Rabu, 31 Mac 2010 | By: iKhwan89

CAN DO!! : TERSENTAK PAGI KU


*bismillah*..dengan nama Tuhan yang Maha Agung,dengan seluruh kepujiannya,selawat dan salam kepada 2 pemimpin Agung kita...Baginda Rasulullah S.A.W dan sohibuzzaman..dengan barakah merekalah islam masih ada lagi diatas bumi bertuah Malaysia ini,masih lagi aman dan damai di malaysia ini dan masih lagi aku diberi petunjuk dalam bermujahadah...terima kasih A..


Pepagi...hari nie....pkol 9..dapat dengar nasihat free of charge...penuh ketegasan,penuh stamina dan penuh rasa kasihan dan kerisauan...begitulah..tersentak aku mendengarnya saat fon dilekap kan ke telinga..kuat sekali...tapi itulah sebenarnya yang membangunkan motivasi aku pada saat ini..

Kehausan sekali aku mendengar nasihat dari dia...inilah pagi permulaan bagiku,pagi pertama bagi ku yang ingin sekali untuk aku menempuhnya...semenjak-semenjak aku kerja.terasa pagi tidak perlu..dan tidak mahu aku menempuhnya..dek kerana kesepian..tanpa teman...tanpa nasihat darinya...hilang motivasi ku...

Alhamdulillah..rupa-rupanya Tuhan mendengar rintihan ku disaat usai solat fardhu setiap hari sejak 3 bulan lalu.."ya Allah..aku lemah..berikan aku petunjuk...kurniakan aku pendorong untuk ku berjaya,,,redhakanlah aku.."betapa baiknya Tuhan kepada ku..trima kasih Tuhan..trima kasih A..

Ampun maaf kerana menambah beban mu..aku tahu...hidup pasti ada masalah..kekadang..culas jugak aku..tak mampu..aku kan hamba...sering mintak petunjuk dari Mu..pagi ini...aku sudah nekad...tiada apa yang boleh menghalangku dengan izin Tuhan untuk aku berjaya..dan aku tahu...aku ada kekuatan dalam diri ku dengan izin Tuhan...terima kasih kamu..sedarkan aku....

pinta ku...ingin sekali setiap hari mendengar nasihat darimu..agar terbangun roh ku...tersedar aku dari lamunan..semoga Tuhan meredhai kamu..selamanya...ampun maaf,wabihi wallahu a'lam

"jangan lari dari masalah..jangan salahkan orang lain dengan masalah kita..xde ape yang kita tak ley buat..."-dia-
Selasa, 30 Mac 2010 | By: iKhwan89

APA YANG AKU PERLU LAKUKAN : JELAJAH HINA DIRI

bismillah...dengan nama Tuhan yang Maha Kasih Sayang..semoga mereka,aku,dia,dan semua dalam petunjuk.

Ya Allah...setiap hari..aku semakin tidak mampu menghadapi hidup ini...betapalah hinanya aku..tidak kira di depan mu,mahupun di depan manusia...aku begitu hina sekali...apatah lagi ketika aku memikirkan tentang dia...sangat memalukan aku...jauh bezanya..umpama langit dengan bumi..

Tapi tetap juga aku menagih cintanya..kerana aku tahu,dia yang terbaik untuk ku...siang malam aku berdoa di hadapan cinta agung ku...terasa hinanya..aku menagih juga cintanya..ya Allah...semakin aku sedar,aku sudah lalai dengan Engkau...tapi hati ku memberontak...itulah nafsu ku


Ya Allah...aku tetap menanti...dengan penuh harapan dan penyesalan...ingin memulakan semula dengan rahmat dan kasih sayang Mu. tidak mahu lalai,tidak mahu begini lagi...serik aku...oh Tuhan...bantulah aku ini Tuhan yang sudah menyesal...Tuhan...dengan berkat orang2 Mu di bumi ini,terimalah hubungan kami ini sebagai satu hubungan untuk mempromosikan Tuhan dan orang-orangNya kepada seluruh sejagat...wabihi wallahu a'lam
Sabtu, 27 Mac 2010 | By: iKhwan89

DEMONSTRASI : MENGAPA TONJOLKAN KELEMAHAN KEPADA MUSUH??

Petikan

1. Dewan Pemuda PAS Pusat membantah sekeras – kerasnya tindakan
akhbar di Sweden yang telah menghina Nabi Muhammad SAW.

2. Sebelum ini beberapa karikatur Rasulullah telah dikeluarkan oleh
Akhbar di Denmark dan kini pula di akhbar Sweden. Penghinaan seperti ini
tidak boleh dipandang ringan oleh ummat Islam bahkan juga non muslim,
justeru ia satu pencabulan terhadap kesucian agama.

3. Pemuda PAS juga memandang serius isu yang sedang berlaku di
Baitulmuqaddis pada ketika ini. Berikutan pembinaan Kuil Al-Kharab di
sebelah Barat Masjid Al-Aqsa yang mencemarkan kehormatan kota suci Ummat
Islam. Pihak penjajah Zionis juga mengumumkan pembukaan kuil tersebut
sebagai langkah permulaan untuk membina Kuil Haikal Sulaiman di atas
tapak Masjid al-Aqsa yang akan diruntuhkan kelak. Ummat Islam di seluruh
dunia diseru agar mempertahankan kesucian Masjid al-Aqsa yang menjadi
kiblat pertama umat Islam dan bumi Israk Mikraj Rasulullah SAW.

4. Bagi membantah tindakan tersebut, Pemuda PAS akan mengadakan satu
himpunan aman bagi membantah tindakan tersebut pada butiran berikut:

Tarikh : 26 Mac 2010 (Jumaat)

Masa : 01.15 pm : - solat Jumaat di Masjid Tabung Haji.

02.00 : - berkumpul dan berarak ke Kedutaan Sweden.

5. Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan agar semua rakyat Malaysia yang
prihatin, sama ada muslim dan non-muslim serta seluruh NGO – NGO
yang cintakan keamanan dapat bersama hadir membantah tindakan Akhbar
Sweden dan Rejim Zionis yang mencabul kesucian agama Islam.

http://episodeperju angan.blogspot. com/
<http://episodeperju angan.blogspot. com/2010/ 03/1.html>

------------ --------- --------- --------- --------- --------- -\
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -\
------------ --------- --------- -------

Arus kebangkitan Islam yang melanda dunia ketika ini telah mendatangkan
beberapa kesan terhadap umat Islam. Di antaranya ialah bangkitnya
semangat dan perasaan anti Yahudi dan Barat yang meluap-luap di kalangan
umat Islam, bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh pelusuk dunia.
Apa saja tindak-tanduk atau dasar atau kata-kata kaum Yahudi dan Barat
yang nampak seperti menindas, menghina atau merugikan umat Islam akan
ditentang dan dikecam.

Ini mungkin satu perkembangan yang baik. Ini mungkin menandakan bahawa
umat Islam sudah mula cinta pada Islam dan tidak rela lagi melihat Islam
itu diapa-apakan. Mungkin juga umat Islam sedunia telah mula memahami
akan maksud ayat:

Maksudnya: "Tidak sekali-kali akan redha kaum Yahudi dan Nasrani itu
kepada engkau (ya Muhammad) selagi engkau tidak ikut cara hidup
mereka."(surah Al-Baqarah: 120)

Tetapi kita juga dapat perhatikan bahawa semangat ini telah
mengakibatkan umat Islam sedunia membuat perkara-perkara yang tidak ada
dan tidak diajar di dalam Islam. Semangat ini telah mendorong umat Islam
berdemonstrasi dan menunjuk-nunjuk perasaan. Silap saja langkah dan
cakap Yahudi atau Barat maka keluarlah umat Islam dengan
sepanduk-sepanduk dan slogan-slogan. Berkumandanglah suara-suara
mengutuk dan mengecam Yahudi dan Barat. Demonstrasi dimeriahkan pula
dengan sorak-sorai dan jerit pekik. Suasana gawat.

Bukan sedikit umat Islam yang keluar berdemonstrasi dan menunjuk
perasaan seperti ini. Bukan setakat puluhan, bukan setakat ratusan
tetapi menjangkau ribuan dan puluhan ribu. Bukan sahaja yang muda, malah
yang tua pun ikut sama. Bukan sahaja yang lelaki, yang perempuan pun
tidak mahu ketinggalan. Kadang-kadang demonstrasi ini dibuat setempat.
Kadang-kadang berarak ke hulu ke hilir. Kadang-kadang berusuh-rusuh dan
berbaling-baling batu.

Apa yang para `demonstrasi' ini telah lupa ialah, demonstrasi
dan tunjuk perasaan yang mereka lagang itu bukanlah dari Islam tetapi
adalah dari budaya toghut. Islam tidak ada mengajar demonstrasi dalam
bentuk yang macam itu. Di sinilah lemahnya kita. Dari satu segi kita
marahkan perbuatan toghut tetapi dari segi yang lain kita pula yang
mengamalkan dan mempopularkan apa yang dianjurkan toghut selama ini. Apa
yang ada dalam Islam ialah menunjuk kekuatan supaya musuh gerun dan
takut untuk memulakan pergaduhan atau peperangan. Ini jauh berbeza
dengan demonstrasi atau menunjuk perasaan.

