Khamis, 22 November 2012 | By: iKhwan89

KESUSAHAN KEMBAR KEBENARAN

latest update from blog matahati

Salam ceria semua. Selawat dan salam kepada Baginda Rasulullah saw, ahli keluarga dan para sahabat rahm. Salam dan mohon izin kepada ke hadrat Imamul Mahdi dan Abuya Fatta Attamimi.

Catatan ringkas yang mengiringi kedatangan Muharram 1434 Hijriah.

Kebenaran Semakin Terserlah 

Dalam PRSA 57, antara rencah ratus yang dipaparkan ialah pengakuan seorang jemaah haji dari Indonesia yang berkesempatan mengunjungi Bonda Ummu Jah ar di istana RSA Mekah. Kedatangan Embak Leni yang didahului oleh isyarat-isyarat kerohanian dan dipandu oleh guru 'ghaib'nya membawa kepada tersungkurnya beliau di bilik Saiyidi, lalu seolah-olah dia diIslamkan semula. Sebaik sahaja memasuki bilik karomah itu, beliau terus mengucapkan syahadah dengan penuh perasaan bahkan rohnya telah tenggelam dalam alam 'rasa'. Peritiswa ini dan seterusnya apa yang dapat difahami melalui ucapan penuh bertanggungjawab oleh Embak Leni telah menjadikan satu lagi bukti kebenaran teruslah berpihak kepada Bonda Ummu Jah ar.

Dalam blog Nur Muhammad, artikel tentang keadaan dan situasi terkini dalam GISB telah mengundang berbagai respon oleh pembaca. Bagi mereka yang sedia yakin, bertambah keyakinan mereka kepada Bonda Ummu Jah ar. Bagi mereka yang selama ini jujur mencari hujah, maka cukuplah pengalaman saudara Sabree, penulis artikel tersebut sebagai hujah yang datang dari pihak luar GISB sebagai sokongan membantu mereka menetapkan pendirian bahawa kebenaran berpihak kepada Bonda Ummu Jah ar.

Cuma bagi yang memang sudah gelap matahatinya, datangkanlah apa hujah sekalipun, tetaplah mereka pertahankan kebodohan dan kedegilan mereka. Sekalipun hati kecil tidak mampu menipu, tetapi mulut dan nafsu yang besar teruslah mengajak untuk kekal menjadi penipu.

Era Berbaik dan Bekerjasama 

Peritiswa serbuan JAIS ke atas program Kenduri Mega dan Doa Selamat di Bandar RSA Country Homes tempuh hari membawa kepada episod baru dalam perjuangan. Rupanya kepimpinan roh sama sekali tidak melihat sesuatu itu negatif sekalipun lahirnya bersifat negatif. Kecuali orang yang hatinya buta, mereka sering melihat sesuatu itu negatif, walaupun lahirnya positif apatah lagi kalau memang lahirnya negatif. Orang akal tidak akan mampu mempositifkan sesuatu sekiranya pada akal mereka itu negatif.

RSA telah menganjurkan satu pendekatan berbaik-baik dan bekerjasama dengan sesiapa sahaja sekalipun orang yang memusuhi perjuangan ini. Berbaik-baik dan bekerjasama dalam ertikata tidak sampai menggadaikan prinsip. Inilah makar mursyid. Bagi musuh, mereka kehilangan langkah seterusnya bila mana orang yang mereka musuhi mengambil langkah berbaik-baik. Manakala bagi pejuang yang sedang disaring, maka langkah ini akan pasti merupakan tempuh penyaringan yang semakin halus. Apakah tindakan berbaik-baik mampu dikendalikan secara jujur tanpa menjual prinsip, atau apakah prinsip akan turut lebur dalam melaksanakan langkah berbaik-baik. Satu pendekatan yang hanya orang roh mampu melakukan dengan sebaik-baiknya.

Ekspedisi dan Regu Kepimpinan 

Sehari sebelum menjelang I Muharram, team BOD dan Ibu Zon Ibu Pejabat yang ada di Malaysia telah mengadakan ekspedisi. Destinasi utama adalah ke Tanjung Belungkur. Perjalanan pergi melalui Kuantan dan berpeluang singgah di Bandar RSA Batu 12 sekaligus dapat menyaksikan pernikahan 7 pasangan mempelai. Daripada 7 pasangan, hanya 2 pasangan monogami, manakala 5 pasangan adalah berpoligami. Seperti yang dihasratkan oleh Pengarah Zon 1, Syeikh Dr Mohd Azral, Zon Pahang akan menjadi Zon Poligami maka pada petang tersebut beliau telah salah satu pasangan pengantin poligami yang diijabkabulkan.

Perjalanan diteruskan yang kemudiannya berhenti rehat dan bermalam di Tanjung Gemar. Sebaik selepas solat Subuh, kami meneruskan ekspedisi menuju ke Tanjung Belungkur dengan harapan untuk bersarapan di sana.

Sepanjang perjalanan masa dan kesempatan yang ada telah diisi dengan beberapa siri perbincangan dan bertukar-tukar fikiran. Banyak juga topik yang sempat diperbincangkan terutamanya mencanai intipati PRSA 57 dan banyak juga perkara yang dapat diselesaikan diperingkat kepimpinan zon dan negeri. Begitulah hasilnya, bila kita cuba meniru kaedah yang menjadi tradisi Abuya dan yang telah dijadikan pendekatan utama dalam membina regu kepimpinan. Dalam ekspedisi mudah untuk menyemaikan kasih sayang, persefahaman dan berlakunya penyelarasan fikiran dan tindakan.

