Selasa, 11 Februari 2020 | By: iKhwan89

SAJAK: SOMBONG PENGHALANG PERPADUAN

SOMBONG PENGHALANG PERPADUAN 
 
Penyakit sombonglah yang memporak-perandakan dunia
Dari sakit sombonglah manusia menderita dan sengsara
Dari sifat sombong lahir hasad dengki
Beberapa ramai orang yang teraniaya dari hasad dengki seseorang
Dari sifat sombong lahirlah sifat pemarah yang tidak dapat dikawal
Berapa ramai pula orang yang dapat malu atau terseksa dari kemarahan seseorang
Dari sifat sombong lahirlah tidak mahu menerima kebenaran seseorang
Ramai pula orang yang teraniaya dari dendam kesumatnya yang tidak dapat dikawal dan ditahan
Dari sifat sombonglah lahirlah sifat menghina dan mencerca orang terutama orang bawahan
Beberapa ramai pula orang yang dapat malu dan terhina dan jiwa derita
Dari sifat sombong seseorang ada kuasa sedikit sahaja lahirlah sifat bangga, rasa ada kuasa, rasa mulia memandang orang lain hina
Maka dijatuhkanlah maruah orang sesuka hati, menghina orang, memalukan orang, membuat arahan sewenang, menganggap orang tidak berguna
Ramai pula orang sakit hati, benci, dendam, marah, menunggu peluang hendak membalasnya
Dari sifat sombong lahirlah tidak taat, tidak mahu patuh, susah hendak didisiplinkan
Ibu bapa, guru, pemimpin pula selalu sakit hati
Rasa tercabar, tentu marah kalau mereka sombong pula akan bertindak semberono dan melulu atau sesuka hati
Maka haru-birulah berlaku, perpecahan menjadi-jadi, kasih sayang punah-ranah
Dari sifat sombong lahirlah sifat tidak boleh dicabar atau tidak boleh orang lain lelebi
Maka dia mencabar pula dan membalas dendam
Beberapa ramai pula manusia teraniaya menderita dan sengsara kerananya
Dari sifat sombonglah hilang kasih sayang, hilang persaudaraan, hilang rasa bersama, tidak ada kerjasama, perpaduan pun hilang
Hilang bahagia, timbul ketakutan, prejudis sesama manusia, harmoni tidak ada
Sepatutnya para pemimpin dan ulamak mendidik manusia menghilangkan penyakit sombong
Jangan hanya ajak manusia bersatu dan berpadu
Penghalang perpaduan dan persatuan adalah penyakit sombong tapi dibiarkan
Itulah yang terjadi di dunia hari ini
Manusia terseksa kerana sifat sombong
 
Selepas Subuh
28.06.2003

0 comments:


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com