Khamis, 22 November 2012 | By: iKhwan89

KESUSAHAN KEMBAR KEBENARAN

latest update from blog matahati

Salam ceria semua. Selawat dan salam kepada Baginda Rasulullah saw, ahli keluarga dan para sahabat rahm. Salam dan mohon izin kepada ke hadrat Imamul Mahdi dan Abuya Fatta Attamimi.

Catatan ringkas yang mengiringi kedatangan Muharram 1434 Hijriah.

Kebenaran Semakin Terserlah 

Dalam PRSA 57, antara rencah ratus yang dipaparkan ialah pengakuan seorang jemaah haji dari Indonesia yang berkesempatan mengunjungi Bonda Ummu Jah ar di istana RSA Mekah. Kedatangan Embak Leni yang didahului oleh isyarat-isyarat kerohanian dan dipandu oleh guru 'ghaib'nya membawa kepada tersungkurnya beliau di bilik Saiyidi, lalu seolah-olah dia diIslamkan semula. Sebaik sahaja memasuki bilik karomah itu, beliau terus mengucapkan syahadah dengan penuh perasaan bahkan rohnya telah tenggelam dalam alam 'rasa'. Peritiswa ini dan seterusnya apa yang dapat difahami melalui ucapan penuh bertanggungjawab oleh Embak Leni telah menjadikan satu lagi bukti kebenaran teruslah berpihak kepada Bonda Ummu Jah ar.

Dalam blog Nur Muhammad, artikel tentang keadaan dan situasi terkini dalam GISB telah mengundang berbagai respon oleh pembaca. Bagi mereka yang sedia yakin, bertambah keyakinan mereka kepada Bonda Ummu Jah ar. Bagi mereka yang selama ini jujur mencari hujah, maka cukuplah pengalaman saudara Sabree, penulis artikel tersebut sebagai hujah yang datang dari pihak luar GISB sebagai sokongan membantu mereka menetapkan pendirian bahawa kebenaran berpihak kepada Bonda Ummu Jah ar.

Cuma bagi yang memang sudah gelap matahatinya, datangkanlah apa hujah sekalipun, tetaplah mereka pertahankan kebodohan dan kedegilan mereka. Sekalipun hati kecil tidak mampu menipu, tetapi mulut dan nafsu yang besar teruslah mengajak untuk kekal menjadi penipu.

Era Berbaik dan Bekerjasama 

Peritiswa serbuan JAIS ke atas program Kenduri Mega dan Doa Selamat di Bandar RSA Country Homes tempuh hari membawa kepada episod baru dalam perjuangan. Rupanya kepimpinan roh sama sekali tidak melihat sesuatu itu negatif sekalipun lahirnya bersifat negatif. Kecuali orang yang hatinya buta, mereka sering melihat sesuatu itu negatif, walaupun lahirnya positif apatah lagi kalau memang lahirnya negatif. Orang akal tidak akan mampu mempositifkan sesuatu sekiranya pada akal mereka itu negatif.

RSA telah menganjurkan satu pendekatan berbaik-baik dan bekerjasama dengan sesiapa sahaja sekalipun orang yang memusuhi perjuangan ini. Berbaik-baik dan bekerjasama dalam ertikata tidak sampai menggadaikan prinsip. Inilah makar mursyid. Bagi musuh, mereka kehilangan langkah seterusnya bila mana orang yang mereka musuhi mengambil langkah berbaik-baik. Manakala bagi pejuang yang sedang disaring, maka langkah ini akan pasti merupakan tempuh penyaringan yang semakin halus. Apakah tindakan berbaik-baik mampu dikendalikan secara jujur tanpa menjual prinsip, atau apakah prinsip akan turut lebur dalam melaksanakan langkah berbaik-baik. Satu pendekatan yang hanya orang roh mampu melakukan dengan sebaik-baiknya.

Ekspedisi dan Regu Kepimpinan 

Sehari sebelum menjelang I Muharram, team BOD dan Ibu Zon Ibu Pejabat yang ada di Malaysia telah mengadakan ekspedisi. Destinasi utama adalah ke Tanjung Belungkur. Perjalanan pergi melalui Kuantan dan berpeluang singgah di Bandar RSA Batu 12 sekaligus dapat menyaksikan pernikahan 7 pasangan mempelai. Daripada 7 pasangan, hanya 2 pasangan monogami, manakala 5 pasangan adalah berpoligami. Seperti yang dihasratkan oleh Pengarah Zon 1, Syeikh Dr Mohd Azral, Zon Pahang akan menjadi Zon Poligami maka pada petang tersebut beliau telah salah satu pasangan pengantin poligami yang diijabkabulkan.

Perjalanan diteruskan yang kemudiannya berhenti rehat dan bermalam di Tanjung Gemar. Sebaik selepas solat Subuh, kami meneruskan ekspedisi menuju ke Tanjung Belungkur dengan harapan untuk bersarapan di sana.

Sepanjang perjalanan masa dan kesempatan yang ada telah diisi dengan beberapa siri perbincangan dan bertukar-tukar fikiran. Banyak juga topik yang sempat diperbincangkan terutamanya mencanai intipati PRSA 57 dan banyak juga perkara yang dapat diselesaikan diperingkat kepimpinan zon dan negeri. Begitulah hasilnya, bila kita cuba meniru kaedah yang menjadi tradisi Abuya dan yang telah dijadikan pendekatan utama dalam membina regu kepimpinan. Dalam ekspedisi mudah untuk menyemaikan kasih sayang, persefahaman dan berlakunya penyelarasan fikiran dan tindakan.

Sesampainya kami di perkampungan karomah di Tanjung Belungkur, alangkah indahnya perasaan disamping pemandangan juga sangat menarik. Jika dilihat dari segi fizikal, untuk tinggal sehari pun mungkin terpaksa bermujahadah sakan, namun dari sudut rohnya, cukup luar biasa. Untuk sampai ke perkampungan berkenaan, perlu menempuh jalan tanah merah sejauh 5-6 kilometer yang jika hujan akan memburukkan lagi keadaan jalan tersebut. Tinggal dalam kanopi yang dijadikan istana penginapan, 30 orang remaja telah berjaya dijinakkan roh mereka, tetapi fizikal mereka teruslah tangkas dan cergas.

Rupanya banyak faktor yang membezakan Syeikh Nasiruddin Ali ar dengan mereka yang cukup sakit hati kepadanya. Benar, beliau yang telah pernah hidup susah di zaman Arqam tetapi terus mampu untuk taat setaat-taatnya, sekalipun disusah-susahkan berkali-kali demi Islam, demi Tuhan. Di era perjuangan yang rata-ratanya bergelanggang di bandar-bandar baru yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan teknologi, Syeikh Nasiruddin Ali ar mampu tinggal bersama para remaja yang bermasalah di satu kawasan pedalaman, di hujung ladang kelapa sawit, di pinggir muara Sungai Lebam, anak Sungai Johor. Sungguh luar biasa ketaatan yang dihayati oleh Syeikh Nasiruddin ar. Taat di depan maupun di belakang!

Walaupun dalam serba serbi dhaif, beliau mampu meraikan tetamunya dengan menyembelih sepasang kambing. Jamuan tengahari yang cukup berselera sekalipun simple, menjadikan program ziarah ini terasa sangat dihargai oleh seorang yang hatinya sudah mendapatkan sepenuhnya hati mursyid. Begitulah gambaran kemuliaan seorang yang amat mulia di sisi mursyid. Padahal kami bukanlah tetamu besar yang layak dan perlu diraikan seperti itu. Tetapi kami diraikan sungguh-sungguh tanpa mengirakan yang datang ini hanyalah para junior dalam kepimpinan dan lebih-lebih lagi dalam jemaah roh.

Rombongan xpdc ZIP (Malaysia) bergambar bersama Syeikh Nasiruddin Ali  di  Tanjung Belungkur.
Kenangan manis dan indah khususnya sentuhan roh di Tanjung Belungkur ternyata telah dirasai oleh semua peserta ekspedisi. Dalam sessi akhir, masing-masing mengulas tentang kelebihan Tanjung Belungkur dan tentunya berkait rapat dengan Syeikh Nasiruddin ar. Memang di semua tempat yang kami sempat kunjungi mempunyai cerita yang menarik dan kelebihan masing-masing, namun sentuhan di Tanjung Belungkur merupakan pelengkap kepada seluruh pengalaman berharga sepanjang ekspedisi ini. Moga berkat ziarah Tanjung Belungkur akan melonjakkan roh kami dan anak buah semuanya.