Cuba bayangkan berapa banyak masa dan tenaga umat Islam telah terbuang
dengan sia-sia untuk berdemonstrasi. Kalau 10,000 umat Islam
berdemonstrasi selama lima jam maka sudah 50,000 jam usaha manusia (man
hours) terbuang yang sepatutnya boleh menyiapkan 10,000 meter jalan raya
dua hala.
Itu sudah 10 kilometer. Cuba kaitkan pula dengan usaha-usaha
untuk membangunkan dan menguatkan Islam secara zahir dan batin. Berapa
banyak yang boleh kita buat dan kita capai dengan tenaga dan masa
sebanyak itu. Alangkah ruginya kerana semua itu telah dihalakan kepada
demonstrasi yang tidak pernah mendatangkan apa-apa kebaikan kepada umat
Islam atau perjuangan Islam, dan tidak pernah pula merugikan atau
menggugat musuh.

Bukan tenaga dan masa sahaja yang telah disia-siakan. Cuba kirakan
belanja dan kos berdemonstrasi. Kalau setiap orang yang berdemonstrasi
perlu belanja untuk minyak, tambang dan makan minum sebanyak lima
ringgit seorang, maka RM50,000 telah lesap begitu sahaja.
Ini belum
masuk belanja buat sepanduk dan lain-lain. Berdemonstrasi dan menunjuk
perasaan ini hakikatnya ialah mempamerkan kelemahan diri. Menunjuk
perasaan ialah amalan dan jalan keluar bagi pihak yang lemah kerana
tidak mampu atau tidak berani menempuh jalan keluar yang lain yang lebih
drastik atau yang lebih mencabar. Itu sebabnya isteri akan tunjuk
perasaan kepada suami dengan merajuk. Anak akan tunjuk perasaan kepada
ayah dengan membuat kerenah. Murid akan tunjuk perasaan kepada guru
dengan ponteng kelas. Mereka tidak ada kuasa. Oleh itu mereka terpaksa
bertindak secara pasif untuk menarik perhatian. Kita tidak pernah dengar
suami tunjuk perasaan pada isteri atau ayah tunjuk perasaan pada anak
ataupun guru tunjuk perasaan pada murid.

Tunjuk perasaan pula hanya akan ada kesannya kalau dihalakan kepada
pihak yang bertanggungjawab dan yang ada pertalian kasih sayang dengan
kita.
Itu sebabnya lojik bagi isteri menunjuk perasaan kepada suami,
anak tunjuk perasaan kepada ayah atau murid menunjuk perasaan kepada
guru. Seperti kata orang tua-tua, "Merajuk pada yang kasih."
Kalau rakyat menunjuk perasaan kepada kerajaannya sendiri, ini masih
boleh diterima terutama kalau kerajaan tersebut berjiwa rakyat dan
bertanggungjawab. Kesannya mungkin positif. Tetapi menunjuk perasaan
kepada musuh adalah terkeluar dari batas perbuatan yang waras.

Apa bijaknya menunjuk perasaan dan menyatakan perasaan tidak puas hati
kita kepada musuh yang memang kerjanya pagi petang, siang dan malam
ialah berazam dan mencari jalan untuk menghancurkan dan memusnahkan
kita? Apakah musuh akan ambil peduli dan akan memberhentikan usahanya?
Tentu tidak! Sekali-kali tidak! Musuh akan bertambah terangsang kalau
kita tunjuk perasaan kerana dia tahu jeratnya sudah mengena dan
tindakannya sudah tepat. Mangsanya sedang menggelupur kesakitan. Dia
akan tersenyum sinis dan akan melipatgandakan lagi usahanya.

Islam tidak suruh berdemonstrasi atau menunjuk-nunjuk perasaan kepada
musuh. Islam suruh berstrategi dan bermuslihat. Di kala lemah, Islam
suruh kita ambil sikap evasion dan consolidation. Di kala kuat, ambil
sikap "Aslim taslam" – Islamlah, kamu untuk selamat.

Seperkara lagi yang harus kita faham, Islam tidak bermusuh dengan Yahudi
semata-mata kerana ianya Yahudi. Islam tidak bermusuh dengan Nasrani
semata-mata kerana ianya Nasrani. Kita tidak bermusuh dengan individu
orang Yahudi atau individu orang Amerika atau individu orang Eropah. Apa
yang kita musuhi ialah sifat-sifat yang ada pada Yahudi dan Nasrani itu
dan apa yang mereka perjuangkan sebagai satu bangsa dan entiti. Kita
musuhi iktiqad dan cara hidup mereka yang hendak mereka paksa ke atas
kita.

Kita musuhi nilai mereka. Kita musuhi ideologi mereka. Kita musuhi
pemikiran mereka. Kita musuhi budaya mereka. Kita musuhi akhlak mereka
dan kita musuhi sekularisme dan sistem-sistem hidup mereka yang mana
semuanya itu tersimpang jauh dari jalan yang hak dan yang diredhai
Allah. Yang mana semuanya itu akan membawa manusia kepada kesengsaraan
di dunia dan di akhirat. Kita juga akan memusuhi siapa sahaja yang
mempunyai sifat-sifat yang sama dan yang memperjuangkan perkara-perkara
yang sama walaupun mereka bukan Yahudi atau Nasrani.

Kalau sifat-sifat Yahudi dan Nasrani itu ada pada diri kita maka lebih
layaklah kita memerangi diri kita sendiri terlebih dahulu. Berapa ramai
orang Islam yang memperjuangkan ideologi musuh. Berapa ramai orang Islam
yang membawa aliran fikiran dan falsafah musuh. Berapa ramai orang Islam
yang mengamalkan budaya musuh. Berapa ramai orang Islam yang berakhlak
dengan akhlak musuh. Berapa ramai orang Islam yang cara hidupnya sama
seperti cara hidup musuh, dan berapa ramai orang Islam yang
memperjuangkan Islam dengan meniru kaedah perjuangan musuh.

Ini yang harus kita fikirkan bersama. Tidak ada makna kita berjaya
menumpaskan musuh kalau kita pula akan mewarisi sifat-sifat dan cara
hidup mereka. Sifat-sifat yang batil itulah sebenarnya musuh kita dan
musuh Islam, bukan sangatYahudi dan Nasraninya. Sifat-sifat itulah yang
hendak kita banteras, dan kita akan tentang siapa sahaja yang mendukung
dan melagang sifat-sifat tersebut, hatta diri kita sendiri. Tuhan cipta
manusia berbangsa-bangsa supaya kita saling kenal mengenal di antara
satu sama lain. Tuhan tidak jadikan manusia itu berbangsa-bangsa untuk
kita bergaduh dan berperang. Dalam masa yang sama, Tuhan menyuruh kita
menentang kekufuran, kezaliman dan kebatilan. Oleh itu, kalau perlu ada
penentangan di kalangan manusia, ia mesti diasaskan kepada kekufuran,
kezaliman dan kebatilan dan bukan kepada suku bangsa. Sesiapa sahaja
yang memperjuangkan kekufuran, kezaliman dan kebatilan mesti ditentang
tidak kira apa bangsanya, sekalipun dia dari kalangan bangsa kita
sendiri.

FANTASTIC BLOGGER AWARD : HE3...trimas untuk yang anugerahkan saya..

bismillah walhamdulillah..semoga dalam kasih sayang Tuhan....ha...kali nie...pada tengah2 malam ni...aku tak dapat tidor..atas sebab2 kesihatn..hu3....jadi aku na share ngn blogger2 n member2 yang bace blog aku ni...hari ni..baru aku on blog...he3..ape yang bestnyer....aku dpt award blog paling fantastic ..khi3..yo2 je..he3....trimas kpda mrs.mengenal_diri sbb bagi aku award ni..he~...lpas ni...boley uh plih aku lagi jdi pmenang award tau..he3...

tpi..untuk nak dptkan award ni...ade beberapa steps..hu3...payah jgak....ha..berikut adelah step2 yang aku kne patuhi sbelum dpt award ni:
1- Thank & link the person that gave you the award. (beres sudah! =)


2- Pass this award onto 3 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.




3- Contact said blogs and let them know they've won the award. (orait =)


4- State 7 thing about yourself.


i) saya seorang yang er....tak garang kalau orang ta kacau saya,suke abeskan duit untuk orang tercinta..*kadang-kadang sampai kene bebel*

ii) adek saya ada 7 orang..termasuk saya 8...saya yang paling sulong..(^_^)

iii) paling suke bile dapat berjalan dengan geng2 aku*wan,fahmi,zul,amar* n ngn yang terchenta

iv) komik,online n novel...adalah rutin harian ku yang tak dpt dipisahkan daripada diriku..

v) saya suke kene bebel...(^_^)

vii) paling tak suke kat orang yang wat keje separuh-separuh...*ye la tu...*







Sekian... =)
Jumaat, 26 Mac 2010 | By: iKhwan89

AKIBAT TERLAMPAU MENUNTUT HAK

Manusia mempunyai berbagai-bagai hak. Hak-hak yang
asas termasuklah hak ke atas agamanya, diri dan
jiwanya, akalnya, keluarga dan keturunannya, kehormatannya
dan hartanya. Di samping itu manusia juga mempunyai
hak ke atas manusia yang lain. Namun begitu, disebabkan
oleh hati yang tidak terdidik dengan didikan Islam
dan juga disebabkan kurang faham tentang konsep hak ini
sepertimana yang dikehendaki oleh Islam, maka manusia telah
banyak tersilap dan menyimpang dari jalan yang sebenar.
Keadaan bertambah buruk apabila kefahaman tentang pemberian
dan tuntutan hak yang diamalkan oleh masyarakat
sekular dan yang terdapat di dalam adat resam bangsa terbawabawa
ke dalam kehidupan masyarakat Islam.

