Ahad, 7 Disember 2014 | By: iKhwan89

NASIHAT RASULULLAH UNTUK PEREMPUAN

Moga semua mendapat manfaat...
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal
tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin
dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat
untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari
dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu
itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya
pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan
orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api
neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan
dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya,
maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam
urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke
dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat
akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah
s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap
wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa
pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w,
“Ibunya”.
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang
ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan
di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari
dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia
taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan
puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya
akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-
pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.
16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau
dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka
baginya syurga.
19 Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan
sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia
berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

0 comments:


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com