Perjalanan balik sempat singgah berziarah di Muatiara Rini, Johor Bahru dan penutup ekspedisi ialah dengan jamuan makan malam Nasi Ayam Hainan di Mat'am Ikhwan, Seremban Dua, Negeri Sembilan.

Kesusahan Kembar Kebenaran 

Kebenaran itu sifatnya dalah roh. Untuk mendapat kebenaran, roh mesti diaktifkan. Untuk mengaktifkan roh, kesusahan adalah jalannya. Bila kita disusahkan, maka roh akan aktif dan akhirnya roh akan terhubung dengan sumber kebenaran, iaitu Tuhan. Tuhan itulah kebenaran yang hakiki.

Ini bermakna, kesusahan adalah kembar kepada kebenaran. Bersama kebenaran itu dikampilkan kesusahan. Lihatlah sejarah para Nabi dan Rasul serta pejuang-pejuang kebenaran sepanjang zaman. Hampir ke semua mereka menempuh ujian kesusahan. Tidak ada perjuangan kebenaran yang direntangkan dengan kemewahan dan kesenangan sekalipun mereka dilihat mewah dan senang.

Watak kebenaran itu adalah berwatak roh, sedangkan roh pula sangat intim dengan kesusahan. Dengan kesusahan dan penderitaan, roh akan bercahaya dan seterusnya sangat intim dengan Tuhannya. Bonda Siti Hajar sebagai isteri kedua Nabi Ibrahim yang telah berjaya membuka bandar Mekah, keajaibannya tercetus hasil ujian kesusahan. Salah satu contoh yang sesuai untuk direnungkan bersama bersempena Haji Akhbar dan Muharram 1434 Hijrah ini.

Jika kesusahan menjadi halangan kepada kita untuk berjuangan, maka sememangnya kita tidak layak untuk berjuang. Jangan kesusahan yang diperlsalahkan, tapi salahkan diri kita yang tidak mampu untuk mengambil kesusahan sebagai jalan mendapatkan kebenaran!
Rabu, 21 November 2012 | By: iKhwan89

JANJI TUHAN ITU PASTI : Kebenaran semakin HAMPIR

Bismillahi Allahu Akbar,dengan kemuliaan orang2 tuhan dihidupkan lagi kita pada hari ini,selawat dan salam keatas junjungan agong baginda rasulullah,pemimpin kecintaan Allah.. Alhamdulillah,sekian lama tak update blog,banyak perkara-perkara yang berlaku terutama ketika awal muharram ini,berlakunya Haji Akbar yang dinantikan oleh seluruh umat islam yang rindukan kemenangan islam.

  Muharram juga menyaksikan kejatuhan kuasa barat bermula dengan kebankrapan negara2 besar seperti sepanyol,greece,dan itali,kemudian dikejutkan lagi dengan demonstrasi di seluruh negara-negara maju yang menuntut berbagai-bagai tuntutan.

  Seterusnya paling terkini kuasa besar eropah,Amerika sedang dilanda dengan pelbagai musibah bencana alam seperti taufan Sandy di beberapa negeri besar didalam Amerika,seperti Los angeles,Bouston,Dll. Namun ditutup tutup berita tentang masalah dalam negara mereka.

  Mereka tahu mereka kini semakin dirundung malang,semakin lemah,semakin dihinakan itu tanda kemenangan islam di akhir zaman..inilah kebesaran pemimpin akhir zaman yang dinantikan,Tuhan tetapkanlah aku dalam perjuangan,moga hati kuat,moga mampu buat semua pakej yang diajarkan RSA mlalui BUJ ar.

  http://penjaraqanater.wordpress.com/ - bacalah sebagai panduan untuk kekuatan perjuangan
Khamis, 18 Oktober 2012 | By: iKhwan89

LAMEEEEE SUDAAHHH.....

Bismillahi Allahu Akbar.....dah lame sangat dah tak update blog...sekarang ni pun tgh kursus KSSR...terambik peluang jer...huhuhuhu...okeh...nanti update lain....RSA tolong kami baiki diri..."
Rabu, 12 September 2012 | By: iKhwan89

KEYAKINAN TERHADAP KEBENARAN ITU SANGAT MAHAL HARGANYA

 Bismillahi Allahu Akbar dengan segala kebesaran,kemuliaan dan keajaiban hanyalah untuk Allah pentadbir kerajaan ajaib,yang mengatur perjalanan dunia,menjatuh dan menaikkan seseorang,memuliakan dan menghinakan seseorang...sesungguhnya kita tidak akan mampu untuk lari daripada pentadbiranNya. Selawat dan salam keatas kekasih hati yang terlalu agung Rasulullah..salam rindu buat Rasulullah,saiyidi dan Abuya..3 pemimpin roh yang kini sedang menguasai dunia..dan seluruh para ikhwan dan asoib yang kini sedang berperanan bersama wasilah BUJ ar sebagai wasilah antara negara roh dan negara nyata....

  Alhamdulillah terima kasih wahai Tuhan kerana masih lagi Tuhan berikan kepada ku keyakinan terhadap perjuangan jemaah kebenaran ini. Disaat kini ramai yang telah dipulaukan,disisihkan dan ditendang sesungguhnya keyakinan terhadap kebenaran betul-betul terasa amat mahal sekali pada saat-saat seperti ini.

  Aku tidak tahu nanti apakah nasibku... amat malanglah bagi ku seandainya aku dibuang..hina dunia akhirat...waahai Tuhan,peliharalah aku dari sihir dan fitnah konco-konco dajjal yang kini sedang bergerak aktif melancarkan sihir-sihirnya...jadikan hati ku tetap dengan keyakinan ku berkat rasulullah,saiyidi dan Abuya..

  Wahai Boss yang Maha Pemurah...ampunkan aku,ampunkan segala dosa rakan-rakan seperjuangan ku....selamatkan kami didunia dan selamatkan kami juga di akhirat......amin...
Rabu, 1 Ogos 2012 | By: iKhwan89

