengan kesakitan
Kalau berlaku tidak pula susah hatinya
Orang yang bertaqwa tidak bimbang dengan penghinaan dari manusia
Kalau terjadi tidak pula sakit hatinya

Orang mukmin tidak takut dimurka oleh manusia
Kalau berlaku tidak pula susah hati
Kekasih Tuhan itu tidak takut dan bimbang tentang rezekinya
Kalau tidak ada, redha hatinya

Orang mukmin itu tidak takut tidak dikasihi orang
Kalau terjadi tidak pula cacat jiwanya
Wali Allah itu tidak bimbang kalau tidak ada harta
Kalau hilang hartanya tidak pula jiwa derita

Orang mukmin tidak bimbang dengan takdir Tuhannya
Kalau terjadi tidak pula bersedih hati
Wali Allah itu tidak takut meninggalkan dunia, harta benda dan
sanak-saudaranya
Dan tidak pula bersedih dengan kematiannya

Orang mukmin itu yang dia takut hanya dengan Tuhannya
Yang dia berdukacita kalau terbuat dosa
Dia takut kalau Tuhan tidak redha
Dia susah hati kalau lalai dengan Tuhannya
Dia bimbang kalau tercabut imannya
Dia bersedih kalau cuai dengan ibadahnya

Begitulah lebih kurang maksud dan kehendak tafsiran ayat
Moga-moga ada kebenarannya

Selepas Asar
17 - 09 - 1999

KENAPA MAKANAN ROH TIDAK BERFUNGSI

Dalam bab yang lalu kita dapati roh (hati) jadi rosak (jahat) disebabkan
oleh pemakanannya. Sama ada berpunca dari makanan yang tidak baik atau
tersalah pilih makanan yang tidak bersih atau makanan roh itu terdedah
kepada maksiat dan mungkar. Kesannya, roh yang jahat akan mendorong
anggota-anggota lahir turut menjadi jahat.

Ada golongan yang berkata, "Saya sudah sembahyang, puasa, zikir,
selawat, baca Quran, berkorban, berjihad, berdakwah dan buat lain-lain
kebaikan tetapi hati tetap tidak terhibur atau jiwa masih tidak
tenang."

Dalam maksud yang lain, hati itu tetap juga sakit atau masih
berpenyakit. Yakni hati masih lagi bersifat pemarah, tidak sabar, hasad,
dendam, mengumpat, bakhil, tidak ada kasih sayang dan lain-lain lagi.
Kenapa jadi begitu? Bagaimana pula untuk mengatasinya?

Untuk menjawab persoalan ini saya jawab begini: Kiaskan pemakanan roh
sama dengan pemakanan jasad lahir kita. Kalau jasad lahir kita sudah
diberikan dengan makanan yang baik dan berzat, tetapi tidak juga badan
itu sihat. Ertinya, kena kaji juga bagaimana makanan itu disajikan.
Apakah kerana cara memasak itu tidak betul? Adakah kerana makanan itu
belum sempat masak, kita sudah memakannya. Adakah makanan itu terdedah
dengan pencemaran? Adakah makanan tersebut sudah tercampur racun atau
sudah basi? Adakah kita makan terlalu banyak atau mungkin makanan yang
merosakkan badan juga turut kita makan?

Katakanlah makanan yang baik dan berzat itu ialah nasi, daging, ikan,
sayur, susu dan lain-lain lagi. Kalau dimasak nasi dengan cara yang
tidak betul seperti terlalu kuat apinya hinggakan nasi menjadi hangit,
maka akan hilanglah zat karbohidratnya. Ikan yang segar dan mempunyai
protin, kalau belum sempat masak, kita sudah memakannya, tentulah tidak
sedap rasanya kerana ia masih mentah. Begitu juga dengan sayur-sayuran
hijau yang banyak mengandungi vitamin C, kalau dimakan tanpa dibasuh
dengan bersih, tentu ia akan terdedah kepada kuman penyakit atau beracun
(racun serangga). Susu yang mempunyai zat lemak, kalau disajikan setelah
susu itu basi, ia bukan lagi memberi kesihatan pada badan, bahkan akan
memudaratkannya. Apatah lagi kalau makanan yang berzat itu disertai
dengan racun atau keracunan, tentu racun itulah yang akan menguasai
seluruh badan, merosak dan menyakitkan badan.

