Jumaat, 29 Mei 2015 | By: iKhwan89

30 TANDA ANDA MUNGKIN SEORANG JUTAWAN ..err..yang no 10 tu memang rare..


Usahawan adalah kumpulan orang yang unik. Mereka kebiasaannya berfikir secara berbeza, dan bertindak secara berbeza. Jika anda tertanya-tanya samada anda memiliki ciri-ciri seorang usahawan, lihat senarai berikut. Anda mungkin tidak mempunyai semua sifat-sifat atau kemahiran, tetapi jika anda mempunyai beberapa dari sifat ini, ia adalah petunjuk yang cukup baik bahawa anda mempunyai apa yang diperlukan

1.  Anda mempunyai ahli keluarga yang tidak boleh bekerja untuk orang lain. Ibubapa anda bekerja untuk diri mereka sendiri. Walaupun ini tidak benar untuk setiap usahawan, ramai mempunyai sejarah keluarga dengan satu atau kedua- dua ibubapa yang pernah bekerja sendiri.

2. Anda seorang yang sentiasa mempersoalkan mengapa orang melakukan perkara-perkara yang mereka lakukan. Anda berusaha untuk membuat perkara yang lebih baik dan bersedia untuk mengambil tindakan ke atasnya.

3. Anda yakin pada diri sendiri. Adakah anda pernah bertemu seorang usahawan yang pesimis atau benci dirinya? Lagipun, jika anda tidak mempunyai keyakinan, bagaimana orang lain boleh percaya kepada anda?Kebanyakan usahawan amat optimistik tentang segala-galanya di sekeliling mereka.

4. Anda bersemangat. Akan ada masa apabila anda menghabiskan masa berlebihan dengan tidak membuat satu Ringgit pun. Tetapi hanya minat dan semangat yang akan membuat anda meneruskan usaha anda.

5. Anda tidak boleh menerima “Tidak” sebagai jawapan. Seorang usahawan tidak akan putus asa.

6. Anda mempunyai keupayaan untuk membina perhubungan kerana keupayaan anda untuk melihat sesuatu perkara dari sudut keseluruhan. Orang cenderung dan tertarik kepada anda kerana anda seorang yang disenangi. Ini adalah kerana minat anda.

7. Anda menghabiskan lebih banyak masa dengan pengasas daripada bersama dengan pasangan anda.

8. Anda menghentikan pengajian seperti Bill Gates, Steve Jobs dan Mark Zuckerberg.

9. Berulang-alik setiap hari ke pejabat anda adalah dari bilik tidur ke ruangtamu.

10. Anda sentiasa seorang pekerja tidak cemerlang dan mungkin telah dipecat banyak kali. Jangan bimbang, anda tidak bersendirian. Jangan mengambil ia sebagai tanda bahawa anda seorang yang tidak baik. Kadang-kadang ia dalam DNA anda.

11. Anda sentiasa bertentangan dengan pihak berkuasa, itulah sebabnya anda sukar bekerja lama di suatu tempat kerja.

12. Anda percaya bahawa terdapat lebih daripada satu definisi keselamatan kerja. Anda menyedari bahawa tugas anda adalah selamat selagi anda berada dalam kawalan berbanding dengan bergantung kepada bos yang boleh merosakkan kerjaya anda selepas satu kesilapan.

13. Kebanyakan pakaian dalam almari anda terdiri daripada baju-T. Sesetengah anda mungkin mendapat di pasaraya biasa. Baju lain pula memaparkan nama atau logo syarikat.

14. Anda mempunyai sifat yang berdaya saing dan bersedia untuk kalah. Anda sentiasa tahu bahawa anda boleh melakukan sesuatu yang lebih baik.

15. Idea anda bercuti adalah hari kerja tanpa apa-apa mengganggu tugas yang benar-benar perlu dilakukan.

16. Anda tidak bekerja dan kemahiran hidup adalah lebih berharga untuk anda.

17. Anda bekerja lebih daripada 60 jam seminggu, tetapi anda sebenarnya boleh memperoleh lebih banyak wang ketika anda berada di sekolah menengah.

