Khamis, 15 Disember 2016 | By: iKhwan89

USAHLAH BERWALANG LAGI SEANDAINYA...

Usah bersedih ;

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yang mempunyai talian kekeluargaan dengan kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yang dikhianati oleh saudara-saudaranya.

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yang kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yang dihumban ke dalam api oleh ayahandanya.

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yang terperangkap di dalam perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yang ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yang tidak dapat bertutur dengan sempurna.

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yang sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yang membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yang diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yang perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yang tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yang besar tanpa soal.

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yang dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yang terdekat

Allah mewujudkan personaliti yang hebat-hebat ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dengan pelbagai ujian dan cabaran, dengan tujuan agar satu hari nanti, manusia seperti hamba dan kamu, bilamana berhadapan dengan sebarang musibah tidak terus melenting. Allah belaka!

Kredit to fb : Abu Raziq Al-Ansorullah

Rabu, 12 Oktober 2016 | By: iKhwan89

SAJAK : ALAF INI PERISTIWA KARAMAH MAIN PERANAN...

Di alaf ini bukan pemidato-pemidato yang akan menyelesaikan masalah

Bukan forum-forum di atas pentas dan pembentangan kertas kerja

yang berperanan mengubah sikap

Tidak juga ceramah-ceramah ahli politik dan pendakwah-pendakwah yang main peranan

Kerana mereka ini sudah lama memecah-belah

Yang sebenarnya di alaf ini adalah peristiwa karamah yang main peranan

Perubahan berlaku disebabkan barakah dan karamah

Karamah dan barakah pemimpin yang bertaqwa dan pengikut

yang bertaqwa menyelesaikan masalah

Berlakulah khawariqul 'adah, terjadilah perkara-perkara yang di.luar logik akal

Dengan sebab mereka, orang ramai diberi barakah dan dipermudah membuat perubahan

Dengan kedatangan mereka, orang ramai beriman semula

Islam diamalkan, akhlak mulia berbunga semula menghiburkan jiwa

Rezeki melimpah ruah, makan, minum, pakaian mewah

Keamanan dan keselamatan wujud semula di mana-mana

Ukhuwah dan kasih sayang terjalin dengan eratnya

Hidup satu sama lain penuh harmoni

Ketakutan dan kebimbangan hilang di tengah kehidupan

Perempuan-perempuan yang berjalan keseorangan tidak akan diganggu

Bahkan orang ramai sama-sama menjaga maruah mereka penuh bertanggungjawab

Setiap orang dihormati mengikut kedudukan dan darjat

Masing-masing mengutamakan orang lain

Tidak ada manusia yang terbiar terutama di sudut makan minum

Orang yang hendak berlakon dan pura-pura, malu dengan sendiri

Di waktu itu orang ramai tidak mengukur ilmu dan petah bercakap

Tapi siapa yang bertaqwa dan berakhlak mulia merekalah yang dihormati


Abuya Sy.Imam Ashaari Muhammad at-Tamimi
16.1.2000 (9 Syawal 1420)
Lepas Asar

Jumaat, 7 Oktober 2016 | By: iKhwan89

SAJAK : JANGANLAH TERTIPU DENGAN SANJUNGAN DAN KEMAJUAN


Janganlah engkau rasa bangga, engkau dimuliakan orang,

engkau anggap diri engkau mulia

Para Rasul dihina orang, dia tetap mulia di sisi Tuhan, dia pula tidak merasa mulia

Orang muliakan engkau tidak semestinya  engkau orang mulia

Jangan, jangan Tuhan hendak tipu engkau secara istidraj

Kerana engkau sudah derhaka kepada-Nya kemudian terjun ke Neraka

Orang memuji-muji engkau, engkau terpesona

Engkau rasa luarbiasa, ada jasa

Para Rasul dicaci-maki orang, apakah mereka  hina?

Engkau dipuji orang apakah engkau mulia?

Ramai pengikut engkau petanda engkau berjaya?

