Khamis, 6 Ogos 2009 | By: iKhwan89

KURSUS REMAJA ROH : "WAHAI ROH YANG PENGSAN,SEDARLAH!!"



*nak siap-siap nak tidor dah..penat bru balik dari gunung senyum..* kU muLakan dengan Bismillah,terima kasih waHai Tuhan yang maha baik,dengan rahmat dan kasih syang nyer,kita dapat satu nikmat yang sangat berharga iaitu iman dan islam..walaupun kita ini selalu jer buat dosa,sombong dengan Tuhan,tapi Tuhan tak pernah berhentikan nafas kita,tak pernah putuskan bekalan makanan kita,maha baiknya Tuhan,kita ini tak pernah tahu malu dengan Tuhan..kalaulah Tuhan nak tarik semua nikmat yang dia bagi,boleh shj. Tuhan kan maha Kuasa,kita ini dibwah kekuasaan Tuhan..
seLawat dan salam keatas junjungan baginda mUhammad kekasih TUHAN yang kerananya TUHAN jadikan semua isi alam.al-fatehah kepada guru kita,ibu bapa kita dan seluruh ummat islam,semoga kita semua mengenali dan mencintai TUHAN.
Alhamdulillah,hatiku sudah menemui ungkaian terhadap masalah-masalah yang sedang berlaku di sekeliling ku. Setelah hati ku di "basuh" dan di "cuci" di gunung senyum,aku dapat merasakan,betapalah roh aku selama ini,sudah tertidur dan pengsan rupanya,patutlah selama aku beribadah,tidak pernah aku rasakan berTuhan,selama aku melihat penderitaan orang,hanya sekadar ucapan "oh,kasihannya dia"tidak pernah terlintas di hati ku untuk menolong,apatah lagi nak merasa susah untuk menolongnya,sekadar kasihan di mulut,tapi hati ku tidak merasa sayu,tidak merasakan bahawa "oh,Tuhan tak susah kan aku,malunya aku kalau aku terbuat dosa"..aduuhh...
Patutlah selama aku beribadah,mazmumah ku semakin subur,hatiku semakin riak,aku semakin kedekut,aku jarang bersyukur,kadang-kadang,aku tidak kaitkan kejadian dengan Mu Tuhan....oh Tuhan,berdosanya aku,..aku sangat berterima kasih kepada mursyid ku,yang telah menganjurkan kursus remaja roh ini..tersedar roh aku dari pengsan,...guru ku mengatakan,"roh itu memerlukan makanan,dan makanan roh itu adalah Tuhan...tetapi ramai yang mengabaikan makanan roh ini,maka jadilah manusia yang cerdik tetapi jahat,manusia yang miskin dan tidak pernah nak bersyukur..dll"ini memang situasi sebenar,kalau kita lihat hari ini termasuklah ustaz-ustaz,dan lain-lain lebih menumpukan aspek kebendaan semata-mata,lebih menumpukan aspek pembangunan akal dan fizikal...maka kita jdilah orang yang hanya mampu memikirkan logik akal shj.,tidak mampu untuk untuk bertindak lebih dari itu,lebih teruk lagi apabila tidak merasakan Tuhan berada dan berperanan didalam hidupnya...
Terima kasih Tuhan kerana pertemukan aku dengan kursus roh ini,aku sangat beruntung....aku mengharapkan satu perubahan,ku mengharapkan roh ku terjaga dan terbangun,agar aku dapat lebih merasakan berTuhan didalam setiap perkara didalam hidupku.......wallah hua'alam

0 comments:


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com