Khamis, 21 September 2017 | By: iKhwan89

BULAN MUHARRAM BULAN KEMENANGAN

🍂 *Bulan Muharram Bulan Kemenangan*- _Nukilan Mursyidku_ .
 
Tahun baru Islam, Tuhan pilih bulan Muharram. Kerana di dalamnya berlaku beberapa peristiwa besar di dalam sejarah Islam untuk dikenang & menjadi pengajaran.

Diharamkan peperangan di bulan ini, kecuali musuh mengundang.

Tahun baru Islam diambil sempena hijrah Rasul ke Madinah mencari tapak Islam.

Muharram telah menempa sejarah gemilang, bagi *pejuang-pejuang Tuhan & pejuang-pejuang kebenaran* .

Mereka diberi kemenangan besar, di bulan Muharram, yang patut dikenang. Kemenangan-kemenangan kecil berlaku juga, tapi di luar Muharram.

Tapi bukan setiap Muharram umat Islam diberi kemenangan besar-besaran seperti yang diceritakan.

Setelah *cukup ketaqwaan* mereka & setelah *tinggi disiplin* mereka, biasanya kemenangan itu diberi oleh Tuhan di bulan Muharram.

Cuma setiap zaman kemenangan itu diberi, angkanya, tarikhnya tidak sama. Ada 1 Muharram, ada 10 Muharram & lain bilangan di dalam Muharram.

Apabila syarat-syarat pejuang-pejuang Islam itu sudah ada, di bulan Muharramlah Allah Taala anugerahkan kemenangan.

Yang penting diceritakan di sini apakah *syarat-syaratnya kemenangan* itu dianugerahkan?

Untuk panduan para pejuang setiap zaman, syarat-syaratnya penting diketahui, untuk diusahakan :

_▫Adanya *pemimpin* yang ditunjuk oleh Tuhan._

_▫Kasih sayang & perpaduan  sesama ahli terserlah sekali._

_▫Taat setia kepada pemimpinnya, sehidup semati._

_▫Kasih sayang & perpaduannya sesama ahli terserlah sekali._

_▫Fikiran & perasaan mereka selaras & selari._

_▫Pengikut-pengikutnya laksana satu ibu, satu ayah di dalam satu keluarga._

_▫Mereka menjadi abid-abid di waktu malam, menjadi singa-singa di siang hari._

_▫Keyakinannya kental, sabarnya luar biasa, azamnya teguh, bagaikan besi waja yg tidak dapat diganggu gugat oleh ujian & cabaran._

_▫Perjuangan mereka agak lama berterusan. Setelah mereka menempuh ujian demi ujian, kecil & besar sebagai tapisan._

_▫Maka berlakulah saringan, demi saringan, tapisan, demi tapisan dari ujian. Mereka yang asalnya bilangannya ramai, setelah tinggal sedikit bilangannya barulah diberi kemenangan._

Kalau pejuang-pejuang Islam, diberi kemenangan setelah ramai bilangannya, natijahnya serupa macam orang kafir diberi kemenangan. Cara ini tidak nampak kebesaran & kuasa Allah memberi kejayaan.

Dengan kemenangan mereka akan sombong &  menzalim orang ramai sewenang-wenang.

Kerana mereka mendapat kemenangan merasa dari tenaga & usaha mereka, bukan dari Tuhan yang Maha Kuasa. 

Begitulah gambaran secara umum parti Allah Taala diberi kemenangan di dalam sejarah Islam.

Bulan Muharramlah kemenangan besar-besaran itu biasanya Allah Taala anugerahkan untuk umat Islam yang berjuang di akhir zaman.

Yang penting syarat-syarat kemenangan itulah yang hendak dipastikan. Berusahalah untuk memenuhi syarat-syarat kemenangan.

Janji Tuhan kemenangan itu pasti diberikan setelah syarat-syaratnya dipenuhkan.

Marilah kita penuhkan syarat-syaratnya untuk menagih janji Tuhan, kemenangan pasti datang, seperti yang dijanji Tuhan.

_ASZ_

0 comments:


Ketika Cinta Bertasbih (instrument Hits) - Instrument
Mp3-Codes.com