Tanda Tuhan muliakan engkau?

Para Rasul pengikut mereka sedikit, apakah tanda mereka  gagal, apakah tanda Tuhan menghina mereka?

Sedikit pengikut itu tanda kebenaran

Membawa kebenaran itu adalah tanda kejayaan

Membawa kebenaran itu tanda Tuhan suka dan redha

Engkau tidak dicaci orang, engkau membuat kemajuan tanda engkau berjaya

Ukuran berjaya bukan kerana sanjungan orang, tidak juga kerana kemajuan

Para Rasul dicemuh orang, dikata gila, dituduh tukang sihir, tidak ada kemajuan

tetap Tuhan sayang

Ia tetap diakui oleh Tuhan orang yang berjaya,

Berjaya atau tidak bukan ukuran insan

Berjaya atau tidak adalah ukuran Tuhan

Janganlah engkau tertipu oleh kemajuan dan sanjungan orang

Perjuangan engkau juga cepat dapat orang, senang, kurang ujian  janganlah bangga

Para Rasul perjuangan mereka menderita, sengsara, dikejar-kejar, diburu-buru,

Berkelana, dia tetap orang Tuhan

Engkau dengan sanjungan, kemajuan, kemewahan, kesenangan, kurang cabaran,

bukan cara itu keredhaan Tuhan

Engkau kurang mendapat musuh tidak mesti dimuliakan Tuhan

Para Rasul banyak musuh mereka, tetap dimuliakan Tuhan

Janganlah sampai engkau tertipu oleh kesenangan

Para Rasul tidak pernah mendapat kesenangan

Mereka tetap disanjung Tuhan

Janganlah engkau rasa gembira dengan pengikut engkau yang ramai

Para Rasul gembira dengan pengikutnya yang sangat kurang tapi setia

Mereka  tetap disayangi dan diredhai Tuhan

Engkau masih menjadi tanda tanya

Apakah Tuhan redha dengan engkau atau sebaliknya?