Adapun teknik atau cara atau kaedah menyajikan makanan itu pun mesti
kita faham betul-betul. Barulah makanan yang baik dan berzat itu jadi
begitu sedap dan menyelerakan. Kalau salah cara memasaknya akan tinggal
hampas-hampas sahaja. Tidak ada zatnya lagi. Walhal makanan itu asalnya
baik, bermutu tinggi, penuh dengan zat tetapi hasilnya tetap sama sahaja
dengan orang yang makan makanan tidak baik atau tidak berzat atau orang
yang makan makanan beracun. Ertinya, tetaplah makanan itu tidak dapat
menyuburkan badan. Bahkan badan tidak sihat dan mudah diserang dengan
penyakit serta selalu saja sakit.

Begitu juga dengan roh. Makanan roh yang baik ialah sembahyang, puasa,
zikir, selawat, baca Al Quran, berkorban, berjihad, berdakwah, belajar,
berkhidmat kepada masyarakat dan lain-lain kebaikan lagi. Walaupun
makanan roh yang baik seperti di atas itu sudah dilakukan, ia tetap
tidak mendatangkan ketenangan kerana ia mungkin dilakukan dengan cara
yang tidak sempurna dan tidak tepat dengan ilmunya. Atau dilakukan
dengan cara yang tidak ikhlas atau tidak dihayati dengan jiwanya.
Tentulah ibadah-ibadah tersebut tidak akan memberi kesan kepada jiwa dan
fikiran. Jadi, kalau sudah tidak memberi kesan kepada jiwa dan fikiran,
tentulah ia juga tidak akan memberi kesan kepada tindakan anggota lahir.
Yakni anggota lahir tetap juga jahat. Contoh-contohnya:

1. Sembahyang tetapi tidak menghayatinya, lalai dan berkhayal sewaktu
menunaikannya. Sembahyang begini tidak akan memberi kesan apa-apa pada
hati dan fikiran. Bila tidak berkesan pada hati dan fikiran, tentulah ia
juga tidak akan berkesan pada anggota lahir.

2. Rajin baca Al Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutan tuntutan dari
ayat-ayat yang dibaca itu, tentulah tidak akan memberi kesan apa-apa
kepada hati dan fikiran. Ia tentunya tidak berkesan juga pada anggota
lahir.

3. Selawat, zikir, berjuang, berjihad dan berdakwah tetapi tidak dari
hati. Hanya ucapan di lidah sahaja. Tentulah tidak berkesan apa-apa
kepada hati dan fikiran. Bila tidak berkesan pada hati dan fikiran,
tentulah ia juga tidak berkesan apa-apa pada anggota lahir.

4. Berkorban, bersedekah, lain-lain kebaikan dan kebajikan juga, kalau
tersalah cara, tidak tepat dengan ilmunya, tidak dibuat dengan sempurna,
bukan kerana Allah, tidak pada tempatnya atau tidak dihayati, maka
kesannya tidak akan sampai ke hati dan fikiran. Apabila tidak berkesan
di hati dan fikiran, tentulah tidak berkesan juga kepada anggota lahir.

Adapun semua makanan roh yang baik ini walaupun asalnya baik tetapi oleh
kerana tidak faham cara, tidak tepat dengan ilmunya, tidak dibuat dengan
sempurna, tidak dihayati di hati atau membuat perkara itu tetapi tidak
disertai dengan mujahadatun nafsi, maka hasilnya tetap sama dengan orang
yang tidak melakukannya. Yakni tidak dapat memberi kekuatan kepada roh
(jiwa atau hati).

Kalau begitu roh tetap tidak sihat, lemah jiwa, mudah diserang penyakit
hati seperti hasad dengki, sombong, riyak, pemarah, bakhil, dendam dan
lain-lain mazmumah lagi. Penyakit-penyakit mazmumah (keji) tetap juga
tidak terubat. Sebab itu hati tidak tenang, gelisah dan keluh-kesah.

Roh atau hati juga boleh jadi rosak (jahat) kalau kita campurkan antara
membuat perkara yang baik dengan membuat perkara-perkara yang jahat.
Walaupun perkara-perkara yang baik itu dibuat tetapi dalam masa yang
sama masih melanggar pantang-larang syariat seperti bergaul bebas lelaki
dan perempuan, mendedahkan aurat, makan makanan yang haram dan subahat,
suka mengumpat, memfitnah orang, gila dunia, gila pangkat dan gila puji,
maka tentulah makanan roh yang baik tadi tidak akan memberi kesan.