TADARUS TAPI TAK BERAGAMA

alhamdulillah.....ape kabar semua,semoga semua dalam redha dan kasih sayang Tuhan...banyak ibadah yang boleh dilakukan di dalam ramadhan ini...Kita amik contoh tadarus la. Sebab bulan Ramadhan ni, relevan la cerita tentang tadarus. Sana sini orang tadarus. Ada tadarus jemaah masjid lepas tarawih dan lepas Subuh. Biro Kaum Hawa pula bertadarus di dewan masjid jam 10 pagi. Di sekolah Arqam dulu, wajib tadarus di bulan Ramadhan. Ia di programkan. Berlumba-lumba antara usrah nak khatam. Yang baca sendiri seronok dapat khatam 2 atau 3 kali sebulan Ramadhan, walaupun baca laju gila. Itu cerita 20 tahun sudah, sekarang mana-mana sekolah asrama ada tadarus.
Jadi jemaah surau, jemaah masjid, orang kaya, orang miskin, ahli parti politik muslim samada kerajaan atau pembangkang rata-rata bertadarus, persatuan wanita, persatuan isteri-isteri menteri dan lain-lain bertadarus dan ada majlis khatam quran masing-masing. Betapalah para hafiz quran, memang hari-hari bertadarus. Nampaknya macam beragama. Benarkah begitu?! Persoalannya bukan berapa kali khatam Quran, tetapi apakah kita faham apa yang dibaca? Kerana tujuan membaca adalah untuk diamalkan dan diperjuangkan dalam kehidupan. Kalau tak faham, bagaimana nak mengamalkannya, memperjuangkannya atau dalam lain perkataan, bagaimana nak beragama?
Rasulullah saw bersabda: ‘Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, Allah akan beri dia faham tentang agama.’
Bila kita timbulkan persoalan kefahaman, masing-masing mendabik dada, mengaku faham. Sedangkan kefahaman betul-betul milik Allah. Jelas dalam hadis ini, Rasul saw jelaskan, siapa yang Allah hendakkan kebaikan baginya, Allah akan beri faham kepadanya tentang agama. Allah yang beri faham. Bukan kerana dia hafiz quran, grad syariah, Phd Usuluddin, kadhi mahupun mufti.
Mufti pun, jika Allah tak beri faham akan beri fatwa menurut kehendak pemerintah, fatwa bukan dari dari hati yang takutkan Allah seperti ‘atlit boleh menangguhkan puasa Ramadhan kerana sukan olimpik’. Confirm kah safar ke Sukan Olimpik itu harus/mubah hukumnya? Pastikah di temasya sukan itu tiada maksiat? Tak ada pencampuran lelaki wanita yang bukan mahram? Tiada pendedahan aurat? Hingga safar itu layak mendapat rukhsah untuk tidak berpuasa? Atau fatwa politik semata-mata. Jadi yang mengaku faham pun diragui kefahamannya. Bila tak faham, bagaimana nak beragama?
Kalau benar-benar faham, mengapa Allah sebut banyak sangat tentang yahudi di dalam Al Quran?
Sebenarnya Allah ceritakan tentang yahudi terlalu banyak di dalam Al Quran kerana yahudilah yang jadi penghalang untuk orang dapat Tuhan dan kebenaran.
Sekarang yahudi telah menguasai segala-galanya. Pendidikan, ekonomi, politik, sosial, hiburan, makan minum, pakaian, sukan dan seluruh aspek kehidupan hatta udara pun telah diyahudikan!!! Cuba teliti bagaimana halusnya yahudi merosakkan umat Islam dalam bidang pendidikan. Dalam Islam pendidikan adalah untuk membawa manusia mengenal Tuhan. Hasil kenal Tuhan datang cinta dan takut. Dorongan cinta dan takut terbangun syariat dalam kehidupan. Dengan membaca suratul Fatihah sahaja kalau betul pendidikan hingga benar-benar faham, masuk ke hati, menyentuh roh dan perasaan, akan terasa pemurah dan penyayangnya Tuhan. Manusia tak akan sanggup berpisah dengan Tuhan. Rasa nak korbankan segala-galanya untuk Tuhan. Maka lahirlah manusia yang bertakwa yang yakin hidup, mati, rezki, masa depan semuanya dari Tuhan. Hinggakan udara yang dihirup terasa anugerah Tuhan, bila-bila masa Allah boleh tarik, lalu matilah dia. Oleh itu sangat kuat pergantungannya pada Allah. Tapi yang terjadi sekarang, baca Al Quran, bertadarus sepanjang Ramadhan tetapi tak terasa ‘Rahman dan Rahim’ Tuhan. Yahudilah penghalangnya. Oleh yahudi, secara terancang dibuang ‘faham’ dan ‘rasa’ dalam pendidikan kerana tiada rohnya. Pendidikan di putuskan dari Tuhan yang memberi faham. Maka akal sahaja diaktifkan, nafsu disuburkan lalu dihalakan pendidikan adalah untuk keluar dari kemiskinan, untuk maju, dapat sijil, tinggikan taraf hidup. Maka berlumba-lumbalah umat Islam belajar untuk mendapat sekeping sijil, segulung ijazah agar dapat kerja makan gaji. Ketika belajar, Allah dah bukan matlamat, tiada niat untuk beramal, jauh lagi untuk memperjuangkan ilmu-ilmunya. Walau yang belajar jurusun agama. Maka syariat longgar, tiang agama – sembahyang sudah bukan jadi pokok di dalam pendidikan acuan yahudi.
Dirancang dan diwar-warkan bahawa makan gaji adalah cara mencari rezki terbaik. Ada jaminan, ada pencen. Tuhan hilang dari kehidupan. Iman tentang rezki dan tawakkal semakin menipis di dada, hanya manis di bibir. Disediakan peluang pekerjaan pula hanya kepada mereka yang bersijil. Maka Tuhan benar-benar dirancang agar hilang dari kehidupan. Inilah akibat membaca Al Quran tanpa fanam.

  Ekonomi dalam Islam, macam yang Rasulullah saw praktis. Modal adalah dari Tuhan. Berniaga adalah untuk memberi khidmat kepada manusia. Untung atau rugi itu dari Tuhan. Tapi Rasul berjanji, beri satu di balas 10. Allah janji, beri satu dapat 70, 700 hingga tak terkira. Tuhan yang akan balas. Kalau berhadapan dengan pelanggan yang miskin, tak mampu membeli….raikan. Beri sahaja, nanti Tuhan akan ganti. Tapi yahudi ajar, nak niaga kena hutang bank. Riba tak mengapa kalau dharurat. Jangan mudah-mudah bersedekah. Tak boleh pusing modal nanti. Kalau nak sedekah atau berderma mesti ada nilai kormesial. Kena panggil press. Snap gambar. Masuk paper. Yahudi sanggup tembak ribuan binatang ternakan daripada menjual dengan harga yang rendah atau memberi orang lain.

   Begitu politik, sosial dll telah sangat dikuasai yahudi. Yahudi sangat menghalang kita dari Tuhan. Begitulah nasib umat Islam, ditipu yahudi walaupun membaca Al Quran. Yahudi didik Al Quran untuk dibaca, rebut pahala, fadhilat. Untuk dilagu-lagukan, dipertandingkan diberi hadiah habuan duniawi. Imam Ramadhan dibanggakan kalau dapat datangkan para hafiz dari negara Timur Tengah, tak kiralah fahamannya wahabi atau tak. ‘Yang penting masjid kami baca quran 30 juz, qari dari Ummul Qura!’ Begitu juga nasib tadarus, terhenti setakat membaca. Yahudi berjaya menghilangkan ciri-ciri umat Islam yang awal dikalangan para sahabat, tabien dan tabiut tabiein. Imam Syafie contohnya, demi memahami Al Quran, sanggup belajar bahasa Arab dengan Bani Huzail selama 11 tahun, sedangkan dia memang orang Arab Quraisy. Tapi takkan selamanya yahudi menang. Tuhan telah datangkan pemimpin yang sedang memerangi yahudi. Allah anugerahkannya ilmu ‘min ladunna ‘ilma’. Yang akan memahamkan kita isi Al Quran dan bagaimana mempraktikkannya. Dengan didikannya yang mendapat pimpinan langsung dari roh Rasulullah saw, kita akan mampu beragama. Islam tak akan kalah-kalah lagi. Yahudi yang akan kalah. Ya Allah segerakanlah datangnya 2 pemimpin yang Engkau janjikan, IM dan PBT.
Amin…. copy from anjang muor
Isnin, 16 Julai 2012 | By: iKhwan89

TERIMA KASIH TUHAN ENGKAU BERIKAN NIKMAT BERKASIH SAYANG : sempena REUNION PEDAP 07/08 siri 1

Alhamdulillah..segala pujian bagi Tuhan yang memberikan nikmat berkasih sayang sesama islam,akhirnya nyata juga program reunion dakwah 07/08. Dihadiri oleh 15 orang mantan Dakwah KIPSAS 07/08 bersama dengan Ustazah safiah.....pesan Ustazah kepada kami.."untuk menunggu semua mempunyai masa terluang memang payah,seandainya ada program begini,seeloknya,luangkanlah masa,walaupun sekejap untuk bersama kawan2...." moga selepas ini reunion kita akan semakin meriah..(^_^)

sebahgian yang hadir..(^_^)
 Program yang berlangsung seawal jam 5 petang hari sabtu (14/7) itu bertempat di Amansari resort,pantai sepat,kuantan. Majlis kecil tetapi mempunyai nilaian yang tinggi kerana berkumpul untuk mengeratkan ukhuwah itu di ketuai oleh saudara Ahmad zakaria bin Yusoff selaku pengarah program reunion kali ini.

ustazah safiah sedang menyampaikan amanat

Pada malam tersebut,kami telah mendengar amanat dari ibunda PedaP Ustazah Safiah yang kini memegang jawatan Dekan Pengajian Islam.


sesi mengenyangkan perut...huhuhu



Majoriti peserta yang datang pada program itu telah bersepakat untuk reunion akan datang, melantik Yang berbahgia sahabat kita saudara Syawal hafifi untuk mengendalikan majlis seterusnya. Diharap saudara syawal dapat mengendalikan majlis tersebut demi kawan-kawan..(^_^)..