Janganlah engkau gembira, ditakuti di sebalik kegembiraan itu

akan disusul dengan dukacita dan penyesalan

Abuya Sy.Imam Ashaari Muhammad at-Tamimi..
14.9.2004
Menjelang tidur

Selasa, 4 Oktober 2016 | By: iKhwan89

ULAMA YANG BUKAN BIDANGNYA

Hari ini kalau seseorang dia bukan pengajian kedoktoran dan perubatan,

dilarang menjadi doktor bahkan satu kesalahan

Begitu juga seseorang bukan ada sijil pendidikan

tidak dibenarkan menjadi guru kerajaan

Katanya bahayanya banyak, daripada kebaikannya

Tapi malang sekali di bidang agama tidak mengikut kaedah ini

Sesiapa yang bukan daripada pengajian Islam

atau tidak pernah mengaji tentang Islam

dilarang memberi fatwa dan pandangan

Di bidang agama dibenarkan pula sesiapa sahaja

boleh memberi pendapat dan pandangan

Bahkan ada yang memberi tafsiran tersendiri

tanpa tahu ilmu tafsir dan kaedah-kaedahnya

Ada yang mengeluarkan hukum,

padahal tidak pernah belajar ilmu hukum-hakam

mengikut kaedah ilmu feqah

Ada yang berani menolak apa yang ada di dalam kitab

katanya sudah tidak sesuai lagi atau tidak relevan lagi

Lebih-lebih lagi ada yang sangat berani

padahal satu hari pun tidak pernah masuk sekolah agama membuat ijtihad sendiri

Ayat-ayat Al Quran ditafsir sesuka hati

As Sunnah diberi huraian sendiri tanpa tahu kaedah istinbatnya

Banyaklah pendapat ulama dahulu dan sekarang ditolak buta-buta

Seolah-olah mereka lebih ulama daripada ulama daripada setiap zamannya

Bahkan ada yang sangat berani menyesatkan orang yang tidak sependapat

Bagaimanalah rakyat tidak haru-biru, dan pecah-belah dibuatnya

Orang yang tidak layak berlagak ulamak

Padahal di bidang ilmu kedoktoran dan perubatan

dilarang sama sekali campurtangan kalau bukan bidangnya

Bahkan sesiapa yang melanggar akan dihukum mengikut undang-undang

Di bidang ilmu perubatan pantang-larang sangat campurtangan

orang yang bukan berkenaan

Tapi lain sekali, di bidang agama sesiapa sahaja boleh campurtangan,

sesiapa sahaja boleh jadi ulama

Sekalipun satu hari pun tidak pernah menjadi murid di sekolah agama

Akibatnya ramailah rakyat yang rosak akidahnya

Yang betul akidahnya ditolak, dianggap sesat pula

Begitulah kalau orang menjadi ulama bukan bidangnya


Abuya Sy.Imam Ashaari Muhammad at-Tamimi...
2.1.2003
Selepas Subuh

Ahad, 2 Oktober 2016 | By: iKhwan89

SAJAK : BULAN MUHARRAM BULAN KEMENANGAN

Sempena Bulan Milad Abuya Sy.Imam Ashaari Muhammad at-Tamimi ;

BULAN MUHARRAM BULAN KEMENANGAN..

Tahun baru Islam,
Tuhan pilih bulan Muharram

Kerana di dalamnya berlaku
beberapa peristiwa besar di dalam sejarah Islam
untuk dikenang dan menjadi pengajaran

Diharamkan peperangan di bulan ini,
kecuali musuh mengundang

Tahun baru Islam diambil sempena
hijrah Rasul ke Madinah mencari tapak Islam

Muharram telah menempa sejarah gemilang,
bagi pejuang-pejuang Tuhan
dan pejuang-pejuang kebenaran,

Mereka diberi kemenangan besar,
di bulan Muharram, yang patut dikenang

Kemenangan-kemenangan kecil berlaku juga,
tapi di luar Muharram.

Tapi bukan setiap Muharram umat Islam diberi
kemenangan besar-besaran
seperti yang diceritakan

Setelah CUKUP ketaqwaan mereka
dan setelah TINGGI disiplin mereka

biasanya kemenangan itu
diberi oleh Tuhan di bulan Muharram

Cuma setiap zaman kemenangan itu diberi,
angkanya, tarikhnya tidak sama,

ada 1 Muharram, ada 10 Muharram
dan lain bilangan di dalam Muharram

Apabila syarat-syarat pejuang-pejuang Islam itu sudah ada,
Di bulan Muharramlah Allah Taala anugerahkan kemenangan

Yang penting diceritakan di sini apakah syarat-syaratnya
kemenangan itu dianugerahkan?!

Untuk panduan para pejuang setiap zaman,
syarat-syaratnya penting diketahui, untuk diusahakan :

Adanya pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan.

Kasih sayang dan perpaduannya sesama ahli terserlah sekali
taat setia kepada pemimpinnya, sehidup semati.

Kasih sayang dan perpaduannya sesama ahli terserlah sekali

Fikiran dan perasaan mereka selaras dan selari.

Pengikut-pengikutnya laksana satu ibu, satu ayah di dalam satu keluarga.

Mereka menjadi abid-abid di waktu malam,
menjadi singa-singa di siang hari.

Keyakinannya kental, sabarnya luar biasa, azamnya teguh,
bagaikan besi waja yang tidak dapat diganggu gugat
oleh ujian dan cabaran.

Perjuangan mereka agak lama berterusan.

Setelah mereka menempuh ujian demi ujian,
kecil dan besar sebagai tapisan.

Maka berlakulah saringan, demi saringan,
tapisan, demi tapisan dari ujian.

Mereka yang asalnya bilangannya ramai,
setelah tinggal sedikit bilangannya barulah diberi kemenangan

Kalau pejuang-pejuang Islam,
diberi kemenangan setelah ramai bilangannya,
natijahnya serupa macam orang kafir diberi kemenangan.