Hak itu telah dianggap sebagai mutlak. Kalau tidak diberi,
ia dianggap satu penganiayaan yang besar. Satu kezaliman
kubro. Ia boleh dijadikan kes mahkamah. Boleh pula samanmenyaman.
Kalau menang kes, boleh tuntut ganti rugi sampai
jutaan ringgit. Ganti rugi yang dituntut itu pula tidak ada
kena-mengena dengan hak asal yang dituntut. Macam-macam
jenis ganti rugi dituntut. Ganti rugi malulah. Ganti rugi koslah.
Ganti rugi tekanan jiwa dan hilang ketenteraman dan berbagai
lagi bentuk ganti rugi yang direka-reka. Akhirnya usaha untuk
menuntut keadilan bertukar menjadi satu kezaliman. Para
peguamlah yang mengaut untung di atas putar belit ini.

Lahirlah dalam masyarakat sindrom saman-menyaman.
Manusia sudah jadi macam tebuan. Silap sedikit, menyengat.
Silap sedikit, saman! Hilang sifat redha-meredhai, maaf-bermaafan
dan halal-menghalalkan. Ukhwah pecah dan kasih
sayang hancur. Di dalam Islam, walaupun seseorang itu mempunyai
hak ke atas orang lain, hak ini berlandaskan kepada
kemampuan. Tidak wajib atas seseorang untuk melaksanakan
hak orang lain ke atas dirinya dalam keadaan dia tidak mampu.
Allah pun melepaskannya dari tanggungjawab tersebut dan
dia tidak jatuh berdosa kalau tidak mampu melaksanakannya.
Di dalam keadaan begitu, digalakkan pula di dalam Islam
agar umatnya redha-meredhai, bertolak ansur, halal-menghalalkan
dan maaf-memaafkan. Ganjarannya tetap ada di sisi
Tuhan. Dengan ini maka tidaklah wujud tekan-menekan,
desak-mendesak dan tuntut-menuntut yang sangat merosakkan
hubungan dan kasih sayang sesama Islam.

Pernah berlaku di dalam sejarah, sepasang suami isteri
yang telah lama bernikah. Si suami masih belum dapat menjelaskan
mas kahwin yang dia terhutang kepada isterinya
kerana terlalu miskin. Setelah lama tinggal bersama dan setelah
mendapat beberapa orang anak, si isteri yang tidak sabar sering
menuntut mas kahwinnya dari si suami. Malangnya, si suami
yang miskin itu tidak dapat juga menjelaskan hutang mas
kahwinnya itu. Suatu hari si isteri hilang sabar dan mengadu
kepada Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW melihat memang nyata suaminya terlalu
miskin dan tidak mampu membayarnya. Lalu Baginda
mencadangkan adalah lebih baik si isteri menghalalkan sahaja
mas kahwin tersebut. Si isteri tetap berkeras, dia tidak bersetuju
dan tidak rela. Dia masih berkeras menuntut haknya dan
mahukan mas kahwin itu dari suaminya. Memandangkan hal
itu, Rasulullah sendiri membayarkan mas kahwin tersebut bagi
pihak suaminya. Tetapi sambil Rasulullah SAW membayar mas
kahwin itu, baginda bersabda, "Moga-moga tidak ada berkatnya
mas kahwin ini." Rupa-rupanya Allah SWT mendengar
sabda Rasulullah itu. Kata-kata kekasih Tuhan, kata-kata
seorang Sohibul Azman. Akibat membangkang nasihat Rasulullah,
akhirnya isteri itu mati di dalam keadaan kufur tidak
beriman.
Rabu, 24 Mac 2010 | By: iKhwan89

GURU-GURU : KITA TAK MAMPU MENDIDIK


*bismillah....*dengan kasih sayang Tuhan...dan rahmat Tuhan....aku masih di sini....

Kini aku telah dewasa..menjadi seorang guru kini...amat berbeza..dahulu aku diajar kini,aku mengajar....sangat berlawanan sekali,berhadapan dengan karenah murid saban hari menjadikan aku sangat bermujahadah dan bergantung dengan A 100%.

Ramai jugak kengkawan ku yang mengambil guru sebagai profesyen sementara mereka sebelum menyambungkan semula pelajaran mereka....n...ade jugak yang berkeluh kesah...."huh!,budak ni nakal betul,mati akal aku dibuatnya.."ada jugak yang berkata.."bengang betol aku dengan budak tu...dah kene rotan pon nakal lagi!.." dan bermacam2lagilah yang kengkawan aku kata kan...(^_^)..*bese la geng,bebudak...dulu zaman kite bebudak dulu lagi uh kan3...he3*

Hmm,,,nak kate kat antum sumer...dalam nak mendidik...secara zahirnyer....memanglah nampak kita sahaja yang mengajar bebudak tu sumer...tapi..rupe-rupenyer..dari segi batiniah....rupe2nyer...kite sebenarnya mengalami proses mendidik dan di didik....


dalam proses mendidik,kita menghadapi pelbagai karenah anak murid..adayang nakal,degil,taknak dengar kata,ade setengah tu yang melawan!!...ya Allah..macam-macam lagi lah...ha..dari situ jugaklah hati kiter terdidik rupenyer...hati-hati kiter yang sebagai guru ni..terdidik...terdidik kesabaran kiter nak selesaikan bebudak nakal ni,terdidik jugak nafsu amarah kiter ni...*ya Allah..mogahati ku terdidik selalu*..pulak tu..dengan macam-macam kerjanya....menjadikan hati kita selalu mujahadah,selalu berkata-kata dengan Tuhan.."ya Allah..lemahnya aku...tolonglah aku..aku ni tak mampu nak buat kerja-kerja ini semua,,,tolong aku Tuhan.."


Ha...kan cantik Tuhan aturkan tu sumer....kalau ikut logik akal...kite ni sebenarnya tak mampu nak mendidik langsung manusia ni...mendidik mestilah dari hati yang bersih..bersih tak hati kite??..kite ni mampu setakat mengajar jer....tak sampai pun lagi kepada tahap mendidik...lebih-lebih lagi aku..mendidik adalah dari hati..akan samapi ke hati...

mendidik itu ialah mampu mengenalkan manusia kepada Tuhan...mampu sedarkan manusia kepada Tuhan...kita setakatmengajar je lah....bagi ilmu...kongsi ilmu denga anak murid...dan lain-lain lagi....

setkat inilah dulu kot...bicara aku yang tak pernah habis ni..hu3...AT jadikan kami bermujahadah ,AT tunjuk kan kami jalan mujahadah..Ampun A....wabihi wallahu a'lam
Selasa, 23 Mac 2010 | By: iKhwan89

TAQWA & KASIH SAYANG : SENJATA AMPUH MELAWAN YAHUDI

Di antara mukjizat Rasulullah Muhammad SAW adalah mengalahkan musuh
dengan TAQWA dan KASIH SAYANG. Yahudi tewas oleh senjata TAQWA dan KASIH
SAYANG. Senjata ini lebih power dari nuklear dan lebih hebat dari segala
jenis teknologi di dunia ini. Siapa yg dpt mengulang sejarah ini, maka
dialah Muhammad kedua, mujaddid- pewaris Rasulullah utk kebangkitan
Islam kedua.

Berikut ini salah satu contoh, bagaimana akhlak mulia yang lahir dari
taqwa dan kasih sayang Rasulullah itu telah berhasil menawan yahudi
hingga mati.

Disudut kota Madinah tinggal seorang orang tua Yahudi yang buta. Orang
Yahudi itu sangat membenci Rasulullah SAW. Kerana terlalu bencinya, dia
tidak sanggup mendengar nama Muhammad di sebut orang di sekelilingnya.
Telinga dan hatinya terasa sakit bila mendengar nama Muhammad disebut.
Sampailah cerita orang tua buta itu kepada Rasulullah SAW. Lalu beliau
mendatangi rumah orang tua buta itu, tanpa memberitahu bahawa yang
datang itu adalah Muhammad SAW.
"Apakah yang boleh saya bantu, Pakcik?" tanya Rasulullah SAW.
"Setiap orang bercakap tentang Muhammad, tidak ada yang cakap buruk
tentang Muhammad, padahal aku begitu membencinya. Aku menderita
kerananya"
"Apakah yang boleh saya lakukan agar hati Pakcik lega ?"
"Aku tidak mau lagi mendengar nama Muhammad, bawalah aku pergi dari
sini. !"
"Kemana ?"
"Kemana saja ! Yang penting aku tidak mendengar lagi nama
Muhammad."