Kiasannya, macam memakan makanan yang berzat dicampur dengan racun. Kita
tentu dapat mengagak apa yang akan terjadi. Tentulah bukan makanan yang
berzat yang berperanan tetapi racun itulah yang kuat menjalar cepat dan
aktif dalam badan. Akhirnya, merosakkan seluruh urat saraf dan saluran
darah serta daging. Badan akan rosak dan sakit-sakit dengan parahnya.

Begitulah juga kalau makanan roh yang baik dicampur dengan makanan roh
yang tidak baik. Tentulah makanan roh yang tidak baik itu yang lebih
berperanan. Jadi kalau yang hak dan yang batil sama-sama dilakukan, maka
yang batil itulah yang akan lebih memberi kesan pada akal, hati serta
tindakan lahir.

Oleh kerana itulah Allah berpesan dalam firman-Nya:

Maksudnya: "Apakah kamu percaya dengan setengah dari kitab dan
ingkar dengan sebahagiannya. Tidak ada balasan orang yang melakukan
demikian melainkan hina hidup di dunia." (Al Baqarah: 85)


Ertinya, kalau perintah suruh Allah (yang hak) dan larangan Allah (yang
batil) dibuat serentak samalah dengan orang yang percaya dengan
sebahagian dari kitab dan ingkar dengan sebahagian lainnya. Jadi untuk
golongan ini, hukuman yang setimpal di atas kedegilan mereka ini ialah
Allah hinakan hidup mereka di dunia lagi.

Terhinanya hidup mereka ini berpunca dari sifat-sifat mazmumah yang
masih bersarang dalam diri mereka itu seperti sifat pemarah, ujub,
sum`ah, sombong, keras hati, tamak, hasad, dengki, mengumpat,
bakhil, gila dunia, gila pangkat, gila puji dan lain-lain mazmumah lagi.

Sifat-sifat jahat (penyakit-penyakit jiwa) inilah yang menjadikan jiwa
tidak tenang, gelisah, keluh-kesah dan tidak bahagia serta boleh
merosakkan orang lain dan masyarakat. Tetapi manusia kebanyakannya tidak
sedar bahawa sifat-sifat mazmumah yang wujud dalam diri mereka itulah
yang menjadi punca tidak adanya ketenangan dan kebahagiaan sekalipun dia
seorang raja, pemerintah negara, ulama, pemimpin, orang kaya dan
sebagainya. Kerana itulah Allah melarang dalam firman-Nya:

Maksudnya: "Jangan kamu campurkan yang hak dan yang batil." (Al
Baqarah: 42)


Ertinya, dalam kita berbuat baik, jangan dicampur dengan perbuatan yang
jahat atau perintah suruh dibuat, perintah larang juga dilaksanakan.

Kesimpulannya, bila membuat atau melakukan yang baik dan yang jahat
sekaligus, yang jahat itulah yang akan lebih berpengaruh dan berkesan
dalam kehidupan. Akibatnya, kebaikan itu tidak akan jadi apa-apa atau
sia-sia sahaja sebab sudah dirosakkan oleh perbuatan yang jahat itu.
Selasa, 20 Oktober 2009 | By: iKhwan89

KELAB POLIGAMI IKHWAN: KELAB POLIGAMI INDONESIA DIRESMIKAN

Minggu, 18 Oktober 2009 17:18 WIB | Peristiwa | Unik | Dibaca 2878 kali
Bandung (ANTARA News) - Sebanyak 150 orang undangan dari seluruh
Indonesia memeriahkan launching klub poligami di Hotel Grand Aquila
Bandung, Jawa Barat, Sabtu malam.

Para tamu undangan yang datang di antaranya dari Papua, Jakarta,
Tasikmalaya dan Garut. Dalam peresmian tersebut, hadir juga ketua klub
poligami Malaysia Global Ikhwan Chodijah Binti Am.

Di samping peresmian klub poligami, dalam kegiatan yang bertema
`Poligami Obat Mujarab Untuk Mendapatkan Cinta Allah`, digelar juga
konser musik, operet dan penjelasan mengenai poligami.