Cara ini tidak nampak kebesaran dan kuasa Allah memberi kejayaan.

Dengan kemenangan mereka akan sombong, dan menzalim orang ramai sewenang-wenang.

Kerana mereka mendapat kemenangan merasa dari tenaga dan usaha mereka, bukan dari Tuhan yang Maha Kuasa.  

Begitulah gambaran secara umum parti Allah Taala
diberi kemenangan di dalam sejarah Islam

Bulan Muharramlah kemenangan besar-besaran itu
biasanya Allah Taala anugerahkan

Untuk umat Islam yang berjuang di akhir zaman,

yang penting syarat-syarat kemenangan
itulah yang hendak dipastikan

Berusahalah untuk memenuhi
syarat-syarat kemenangan

Janji Tuhan kemenangan itu pasti diberikan
setelah syarat-syaratnya dipenuhkan 

Marilah kita penuhkan syarat-syaratnya
untuk menagih janji Tuhan,

kemenangan pasti datang,
seperti yang dijanji Tuhan

Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At-tamimi
27.1.2003
Menjelang Zuhur

Rabu, 28 September 2016 | By: iKhwan89

CORETAN : Rintihan

R I N T I H A N

"Kita ni....kalaulah Tuhan tak uji,pasti-pastilah langsung tak ingat dengan Tuhan..

.padahal kita ni dosa banyak....

kalau Tuhan datangkan ujian pula...mulalah merengek-rengek......susah hati....sampai sanggup tanya,apa salah aku sampai Allah uji aku begini....eh...salah rintihan tu kawan....

engkau memang banyak salah dengan Tuhan Engkau...tak layak pun engkau tanya macam tu dengan Tuhan...malulah sikit....

engkau mana tahu dosa engkau...sebab engkau selamba je lupakan dosa...

Bila Tuhan bagi senang...terus rasa engkau memang layak dapat....engkau rasa Tuhan bagi nikmat dan anugerah...eh...mintak maaf dulu....
entah-entah tu istidraj!

Mohon sedar diri...!"

Wahai Allah..taubatkan aku...bantulah aku untuk bertaubat....bantulah aku dalam memburu berkat....bantulah aku untuk selalu merendah diri dengan Mu...

Rabu, 14 September 2016 | By: iKhwan89

IBRAH DARI ANAK KISAI BAJU

Salam sumo..apo kaba...hehehe...kali ni terpakai loghat ibunda plak dah..takpo..asal sumo paham..hehe...yolah..tajuk eh pun dah guno perkataan dari loghat Nogoghi...

  Sebelum den teghuih kan lagi,den nak toghangkan lu apolak makno "KISAI" tu.....kot ado yang tak ghoti makno eh...tak sampai lak maksud petikan yang den nak tulis ni haa....

  KISAI dalam dialek Negeri sembilan bermaksud,buat sepah/mengganggu lipatan kain sehingga bersepah/sepahkan kawasan kawasan tertentu.

  Haaaaaaa...tu la die maksudnya...hehehe...jadi lepas ni RT pakai  perkataan kisai tu jangan lak tak paham tekau!...heheheh..

  Kisahnya...Tuhan dah bagi RT nikmat iaitu melihat anak RT membesar dengan sihat.. Alhamdulillah...umur Nu'man sekarang dah capai setahun 3 bulan.....*weee...sonot tau*

  Rasanya semua benda dia nak buat...biaselah,anak-anak ni jiwa,hati,akal semuanya bersih...senang nak meniru orang...sebab tu mak ayah kene tunjuk tauladan dan perkataan yang baik lah....

  Pernah satu ketika,masa memula die nak pandai tu...die tiru lah ibu die menyapu...haaa...die pegi amek penyapu,lepastu....pandai pulak die menyapu ruang tamu...haaaa....lepas tu,die sepahkanlah penyapu tu..last sekali,ibu die lah yang kene kemas balik..susun balik penyapu,letak balik penyodok..hehe...

