Khamis, 25 Ogos 2016 | By: iKhwan89

SAJAK : SETIA

Aduh....
Zaman ini
Sukarnya mencari kawan setia
Yang faham keperluan dan tindakan kita
Yang boleh bersama susah senang
Yang tahu kelebihan kekurangan diri
Yang sayang dan simpati dengan nasib kawan...

Zaman ini...
Walau hebat berpidato
Walau hebat urusan sana sini
Walau kaya,hidup mewah
Walau kerja trsusun rapi...
Namun,setia jauh sekali
Dihadapan suka
Dibelakang dibenci
Di siang hari senyum
Dimalam hari kelat tak berupa
Di luarnya ceria
Didalamnya dengki

Aduh...
Sungguh busuk hati
Kawan seperti ini
Bagai talam yang bersegi-segi
Lebih bahaya dari talam bermuka2
Tajamnya boleh meluka
Seginya boleh mengguris

Inilah akibat
Bila Tuhan sudah tidak ditakuti
Dengki dan hasad merajai diri
Busuk dalam hati
Sampai terbau melalui jasad
Sampai terluah melalui tindakan

Tuhan...
Ampunkan aku yang tidak mampu setia
Ampunkan aku yang lemah dalam berkawan
Terimalah taubatku....

RT89
Waktu dhuha
25/8/16

Sabtu, 20 Ogos 2016 | By: iKhwan89

SAJAK : INDAHNYA HIDUP ORANG MUKMIN

"Orang mu'min...
.sentiasa disusah susahkan Tuhan....
Supaya hatinya tidak leka
Dengan dunia
Supaya hatinya sentiasa merintih dengan Tuhan...

Ajaibnya pekerjaan Tuhan
Bila Tuhan sayang akan hambanya
Dia akan menghantar orang
Untuk menyusahkan hamba yang disayanginya
Supaya hamba yang disayanginya
Bertambah keimanan saat bersabar..
Di hantarlah kaki mengumpat
Untuk mengumpat hamba kesayangannya
Kaki keji mengeji yang sering tidak puas hati dengan hamba kesayangannya
Kaki mengadu domba
Kaki pemfitnah
Kaki bermuka muka
Kaki hasad dengki
Yang semuanya mnyesakkan kepala pada jasad lahir...

Namun,orang mu'min tahu
Ini semua keajaiban Tuhan dalam menyayangi hambanya
Dia redha...tabah laluinya dengan bergantung dengan Tuhan 100%

Orang melihatnya sentiasa tersenyum
Sangkanya tiada masalah
Rupanya hatinya terpaut dengan Tuhan
Kesusahan dirasakan kesenangan

Kerana dia tahu
Manusia tidak akan dan tidak pernah mengerti masalah dirinya....

Moga sentiasa thabat dalam perjuangan
Moga sentiasa dipandu dalam perjuangan
Moga sentiasa sabar dalam ujian karenah manusia....

Remaja Timur
Dhuha
20 ogos 2016


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com