18. Anda mahu berada dalam kawalan dan dapat berperintah dalam syarikat anda sendiri. Anda biasanya suka mengawasi kebanyakan perkara yang berlaku di syarikat anda.

19. Anda melihat peluang di mana-mana. Sebagai contoh, anda berjalan ke dalam sebuah bangunan dan ingin tahu tentang nilai syarikat-syarikat di situ.

20. Perkataan “pitch” tidak lagi mempunyai kaitan dengan besbol.

21. Anda seorang pemikir logik dengan idea-idea tentang bagaimana untuk membetulkan masalah dan keadaan keseluruhan.

22. Bercakap tentang penyelesaian masalah, adakah anda mencari sama ada aplikasi itu telah wujud? Mungkin anda telah mula mewujudkan satu model perniagaan dan senibina perisian untuk melihat jika ia boleh dilaksanakan.

23. Anda suka bergaul dan tidak mempunyai masalah berkomunikasi dengan orang ramai.

24. Sebagai kanak-kanak, anda suka menjual barangan seperti di gerai air limau. Apabila terdapat jualan kelas, anda mungkin salah satu daripada penjual terbaik.

25. Anda seorang berinisiatif, bermakna anda tidak berputus asa sehingga projek itu selesai.

26. Tidak kira apa yang anda lakukan setiap hari, anda sentiasa memikirkan dari segi mendapatkan pulangan ke atas pelaburan.

27. Anda berfikir di luar kotak. Jika tidak, apa yang akan berubah?

28. Anda seorang yang menarik dan berkarisma.

29. Anda percaya dalam kecekapan dan akan mencari kaedah-kaedah untuk membuat sesuatu perkara berjalan lancar.

30. Anda menyedari bahawa anda tidak boleh melakukan semua tugasan. Anda mempunyai idea dan boleh mempromosikannya tetapi anda juga tahu bahawa anda tidak mahir dalam setiap tugasan dalam menjalankan perniagaan

Kredit to #Teamazizan

Sabtu, 16 Mei 2015 | By: iKhwan89

SAJAK : SEMUANYA KERANAMU GURU

"Hijau malar kami,
Mekar di taman tarbiyyah,
Menjalar indah rimbun
Dalam ceria taman,

Jerih mendidik kami,
Tidak pernah terbayar,
Bekas-bekas rotan yang
ditinggal di badan kami,
Bisa-bisa perit kerana telinga dipulas mengajar kepada kami erti tekun dan tabah,

Sungguh...tidak semudah yang disangka,menjadi guru yang setia..

Tabah,Cinta dan Semangat
Yang ada dalam dirimu,
Meresap dalam hati ku,
Menunjang jiwa dan hati
Menjadi inspirasi,

Tidak mudah mengalah itulah pendorong kejayaan ku...

Terima kasih guruku,
sekalung cinta dan taBah buat mu,
Segalanya bermula dari mu
wahai guru ku...

Moga hati kami
Tetap subur dalam perjuangan
Tetap merimbun dalam perhitungan dunia

Terima kasih Allah,
Terima kasih Al-irsyad
Terima kasih guru-guru ku....
                                          -Rt89-
                                   -selepas maghrib-
                                        -16 mei 2015-