  Hahaha...tu tak berapa dasyat sangat tuan-tuan,yang dasyatnya....die ada sebakul menan....die sepahkan seluruuuh ruang tamu...ok,kemudian ibu die kemas,ibu dia  masuk bilik,then die sepahkan semula...haaaa...sabar jelah kan kan kan...hehe

  Okeh....ini pulak rare....die kisai kain baju..tang ni,kalau RT jadi seorang ibu,RT kompem ilang saba tau...huuu..patutlah ibu-ibu ni senang masuk syurga....saba die..hui....dasyat...hehe

  Saban hari,saban minggu,duk tengok anak RT macam tu,RT dapat beberapa pengajaran yang RT rasa nak kongsi ngan semua,yelah..kongsi kebaikan kan dapek pahalo...hehe..erm...antara pengajaran yang RT dapat dalam menangani anak yang kuek kisai ni ialah :

1) RT dapati,anak yang kuat kisai ni aktif dan cepat belajar sesuatu....

2) dapat membuktikan bahawa,sabarlah antara sumber kekuatan seorang ibu/ayah dalam mengendalikan anak yang suka kisai - kisai barang ni

3) secara tak langsung dapat melatih hati dan diri seorang ibu dan ayah merintih dengan Tuhan...

4) anak rasa terhibur,dan seronok bila die dapat kisai barang...hati anak yang seronok dapat membina kehidupan dia yang positif.tapi,dalam masa yang sama ajar juga tanggungjawab yang ringkas kepada anak - anak seperti masukkan semula barang mainan dalam bakul,atau sebagainya..tuan puan lebih tau..hehe

5) Dapat melatih diri kita senyum saat menghadapi ujian.. Yelah..bayangkan kita penat,tiba-tiba anak kisai baju...haaaa....canne,nak marah asenye kan..hehe...tapi,cuba latih diri kita senyum,rileks dan lipat balik baju yang telah dikisai dengan sabar...kan penuh dengan positif,barulah dapat pahala bila jaga anak..hehe.

  Ermm...mungkin tu jelah agaknye yang RT nak share, RT pun baru setahun ade anak...jadi masih mentah lagi...mungkin ade yang nak kongsi-kongsi pengalaman,boleh je drop komen kat bawah artikel ni..hehe...ape-ape pun,anak anak kita ni adalah aset kita,aset negara,dan aset agama...ia juga satu amanah yang perlu dipikul setiap ibu bapa.....Tuhan dah letak amanah kepada kita,maka kita wajib jaga anak kita dengan baik sehingga anak kita menjadi baik tak kiralah walau macam mana keadaan kita sekalipun,anak adalah tanggungjawab..Rahmat dan Redha Allah adalah melalui anak kita..hargailah anak-anak..sayangilah anak.

Yang ikhlas menjadi bapa,
Remaja Timur.

Khamis, 25 Ogos 2016 | By: iKhwan89

SAJAK : SETIA

Aduh....
Zaman ini
Sukarnya mencari kawan setia
Yang faham keperluan dan tindakan kita
Yang boleh bersama susah senang
Yang tahu kelebihan kekurangan diri
Yang sayang dan simpati dengan nasib kawan...

Zaman ini...
Walau hebat berpidato
Walau hebat urusan sana sini
Walau kaya,hidup mewah
Walau kerja trsusun rapi...
Namun,setia jauh sekali
Dihadapan suka
Dibelakang dibenci
Di siang hari senyum
Dimalam hari kelat tak berupa
Di luarnya ceria
Didalamnya dengki

Aduh...
Sungguh busuk hati
Kawan seperti ini
Bagai talam yang bersegi-segi
Lebih bahaya dari talam bermuka2
Tajamnya boleh meluka
Seginya boleh mengguris

Inilah akibat
Bila Tuhan sudah tidak ditakuti
Dengki dan hasad merajai diri
Busuk dalam hati
Sampai terbau melalui jasad
Sampai terluah melalui tindakan

Tuhan...
Ampunkan aku yang tidak mampu setia
Ampunkan aku yang lemah dalam berkawan
Terimalah taubatku....

