Selasa, 31 Mac 2009 | By: iKhwan89

UNDANG-UNDANG : ANTARA KUASA DAN PENGUATKUASAAN


Seringkali kedapatan hari ini, kita menyebut tentang perlunya "enforcement" atau penguatkuasaan undang-undang. Namun begitu, seakan semua orang merasa letih kerana seringkali juga usaha itu menemui jalan buntu kerana undang-undang tetap tidak dipatuhi dan tidak menjadi satu wadah yang mampu menangani masalah yang berlaku. Malah kadang-kadang undang-undang juga dijadikan bahan untuk menghura-harakan masyarakat dan perundangan serta perlembagaan negara.Kita semua tahu, jika undang-undang dan peraturan mahu benar-benar dapat diterima dan dipatuhi oleh masyarakat umum, ia mesti dilaksanakan oleh pemerintah, parlimen dan parti pemerintah yang berwibawa. Ciri ini penting dalam proses penegakan undang-undang. Di zaman salafussoleh, pengisytiharan perlaksanaan undang-undang (syariat Islam) tidak mendapat tentangan dari pihak mana pun sekalipun dari orang kafir. Bahkan diterima dengan senang hati. Kerana waktu itu pemerintah disegani dan dikagumi oleh kawan mahupun lawan. Apa sahaja yang mereka lakukan dianggap bagus dan mendapat sokongan. Macamlah negara-negara maju hari ini, yang negara lain sudah melutut padanya.Maka apa saja kata-kata dan tindakannya tidak ada yang mahu dan berani menentang. Bahkan menghormati dan malu padanya. Faktor penting yang menjadikan pemerintah begitu berwibawa waktu itu ialah taqwa. Taqwalah yang membuatkan mereka sangat disegani oleh manusia.Di samping itu taqwa juga menjadi sebab datangnya pertolongan Allah pada mereka. Parti dan pemerintah yang terdiri dari Presiden atau Perdana Menteri serta pembantu pembantunya, menteri-menteri, jabatan kehakiman, polis, tentera, gabenor, anggota parlimen, ADUN, dan seluruh anggota parti yang bercita-cita Islam dan mahu melaksanakan undang-undang atau syariat Islam serta simpati-simpati dan tokoh-tokoh parti, hendaklah terdiri dari orang-orang yang bertaqwa.Di antara ciri-ciri taqwa adalah seperti berikut:a. Ibadah fardhu dan sunatnya rapi, cantik dan banyak.b. Akhlak mereka baik sehingga dapat menawan hati orang lain seperti pemurah, tawadhuk, pemaaf, penyayang, bertolak ansur, mudah menolong, menghormati tetamu dan lain-lain lagi.c. Ukhuwah dan kasih sayang di antara mereka begitu erat dan kukuh.d. Undang-undang Allah sangat mereka jaga, lebih dari rakyat jelata sehingga peribadi mereka menjadi contoh. Mereka sangat menjauhi larangan Allah yang haram dan makruh.e. Memerintah dengan adil dan kasih sayang sekalipun terhadap pembangkang dan orang kafir kerana mereka takutkan Tuhan.f. Mereka hidup zuhud, tidak mengambil kekayaan negara untuk kepentingan peribadi. Bahkan harta mereka sendiri dikorbankan untuk kepentingan rakyat dan negara tanpa mengira dari parti dan golongan mana. Mereka hidup tanpa bersandar pada mana-mana pihak.g. Sangat memberi layanan kepada seluruh rakyat dan menyelesaikan masalah kehidupan rakyat, pengikut, penyokong-penyokong, malah pembangkang sekalipun.h. Jemaah atau parti mereka gagah dan menjadi model atau bayangan kepada negara yang mereka perintah.i. Usaha-usaha mereka `menjadi' yakni mendapat kejayaan, dan musuh-musuh tidak dapat melemahkan mereka. Kerana adanya pertolongan Allah secara nyata atau ghaib.Dengan ciri-ciri ini, pemerintah dan partinya sangat diyakini oleh rakyat sama ada yang Islam mahupun bukan Islam. Sebaliknya, tanpa wibawa yang meyakinkan, orang akan ragu dengan pemerintah. Cakap dan tindakannya disusah-susahkan dan ditentang. Bahkan mereka dianggap memerintah kerana mempunyai kepentingan dan bukannya betul-betul mahu menegakkan keadilan dan kesejahteraan rakyat. Dan pertolongan Allah tidak akan datang kerana mereka tidak bertaqwa.Sedangkan pertolongan Allah itu amat penting. Ia menentukan berhasil tidaknya perjuangan kita serta nasib kita terhadap musuh. Saksikanlah betapa pentingnya sifat-sifat taqwa itu diusahakan demi memperolehi kejayaan dalam hidup di dunia dan Akhirat. Ia adalah rahsia kekuatan umat Islam yang tidak akan dapat ditandingi oleh penentang-penentang kebenaran. Saya berseru kepada semua pejuang kebenaran walau di mana dan dalam harakah apa pun mereka berada supaya ambil perhatian berat tentang taqwa ini. Ia adalah penentu kepada kejayaan perjuangan kita dalam mewujudkan masyarakat madani yang aman, damai, makmur dan mendapat keredhaan Allah.Demikianlah langkah-langkah penegakan undang-undang dan mewujudkan masyarakat islam yang sudah pernah wujud di zaman Rasulullah SAW dan para Sahabat. Marilah kita bersungguh-sungguh mewujudkannya kembali di zaman kita ini. Rasulullah telah bersabda bahawa sebelum Qiamat, Islam akan kembali gemilang dan akan wujud sekali lagi masyarakat islam di muka bumi ini yang akan bermula dari Timur iaitu dari bumi Nusantara. Moga-moga kita turut serta berperanan dalam mewujudkannya.Sekian.
Ahad, 29 Mac 2009 | By: iKhwan89