Menu BBQ : Ikan Bakar,Sotong Bakar dan Ayam Bakar



aktiviti reunion kali ini ialah,bersantai petang di rumah Ust Soleh yang macam chalet tu,kemudian malam BBQ...seterusnya pagi ahad,persegaran di tepi pantai,tgh hari musafir ke kemaman untuk ziarah rumah ummi umairah, dan berakhir pada jam 8pm. alhamdulillah,walaupun sedikit tetapi meriah..tahniah kepada sesiapa yang mengambil bahgian..(^_^)


Bergambar kenangan bersama Ustazah safiah


Alhamdulillah kerana  buat pertama kalinya reunion PedaP 07/08 berjaya. jadi untuk siri reunion seterusnya,kita nantikan tarikh dan tempatnya....salam ceria,salam rindu dan salam kasih sayang dari saya,Remaja Timur..(^_^)

Rabu, 11 Julai 2012 | By: iKhwan89

TUJUAN PERKAHWINAN MENURUT ISLAM-RSA


Allah Taala telah mentakdirkan bahawa lelaki ada nafsu kepada perempuan. Perempuan juga ada nafsu dengan lelaki. Hakikat ini tidak boleh ditolak. Kita tidak boleh lari daripada tuntutan semula jadi itu. Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan maka tujuan kita berkahwin agar jangan sampai kita melakukan zina yang terkutuk. Mestilah kita berkahwin agar ia tersalur secara yang halal yang memang dibenarkan oleh Allah Taala yang Maha Pengasih.
Daripada perhubungan kelamin suami isteri itu, ia sebagai sebab pertemuan benih kedua jenis manusia yang akan melahirkan zuriat, anak-anak, cucu-cucu yang ingin sangat kita jaga, asuh, didik, diberi iman dan ilmu, agar menjadi hamba-hamba Allah yang berakhlak dan bertaqwa. Yang akan menyambung perjuangan Islam kita agar perjuangan Islam kita bersambung selepas kita mati. Memang setiap umat Islam yang belum rosak jiwanya sangat menginginkan generasi.
Kalau begitu tujuan kita berkahwin, kita inginkan anak yang akan kita didik menjadi seorang Islam yang sejati dan anak itu adalah merupakan aset kepada kita. Anak itu sendiri pula boleh menjadi harta dan tenaga kepada Islam.
Dengan perkahwinan itu, jika tujuan kita mendapat anak berjaya, dan berjaya pula dididik dengan Islam dan menjadi seorang muslim yang berguna, kemudian dia akan melahirkan cucu yang juga berjaya dididik secara Islam dengan sebaik-baiknya, berapa banyak pahala yang kita dapat sambung-menyambung. Itu adalah merupakan aset simpanan kita di Akhirat kelak
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Apabila meninggalnya anak Adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu doa anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat. (Riwayat Muslim)


Alangkah indahnya kalau Islam yang maha indah itu dapat menjadi budaya hidup sebagaimana yang pernah mengisi ruangan dunia ini di masa yang silam, selama tiga kurun dari sejak Rasulullah SAW. Sekarang keadaan itu tinggal nostalgia sahaja. Yang tinggal pada hari ini hanya akidah dan ibadah. Itu pun tidak semua umat Islam berbuat. Kita ingin sangat keindahan Islam itu dapat diwujudkan. Di dalam suasana keluarga pun jadilah, kerana hari ini, hendak buat lebih dari itu memang amat sulit sekali. Lantaran itulah perkahwinan itu amat perlu sekali kerana hendak melahirkan masyarakat Islam kecil. Moga-moga dari situ akan tercetus masyarakat Islam yang lebih besar.
Seorang muslim bukan sahaja diperintah untuk mencari keredhaan Allah Taala tetapi diperintah juga untuk menghiburkan hati kekasih Allah Taala iaitu Rasulullah SAW, yang mana Rasulullah SAW sangat berbangga dengan ramainya pengikut atau umatnya di Akhirat kelak. Maka sebab itulah Rasulullah SAW menyuruh umatnya berkahwin.
Maksudnya: Bernikahlah kamu supaya kamu berketurunan dan supaya kamu menjadi ramai, kerana sesungguhnya aku akan berbangga dengan umatku yang ramai di hari Kiamat. (Riwayat Al Baihaqi)


Setiap umat Islam hendaknya apa yang menjadi kesukaan
Rasul-Nya itulah juga kesukaan mereka.
Kalaulah Rasulullah SAW berbangga dan bergembira dengan ramainya umat, maka kita sepatutnya juga berbangga dengan ramainya umat Islam di dunia ini. Maka untuk memperbanyakkannya, lantaran itulah kita berkahwin. Jadi kita berkahwin itu ada bermotifkan untuk meramaikan umat Islam. Ada cita-cita Islam sejagat. Kita berkahwin itu ada cita-cita besar, bukan sekadar setakat hendak melepaskan nafsu seks seperti cita-cita kebanyakan manusia.
Berkahwin itu jangan sampai putus zuriat kerana kita berbangga dapat menyambung zuriat yang menerima Islam sebagai agamanya dan dengan keturunan itulah orang kenal siapa asal-usul kita atau mereka.
Tujuan-tujuan lain sebagai maksud tambahan daripada perkahwinan bahawa setiap lelaki dan perempuan yang menjadi pasangan suami isteri hendaklah meniatkan satu sama lain hendak memberi hiburan kepada seorang hamba Allah Taala yang inginkan hiburan, kerana niat menghiburkan orang mukmin itu mendapat pahala.
Begitulah sebahagian daripada tujuan-tujuan dan maksud-maksud daripada perkahwinan di dalam Islam. Ia mempunyai cita-cita yang murni. Melahirkan cita-cita Islam, ingin mewujudkan satu rangkaian dan elemen-elemen amalan serta suasana Islam. Kalau ia dapat digabungkan dengan rangkaian-rangkaian dan elemen-elemen golongan yang mempunyai cita-cita dan tujuan yang sama seperti yang Islam kehendaki, lama-kelamaan ia akan menjadi satu masyarakat Islam yang lebih besar lagi, yang syiarnya akan dapat dilihat di mana-mana sahaja di muka bumi Tuhan ini. Dunia ini akan menjadi amat meriah, ceria, gembira dan bahagia. Barulah boleh kita meyakinkan orang lain kerana keindahan Islam itu begitu terserlah.
Khamis, 17 Mei 2012 | By: iKhwan89

RINDU KU PADA MU...


“Ya Rasulullah,….”
“Demi Allah, aku tidak akan bertemu orang yang memberi kasih sayang kepadaku lebih daripada Rasulullah walaupun dari ibu dan ayah kandungku sendiri” .
Semua yang hadir terkejut dengan pendirian Zaid bin Harithah, tatkala diminta membuat pilihan antara terus tinggal bersama Rasulullah atau mengikut ayah kandungnya kembali ke pangkuan keluarga yang sangat merinduinya.
Atas pilihannya itu, Rasulullah saw telah memerdekakannya lalu mengambil Zaid sebagai anak angkat. Zaid mencipta sejarah besar apabila menjadi orang kedua menerima Islam selepas Sayidatina Khadijah. Bijaknya Zaid memilih untuk bersama Rasulullah, kerana itu beliau dapat bersama Allah dan mendapat keselamatan dunia akhirat.
Waktu itu jika bangsa Arab Quraisy tahu siapa Rasulullah saw, pasti tidak ada yang terkejut kerana siapa juga yang beriman dengan Allah pasti akan memilih Rasulullah saw.
Penciptaan Allah yang luar biasa ada pada Rasulullah saw, bahkan kerana Nur Muhammad itulah diciptakan dunia dan seisinya. Hakikatnya seluruh makhluk terhutang budi kepadanya. Akhlak Rasulullah yang luar biasa menarik manusia dan mahkluk Allah yang lain untuk merindui dan menyayanginya, sepanjang umur dunia.
Diceritakan dalam sejarah, pernah suatu ketika, beberapa pemuka Quraisy yang diketuai oleh Abu Lahab telah sepakat untuk menyakiti Rasulullah. Mereka telah melonggokkan sampah kotoran bahkan najis-najis perut dan isi dalaman haiwan di hadapan rumah baginda Rasul. Namun begitu Rasulullah tetap bersabar. Baginda membuang dan membersihkan segala kekotoran itu.
Kesabarannya yang luar biasa itu menjadikan Rasulullah saw seorang manusia yang mempunyai akhlak yang sangat luar biasa. Sepanjang sejarah dunia, belum ada manusia yang dapat menandingi akhlaknya.
Suatu ketika, sedang Rasulullah sujud di hadapan Kaabah, datang seorang kafir Quraisy, Uqbah bin Muayyith meletakkan najis isi perut unta ke atas kepala baginda Rasul. Namun Rasulullah saw terus khusyuk sujud ke hadrat Allah sehinggalah Sayidatina Fatimah datang bersama tangisan sambil membuang kekotoran tersebut.
Sedih dan pilu hati puteri kesayangan Rasulullah saw itu melihatkan kejahatan kuffar Quraisy terhadap ayahandanya. Namun Rasulullah tetap tidak marah atau mengamuk terhadap kuffar Quraisy. Baginda hanya berdoa untuk mendapat pembelaan Allah terhadap agama Islam.
Mulianya hatimu ya Rasulullah ! Kemuliaan akhlakmu menambahkan kerinduan kami umatmu di akhir zaman ini.
Kini usia baginda 1486 tahun, 63 tahun secara zahir, selebihnya mentadbir dunia beserta umatnya dari alam ghaib. Telah lebih 14 kurun jasad Rasulullah saw meninggalkan kita. Namun ada sekelompok manusia akhir zaman yang merasakan Rasulullah sangat dekat di hati-hati mereka, bahkan merindu yang sangat dalam terhadap Rasulnya.
Di akhir zaman, Allah datangkan seorang hambanya dari kalangan manusia biasa tetapi menjadi manusia yang paling ajaib di zamannya, kerana akhlak, ibadah, perjuangannya bahkan peribadinya adalah bayangan Nabi Muhammad saw. Beliau dapat menghubung-jalinkan hati umat akhir zaman dengan Rasulullah saw. Dialah, Abuya Putera Bani Tamim yang telah dapat membawa hati para pengikutnya untuk rindu dan terkenang-kenang kepada Rasulullah saw. Kerinduan untuk keselamatan dunia akhirat.
Rabu, 25 April 2012 | By: iKhwan89