Ketua Global Ikhwan Chodijah Binti Am mengatakan, klub poligami tersebut
awal mulanya diresmikan di Malaysia. Untuk itu, global ikhwan akan
mendirikan cabang klub poligami di Indonesia dan dimulai dari daerah
Jawa dan Sumatera.

"Sebelum meresmikan klub poligami di Bandung, saya sudah berkeliling
Indonesia untuk menyampaikan misi tentang poligami," katanya ketika
dihubungi ANTARA.

Menurut dia, klub poligami di Malaysia sekarang sudah berjalan dengan
lancar bahkan sekarang klub poligami sudah memiliki 300 anggota yang
tersebar di berbagai negara, seperti Indonesia, Australia, Singapura,
Timur Tengah, Thailand dan negara-negara lainnya.

Ia menjelaskan, poligami menjadi obat mujarab untuk mendapatkan cinta
Allah sebab dengan poligami seseorang akan senantiasa mengalami
kesusahan dalam hidupnya.

"Ketika dia dalam kesusahan maka dia akan meminta pertolongan kepada
Allah. Kesusahan yang dialami seorang istri yang suaminya berpoligami
sifatnya terus menerus, maka dia pun akan terus meminta tolong kepada
Allah," ujarnya.

Ia mengaku, sebagai wanita awalnya menolak poligami, bahkan seluruh
keluarganya pun menolak dengan alasan takut Chodijah tidak bahagia dan
terlantar.

Tapi, ia melanjutkan, setelah selama 30 tahun menjalani hidup sebagai
seorang istri yang dipoligami, justru dirinya mendapatkan cinta Allah,
karena senantiasa berkomunikasi dengan-Nya.

Chodijah tidak memungkiri jika pendirian klub poligami di Indonesia
akan menimbulkan penentangan dari berbagai pihak apalagi kaum hawa. "Hal
itu juga terjadi di Malaysia ketika pertama kali dideklarasikan, namun
sekarang semua sudah bisa menerimanya, " katanya.

"Untuk di Indonesia sendiri saat ini ada 30 keluarga yang bergabung
dalam klub poligami dan sementara saya akan mendeklarasikan di Jawa dan
Sumatera dulu. Sudah itu baru ke seluruh Indonesia," katanya.




khadijah am sedang berucap
Sabtu, 17 Oktober 2009 | By: iKhwan89

KAYA HATI KAYA YANG HAKIKI



Orang yang kaya hati dikatakan juga kaya roh atau kaya jiwa. Manusia
sibuk mencari kekayaan wang ringgit dan harta benda tetapi kurang
berminat untuk mengkayakan hati, roh atau jiwa mereka. Sebenarnya kaya
hati ialah kaya yang hakiki. Tidak ada lagi kekayaan yang boleh
mengatasi kaya hati. Kalau hati sudah kaya, maka kekayaan akan dirasai
di mana-mana dan dalam apa jua keadaan. Orang yang kaya wang ringgit dan
kaya harta benda boleh jatuh miskin dan papa kedana bahkan boleh jatuh
muflis atau bangkrap. Tetapi orang yang kaya hati akan tetap kaya
selama-lamanya.

Bagi orang yang kaya hati, ada harta atau tidak ada harta, ada kekayaan
atau tidak ada kekayaan, sama sahaja padanya. Kaya atau miskin tidak
menyusahkan hatinya dan tidak menggugat jiwanya. Sama ada dia dipuji
atau dikeji, dimuliakan atau dihina, sama sahaja baginya. Dia tidak
merasa bangga dan tidak pula berkecil hati atau cacat hatinya.

Orang yang kaya hati, imannya kuat. Keyakinannya kental. Akhirat adalah
matlamatnya. Dengan dunia ini, ada atau tidak ada, sama sahaja baginya.
Bagi orang yang kaya hati, dunia ini suatu yang mudah. Dia merasa cukup
dan puas dengan apa yang ada. Banyak atau sedikit serupa sahaja.

Orang yang kaya hati merasa cukup dengan Tuhan. Dia merasa kaya dengan
Tuhan. Kalau dunia dan harta ada di tangan, dia susah hati kerana ini
bererti tanggungjawab yang berat terhadap agama dan masyarakat yang
perlu dipikul. Dia takut kalau-kalau tanggungjawab itu tidak dapat
dilaksanakan. Kalau harta itu dapat diberi kepada orang yang memerlukan
dan dapat dikorbankan ke jalan Allah, maka terhibur jiwanya dan lapang
dadanya. Kalau ini tidak dapat dilakukan maka susah hatinya. Harta dan
dunianya di tangan tetapi tidak di hati. Kalau dunia dan harta tidak
dimiliki, senang hatinya kerana tanggungjawabnya ringan.