REDHAKANLAH AKU TUHAN : AKU RISAUKAN KITA

salam kasih sayang untuk sumer warga pelawat.ape kabar antum sumer..semoga dalam kasih sayang Tuhan,wahai kawan2 ku,marilah sama2 kita kaitkan semua kejadian di dunia ini dengan Tuhan,marilah sama2 kita rasakan diri kita dalam genggaman Tuhan. Ramai yang sudah luper sebenarnyer apakah fungsi Tuhan, Ramai yang tidak tahu bagaimanakah Tuhan berperanan dalam hidup-hidup kita seharian...Aduh!!..sudah jauh manusia kini dengan Tuhan,mane hilangnya rase-rase kehambaan kita kepada pencipta kita??adakah kita mahu jadi penderhaka yang tidak sedarkan diri...kawn2ku,rontaan hati ku ingin ku luahkan disini...hati kutidak mampu untuk menanggung semuanya,aku risaukan kita semua,aku risaukan kehidupan kita di Akhirat sana. Bagaimanakah mampu seorang penderhaka selamat dari hukuman Tuan pencipta???Allah!!...tolonglah kami,kembalikanlah kami dalam cinta Mu,berilah kami rasa2 kehambaan ya Allah,sayangnya Engkau kepada ku Engkau berikan ku nafas tanpa bayaran,Sayangnya Engkau padaku Engkau anugerahkan nikmat mata tanpa bayaran..TUHAN!!!!hinanya aku untuk derhaka padaMu..aku tidak tahu mengapa aku ini..beraninya aku tinggalkan solat,beraninya aku mengumpat,sanggupnya aku berbohong...Owh Tuhan!!!ampunkan aku wahai Zat yang Maha Agung.....salam
Jumaat, 27 Mac 2009 | By: iKhwan89