Datin Seri Rosmah jangan takut pada tohmahan – Ummu Jah



Bulletin Rakyat 1 Mei 2012
Teks NORZAH BTE KEPOL
Sememangnya beliau mempunyai waktu yang sibuk dalam menguruskan perniagaannya sehingga ke Timur Tengah. Bukan calang- calang wanita mampu memiliki kudrat seperti Hatijah Aam atau lebih mesra dengan panggilan Ummu Jah, yang diuji dengan pelbagai cabaran hidup termasuk dianggap ‘musuh’ oleh sesetengah pihak. Tak cukup itu pelbagai tohmahan buruk dilemparkan kepadanya antaranya mahu menghidupkan kembali bekas pertubuhan al-Arqam dan sebagainya. Namun bila diajukan cadangan mahu menemubual beliau hanya merangkumi persoalan berkaitan Datin Seri Rosmah Mansor (DSRM) ‘wanita cekal’ ini tidak mampu mengelak. Sememangnya itulah kelebihan Ummu Jah yang fikirannya tidak tertakluk kepada ilmu agama semata-mata juga mampu memberikan apa sahaja pandangan termasuk hal-hal berkaitan politik semasa. Apa yang nyata selepas menghabiskan temubual ini antara lain Ummu Jah berkata,
” Moga-moga jawapan ini akan menggembirakan Allah dan Rasul. Supaya kita semua dan DSRM selamat dunia akhirat oleh Allah dan Rasul.”
SOALAN (S) : Bagaimana masyarakat Timur Tengah melihat penglibatan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (DSRM) dalam usaha pendidikan awal kanak-kanak?
UMMU JAH: Pendidikan awal kanak-kanak Islam, ialah memperkenalkan mereka kepada Allah dan Rasul. Hal ini semua orang Islam tahu, dan semua orang suka dan setuju. Apa lagilah masyarakat Islam di Timur Tengah yang merasakan Islam itu mereka punya. Tapi usaha-usaha DSRM dilihat orang penuh tanda tanya. Sepertilah isteri-isteri Perdana Menteri lain di dunia Islam hari ini, apakah akan lahir kanak-kanak yang akan mengalami cinta dan takutkan Allah serta rindukan Nabi Muhammad SAW? Sebab Tuhan dan Nabi itu lebih penting bagi manusia daripada oksigen. Putus saja hati manusia daripada Allah dan Rasul nescaya manusia tidak akan mampu untuk mempertahankan kemanusiaan mereka lagi, jadi haiwanlah manusia.
S: Kalau masyarakat luar boleh menerima idea-idea bernas dalam menekankan usaha pendidikan awal kanak-kanak sehingga usaha itu diiktiraf olek universiti luar negara kenapa di Malaysia keadaan itu berlaku sebaliknya?
UMMU JAH: Malaysia sesungguhnya ialahtapak kebangkitan Islam kali ke 2. Maka rakyat Malaysia umumnya mempunyai cita-cita Islam yang lebih tinggi daripada rakyat negara lain. Sebab itu di Malaysia, kalau setakat idea bernas, tapi belum terbukti hasil yang bernas, masyarakat belum iktiraf. DSRM, kena buktikan perlaksanaan hukum Islam yang asas pada dirinya iaitu menutup aurat. Hal ini jugalah yang wajib diterapkan di dalam pendidikan awal kanak kanak. Kita orang Islam, diajarkan Allah dan Rasul supaya selamat dunia akhirat kenalah ikut disiplin syariat. Umpamanya, penunggang motosikal didisiplinkan dengan pemakaian topi keledar demi keselamatan, itupun kita taat!
S :Apakah di Malaysia rakyatnya belum bersedia untuk menerima mana-mana wanita berfikiran inovatif, kreatif dan berfikiran jauh seperti DSRM sehingga dituduh cuba campur tangan dalam pentadbiran Perdana Menteri?
UMMU JAH: Malaysia mahu Islam. Islam sebagai cara hidup yang dilaksanakan untuk menggembirakan Allah dan Rasul yang dicintai dan dijunjung. Wanita berfikiran inovatif, kreatif dan berfikiran jauh seperti DSRM, itu sebenarnya bukanlah ciri utama untuk terjadinya hasil pendidikan awal kanak-kanak menurut Islam. Wanita yang benar-benar maju, yang benar-benar mempunyai cita-cita masa depan yang baik untuk anak bangsa mestilah cirinya ialah seorang yang sanggup korbankan perasaannya demi cinta dan takutnya kepada Allah serta rindukan Rasulullah SAW. Bukankah hidup ialah perjalanan kembali kepada Allah? Dari Dia kita datang, Dialah juga destinasi akhir kita. Kata orang Melayu bapa borek anak rintik, iaitu sesuatu hasil sangat bergantung kepada watak orang yang menghasilkannya. Bukan kepada idea atau ilmu semata-mata. Sedangkan watak ialah sifat hati. Kalau hati penuh dengan nafsu, idea secantik apapun akan tewas kepada keinginan nafsu yang tinggi. Nafsu boleh saja menjadikan idea pendidikan awal kanak-kanak itu, bertukar menjadikan usaha-usaha itu untuk membina imej diri. Dan bukan untuk imej Islam, imej Allah dan Rasul. Sebab itulah, hasilnya dengan kuasa Allah, telah tenjadi sesuatu yang pelik, idea bernas dianggap campur tangan ‘negatif’ di dalam pentadbiran Perdana Menteri. Rumah sudah cantik, tapi tiangnya pula tidak selamat. Namun DSRM mestilah optimis,bahawa selagi niatnya baik, nescaya Allah dan Rasul tidak akan sia-siakan usaha-usahanya itu.
S : Apakah wanita Malaysia boleh berjaya? Apa pandangan Ummu Jah?
UMMU JAH : Di Malaysia Perdana Menteri dan isterinya orang Melayu Islam. Sedangkan rakyat terdiri daripada berbagai bangsa dan agama. Sedangkan Islam ialah agama rasmi negara. Bukankah hanya Tuhan orang Islam saja yang mengisytiharkan kebesaran KuasaNya. Dan keluasan kasih sayangNya kepada dunia sebanyak 5 kali sehari sebelum setiap sembahyang. laitu Azan yang dilaungkan di seluruh masjid-masjid di dunia termasuk televisyen-televisyen orang Islam. Jadi sepatutnya, wanita-wanita yang mempunyai Allah dan Rasul ini, sangatlah berjaya. Bukti sejarahnya wanita Islam tidak hanya berjaya di dalam sistem hidup lslam, mengalahkan sistem jahiliyah, bahkan mereka menang di dalam semua peperangan. Kekuatan inilah menyebabkan orang masuk Islam berbondong-bondong. Patutnya wanita Malaysia, tidak hanya boleh tarik orang mengundinya di dalam pilihan raya, malah mampu membuatkan rakyat yang bukan Islam itu pun jatuh cinta kepada Tuhan dan Nabi. Kenapa tidak, sedang Islam itu tinggi dan tiada yang lebth tinggi dariNya? Dan kita mesti mampu membuktikan ketinggian agama suci ini.
S : Kenapa hasrat wanita Malaysia mahu mendapatkan kuota 30 peratus sebagai pembuat dasar dan keputusan dalam kerajaan tidak mencapai matlamatnya?
UMMU JAH : Menyaksikan sejarah perjuangan Islam oleh Baginda Rasul SAW bersama para Sahabat ialah melihat lelaki sebagai sayap kanan, wanita sebagai sayap kiri perjuangan. Sama kuat, sama rata, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah di sisi pemimpin utama. Sama-sama menyumbang untuk kebangkitan Islam yang besar bertaraf empayar. Allah dan Rasul, kuasa Maha Besar, Kerajaan Maha Ajaib itu, memuliakan mereka adalah kerana mereka sanggup untuk menjadikan Allah dan Rasul sebagai tujuan hidup mati mereka, Islam dijadikan sebagai cara hidup dan cara berjuang. Dan kita juga kalau wanita mahu mendapatkan segala-gala, umpama 30 peratus kuota sebagai pembuat dasar dan keputusan dalam kerajaan, ada caranya. Iaitu ambil Islam sebagai cita-cita, Allah dicintai dan ditakuti sepenuh hati, Rasul dirindui, InsyaAllah, nescaya wanita boleh dapat segala-galanya bahkan pasti selamat dunia akhirat. Menang dunia akhirat. Islam yang saya maksudkan ialah Islam yang mampu merealitikan Allah dan Rasai sebagai kuasa. Islam yang pejuang-pejuangnya ialah bagaikan abid di malam hari dan umpama singa di siangnya.