Khamis, 7 Mei 2015 | By: iKhwan89

SAJAK : NIKMAT TUHAN

Marilah kita berfikir tentang nikmat Tuhan,
Agar kita boleh bersyukur dan malu kepadaNya,
Sedarkah kita lebih banyak nikmat yang kita tidak minta diberiNya,
Yang kita minta tidak dikabulNya sedikit sahaja,
Tapi kita tidak sedar apa yang berlaku kepada diri kita,
Bahkan nikmat yang diberi yang tidak diminta, lebih berharga,
Daripada yang kita minta sama ada dikabulNya atau tidak
Wujudnya kita satu nikmat yang besar tanpa kita minta,
Iman dan Islam yang ada pada kita lebih besar lagi tidak kita minta juga
Kerana kita lahir daripada ibubapa
Yang sudah sedia menerimanya
Kita pun terus menyambungnya,
Cuma kita diperintah berusaha menyuburkannya,
Otak dan hati nurani bukankah juga kita tidak memintanya ?!
Mata, telinga, hidung, mulut dan segala jawarih adakah kita memintanya ?!
Tidak perlu saya menjawabnya,
Juga nafas turun naik,
Tuhan anugerahkan tanpa memintanya,
Yang kita usahakan dan yang kita minta dapat
Murah sangat nilainya,
Di antaranya pangkat, wang ringgit, kesihatan, suami atau isteri dan anak-anak,
Juga rumah, pakaian, pinggan mangkuk dan perhiasan yang ada,
Selain tidak payahlah disebut lagi
Sangat murahnya nilainya,
Mengapa kita tidak terfikir selama ini
Nikmat yang diberi yang kita tidak minta
Lebih besar nilainya bahkan lebih banyak,
Mana lebih besar, nikmat wujudnya kita yang kita tidak minta,
Dengan wang ringgit yang kita usaha dan minta ?
Juga iman dan Islam yang kita tidak minta
Mana lebih besar daripada pakaian dan perabut ?
Nafas yang turun naik yang kita tidak minta
Mana lebih utama daripada suami atau isteri kita ?
Semua orang boleh menjawabnya,
Oleh itu jika ada yang kita minta
Tidak dikabulkan oleh Tuhan kita,
Tak usahlah susah hati,
Kerana yang tidak dapat itu nilainya murah sahaja
Dibandingkan dengan yang tidak diminta,
Syukurilah Tuhan apa yang ada !
Nanti Allah Taala akan menambahkan lagi
Sekalipun tidak diminta.

-Abuya-

Isnin, 4 Mei 2015 | By: iKhwan89

TRAGEDI DUKE : ALLAH DAN RASUL MENYAYANGI MU SAYANG

Alla...Tuhan yang Maha Baik...
masakan Tuhan lakukan sesuatu yang kejam
untuk hambanya..
tidak pernah sedikit pun
kejadian Tuhan tidak ada hikmah...
semuanya mengandungi pengajaran...
Cuma hati yang kelam sahaja
Tidak akan terbayang
Rahmat Allah yang sangat besar...

Duhai anak-anakku...
Sesungguhnya Tuhan sedang menguji kamu
Sama saatnya ketika rasulullah
Sedang diuji ketika baginda masih kecil
Beruntunglah wahai anak ku
Kematian ibu bapa mu
Rupanya adalah jambatan keluargamu menuju syurga..

Masakan tidak...
Doa mu adalaha antara doa yang paling makbul
Doamu boleh menempatkan ibu bapa mu di syurga
Adik kecilmu boleh menarik tangan ibu ayah mu menuju syurga...

Wahai kecintaan rasulullah,
Kamu pasti tersenyum saat kamu ketahui bahawa kamu adalah kesayangan Rasulullah..
Rasulullah juga yatim piatu seperti kamu..
Rasulullah amat menyayangi yatim piatu..
Betapa bertuah dan beruntungnya kamu wahai ciptaan Allah yang comel...

Wahai kesayangan seluruh rakyat malaysia,
Doa kami buat mu
Agar kamu sentiasa menjadi kuat,
Agar dirimu sentiasa tabah,
Agar seluruh hidupmu mendapat redha Allah..
Agar dirimu mu menjadi anak yang solehah..

Akhir sekali buat 2 insan yang masih kecil..
Dunia ini tidaklah kejam,
Yang bersalah pasti akan di hukum,
Kebenaran pasti akan tertegak,
Moga Allah sentiasa meredhai mu
Duhai anak2 suci yang masih tak mengerti...

                                                              -RT89-
                                                            -9.00 am-
                                                            - 4/5/2015-


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com