Selasa, 26 Julai 2016 | By: iKhwan89

SAJAK ; ANEHNYA MANUSIA

"ANEHNYA manusia ini
Di dalam perlu-memerlukan satu sama lain
ada pengkhianatan,
Di dalam bekerjasama ada jatuh-menjatuhkan,

Manusia tidak boleh hidup keseorangan
Perlu bermasyarakat dan pergaulan,
tapi tidak ada kejujuran,

Begitulah telah menjadi tradisi kehidupan manusia
Bahkan telah menjadi budaya sepanjang masa
Indahkah hidup begini?

Di dalam memerlukan orang lain, tapi curiga
Di dalam bergaul, bimbang sahaja
Di dalam menghadapi kehidupan,
ketakutan memburu kita,

Orang lain pula, bimbang dengan kita
Dengan kita orang pun takut juga
Macam kita curiga dan takut kepada mereka,

Beginilah manusia berhadapan dengan kehidupan
Jiwa tidak pernah terasa tenang
Kerana banyak sangat yang menakutkan
Akibat tidak mengikut syariat Tuhan."
````````````````````````````````````````````````````````
" Abuya Syeikh Ashaari Muhammad Attamimi "
===================================

Rabu, 13 Julai 2016 | By: iKhwan89

Sajak : AL QURAN KALAM TUHAN

Perkataan Tuhan
Yang ajaib dan istimewa
Diterjemahkan melalui
Tulisan manusia
Lalu jadilah ia sebagai luarbiasa

Kalamnya
Menceritakan segalanya
Yang akan berlaku
Yang sedang berlaku
Yang telah berlaku

Ia bukanlah kitab ramalan
Bukan juga senda gurauan para ilmuan lampau
Namun ia adalah ajaib,istimewa dan luarbiasa
Yang datangnya
Dari pencipta semesta

Semuanya diceritakan
Oleh Tuan punya kehidupan
Bagai sebuah manual Agung
Untuk manusia,jin dan seluruh kehidupan

Rt89
Waktu dhuha
13 julai 2016


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com