Sesampainya kami di perkampungan karomah di Tanjung Belungkur, alangkah indahnya perasaan disamping pemandangan juga sangat menarik. Jika dilihat dari segi fizikal, untuk tinggal sehari pun mungkin terpaksa bermujahadah sakan, namun dari sudut rohnya, cukup luar biasa. Untuk sampai ke perkampungan berkenaan, perlu menempuh jalan tanah merah sejauh 5-6 kilometer yang jika hujan akan memburukkan lagi keadaan jalan tersebut. Tinggal dalam kanopi yang dijadikan istana penginapan, 30 orang remaja telah berjaya dijinakkan roh mereka, tetapi fizikal mereka teruslah tangkas dan cergas.

Rupanya banyak faktor yang membezakan Syeikh Nasiruddin Ali ar dengan mereka yang cukup sakit hati kepadanya. Benar, beliau yang telah pernah hidup susah di zaman Arqam tetapi terus mampu untuk taat setaat-taatnya, sekalipun disusah-susahkan berkali-kali demi Islam, demi Tuhan. Di era perjuangan yang rata-ratanya bergelanggang di bandar-bandar baru yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan teknologi, Syeikh Nasiruddin Ali ar mampu tinggal bersama para remaja yang bermasalah di satu kawasan pedalaman, di hujung ladang kelapa sawit, di pinggir muara Sungai Lebam, anak Sungai Johor. Sungguh luar biasa ketaatan yang dihayati oleh Syeikh Nasiruddin ar. Taat di depan maupun di belakang!

Walaupun dalam serba serbi dhaif, beliau mampu meraikan tetamunya dengan menyembelih sepasang kambing. Jamuan tengahari yang cukup berselera sekalipun simple, menjadikan program ziarah ini terasa sangat dihargai oleh seorang yang hatinya sudah mendapatkan sepenuhnya hati mursyid. Begitulah gambaran kemuliaan seorang yang amat mulia di sisi mursyid. Padahal kami bukanlah tetamu besar yang layak dan perlu diraikan seperti itu. Tetapi kami diraikan sungguh-sungguh tanpa mengirakan yang datang ini hanyalah para junior dalam kepimpinan dan lebih-lebih lagi dalam jemaah roh.

Rombongan xpdc ZIP (Malaysia) bergambar bersama Syeikh Nasiruddin Ali  di  Tanjung Belungkur.
Kenangan manis dan indah khususnya sentuhan roh di Tanjung Belungkur ternyata telah dirasai oleh semua peserta ekspedisi. Dalam sessi akhir, masing-masing mengulas tentang kelebihan Tanjung Belungkur dan tentunya berkait rapat dengan Syeikh Nasiruddin ar. Memang di semua tempat yang kami sempat kunjungi mempunyai cerita yang menarik dan kelebihan masing-masing, namun sentuhan di Tanjung Belungkur merupakan pelengkap kepada seluruh pengalaman berharga sepanjang ekspedisi ini. Moga berkat ziarah Tanjung Belungkur akan melonjakkan roh kami dan anak buah semuanya.

Perjalanan balik sempat singgah berziarah di Muatiara Rini, Johor Bahru dan penutup ekspedisi ialah dengan jamuan makan malam Nasi Ayam Hainan di Mat'am Ikhwan, Seremban Dua, Negeri Sembilan.

Kesusahan Kembar Kebenaran 

Kebenaran itu sifatnya dalah roh. Untuk mendapat kebenaran, roh mesti diaktifkan. Untuk mengaktifkan roh, kesusahan adalah jalannya. Bila kita disusahkan, maka roh akan aktif dan akhirnya roh akan terhubung dengan sumber kebenaran, iaitu Tuhan. Tuhan itulah kebenaran yang hakiki.

Ini bermakna, kesusahan adalah kembar kepada kebenaran. Bersama kebenaran itu dikampilkan kesusahan. Lihatlah sejarah para Nabi dan Rasul serta pejuang-pejuang kebenaran sepanjang zaman. Hampir ke semua mereka menempuh ujian kesusahan. Tidak ada perjuangan kebenaran yang direntangkan dengan kemewahan dan kesenangan sekalipun mereka dilihat mewah dan senang.

Watak kebenaran itu adalah berwatak roh, sedangkan roh pula sangat intim dengan kesusahan. Dengan kesusahan dan penderitaan, roh akan bercahaya dan seterusnya sangat intim dengan Tuhannya. Bonda Siti Hajar sebagai isteri kedua Nabi Ibrahim yang telah berjaya membuka bandar Mekah, keajaibannya tercetus hasil ujian kesusahan. Salah satu contoh yang sesuai untuk direnungkan bersama bersempena Haji Akhbar dan Muharram 1434 Hijrah ini.

Jika kesusahan menjadi halangan kepada kita untuk berjuangan, maka sememangnya kita tidak layak untuk berjuang. Jangan kesusahan yang diperlsalahkan, tapi salahkan diri kita yang tidak mampu untuk mengambil kesusahan sebagai jalan mendapatkan kebenaran!

0 comments:


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com