Dia tenang dengan ujian dan kesusahan. Dia tidak digugat oleh hal-hal
dunia yang menimpanya sama ada yang berbentuk nikmat dan kesenangan
mahupun yang berbentuk ujian dan kesusahan. Dunianya tidak dapat
melalaikannya dari Tuhan dan dari tanggungjawabnya.

Orang yang kaya hati tidak merasa `inferiority complex' atau
hina diri dengan orang kaya atau raja, orang cerdik pandai, orang yang
berkuasa dan sebagainya. Dia memandang semua manusia semuanya setaraf
sahaja. Pada dia, martabat manusia diukur mengikut iman dan taqwanya dan
bukan dengan ukuran dunia.

Orang yang kaya hati, kalau mereka kaya harta, ramai orang boleh
menumpang dan mendapat manfaat dari kekayaannya. Dia tidak merasakan
kekayaan itu miliknya dan oleh itu mudah baginya membelanjakannya. Fakir
miskin terbela, orang susah dibantu, orang yang memerlukan diberi, dan
orang yang berhutang diselesaikan hutangnya. Dia menjadi `bank'
kepada masyarakat.

Benarlah bahawa kaya dan miskin itu hanya istilah semata-mata yang
berbeza maksudnya mengikut orang yang menuturkannya. Ada orang merasakan
bahawa kaya itu bermaksud mempunyai banyak harta kekayaan dan miskin itu
tidak mempunyai apa-apa. Ada pula yang faham bahawa kaya itu bermaksud
tidak mahu dan tidak memerlukan sesuatu apa pun walaupun tidak mempunyai
apa-apa dan miskin itu bermakna memerlukan kepada sesuatu walaupun
setengah dunia telah menjadi hak miliknya. Allah itu disebut Maha Kaya.
Ini bermakna Allah tidak memerlukan kepada sesuatu apa pun. Allah Maha
Kaya dari memerlukan sesuatu.

Dengan definisi ini, kalau seseorang manusia itu hatinya sudah tidak
terpikat dan tidak mahukan lagi kekayaan dunia ini, maka kayalah dia
walaupun dia tidak punyai apa-apa. Tetapi kalau seseorang manusia itu
memiliki setengah dunia ini dan dia masih mahukan dan gilakan yang
setengah lagi, maka dia tetap miskin kerana dia masih dalam keadaan
memerlukan.
Khamis, 15 Oktober 2009 | By: iKhwan89

AFG:Dulu,Kini Selamanya

*petang yang pnas macam bese....hu3..*salam alaik...aper kbar suumer..?da lame tak update blog ni..hu3..internet pnyer line ni macam2 sangat masalah die..hu3....ni nak citer sedey ni..hu3....akhirnyer dah letak dah jawatan sebagai pengerusi kelab yang paling best bagi ku iaitu AFG..hu3..sedey sey...*hmm*..tataw la nak cakap ape.....tapi tu lah.....selame setahun bersame2 berjuang dalam organisasi fasilitator ni,saaangatlah banyak perkara suka n duke yang aku dan sahabat jawatankuasa ku yang lain rasai.....hmm...mase simbolik hari tu,sedey dalam hati je la..hu3..lepas ni,mungkin aku tak boleh dah nak buat program bersame ngan anak2 buah ku yang best2,nak bergelak same2 time program,*isk3*...sedey sey.hu~.....pie arapkan sesiapa yang pernah jadi Ahli Jawatankuasa AFG 08/09 sentiasa dalam ikatan ukhuwah yang mantap selame2nye sampai mati.....AMIN....
Isnin, 5 Oktober 2009 | By: iKhwan89

YAQUT WAL MARJAN

salam alaik..ni untuk kongsi2 ngan kekasih hati,dan kengkawan....artikel ni best...slamatmembaca...


Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, kecuali Pencipta kita. Tetapi dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana….Mempunyai teman/saudara yang memahami kita.Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang teman/saudara,begitulah juga dia.Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…..?Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa…..tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai teman/saudara yang sentiasa memahami. Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.Harapan dan impian juga kita luahkan.


Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa teman/saudara kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.

Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah….?Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaannya…Kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang teman sebagai kekuatan. Jadilah kita temannya itu….Ziarahilah dia..Hiburkan hatinya..Fahami dia..Tunaikan hak2 bersaudara..

Kita selalu melihat dia ketawa dan tersenyum,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan.
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..
Di sebalik kata semangatnya sebenarnya dia juga perlukan kekuatan..

Antara cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah saudara yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah saudara yang paling baik.
Persaudaraan itu mahal, kadang kerana kesibukan perjuangan, berkongsi ilmu, menyampaikan sesuatu, menjaga perbatasan, cita-cita, matlamat dan macam2 lagi, kita terlupa tentang betapa berharganya teman di sisi kita ini. Tak terasa kepentingan dan peranannya yg besar dlm diri kita. Terlupa ttg jasa2nya yg besar apatah lg yg sebesar anak hama kurus. Tidak pernah menunjukkan penghargaan walau cuma dgn hadiah murah yg kecil atau layangan kata2. Apa2 jenis perasaan pun, ia perlu pembuktian tindakan. Sy termenung panjang membaca article ni. Sy jg bukan seorang teman yg baik. Sering menyebabkan insan sekeliling terkena tempias dosa2 sy. Terlupa utk m'nunaikan hak berteman. Mengambil mudah budi dan jasa mereka. Teruknya sy..Ampun ya Allah, ampun semua..Mg Allah sudi tunjuk'n jalan beradab dgnNYA juga sesama makhluk.

Bak kata UNIC, usah biar kehilangan menzahirkan lafaz yg tersimpan. Saat itu, cuma do'a dan hadiah tanpa penglihatan yg mmpu dilahirkan. Hargailah persaudaraan kerana ia juga pemberian Tuhan buatmu, amanah btmu. Terkandung seribu hikmah, tersirat rahsia Allah..Terlalu banyak rahsia dan didikan di dalam persaudaraan. Indahnya secebis nikmat yg KAU kurnia bt kami drpd nikmatMU yg luas tak terkira. Bagaimana pula nikmat yg masih m'jadi rahsiaMU ya Allah? Subhaanallah! Baiknya Tuhan kita. Segala puja puji btMU cinta Agung..
Terima kasih ya Allah, terima kasih teman..

Tapi, jgn lupa..Teman Tertinggi, paling setia, paling memahami tentulah Pencipta kita. DariNYA juga hadir teman dan persaudaraan..
Khamis, 1 Oktober 2009 | By: iKhwan89

MINGGU KE-11 : MINGGU YANG SIBUK


*hu~..pagi yang sejuk...semalam ujan..*salam alaik..selamat pagi..(^_^)..semoga semua dalam kasih sayang TUHAN..alhamdulillah,pagi ni,ade lagi kesempatan untuk ku mencoretkan catatan hidup ku disini,,,ada orang yang TUHAN dah tak bagi rezeki dah,beruntunglah bagi orang-orang yang sedar...

Hu3..ni nak cIter skit,minggu ni merupakan minggu ke-11..hu3..minggu yang paling bz skali...mane taknyer...minggu dePan da nak kne hantar tesis..hu3....*aduuuh!!*..tesis ni plak,adoi....tak siap2 je lagi..*mane taknyer,duk ngadap katil jer..lalalalala*dengan asigment lagi..yang aku senirik pon tak ingat aku dah buat ke tak asigmnet..*da macam orang ilang ingatan dah..hu~*

Lepas tu plak dengan meeting yang baaaanyak..hu3....meeting ape lgi klaw bukan AFG n MPP...bEselah,bile dah tahun 3 nie,dah nak abes ni,macam-macam la meeting kne buat..ye la...masing-masing cbuk nak letak jawatan....*jadi mantan la pas ni..*...

Dalam kebizian ni,ape yang ku harapkan satu jer....tak lupekan TUHAN,tak lalai dengan sembahyang...apalah gunenyer aku ni,klaw semangat sangat nak siapkan tesis,tapi hubungan dengan TUHAN ku,aku abaikan....

Wahai TUHAN ku,didiklah nafsu ku untuk mencntai Mu...aku tidak sanggup lagi menanggung kelemahan sendiri....tolonglah aku TUHAN....bantulah aku.....

Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com