Selasa, 17 Mac 2020 | By: iKhwan89

CONVID-19 : JOM AMALKAN DOA INI

Salam senyum dan bersemangat hari ni..

Semalam,PM kita telah mengumumkan arahan menghadkan pergerakan akibat virus Convid-19 ni...

Ramai juga yang update membuat pembelian panik di pasaraya-pasaraya..
RT pula,duduk-duduk sahaja di rumah..risau juga..

Semalam pergi ke KWSP pun di pintu masuk dah kene cek suhu badan.

Pada masa ni,RT teringat satu doa tawassul yang pernah diajar kepada RT dari kecik lagi.

Doa ini mendarah daging dan diamalkan setiap selepas solat pakej sekali dengan Ila hilas. Pada masa ia diamalkan dulu,tak rasa betapa pentingnya..sebab masa tu tiada pula virus seperti yang melanda sekarang. 

Tapi sekarang,terasa berkatnya pula sebab ia sentiasa diamalkan..

RT copy paste dari blog anjangmuor untuk sama-sama kita amalkan :

Mari amalkan doa tawassul dengan Ahlil Bait yang lima yang juga dikenali sebagai Ahlul Kisa (أهل الكساء) sebagai langkah menghalang wabak setiap selepas solat.

لي خمسة أطفي بها حرّ الوباء الحطمة

المصطفى والمرتضى وابناهما مع فاطمة

LII KHAMSATUN UTFI BIHA, HARRAL WABA’ IL HUTOMAH

AL MUSTAFA WAL MURTADHA WAB’NAA HUMA MA’ FATIMAH.

“Ada bagiku lima orang dengannya aku memadamkan kepanasan penyakit berjangkit, mereka itu ialah Muhammad Al Mustafa (yang terpilih), Ali Al Murtadha (yang diredhai) dan kedua anak mereka (Hasan dan Husain) bersama Siti Fatimah.”

0 comments:


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com