RASA KEHAMBAAN DAN RASA KEKHALIFAHAN

Petikan:" Ada golongan yang tahu mereka adalah hamba dan juga khalifah Allah, tetapi hanya setakat tahu. Mereka tidak ada kekuatan dan mereka cuai melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah "
Tujuan manusia dihidupkan adalah untuk berperanan sebagai hamba dan khalifah-Nya. Tugas atau peranan manusia di sisi Tuhan ada dua. Pertama, sebagai hamba Allah, dan kedua, sebagai khalifah Allah di muka bumi.Allah ada berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud: "Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada Ku." Mengabdikan diri di sini bermaksud memperhambakan diri iaitu membuat segala sesuatu hanya kerana Allah SWT.Mengabdikan diri ada dua bentuk:Pertama, sebagai hamba, manusia perlu melaksanakan ibadah-ibadah yang berbentuk khususiah.Kedua, sebagai khalifah perlu pula menunaikan ibadah-ibadah yang berbentuk umumiah.Dalam ertikata yang lain, manusia perlu menegakkan dua fardhu iaitu sebagai hamba, dia perlu menegakkan fardhu ain dan sebagai khalifah pula dia perlu menegakkan fardhu kifayah. Allah ada juga berfirman: "Akan ditimpa kehinaan di mana sahaja kamu berada melainkan kamu menegakkan dua hubungan iaitu hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan sesama manusia (hablumminannas)."Boleh juga dikatakan bahawa sebagai hamba, manusia perlu menegakkan tamadun rohaniah dan sebagai khalifah, manusia perlu menegakkan tamadun lahiriah.Dalam hendak menjadi hamba dan khalifah Allah ini, manusia terbahagi kepada berbagai tahap dan kategori, iaitu:* Ada manusia yang langsung tidak tahu dan tidak sedar bahawa mereka itu adalah hamba dan khalifah Tuhan. Golongan ini ialah golongan kafir terutama golongan komunis yang menolak terus akan kewujudan Tuhan. Mereka berbuat apa sahaja yang mereka suka di muka bumi ini dan mereka menggantikan tempat Tuhan dengan nafsu mereka sendiri. Allah berfirman di dalam Al Quran: "Tidakkah engkau lihat mereka yang mengangkat nafsu mereka sebagai Tuhan mereka."* Ada golongan manusia yang tahu mereka adalah hamba dan juga khalifah Allah. Akan tetapi mereka hanya setakat tahu dan tidak lebih dari itu. Ilmu mereka tentang itu hanya bersemadi di akal fikiran mereka sahaja. Oleh yang demikian, mereka tidak ada kekuatan dan mereka cuai untuk melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka sebagai hamba dan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Mereka adalah golongan awamul muslimin atau orang Islam biasa.* Golongan yang seterusnya ialah manusia yang bukan sahaja setakat tahu tapi sudah mampu merasakan bahawa mereka itu hamba Allah sekaligus khalifah Allah di muka bumi ini. Disebabkan perkara tersebut telah meresap ke hati dan dapat dirasakan, maka golongan ini ada kekuatan dan lebih komited. Namun demikian kekuatan rasa-rasa ini berbeza-beza. Ada golongan yang rasa kehambaan dan kekhalifahan mereka itu biasa atau sederhana sahaja. Dengan itu mereka sedikit sebanyak dapat memperhambakan diri kepada Allah dan dapat pula bertanggung jawab sebagai khalifah Allah sesuai dengan kedudukan dan kemampuan mereka masing-masing. Inilah orang-orang soleh atau golongan Ashabul Yamin (golongan kanan).* Ada golongan yang rasa kehambaan dan rasa kekhalifahan mereka lebih dalam dan lebih tajam. Justeru itu mereka lebih kuat dan lebih komited. Peranan mereka sebagai hamba dan sebagai khalifah juga lebih besar dan lebih hebat kalau dibandingkan dengan orang-orang soleh. Mereka ini ialah orang-orang Muqarrobin (orang-orang yang hampir dengan Allah).* Ada pula golongan yang tenggelam dalam rasa kehambaan dan rasa kekhalifahan mereka. Tidak ada lagi kepentingan yang lain bagi orang-orang yang seperti ini melainkan Allah semata-mata. Inilah golongan As Siddiqin (yang benar).* Dalam pada itu ada pula golongan manusia yang rasa kehambaan dan rasa kekhalifahan mereka tidak seimbang. Ada yang rasa kehambaan mereka lebih menonjol. Dengan demikian mereka banyak terdorong untuk beribadah, berwirid, berzikir, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya. Peranan mereka sebagai khalifah kurang. Mereka ini ahli-ahli ibadah atau golongan abid.* Ada pula manusia yang rasa kekhalifahan mereka pula lebih menonjol. Mereka ini banyak terdorong untuk membuat kerja-kerja kemasyarakatan dan kepimpinan selaras dengan syariat Tuhan. Ibadah mereka sederhana sahaja. Mereka ini golongan pemimpin yang baik.Marilah kita sama-sama memupuk dan menajamkan rasa kehambaan dan rasa kekhalifahan ini kerana rasa-rasa inilah yang menjadi kekuatan bagi kita untuk melaksanakan peranan kita sebagai hamba dan sekaligus sebagai khalifah Allah. Setakat mana rasa-rasa ini dapat ditajamkan, maka setakat itulah dapat kita berperanan. Di dalam konteks yang sama, setakat mana kita dapat berperanan sebagai hamba dan sebagai khalifah, ia menjadi kayu ukur setakat mana sebenarnya tahap rasa kehambaan dan rasa kekhalifahan yang ada di dalam hati kita.
Ahad, 15 Mac 2009 | By: iKhwan89

