Khamis, 27 Februari 2020 | By: iKhwan89

BAKAT PELAJAR : KITA YANG KURANG CERDIK ATAU MEREKA YANG TAK MAMPU?

Salam ceria semua...apa kabar?hehe..dalam kemelut politik Negara kita ni,kerja-kerja sebagai rakyat tetaplah berjalan seperti biasa...

Penat otak juga kalau kita duduk mengadap isu ini..😅😅😅..

Hari ni sekolah pagi RT ada menganjurkan Karnival Amal Islami peringkat sekolah...meriahlah anak-anak murid RT dengan bermacam ragam pakaian..🥰🥰🥰

Seronok mereka bila sekolah anjurkan pelbagai pertandingan..ada tilawah,ada hafazan..ada azan dan iqamah,ada juga nasyid,bicara berirama,ada lagi mewarna dan banyaaaaaaak lagi..♥️..

RT juga sepanjang Karnival berlangsung,sangat memerhatikan beberapa potensi pelajar yang boleh digilap sebenarnya..

Ada yang dari kalangan mereka yang biasa sahaja dari segi akademik,tapi mereka sangat menonjol dan berkebolehan dalam beberapa pertandingan yang dianjurkan..

Satu perkara yang dapat RT pesan pada pembaca,terutama ibu ayah dan guru-guru..sebenarnya kebolehan anak-anak ni tak terbatas..mereka bijak dalam kebolehan mereka...

Yang menjadikan terbatas itu ialah sistem...atau diri kita..kita yang menghadkan kebolehan mereka...kita yang meletakkan kayu ukur kejayaan mereka..

Sebenarnya,kitalah yang kurang cerdik sebab tidak pelbagaikan teknik mencungkil bakat pelajar...kita yang tidak proaktif..

Oleh itu,jom kita jadi ibu ayah dan guru yang proaktif..jangan hanya mengeluh sahaja sana sini!.

kumpulan nasyid banat sedang bertanding

kumpulan nasyid walad bertanding

bicara berirama

costum bicara berirama banat

pertandingan azan

0 comments:


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com