Akhirnya Rasulullah mendukung orang tua buta itu. Orang tua buta itu
tidak tahu bahawa yang mendukungnya adalah orang yang paling dia benci.
Tibalah Rasulullah kesebuah tempat yang sunyi sepi, tidak ada satupun
penduduk yang tinggal disitu. Dengan penuh kasih sayang Rasulullah
menyediakan tempat untuk orang tua buta itu tinggal di daerah yang tidak
berpenghuni itu.
"Istirahatlah. " kata Rasulullah.

Orang tua buta itu lalu melepaskan penatnya, padahal seharusnya
Rasulullah yang beristirahat karena beliau telah mendukung orang tua
buta itu dangan menempuh perjalanan yang sangat jauh, setelah itu
menyediakan tempat untuk orang tua buta itu pula. Tapi karena tingginya
cinta Rasulullah kepada manusia sekalipun kepada yang membencinya,
beliau mampu melakukan semua itu.
"Bagaimana dengan keperluan harianmu ?" tanya Rasulullah
"Maksudmu ?"
"Misalnya keperluan makan-minummu. "
"Biarlah aku tidak makan dan mati disini daripada aku harus
mendengar nama Muhammad."
"Kalau begitu, Insya Allah saya akan menghantar makanan untuk pakcik
setiap hari kemari." kata Rasulullah.

Maka sejak saat itu, setiap hari Rasulullah datang untuk mengunjungi si
orang tua. Bukan hanya mengantarkan makanan, namun juga menyuapkannya,
bahkan Rasulullah memandikannya dan mengurus keperluannya yang lain.
Sampai pada saat Rasulullah sakit dan beliau merasa malaikat maut sudah
akan menjemputnya, beliau berpesan kepada Sayidina Abu Bakar.
"Wahai Sahabatku, ada seorang Yahudi buta yang hidupnya sendiri,
setiap hari aku mengunjunginya, dan jika ajalku tiba gantikanlah
tugasku," ujar beliau.
Pada akhirnya ketika Rasulullah SAW wafat, Sy. Abu Bakarlah yang
mengurusi orang tua buta itu.
Ketika Sy. Abu Bakar menyuapkan makanan ke mulutnya, orang tua itu
menyadari jika yang mengurusnya telah berganti orang.
"Cara kau melayan tak sama macam sebelum ini" kata orang tua
buta itu.
"Bagaimana biasanya?" tanya Sy. Abu Bakar.
"Biasanya begitu lembut, namun sekarang agak kasar. Engkau orang
lain kah?" Sy. Abu Bakar agak terkejut karena beliau sudah berusaha
selembut mungkin, namun ternyata tetap tidak dapat menandingi kelembutan
Rasulullah.
"Ya, betul. Sebelum ini yang mengurus pakcik memang bukan saya."
Ujar Sy. Abu Bakar.
"Benarkah? Lantas siapa yang membawaku kemari dan mengurus aku
selama ini ? Kemana dia ? Mengapa kau menggantikannya ?"
"Beliau sudah wafat." Jawab Sy. Abu Bakar dengan sedihnya.
"Oh, menyesalnya aku, selama ini aku belum sempat berterima kasih
padanya," ujar si orang tua buta itu sambil menangis.
"Beliau tidak memerlukan itu."
"Ya, padahal pengorbanannya begitu besar padaku. Setiap hari
diuruskannya segala keperluanku, padahal dia bukan keluargaku, bukan
anakku, bukan cucuku. Dan aku tidak pernah menemukan orang selembut,
sebaik dan secantik dia peribadinya. "
"Tentu saja, dialah peribadi agung yang terbaik di kalangan makhluk
Tuhan, kami berusaha untuk mencontoh peribadinya. "
"Siapakah dia ?" tanya orang tua buta itu.
"Pakcik tak pernah tanya namanya?" tanya Sy. Abu Bakar hairan.
"Itulah, aku lupa, padahal dia sudah luar biasa baik padaku."
"Dia adalah Muhammad."
"Muhammad ?" orang tua buta itu terkejut, tubuhnya gementar.
"Muhammad yang membawa agama baru itu ?" tanyanya lagi tak
percaya.
"Iya."
"Berarti Muhammad yang selama ini aku benci......" tangis orang
tua buta itupun pecah. Berjuta penyesalan memenuhi dadanya hingga ia
terasa sesak.
"Adakah manusia yang lebih baik daripada Muhammad ?" Tanyanya,
entah pada dirinya atau pada Sy. Abu Bakar.
"Aku telah membencinya dengan sepenuh hatiku karena dia membawa
agama baru, namun mengapa malah dia datang padaku dan berkhidmat padaku
? Bahkan dia selalu menghiburku sehingga kedatangannya kurindui."
orang tua buta itu bercakap sambil menangis.
"Siapa namamu ?" tanya orang tua itu kepada Sy. Abu Bakar.
"Abu Bakar."
"Saksikanlah wahai Abu Bakar, aku bersaksi bahwa tiada jenis Tuhan
selain Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad utusan Allah," katanya
dengan penuh bersemangat.
Tiba-tiba orang tua buta itu terbatuk-batuk, tubuhnya
bergoncang-goncang, dadanya dia rasakan semakin sakit.
"Oh...benarlah agama yang dibawanya itu...benarlah risalah yang
disampaikannya itu..." katanya semakin perlahan. Tak kuat menahan
sakit orang tua buta itu merebahkan tubuhnya sambil terus memegang
dadanya.
"Aku telah membuat dosa besar, sudikah Tuhan mengampunkan aku?"
"Allah Maha Pengampun dan Muhammad selalu memaafkan orang sekalipun
orang itu belum meminta maaf." Sahut Sy. Abu Bakar.
"Tapi kesalahanku sangatlah besar."
"Seandainya kau tahu, rasa sesalku membuat seluruh tubuhku seperti
mau luluh lantak," orang tua buta itu terbatuk-batuk lagi sampai
suara batuk yang semula keras itu lama-kelamaan menjadi mengecil dan
akhirnya hilang sama sekali.
Rupanya bersamaan dengan berhentinya batuk, berhenti pula nafasnya.
Orang tua buta itu akhirnya meninggal dalam keadaan beriman kepada Allah
dan Muhammad Rasulullah SAW.
Yahudi tua yang sangat keras menentang Rasulullah itu akhirnya tewas
oleh ketaqwaan dan kasih sayang Rasulullah. Dia mati dalam Islam!

Mampukah kita meniru Rasulullah?
Mengapa umat Islam sambut wakil yahudi dg demo dan teror? Jauh sekali
sikap itu dengan Rasulullah!
Isnin, 22 Mac 2010 | By: iKhwan89

LUMPUR KERINDUAN...

terpalit rasa rindu...macam lumpur yang makin mengeras...semakin di biar,semakin mengeras....semakin menguat ia mencengkam dalam hati...payah hendak luntur..sekalipun dicurah dengan air...sudah sebati dengan jiwa...

begitulah rasa ku kepada mu..menjadikan aku sering menuggu mu..aku menyesal dalma tindakan ku dahulu...tidak pernah memikirkan mu..kini dah besar,ibu ku sering mengingatkan ku...ah!..aku lalai...tak hargai perasaan dia..kini aku kembali..tetap menunggu...menjadikan aku sangat lemah..menjadikan aku semakin berusaha untuk dia....

aku terima apa yang dia akan kata kini...asal dia tidak meniggalkan aku...aku harap aku kini baik dan sama seperti dia yang sangat baik bagi ku...kerana bagi ku,dialah segalanya,menjadikan aku tabah,sabar,banyak mengajarkan ku erti sebenar seorang manusia yang prihatin dan berkasih sayang.....ampun maaf puteri hurairah ku.....merindui mu...
Ahad, 21 Mac 2010 | By: iKhwan89

OTAK KU SEKULARISME :TUNJUK KAN AKU JALAN BERMUJAHADAH

salam...semoga dalam kasih sayang Tuhan..hu3..alhamdulillah...hidup lagi aku..dah berabuk dah BloG aku nih!!..hu3..bese uh...bz skit...hu~....alhamdulillah...baru jer lepas abes program anjuran konsultant aku snirik...terima kasih Tuhan..bajet ta cukup pun boley jalan jugak...Trima kasih A...

hu~~..dalam kepenatan tu....family aku sumer balik kg...tinggal lah aku sensorang..haa....bestnyer duk umah sensorang..bebas skit..hu3.....tapi kemarin...ari jumaat..aku ikot e.razip (optima) g temerloh...g bincang pasal program...program untuk pelajar upsr....haaa~lamee..dari pkol 7 smpai pkol 4 aku baru smpai umah..hu3...penaat...hu3


haa....aku na citer skit..ari ahad.......ari ni la....aku pegi lah belajar memandu.....da siap belajar tu..aku dduk uh kat pondok mnunggu...tengah aku tunggu2 tu..tibe2..datang la sorang pakcik tu.amboi..nmpak ramah betul die...aku borak-borak la dengan die....borak punyer borak..ntah macam ner...termasuk al bab agama sesikit...hu3..kemain pakcik ni...."klaw kiter ikut quran Sunnah,tak kan sesat....makin bnyak kite belajar quran,makin terbukak ilmu...makin kite tak kan sesat..sebab alquran ade petunjuk...bile dah tau tu sumer..nanti iman kite bertambah..dapatlah lawan nafsu"hu3..boley tahan lah die punyer speech...he3...

skali tu..die tnyer aku....awak kejer aper...aku pon jawab uh..jadi guru kafa ...gaji dalam rm500..."pap!".trus die tpuk dahi die...hu3..knplah aku ingatkan..die pon kate.."laa....naper ta keje kat jabatan islam ke,ape ke...gaji rm500 tu...tak setaraf dengan dploma awak tu..awak boley dapat gaji lebey dari tu..."