FAMILY DAY DAKWAH : CHERATING JADI DESTINASI







*terbaring sambil tgk tv* Salam alaik untuk sumer..he3ape kbar..?semoga dalam kasih sayang Tuhan. Alhamdulillah berakhir jugak fmily day jabatan dakwah kali nie. Buat kat cerating taw..dalam suasana yang xmenentu kejap ujan,kejap cerah..dan diakhiri dengan hujan yang lebat..hu3..em..not bad r family day kali nie...tapi tu r...aktiviti xtersusun,xde perancangan pelan A,B,C...macam yang mantan PEDAP wat dulu...hu~tapi,sonok jugak r..ye r..dapat mkanmsakan ustazah,
dapat borak2 dengan ustazah n ustaz,pastu kan,yang paling best kan,aku dapat baaaaaaaanyak pengajaran bile aku duduk tepi laut tu...em..kat sanerkami duduk seharian taw kat saner,dengan suasane sejuk,mengingatkan aku kat mangse2 perang luar negare malaysia tu..suasane hujan juga sebenarnyer tidakmenghalang kami semua buat aktiviti macam tarik tali,futsal,bowling padang n so many more..em..tapi ari nie sebenarnyer aku kurang mood nak join program..jadi,tadi aku banyak relax n merenung laut jer..hu~em...ok r kawan2...akhir kate dari ku,laut sebenarnyer tersimpan beribu2 pengajaran,renuglah demi untuk mencari apakah pengajaran Tuhan..salam kasih sayang dari ku...
Sabtu, 14 Mac 2009 | By: iKhwan89

SATURDAY : BUHSAN DAY


*demam.selseme,batok.
.adui.dugaan..manyak sangat dosa*
salam untuk sumer..aper kbar?
semoga dalam kasih sayang Tuhan..
ari nie bagi ku ari yang bese dan busan..ye r,awal2 pagi tadi aku mangun solat sumer,pastu ikut ustazah pegi POLISAS da meeting bersama dengan Koperasi Muamalat berkenaan satu prgram aper ntah..xpaham aku..hu3.
Lame jgak r kat saner tu. Dalam 3 jam jgak la meeting tu..
lpas jer abes meeting tu,ustazah bawak kami ke restoran utk mkan tgh hari..
sampai kat restoren tu rase mcm nak amek sumer mkanan..hu3..ye r,cuber bayangkan,dari pagi xmakn,lpas tu duduk dkat dalam meeting orang tua,pastu.....aduh...xdapat nak citer die punyer lapar...hu3...tapi tu r,makan tgh hari tu ustazah blnje kami...yang ikut ustzah 3orang..aku,umar dan syazana...dalam hati ku mjur ustazah belanje,klaw x,adoi...lapaaaar....tapi makn tu pon cover2 jgak,ye r,orang belanje,xley r amek banyak2...nanti segan plak..he3...
alhmdulillah,selesai terus balik..
sampai kolej,rehat jap,solat,pastu tidur sampai kul 5...
Adoi..lewat lagi solat.,begegas bangun,trus amek wdhu'solat asar....lpas tu.aku duduk r terlantar kebuhsanan....
er...ni da nak dekat kul 7 da ni,aku nak bersiap untuk solat....
hamba yang baek kne siap2 untuk jumper Tuhan awal-awal....ok,salam alaik..
Jumaat, 13 Mac 2009 | By: iKhwan89

