Gejala Sosial??
Petikan:Guru Yang cinta dan takutkan Tuhan , bila murid bersamanya akan merasakan seolah-olah berada bersama dengan ibu dan ayah kandungnya sendiri.
Pergaduhan sesama pelajar disekolah?
Guru menikam murid?
Murid mengugut guru?
Murid bakar kereta guru?
Apa yang sudah berlaku?
Mengapa mesti berlaku disekolah?!
Dimana maruah guru sebagai pendidik, model pada para murid?
Surat khabar sudah tidak segan silu lagi memaparkan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku di sekolah. Tempat yang selayaknya menjadi sumber kebaikan kini tidak ada lagi kedamaian. Guru tidak lagi dihormati sebagai pendidik, sebagai sumber kasih sayang pada murid-muridnya. Tapi kejahilan, kejahatan sudah mula merebak antara guru dengan murid, begitu juga sebaliknya? Apa sudah jadi dengan dunia pendidikan hari ini?
Apakah benar anda seorang GURU? Sedangkan murid tidak lagi memandangmu sebagai manusia yang perlu disayangi, tapi dimusuhi dan dibenci?
Apakah engkau guru yang bercakap dan bersikap? Tapi buktinya murid tidak pun melihat cermin kebaikan padamu? Apakah anda guru yang berkata dan mengkota? Tapi tidak pun terlihat watak ayah dan ibu sebagai penyayang pada dirimu?
Tentulah anda boleh menjawabnya.
Bercakap memang mudah, tidak semudah bersikap. Berkata sangat mudah, mengkota cukup susah rupanya. Kalau anda seorang guru yang berkata dan mengkota, sudah tentulah anda guru yang mendidik dan menjadi contoh serta mampu menjadi role model pada murid. Jika anda guru yang bercakap sahaja, anda sebenarnya bukan guru. Ertinya anda hanya berperanan sebagai penyampai maklumat atau hanya sekadar memberitahu satu ilmu.
Kalau anda seorang guru yang bercakap dan berbuat, anda akan dihormati. Murid-murid akan kasih dan sayang serta taat pada anda. Kalau murid-murid anda ganas, tidak mendengar cakap, susah hendak didisiplinkan, koreksilah diri anda....Suluhlah diri anda, apakah anda orang yang taat? Guru ibarat kayu, bila kayu lurus, luruslah bayangannya. Bengkok kayu bengkoklah bayangannya. Begitu pula guru yang baik, maka akan baik pulalah murid-muridnya.
Kalau ada sesetengah yang jahat itu biasalah. Itu untuk menguji kesabaran anda sebenarnya. Oleh itu sebelum anda check murid-murid, tengoklah diri anda terlebih dahulu. Bertanyalah pada diri anda,apakah anda seorang penyampai maklumat atau seorang guru yang mendidik. Ia menjadi perantara untuk murid kenal pada Tuhan sebagai sumber kasih sayang. Cinta dan takut Tuhan adalah sumber kekuatan yang besar nilainya untuk diagihkan oleh seorang guru pada muridnya.
Siapa guru sebenar?... Anda ingin tahu?!Kecintaan dan takutnya pada Tuhan membuatkan murid-muridnya amat menyayanginya. Ketiadaannya membuatkan murid-muridnya terlalu merinduinya. Guru yang cinta dan takutkan Tuhan, bila murid bersamanya akan merasakan seolah-olah berada bersama dengan ibu dan ayah kandungnya sendiri. Padanya ada kasih sayang dan pertautan hati yang cukup rapat. Duduk-duduk bersamanya terasa ada keselamatan. Mendengar katakatanya terasa menyejukkan jiwa dan boleh menjadi kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup di dunia. Diamnya ada isyarat ketenangan pada jiwanya. Melambangkan kewibawaan seorang guru yang membuatkan murid semakin hormat padanya sekalipun tidak dimintanya.
Guru bekerja bukan kerana upah,sebab cukup yakin Tuhan sebagai sumber rezeki untuknya. Rezekinya melimpah ruah hasil keberkatan ilmu-ilmu Tuhan yang disalurkan melalui lidahnya. Guru makan gaji dengan Tuhannya bukan bersandar dengan institusi pendidikan yang ada semata.
0 comments:
Catat Ulasan