Huu3..tau tak kengkawan..kenapa aku bawak kisah nih..?hu3..sangat2 memberi erti kepada aku nih....aku kerje...aku buat...sumer bukan pasal duit..sungguh!!..aku tak kisah pun berapa yang aku dapat..aku ada misi..misi bersama jemaah akhir zaman...aku tak pening pikir pasal duit...kalaw ade,ade lah..klaw xde..xde lah......bukan hidup aku bergantung dengan duit tu....sungguh...aku tidak pernah langsung berkire pasal duit...pedulik lah...aku ade A....dialah modal aku dunia akhirat..sungguh...selama aku bergerak...semua bermodal kan AT.....aku sangat yakin...aku pikul satu misi besar..aku nak bersama denga jemaah kebenaran..

Jemaah kebenaran tak pernah ajar aku macam maner nak dapatkan duit..tak pernah ajar aku duit itu sebagai modal perniagaan...pedulik ape aku dengan duit!!..yang aku belajar dari jemaah kebenaran adalah..duit itu tak de makne pun kalau tanpa A....betul lah...aku tak tipu!!...selama nipun...aku ckup duit....kadang-kadang berlebih..tapi aku rasa sangat-sangat kekurang dan selaaaalu tak bahagia..btul!!aku tak tipu......

sebab aku tak de A....A selamatkan aku....beri aku petunjuk.....duit bukan modal utama..tapi Tuhan tulah modal untuk segala-galanya....sungguh!!..aku tak tipu...dah berapa kali terbukti depan mata ku..memang Tuhan lah modal segala-galanya!!....

Ramai sekarang yang sudah sekularisme pemikirannyer..macam pakcik tadi tu...nampak sangat terpisah agama dari kehidupan....dah tunggang langgang...cerita pasal kerje....quran yang disebut2 tadi..ntah kemane..yang disebutkan...duit.....oh Tuhan...bukan dia sahaja yang macm tu...kekadang..aku jugak...!!!ya Allah..tolong aku ....mujahadah.........

wabihi wallahua'lam
Isnin, 15 Mac 2010 | By: iKhwan89

MENGENAL DIRI MELALUI RASA HATI

Kita akan menyentuh satu tajuk besar iaitu ' MENGENALI DIRI '. Tahukah kita bahawa manusia yang Tuhan cipta ini mempunyai amanah dan tanggungjawab yang teramat besar untuk dipikul.

Malaikat sendiri apabila ditawarkan oleh Tuhan untuk menjadi manusia, malaikat berkata mereka tidak sanggup menjadi manusia yang terpaksa memikul amanah Tuhan didunia.

Begitu sekali, malaikat pun tidak sanggup jadi manusia. Tuhan berfirman yang maksudnya kalau manusia hendak mengenali Tuhan, maka manusia kena mengenali diri sendiri terlebih dahulu.

Bagaimanakah kita manusia hendak mengenali diri kita. Kita hanya kenal diri kita melalui nama yang diberi kepada kita, itu sahaja. selain dari itu mungkin juga kita tahu sifat baik kita, sifat tidak baik kita kebiasaannya kita sembunyikan. Itulah manusia yang kita kenal. Mari kita belajar bagaimana kita nak mengenali diri kita.

MANUSIA, kalau ikut bahasa.arab maknanyaINSAN. Insan kalau dilihat maknanya adalah PELUPA. Kalau begitu manusia ini rupanya pelupa.

Memang sesuailah dengan tabiat manusia yang Tuhan cipta. Tuhan cipta manusia ini pada asalnya dari tanah, ditiupkan roh, maka jadilah manusia. Begitulah kejadian Adam yang diturunkan dari syurga ke dunia oleh Tuhan.

Kejadian manusia yang seterusnya adalah dari air mani yg keluar dari saluran najis air kencing. Mula-mula dari tanah kemudian dari air mani yang baunya hanyir dan keluar dari saluran air kencing. Itulah kejadian manusia yang Tuhan tunjukkan betapa hinanya manusia itu dijadikan.

Dari tanah, apa yang kita dapat rasai?? Tanah kejadian kita inilah hari-hari kita pijak-pijak, sepak-sepak, ludah-ludah, kita buang najis diatasnya, kita buang sampah diatasnya, kita bakar tanah, kita cangkul-cangkul tanah tanpa belas ikhsan.

Tanah yang juga makhluk Tuhan inilah juga akan menjadi saksi diatas segala perbuatan manusia dipadang masyar kelak. Setiap detik kita menghina tanah tanpa kita sedari, akhirnya ketanah juga manusia akan kembali, didalam tanah juga manusia akan bertukar wajah menjadi bangkai, dimakan ulat dan cacing.

Hancurlah jasad manusia yang selama ini kita jaga, kita belai, kita hias, kita bangga, kita sayang dan sebagainya.

Kejadian kedua manusia adalah dari air mani. Air mani baunya hanyir dan keluarnya pula dari saluran kecing dan kecing itu adalah najis kecil. Tidak sah solat kalau kain atau seluar terkena air kecing. Adakalanya air ini tercemar dari berbagai-bagai kuman dan penyakit.

Jika dikaji, apakah istimewanya manusia ini kalau dilihat dari asal usul kejadian manusia. Tidak ada apa yg istimewa. Tetapi kita lihat manusia diakhir zaman ini sangat sombong dan bongkak sesama manusia malah dengan Tuhan yang mencipta manusia.

Kalau dari tanah dan air mani yang hina ini manusia sudah sombong, bagaimana kalau manusia ini dicipta Tuhan dari cahaya saperti kejadian malaikat, bertambah sombong agaknya dengan Tuhannya. Kalau dari api saperti kejadian syaitan, manusia mungkin akan lebih teruk dari syaitan agaknya.

Tetapi kalau dikaji disebaliknya pula, kenapa pula Tuhan nak cipta manusia ini kalau dengan tujuan untk menghina manusia (Maha Suci Tuhan Yang Bukan Bersifat Menghina). Pasti ada hikmahnya. Kalau bukan dengan kasih dan sayangnya Tuhan takkan lah Tuhan mencipta manusia dan seluruh makhluk yang menghuni alam ini.

Sebenarnya Tuhan mencipta manusia dan seluruh makhluk serta alam ini kerana kasih dan sayangnya Tuhan kepada RSAW satu2nya kekasih Allah. Kalaulah kejadian manusia disebabkan kasih dan sayangnya Tuhan kepada RSAW, kenapa pula manusia akhir zaman ini lupa kepada RSAW. Kita bincang perkara dimasa akan datang.

Begitulah didikan Tuhan keatas manusia. Lebih baik kita rasa terhina dari merasa sombong sesama manusia malah dengan Tuhan. Manusia akhir zaman ini adakala tidak sedar yang mereka ini sombong.

Tahukah anda bahawa manusia dijadikan Tuhan mempunyai 4 unsur besar yang menjadikan manusia itu mukallaf (wajib menyembah Tuhan). AKAL, NAFSU, ROH DAN JASAD adalah 4 unsur kejadian manusia.

Kita akan bincangkan setiap unsur ini satu persatu, mengenali sifatnya, bagaimana mendidiknya dan bagaimana menanganinya kerana keempat-empat unsur ini juga adalah makhluk yang Tuhan cipta untuk manusia.

Maha Besar dan Maha Suci Tuhan yang menjadikan didalam diri manusia ada 4 anasir yang berfungsi dan berperanan. Jasad, Roh, Nafsu dan Akal yg merupakan satu pakej kejadian manusia yang luar biasa dan berperanan.

Keempat-empat anasir inilah yang bertindak bekerjasama satu sama lain menggerakkan manusia didalam kehidupan samada manusia itu sedar atau tidak sedar. Kalau semua anasir-anasir itu sihat, dewasa dan matang, ia akan menjadi manusia yang luar biasa tetapi ianya jarang berlaku.

Peranannya sangat mengkagumkan. Mari kita mengenal manusia secara lahir dan batin, agar kita kenal diri kita dan kenal juga orang lain serta mengenal watak dan sikap manusia untuk pandai mendidiknya. Jasad lahir tidak perlu diperkatakan kerana manusia mudah mengenalinya. Kita akan memperkatakan 3 anasir penting sahaja kerana ia susah difahami oleh manusia yg ramai.