RT89
Waktu dhuha
25/8/16

Sabtu, 20 Ogos 2016 | By: iKhwan89

SAJAK : INDAHNYA HIDUP ORANG MUKMIN

"Orang mu'min...
.sentiasa disusah susahkan Tuhan....
Supaya hatinya tidak leka
Dengan dunia
Supaya hatinya sentiasa merintih dengan Tuhan...

Ajaibnya pekerjaan Tuhan
Bila Tuhan sayang akan hambanya
Dia akan menghantar orang
Untuk menyusahkan hamba yang disayanginya
Supaya hamba yang disayanginya
Bertambah keimanan saat bersabar..
Di hantarlah kaki mengumpat
Untuk mengumpat hamba kesayangannya
Kaki keji mengeji yang sering tidak puas hati dengan hamba kesayangannya
Kaki mengadu domba
Kaki pemfitnah
Kaki bermuka muka
Kaki hasad dengki
Yang semuanya mnyesakkan kepala pada jasad lahir...

Namun,orang mu'min tahu
Ini semua keajaiban Tuhan dalam menyayangi hambanya
Dia redha...tabah laluinya dengan bergantung dengan Tuhan 100%

Orang melihatnya sentiasa tersenyum
Sangkanya tiada masalah
Rupanya hatinya terpaut dengan Tuhan
Kesusahan dirasakan kesenangan

Kerana dia tahu
Manusia tidak akan dan tidak pernah mengerti masalah dirinya....

Moga sentiasa thabat dalam perjuangan
Moga sentiasa dipandu dalam perjuangan
Moga sentiasa sabar dalam ujian karenah manusia....

Remaja Timur
Dhuha
20 ogos 2016

Selasa, 26 Julai 2016 | By: iKhwan89

SAJAK ; ANEHNYA MANUSIA

"ANEHNYA manusia ini
Di dalam perlu-memerlukan satu sama lain
ada pengkhianatan,
Di dalam bekerjasama ada jatuh-menjatuhkan,

Manusia tidak boleh hidup keseorangan
Perlu bermasyarakat dan pergaulan,
tapi tidak ada kejujuran,

Begitulah telah menjadi tradisi kehidupan manusia
Bahkan telah menjadi budaya sepanjang masa
Indahkah hidup begini?

Di dalam memerlukan orang lain, tapi curiga
Di dalam bergaul, bimbang sahaja
Di dalam menghadapi kehidupan,
ketakutan memburu kita,

Orang lain pula, bimbang dengan kita
Dengan kita orang pun takut juga
Macam kita curiga dan takut kepada mereka,

