Selasa, 9 Mac 2010 | By: iKhwan89

SAJAK : TANDA KASIH SAYANG ALLAH

Melihat benda yang indah
Seperti melihat sesuatu yang hijau lambang kasih sayang Allah
Mendengar perkara yang sedap didengar seperti suara yang merdu tanda kasih
sayang Allah
Setiap detik kita menghirup oksigen tanda cintaNya kepada kita
Kita boleh berhibur diantara suami isteri adalah kasih sayangNya
Dapat anak-anak sebagai cahaya mata juga kasih sayangNya
Apatah lagi makan minum, tempat tinggal, kenderaan adalah kasih sayangNya
Pangkat jawatan, kemudahan-kemudahan hidup dan keindahan termasuk kasih
sayangNya
Apabila kita letih atau mengantuk ditidurkanNya kita
Apabila kita bangun dari tidur, kemudian pergi mandi segar semula badan kita
Semuanya itu adalah kasih sayang Tuhan
Bahkan apa yang sedap dirasa, sedap disentuh, sedap didengar juga kasih
sayangNya
Juga apa yang dapat difikirkan,yang dapat dibaca
menjadi ilmu semuanya berhubung dengan kasih sayang Tuhan
Setiap ilmu yang baru dapat, pengalaman yang baru
dijumpa adalah kasih sayang Tuhan kepada kita
Patutlah Tuhan hendak menarik perhatian kepada kita
Bahawa Dia adalah mengasihi dan menyayangi kita
Diperintahkan kita setiap kebaikan yang hendak dibuat
dengan menyebut namaNya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Agar kita sentiasa sedar bahawa Tuhan amat mengasihi dan amat Penyayang
Moga-moga dengan itu kita akan membalas kasih sayangNya
Semoga dengan itu kita rasa cinta kepadaNya
Dengan itu kita rasa bahagia menyebut namaNya
Rasa rindu menyembahNya, memuja dan membesarkanNya
Kita akan jadikan Dia Kawan Setia
Kita terhibur denganNya dan kita tidak akan melupakanNya
Tapi mengapa kita tidak rasa yang Tuhan itu kasih dan sayang kepada kita?
Mengapa kita tidak rasa hendak mencintaiNya?
Kerana hati kita sudah buta disebabkan cinta dunia

0 comments:


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com