Kita bercakap tentang ROH dahulu. Tugas Roh hanya merasa saperti marah, rasa suka, rasa takut, rasa cemas, rasa sedih, rasa gembira, rasa senang, rasa meradang, rasa dendam, rasa sayang, rasa cinta, rasa simpati, rasa jijik, rasa dengki, rasa pelik, rasa lega dan sebagainya.

Nafsu pula peranannya berkehendak atau merangsang. Tugas nafsu hanya merangsang dan berkehendak. Kehendaknya samada baik atau jahat, kehendaknya semulajadi sangat gelojoh, rakus, tamak dan bakhil.

Kemahuannya sangat luarbiasa. Tidakada batasnya, macam laut tidak bertepi.Kalau hendak diikutkan, badan boleh merana, terseksa dan binasa.

Tugas AKAL lain pula. Ia mempunyai peranan yang tersendiri. Akal hanya memikir, mengkaji, mencari ilmu, menerima maklumat dan pengalaman, kemudian menilai, menapis, menyimpan dan mengeluarkan. Akal, IQ nya pula ada 6 kategori atau 6 peringkat.

Eloklah diketahui oleh ibubapa, guru-guru dan para pemimpin. Akal Genius atau Abqari - kekuatan berfikir yang luar biasa dan istimewa - mungkin 100 juta, seorang dalam satu zaman. Akal ini mampu membuat teori atau membuat penemuan-penemuan baru dikatakan membuat matan satu-satu ilmu.

Kita kuliahkan dulu mengenali makhluk yg bernama ROH. Bila kita bercakap mengenai ROH kita sudah masuk kedalam Ilmu Rohani - Ilmu mengenai ROH.

Perkataan rohaniah itu berasal daripada perkataan 'Ruhun'. Apakah yg dikatakan Roh itu? kita kuliahkan. Kita mengembara kealam rohani. Roh terbahagi kepada dua.

1) Ruhul Hayah
2) Ruhul Tamyiz.

RUHUL HAYAH. Ia terdapat pada semua makhluk termasuk manusia, jin, malaikat, binatang dan setiap benda yang bernyawa. Mengikut kajian para saintis, pokok-pokok kayu juga ada roh. Begitu juga pada semua jamadat saperti batu, kayu dan sebagainya.

RUHUL TAMYIZ. Ruhul Tamyiz juga dikenali sebagai Ruhul Amri lebih dikenali sebagai AKAL. Ia tidak wujud pada binatang tetapi hanya wujud pada manusia, malaikat dan jin.

Dengan adanya roh tamyiz inilah, maka malaikat, jin dan manusia menjadi makhluk yg mukalaf. Yakni mereka dipertanggung jawabkan untuk membangunkan syariat. Mereka memikul beban untuk membangunkan apa yang diperitahkan oleh Allah dan menjauhi segala larangannya.

Sebaliknya roh tamyiz atau ruhul amri ini tidak ada pada binatang. Binatang hanya ada ruhul hayah dan nafsu tanpa akal. Ia hanya memiliki roh yg membolehkan binatang itu hidup dengan izin Allah. Jadi roh tamyiz ini tidak ada pada binatang dan seluruh jamadat.

Oleh kerana itulah binatang dan jamadat itu tidak mukalaf dan tidak diwajibkan membangunkan syariat. Ia tidak terlibat melaksanakan perintah suruh dan menjauhi perintah larang dari Allah SWT.

Bagi para malaikat, manusia dan jin, mereka wajib melaksanakan perintah suruh dan menjauhi larangan dari Allah. Dengan lain perkataan, mereka dianggap makhluk yang mukalaf yang bertanggungjawab kepada Allah kerana adanya Ruhul Tamyiz ini.

Ruhul Tamyiz terkenal dengan sebutan AKAL. Hadis ada meriwayatkan; Maksudnya "Ketika Allah mencipta akal, Dia memanggil akal itu dan akal itu pun datang. Dia menyuruh akal itu pergi maka pergilah ia.

Kemudian Allah berfirman kepada akal: Demi kebesaran dan kemuliaan Ku, Aku tidak menciptakan sesuatu makhluk yang lebih Aku sayangi daripada kamu. Dan tidak aku sempurnakan kamu melainkan pada orang yang aku cintai.

Kepada mu lah Aku akan menyuruh, melarang dan menyeksa serta memberi pahala: (Riwayat Abdullah bin Imam Ahmad)

Kita dapat lihat didepan mata kita pada hari ini, berlaku krisis jiwa saperti penyakit-penyakit putus asa, kecewa, resah gelisah, penderitaan jiwa, kacau bilau fikiran, rasa rendah diri (inferiority complex), kesunyian, kekosongan hati, rasa keseorangan, ketegangan perasaan dan berbagai-bagai bentuk sakit jiwa.

Dan sedang berleluasa juga didalam masyarakat islam hari ini penyakit-penyakit hasad dengki, bakhil, gila dunia, pendendam, cepat marah, jahat sangka, sombong, riak, ujub dan lain-lain.

Walaupun sakitnya tidak nampak oleh mata kasar kita, namun siapa berani menafikan hakikat ini? Bahawa bilangan manusia yang menderita sakit atau krisis jiwa disaat ini lebih ramai daripada bilangan penderita-penderita sakit fizikal yang ada di hospital-hospital.

Tetapi aneh, kepakaran dan keinteletualan tidak begitu serius difikirkan untuk pengubatan kepada pesakit batin ini, sapertimana seriusnya mereka berusaha terhadap pengubatan fizikal lahiriah manusia.

Apakah manusia tidak sedar bahawa pesakit jantung, buah pinggang, kencing manis, barah dll itu tidak pernah bunuh diri dan membunuh orang lain, tetapi pesakit-pesakit batin, pesakit jiwa, kekosongan, rendah diri, putus asa, hasad dengki, dendam, pemarah, buruk sangka dll itu akan memungkinkan manusia membunuh diri sendiri atau membunuh org lain !!!

Demikian satu bukti bahawa penyakit-penyakit batin itu sebenarnya memerlukan perhatian dan rawatan yang lebih serius daripada rawatan kepada penyakit-penyakit lahir. Bukan sahaja kerana penyakit batin lebih menyeksakan individu pesakit, tetapi ia bakal memungkinkan kusut dan kucar kacirnya sesebuah masyarakat.

Telah datang Rasululah SAW ketengah manusia, baginda melihat kekusutan dan kemungkaran yang sedang meracuni kehidupan masyarakatnya. Seorang diri Baginda bangun dan bekerja untuk selamatkan manusia.

Institusi pertama yang Baginda bangunkan adalah masjid, satu tempat dimana manusia membersihkan hatinya, melembutkan hatinya, menenangkan hatinya, melapangkan dadanya, membebaskan diri dari ikatan dunianya, iaitu dengan membesarkan TuhanNya melalui sembahyang dan ibadah-ibadah lain.

Rasululah SAW memandang keselamatan manusia ialah pada keselamatan hatinya (rohnya) bukan jasad lahirnya. Sebab itu Baginda bekerja mengubah dan mengubat hati mereka dan Baginda berjaya.

Kini kita sedang melihat kekusutan dalam masyarakat kita sama sabagaimana apa yang disaksikan oleh Baginda Rasul lebih 1400 tahun dulu. Kalau Baginda telah berjaya terhadap masyarakatnya, mengapa kita tidak mengikut jejak langkahnya?.

Kita ubati dulu mazmummah dan krisis jiwa kita, ahli-ahli kita dan masyarakat kita. Kita ketengahkan pada masyarakat pengertian hidup yang hakiki yang dapat mengembalikan manusia kepad fitrahnya.

Kita contohkan satu formula yang menjamin kebahgiaan hati dan keselamatannya. Kita perjuangkan kehidupan "sunnah" yang semuanya membawa manusia kepada syurga dunia dan akhirat.

Mana ada selain Islam satu cara hidup yang dapat menjadikan kita terhibur dengan kemiskinan, kesunyian, kesakitan, keseorangan, kematian orang yang dikasihi, kegagalan dan dengan segala bentuk ujian.

Mana ada selain Islam cara hidup yang mengikat hati antara suami dengan isteri, anak dengan ibubapa, pengikut dengan pemimpin, pekerja dengan majikan.

Mana ada selain Islam cara hidup yang mengajar kita berkasih sayang, bertolak ansur, pemurah, berbaik sangka dan tolong menolong.

Mana ada selain Islam cara hidup yang membangkitkan cinta agung manusia pada Penciptanya hingga kerana itu manusia mengorbankan hidupnya untuk Tuhannya dan menanti kematian sebagai penantian seorg kekasih kepada pertemuan dengan kekasihnya.

Islam mengajak kita menilik hati kita, mengenalinya dan mengubat sakitnya. Apabila hati sudah terubat, kita akan temui hati-hati yang penuh dgn cahaya kebahagiaan, ketenangan dan kelapangan.

Itulah syurga sementara sebelum kita bertemu Allah untuk menerima syurga yang kekal abadi.

