2.12.2004
Menjelang tidur
Pengalaman kita telah membuktikan berkawan bukan atas dasar iman dan cita-cita Islam selalunya tidak kekal
Berkawan sesama sekampung berjauhan sahaja hilang ikatan
Berkawan sepersekolahan dan sepermainan berpisah sahaja karena perpindahan, perkahwinan, berjauhan, rasa kawan renggang, mudah hilang kawan
Berkawan dikarenakan satu tempat kerja hanya sementara, berpisah sahaja tempat kerja lupa kawan
Berkawan karena bersama minat di dalam satu perkara
Seperti sama-sama suka menjala ikan, sama-sama suka memburu, sama-sama suka memikat burung
Berkahwin sahaja atau dipisahkan oleh keadaan sudah tidak ada ziarah-menziarahi
Rindu-merindui jauh sekali
Di waktu kanak-kanak hingga muda remaja begitu berkawan rapat
Pergi ke mana pun bersama
Tidak pernah lekang seperti belangkas sahaja
Apabila keadaan berubah seorang makan gaji seorang kerja sendiri, renggang hati,
tidak minat hendak berkawan lagi
Waktu sama-sama belum kahwin berkawan macam tidak mahu berpisah
Berjalan sama, makan sama, musafir sama, tidur selalu sahaja bersama
Lama saja tidak jumpa sudah cari-mencari
Apabila berkahwin sahaja atau sama-sama dapat kerja berlainan tempat pula
rasa berkawan hilang lenyap,lama-lama masing-masing lupa-melupakan
macam tidak pernah berjumpa
Ketika bersama-sama belajar di luar negeri sungguh sehati sejiwa
Berkawan sungguh rapat macam tidak mampu berpisah lagi
Apabila masing-masing balik ke tanahair sekalipun negara yang sama kerja pun dapat kemudian berkahwin, masing-masing berkeluarga, rasa berkawan punah sama sekali
Satu sama lain tidak ingin pun cari-mencari
Rupanya perpisahan hati itu mudah sahaja terjadi
Bukan mesti bertengkar, bermusuh atau berkecil-kecil hati
Berubah sahaja keadaan dan situasi berkawan pun punah sama sekali
Rupanya ikatan hati itu amat payah dan susah
Kalau terjadi pun mudah saja hati berubah walaupun tidak benci
Rupanya berukhwah, berkasih sayang tidak mudah
Kalau pun pernah terjadi mudah saja terungkai kembali
Sajak Abuya At Tamimi
0 comments:
Catat Ulasan