S : Apakah selayaknya DSRM terus ditohmah atau didakwa menjadi liabiliti dalam Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13)?
UMMU JAH: DSRM jangan takut kepada tohmahan dan dakwaan menjadi liabiiti dalam BN, kerana kalau beliau benar-benar cinta Allah dan Rasul, fitnah boleh menjadi baja untuk menyuburkan pengaruh penjuangan BN. Sebab hanya dengan pembelaan dan Allah dan Rasul saja, fitnah sebesar mana pun dapat dilepasi.
S : Kenapa agaknya kebanyakan rakyat Malaysia sukar menerima DSRM kalau dibandingkan dengan isteri-isteri Perdana Menteri terdahulu?
UMMU JAH : Bila seseorang itu ialah pejuang maka tentulah ramai musuhnya, dibanding mereka yang tidak berjuang. DSRM kalau mahu memenangi semua musuh-musuhnya, pastikan sembahyang lima waktu. Sebab Allah jamin orang yang sembahyang itu dapat kemenangan daripada musuhnya. Orang Islam yang tidak sembahyang, tiada kemenangan sebab itu cara Allah. Orang bukan Islam boleh menang di dunia walaupun tidak sembahyang sebab di akhirat mereka tidak akan diberikan apa-apa lagi melainkan Neraka. Cintailah Allah dan Rasul, sembahyanglah, sebab hidup kia ini sebenarnya hadiah istimewaa Pencipta kepada kita hamba-hambaNya dan umat-umat Baginda.
S: Sudah banyak kali juga DSRM memberikan penjelasan kepada orang awam bahawa penglibatannya dalam aktiviti kemasyarakatan bukan bertujuan untuk mencampuri urusan pentadbiran Perdana Menteri sebaliknya mahu membantu suami, rakyat dan negara. Tambahan pula BN menunjukkan prestasi buruk dalam pilihan raya umum lalu. Apa pendapat Ummu Jah boleh dikategorikan antara wanita mempunyai pandangan-pandangan berwawasan dan idea kreatif dalam membina empayar ekonomi Rufaqa sehingga mampu menembusi pasaran Timur Tengah?
UMMU JAH: Penentu kemenangan bukan sebab faktor dapat memberi penjelasan kepada masyarakat. Hati rakyat ada di dalam genggaman Allah. Kalau DSRM berjaya mendapatkan pertolongan Allah, di samping usaha-usaha lahir yang tepat, nescaya Allah dan RasulNya, akan serahkan hati-hati manusia kepada DSRM. Seberat mana ujian, mudah saja bagi Allah untuk dilepasi, yakni Allah akan bela. Prestasi buruk BN dalam Piihan Raya Umum Ke 12 (PRU 12) wajib dilihat sebagai amaran keras Tuhan bahawa Allah boleh naik jatuhkan kuasa-kuasa di dunia ini. Membaikinya ialah bertaqwa. Yakni jangan zalimi orang-orang yang memperjuangkan Allah.
S : Secara peribadi adakah Ummu Jah menerima pendekatan dilakukan DSRM dalam membantu suami dan rakyat khasnya? Atau Ummu Jah mempunyai pandangan khusus berkenaan hal ini?
UMMU JAH: Saya suka dengan wanita yang berjuang disamping suami untuk membela rakyat. Memang orang Malaysia tak ramai yang tahu perihal pentingnya perjuangan. Allah hidupkan kita ini, sebenarnya untuk berjuang. Sebab Allah ciptakan musuh yang sangat besar dan jahat dalam diri kita dalam hidup kita iaitu nafsu dan syaitan, Yahudi dan Nasrani. Tanpa perjuangan kita akan menjadi mangsa mereka itu dan di akhirat Allah ‘hadiahkan’ Neraka. Jadilah pejuang, yakni bebaskan diri daripada nafsu dan syaitan, sentiasa bebaskan diri, keluarga dan masyarakat daripada cara hidup Yahudi dan Nasrani. Dengan kata yang lain, jadilah orang Allah dan Rasul, yakni hiduplah secara Islam, untuk itu bebaskan diri dari musuh-musuh Allah iaitu nafsu, syaitan dan Yahudi laknatullah. Cukuplah kita ditipu konon meniru barat saja jalan selamat. Bukankah Allah sendiri yang membenitahu, bahawa sekali-kali tidak redha Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut jalan mereka.
S : Biarpun DSRM sudah melakukan banyak kebaikan di negara ini tetapi kenapa sesetengah pihak masih memberikan gambaran negatif terhadap isteri Perdana Menteri?
UMMU JAH: DSRM, kalau membuat kebaikanyang banyak itu, dengan niat untuk Allah dan betul caranya nescaya Allah akan terima. Namun demi kasih sayangNya Allah uji kejujuran DSRM. laitu manusia tidak boleh terima. Teruslah melakukannya, yang penting Allah terima. Manusia satu dunia pun kalau menentang, nescaya akan sia-sia bila mana Allah membelanya. Bukankah kita berjanji di dalam setiap kali sembahyang kita bahawa apa saja kebaikan yang kita buat ialah untuk Allah? Dan yakinlah bahawa Allah amat tahu bagaimana caranya kebaikan itu akan dibalasi jua sudahnya.
S : Dalam konteks Ummu Jah pula apa pengalaman dan pendekatan yang dilakukan sehingga masyarakat dan orang ramai boleh menerima Ummu Jah sebagal pendorong dan pencetus semangat allahyarham Ashaari Muhammad yang pernah mencetuskan isu dan kontroversi suatu ketika dahulu?
UMMU JAH: Allah, Rasul dan Abuya tahu saya betul-betul membantu mereka. Ummu Jah buat apa yang Abuya buat. Saya berbuat dengan cara mereka, sebab itu mereka membela saya. Tuhan dan Nabi tidak akan saya gadaikan dalam apa keadaan pun. Islam yang cantik tidak akan dilihat buruk, selagi pejuang sanggup mempertahankannya walaupun dalam apa hal dan bagaimana.