Allah berfirman,maksudnya " Hari Kiamat iaitu hari (ketika manusia meninggalkan dunia ini) dimana harta dan anak tidak berguna lagi kecuali mereka yg mengadap Allah membawa hati yg selamat" (Asy Syura:88-89)

Islam yang Allah redhokan kepada kita yang disampaikan melalui pesuruhnya Nabi Muhammad SAW adalah satu syariat yang menyuluh persoalan hidup lahir dan batin.

Syariat lahir disebut SYARIAT. Syariat batin di sebut HAKIKAT. Ini amat patut dan sesuai dengan struktur kejadian manusia itu sendiri yang mana merupakan kombinasi dan paduan antara jasad lahir dan jasad batin.

Jasad lahir ialah semua anggota kita yang nampak dengan mata kasar. Manakala jasad batin ialah jasad ghaib yang mengerakkan seluruh anggota lahir yang boleh berfikir, merasa, mengingat, mengetahui, memahami dan apa sahaja yang kita miliki dalam diri kita masing-masing (yang lebih dikenali sebagai Roh)

Allah swt telah menetapkan bahawa syariat lahir adalah diamalkan oleh jasad lahir manakala syariat batin adalah untuk diamalkan oleh jasad batin iaitu Roh.

Sesuai dengan lahir batin kita yang berpadu erat tanpa terpisah-pisah maka amalan lahir dan batin wajib dilaksanakan serentak dalam satu masa disemua waktu dan semua keadaan.

Kalau kita asingkan atau menolak salah satu dari amalan ini kita tidak mungkin menjadi hamba Allah (Islam) yang sebenar sebab Islam memandang syariat itu sebagai kulit (al'qasar), manakal hakikat itu ialah intipati (al'labi).

Kedua-duanya sama penting dan saling perlu memerlukan, ibarat kulit dan isi pada buah-buahan. Kedua-dua mesti ada untuk kesempurnaan kewujudan buah itu sendiri.

Tanpa kulit, isi tidak selamat, malah isi tidak mungkin ada kalau kulit tidakada. Sebaliknya tanpa isi, kulit jadi tiada bererti apa-apa. Sebab buah dimakan bukan pada kulit tetapi isinya.

Begitu juga hubungan antara syariat dan hakikat. Kedua-dua mesti diterima dan diamalkan serentak. Kedua-dua saling isi mengisi dan perlu memerlukan. Kalau kita bersyariat sahaja (ertinya berkulit sahaja tanpa isi) itu tidak membawa erti apa-apa disisi Allah. Sabda RSAW bermaksud: "Allah tidak memandang rupa dan harta kamu tetapi dia memandang hati dan amalan kamu "

Sebaliknya kalau kita berhakikat sahaja (isi tanpa kulit) maka tiada jaminan keselamatan oleh Allah SWT. Hakikat itu akan mudah rosak dan kita tiada akan memperolehi apa-apa langsung, hatta Islam kita akan rosak tanpa sedar.

Berkata Imam Malik Rahimahumullah Taala: "Barang siapa berfeqah (syariat) dan tidak bertasawuf maka ia jadi fasik. Barang siapa yang bertasawuf (hakikat) tanpa feqah maka ia adalah kafir zindik "

Ertinya kita mesti amal kedua-duanya sekali iaitu syariat dan hakikat. Kalau kita ambil salah satu kita tidak akan selamat. Kalau kita bersyariat sahaja tanpa dibendung oleh hakikat, kita jadi fasik.

Dan kalau kita berhakikat sahaja tanpa kawalan syariat, maka hakikat itu akan mudah rosak dan bila terjadi begitu kita akan jatuh kafir zindik (kafir tanpa sedar). Begitulah kepentingan kedua-dua syariat dan hakikat. Tetapi dalam keadaan keduanya, hakikatlah yang lebih utama.

Hakikat menjadi penentu kepada berakhlak atau tidaknya seseorang manusia kepada Allah dan kepada sesama manusia. Orang yang tinggi pencapaian tasawufnya adalah orang yang hatinya hampir degan Allah, sentiasa merasa kebesaran Allah.

Sedang dirinya maha lemah dan sentiasa memerlukan pertolongan Allah, sangat beradab dengan Allah dan adalah seorg zahid yang dapat mengorbankan dunia untuk Tuhannya.

Sekian.

THE MEANING OF LIFE...STUCK IN A ROOM


salam.....selamat sejahtera dihari yang penuh dengan kebosanan ini....hu3.....*penat sey*...alhamdulillah...sempat jugak aku coretkan sikit perihal hati ku hari nie...hmm..aku masih lagi macam ni...terporok dalam bilik...dikelilingi buku-bku....peneman ku adalah muzik-muzik kegemaran ku....hari ini..tiada patah perkataan pun lagi yang aku keluarkan dari mulutku..tiada sebarang senyuman lagi dibuat...segalanya batu...tiada apa..*blur*saat macam inilah..sering aku tringatkan die...apa kabar die...bagaimana die sakarang..apkah die tringatkepada ku seperti akut tringt padanya...saat..hati ku semakin berdegup..menunggu hari esok..hari program yang serba serbi tak ckup..bajetnyer tiada,fasilitatornya tiada,semuanya ku serahkan kepada Tuhan...moga Tuhan menolong ku..apalah diharapkan kepada hamba2nya...semuanya lemah..lebih-lebih aku..

Ooh...ibu ku..masih lagi manja kan ku...nak bawak krete sndiri pun tidak diberinya...buknlah aku ini tidak pndai..tpi dia takut aku langgar sane sini..hu~.....tolonglah...saat aku 18...boleh lah aku tahan...ini 21...nak ringan kan bebannya pun tak boleh...semua nak dikawalnya...aduh...apelah aku nak buat..die mak aku...terasa ingin melawan..tapi dosanya amat berat..ku pendamkan sahaja...kalau tidak..dah lama aku kesana kesini ikut suka hati ku...boleh aku lapangkan sikit kerja2 aku..tidak lah tertmpu sekitar rumah ku sahaja...susah.....ibu bapa..fikirannya masih seperti dulu...masih lagi kaku...tidak mampu menerima peredaran kini...aku faham itu...aku cuba untuk tidak mengambil endah perkara-perkara itu..tapi kadang-kadang amat-amat terasa dikawal....*seperti saat ini*.....

Hmm..ntahlah...penat aku...duduk dalam rumah sahja..owh....kekasih ku...engkau mesti sedang senyum sekarang kan.....engkau tahu....saat macam ini..kalau melihat wajahmu..hilang rasa bosan ku...Terima kasih Tuhan......anugerahkan aku penawar...

Wahai Tuhan..istiqamahkanlah rasa bergantungku kepada mu agar aku tidak syirik secara sedar atau tidak..ampunkan aku Tuhan...aku mohon....maafkanlah segala kesalahan ku.....
Jumaat, 12 Mac 2010 | By: iKhwan89

3 PURNAMA SUDAH : PELAJARAN SELAMA ITU...


bismillah...dengan nama Tuhan yang maha pemurah dan penyayang,...segala puji utk Allah pemilik Alam....hanya pada Mu aku menyembah,hanya pada Mu aku meminta tolong.....

Hai sumer!!!!ya Allah...da lame dah ta tumpahkan kisah2 hati aku yang ta braper na best ni..he3...well..dah 3 purnama aku bekerja sebagai chekgu kafa..he~baaanyak yang aku belajar...yang paling best skali ialah bila bersama dengan anak murid..terhibur hati melihat telatah bebudak tu hah...walaupun penat,walaupun gaji aku ni yang agak2 tak aci..*ye lah...ade ckgu tu ngjr petang jer dpt lebey rm100 dari aku..mane aci..aku kje malam ngn petang pon dpt skit jer..*he3.ta pe lah mjur aku ada A......klaw tak,hati ku da terpesong........A ajar aku hidup untuk berjuang,jadi selalu aku betol kan niat setiap kali aku nak mengajar,aku nak promosikan Tuhan dalam hati ku n kepada anak-anak murid ku....AT.........................................

huh~3 purnama aku mengajar ni...baaanyak sangat pelajaran yang aku dapat,nak tau..yang paling susah sekali ialah pelajaran bagaimana nak mengawal sifat amarah..hu3..yang tu lah yang paling dasat skali pelajarannya..bayanglah....boleh melibas jer bebudak tu dengan rotan klaw aku ta tahn mrah....AT......lemah aku lawan nafsu...