Beginilah manusia berhadapan dengan kehidupan
Jiwa tidak pernah terasa tenang
Kerana banyak sangat yang menakutkan
Akibat tidak mengikut syariat Tuhan."
````````````````````````````````````````````````````````
" Abuya Syeikh Ashaari Muhammad Attamimi "
===================================

Rabu, 13 Julai 2016 | By: iKhwan89

Sajak : AL QURAN KALAM TUHAN

Perkataan Tuhan
Yang ajaib dan istimewa
Diterjemahkan melalui
Tulisan manusia
Lalu jadilah ia sebagai luarbiasa

Kalamnya
Menceritakan segalanya
Yang akan berlaku
Yang sedang berlaku
Yang telah berlaku

Ia bukanlah kitab ramalan
Bukan juga senda gurauan para ilmuan lampau
Namun ia adalah ajaib,istimewa dan luarbiasa
Yang datangnya
Dari pencipta semesta

Semuanya diceritakan
Oleh Tuan punya kehidupan
Bagai sebuah manual Agung
Untuk manusia,jin dan seluruh kehidupan

Rt89
Waktu dhuha
13 julai 2016

Selasa, 28 Jun 2016 | By: iKhwan89

RAMADHAN KAREEM 2016

Alhamdulillah...Tuhan yang maha baik mengizinkan lagi RT menukil dalam blog nie..moga Allah redha setiap usaha kita semua...

Sedar tak sedar,rupanya dah ramadhan ke 23 kita nie....kejap je masa berlalu...tulah....bila akhir zaman nie,memang Tuhan cepat kan masa....kejap je rasa..

Bagi orang yang jiwanya dengan Tuhan,Ramadhan semakin pergi jiwanya semakin gelisah....hari-hari hati mereka merintih mengharapkan "janganlah Engkau pergi wahai Ramadhan.."

Namun,manalah mereka mampu untuk menahan pemergian Ramadhan...teringat satu sajak Abuya yang mnggambarkan perasaannya dalam beribadah.....habis jiwa resah gelisah bila memikirkan ibadahnya itu....lebih lebihlah lagi di bulan ramadhan....semuanya serba tak kene...kerana, jiwanya sangat risau apakah Tuhan terima ibadahnya...atau Tuhan membencinya.....

Susah untuk kita melihat orang yang seperti itu kini....semuanya seronok dengan dunia masing - masing,termasuklah RT.....rasa bertuhan 5 saat je bertandang...lepas tu hilang entah ke mana...

Rata-rata orang zaman kini,masuk sahaja malam 23 ramadhan,berlumba-lumbalah mereka membeli pakaian raya,persiapan yang bermacam-macam,kuih-muih...habis semuanya terkorban...aurat,akhlak,adab...semuanya....asalkan dapat buat persiapan raya...

Wahai Tuhan...nafsu kami menggunung....jiwa kami lemah...bantulah kalahkan nafsu...bantulah kami bermujahadah...ampun wahai Tuhan....ampun wahai Tuhan....

Rabu, 23 Mac 2016 | By: iKhwan89

SAJAK: SAKIT PENGHAPUS SOMBONG

Langkah kaki ini
Semakin bantut dek sakit
Semakin perlahan rentak irama
Kerana terbatas fizikal

Anugerah ini sedang diuji
Oleh Tuhan yang memberi Anugerah
Tuhan sedang sakit-sakitkan
Tuhan sedang denyut-denyutkan
Agar aku sedar dari lena
Agar aku sedar siapa aku

Langkah kaki ini
Walau penuh payah
Jiwa ku tak pernah goyah
Hati ini masih cuba kuat dengan Mu
Cuba untuk cekalkan jiwa
Ini ujian dari Mu

Aku penuh dosa
Tuhan sedarkan aku
Aku sering lupa
Tuhan yang ingatkan aku
Aku sombong
Tuhan beri amaran pada ku

Sakit...
Amat penuh hikmahnya
Amat mendalam ertinya
Benar kata ASZ,
Sakit itu meningkatkan rasa HAMBA...

RT89
Dhuha
23 MAC 2016

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE 2

"selamat ulang tahun perkahwinan kita yang ke 2 buat isteri ku Nurhatiyal Huda..."

Isteri adalah penghubung
Antara suami dengan Allah
Dijadikan untuk dilindungi
Dijadikan untuk disayangi

Maha Baiknya Allah
Anugerahkan pinjaman istimewa ini
Tanpa meminta sebarang bayaran

Tuhan..ampunkan segala dosa isteriku
Redhakanlah seluruh umurnya
Jadikanlah dia pembantu perjuangan ku
Dalam menegakkan Allah dan Rasul
Jadikanlah dia bidadari ku andai ku sampai ke syurga Mu

Ya Allah...aku berterima kasih dengan Mu
Engkau beri nikmat walaupun aku sering berdosa dan melupakan Mu

Ampunkan aku Ya Allah
Terima kasih Ya Allah..

Selamat sejahterakanlah perhubungan kami
Redhakanlah perhubungan kami
Moga keluarga kami kekal bersama
hingga bertemu dengan Mu

Selamat Ulang Tahun perkahwinan kita buah hati ku

RT89
Sebelum zohor
22 mac 2016


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com