APBM PortDickson : Happynyer bile nak balik






*huh~penat lpas handle prgram motivasi*salam dan ape kabar pelawat-pelawat blog sekalian..?smoga dalam kasih sayang dan dalam redha Tuhan.Hari ni aku nak coretkan hari-hari ku yang telah berlalu selama beberapa hari ini..macam-macam dah berlaku.baru-baru nie aku menghadiri kursus belia pertengahan kat port dickson..hui..dasat tempat die..5 hari kami da kat sner,macam2 modul telah kami jalani.macam2 jgak telatah fesi2 kami.lpas tu,last prgram,aku kne bace doa penutup majlis,aku bace doa jihad. Smoga Doa ku dimakbulkan..saat yang paling sronok ialah mase kami semua da nak bertolak balik ke kuantan..hu3...soonok sangat.sblum kami sampai kuantan,kami jalan-jalan dulu kat klcc..wa...memang time tu r yang pling sonok. Kat klcc ni r kami manyak sangat tangkap gambr..he3..macam2 jenis posing taw...ha,kami samapi kuantan akhirnya nak dekat pkol 2.rindu kat kolej sendiri..he3...ha..ok r kawan2,nak tido dah ni..ape2 hal tinggalkanlah pesan dekat kotak catatan pelawat yer..salam alaik.
Sabtu, 7 Mac 2009 | By: iKhwan89

WAWASAN DESA :BUKIT GOH OH BUKIT GOH






*sehari selepas balik dari port dickson..saket-saket seluruh badan..hu3*salam alaik sumer pelawat..ape kabar antum..?semoga dlm kasih sayang Tuhan. Alhamdulillah dapat lagi aku menulis didalam blog ku ini. Kali nie,aku nak bercerita pasal 2 program yang aku dah lalui sepanjang minggu ini. Mule-mule skali aku nak citer berkenaan program anak angkat dekat bukit goh...hui..kat saner memang mak ayah die sporting...adek aku plak,nakal tahap gigabyte. Kawasan die cantik. Maklumlah...felda. prgram rakan muda ne bergabung dengan ipt luar(IKIP). sedey bangat aku nak citer prgram nie...nie sumer sbb prgram ni bergabung dengan ipt luar.Aurat xjaga,batas2 pun xjge...hu~nanges~..lagi2 lah bile samapi part malam kebudayaan..hui....dasat sangat..aku plak kene jadi pengerusi majlis mase tu...terperangkap aku dalam situasi tu..mase petang tu,aku dah dpt rase,yang mlm tu memang teruk..aku da cakap, yang aku xkan jadi pengerusi majlis. Tapi tu r..kawan aku nie,die da start merajuk dah time tu..wat muke..hu~...kawan sekelas aku nie,die nak aku yang jadi partner mc malam tu ngn die..aku jadi serbe salah..mane nak jage hati kawan,dengan perasaan yang kuat mengatakan malam tu truk...last2,lpas solat asar,aku pun terima jadi m.c..aku tataw kenape..tapi kesimpulan yang aku dapat untuk prgram rakan muda kali nie ialah,TERUK,DASAT,XDE BATASAN SYARIAT,XBLEY NAK TERIMA.

Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com