S : Kalaulah Ummu Jah diberikan ruang untuk bertemu secara empat mata dengan DSRM apakah perkara pertama akan dicadangkan pada waktu itu?
UMMU JAH : Saya akan katakan kepada DSRM, tiada jalan lain yang menjamin keselamatan dunia akhirat selain jalan Allah atau Siratul Mustaqim. Kita sepatutnya terlalu cintakan Allah terlalu takutkan Allah sebab kalau Allah berhentikan oksigen dan matahari, Raja pun tak boleh hidup. Rasul pula wajib dirindui. Janganlah dunia yang dirindui. Sebab tanpa pesuruh Allah (Nur Muhammad) Roh yang terus hidup itu siapa lagi yang boleh hubungkan kita dengan pembekal oksigen dunia akhirat itu. Allah SWT itu ghaib, Nabi pun ghaib tapi kita ada (roh) hati yang mampu berhubung dengan mereka di sana. Berhubung secara teknologi roh. Hati macam handphone. Orang Islam hari ini, mentang-metanglah hal-hal ghaib itu tidak logik, tapi tergamak mereka putus hubungan hati dengan Allah, Rasul dan akhirat. Adakah itu yang Allah dan Rasul maksudkan dalam firmanNya, bahawa Roh itu urusan Tuhan, kamu tidak diberi faham melainkan sedikit? Walhal maksud sebenar ialah mengenai roh itu, hendaklah diyakini dan ditaati saja.Walaupun kamu tak faham, sebab hal-hal ajaib itu, hanya Allah yang faham. Dengan itu, barulah umat Islam akan dapat dihubungkan semula dengan kerajaan Allah yang Maha Ajaib itu. Dan barulah umat Islam jadi kuat untuk melepasi segala tipu daya dan kekuatan Yahudi.
-Norzah Kepol-
Isnin, 13 Februari 2012 | By: iKhwan89

PERISTIWA 12 RABIUL AWAL DI FLORIDA USA


Peristiwa ini berlaku pada 5 Febuari 2012 bersamaan 12 Rabiul'awal 1433 hijrah. Ia suatu fenomena yang pelik bukan bagi kita di Malaysia sahajaa, bahkan orang Amerika yang berada di pantai Florida pada ketika itu turut merasa pelik.

Juruterbang helikopter Mike Schaeffer telah membuat lawatan udara apabila dia melihat fenomena cuaca yang luar biasa di sepanjang pantai Panama City Beach, Fl. pada hari Ahad 5hb Febuari 2012. Sebaik sahaja beliau mendarat, beliau memberi amaran kepada Panhandle Helikopter pemilik JR Hott "gelombang bentuk awan," dan bersama-sama mereka pergi untuk mendapatkan paparan yang lebih baik.

Kabus yang bergerak dengan cepat dalam keadaan cuaca yang sangat indah sebenarnya yang sedang berlaku. Manakala komuniti dalam talian telah menggelarkannya "tsunami awan," Hott tidak bersetuju dengan julukan ini.

Saya tidak akan memanggil "tsunami awan." Istilah tsunami membayangkan bencana alam. Suasana semasa kejadian membentuk dengan cepat, bergerak lembut dan perlahan-lahan memanjat bangunan dengan lembut. Ia bukan sesuatu yang berlaku dengan lebih daripada bayu yang lembut.

Manakala imej kelihatan tidak mengancam, sebagai juruterbang yang berpengalaman, Hott telah dilatih untuk melalui semua kabus dan awan seolah-olah mereka adalah objek padu. Dia dan Schaeffer sangat berhati-hati menghampiri ruang di udara untuk mendapatkan pandangan yang lebih baik. Mujurlah, kerana lokasi daripada kondominium, mereka mampu untuk mendekati gelombang awan dari sebelah dan tidak meletakkan diri mereka di jalan yang langsung di lalui oleh kabus itu.



Dari sudut sains, fenomena ini berlaku apabila udara luar pesisir sangat hampir pada titik tepu, dengan suhu yang berhampiran 20 º C dan titik embun kira-kira 19,5 º C. Di dalam udara pada suhu ini hanya boleh memegang jumlah wap air yang tertentu sahaja, dan berapa banyak ia boleh memegang bergantung kepada keadaaan suhu di situ dan pada masa itu. Jika anda menambah lebih air ke dalam udara, awan akan membentuk, tetapi anda juga boleh mendapatkan awan bentuk dengan menyejukkan udara. Menggugurkan suhu, dan ia tidak lama boleh mengadakan seberapa banyak wap air, sehingga ada yang akan memeluwap dan awan akan terbentuk.

Hott akan melihat ini berlaku satu atau dua kali setahun, tetapi penglihatan Ahad ini adalah jelas dan dia mampu untuk merakam semua gambar-gambar ini hanya lima minit! Dia lebih kagum memerhatikan gambar-gambar, berbanding dengan fenomena itu sendiri.



Namun di sudut yang bukan sains pula perkara ini di lihat segelintir pemikir Islam sebagai suatu peringatan dari Allah swt.

Nabi saw sendiri pernah menyebut perkara-perkara aneh dan pelik yang akan berlaku pada akhir zaman. Dan akhir zaman yang di maksudkan itu ialah sekarang.

Tetapi mengapa ianya berlaku pada 12 Rabiul'awal?

Sebenarnya ada beberapa peristiwa yang berlaku pada 12 Rabiul'awal. Nabi Muhammad saw di lahirkan pada 12 Rabiul'awal. Baginda saw wafat pun pada 12 Rabiul'awal. Baginda sampai di Yathrib di Madinah dalam peristiwa hijrah itu pun 12 Rabiul'awal juga. Dan satu lagi yang Tok Wan nak tambah bahawa ketiga-tiga peristiwa ini berlaku pada hari isnin.



Dan yang peliknya kenapa fenomena ini tidak berlaku di pantai-pantai lain seperti contoh pantai Carribean?

Nama Florida dalam bahasa Latin bermaksud 'ketibaan bomoh'. Bomoh bagi mereka termasuklah tukang sihir dalam bahasa kita. Jadi pantai Florida ini juga merupakan pantai yang mula-mula pasukan pelayar yang datang dari benua Eropah mendarat. Banyak juga peperangan dengan penduduk 'Red Indian' yang berlaku di pantai ini. Ramai yang di bunuh di pantai ini sekitar 200 tahun dahulu.

Namun pada hari ini pantai Florida ini lebih masyur dengan pantai untuk muda-mudi bertelanjang sambil menjemur batang tubuh kepada matahari. Dalam erti kata lain maksiat di pantai ini lebih dasyat dari pantai-pantai lain di dunia.

Bertepatan dengan waktu tengahari di Florida (hari ahad sewaktu kejadian) adalah jhari isnin kita di Malaysia dan lain-lain negaraa Asia. Kenapa hari isnin? Ruko'lah dan bersujudlah pada Allah swt dan dalam solat itu bertanyalah dalam hati apakah semua ini. Dengan izin Allah swt anda akan mendapat jewapannya.

Marilah sama-sama kita tingkatkan ketaqwaan kita terhadap Allah swt supaya hidup dan mati kita tetap pada jalan yang Allah swt redha'i. Selawat serta ssalam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad saw serta keluarga Baginda saw.
Jumaat, 3 Februari 2012 | By: iKhwan89

RINDU DENDAM YANG TAK TERHINGGA...

Bismillahi Allahu Akbar dengan segala kesuciannya,segala keagungannya masih lagi sempat aku berada di bulan kelahiran manusia agung,kelahiran yang dirancang oleh Tuhan sejak dari azali lagi...bahkan kerana dengan Nur Muhammad inilah semuanya diciptakan, sungguh..betapa agungnya ciptaan Mu...wahai Rasulullah....walaupun wahbi menyatakan yang Engkau dah lama mati,tapi kami yakin,dengan berkat mursyid kami,kami yakin Kamu sedang berperanan di usia bumi kali ini....

  Betapa bahagianya bila mendapat tahu hal itu melalui mursyid kami,dialah pemuda bani tamim yang akan menyediakan tapak kpimpinan imam mahdi,...


  Cuma...aku masih lagi 50-50 dalam merundui dan mencintai Mu...kenapalah aku ini....Aku akan berusaha sedaya ku untuk Mu wahai cintaku Rasulullah....salam rindu buat tokoh segala tokoh,....


Published with Blogger-droid v2.0.4
Khamis, 2 Februari 2012 | By: iKhwan89

PETUA IMAM ASY-SYAFIE


Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Khamis, 26 Januari 2012 | By: iKhwan89

SAJAK : BERJUANG IBARAT BERJALAN DIATAS KERIKIL



BERJUANG ertinya ibarat berjalan

di atas batu-batu kerikil

Aduh sakitnya

Memijak onak, duri, ranjau-ranjau

Berdarah kaki dibuatnya

Seolah-olah masuk hutan belantara gelap-gelita

Amat sengsara, penuh bahaya

Berhadapan dengan kesusahan dan kesulitan

Yang sangat menakutkan

Menyabung nyawa dengan binatang-binatang buas

Yang ganas, yang tidak ada hati perut

Tidak kurang binatang yang berbisa

yang sangat menakutkan

Menurun lurah, mendaki gunung,

merenangi sungai-sungainya

Adakalanya dihanyut arus yang kencang

Terumbang-ambing dibawa ke hilir yang mengerikan

Ada yang tenggelam timbul, meneguk air yang melemaskan

Belum lagi buaya-buaya yang ganas yang menggerunkan

Menunggu mangsanya untuk membaham

Kemudian menongkah arus ke hulu semula

Kalau kurang tenaga, kurang kesungguhan, hanyut ke muara

Cuba lagi menongkah pasang ke hulu yang dituju

Memerlukan horse power yang cukup untuk ke destinasinya

Sedikit yang sampai ke matlamatnya

Banyak yang hanyut sampai ke laut,

tidak tahu ke mana perginya

Aduh ngerinya

Begitulah gambaran simbolik perjuangan kebenaran

Lantaran inilah tidak banyak

yang sanggup menempuhnya!