Nak mendidik nafsu ni....perlukan pimpinan mursyid kengkawan,tak mampu kiter na mendidik sekalipun kita tahu apa yang perlu dilakukan....sesat kalaw kita takde pergantungan dan rujukan..Tengok!!..Maha Baiknya Tuhan kiter kan....Dia siapkan orang2 yang di tunjuknya supaya orang2Nya itu boleh menunjuk dan memimpin hati kita.....tak kanlah Tuhan yg Maha Baik tu nak tinggalkan hamba2nya terkontang kanting macam aku ni tanpa pimpinan....kaN3...

tApi...kiter ni kekadang sombong sangat..*macam aku uh*ade mursyid depan mata....masih lagi memain..masih lagi buat2 bdoh jer..masih lagi na truskan agenda sendirik....AT.......lemahnya aku...baaanyak kali aku mujahadah...tapi mugkin sekularisme dalam hati ku ni dah tebal...setebal lumut yang meliputi kolam yang 100 tahun dah kene tinggal..semua perkara yang aku nak buat masih lagi aku akal2 kan...AT..

ah hah!..lagi satu na bg tau...aku kerje ni,aku buat semua ni..aku ada inspirasi..die lah inspirasi aku...*eheeemm*klaw bukan die lah..susah aku na berdepan ngn sumer nih...merancang masa depan..sumer utk die..trimas dear.....(^_^)....

hu~~~~~~~~ da la tuh!!amboi..asal ade peluang membebel jer komfem jer aku na bebel pepanjang..he3..dah2...setakat sini dulu kalam hati ku berbicara...semoga semua dalam kasih sayng Tuhan..wabihi wallahu a'lam....ampun A.....
Selasa, 9 Mac 2010 | By: iKhwan89

SAJAK : TANDA KASIH SAYANG ALLAH

Melihat benda yang indah
Seperti melihat sesuatu yang hijau lambang kasih sayang Allah
Mendengar perkara yang sedap didengar seperti suara yang merdu tanda kasih
sayang Allah
Setiap detik kita menghirup oksigen tanda cintaNya kepada kita
Kita boleh berhibur diantara suami isteri adalah kasih sayangNya
Dapat anak-anak sebagai cahaya mata juga kasih sayangNya
Apatah lagi makan minum, tempat tinggal, kenderaan adalah kasih sayangNya
Pangkat jawatan, kemudahan-kemudahan hidup dan keindahan termasuk kasih
sayangNya
Apabila kita letih atau mengantuk ditidurkanNya kita
Apabila kita bangun dari tidur, kemudian pergi mandi segar semula badan kita
Semuanya itu adalah kasih sayang Tuhan
Bahkan apa yang sedap dirasa, sedap disentuh, sedap didengar juga kasih
sayangNya
Juga apa yang dapat difikirkan,yang dapat dibaca
menjadi ilmu semuanya berhubung dengan kasih sayang Tuhan
Setiap ilmu yang baru dapat, pengalaman yang baru
dijumpa adalah kasih sayang Tuhan kepada kita
Patutlah Tuhan hendak menarik perhatian kepada kita
Bahawa Dia adalah mengasihi dan menyayangi kita
Diperintahkan kita setiap kebaikan yang hendak dibuat
dengan menyebut namaNya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Agar kita sentiasa sedar bahawa Tuhan amat mengasihi dan amat Penyayang
Moga-moga dengan itu kita akan membalas kasih sayangNya
Semoga dengan itu kita rasa cinta kepadaNya
Dengan itu kita rasa bahagia menyebut namaNya
Rasa rindu menyembahNya, memuja dan membesarkanNya
Kita akan jadikan Dia Kawan Setia
Kita terhibur denganNya dan kita tidak akan melupakanNya
Tapi mengapa kita tidak rasa yang Tuhan itu kasih dan sayang kepada kita?
Mengapa kita tidak rasa hendak mencintaiNya?
Kerana hati kita sudah buta disebabkan cinta dunia
Isnin, 8 Mac 2010 | By: iKhwan89

3 Hari 2 Malam di Amansari Beach resort : Kursus AT dan family day GISB

*bismiLlaH..lepas breakfast*selawat dan salam keatas manusia paling ajaib di zaman ini,ASZ..dengan karamahnya,kita diberi kekuatan melawan nafsu,mendidik hati,dan mengenal Tuhan..terima kasih kepada kedua ibu bapa ku kerana memperkenalkan ku kepada pemimpin kebenaran,pemimpin yang tidak dapat disangkal lagi keajaibannya,yang diakui oleh ulama'2 yang tiada kepentingan dalam agama,diakui sendiri oleh musuh-musuh islam sebagai manusia yang tidak mampu dikalahkan walaupun dia,iaitu pemimpin kebenaran itu hnyalah berada dibawah selimutnya tidak mampu bergerak..


Alhamdulillah..dengan berkat dan karamah ASZ,digerak-gerak kan hati ini untuk turut bersama dalam menjayakan dan memeriahkan Kursus penghayatan AT dan hari keluarga GISB anjuran exco-exco GISB bandar tanjung gemar bersama kementerian pertanian GISB.

Maha suci Tuhan dengan kasih sayangnya..dapatlah serba sedikit aku faham akan ilmu yang telah dilenyapkan oleh yahudi ini.Ilmu yang sangat tinggi teknologinya,sangat melangkaui logik manusia,itulah dia ilmu dan teknologi roh yang sangat hebat..teknologi ini pernah membawa para sahabat menguasai 3/4 dunia,dengan teknologi ini juga menjadikan para sahabat itu saling berkasih sayang antara sesama mereka ibarat susunan batu bata.

Dengan 2 siri kuliah dalam program penghayatan AT dan hari keluarga ini,dapatlah disingkap bahawa :

  • selama aku menggunakan kaedah AT,hati ku tidak pernah yakin dengan A
  • bnyak sangat hijab antara ku dengan A menjadikan AT ku tidak diberi respons
  • aku sangat sombong dengan A,bagaimana mungkin orang yang meminta kepada si B tapi dia sombong dengan si B?adakah si B nak bg apa yang kita minta??

Ampun A,kami hamba lemah yang menumpang karamah mu..tidak mampu mndidik nafsu ku sendiri,AT jadikan kami menebal rasa berTuhan,rasa hamba,rasa berdosa,rasa tidak layak,AT tingkatkan taqwa kami,AT jadikan abid dan pejuang,AT jadikan kami ikhwan..ampun A...

Selama 3 hari 2 malam ku berprogram di amansari beach resort,menjadikan aku bertambah yakin dengan a,menjadikan aku semakin rasa berdosa..inilah tanda ilmu yang datang dari pemimpin yang ditunjuk Tuhan..semakin kita tahu,semakin menebal rasa berdosa...

akhir kata...marilah sama-sama berjuang mempromosi Tuhan dalam diri kita,dan kawan-kawan kita. ampun maaf..wabihi wallahu a'lam
Jumaat, 5 Mac 2010 | By: iKhwan89

SAJAK : BERSEDIALAH

Nun di sana negara abadi
Di sanalah kita akan pergi
Cuma kita tidak tahu bila ke sana
Namun lambat-laun sampai juga
Bersedialah menunggu masa
Dengan iman di dada
Dengan taqwa yang diminta
Itulah bekalan untuk ke sana
Tidak ada keduanya
Melepaslah kita
Kita akan papa-kedana
Di negara yang tidak diukur dengan masa
Tempatnya ialah Neraka
Jangan cuai mencari bekalannya
Agar kita tidak menyesal di sana
Di sana tidak ada usaha ikhtiar
Di sinilah kita lakukan ini semua
Bersungguh-sungguhl ah mencari bekalannya
Jangan lupa jangan lalai
Agar tidak menyesal

Waktu: 6.54 pagi
Tempat: Hat Yai
Tarikh: 16-03-1992
Khamis, 4 Mac 2010 | By: iKhwan89

BERKELUARGALAH ATAS NAMA TUHAN

Selepas dua mempelai menjadi pengantin baru
Bermula hidup berkeluarga dua jenis manusia
Kalau panjang umur anak pula ramai
Tanggungjawab keluarga bertambah berat dan mencabar

Jika ilmu tidak ada dan iman pula tidak ada
Bukan senang hendak mengendalikan
keluarga yang besar

Krisis berlaku masalah tidak selesai
Kalau dahulu selalu gembira
Sekarang sering bermasam-masam muka

Kerana itu kita perlukan Tuhan
Segala masalah apa sahaja
Tuhan tempat menyelesaikannya

Tuhan memimpin orang yang bertaqwa
Orang yang bertaqwa ada pembelaan dari Tuhan

Berkahwinlah atas nama Tuhan
Berkeluargalah atas nama Tuhan
Tuhan jangan ditinggal-tinggalka n
Tuhan kawan setia pada waktu kesenangan
Dan pada waktu kesusahan

Kalau atas dasar Cinta Pada Tuhan kita berkahwin
Senang atau susah tiada masalah
Diwaktu senang kita bersyukur
Diwaktu susah kita bersabar
Rumah tangga di dalam rahmat Allah.




*semoga puteri ku dalam kesihatan*
Selasa, 2 Mac 2010 | By: iKhwan89

kalam hati awal mac...

*bismillah*salam alaik utk sumer..dah lmer kot asenyer ta update blog ni..he3....semoga semua dalam kasih syg Tuhan.....ya Allah....berilah kami rasa utk mencintai mu..agar kami tahu bahawa engkaulah sahaja yang layak dicintai..ya Allah..Maha Suci Engkau yang menghidupkan perkara yang telah mati,hidupkanlah hati aku,kluarga ku,buah hati ku,dan kengkawan ku agar kami nampak dan dapat merasai menghayati kebesaran Mu..agar nanti timbul pula rasa hamba dalam hati kami....sedarkan hati kami ya Allah dari lalai mengingati Mu..nafsu sering mencari peluang utk menguasaiku...semoga aku kuat melawan nafsu ku...


*semoga buah hati ku sihat setiap masa*

Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com