Terjemahan dari :(Kristian sedang dirobah untuk Islam bersama Nabi Isa a.s) ?
Washington Post’s : Christian leaders talk about marriage and sex by Lisa Miller. Ikuti Q&A dengan Lisa Miller berkenaan topik ini di sini.
___________________________________________________________________________
PEMIMPIN-PEMIMPIN KRISTIAN BERCAKAP TENTANG PERKAHWINAN DAN SEKS
Penganut Kristian mazhab Evangelical mahu berbincang tentang seks. Bukan dengan cara lama yang terhad dan berbentuk menghukum. Mereka ingin berbincang tentang seks panas – asalkan ia dikaitkan diantara lelaki dan wanita yang berstatus suami dan isteri. Warren, dianggap sebagai paderi Evangelical yang terhormat di dalam negara, akan berjuang di dalam hal ini, ini menunjukkan perkara ini amat penting kepada para pengikutnya.
Warren yang mempunyai watak peramah dan penyayang, kadang-kadang agak terlebih dalam perkongsian pengalamannya dan di dalam tweeter yang lain, beliau menulis: ” Seks dengan 1 isteri BUKANLAH macam main 1 piring hitam berulang-ulang kali tetapi seperti belajar satu alat muzik dengan baik untuk menghasilkan alunan muzik yang merdu bertahun-tahun!” ( Saya hampir nampak pipi isterinya yang bernama Kay kemerahan, dia lebih terkawal perasaannya dan nampak lebih berahsia dari suaminya).
Revolusi seks ini tidak dapat dielakkan disebabkan oleh generasi Kristian yang menolak secara terang-terangan sikap munafik;” Jangan buat perkara itu sebab saya kata jangan”, cara didikan seks dan etika kemasyarakatan waktu zaman nenek moyang mereka.
Menurut artikel dalam majalah Kristian Relevant, 80 peratus penganut Kristian melakukan hubungan seks sebelum berkahwin, berbanding dengan 88 peratus masyarakat umum. Menurut ” UnKristian ( BukanKristian), sebuah buku ditulis oleh David Kinnaman and Gabe Lyons dalam tahun 2008, 44 peratus penganut Kristian yang kembali semula kpd ajarannya(born-again Christians) yang berumur 23 to 41 tahun berkeyakinan bahawa seks di luar perkahwinan adalah diterima dari segi moral, berbanding dengan 23 peratus dari golongan yang lebih tua. Kadar perceraian di kalangan evangelicals adalah sama dengan masyarakat umum yang lain.Lebih-lebih lagi , model perkahwinan Kristian, secara tradisinya merupakan satu keadaan di mana seorang isteri menurut kehendak suaminya seperti mana yang dilakukan oleh seorang Kristian pada Tuhannya tetapi kebanyakan wanita evangelical sedang dalam gerakan pembebasan diri mereka sendiri. Mereka sedang menterjemah ayat-ayat kitab Suci yang memerintahkan mereka ‘tunduk’ dan ‘taat’ dan mereka tidak lagi berpuas hati dan tidak mahu dikenal lagi dengan wanita yang pendiam, lemah lembut dan kumpulan yang menyedihkan yang tidak berpeluang untuk mengalami era kebebasan abad ke21,” mengikut yang tertulis dalam penutup buku karangan Jonalyn Fincher “UnChristian.”
Dengan cara yang sama, kepuasan seks dalam sejarah wanita Kristian tidak pernah menjadi sesuatu yang dikira penting. Malah pada hari ini, website Focus on the Family Web site memasukkan kategori seperti ” Memahami Keperluan Seks Suami Anda” dan “Bila Suami Anda Tidak Berminat Dengan Seks.”
Cara baru untuk bercakap tentang seks adalah dengan bertemu penganut Kristian di mana mereka berada. Dengan menceritakan pengalaman intim dalam perhubungan perkahwinan, para pemimpin Kristian berharap dapat meyakinkan generasi muda tentang apa yang mereka gelarkan ” Perkahwinan Suci” – hubungan yang setia, monogami dan kesatuan heteroseksual dihadapan Tuhan – semua ini adalah relevan dan berharga di zaman moden ini.
Dengan lebih ringkas:
Mereka mengharapkan dengan janji seks panas akan memastikan anak-anak generasi muda tidak berpaling dari gereja.
0 comments:
Catat Ulasan