Abuya Fata At-Tamimi
01-05-1997

Gereja Evangelical juga mula memperjuangkan ‘seks suci'


VINCENT YU/AP - Rick Warren, Tim Keller and a number of other prominent Christian leaders are promoting the joys of married sex to a culture largely averse to traditional approaches to marriage and sexuality - Washington Post-

(Kristian sedang dirobah untuk Islam bersama Nabi Isa a.s) ?

Terjemahan dari :
Washington Post’s :  Christian leaders talk about marriage and sex by Lisa Miller. Ikuti Q&A dengan Lisa Miller berkenaan topik ini di sini.
___________________________________________________________________________
PEMIMPIN-PEMIMPIN KRISTIAN BERCAKAP TENTANG PERKAHWINAN DAN SEKS
Penganut Kristian mazhab Evangelical mahu berbincang tentang seks. Bukan dengan cara lama yang terhad dan berbentuk menghukum. Mereka ingin berbincang tentang seks panas – asalkan ia dikaitkan diantara lelaki dan wanita yang berstatus suami dan isteri. Warren, dianggap sebagai paderi Evangelical yang terhormat di dalam negara, akan berjuang di dalam hal ini, ini menunjukkan perkara ini amat penting kepada para pengikutnya.
Warren yang mempunyai watak peramah dan penyayang, kadang-kadang agak terlebih dalam perkongsian pengalamannya dan di dalam tweeter yang lain, beliau menulis: ” Seks dengan 1 isteri BUKANLAH macam main 1 piring hitam berulang-ulang kali tetapi seperti belajar satu alat muzik dengan baik untuk menghasilkan alunan muzik yang merdu bertahun-tahun!” ( Saya hampir nampak pipi isterinya yang bernama Kay kemerahan, dia lebih terkawal perasaannya dan nampak lebih berahsia dari suaminya).
Revolusi seks ini tidak dapat dielakkan disebabkan oleh generasi Kristian yang menolak secara terang-terangan sikap munafik;” Jangan buat perkara itu sebab saya kata jangan”, cara didikan seks dan etika kemasyarakatan waktu zaman nenek moyang mereka.
Menurut artikel dalam majalah Kristian Relevant, 80 peratus penganut Kristian melakukan hubungan seks sebelum berkahwin, berbanding dengan 88 peratus masyarakat umum. Menurut ” UnKristian ( BukanKristian), sebuah buku ditulis oleh David Kinnaman and Gabe Lyons dalam tahun 2008, 44 peratus penganut Kristian yang kembali semula kpd ajarannya(born-again Christians) yang berumur 23 to 41 tahun berkeyakinan bahawa seks di luar perkahwinan adalah diterima dari segi moral, berbanding dengan 23 peratus dari golongan yang lebih tua. Kadar perceraian di kalangan evangelicals adalah sama dengan masyarakat umum yang lain.
Lebih-lebih lagi , model perkahwinan Kristian, secara tradisinya merupakan satu keadaan di mana seorang isteri menurut kehendak suaminya seperti mana yang dilakukan oleh seorang Kristian pada Tuhannya tetapi kebanyakan wanita evangelical sedang dalam gerakan pembebasan diri mereka sendiri. Mereka sedang menterjemah ayat-ayat kitab Suci yang memerintahkan mereka ‘tunduk’ dan ‘taat’ dan mereka tidak lagi berpuas hati dan tidak mahu dikenal lagi dengan wanita yang pendiam, lemah lembut dan kumpulan yang menyedihkan yang tidak berpeluang untuk mengalami era kebebasan abad ke21,” mengikut yang tertulis dalam penutup buku karangan Jonalyn Fincher “UnChristian.”
I have heard Warren on marriage and think he is convincing. He has a "warts and all" approach to talking about marriage that is both warm and realistic. He once said to me, "Before marriage, opposites attract. After marriage, opposites attack." In other words, he doesn't sentimentalize marriage nor do he and Kay act as though they have any perfect arrangement. I think his discourses on marriage are one of his great strengths.
Dengan cara yang sama, kepuasan seks dalam sejarah wanita Kristian tidak pernah menjadi sesuatu yang dikira penting. Malah pada hari ini, website Focus on the Family Web site memasukkan kategori seperti ” Memahami Keperluan Seks Suami Anda” dan “Bila Suami Anda Tidak Berminat Dengan Seks.”
Cara baru untuk bercakap tentang seks adalah dengan bertemu penganut Kristian di mana mereka berada. Dengan menceritakan pengalaman intim dalam perhubungan perkahwinan, para pemimpin Kristian berharap dapat meyakinkan generasi muda tentang apa yang mereka gelarkan ” Perkahwinan Suci” – hubungan yang setia, monogami dan kesatuan heteroseksual dihadapan Tuhan – semua ini adalah relevan dan berharga di zaman moden ini.
Dengan lebih ringkas:
Mereka mengharapkan dengan janji seks panas akan memastikan anak-anak generasi muda tidak berpaling dari gereja.
Sabtu, 14 Januari 2012 | By: iKhwan89

CINTA DAN RINDU UNTUK UMMI KU

Bismillahi Allahu akbar,alhamdulillah,ummi ku kini sudah mampu berjalan menggunakan tongkat,...kalau nak dibandingkan dengan sebelum ni umiku hanya terbaring sahaja...terima kasih Tuhan yanf menyihatkan ummiku...aku harap umi cepat sembuh,demi rasulullah,saiyidi dan abuya sohibuzzaman aku akan menjaga ibu ku sekalipun aku terpaksa hidup susah....


Published with Blogger-droid v2.0.3
Rabu, 11 Januari 2012 | By: iKhwan89

RESPON TENTANG B.UMMU JAH sebagai WASILAH

Respon ttg BUJ sebagai wasilah.
Tentang Rasulullah menemui umatnya telah lama Abuya kongsikan.

1. Sewaktu saya kecil, Abuya sering bercerita tentang perkara ini.

Abuya kata, kalaulah ada seorang umat Muhammad yang terdampar di sebuah pulau, hidup sendiri, terputus dari semua orang hingga dia tak dapat mendengar dakwah, tak dpt didikan dan bimbingan, namun kalau dia ada hati dengan RSAW, ada kerinduan pada baginda, maka RSAW akan hadir kepadanya dan membimbingnya supaya selamat di dunia dan di Akhirat.

2. Jadi soal bertemunya seseorang dengan RSAW ini bukan soal ilmu yg banyak hingga digelar ulama oleh manusia, tapi soal roh orang itu. Apakah ada cinta dan rindu R atau tidak.

3. Bila persoalan roh, ia bukan soal jantina, bukan soal kelayakan menurut ukuran manusia, lebih2 lagi bukan soal pangkat dan jawatan. Tetapi apakah orang itu ada cinta dan rindu kepada RSAW. Tak kira jantina, lelaki atau perempuan, sebab cinta dan rindu itu adalah kerja ROH sedangkan ROH itu tak ada jantina. Jantina ni ada bila roh tu dah masuk dalam jasad di dunia ini.

4. Jadi, bila RSAW bertemu dg BUJ dan melantik BUJ sebagai wasilah baginda, sebenarnya sama sekali tak bertentangan dengan syariat. Samada dari segi feqah maupun tasawufnya.

Feqah: Roh tiada jantina, tiada perbezaan antara lelaki dan wanita.

Tasawuf: memang dibenarkan baik lelaki atau perempuan. Sbb itu ada wali lelaki dan perempuan. Yg tak boleh tu perempuan jadi. nabi dan rasul.

Saya bersyukur kerana dari kecil-kecil lagi Abuya dah dedahkan dengan ilmu ini. Moga-moga apa yg saya kongsikan ini dapat menambah keyakinan kita semua dan menambah cinta dan rindu kepada RSA.
5.Baru kita faham kenapa kita kena rindu Abuya, sbb kalau tak kita tak dpt panduan dari Abuya .Begitulah sunah alam ghaib.

Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com