Assalamualaikum, apa kabar semua.... nak kongsi rasa hati ptg.. Kalau betul lah anak yang mati jatuh eskelator tu sebab mak cuai, namun tak menafikan kasih sayang dia yg selama 6 tahun kepada anaknya kan? bukan dia bunuh, dera, tolak anak dia... cuma Allah takdirkan begitu cara kematian anaknya... samalah jgk mcm kes2 sebelum ni, ada yg tertinggal dlm kereta, lemas di air, jatuh dlm fun fair, tersedak susu, dan mcm2 ter ter ter lagi... tentu tuhan ada maksud lain yang nak disampaikn kpd si mak dan si ayah(termasuk kita)... tuhan nak bg pengajaran, tuhan nak bg perhatian, tuhan nak ampunkan dosa, tingkatkan darjat... dan tuhan tak zalim nak matikan anaknya begitu dengan sia-sia.... tuhan sangt baik, sangt penyayang.... yg jahat tu manusia yg menghukum sebelum hakim memberi hukuman. yg jahat tu manusia yg suka menyebar aib orang... yang memaki hamun tanpa mengenali hal sebnar... yg tak sedar diri pun byk cuai, selalu zalim kepada diri, orang lain malah kepada tuhan dan nabi(trutama dlm hal solat) Memang aneh kerja tuhan, kalau kita tak faham hikmah di sebalik ujian mungkin kita akan menyalahkn tuhan. Maha suci tuhan daripada melakukan kesalahan... yg melakukn salah silap tu kita, sbb kita hamba tuhan.... sifat2 hamba tu antaranya cuai, lalai, leka, lupa, lemah... sbb itu kita sembah tuhan, dan sangat harapkan keampunan, peluang, kasih sayang, dari tuhan.... memang nyawa kita ni sepenuhnya milik tuhan... insaflah, kita pun tak tahu mati kita, anak kita, ibubapa kita, kawan2 kita, saudara mara kita, kesayangan kita mcmmana caranya.... semua telah tertulis di azali... maka dah bersiap sedia kah kita nak menghadapi kematian? dapatkah kita mati yg indah iaitu husnul khatimah...? sepatutnya kita simpati, menangisi, mendoakan keluarganya, semoga mereka insaf, sabar , redha, taubat dan ikhlas dlam ujian yg terlalu perit ni... mereka saudara seislam kita... mereka juga hamba tuhan yg lemah mcm kita juga... dlm kesedihan tu tuhan beri jgk bahagia, anak mereka dah tentu ahli syurga... sdgkn nasib kita belum tahu lagi di syurga atau neraka..
AI Prompt Ace Review
Setahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan