DI WAKTU hampir tiba Nabi akhir zaman
dua empayar di waktu itu hampir tumbang
rakyat keduanya gelisah tidak senang
pemerintahnya sumbang
negara-negara kecil di bawah kekuasaannya huru-hara
tidak senang dengan pihak berkuasa
rakyat sesama sendiri tidak sekata
maksiat merata bumi
peperangan menjadi-jadi setiap hari
malu sudah tidak ada lagi
perempuan telanjang di khalayak ramai biasa saja
arak, judi amalan biasa
ulama-ulama ahlul kitab di waktu itu
mencari untung atas nama agama
mempunyai kuasa kedua selepas umarak
ahli-ahli nujum, ulama-ulama setiap agama berkata
Nabi akhir zaman akan tiba
ada individu-individu seperti Salman Al Farisi
mencari-cari pembela
seolah-olah terasa Nabi akhir zaman telah tiba
sebagai pembela
terutama rakyat jelata yang teraniaya
waktu ini ciri-ciri yang ada pada dunia
di waktu Nabi tiba
sudah sama
dua gergasi dunia sudah copot taringnya
umurnya sudah tua
menunggu kematiannya
negara-negara kecil krisis dalam negeri tidak habis-habis
silih berganti pemerintahan sering berlaku,
rakyatnya tidak bersetuju
perempuan hilang malu
setengah mereka dibogel di khalayak ramai
dihubungkan dengan maju
perpecahan masyarakat terus berlaku
maksiat mainan harian
arak, judi, tipu, rasuah sebagai pakaian
ulama-ulama rasmi membanteras agama atas nama agama
mereka mempunyai kuasa kedua
perangai mereka masya-Allah semua orang tahu
setiap hati telah berkata
bilakah suasana akan berubah?
bilakah datang seorang pembela?
sudah ada hati yang merasa ingin menunggu
sudah ada yang kata, mari kita tunggu
sudah ada yang meramalkan pemimpin Islam akan berkuasa
dengan jubah dan serbannya
ini petanda pemimpin akhir zaman hampir akan tiba
Insya-Allah tidak lama lagi
di kurun ini juga
bukan Nabi akhir zaman
tapi khalifah Nabi yang disimpan.
Jam: II.00 malam
Bogor, jawa
25.2.90
0 comments:
Catat Ulasan